BAB 16

Romance Completed 21483

“Hey, beautiful,” ujar Shah Hazwan dengan senyuman diukir lebar.

Perlahan-lahan, Shah Hazwan menghampiri Allesya Danielle dan itu menarik perhatian Megat Danish semula.

Terus Megat Danish menoleh ke belakang dan memandang langkah yang diaturkan abang angkatnya itu menghampiri Allesya Danielle.

Apabila Shah Hazwan semakin menghampirinya membuatkan Allesya Danielle mengundurkan beberapa langkahnya dan dia cuba mengawal pernafasannya.

“You Allesya Danielle kan?,” soalnya lalu mematikan senyumannya dan mengerutkan dahinya apabila melihat tingkah Allesya Danielle seperti tidak selesa dengannya.

Mendengar soalan itu, Allesya Danielle terkejut apabila lelaki dihadapannya itu mengingati namanya.

Jika lelaki itu masih mengingati namanya jadi lelaki itu masih mengingati kejadian yang berlaku pada dirinya pada lima tahun lepas?

Ya allah, aku tak nak aib aku tersebar. Aku tak nak!

“Are you okay?,” soal Shah Hazwan mengerutkan dahinya sambil jarinya meraih tangan kanan Allesya Danielle yang membuatkan Allesya Danielle tersentak dan cepat melepaskan tangannya.

Allesya Danielle menundukkan wajahnya ke bawah dan meminta izin pergi. Laju kakinya melangkah menuju ke ruangan lif sambil cuba mengawal trauma ketakutannya.

“Sombong betul perempuan ni,” luah Shah Hazwan sambil tersenyum sinis apabila Allesya Danielle sedikitpun tidak menjawab pertanyaannya.

Megat Danish yang mendengar itu terus membalas pandangan abang angkatnya itu dan mengatur langkah menuju ke ruangan lif.

Allesya Danielle yang menanti pintu lif terbuka untuknya itu terus melangkah masuk ke dalam. Segera butang lif bernombor 13 ditekan dan menunggu pintu lif itu tertutup untuknya.

Tersentak Allesya Danielle dibuatnya apabila sepasang tangan seseorang menahan pintu lif itu.

“Tuan Danish?,” berkerut dahinya apabila Megat Danish melangkah masuk ke dalam lif. Megat Danish yang berdiri bersebelahan itu terus membalas pandangan Allesya Danielle.

“Apa?,” soal Megat Danish agak tegas lalu kembali memandang pintu lif yang sudah tertutup itu. Jari telunjuknya mula menekan punat bernombor 15 yang merupakan ruangan kerjanya.

Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle hanya mendiamkan diri dan suasana sepi memenuhi ruangan lif itu.

Megat Danish memandang skrin lif itu apabila merasakan untuk sampai ke tingkat 13 terasa lama.

“Oh ya..,” Megat Danish mula bersuara untuk bertanya. Allesya Danielle memandang ke arah majikannya yang berada di sebelahnya itu.

“Kau kenal ke dengan lelaki tadi tu?,” soal Megat Danish ingin tahu sambil membalas pandangan Allesya Danielle itu. Allesya Danielle terus mengalihkan pandangan ke hadapan.

Perlahan-lahan, dia mengukirkan senyumannya.

“Takkan saya tak kenal pulak, itu kan abang angkat Tuan Danish. Betul kan?,” soal Allesya Danielle sengaja menginginkan kepastian sedangkan dia tahu tentang itu.

Mendengar itu membuatkan Megat Danish tersenyum kecil.

Bukan jawapan itu yang dia inginkan. Melalui pandangan Allesya Danielle ke arah abang angkatnya tadi bukan seperti baru mengenali tetapi seperti… adakah hanya perasaannya?

Perasaan ingin tahu yang membuatkan dirinya memikirkan hal yang bukan-bukan.

Ting!
Pintu lif terbuka itu menyedarkan Megat Danish.

“Saya minta diri dulu, Tuan Danish,” pamit Allesya Danielle lembut. Mendengar itu hanya membuatkan Megat Danish mengangguk kecil.

Allesya Danielle mengatur langkah keluar dari kotak lif itu lalu pintu lif itu kembali tertutup. Lif itu mula naik ke atas menuju ke tingkat 15.

AREESYA Husna yang menatang dulang yang diisi bubur ayam dan segelas air suam itu perlahan-lahan menuju masuk ke dalam bilik ibunya itu.

“Ibu, kita makan sikit eh?,” ajak Areesya Husna lembut. Puan Intan yang mendiamkan diri itu terus menggelengkan kepalanya.

“Alah ibu ni, jom lah kita makan. Areesya suapkan ibu,”

“Aku kata aku tak nak! Tak nak lah! Kau keluar lah dari bilik ni kalau boleh hilang dari pandangan aku! Huk! Huk!,” terbatuk-batuk Puan Intan dibuatnya membuatkan Areesya Husna segera mencapai segelas air suam yang dibawa olehnya tadi lalu dihulurkan kepada ibunya.

Namun ditepis kasar membuatkan gelas itu pecah derai di atas lantai bilik.

Puan Intan berterusan batuk dan Areesya Husna secepatnya mengusap belakang tubuh ibunya. Puan Intan menekup mulutnya dan masih melepaskan batuk.

Terkejut Areesya Husna dibuatnya apabila melihat gumpal darah di telapak tangan ibunya.

“Ya Allah ibu!,” Aressya Husna benar terkejut lalu terus dia berlari menghampiri meja kecil dan mencapai kotak tisu itu.

Kembali ke ibunya lalu secepatnya dia menarik beberapa tisu dan mengelap laju gumpalan darah itu.

“Areesya dah kata dah ibu tetap kena duduk dekat hospital tapi ibu tak nak ibu degil! Ibu tetap jugak nak balik rumah! Ibu tak boleh tinggalkan Areesya, ibu tak boleh! Areesya tak sanggup lagi kehilangan ibu!,” dengan panik dan kerisauan yang melampau menyelubungi dirinya, Areesya Husna sekali lagi menarik tisu itu dan mengelap laju telapak tangan itu.

Tangisannya masih kedengaran dan air matanya masih mengalir membasahi pipi.

Puan Intan memandang wajah panik anaknya itu. Wajah anak kandungnya itu memiliki sedikit kemiripan dengan anak tirinya, Allesya Danielle dan itu membuatkannya benci.

Terus tubuh kecil Areesya Husna itu ditolak sehingga jatuh ke lantai. Tergamam Areesya dibuatnya dan pinggangnya mula sakit akibat jatuh dari atas katil itu.

Dia gagahkan kakinya bangun dan tetap menarik keluar beberapa tisu dari kotak tisu terus telapak tangan ibunya itu dibersihkan.

“Ibu kena janji dengan Areesya yang ibu takkan tinggalkan Areesya! Areesya hanya ada ibu buat masa sekarang! Areesya tak nak ibu sakit! Tak nak, ibu tak boleh tinggalkan Areesya!,” rayu Areesya Husna sambil diselangi dengan tangisannya.

“Kau ni dah gila ke apa?!,” terus tubuh kecil anaknya itu sekali lagi ditolak jatuh ke bawah. Sungguh dia rimas dengan kelakuan anaknya itu sudah seperti orang gila!

Puan Intan mendengus menyampah.

Areesya Husna yang sudah tersembam di atas lantai itu terus menghentikan tangisannya. Kini, badannya sahaja dia rasa kesakitan namun lagi menyakitkan adalah hatinya.

Hatinya yang baru sahaja sembuh kini kembali terluka dengan sikap ibunya yang selama ini dia pendam.
Dia bangun berdiri perlahan-lahan sambil menahan kesakitan.

Dibalas pandangan ibunya itu.

“Areesya tak pernah minta dilahirkan, ibu. Tak pernah! Areesya dah lama pendam semua ni dan Areesya setuju sambung belajar dekat Sarawak tu pun sebab Areesya tak tahan dengan perangai ibu! Hati Areesya sakit sorang pun tak tahu, ibu. Ibu tak pernah peduli pasal Areesya!,” kini tangisannya mengawal dirinya.

Namun, banyak lagi ingin dia luahkan kepada ibunya.

“Aku benci kau! Sebab kau hidup aku merana terpaksa berkongsi kasih dengan mak tiri kau tu tahu tak?! Sebab kau juga ayah kau tinggalkan aku sebelas tahun dan semua berpunca dari kau tahu tak?! Baik aku mati jelah!,” raung Puan Intan lalu terus dipecahkan bingkai gambar pernikahan dirinya dengan arwah suaminya itu dan membuatkan Areesya Husna tersentak melihat tindakan luar kawalan ibunya itu.

“Biar aku mati depan mata kau!,” terus serpihan kaca itu diambil dan terus dihalakan ke nadi tangan kanannya.

Melihat itu terus membuatkan Areesya Husna panik dan berlari ke arah ibunya dan cepat mengambil kembali serpihan kaca itu.

“Ibu dah gila ke apa?!,” geram Areesya Husna dibuatnya. Kedua-dua tangannya tanpa lapik terus cepat mengutip semua serpihan kaca itu.

Sakit di tangannya dihiraukan. Di biliknya itu hanya kedengaran tangisan mereka berdua.

Setelah mengutip serpihan kaca itu, Areesya Husna terus mengatur langkah keluar. Tiba di ruangan dapur, serpihan kaca itu di buang ke dalam tong sampah. Akhirnya dia meraung kesakitan tanpa mengeluarkan suaranya agar tidak kedengaran.

Dipandang kedua-dua telapak tangannya. Beberapa serpihan kaca yang tertusuk itu dia keluarkan perlahan-lahan.

“Ya Allah,” raung perlahan Areesya Husna apabila menahan kesakitan itu. Setelah mengeluarkan beberapa serpihan kaca yang tertusuk di telapak tangannya itu segera pili air di singki itu dia buka.

Telapak tangannya yang sudah berlumuran darah itu dicuci.

Hanya Allah tahu bagaimana dia menahan kesakitan itu.

Air matanya tidak henti mengalir membasahi kedua-dua pipinya. Walau apa-apa pun terjadi aku akan pastikan aku mampu jaga ibu sampai ibu hembuskan nafas terakhir.

LYA Adrianna yang baru melangkah keluar dari ruangan pantri terus mengerutkan dahinya apabila melihat kelibat Tan Sri Megat Idruz dan Shah Hazwan mula memasuki ruangan tingkat 13 itu.

Buat apa pulak mereka ke sini?
Takkan nak lawat kawasan pulak?

Lya Adrianna menekup mulutnya dan kini dia ingin sahaja menjerit keriangan.

“Weyy, Shah Hazwan kerja sama department dengan aku ke apa sekarang ni?!,” teruja Lya Adrianna dibuatnya. Kelihatan Tan Sri Megat Idruz memanggil para pekerjanya untuk berkumpul sekejap dan itu dituruti.

Mendengar itu terus Lya Adrianna meletakkan kembali gelas kaca itu di atas meja dan mula menghampiri mereka yang sedang berkumpul itu.

“This morning, I would like to inform my elder son, Shah Hazwan will work at here under department management with Miss Lya Adrianna,” beritahu Tan Sri Megat Idruz itu benar mengejutkan Lya Adrianna.

Namun keterujaannya disembunyikan di balik senyuman lebarnya.

“Welcome to our department, Encik Shah,” sambut Lya Adrianna lembut sambil dihulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan anak angkat majikannya itu. Shah Hazwan membalas senyuman itu lalu menyambut huluran itu.

“Thank you, Miss Lya,”

“As you know, Shah. This level has devided by two department at your left will be management department that controlled by Miss Lya Adrianna as head of management department however at your right will be financial department that controlled by Mrs. Anna Lee as head of financial department,” Tan Sri Megat Idruz menjelaskan satu persatu kepada anak angkatnya itu.

Shah Hazwan hanya mengangguk kecil dan mengenali satu persatu pekerja yang berkerja di tingkat itu.

Dia juga dimaklumkan bahawa ruangan tingkat ini merupakan jabatan kedua terpenting di syarikat milik ayah angkatnya itu.

Jadi, ayah angkatnya itu tidak merendahkan kedudukannya. Baguslah kalau begitu tak apa perlahan-lahan aku akan ambil alih posisi yang diduduki oleh adik angkatnya, Megat Danish.

Dan dia juga dimaklumkan bahawa Allesya Danielle juga bekerja di ruangan tingkat ini.

Tapi, kelibat Allesya Danielle tidak kelihatan di situ.

Allesya Danielle yang masih berada di ruangan tandas itu terus memperlahan tangisannya apabila kedengaran tapak kaki dan suara beberapa pekerja wanita sedang memasuki ruangan tandas.

“Untung betul lah anak angkat Tuan Idruz tu,”

“Kenapa you cakap macam tu?,”

“Yelah, dia kan sebelum ni goyang kaki je dekat rumah tup tup baru masuk kerja dah dapat jawatan bahagian management. Gila tak untung ! Tuan Danish yang banyak tolong Tuan Idruz uruskan syarikat ni pun dulu kerja dari bawah as receptionist,” bebel wanita itu lalu mengoles bibirnya dengan gincu merah.

“Oh I baru tahu, I fikir Tuan Danish masuk-masuk kerja terus dapat position presiden tu yelah anak kandung Tan Sri Megat Idruz kan? Untung betul lah anak angkat Tuan Idruz itu!,”

“Kan..!,”

Allesya Danielle yang mendengar itu terus tersenyum perlahan. Ya, Megat Danish dari sekolah dahulu tak pernah mengecewakan.

Namun, kerana satu kejadian dia sanggup membuli Megat Danish dahulu sehingga…

Tapi itu dahulu!

Apabila kedengaran tapak kaki yang diaturkan oleh mereka itu sudah melangkah keluar dari ruangan tandas membuatkan Allesya Danielle melepaskan keluhannya.

Mendengar kata-kata pekerja perempuan itu tentang semangat Megat Danish tadi membuatkannya kembali menguatkan semangatnya.

“It’s okaylah, Allesya. Just remember one thing, apa-apa pun masalah yang awak hadapi pasti akan ada penyelesaiannya. Dah jangan menangis macam ni lagi, ingat Allah pernah berfirman Lah Tahzan Innallahah ma’ana yang maksudnya janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” penuturan Megat Danish kepadanya tadi membuatkan semangatnya kembali.

Kau kena kuat, Allesya Danielle!

Kau kena kuat!

Perlahan-lahan dia kembali mengeluarkan dirinya dari ruang bilik tandas itu dan kakinya menghampiri ruangan singki. Dia mencuci kedua-dua tangannya dan dibetulkan keadaan wajahnya yang kelihatan merah mungkin kerana menangis tadi.

Beberapa tisu ditarik dan mengelap tangannya lalu tisu itu dibuang ke dalam tong sampah.

Ditarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.

“You have to be strong, Allesya,” kakinya terus melangkah keluar dari ruangan tandas wanita. Baru sahaja dia ingin melangkah ke ruang pejabat, tiba-tiba tangannya ditarik masuk kembali ke ruangan tandas wanita itu.

Badan belakangnya ditolak kuat menyandar ke dinding yang membuatkannya memejam mata seketika menahan kesakitan.

Terus dia membuka matanya apabila dapat menangkap bau minyak wangi maskulin sungguh dekat dengannya.

“Shah Hazwan?!,” terus bibirnya itu ditekup. Shah Hazwan mula memandang sekeliling ruang tandas itu dan kembali membalas pandangan Allesya Danielle.

Allesya Danielle cuba mengawal ketakutannya apabila berhadapan dengan lelaki yang pernah hampir memusnahkan hidupnya.

“Aku dah agak dah kau sebenarnya bukan amnesia pun, kan?,” soalnya sinis.

Allesya Danielle terkejut.

“I know you well, Allesya. Tak mudah untuk kau tipu aku,” tuturnya lagi. Allesya Danielle yang tidak selesa dengan kedudukan mereka berdua itu terus menolak tubuh Shah Hazwan jauh darinya.

“Apa yang Tuan Shah merepek ni? Saya langsung tak kenal..,”

“Kejap, kau tak payah nak ber-tuan sangat dengan aku, kau bukannya tak pernah kenal aku,”

“Kau still nak teruskan penipuan kau? With me? Seriously?,” Shah Hazwan yang terundur ke belakang sedikit itu mula tergelak kecil.

Perlahan-lahan, dia menghampiri Allesya Danielle.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya.

Dia perlu meneruskan lakonannya walaupun dengan Shah Hazwan, dia tahu mungkin ini cara Shah Hazwan untuk mengugutnya.

“Penipuan apa ni, Tuan Shah? Kalau betul Tuan Shah tak percaya yang saya amnesia, jom jumpa any doktor and check on me,” tegas Allesya Danielle mempertahankan dirinya lalu dicapai tangan kanan Shah Hazwan.

Shah Hazwan terus melepaskan tangan kanannya kasar dan menolak kembali Allesya Danielle sandar ke dinding.

Sekali lagi, Allesya Danielle menahan kesakitan tubuh belakangnya itu. Shah Hazwan menutupi bahagian kanan dan kiri Allesya Danielle dengan kedua-dua tangannya.

Shah Hazwan yang membalas pandangan Allesya Danielle itu terus mengeluh perlahan. Dia tundukkan wajahnya ke bawah dan tangan kanannya mula menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan telefonnya.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan lelaki dihadapannya ini.

Pandangannya dibalas semula oleh Shah Hazwan dan pandangannya dikalihkan apabila skrin telefon itu dihala ke arahnya.

Sebuah video rakaman perbualannya dengan Soffiyya itu benar mengejutkannya.

Sumpah!

Shah Hazwan mengukirkan senyumannya lalu mengingati kejadian beberapa minggu lepas…

Puan Sri Misha sebaik menghampiri suaminya, Tan Sri Megat Idruz diletakkan gelas kaca yang mengandungi susu panas itu di atas meja.

Lalu dilabuhkan punggung di sebelah kerusi suaminya yang sedang memandang skrin tablet mininya itu.

“Dah dah lah tu, you. Dari tadi asyik hadap tab tu je you should rest tahu tak?,” pesan Puan Sri Misha lembut. Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu terus menanggalkan cermin matanya lalu mematikan tablet mininya.

Dia tidak mahu isterinya itu melanjutkan bebelannya.

Terus dicapai gelas kaca di atas meja yang terletak di tengah-tengah diantara mereka.

Susu panas yang dibuat oleh isterinya itu dihirup perlahan.

“Ha terlanjur you dekat sini, I nak tanya sikit,” Tan Sri Megat Idruz meletakkan kembali gelas kaca itu lalu dipandang isterinya yang bersebelahan dengannya itu.

Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.

“Apa dia?,” soal Puan Sri Misha ingin tahu.

“You ingat tak anak Emir Azman?,” soal Tan Sri Megat Idruz cuba mengimbas kembali memori isterinya itu. Sementara itu Shah Hazwan yang baru ingin mendekati ayah dan ibu angkatnya itu terhenti langkahnya apabila mendengar nama itu.

“Emir Azman, orang kampung arwah ayah you dulu kan?,” soal Puan Sri Misha inginkan kepastian.

“Ha betul lah tu,” Segera Tan Sri Megat Idruz mengangguk.
“Anak perempuan Azman you ingat lagi tak?,” soal Tan Sri Megat Idruz cuba menguji ingatan isterinya.

Puan Sri Misha diam seketika sambil mengerutkan dahinya dan cuba mengingati.

Puan Sri Misha tersenyum kecil.

“Oh, anak perempuan Azman yang pernah tolak arwah ayah you dulu masuk dalam parit sampai arwah ayah you koma seminggu tu kan?,” tertawa kecil Puan Sri Misha dibuatnya apabila mengingati memori itu.

Shah Hazwan yang mendengar itu mengerutkan dahinya.

“Ha betul lah tu,” turut Tan Sri Megat Idruz tertawa kecil.

“Cantik sungguh anak perempuan Azman tu, ni dah besar confirm cantik macam arwah ibu dia dulu kan?,” soal Puan Sri Misha sambil tersenyum lebar.

“Lagi cantik daripada arwah ibu dia,” tutur Tan Sri Megat Idruz sambil tersenyum lebar itu membuatkan Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.

“Macam lah you dah jumpa dia?,”

“She is one of my staff which under Danish’s department,” beritahu Tan Sri Megat Idruz itu memeranjatkan Puan Sri Misha.

“Hah? Are you serious?,” terkejut Puan Sri Misha dibuatnya.

Begitu juga dengan Shah Hazwan.

Tan Sri Megat Idruz mencapai kembali gelas kaca itu dan menghirup perlahan susu panas itu lalu dianggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu esok I nak jumpa dia lah,” teruja Puan Sri Misha.

“Tak perlu, dia takkan ingat you punya,” sekali lagi susu panas itu dihirup dan diletakkan semula gelas itu di atas meja manakala Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.

“She has amnesia which means she just remember certain people,” beritahu Tan Sri Megat Idruz itu sekali lagi mengejutkan Puan Sri Misha. Sekali lagi, Shah Hazwan mengerutkan dahinya.

Tidak pernah disangka gadis yang dia pernah jumpa lima tahun lepas masih mahu terlibat dalam keluarga angkatnya itu.

Sebaik mendengar pintu utama terbuka terus membuatkan Shah Hazwan segera masuk kembali ke dalam rumah dan cepat mendaki tangga naik ke ruangan atas.

Dia pasti adik angkatnya, Megat Danish sudah pulang ke rumah. Sejak dari hari itu, Shah Hazwan cuba mencari kembali Allesya Danielle dan dia berjaya.

Allesya Danielle yang mendengar perbualan telefonnya dengan Sharifah Soffiyya itu terus ingin merampas telefon itu namun secepatnya Shah Hazwan menjauhkan telefon itu.

Shah Hazwan tergelak kecil melihat wajah pucat Allesya Danielle itu.

“Allesya, cuba kau bayangkan eh kalau video ni sampai dekat Danish kau rasa apa dia akan buat dekat kau? Yelah, kau dah tipu dia semata-mata nak tutup dosa yang kau dah buat dengan arwah tok wan dulu,” sengaja Shah Hazwan menyinis dan mengugut Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang mendengar itu menahan geram.

“Aku tak pernah buat apa-apa dekat arwah tok wan dulu! Kau..,” jari telunjuk Allesya Danielle dihala ke wajah Shah Hazwan.

Allesya Danielle cuba menahan sebaknya apabila terlintas peristiwa lima tahun dahulu.

Shah Hazwan menjongketkan kening kirinya dan dia masih mengukirkan senyumannya.

“Oh ya aku nak tahu juga after aku umpan kau dekat tok wan dulu, kau..?,” kedua-dua matanya mula menurun perlahan memandang tubuh badan Allesya Danielle dan naik semula membalas pandangan wanita di hadapannya.

Nafas Allesya Danielle mula menjadi berat dan sesak.

“Are you still virgin?,” soalnya menyinis.

Mendengar sahaja soalan itu, tangan kanan Allesya Danielle dilayangkan menampar kuat pipi lelaki di hadapannya itu.

Lalu tubuh lelaki itu ditolak kuat jauh darinya. Tahap kesabarannya ada had dan lelaki dihadapanya itu benar-benar melampau.

Terus dia melangkah laju keluar dari ruangan tandas itu. Shah Hazwan yang masih di ruangan tandas itu tergelak kecil apabila terpaksa menahan perit pipi kirinya itu.

“Boleh tahan perempuan ni,” Shah Hazwan mengosok pipi kirinya yang masih terasa perit dan terus dia melangkah keluar dari ruangan tandas itu.

Dia ingin mencari kelibat Allesya Danielle di ruangan tingkat 13 itu namun tiada. Ruangan itu terlalu luas untuk dia mencari bilik pejabat Allesya Danielle.

NUR Fasha yang sedang mencatat minit mesyuarat itu terus memandang ke arah majikannya apabila soalan yang dituju oleh penyampai yang sedang membentangkan ‘slide’ itu masih belum dijawab.

“Tuan Danish?,” soal Nur Fasha perlahan agar dapat menyedarkan majikannya yang sedang mengelamun itu. Majikannya tidak selalu seperti ini.

Megat Danish terus memandang setiausahanya lalu dia memandang para pekerjanya yang berada di ruangan bilik mesyuarat itu.

Dia melepaskan keluhan kecilnya kerana kecewa dengan dirinya yang tidak fokus ketika mesyuarat.

“I’m truly sorry, can we extend this meeting tomorrow?,” dengan lemah lembut Megat Danish bersuara meminta maaf. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya hari ini.

“Sure, Tuan Danish,” penyampai itu dengan tersenyum dia membalas. Mendengar itu membuatkan Megat Danish senang hati terus dia mengucapkan terima kasih dan bangun berdiri dari kerusinya.

Kakinya mula mengatur langkah keluar dari ruang bilik mesyuarat itu.

Nur Fasha secepatnya menyimpan nota minit mesyuarat itu ke dalam pemacu pen (pendrive) dan mula bangun berdiri.

“Asyraf, esok awak start present apa yang awak stop hari ni tau sebab saya dah record presentation awak tadi and for sure Tuan Danish akan dengar balik presentation awak tadi,” beritahu Nur Fasha lalu mengukirkan senyumannya.

“Alright, Fasha. Thanks for inform,” penyampai yang bernama Asyraf itu kelihatan lega sedikit. Yelah, bukan mudah untuk membentangkan pembentangan di hadapan Megat Danish lebih-lebih lagi dia baru sahaja dua bulan berkerja di bawah pentadbiran Megat Danish.

Nur Fasha terus melangkah keluar dari ruangan pejabat itu dan melangkah menghampiri ruangan bilik pejabat majikannya.

Dia mengetuk muka pintu bilik itu terlebih dahulu baru lah dia melangkah masuk.

“Ya Allah, Tuan Danish!,” terkejut dibuatnya apabila melihat majikannya itu sudah rebah tidak sedarkan diri di tengah ruang bilik pejabat itu.

Terus dia berlari mendapatkan majikannya.

Nak tengok tak vibes character novel ni? Follow me on ig @rifiyasfas_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience