BAB 24

Romance Completed 21483

ALLESYA Danielle mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 6 petang dan dia masih belum pulang ke rumah kerana untuk menyiapkan sedikit laporan kewangan untuk diperiksa oleh pihak auditor esok.

Memandangkan hari pun sudah malam, Allesya Danielle lekas menutup komputer ribanya dan beberapa fail dokumen kewangan terus disusun semula ke dalam rak yang terletak di hujung sudut bilik pejabatnya.

Di atas mejanya itu diperkemaskan sedikit agar kelihatan bersih dan kemas lalu beg tangan dan telefonnya dicapai segera suis lampu dan aircond ditutup.

Daun pintu dibukak lalu melangkah keluar dan pintu itu ditutup semula.

Kakinya melangkah menuju ke ruangan lif.

Jari telunjuknya menekan punat butang lif lalu melangkah kaki masuk ke dalam kotak lif itu untuk dia menuju ke ruangan bawah.

Sebaik tiba di ruangan bawah yang agak sunyi itu, Allesya Danielle melangkah cepat sehingga menuju ke pintu kaca utama Megat Trading.

Namun, langkahnya menjadi perlahan sebaik keluar dari pintu kaca itu apabila kelihatan Megat Danish sedang bersandar di badan kereta sambil memandang ke arahnya.

Dia tunggu aku ke?
Tapi macam mana dia tahu aku tak balik lagi?
Dah berapa lama dia tunggu?

Pelbagai soalan terlintas di mindanya.

Namun langkahnya diatur menghampiri Megat Danish yang sedang mengukirkan senyumannya. Sedikitpun Allesya Danielle tidak membalas senyuman itu entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa adakah disebabkan satu hal ni?

Allesya Danielle kehairanan.

“Saya hantar awak balik,” tutur Megat Danish lembut sambil membuka pintu kereta.

Allesya Danielle hanya mendiamkan diri lalu dia melangkah
masuk ke dalam kereta berjenama Audi berwarna hitam itu.

Megat Danish tidak berhenti senyum lalu dia menutup pintu kereta itu dan berjalan laju ke bahagian pemandu.

Allesya Danielle menarik tali pinggang kereta itu dan ditarik dimasukkan ke dalam soket. Pandangannya terarah ke Megat Danish yang baru melangkah masuk ke dalam kereta.

“Macam mana awak tahu saya tak balik lagi?,” soal Allesya
Danielle ingin tahu.

Megat Danish yang memakai tali pinggang kereta itu membalas pandangan Allesya Danielle dengan senyuman kecil.

“As you know, I’m the boss,” jawabnya sambil menghidupkan enjin keretanya.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus menghala pandangannya ke hadapan dan kereta itu mula meluncur perlahan keluar dari perkarangan Megat Trading.

Dalam separuh perjalanan mereka berdua hanya berdiam diri. Masing-masing melayani perasaan satu sama lain.

Megat Danish menghentikan keretanya sebaik lampu isyarat bertukar ke merah. Dia hanya memperhatikan beberapa pejalan kaki yang melintas jalan raya itu menggunakan laluan pejalan kaki.

Begitu juga dengan Allesya Danielle.

Namun pandangan Allesya Danielle terarah kepada seorang pak cik yang agak berusia yang baru ingin melintasi jalan raya dengan menggunakan tongkat.

Allesya Danielle memandang kiraan lampu isyarat pejalan kaki itu sudah ingin ke penghujungnya.

“Awak kejap,” Allesya Danielle terus menanggalkan tali pinggang kereta dan meluru keluar dari kereta berjenama itu yang membuatkan Megat Danish agak terkejut.

Megat Danish juga melepaskan tali pinggang keretanya dan melangkah keluar. Terukir senyuman dibibirnya apabila melihat Allesya Danielle berlari menuju ke pak cik tua itu dan membantu orang tua itu melintas jalan sehingga ke penghujung.

Megat Danish melayangkan isyarat tangannya untuk mengarahkan beberapa kereta dibelakangnya itu untuk jalan terlebih dahulu.

Adib yang merupakan pembantu peribadi Adam Lian terus mengerutkan dahinya apabila dia melihat wajah wanita tinggi lampai itu membantu orang tua melintas jalan.

Seakan dia pernah lihat wajah wanita itu sebelum ini.
Pandangannya terhala pula kepada lelaki yang berada bersebelahan dengan keretanya itu.

“Megat Danish?,” Adib agak terkejut apabila dia mula mengingati bahawa wanita itu adalah Allesya Danielle, bekas tunang kepada majikannya Adam Lian.

Dipandang sekali lagi wajah Allesya Danielle yang sudah selesai membantu orang tua itu melintasi jalan.

Kini Allesya Danielle berjalan laju menghampiri Megat Danish dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta semula.

Lalu kereta berjenama itu meluncur laju di atas jalan begitu juga dengan Adib yang mula menggerakkan keretanya mengikuti kereta Megat Danish dari belakang.

“Mungkin aku boleh dapat tahu at least mana tempat tinggal perempuan tu kan?,” Adib sudah tersenyum lebar sambil membayangkan majikannya itu berbangga dengan maklumat yang dia dapatkan tentang Allesya Danielle.

“What did you felt when you helped someone?,” soal Megat Danish ingin tahu sambil fokus ke arah pemanduannya. Allesya Danielle yang mendengar itu tersenyum.

“I felt great!,” jawab Allesya Danielle masih dengan senyumannya.

“That why I like you, Allesya,” tutur Megat Danish lembut namun tanpa menoleh sebelah malah matanya fokus ke hadapan. Allesya Danielle yang mendengar itu mengalihkan pandangannya ke sebelah.

Memandang Megat Danish yang hanya fokus memandu.

Jujur Allesya Danielle senang hati mendengar itu namun kerana dirinya sibuk memikirkan hal lain yang membuatkan hatinya sedikit pun tidak terusik.

Adakah cintanya terhadap Megat Danish makin pudar?

Megat Danish yang masih fokus memandu itu mengerutkan dahinya apabila dirinya baru menyedari bahawa seseorang sedang mengekorinya keretanya dari belakang entah sejak bila Megat Danish tidak perasan.

“Allesya, awak perasan tak kereta belakang tu asyik follow kita?,” soal Megat Danish agak tegas.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus memandang cermin sisinya benarlah kata Megat Danish bahawa sebuah kereta berjenama BMW itu mengikuti mereka dari belakang.

Tapi sejak bila Allesya Danielle tidak perasan,

“Tak pulak,” jawab Allesya Danielle agak risau.

“Saya rasa ye lah sebab dari 5 minit lepas asyik ikut kita je,” Megat Danish mula menukar laluan ke laluan kanan dan ternyata benar kereta di belakang mereka juga mengikut sama.

Allesya Danielle agak terkejut memandang cermin sisi itu.

Megat Danish terus menekan punat earphone bluetoothnya untuk menghantar isyarat kecemasan kepada pembantu peribadinya, Christian Jack.

Sementara itu, Megat Danish membawa keretanya di kawasan kurang tumpuan orang.

“You mess with the wrong person,” ujar Megat Danish sambil tersenyum sinis lalu terus dia menghentikan keretanya dikawasan itu. Adib juga turut menghentikan keretanya dan bersedia untuk keluar jika Megat Danish melangkah keluar juga.

“Awak nak buat apa ni?,” soal Allesya Danielle risau.

“We just wait sambil tu kita tengok kereta kat belakang tu,” jawab Megat Danish tenang lalu menanggalkan kaca mata hitamnya. Allesya Danielle yang mendengar itu hanya menggangukkan kepalanya tanda mengerti.

Adib yang masih menunggu dalam kereta itu mengerutkan dahinya apabila sudah beberapa minit Megat Danish tidak keluar dari kereta untuk menyerangnya.

Jadi tekaannya salah kerana dia menganggapkan Megat Danish sudah mengetahui.

“Dasar lembab,” ujarnya sinis lalu terus ingin melangkah keluar dari kereta namun pintu kereta itu ditutup kembali secara kasar dari luar yang membuatkan Adib terkejut.

Terus dia mengangkat pandangannya ke arah tingkap memandang gerangan yang menutup pintu keretanya.

Adib yang ingin membuka pintu keretanya semula tidak berjaya apabila pintunya betul-betul seperti dikunci dari luar.

Dia mencuba sekali lagi namun tidak berjaya terus dia menampar kuat tingkap keretanya sambil meneriak untuk dibukakan pintu.

Christian Jack yang masih segak berpakaian kot hitam itu terus mengangkat kaki kirinya dan dilayangkan ke arah cermin sisi sambil tangannya menahan agar pintu kereta itu tidak terbuka.

Terkejut Adib dibuatnya apabila melihat cermin sisi keretanya tercabut dengan sekali tendangan. Manakala Allesya Danielle yang melihat dari cermin sisi kereta itu terus terkejut dengan tindakan Christian Jack itu.

Megat Danish yang turut melihat kejadian itu tersenyum bangga dengan kebolehan pembantu peribadinya itu.

“Awak tunggu je dalam kereta saya nak keluar kejap,” beritahu Megat Danish lalu terus melangkah keluar dari kereta itu dan berjalan laju menghampiri Christian Jack yang sedang memecahkan kedua-dua lampu hadapan
kereta.

Allesya Danielle hanya membiarkan.

“Eh apa masalah kau ah?!,” Adib terus melangkah keluar dari kereta apabila melihat tindakan Christian Jack itu namun baru sahaja Adib ingin membuka langkah untuk menyerang, salah seorang pembantu bawahan Christian Jack sudah menolak tubuh Adib ke badan kereta secara kasar sehingga kedua-dua belah tangan Adib dibawa silang ke belakang.

Adib merengus kasar dan meminta untuk dilepaskan.

Christian Jack mengukirkan senyuman sinisnya lalu terus menyambut huluran kayu hoki dari salah satu pembantunya lalu terus memecahkan cermin tingkap hadapan tiga kali.

Terlopong mulut Adib terkejut melihat kereta berjenama itu dihancurkan begitu rupa. Dahlah kereta itu merupakan milik syarikat Adam Holdings.

Adib sudah dapat membayangkan keadaan dirinya yang teruk dikerjakan oleh majikannya, Adam Lian nanti. Megat Danish terus mengarahkan Christian Jack agar berhenti.

Adib terus dibawa menghadap Megat Danish oleh salah seorang pembantu Christian Jack yang juga segak mengenakan kot hitam.

Adib mengangkat pandangannya dan memandang tajam ke arah Megat Danish yang berada dihadapannya itu.

Tidak sepatutnya dia memandang rendah terhadap kebolehan Megat Danish. Megat Danish yang melihat wajah ketakutan Adib itu tertawa kecil.

“Hey, little boy. Listen, actually you make some mistake that can ruin your life forever,” sinis Megat Danish sambil melangkah setapak ke hadapan mendekati Adib.

Adib membalas pandangan lelaki dihadapannya itu dengan pandangan tidak puas hati.

“So untuk memudahkan urusan kedua belah pihak, bagitahu je dekat aku siapa yang arahkan kau untuk buat semua ni?,” Megat Danish menyoal lembut secara toleransi.

Adib hanya mendiamkan diri dia tidak akan sesekali
memberitahu maklumat sulit itu.

Takkan.

Megat Danish yang hanya menanti jawapan dari tadi tergelak sinis lalu terus kayu hoki yang berada di genggaman Christian Jack diambil dan dibawa di hadapan Adib.

Adib mula kecut perut.

“You have another 10 seconds to reveal it. Okay fine, I don’t mind if you want another thing,” Megat Danish terus melayangkan kayu hoki itu dan dilibas di abdomen Adib kuat.

Senak perut Adib dibuatnya sehingga jatuh terduduk di atas jalan tar. Darah mula mengalir keluar dari mulutnya.

Allesya Danielle yang melihat itu benar-benar terkejut dan tidak pernah dia menjangka Megat Danish yang dia kenal dahulu sangat berubah.

Terus dia mengingati kejadian tengahari semalam…

“Danish… please. Saya dah tak boleh dah hidup macam ni. Boleh tak awak teruskan hidup awak dan saya teruskan hidup saya?,” kata putus Allesya Danielle agak tegas.

Namun bukan itu hatinya meminta.

Megat Danish yang mendengar itu terus tertawa kecil.

“Okay, if that you want,” kata putus Megat Danish itu mengejutkan Allesya Danielle. Bukan jawapan itu yang ingin dia dengari, dia membalas pandangan Megat Danish yang mula berubah itu.

“Tapi kau kena ingat satu perkara lah jangan pernah salahkan aku kalau aku paksa kau buat semua tu!,” ugutnya penuh sinis. Jujur, Allesya Danielle terkejut melihat perubahan Megat Danish itu.

“Danish..,”

“Kenapa? Terkejut aku berubah?,” soalnya sinis sambil melangkah mendekati Allesya Danielle. Allesya Danielle seperti tidak percaya dan tidak mengenali lelaki di hadapannya sekarang.

Jujur, Allesya Danielle takut.

Sejak semalam, Allesya Danielle makin tertanya-tanya tentang perubahan sikap Megat Danish yang berubah begitu drastik. Itu membuatkan Allesya Danielle makin takut untuk mendekati Megat Danish.

Allesya Danielle menekup wajahnya kerana tidak sanggup lagi melihat penyeksaan lelaki itu.

“Dah kau settle kan budak ni dan pastikan aku tak tengok lagi muka dia, faham?!,” tegas Megat Danish mengarahkan sambil cuba mengawal kemarahannya.

Mereka cuma mengganguk faham lalu badan Adib yang sudah terbaring menahan kesakitan itu terus diseret masuk ke dalam kereta yang sudah dihancurkan itu.

Megat Danish yang berpakaian kemeja lengan panjang berwarna hitam itu terus melipat hujung lengannya ke siku.

Kakinya mula melangkah menghampiri kereta. Allesya Danielle yang melihat dari cermin sisi itu mula rasa berdebar ketakutan. Namun dia cuba untuk menenangkan dirinya sebaik mungkin.

Megat Danish mula melangkah masuk ke dalam kereta.

Diperbetulkan posisi duduknya itu agar selesa lalu pandangannya dihala ke sebelah. Allesya Danielle sedikitpun tidak memandang ke arahnya.

Dia yakin Allesya Danielle terkejut melihat perubahan dirinya tadi.

“One day you will understand, Allesya,” ujar Megat Danish lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu hanya mendiamkan diri tidak memberi respon atau reaksi yang cuma dia perlukan adalah untuk menenangkan dirinya sendiri.

Megat Danish yang tidak menerima respon daripada Allesya Danielle itu hanya mengganguk kecil.

Allesya Danielle memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Kereta itu mula meluncur perlahan keluar dari kawasan itu.

ADAM Lian yang memandu kereta berjenamanya perlahan menyelusuri jalan kecil di kawasan perumahan ibunya, Puan Maryam mula diselubungi perasaan sebak.

Jalan kecil ini selalu menjadi tempat perjalanannya pulang dari sekolah bersama-sama dengan Allesya Danielle.

Sungguh dia merindukan kawan baiknya itu yang selalu ada susah dan senang tidak pernah dia mendengar Allesya Danielle mengeluh setiap kali berjumpa kecuali dengan satu hal. Hal yang membuatkan persahabatan mereka mulai renggang.

“Salah ke aku untuk jadikan kau isteri aku, Danielle?,” soalnya sebak.

Pandangan mula kabur apabila air mata mula bergenang di tubir matanya dan lekas dia mengelipkan kedua-dua matanya sekejap dan air mata itu mula jatuh membasahi pipinya

Secepatnya, Adam Lian menekan brek kecemasan apabila dia hampir melanggar seseorang yang berlari keluar dari perkarangan rumah.

Adam Lian yang masih terkejut itu terus menanggalkan tali pinggang keretanya dan melangkah keluar dari perut keretanya.

“Ibu!,” Areesya Husna yang baru menyarungkan selipar untuk mengejar ibunya terkejut apabila melihat ibunya hampir dilanggar.

Lekas dia berlari mendapatkan ibunya yang menangis terbaring di atas jalan raya itu.

Terkejut Adam Lian apabila melihat wanita tua yang hampir dia langgar itu adalah Puan Intan, ibu tiri kepada Allesya Danielle yang pernah menguruskan pertunangannya.

Namun hairan dia melihat keadaan Puan Intan sudah
seperti orang gila.

“Ya allah ibu kan Areesya kata jangan lari dari rumah! Kenapa ibu degil sangat ni, kalau jadi apa-apa dekat ibu macam mana? Ibu jangan lah buat Areesya risau macam ni,” sebak Areesya Husna menegur ibunya sambil dia mengangkat ibunya dari terbaring itu.

Rambut serabai ibunya itu diperbetulkan namun ditepis kuat oleh Puan Intan malah tubuh Areesya Husna ditolak kuat namun cepat Adam Lian menyambut agar tidak jatuh di jalan tar.

“Siapa ibu kau ah? Aku tak ada anak macam kau, anak aku cuma Allesya Danielle!,” tempelak kuat Puan Intan sebaik dia menolak anaknya itu.

Areesya Husna yang mendengar itu masih kecewa walaupun sudah keberapa kali dia mendengar ibunya berkata begitu.

Adam Lian yang mendengar itu juga terkejut.

“Dah ibu, jom balik. Dah malam ni tahu tak?,” Areesya Husna melepaskan pegangan Adam Lian itu darinya lalu menarik ibunya untuk masuk kembali ke perkarangan rumah namun sekali lagi tubuh Areesya Husna ditolak kuat sehingga jatuh terduduk di atas jalan tar.

Tidak sempat Adam Lian menyambut tubuh itu kali ini kerana terkejut.

“Aku tahulah nak balik!,” bengang Puan Intan lalu melangkah masuk menuju ke pintu rumah.

Adam Lian terus menghampiri Areesya Husna yang mengadu kesakitan di kedua telapak tangannya yang sakit menahan batu jalan tar itu.

“Adik okay tak ni?,” Adam Lian terus membantu Areesya Husna bangun berdiri.

Areesya Husna menepuk-nepuk kedua belah tangannya yang terdapat batu-batu jalan tar walaupun sakit ditolak namun Areesya tetap mampu menahan kesakitan itu.

“Thanks abang,” ucapnya perlahan lalu terus membuka langkah namun secepatnya Adam Lian mengapai lengan Areesya Husna agar kembali menghadapnya.

Areesya Husna mengerutkan dahinya kehairanan sungguh dia tidak mengenali lelaki dihadapannya.

Adam Lian baru perasan wajah wanita dihadapannya itu ada sedikit iras kecantikan Allesya Danielle. Mungkin ini adalah adik tiri Allesya Danielle yang pernah diceritakan dahulu.

Cepat Areesya Husna melepaskan pegangan lengan Adam Lian itu.

“You adik tiri Allesya Danielle?,” soalnya inginkan kepastian.

“Abang kenal akak saya?,” soal Areesya Husna agak terkejut.

SEBAIK tiba di hadapan rumah, Megat Danish menghentikan keretanya. Allesya Danielle segera menanggalkan tali pinggang kereta lalu mengucapkan terima kasih tanpa menoleh ke arah Megat Danish yang turut memandangnya.

Megat Danish sedikit terasa.

“Saya masuk dalam dulu,” tuturnya sekali lagi lalu terus melangkah keluar dari kereta itu. Cepat Allesya Danielle melangkah menghampiri pintu pagar rumahnya namun terhenti apabila Megat Danish memanggil namanya.

Allesya Danielle mengeluh kecil lalu terus berpaling
kebelakang memandang Megat Danish yang sedang melangkah menghampirinya.

Megat Danish yang membalas pandangan Allesya Danielle kelihatan sedikit gugup entah kenapa dia sendiri tidak pasti.

“Tuan Danish nak apa?,” soal Allesya Danielle.

“Saya harap awak dapat consider keputusan awak untuk..,”

“Danish, saya dah katakan. Kita buat haluan masing-masing. Didn’t you get it?,” soal Allesya Danielle lembut namun tegas.

Megat Danish yang mendengar itu agak kecewa bukan itu jawapan yang dia inginkan.

“Saya tak fahamlah dengan awak ni, Allesya. Saya rasa ada perkara yang awak sembunyikan daripada saya ni yang buatkan awak berbelah bahagi nak terima lamaran saya, betul tak?,” soal Megat Danish tidak berpuas hati. Allesya Danielle mengerutkan dahinya dan agak terkejut.

Bagaimana Megat Danish mampu merasakan itu semua?

“Awak jangan nak merepek boleh tak? Saya tolak lamaran awak sebab awak dah bertunang and please teruskan pertunangan awak tu,” dalih Allesya Danielle cukup menyakinkan.

Megat Danish yang mendengar itu tersenyum sinis.

“No, I don’t think that was the main reason,” tuturnya tegas sambil dia melangkah lebih dekat ke arah Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang gugup itu sedikitpun tidak berundur kerana dia perlu berani berhadapan dengan Megat Danish.

“Right now, I give you change to explain and tell me everything. Can you?,” tutur Megat Danish lembut namun kedengaran agak sebak. Seakan mengetahui sesuatu.

Allesya Danielle hanya mampu membalas pandangan Megat Danish yang hampir bergenang air mata itu.

“Nothing, I don’t owe you any explanation okay?,” Allesya Danielle masih mahu berdalih.

Megat Danish yang mendengar itu tersenyum kecil lalu dia mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarna merah itu dan diserahkan kepada Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang melihat itu terkejut kerana kotak cincin itu adalah pemberian daripada Shah Hazwan.

Makin sebak Megat Danish melihat kotak cincin itu.

“Danish..,”

Megat Danish cuba mengawal perasaan sebaknya. Walaupun hatinya begitu sakit bagai dihiris berkali-kali, dia perlu meneruskan kata-katanya.

“Rupanya ini sebabnya awak berubah hati walaupun saya tak tahu siapa yang bagi benda alah ni tapi saya dapat agak daripada siapa. Sekarang dah jelas awak pilih dia? Awak pasti, Allesya?,” tutur Megat Danish mengingkan kepastian tanpa dia sedari air matanya mula jatuh membasahi pipi.

Allesya Danielle yang membalas pandangan Megat Danish itu juga turut rasa sebak dan air matanya juga turut jatuh mengalir membasahi pipi.

Namun, dia perlu kuat secepatnya dia mengesat air matanya.

“Ya, saya pilih dia sebab saya cintakan dia lebih dari saya cintakan awak..,” sungguh Allesya Danielle tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

Bukan itu ingin dia ucapkan… Bukan itu.

Namun disebabkan ego mengenang Megat Danish pernah meninggalkannya dua tahun lepas masih belum terubat. Dia terpaksa melakukan semua itu.

Megat Danish yang mendengar itu agak terkilan.

“For the years, Allesya..,” sebak Megat Danish terhenti tidak menyangka begini Allesya Danielle membalas cintanya. Dia menundukkan pandangannya ke bawah sungguh dia tidak dapat menahan tangisannya.

Jujur, Allesya Danielle tidak sanggup melihat keadaan Megat Danish begitu.

Ingin sekali dia menafikan apa yang diucapkan olehnya tadi. Cintanya terhadap Megat Danish tidak pernah sedikit pun berkurang.

Lamaran daripada Shah Hazwan itu hanyalah alasan semata-mata untuk kau rasakan apa yang aku rasa ketika kau tinggalkan aku, Danish.

Megat Danish mengangkat pandangannya membalas pandangan Allesya Danielle yang masih tenang seperti sedikit pun tidak merasakan rasa sakitnya di hati.

Baiklah, dia perlu akur jika itu keputusan Allesya Danielle.

“Okay, if that you want. I will let you go..,” akur Megat Danish sambil kotak cincin itu lekas diberikan di genggaman Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang menyambut kotak cincin itu mula merayu di dalam hatinya agar dia tidak ditinggalkan.

‘Tak Danish! Jangan tinggalkan aku, please..,” rayu hati kecil Allesya Danielle.

“Soon, you will be my sister in law right? Honestly, it’s hard for me to move on but I will try. Tapi… satu je aku minta Allesya. Mulai hari ni, aku akan anggap kau seperti yang dulu yang pernah buli aku yang bencikan aku yang caci maki aku dan kau punca tok wan aku mati. I will let you go but not easy as you thought. Remember that,” tutur katanya tegas mengingatkan Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang mendengar itu agak terkejut.

Belum sempat Allesya Danielle membuka mulut, Megat Danish sudah membuka langkah menuju ke kereta. Allesya Danielle menggelengkan kepalanya memberi isyarat agar Megat Danish tidak meninggalkan dirinya namun sia-sia.

Megat Danish sedikitpun tidak berpaling ke belakang. Benarlah peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya. Itu lah yang dihadapi oleh Allesya Danielle.

Megat Danish yang berada di dalam keretanya itu sedikitpun tidak ingin memandang Allesya Danielle. Hatinya benar-benar sudah tawar jujur sakit hatinya itu tidak akan pernah dia lupakan.

Pedal minyak mula ditekan dan keretanya perlahan meninggalkan perkarangan rumah itu. Allesya Danielle yang hanya mampu memandang itu terus mengalirkan air matanya.

Sekali lagi awak tinggalkan saya, Danish.

Sekali lagi…

SHARIFAH Soffiyya yang baru melangkah keluar dari pintu keluar Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 2) mengukirkan senyumannya di balik purdahnya. Sungguh sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya di negara kelahirannya.

Ayahnya merupakan duta pegawai Malaysia-Arab Saudi ketika dirinya baru sahaja menamatkan zaman sekolah menengah. Senang cerita, lepas habis SPM. Ya, dia satu sekolah dan satu kelas dengan Alleya Danielle dulu cuma disebabkan personalitinya yang introvert membuatkan dia tidak dikenali di sekolah.

Sebelum memasuki zaman SPM, Allesya Danielle bersama dengan Adam Lian sangat dikenali di sekolah bukan sahaja kerana tingkat akademik yang baik sahaja malah disebabkan sikap mereka yang agak kasar dan arrogant bak kata orang ‘bad-girl couple’.

Haha.

Ya, dulu Soffiyya menganggap mereka berdua itu benar-benar sepasang kekasih namun apabila dia mula mendekati Allesya Danielle baru lah dia tahu hal yang sebenar.

Mereka hanya sebatas ‘kawan baik’.

Sudah lebih 7 tahun persahabatan mereka terjalin membuatkan Soffiyya lebih mengenali kawan baiknya itu.

“Soffiyya!,” seseorang memanggil namanya yang membuatkan Soffiyya lekas menoleh ke arah suara itu.

Terukir senyuman dibibirnya apabila melihat ibu saudaranya melambai-lambai ke arahnya dengan wajah riang.

Mungkin dia rindukan anak saudaranya itu.

Tanpa membuang masa, Soffiyya menarik besi penarik beg bagasinya itu ke atas dan menolak roda beg itu agar meluncur di lantai. Kakinya juga mula mengatur langkah menuju ke kereta ibu saudaranya.

“Ya allah, rindunya aunty dengan Soffiyya seorang ni!,” ujarnya selepas memeluk dan berlaga pipi dengan Soffiyya yang hanya ketawa kecil.

“Soffiyya lagilah rindu betul-betul dengan aunty,” balas Soffiyya riang. Mana mungkin dia tidak merindukan ibu saudaranya seorang ni.

Sudah bertahun-tahun mereka tidak berjumpa di bumi Arab sana mereka hanya membuat panggilan video itu pun kadang kala.

Sebaik beg bagasi Soffiyya sudah dimasukkan di dalam bonet kereta oleh pemandu peribadi ibu saudaranya.

Mereka lantas melangkah masuk ke dalam kereta berjenama Alphard berona putih dan kereta mula perlahan-lahan meninggalkan perkarangan Lapangan Kapal Terbang itu.

SHAH Hazwan berdecit perlahan apabila panggilan telefonnya yang entah kali ke berapa masih tidak diangkat oleh Allesya. Sungguh, dia ingin tahu jawapan untuk lamarannya itu.

Entah kenapa hatinya rasa susah hati adakah dirinya takut jika lamarannya itu ditolak?

“Allesya, aku tahu perkara ni berlaku secara tiba-tiba. Tapi, jujur aku just nak kau jadi milik aku so that I can protect you no matter what. And you know that yang Adam akan cari kau bila-bila masa sahaja,” ujarnya cuba menyakinkan Allesya.

Allesya yang memandang kotak cincin itu masih terdiam. Dia masih terkejut dengan lamaran Shah yang secara tiba-tiba, sungguh dia tidak menjangka hal ini akan berlaku.

Perlahan-lahan, anak matanya mula naik ke atas memandang Shah.

“Shah..,”

“It’s okay, Allesya. Kau jangan bagi keputusan kau sekarang. Aku akan bagi kau masa untuk fikir and when you ready to say yes kau terus bagitahu aku, okay?,” tutur Shah lembut.

Allesya Danielle hanya mendiamkan diri sedikit pun dia tidak mengganguk dan tidak menggeleng.

Dia buntu.

Jauh di lubuk hati, Shah berharap agar jawapan yang diterima adalah positif.

“Dah, Shah. Kau bagi dia peluang untuk fikir and esok kau balik kau terus jumpa dia,” Shah mula merancang sambil dia mengukirkan senyumannya.

Tidak sabar dia ingin berjumpa dengan Allesya Danielle.

ALLESYA Danielle yang masih bertelekung itu terus mencapai telefonnya. Dibaca beberapa notifikasi panggilan tidak dijawab tertera di skrin telefonnya itu.

Dia pasti Shah Hazwan menelefonnya untuk mendengar jawapan daripadanya.

Satu keluhan berat dihembuskan.

“Soon, you will be my sister in law right? Honestly, it’s hard for me to move on but I will try. Tapi… satu je aku minta Allesya. Mulai hari ni, aku akan anggap kau seperti yang dulu yang pernah buli aku yang bencikan aku yang caci maki aku dan kau punca tok wan aku mati. I will let you go but not easy as you thought. Remember that,” tutur kata Megat Danish masih segar diingatannya.

Dia tidak mahu mengalirkan air mata lagi, sudah cukup dia membazirkan air matanya semata-mata kerana Danish meninggalkan dirinya untuk kali kedua.

Jika itu yang diinginkan, Allesya Danielle terpaksa menerima lamaran Shah Hazwan.

“Allesya, aku tahu perkara ni berlaku secara tiba-tiba. Tapi, jujur aku just nak kau jadi milik aku so that I can protect you no matter what. And you know that yang Adam akan cari kau bila-bila masa sahaja,” tutur kata Shah Hazwan pula diingati.

Ya, keputusannya adalah tepat untuk menerima lamaran itu sekurang-kurangnya Shah Hazwan pasti akan melindungi dirinya sebagai seorang isteri.

Jujur, hatinya belum ikhlas namun dia akan cuba untuk ikhlas menerima Shah Hazwan.

Insha Allah.

Next week, only 2 chapter will be update iaitu pada hari Isnin dan Rabu sebab selepas itu Rifi nak balik kampung untuk Hari Raya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience