“LELAKI tu dah balik?,” soal Adam sebaik sahaja kaki Areesya itu kembali melangkah masuk ke dalam rumah.
Areesya yang menjinjit peti pertolongan cemas itu terus menghampiri Adam sambil dia mengganguk.
“Abang tak tahu pula yang Areesya ada kawan lelaki yang handsome macam tu. Areesya jumpa lelaki tu dekat mana?,” soal Adam lagi yang ingin tahu. Areesya yang baru duduk di sofa itu tersenyum kecil mendengar pertanyaan daripada Adam itu.
“Kenapa? Abang fikir Areesya ni tak ada siapa nak sudi berkawan ke? Kami jumpa dekat KLIA beberapa bulan lepas masa tu dia bantu pihak security KLIA tangkap pencuri. Pastu terlanggar Areesya dari situlah detik perkenalan kami,” teruja Areesya memberitahu.
“Cehwah, senyum sampai ke telinga. Ingat awak tu muda lagi baru 21 tahun jangan nak gatal sangat dengan lelaki macam tu,” pesan Adam mengingatkan.
Areesya mencebik tidak berpuas hati.
“Areesya mana ada perasaan dengan dia, kami ni kawan jelah baru dua kali jumpa,” beritahu Areesya itu membuatkan Adam agak tersentak kecil apabila mengingati kata-kata daripada
Allesya Danielle yang mengatakan mereka hanya
berkawan dan sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
“Aku tak faham lah dengan kau ni sebenarnya? Apa kurangnya aku sampai kau tak nak bertunang dengan aku? Kita dah kawan lama lah, Danielle..,”
“Sebab kita kawan dah lama lah aku tak nak! Aku anggap kau sebagai kawan aku je, Adam. Tak lebih dan tak kurang. Tolonglah, aku merayu dekat kau. Aku tak nak pertunangan ni berlangsung. Tolonglah,” rayu Allesya Danielle sungguh-sungguh.
Peristiwa itu benar-benar membuatkan hatinya kembali sebak. Sakit hatinya apabila mengingati bagaimana Allesya sanggup melarikan diri demi memutuskan pertunangan mereka.
Begitulah Allesya Danielle seorang yang sangat nekad sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja demi memuaskan keinginannya.
“Abang!,” tegur Areesya geram.
Sudah ke berapa kali dia memanggil Adam tapi tetap sahaja Adam masih mengelamun entah apa yang difikirkan.
Adam yang terjaga dari lamunannya itu terus menoleh ke arah Areesya.
“Abang kenapa ni dari tadi Areesya panggil abang tak menyahut. Abang fikir apa?,” soal Areesya khuatir dengan keadaan Adam.
Adam tersenyum kecil.
“I’m thinking about your elder sister. The way you talk just look like Allesya,” beritahu Adam cuba mengawal sebaknya.
Dia tidak mahu bercerita lebih cukuplah sekadar itu sahaja yang perlu Areesya ketahui.
Areesya terdiam sekejap.
“Oh ya, macam mana keputusan Areesya? Areesya nak ikut tak abang balik KL?,” soal Adam ingin tahu sebaik dia mengingati tentang hal itu. Areesya terus membalas pandangan Adam.
“Kalau Areesya ikut abang balik KL siapa nak jaga ibu? Then, dengan siapa Areesya tinggal takkan nak tinggal berdua dengan abang? Pastu kalau lah abang tinggalkan Areesya macam mana Areesya nak survive dekat KL tu?,” bertubi-tubi Areesya menyoal Adam.
Adam tergelak kecil apabila menerima soalan itu.
“Areesya. Areesya tak percaya abang ke? Areesya ni abang dah anggap macam adik tau. You’re my everything now. How’s your life dekat KL tu kan abang yang bawa Areesya confirm lah abang yang jaga Areesya. Like I said just now, you’re my everything,” beritahu Adam tulus agar dapat menyakinkan Areesya.
Areesya yang mendengar itu mula bangun berdiri. Kakinya mula ke kiri dan kanan memikirkan sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada Adam.
Bukan kerana dia tidak percaya kepada Adam tetapi dia seorang perempuan dan dia perlu memikirkan pelbagai aspek.
Oh ya bagaimana dengan ibunya?!
“Okay, then how about ibu? Siapa nak jaga ibu kat sini kalau bukan Areesya? Areesya satu-satunya anak ibu takkan Areesya nak tinggalkan ibu sorang-sorang dalam rumah ni? Kesian ibu,” Areesya mula berfikiran negatif.
Adam terus bangun berdiri lalu dia meraih kedua-dua tangan Areesya yang membuatkan Areesya tergamam sekejap.
Pandangan Areesya terus diangkat ke atas membalas pandangan Adam.
“Takkan abang nak tinggalkan ibu dekat sini sorang-sorang confirm abang akan bawa sekali ibu pergi KL. Kalau dekat sana, abang akan upah orang untuk jaga ibu. It’s okay with you?,” soal Adam tenang.
Areesya yang mendengar itu perlahan-lahan melepaskan tangannya dari genggaman Adam.
Entahlah dia sayang nak tinggalkan rumah pusaka arwah ayahnya itu. Tapi bila fikir-fikirkan balik sampai bila dia perlu duduk di sini?
Dia memandang kembali kepada Adam. Adam masih sabar menanti jawapan daripada Areesya namun dia berharap sekali Areesya dapat mengikutinya ke KL.
Dia juga khuatir jika meninggalkan Areesya sendirian menjaga Puan Intan. Sudahlah Puan Intan itu sedikitpun tidak mengakui Areesya sebagai anaknya. Yang diingat olehnya hanya Allesya anak perempuannya.
MEGAT Danish mengerutkan dahinya apabila melihat telapak tangan ketua pengawal peribadinya, Christian Jack itu sudah berbalut kemas dengan kain kasa berwarna putih.
Dia mengangkat pandangannya memandang Jack.
“What’s wrong with your hand, Jack?,” soal Danish ingin tahu sambil fail dokumen yang perlu dia periksa itu ditutup sekejap dan fokus kepada Jack.
Jack yang mendengar persoalan daripada majikannya itu terus memandang sekejap tangan kanannya.
Bila dia memandang balutan kain kasa itu dia terus teringat Areesya.
“Jack, I’m asking you,” agak tegas suara Danish yang membuatkan Jack kembali memandang majikannya itu. Jack mengukirkan senyuman kecilnya.
“As usual, Tuan Danish,” ringkas sahaja jawapan Jack.
Mendengar itu, hanya membuatkan Danish mengeluh kecil.
Terus dia bangun berdiri dan berjalan menghampiri Jack.
“How many time I have to told
you, Jack? Don’t hurt yourself just for that dangerous martial arts exercise. You’re strong enough for my back up. Next time, I don't want you to get hurt again. Do you understand?,” tegas sahaja Danish mengingatkan orang kanannya itu.
Jack yang mendengar itu lekas menggangukkan kepalanya.
“Yes, Tuan Danish,”
Tok! Tok!
Ketukan di pintu bilik pejabatnya itu menarik perhatian Danish.
Segera Danish mengeluarkan suara authority nya untuk mengarahkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk. Allesya yang mendengar arahan masuk dari majikannya itu terus perlahan-lahan membuka pintu itu.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu. Danish yang sedang menitip sebuah pesanan kepada Jack itu masih belum perasan dengan kehadiran Allesya.
“You may go now,” arah lembut Danish sambil menepuk-nepuk bahu kanan Jack itu. Jack hanya menurut dan terus dia melangkah keluar dari bilik itu.
Allesya yang ingin menyapa Jack itu tidak jadi apabila Jack sedikitpun tidak memandang ke arahnya.
Aku ada buat salah apa-apa ke dengan Jack sampaikan nak pandang aku pun tak sudi? Ke sebab Danish sendiri yang minta Jack benci aku sekali? Pelbagai andaian buruk dia fikirkan.
Siapa je tak fikir macam tu kalau selama ni orang yang biasa menyapa diri kau sendiri namun sekarang pandang pun tak sudi?
Allesya yang menghantar pandangannya kepada Jack yang sudah menutup rapat pintu bilik itu terus ditegur oleh Danish.
Secepatnya, pandangan Allesya menoleh ke arah majikannya. Lekas, fail dokumen yang berada di genggamannya itu terus dipandang sekejap baru dia sedar akan tujuannya.
Terus kakinya melangkah menghampiri Danish. Danish yang masih berdiri di situ hanya menanti Allesya menghampirinya. Matanya sempat memandang cincin yang masih tersarung kemas di jari manis Allesya itu menandakan wanita itu masih tunangan abang angkatnya.
Move on, Danish. Be professional.
“Tuan Isa minta saya bagi dokumen kewangan ni pada Tuan Danish,” beritahu Allesya sambil dia menghulurkan fail kewangan itu kepada Danish.
Danish terus menyambut huluran itu dan membuatkan fail itu bertukar tangan.
Danish memeriksa sekejap dokumen itu manakala Allesya mengambil peluang itu untuk melihat gaya pemakaian majikannya hari ini.
Megat Danish kelihatan lebih tegap dan maskulin dengan berpakaian formal Vest Suit Slim Fit Tuxedo Waistcoat Coat berwarna kelabu serta berkemeja hitam di dalam dan seluak slack mengikut warna vestnya.
Matanya terarah ke tali leher bercorak kecil warna putih itu. Adakah tali leher itu pemberian daripadanya ketika di Arab Saudi dahulu? Ya, masih segar di ingatannya.
Tali leher itu merupakan pemberian daripadanya dua tahun lepas.
Air matanya mula bergenang di tubir mata apabila masih mengingati peristiwa indah itu.
“Danish..,” secara tidak sedar bibirnya memanggil nama majikannya itu. Danish yang sedang memeriksa dokumen itu terus memandang Allesya yang berada di sebelahnya itu.
Mata Allesya yang sudah bergenang air mata itu tidak membalas pandangannya tapi ke arah tali leher yang dipakai olehnya.
Dia yakin Allesya pasti mengingati tali leher itu adalah pemberiannya dua tahun lepas ketika di Arab Saudi.
Namun sayang tali leher itu bukan daripada Allesya tetapi daripada bakal isterinya, Nur Danisha.
Hanya kebetulan sahaja tali leher itu sama.
“Did you think this is from you?,” soal sinis Danish yang membuatkan Allesya terus mengangkat pandangan memandang majikannya.
Mereka berbalas pandangan.
Danish yang menerima
pandangan Allesya itu terkaku sekejap.
Sungguh, dia merindukan pandangan itu. Pandangan mata itulah yang membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali kepada sang pemilik mata, Allesya Danielle.
Jujur, debaran di dadanya juga tidak pernah berubah rentak lajunya tiap kali dekat dengan Allesya.
What have you done to me, Allesya?
What have you done?
Danish pula yang diselubungi perasaan sebak.
“Sayangg!,” tiba-tiba sahaja suara manja Nur Danisha kedengaran di bilik pejabat itu lekas menarik perhatian Danish dan Allesya.
Secepatnya, Allesya mengelap air matanya supaya gerangan suara manja yang meluru masuk ke dalam bilik itu tidak melihatnya menangis.
Nanti apa pula difikirkan olehnya? Buatnya dia mencanang perkara tidak baik pada semua orang dalam pejabat ni habislah dia nanti jadi buah mulut. Tapi, kenapa dia panggil Danish sayang? Makna nya gerangan suara itu bukan salah seorang pekerja di sini?
Adakah itu tunang Danish?
Nur Danisha yang sedar bakal suaminya itu mempunyai seorang tetamu terus membuatkannya berhenti melangkah untuk menghampiri Danish.
Mata bundarnya itu memandang tubuh belakang pekerja wanita Danish yang bertudung itu.
Sedikitpun Danisha tidak berfikiran bukan-bukan. Dia malah terus membalas pandangan Danish dengan senyuman kecilnya.
“Oh abang masih ada kerja ke?,” soal Danisha lembut.
“Tak, sayang. Kejap lagi nak habis dah pun. Sayang tunggu kat lobby kejap boleh? Because I have something to discuss with her,” pinta Danish lembut. Allesya yang mendengar itu terus tersenyum tawar jadi betul lah gerangan suara manja itu adalah tunang Danish.
Tapi bukankah sudah putus? Adakah mereka berdua kembali mengikat pertunangan?
“Oh ya, about this document can you take it later because I’m not fully check?,” soal Danish menukar topik sebaik bakal isterinya itu sudah melangkah keluar dari bilik.
Allesya hanya mendengar pertanyaan itu sedikit pun dia tidak mengganguk dan menggeleng.
Hatinya sakit.
Megat Danish yang sudah meletakkan fail kewangan itu di atas meja itu terus mengerutkan dahinya apabila tidak mendengar sebarang respon daripada Allesya. Terus dia memandang Allesya yang tidak memandang ke arahnya malah mengalihkan pandangan ke tepi.
“Allesya,” sekali lagi Danish memanggil. Panggilan kali ini membuatkan Allesya terus membalas pandangan Danish. Sekali lagi tubir mata Allesya bergenang air mata.
“How could you..?,” air matanya itu terus jatuh mengalir membasahi pipinya.
“What?,” Danish secepatnya menyoal kembali dengan ketawa kecilnya.
“Awak kata..,”
“Allesya, listen up. I want to be professional with you at here. As you say, kita buat haluan masing-masing betul tak? You choose my step elder brother and I choose her,” tegas Danish lembut.
“Tapi awak tak cintakan dia, Danish! Awak saja nak mainkan perasaan dia sekali lagi sebab awak tahu dia boleh buatkan awak lupa saya!,” tegas Allesya sungguh tidak menyetujui niat buruk Danish itu.
Danish yang mendengar itu tersenyum sinis.
“Are you jealous right now?,” sengaja Danish menyoal. Allesya yang mendengar soalan itu terus mengerutkan dahinya.
Dia sendiri keliru adakah katanya tadi menandakan dia cemburu?
Danish mula melangkah beberapa tapak mendekati Allesya.
ADIB terus menarik pintu kereta berjenama Velfire berwarna hitam itu ke belakang memberikan laluan masuk kepada Areesya dan ibunya, Puan Intan.
Areesya membiarkan ibunya masuk ke dalam terlebih dahulu dan dia tersenyum melihat keterujaan Puan Intan itu.
“Tak sabarnya ibu nak jumpa anak ibu, Allesya!,” ujarnya gembira.
Areesya yang mendengar itu perlahan-lahan mematikan senyumannya. Hatinya sebagai seorang anak semestinya tetap sakit dan sedih tiap kali mendengar itu.
Areesya yang mula melangkah masuk ke dalam kereta tidak jadi apabila ibunya bersuara.
“Eh, kau ni siapa? Yang sibuk nak ikut aku jumpa anak aku kenapa? Keluar!,” halau Puan Intan tidak berpuas hati. Areesya yang mendengar itu mula mengundurkan tapak kakinya ke belakang menjauhi pintu masuk kereta itu.
Adib yang turut mendengar itu mula rasa simpati kepada Areesya. Adam turut mendengar terus dia menjinjit beg bagasi itu dan terus melangkah menghampiri keretanya.
“Aku nak jumpa anak aku, Allesya jadi kau jangan nak sibuk-sibuk nak ikut aku! Nanti macam-macam jadi kau tu dahlah bawa bala,” Puan Intan tegas menyindir anaknya itu.
Areesya yang sudah tidak sanggup mendengar itu terus berpaling ke belakang dan kakinya cepat melangkah untuk masuk kembali ke dalam rumahnya.
Namun terhenti apabila dia melihat Adam lekas pandangan Adam itu dibalas sekejap.
Hatinya yang masih sakit itu cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Adam terkejut.
“Adib take this!,” Adam segera melepaskan beg bagasi dari genggamannya dan mengarahkan agar Adib mengambil beg bagasi itu untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.
Adib cepat sahaja menurut dan dia melihat majikannya itu mengejar Areesya.
“Areesya!,” Adam terus menahan pintu rumah itu dari tertutup dengan badannya.
“Areesya tak nak ikut abanglah! Biarkan jelah Areesya sorang-sorang kat sini!,” luah Areesya dengan tangisannya sambil itu dia menolak kuat pintu rumahnya itu agar tertutup namun tidak berjaya.
Tenaga perempuannya tidak kuat jika ingin dibandingkan dengan kekuatan Adam. Terundur ke belakang Areesya dibuatnya apabila Adam menolak kuat pintu itu.
“Areesya..,” turun naik nafas Adam mengawal pernafasannya.
Areesya yang membalas pandangan Adam itu terus menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu ikut.
“Areesya tak nak ikut, abang faham tak?,” luahnya geram dengan tangisannya. Dia sudah tidak kuat lagi untuk mendengar caci maki daripada ibunya. Ibu kandungnya sendiri sudah tidak menganggapnya sebagai seorang anak.
Apalagi erti hidupnya? Kosong.
Adam mula mendekati Areesya lalu terus membawa Areesya ke dalam pelukannya.
“Lepaskanlah abang!,” Areesya yang sudah dibawa masuk ke dalam pelukkan itu terus ingin melepaskan dirinya namun tidak berjaya apabila Adam terus mengeratkan pelukan itu. Hanya genggaman kecilnya memukul perlahan dada Adam diselangi dengan tangisannya.
“Areesya tak tahu sampai bila Areesya boleh tahan dengan ibu macam tu. Areesya sanggup berhenti belajar untuk jaga ibu tapi yang ibu ingat hanya..,”
“Shhh… Calm down Areesya,” pujuk Adam lembut sambil tangannya mengusap perlahan rambut ikal mayang Areesya itu tanda memujuk. Areesya hanya mampu melepaskan tangisannya.
Dari kecil lagi tidak sedikitpun dia merasai kebahagiaan.
“ALLESYA, are you okay?,” soal Shah Hazwan yang sedang makan tengahari berhadapan dengan tunangnya itu.
Allesya yang tidak mempunyai selera makan itu mengangkat pandangannya memandang Shah dan Puan Saidah yang turut ada di ruang makan restoran itu.
Senyumannya itu terpaksa diukirkan.
“Kenapa lauk tu tak sedap ke Allesya?,” Puan Saidah pula menyoal.
“Eh tak lah sedap je mak cik,” jawab ringkas Allesya. Shah Hazwan yang dari tadi memerhati tunangnya itu mula meletakkan sudu dan garfu ke atas pinggan.
Dia memandang Allesya.
“Allesya, I have something to tell you and is important so I need your attention,” tegas sahaja Shah memberitahu sambil kedua-dua jarinya itu dicantumkan dan digenggam menandakan dia ingin memberitahu sesuatu yang penting.
Allesya mula memandang tunangnya itu.
“Kenapa awak? Ada perkara yang terjadi ke?,” soal Allesya ingin tahu.
Shah menggeleng.
“Is about something else yang tak semua orang tahu. Puan Saidah adalah ibu kandung saya,” beritahu Shah sambil menggengam erat tangan Puan Saidah.
Allesya yang mendengar itu terkejut.
“Tapi you kata, Puan Saidah is your maid?,” soal Allesya kembali.
“Ya, mak cik memang seorang pembantu rumah sejak 28 tahun lagi. Mak cik adalah isteri pertama Tan Sri tapi perkahwinan mak cik ni dirahsiakan terutama dari Puan Sri dan Danish,” jelas Puan Saidah kepada Allesya yang masih terkejut.
“I dapat tahu pun when I’m 18, daddy sendiri yang bagitahu. Awal-awal tu tak percaya sebab I fikir I ni memang anak angkat keluarga tu but after doing DNA and I got the result. Yes, I memang betul-betul anak kandung Tan Sri dan ibu,” Shah memperjelaskan lagi lalu memandang sekejap wajah ibunya yang sudah berusia sedikit itu.
“Jadi, you lah sepatutnya perwaris Megat Trading?,” soal Allesya yang sudah membayangkan bagaimana perasaan Danish mengetahui tentang hal itu.
Shah yang mendengar itu menganggukkan kepalanya.
“Yes, I am. It should be me not Danish. Perlahan-lahan, I sendiri akan ambil alih position CEO tu walaupun I sendiri tidak pasti bila tapi daddy dah janji untuk berikan jawatan tu dekat I. Sebab tu daddy tempatkan I sebagai Vice President dalam syarikat,” jelas Shah lagi.
“Sebab tu pun hak Shah yang sebenarnya sebagai anak sulung,” sokong Puan Saidah.
“Then how about Danish?,” soal Allesya khuatir.
“I don’t even know,” ringkas sahaja jawapan Shah. Allesya yang mendengar itu agak terkilan kerana dia tahu usaha keras Danish dalam memajukan syarikat pembangunan itu.
Dia juga yakin bahawa Danish amat menyayangi syarikat itu. Bagaimana perasaan Danish jikalau dia mengetahui tentang hal ini?
Allesya sungguh khuatir.
DANISH terus mengangkat pandangannya memandang bakal isterinya, Danisha yang sedang menyua sudu ke arahnya. Tanpa membalas apa-apa dia menerima sahaja suapan sudu itu tanda dia menghargai usaha Danisha datang ke pejabatnya untuk makan tengahari bersama-sama.
Danisha tersenyum luas.
“Sedap tak abang?,” soal Isha teruja.
Danish yang sedang mengunyah itu hanya menggangukkan kepalanya. Mana tak sedapnya makan makanan di restoran mahal kalau tak sedap tu tak tahulah nak komen apa.
“Isha nak rasa abang punya pula, boleh?,” soalnya membuatkan Danish agak terkejut. Bukan apa maksudnya dia perlu menyuap Isha juga ke? Aduh, kekok lah.
“Abang punya ni pedaslah, takut Isha tak boleh makan pulak,” dalih Danish spontan.
“Alahh...,” kecewa Isha apabila mengenangkan dia tidak boleh makan makanan pedas. Danish sudah tersenyum gembira di dalam hatinya.
“Dah cepat habiskan makan. Kejap lagi abang ada meeting after lunch,” beritahunya lembut.
Danisha hanya menurut walaupun hatinya meronta untuk dipujuk sekurang-kurangnya Danish tahu hatinya agak kecewa. Ini tidakkk…
Tak apalah, Isha. Janji Danish bersetuju nak makan tengahari dengan kau. Itu pun lebih dari cukup kerana dia juga memahami bakal suaminya itu seorang yang sibuk dengan bekerja.
Isha cuba memujuk hatinya sendiri.
Rifi nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada para pembaca Memories Allesya. Next Chapter on Saturday (Sabtu) tau!
Share this novel