3 Hari Kemudian...
Allesya yang masih berada di dalam bilik pejabatnya itu terus memandang cincin yang cantik di jari manisnya.
Ya, dia masih menjadi tunangan kepada Shah Hazwan. Namun yang membuatkan hatinya sedih dan kecewa apabila sudah tiga hari Shah tidak menjawab panggilannya, tidak membalas mesejnya malah tidak mahu berjumpa dengannya.
Tingkah laku Shah juga sudah banyak berubah sejak peristiwa Puan Sri Misha diracun. Allesya sendiri keliru mahu mempertahankan pihak yang mana satu.
Jika benar, Puan Saidah yang meracuni Puan Sri Misha tapi mengapa dia melakukan perkara seperti itu?
Apa motifnya?
Takkanlah Puan Sri Misha ingin meracuni diri sendiri?
Tengoklah sampai sekarang Puan Sri Misha masih tidak sedarkan diri mungkin kerana kesan kuat dari racun itu. Entahlah Allesya sendiri keliru. Sekali lagi dia menilik cincin itu.
“Shah, you dekat mana? You tahu tak I terlalu rindukan you,” sebak Allesya meluahkan rasa kekhuatirannya itu.
Yelah, majlis nikahnya lagi beberapa hari namun Shah masih tidak ingin berjumpa dengannya.
Adakah Allesya perlu memberi ruang sendirian kepada Shah kerana apa yang di hadapi oleh Shah bukannya mudah.
DANISHA yang dari tadi menjaga Puan Sri Misha itu terus terjaga apabila mendengar namanya dipanggil sayu. Terus dia mengangkat kepalanya dan terkejut dia melihat bakal ibu mertuanya itu sudah sedar.
Isha mula bangun berdiri.
“Alhamdulilah, Aunty dah sedar,” ucap Isha bersykur sambil dia mengusap anak rambut Puan Sri Misha lembut.
Melihat bakal ibu mertuanya ingin mengatakan sesuatu terus dia membuka perlahan topeng oksigen itu.
“Where’s uncle?,” soal Puan Sri Misha lemah lalu dia memandang sekeliling.
“Uncle belikan makanan tapi dah lama keluar kejap lagi uncle sampai,” beritahu Isha lembut. Puan Sri Misha yang mendengar itu terus mengganguk perlahan.
“Kejap eh aunty, Isha panggilkan doktor,” Isha yang agak khuatir itu terus ingin membuka langkah pergi namun tidak menjadi apabila tangannya dipegang lembut oleh Puan Sri Misha.
“It’s okay, Isha. Aunty okay… Aunty cuma nak air,” pinta lemah Puan Sri Misha.
“Aunty nak air?,” soal Isha mengerutkan dahinya. Terus dia memandang termos air yang terletak di atas rak kecil yang bersebelahan kiri katil hospital swasta itu. Dicapai terus termos air itu dan segelas kaca.
Manakala Puan Sri Misha yang cuba untuk bangun duduk dan bersandar itu dibantu sekejap oleh Isha.
“Thank you, Isha,” terukir senyuman Puan Sri Misha.
“You’re welcome,” Isha terus membalas senyuman sambil dia menuang air suam itu ke dalam gelas kaca dan dihulurkan kepada Puan Sri Misha.
Puan Sri Misha menyambut dan diteguk. Isha menyambut kembali gelas kaca kosong itu dan diletakkan semula di rak kecil itu.
“Isha macam mana?,” cepat Puan Sri Misha menyoal ingin tahu.
“Macam mana apa aunty?,” Isha mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti tentang pertanyaan itu. Puan Sri Misha melepaskan keluhan kecilnya.
“Isha ni tak ingat ke plan kita hari tu? Kan kita sama-sama rancang nak letak racun dalam Kopi O sejuk tu,” beritahu Puan Sri Misha ringkas untuk mengingatkan Isha.
“Isha dah kata dari awal Isha betul-betul tak setuju dengan plan aunty tu tahu tak? Setiap malam tahu tak Isha risaukan aunty fikir kalau aunty betul-betul tinggalkan Isha!,” sebak Isha.
Puan Sri Misha terharu mendengar itu.
“Aunty takkan tinggalkan Isha lah. Tengok sekarang aunty sihat je kan? Setakat racun tu apalah sangat. Yang penting rancangan aunty berjaya. So apa yang Isha tahu?,” soal Puan Sri Misha ingin tahu. Isha yang sekali ditanya itu terus menarik kerusi dan duduk di atasnya.
“Isha masih tak faham kenapa aunty sanggup racun diri sendiri tapi yang Isha dapat tahu malam kejadian tu uncle ceraikan bibik Saidah dan minta bibik Saidah keluar dari rumah tu,” beritahu Isha itu membuatkan Puan Sri Misha tersenyum.
“Baguslah kalau macam tu,” Puan Sri Misha lega.
“Aunty, bukan ke Shah tu anak angkat aunty dengan uncle? Tapi kenapa semalam.. Isha tak faham lah,” Isha yang masih tidak mengerti itu berkerut dahi meminta penjelasan.
Mendengar itu terus membuatkan Puan Sri Misha menjelaskan apa yang berlaku kepadanya 30 tahun lepas.
ALLESYA yang berada di ruangan kaunter resepsi utama itu terus mengerutkan dahinya apabila pandangannya menangkap satu sosok tubuh yang sudah lama dia rindui.
Allesya terus berpaling ke belakang dan melihat tubuh belakang lelaki berpakaian t-shirt polo itu sedang melangkah keluar menggunakan pintu utama syarikat.
Adakah itu Shah Hazwan?
Dia sendiri tidak pasti dan dia hanya menunggu untuk melihat wajah lelaki itu. Allesya terkejut apabila melihat sisi wajah lelaki itu adalah tunangnya, Shah Hazwan.
Ya, dia pasti tentang itu.
Air matanya mula jatuh membasahi pipinya.
Shah! Hatinya sayu memanggil nama itu.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah untuk mengejar tidak menjadi apabila tangannya diraih kemas oleh seseorang di belakang.
Cepat Allesya menoleh dan terkejut melihat gerangan yang meraih tangannya itu adalah Megat Danish.
“Awak ni dah kenapa, lepaskan saya lah!,” ronta Allesya lalu pandangannya melihat sosok tubuh tunangnya itu yang makin menghilang itu.
Dia tidak mahu menghilang jejak tunangnya itu ada sesuatu perkara yang ingin dia bincangkan.
“Danish!,” makin geram Allesya dibuatnya apabila majikannya itu masih tidak mahu melepaskan tangannya. Allesya sudah tidak mampu menahan tangisannya.
Dia sudah tidak peduli jika beberapa rakan sekerjanya melihat adegan itu.
“Danish lepaskan saya lah! Saya nak jumpa Shah!,” ronta Allesya diselangi dengan tangisan sambil dia mencuba untuk melepaskan tangannya namun Danish makin mengemaskan genggaman itu.
“Follow me,” tegas Danish mengeluarkan arahannya yang membuatkan Allesya berhenti meronta sekejap. Hairan Allesya mendengar arahan authority itu.
Danish terus menarik tangan Allesya mengikuti langkahnya menuju ke dalam lif peribadinya.
“Apa masalah awak ni, Danish! Lepaskan saya lah!,” ronta Allesya yang masih ingin mengejar tunangnya itu terpaksa mengikuti langkah majikannya itu masuk ke dalam lif peribadi.
Tubuh Allesya terus ditarik masuk ke dalam lif itu.
Cepat Danish menekan punat pintu lif itu agar pintu lif tertutup. Jarinya menekan butang lif untuk menuju ke tingkat paling atas. Makin berkerut dahi Allesya dibuatnya.
“Apa masalah awak ni? Saya nak jumpa Shah lah!,” luah geram Allesya yang masih mencuba untuk melepaskan pegangan Danish itu namun masih tidak berjaya.
Mendengar itu terus membuatkan Danish melepaskan genggamannya sebaik pintu lif terkatup rapat.
Allesya menelan air liurnya.
Hanya mereka berdua di dalam lif peribadi ni.
Danish lekas mengalihkan pandangannya ke tempat lain sedikitpun tidak ingin memandang Allesya.
Allesya hanya mampu diam lalu dia memandang punat lif itu perlahan-lahan jari telunjuknya menekan butang lif tingkat 7 sekurang-kurangnya dia dapat melangkah keluar dengan cepat selepas sahaja pintu lif terbuka nanti.
Okay, Danish tak perasan.
Allesya tersenyum nipis dan bersedia untuk melangkah keluar dengan cepat. Danish agak terkejut apabila pintu lif itu tetiba sahaja berhenti di tingkat 7 dan pintu lif terbuka terus cepat Allesya ingin melangkah keluar.
Namun Danish lebih bijak membaca tindakan Allesya itu apabila Danish terus tegak berdiri di hadapan Allesya. Kedua-dua keningnya diangkat mencabar Allesya agar melepasinya.
Allesya sekali lagi menelan air liurnya. Sudahnya, pintu lif itu kembali terkatup.
“Saya ada something nak cakap dengan awak, Allesya. Please hear me first,” beritahunya lembut. Allesya yang mendengar itu terus menghamburkan tawa kecilnya yang dibuat-buat olehnya.
“Saya dengan awak tidak ada apa-apa lagi, Danish. Saya dah jadi tunangan orang. Tunang abang awak sendiri tolong lah hormat saya,” kecewa Allesya dibuatnya.
Danish yang mendengar itu terus tersenyum sinis.
Sebaik pintu lif terbuka terus tangan Allesya diraih dan Danish terus melangkah keluar sambil menarik tangan Allesya keluar dari lif. Terpaksa Allesya mengikuti langkah besar Danish itu.
Terkejut Allesya dibuatnya apabila Danish membawa ke kawasan atas bumbung.
Kini mereka sudah berada di tengah-tengah kawasan atas bumbung itu bersama dengan deru angin yang agak kuat.
Ketakutan Allesya terhadap ketinggian itu tidak bisa disembunyikan apabila dia memandang sekelilingnya cuma langit senja di waktu petang.
Allesya tidak sanggup memandang ke bawah.
“Awak dah gila ke apa bawah saya sampai ke sini?!,” Allesya agak marah sambil dia melepaskan tangannya dari genggaman Danish. Danish tersenyum kecil.
Ya, dia tahu tentang ketakutan Allesya terhadap ketinggian namun sengaja dia membawa wanita itu ke situ.
“You’re mine now, Allesya,” tutur Danish selamba. Allesya yang risau berada di kawasan tinggi itu terus memandang Danish semula sebaik mendengar tutur kata selamba itu.
“I’m sorry. Tapi saya masih tunang abang awak,” tegas Allesya mengingatkan tentang statusnya sambil tangan kanannya diangkat sama paras dengan matanya untuk menunjukkan cincin tunang yang tersemat cantik di jari manisnya.
Danish yang memandang cincin itu terus mencapai tangan kanan Allesya kasar. Segera Danish ingin mencabut cincin pertunangan itu namun secepatnya Allesya meronta agar cincin pertunangan itu tidak dicabut dari jari manisnya.
Namun, Danish sudah terlebih dahulu berjaya mencabut cincin pertunangan itu. Allesya terus berhenti meronta dan hanya melihat cincin pertunangannya itu sudah berada digenggaman Danish.
Allesya menarik nafasnya untuk menenangkan diri.
Dia masih membalas pandangan Danish itu.
“This ring is really not suitable with you, Allesya,”
“Siapa awak nak tentukan? Itu cincin pertunangan saya dengan abang awak,”
“Shh… Can you stop call him as my brother? It’s disgusting. Aku tak ada seorang abang yang pengecut macam dia yang sanggup lari dari masalah,” luah Danish kecewa dan mula menyinis abangnya sendiri.
Allesya yang mendengar itu mengerutkan dahinya.
Lari dari masalah?
Apa maksudnya?
“Apa maksud awak cakap macam tu?,” soal Allesya khuatir. Khuatir jika Shah…
“As I said you’re mine now, Allesya. No one can stop us including yourself because I don’t need your approval to make you entirely mine,” tutur Danish penuh dengan ketegasan sambil kakinya melangkah setapak demi setapak menghampiri Allesya.
Cincin pertunangan itu dibiarkan jatuh ke simen lantai kawasan atas bumbung itu.
Allesya tidak perasan akan tentang hal itu.
Entah ke berapa kali Allesya menelan air liurnya sambil kakinya mula mengundurkan beberapa tapak ke belakang kerana gerun melihat ketegasan Danish kali ini.
“As he wish you have to marry with me,” beritahunya lagi membuatkan Allesya terkejut.
Shah serahkan aku kepada Danish macam tu sahaja?
Aku bukannya barang yang boleh diserahkan sesuka hati!
Sedangkan Shah? Hanya memudahkan dirinya sendiri agar dapat lari dari masalah!
Tega Shah memperlakukan aku seperti ini? Ya Allah…
“IBU nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Allesya. Perempuan tu hanya akan jadi penghalang Shah untuk jadi perwaris utama Megat Trading,” tutur kata tegas Puan Saidah itu membuatkan Shah Hazwan yang sedang memandu itu terus menghentikan keretanya di bahu jalan.
Dengan perasaan kesalnya dia menguak rambut lebatnya itu ke belakang sambil melepaskan tangisannya.
Dia sendiri keliru adakah keputusan yang dia lakukan itu adalah yang terbaik untuknya?
Dapat dia bayangkan bagaimana kekesesalan Allesya kepadanya nanti.
“Maafkan aku, Allesya,” ucapnya diselangi dengan tangisannya yang masih belum berhenti.
Kejadian di rumah banglo milik Shah Hazwan diingati…
“Shah kamu sedar tak yang daddy kamu tu dah ceraikan ibu. Ibu dah tak ada apa-apa hak kalau nak tuntut pun, ibu cuma ada kamu Shah. Shah yang kena tuntut janji daddy kamu yang nak jadikan kamu tu pewaris Megat Trading sebab kamu adalah anak sulung daddy,” desak Puan Saidah.
“Arwah tok wan dan nek wan kamu pun dah janji perkara tu pada ibu dulu. Nak tak nak, daddy kamu kena ikut sebab itu adalah wasiat keluarga. Cuma yang ibu khuatirkan jika ibu tiri kamu tu tahu tentang wasiat keluarga tu, confirm dia akan pastikan Danish jadi perwaris syarikat tu! Ibu tak nak perkara tu berlaku, Shah,” tegas Puan Saidah mengingatkan anaknya itu.
Shah yang mendengar itu kusut kepala.
“Jadi, kalau begitu apa kena mengena dengan Allesya? Shah cintakan Allesya, ibu,”
“Oh jadi selama ni kamu nak biarkan usaha ibu terlerai macam tu je?,” duga Puan Saidah.
“Ibu tak kira, ibu nak kamu lepaskan Allesya dan putuskan pertunangan tu. Biarkan Danish sahaja yang memiliki Allesya sekurang-kurangnya persaingan kamu dengan adik kamu tu..,”
“Hell no, ibu!,” Shah yang mendengar itu terus memandang ibunya dengan terkejut.
“Ibu tak kira, Shah! Kalau kamu masih menginginkan syurga kamu lebih baik dengar cakap ibu. Ibu tahu yang terbaik untuk anak ibu. Allesya is not a right person for you,” kata putus Puan Saidah itu benar-benar mengusutkan kepala Shah.
Namun akhirnya, Shah membuat keputusan.
Kejadian tadi yang berlaku di bilik pejabat Megat Danish diingati kembali…
“Aku tahu perkara ni mengejutkan kau, Danish. Tapi aku betul-betul nak putuskan pertunangan aku dengan Allesya sebab aku rasa dia tak sesuai untuk aku. Dan aku sendiri mengaku ye aku memang sengaja rampas Allesya daripada kau sebab..,”
“Kenapa… Kau tak mampu nak bagitahu aku sebabnya?,” sinis sahaja Danish menyoal sambil dia mula duduk di kerusi kulitnya itu. Pandangan matanya tajam membalas pandangan abangnya.
Megat Danish segak berpakaian formal Vest Suit Slim Fit Tuxedo Waistcoat Coat berwarna kelabu gelap serta berkemeja kelabu cerah di dalam dan seluak slack mengikut warna vest nya.
Tali leher berwarna hitam lagi membuatkan ketua pegawai eksekutif Megat Trading itu kelihatan lebih maskulin dengan tubuh tegapnya.
“Buat masa sekarang itu tak penting, Danish. Aku cuma minta kau satu je tolong gantikan tempat aku masa akad nikah nanti sebab aku nak tunjukkan protes aku pada daddy,”
“What a ridiculous reason, Shah,” alis kiri Danish naik ke atas sambil jarinya masih bermain dengan sebatang pen itu.
“Kau nak protes sebab bibik Saidah tu kena pecat?,” soal Danish sambil mengerutkan dahinya lalu dia mula bangun berdiri dan berjalan menghampiri abangnya.
Shah sudah semakin gugup namun dibiarkan sahaja perasaan gugupnya itu kerana dia perlu berani berhadapan dengan adiknya itu.
Yang penting rahsia terbesarnya yang merupakan anak sulung Tan Sri Megat Idruz tidak diketahui oleh Puan Sri Misha dan Danish. Kalau nak terbongkar pun biarlah sehingga dia berjaya menjadikan Megat Trading di dalam genggaman miliknya.
“Aku sorang je ke masih tak faham dengan kau dari kecil lagi. Bibik Saidah tu cuma pembantu rumah bukannya yang jaga kau dari kecil. Mummy aku tu yang jaga kau penuh kasih sayang dari kecil lagi dan Mummy juga yang kena racun dengan bibik macam tu je tapi ada kau jenguk mummy kat hospital? Yang kau pedulikan adalah bibik tua tu je!,” amarah Danish makin membuak-buak apabila mengenangkan nasib ibunya, Puan Sri Misha.
Shah yang mendengar itu terus mengepal penumbuknya namun dia perlu mengawal amarahnya agar tujuan asalnya ke sini berjaya.
Shah hanya berdiam tidak memberi sebarang reaksi.
“Pastu secara tetiba sahaja kau nak serahkan Allesya pada aku dengan macam tu je? Kau fikir dia barang murah ke apa yang suka hati kau boleh serah?,” soal Danish tegas.
“Aku tahu, Danish. Aku bukan lelaki yang baik. Tapi aku ada sebab sendiri kenapa aku nak serahkan Allesya pada kau sekurang-kurangnya aku tahu kau mampu jaga dia dan kau mampu bahagiakan dia,” jawab Shah tenang.
“Ya, niat aku nak bahagiakan dia memang ada. Tapi lepas Allesya dengan rela hati pilih kau daripada aku, aku rasa aku tak mampu bahagiakan dia. Revenge is my priority after all happened,” kata putus Danish itu benar-benar membuatkan Shah khuatir.
“Danish, aku dah tak peduli apa yang kau nak buat pun. Tujuan aku ke sini cuma satu. Aku nak dengar sendiri persetujuan kau untuk ganti aku masa akad nikah aku nanti. Hanya kau seorang sahaja yang mampu tolong aku sekarang ni,” sekali lagi Shah mendesak Danish untuk cepat membuat keputusan.
“Kau jangan risau, semua persiapan dah siap cuma fittings baju je aku belum buat sebab aku minta tangguh aku tak tahu kenapa. End up, rupanya kau pengantin lelaki tu,” beritahu Shah lagi. Danish yang mendengar itu mula kusut namun dia cuba untuk bertenang.
Lama Danish mendiamkan diri memikirkan jawapan.
“How about daddy and mummy? Kau tahu kan kad jemputan semua dah diedarkan? Nama kau dah tertera dalam kad tu. Takkan tetiba masa majlis tu nanti aku dengan sendiri kata aku yang nak ganti tempat kau?,” pelbagai soalan yang mengusutkan fikirannya itu akhirnya ditanya.
“Malam sebelum majlis tu nanti aku akan ke Switzerland atas urusan kerja. Kau tahukan client kita dari Switzerland tu nak sangat aku uruskan projek kerjasama kita tu. Jadi, masa majlis tu nanti daddy dengan sendiri akan perasan yang aku tak ada,” Shah mula menceritakan situasi yang sudah dia bayangkan sebelum berjumpa dengan Danish.
“Then?,” Danish mula tertarik sambil mula membayangkan situasi itu.
“Masa tu, daddy akan nampak kau sorang je yang mampu menyelamatkan maruahnya pada tetamu-tetamu yang datang nanti. Percayalah cakap aku, daddy akan paksa kau untuk ganti tempat aku juga nanti,” jawab Shah tenang.
Danish yang mendengar itu terdiam sekejap.
“Allesya, how about her?,” Danish menyoal lagi sambil memandang abangnya.
Shah yang mendengar persoalan itu mendiamkan diri sekejap.
ALLESYA Danielle yang baru melangkah keluar dari bilik air itu terus memandang baju kurung moden yang berona off-white yang tersangkut di hadapan pintu almari dengan menggunakan penyangkut baju itu.
Kini, hanya berbaki dua hari sahaja majlis pernikahannya akan berlangsung.
Ya allah, cepatnya masa berlalu…
Mindanya cepat mengimbas kejadian dirinya terpaksa mengikuti Danish ke butik pengantin. Mereka berdua secepatnya membuat tempahan khas dengan pereka fesyen terkenal negara.
Bukan itu sahaja, selepas Danish mendapatkan sijil perkahwinan, mereka berdua segera menghantar permohonan nikah ke pejabat agama dan melakukan ujian kesihatan.
Danish ada memberitahunya bahawa Shah juga sudah membatalkan surat permohonan nikahnya yang pernah dimohon dahulu.
Walaupun dirinya sedih kerana ditinggal oleh Shah begitu sahaja tanpa kata akhir, dia bersyukur Danish masih ingin menikah dengannya.
Ya, perkara itu berlaku dengan pantas.
Semuanya dipermudahkan walaupun perkara itu dilakukan secara ‘last minute’. Adakah ini petanda dia perlu redha tentang ketentuan yang Allah sudah tetapkan?
SHAH Hazwan yang berdiri di hadapan cermin panjangnya sambil memakai baju melayu cekak musang yang berona off-white itu hanya mengukirkan senyuman kelatnya.
Baju melayu yang ditempah khas ini merupakan milik Danish dan dia sudah meminta izin kepada Danish untuk mencubanya.
Manakala Danish hanya membenarkan.
“Ibu tak kira, Shah! Kalau kamu masih menginginkan syurga kamu lebih baik dengar cakap ibu. Ibu tahu yang terbaik untuk anak ibu. Allesya is not a right person for you,” kata-kata daripada ibunya, Puan Saidah sekali lagi mengusutkan kepalanya.
Samping yang bercorak sepadan dengan warna baju melayu dan yang dihasilkan daripada kain tenun itu diperkemaskan oleh Shah.
Shah agak sebak sedikit apabila mengenangkan baju melayu yang dipakai olehnya sekarang, tidak akan dipakai olehnya pada hari majlis pernikahannya.
“Allesya, satu hari nanti kau akan jadi milik aku. Semua perkara ini berlaku hanya untuk sementara sehinggalah aku berjaya mendapatkan Megat Trading. Maafkan aku, Allesya,” Shah cuba memujuk hatinya.
Next Chapter on Wednesday!
Share this novel