“Huish, Zaara buat sarapan untuk kitalah,” tegur Soffiyya sebaik memasuki ruang meja makan. Zaara yang berada di ruang dapur itu terus membawa sebuah teko kecil ke meja makan. Soffiyya yang teruja itu terus duduk di atas kerusi dan segera menjamah nasi goreng.
“Sedaplah, Zaara! Aku tak tahu pulak kau pandai masak?,” sengaja Soffiyya mengusik sedangkan dia tahu bakat Allesya yang jaguh memasak.
“Oh tu lah yang selalu buat sarapan untuk kau setiap pagi tu aku suruh mak cik jiran sebelah kita yang buat,” sengaja Zaara membalas perlian Soffiyya itu.
Soffiyya mencebik geram dipandang sahaja Zaara yang duduk berhadapan dengannya itu.
“Kau tak nak tanya ke pasal aku dengan Danish semalam?,” soal Soffiyya menukar topik dengan nada terujanya. Zaara yang sedang menuang kopi panas itu mengerutkan dahinya dan tertawa kecil mendengar soalan itu.
“Buat apa nak tanya? Asal kenapa kau dengan dia semalam? Kau jangan kata..,”
“Apa? Apa? Kau jangan nak fikir bukan-bukan eh!,” tegas Soffiyya geram.
“Dah tu, kau tanya aku macam tu kenapa?,” soal Zaara geram.
“Kau ni kan! Tak best langsunglah kalau nak bawa borak pasal lelaki dengan kau ni!,” Soffiyya geram lalu disuakan nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Malas ingin bertekak dengan sahabatnya itu. Zaara tersenyum kecil lalu mula menjamah nasi gorengnya itu.
“ZAARA,” panggil seorang lelaki yang berada di belakangnya membuatkan Zaara yang baru sahaja melangkah keluar dari perkarangan universiti itu terus berpaling ke belakang.
Megat Danish?
Terkejut Zaara melihat keberadaan Danish di pekarangan universitinya itu. Megat Danish yang membalas pandangan Zaara itu mula melangkah perlahan-lahan menghampiri Zaara.
Zaara hanya membiarkan Megat Danish menghampirinya sambil matanya tidak lepas membalas pandangan lelaki yang kini dihadapannya itu.
Entah kenapa hatinya berdebar-debar seakan ingin memberitahu sesuatu. Ke Danish nak jumpa Soffiyya? Tak nampak ke Soffiyya tak ada kat sini?
“Awak nak jumpa Soffiyya ke?," cepat Zaara menyoal sebaik Danish sudah berdiri betul-betul dihadapannya.
Danish diam yang membuatkan Zaara sekali lagi bersuara.
"Soffiyya, dia dah balik dengan parents dia tadi,” beritahu Zaara walaupun tidak ditanya.
Namun, dia tahu Megat Danish menemui dirinya untuk bertanyakan perihal Soffiyya, kan? Zaara pun keliru sebenarnya.
Megat Danish tersenyum.
“I want to see you, Zaara," ujar Danish lembut.
Zaara terdiam.
"Saya nak ajak awak pergi jalan-jalan and temankan saya beli kamera boleh?,” pinta Megat Danish.
Zaara mengerutkan dahinya.
“Bukannya awak dah beli kamera dengan Soffiyya ke semalam? Kenapa nak ajak saya pulak?,” hairan Zaara dibuatnya. Bukan ke tujuan mereka keluar semalam untuk membeli kamera?
“Kedai kamera tu tutup semalam and kebetulan Soffiyya pun tak ada, so saya nak minta awak temankan saya dan alang-alang tu jadi tour guide saya, boleh?,” soal Megat Danish lembut yang membuatkan Zaara tersenyum kecil di balik cadar itu.
Punyalah banyak agensi tour guide, aku juga yang diminta?Aku ni... Baru setahun menetap duduk sini. Tempat apa je yang aku tahu?
“I hope I can see your smile, Zaara,” ujar Megat Danish sambil tersenyum lebar. Mendengar itu terus membuatkan Zaara segera mematikan senyumannya. Lalu pandangannya dikalihkan ke tepi.
Perasaan malu mula menyelubungi dirinya.
“Orang kata kalau diam tu tandanya setuju, betul tak?," Danish bersuara lagi yang membuatkan Zaara kembali memandang ke arahnya.
"Don’t worry I’m nice person that you haven’t meet before, okay?,” Megat Danish cuba menyakinkan wanita berpurdah di hadapannya itu.
Zaara masih diam. Tidak tahu ingin menolak atau menerima pelawaan itu.
ZAARA yang dari tadi memandang pantai yang terbentang luas di hadapannya itu terus mengukirkan senyuman.
Tenang sahaja pemikirannya apabila mengingati kebesaran Allah.
Baru dia teringat yang dia datang bersama dengan Danish. Tapi mana Danish ni? Kata kejap je ke dia tinggalkan aku?
Segera Zaara memandang ruang sekelilingnya untuk mencari kelibat Danish namun tiada.
"I'm here," Mendengar suara itu terus membuatkan Zaara menoleh ke ruang kirinya. Danish kini berada di sebelahnya.
Okay nasib baik dia tak tinggalkan aku. Kalau tak, naya. Dahlah jauh dia bawa aku.
"Awak pergi mana?," soal Zaara ingin tahu.
"Looking something for you," Danish yang berkaca mata hitam itu terus menoleh ke sebelahnya untuk membalas pandangan Zaara.
Zaara yang mendengar itu mengerutkan dahinya.
"Awak memang tak sudi nak bercakap dengan saya ke, Zaara?," soal Danish ingin tahu kerana dari tadi wanita dihadapannya itu tidak mahu bercakap dengannya.
Zaara yang mendengar itu terdiam sekejap.
"Bukan macam tu. Saya..,"
"Awak rasa tak selesa dengan saya ke?," soalnya lagi.
Cepat Zaara geleng kepala.
"Then?," soal Danish hairan.
Zaara sumpah tak tahu nak jawab apa.
"Look at my eyes, Zaara," pinta Danish lembut.
Zaara hanya mengikuti. Kedua-dua mata Danish yang berwarna coklat gelap itu dipandang.
"Jangan risau okay? Saya tak ada niat yang tak baik pada awak. Saya jujur nak berkawan dengan awak dan saya tak nak awak rasa tak selesa dengan saya," jujur Danish menerangkan niatnya agar mampu menyakinkan Zaara.
Zaara yang mendengar itu tersenyum kecil.
"Saya cuba..," ujar Zaara lembut.
"Good. Jom kita pergi mall pulak cari kamera saya," ajak Danish. Zaara hanya mengangguk dan berjalan beriringan keluar dari sisiran pasir pantai itu.
Tiba-tiba sahaja dua orang anak kecil yang berlari berkejaran di persisiran pasir pantai itu terus melanggar tubuh tinggi lampai Zaara yang membuatkan Zaara hilang keseimbangan namun cepat disambut oleh Danish.
Zaara melepaskan keluhan lega. Nasib baik tubuhnya sempat disambut oleh Danish kalau tak makan pasir lah jawabnya nanti.
"Are you okay?," jelas terpancar wajah kerisauan Danish.
Zaara lekas membalas pandangan Danish.
"Saya okay," jawab Zaara lembut lalu perlahan-lahan dia melepaskan pelukan Danish di kedua-dua lengannya itu.
Danish terus memanggil dua budak lelaki yang melanggar Zaara tadi untuk meminta maaf kepada Zaara dalam pertuturan bahasa Arab.
Zaara agak terkejut melihat kebolehan Danish berbahasa Arab. Lagi membuatkannya terharu, Danish dengan lembut menegur dua budak lelaki agar memohon maaf kepadanya.
Dua budak lelaki itu hanya menurut terus membuatkan Zaara menerima permohonan maaf mereka. Lalu mereka beredar meninggalkan Zaara dan Danish.
Zaara terus memandang Danish.
"Awak boleh cakap Arab?," soal Zaara masih tidak percaya.
"Ni Megat Danish lah setakat bahasa Arab tu senang jelah. Hati awak tu je yang susah saya nak baca," ujarnya sambil sempat mengusik Zaara.
Zaara tersenyum.
RED SEA MALL, JEDDAH
“OH, jadinya awak datang sini sebab nak siapkan assignment awak lah? Awak ambil course apa?,” soal Zaara sambil berjalan beriringan dengan Megat Danish yang berada disebelahnya itu. Megat Danish yang masih memakai kaca mata hitamnya itu tersenyum kecil.
“Saya ambil course Architecture and English France language studies dekat University of British Columbia, Canada. This year will be my last year,” jawab ringkas Megat Danish.
Zaara yang mendengar itu mengerutkan dahinya seketika.
“Universiti tu bukan universiti architecture terbaik dunia ke? Hebat juga awak ni,” puji Zaara sambil memandang Megat Danish disebelahnya.
“Awak pun hebat apa, bukan calang-calang orang Malaysia boleh masuk Universiti Umm Al Qura tu. Did you want to know why I’m choosing your university as my final graduate project?,” soal Megat Danish menunjukkan dia makin selesa berbual dengan Zaara sambil membalas pandangan Zaara itu.
“Sebab rekaan seni bina universiti awak tu unik jadi saya ambil keputusan untuk pilih universiti tu walaupun jauh tapi saya sanggup. Demi untuk dapatkan apa yang terbaik yang dapat puaskan hati saya,” beritahu Megat Danish dengan tersenyum.
"Saya sukakan kelainan lagipun classmate saya yang lain semua buat kajian bangunan yang senior kami pernah buat dulu. So, it's not interesting more for our lecturer," beritahunya lagi.
Zaara tersenyum bangga dan menggangukkan kepalanya mendengar penjelasan daripada Danish itu.
“So, awak stay dekat sini lama lagi ke?,” soal Zaara lagi ingin tahu.
“Hurm, if based on what I have planned I will be at here just for 2 weeks but when you accidentally broke my camera it will take as 1 month, I guess,” luah Megat Danish sambil tertawa kecil. Zaara terus menghentikan langkahnya lalu diikuti oleh Megat Danish.
“I’m sorry, Danish. Saya betul-betul tak sengaja nak langgar kamera awak tu masa tu saya pening sakit kepala tu yang tak perasan awak ada dekat situ,” Zaara memohon maaf apabila rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
Megat Danish yang mendengar itu tertawa kecil.
“Okay lah, I will let you know about what had happen actually later. Now, we have to buy my new camera first and I will treat you something the most you like, okay?,” tutur Megat Danish lembut.
Zaara tersenyum, sungguh lapang dadanya mendengar setiap tuturan lembut lelaki di hadapannya itu.
Namun, baru beberapa tapak Megat Danish ingin melangkah. Zaara bersuara..
“Awak sekejap!,” pinta Zaara membuatkan Megat Danish menghentikan langkahnya. Zaara segera menghampiri Danish yang sedang mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Zaara yang kini berada di hadapannya itu.
“Ada apa?,” soal Megat Danish ingin tahu.
Kaca mata hitam yang menutupi kedua-dua matanya itu terus ditanggalkan perlahan oleh Zaara yang membuatkan Danish terkesima seketika apabila kedudukan mereka agak rapat.
Jantungnya berdegup laju tanpa diketahui puncanya.
"Dalam shopping complex ni tak ada matahari, Mr.Danish," Zaara terus melipat kaca mata hitam Danish lalu menyambung kata-katanya.
"So, awak simpan je cermin mata hitam awak ni dekat sini, okay?," Tutur Zaara sambil terus mencangkukkan kaca mata hitam itu ke kolar baju Megat Danish disertai jari jemarinya mula mengemaskan sekejap kolar baju Megat Danish itu.
Megat Danish yang dari tadi hanya memerhati kedua-dua mata Zaara itu dapat merasakan senyuman yang diukirkan oleh Zaara disebalik cadar itu yang mampu mengetarkan jiwa lelakinya itu.
Zaara yang mengemaskan kolar baju Megat Danish itu terus sedar akan keterlajuannya.
Ya Allah, Zaraa.
Apa yang kau dah buat ni?
Dengan jari jemari masih di kolar baju Danish, Zaara perlahan-lahan mengangkat pandangannya membalas pandangan Danish itu lalu terus menjauhkan dirinya dan lekas menunduk malu.
Kesal dengan perbuatannya sendiri itu.
Macam mana kau tak sedar apa yang kau dah buat ni, Zaraa?
"I know you're blushing, Zaara," Teguran daripada Megat Danish itu membuatkan Zara membalas pandangan Danish.
Danish tersenyum kecil apabila Zaara sekali lagi mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Kerana tidak mampu menahan malunya itu, Zaara terus mengatur langkah pergi. Danish yang masih tersenyum itu terus menyaingi langkah Zaara yang sudah laju ke hadapan.
Mereka yang sudah berjalan beriringan itu hanya mampu mendiamkan diri. Tiada sebutir bicara yang dikeluarkan di antara mereka berdua.
Zaara yang sedang merungut kesal di dalam hatinya itu terkejut apabila lengannya ditarik perlahan oleh Megat Danish.
“Eh apa awak ni?,” luah Zaara khuatir sambil cuba melepaskan lengannya dari genggaman Megat Danish namun tidak berjaya.
Megat Danish tersenyum lebar.
“Kalau ye pun malu, kedai kamera dekat sana bukan dekat sini, Cik Zaara,” tegur Megat Danish menyedarkan Zaara.
Zaara terus memandang kedai yang hampir dimasuki olehnya itu. Terbeliak kedua-dua matanya lalu lekas dipejam lama menahan malu.
Kedai seluar dalam lelaki?!
Zaara segera memejam matanya lama menahan malu.
Ya Allah, malunya!!!
Kedengaran Megat Danish menertawakannya itu membuatkan Zaara menahan geram dan malu terhadap kebodohan dirinya itu. Tak pernah-pernah kau macam ni!
“Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? Kalau tak saya tak pandang kedai tu!,” rungut Zaara geram. Megat Danish menguatkan sedikit ketawanya melihat tingkah Zaara itu.
“Comel lah awak ni! Dahlah tak payah nak fikirkan sangat and now open your eyes,” pinta Megat Danish sambil dia memegang kedua-dua belah bahagian rahang muka Zaara. Zaara perlahan-lahan membuka matanya.
Dilepaskan keluhan leganya apabila melihat wajah Megat Danish dihadapannya. Megat Danish mengukirkan senyumannya lalu dia menjatuhkan kedua-dua tangannya dari menyentuh rahang muka Zaara tadi.
“Jom masuk kedai kamera dekat sana tu,” ajak Megat Danish lalu mereka terus melangkah menuju ke kedai kamera yang berada di bahagian kanan di pusat beli-belah itu.
Megat Danish tidak berhenti mengukirkan senyumannya apabila mengingati tingkah comel Zaara itu.
“She’s the right one,” ujar Megat Danish perlahan tanpa didengari oleh Zaara yang berjalan bersebelahan dengannya itu. Hatinya tidak pernah berbahagia seperti ini.
Megat Danish cuba untuk berhenti tersenyum namun dia tidak mampu menghentikan senyumannya itu apabila mengingati tingkah comel Zaara tu.
“Stop-stoplah ketawa kan saya! Haishh,” tegur Zaara geram.
“Mana ada saya ketawakan awak? Saya senyum je,” dalih Megat Danish sambil melebarkan senyumannya. Zaara hanya menjeling geram lalu diikuti langkah Megat Danish masuk ke dalam kedai kamera berjenama itu.
MEGAT Danish terus menggerakkan lensa kameranya dan menangkap gambar Zaara yang sedang berdiri sambil menikmati pemandangan matahari terbenam itu.
Megat Danish tersenyum lebar melihat gambar yang berjaya ditangkap olehnya menggunakan kamera yang baru dibelinya itu.
“Cantiknya!,” puji Zaara agak kuat itu sambil tersenyum lebar melihat pemandangan dihadapannya itu. Megat Danish yang mendengar itu terus menghampiri Zaara.
"It's beautiful just like you, Zaara,” puji Megat Danish itu membuatkan Zaara menoleh ke arahnya. Zaara mengukirkan senyumannya di balik cadar itu sebaik pandangannya dibalas oleh Megat Danish.
“Awak nak tahu tak tentang sejarah Masjid dekat depan kita ni?,” soal Zaara lembut itu membuatkan Megat Danish menjongketkan kening kirinya. Dipandang masjid dihadapannya entah apa namanya pun dia tidak tahu.
Lalu pandangan Megat Danish tertoleh ke arah Zaara sebaik Zaara mula bercerita.
“Nama masjid yang dekat depan kita ni sebenarnya Masjid Al Rahma atau pun lebih dikenali Masjid Terapung Jeddah. Dulu penduduk tempatan dekat sini panggil masjid ni sebagai Masjid Fatimah dan penduduk tempatan dekat sini pun selalu kaitkan masjid ni dengan nama putri Nabi Muhammad,” Zaara mula bercerita dengan nada lembut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam itu membuatkan Megat Danish tersenyum.
Lalu dikalihkan pandangannya ke arah masjid dihadapannya itu.
“Disebabkan itu, pemerintah masa tu buat keputusan untuk gantikan nama masjid ni kepada Masjid Al Rahma supaya penduduk setempat dekat sini tidak disalahgunakan untuk kepentingan mereka yang terpesong akidah,” sambung Zaara dengan mengukirkan senyumannya.
“Dan, masjid ni selalu lah menjadi tumpuan pelancong sebab terpesona dan kagum dengan keindahan seni bina masjid dan keunikan masjid yang terapung di Laut Merah dan para pelancong juga tidak dihadkan masa dan dibuka 24 jam untuk mengunjungi masjid ni, betul tak?,” sambung Megat Danish sambil menoleh ke arah Zaara disebelahnya.
Zaara yang memandang ke arah Danish yang berada disebelahnya itu melebarkan senyumannya apabila mendengar sambungan Megat Danish itu.
Tidak dia menyangka, Danish mengetahui serba sedikit tentang perihal masjid di hadapan mereka. Zaara terus menganggukkan kepalanya perlahan dan mengakui kebenaran apa yang diperkatakan oleh Megat Danish itu.
Megat Danish dan Zaara kembali menikmati pemandangan matahari terbenam disebalik sebuah masjid yang separuh terapung di Laut Merah yang seakan-akan di sebuah lukisan indah.
Beberapa minit kemudian, kedengaran azan berkumandang menyedarkan mereka berdua. Zaara lekas menoleh memandang ke arah Megat Danish disebelahnya itu.
Begitu juga Megat Danish sambil itu bibirnya mengukirkan senyumannya.
“Jom kita solat,” ajak lembut Zaara sambil mengukirkan senyumannya. Megat Danish perlahan-lahan mematikan senyumannya.
Solat?
Sudah bertahun lama dia meninggalkan ibadah wajib itu tidak sedikitpun dia mengingati sang pencipta itu.
Megat Danish menundukkan wajahnya ke bawah kerana perasaan malu yang mula menyelubungi dirinya. Zaara mengerutkan dahinya.
“Awak okay ke, Danish?,” soal Zaara khuatir.
“To be honest, saya malu sebenarnya nak bagitahu dekat awak… Sebenarnya saya dah bertahun lama tak solat,” tutur Megat Danish sambil tersenyum malu namun diselitkan dengan perasaan sebaknya.
Zaara tersenyum kecil apabila dipandang oleh Megat Danish. Namun, Danish terus mengalihkan pandangan ke tepi dan tidak memandang ke arahnya mungkin kerana malu.
“Danish, look at me,” pinta Zaara lembut yang membuatkan Megat Danish kembali memandang ke arahnya dan membalas pandangannya.
“Ada sebab kenapa Allah pertemukan kita. Jangan risaulah, Allah tu Maha Pengampun. Allah sentiasa menanti para hambanya untuk bertaubat kepadaNya. Awak solat eh? Kita sama-sama perbaiki kekhilafan kita,” pesan Zaara lembut membuatkan Megat Danish yang menatapnya itu perlahan-lahan tersenyum lebar lalu dianggukkan kepalanya.
Dia bersyukur kerana Allah mempertemukannya dengan seorang wanita yang berada dihadapannya yang mampu melengkapkan kehidupannya malah mampu mengetarkan seluruh jiwa lelakinya.
Jika menatap kedua-dua belah matanya, hati terus menjadi tenang dan lapang. Adakah ini petanda bahawa dia sudah menjumpai jodonya?
Entahlah.
SEUSAI menjalani ibadah solat isyak itu, Megat Danish dan Zaara berjalan beriringan di perkarangan Masjid Al Rahma sambil berbual ringkas tentang tajuk ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz tadi.
Jujur, hati Megat Danish menjadi lapang dan tenang disaat mengenali Allah.
“Awak nak tahu tak saya manusia yang paling gembira hari ni?,” soal Megat Danish sebaik mereka duduk di bangku yang berhadapan dengan dengan Masjid Al Rahma sambil mendengar deruan ombak laut merah.
Zaara mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Megat Danish disebelahnya.
“Sebab?,”
“Sebab saya telah membina satu kenangan terindah bersama dengan awak,” tutur Megat Danish lembut yang membuatkan Zaara tersenyum lebar sambil matanya masih memandang Megat Danish yang sedang menikmati pemandangan laut dihadapan mereka.
“Tapi kita baru je kenal tak sampai 24 jam, Danish,” ujar Zaara sambil tertawa kecil. Lantas, Megat Danish dengan senyumannya itu memandang ke arah Zaara disebelahnya.
Ditatap kedua-dua mata Zaara itu dalam tempoh agak lama yang membuatkan Zaara perlahan-lahan mematikan senyumannya sambil membalas pandangan Megat Danish itu.
“Kalau saya diberikan peluang untuk memilih, saya akan pilih untuk kekalkan hari ni sampai bila-bila supaya kenangan yang kita bina takkan hilang,” tutur Megat Danish lembut.
“Kalau hilang macam mana?,” sengaja Zaara menyoal ingin menguji Megat Danish.
“Ia takkan hilang,” ujar Megat Danish sambil mengalihkan pandangannya ke hadapan sekali lagi. Zaara yang mendengar itu tersenyum sekejap, matanya masih memandang ke arah Megat Danish.
“Awak pasti?,” sekali lagi sengaja Zaara menyoal sambil menjongket sedikit kening kirinya itu yang membuatkan Megat Danish tertoleh sekali lagi untuk berbalas pandangan.
“Saya pasti walau apa-apa pun berlaku kenangan yang kita bina hari ni akan jadi kenangan buat kita berdua sampai bila-bila. Saya tahu saya bukan sesiapa dalam hidup awak,” tutur Megat Danish itu membuatkan Zaara terdiam seketika.
Danish berhenti seketika lalu dia bersuara kembali.
“Dari pertama kali saya jumpa awak, I know you’re the right one for me and I don’t know why saya paksa diri saya sendiri to know more about you and lastly to let you fall in love with me walaupun saya tahu cinta itu tak boleh dipaksa. Betul juga kata awak yang kita kenal each other pun tak sampai 24 jam,” tutur Megat Danish yang mula diselubungi perasaan sebak namun ditutupi dengan ketawa kecilnya ketika di hujung ayatnya itu lalu ditundukkan wajahnya ke bawah.
Zaara yang mendengar itu tersenyum lebar di balik cadar niqabnya itu.
“Kalau saya kata awak berjaya buatkan saya jatuh cinta dengan awak walaupun tak sampai 24 jam macam mana?,” sengaja Zaara menyoal ingin tahu.
Megat Danish yang mendengar itu terus mengangkat pandangannya membalas pandangan Zaara sekali lagi.
Jujur dirinya terkejut mendengar pengakuan Zaara itu.
Dibalas pandangan Zaara dalam tempoh lama cuba mencari kejujuran yang dizahirkan dari kedua-dua matanya adakah Zaara mempermainkan dirinya atau memang benar mencintainya?
“If that happen, I will be the most happy person in the world and will be happy together just with you,” tutur Megat Danish sambil tersenyum lebar. Zaara yang mendengar itu tertunduk malu tidak menyangka dia menerima jawapan seperti itu.
“Saya sebenarnya takut tak dapat jumpa awak lepas ni,” jujur Megat Danish sebak.
“Kenapa awak cakap macam tu?,” soal Zaara sambil mengangkat pandangannya membalas pandangan Megat Danish sekali lagi.
“Tak tahu. Saya harap awak takkan lupakan saya,” tutur Megat Danish lembut.
“Kalau saya lupa macam mana?,” sekali lagi Zaara menyoal sengaja menguji Megat Danish.
“Saya akan ingatkan awak,” nekad Megat Danish. Zaara yang membalas pandangan Megat Danish itu tersenyum lebar lalu mengalihkan pandangannya ke hadapan memandang cahaya lampu dari Masjid Al Rahma itu dengan perasaan gembiranya itu.
“Dah lah jom kita balik. Dahlah awak bawa saya sampai ke Jeddah nanti Soffiyya dekat rumah risaukan saya pulak. Saya kan baru nak sihat,” tutur Zaara lalu bangun berdiri sambil berpaling memandang ke arah Megat Danish yang masih duduk di atas bangku itu.
“Zaara, saya harap awak tak anggap saya main-main dengan kata-kata saya tadi,” tutur Megat Danish agak tegas sambil bangun berdiri berhadapan dengan Zaara lalu membalas pandangan Zaara itu.
Zaara tersenyum lebar lalu menganggukkan kepalanya.
“I will take it as serious okay? Dahlah hantar saya balik, esok saya ada kelas pagi,” pinta Zaara lembut.
“Okay, saya hantar awak balik,” Megat Danish terpaksa akur lalu mereka terus berjalan beriringan menghampiri kereta dengan perasaan gembira menyelubungi diri.
Indah perasaan ini.
Next chapter pada hari Rabu tau and terima kasih sebab sudi baca! Love from Rifi!
Share this novel