BAB 7

Romance Completed 21483

SETELAH melihat kemasukan Megat Danish ke dalam bilik pejabat, setiausahanya, Nur Fasha segera melangkah masuk bersama dengan sebuah iPad Pro yang digandingkan dengan papan kekunci magik, teknologi folio papan kekunci dan pensil apple.

Ia digunakan untuk mencatat segala urusan penting Megat Danish.

“Good Morning, Tuan Danish,” ucapnya lembut sebaik tiba di hadapan meja pejabat. Megat Danish yang sedang menyangkut kotnya itu segera melangkah menuju ke meja pejabatnya dan dilabuhkan punggungnya di atas kerusinya.

Tanpa berlengah, Nur Fasha segera membacakan jadual penting majikannya itu pada hari ini dan seperti biasa Megat Danish hanya mendengar serta mengangguk kecil.

“As usual don’t ever forget to remember me again about that meeting, okay?,” soal tegas Megat Danish sambil mula menghidupkan komputernya yang berjenama Apple iMac 27-inch.

“Alright, Tuan Danish. Oh ya, you shouldn’t forget about your outstation to Australia tomorrow,” beritahu Nur Fasha untuk mengingatkan Megat Danish.

Megat Danish memandang ke arah setiausahanya itu.
“I almost forget about that actually but when you remind me it makes me relieved. You doing well with your duty, Fasha. Keep it up more,” puji Megat Danish dengan mengukirkan senyumannya.

Nur Fasha membalas senyuman itu.

“Thank you, Tuan Danish. I’m really appreciate that. If doesn’t anything else that you needed, may I go out first?,” pamit Nur Fasha lembut.

“Sure,” jawab ringkas Megat Danish yang masih dengan senyumannya.

Nur Fasha segera melangkah keluar dari bilik pejabat itu dengan senyuman lebarnya kerana jarang sekali dia mendapat pujian daripada majikannya itu.

Itu menandakan majikannya itu dalam keadaan mod baik.

SELEPAS mengemas dapur, Allesya Danielle melangkah menuju ke ruang tamu mininya itu dan dicapai telefonnya itu. Diperiksa notifikasi yang menyatakan 7 panggilan tidak dijawab daripada Adam Lian itu benar membuatkannya menyampah.

Segera dia membuka penutup belakang telefonnya itu dan ditanggalkan bateri lalu dikeluarkan simkadnya itu. Simkad baharu dimasukkan, dipasang kembali bateri dan penutup belakang telefonnya itu.

Mula menghidupkan kembali telefonnya.

“Mulai hari ni, aku akan mulakan kehidupan baharu aku dekat sini. Aku takkan sesekali berpatah balik kepada Adam. Takkan,” nekad Allesya Danielle tegas lalu terus dipatah dua simkad lamanya itu dan dibuang ke dalam tong sampah.

Baru sahaja dia ingin meninggalkan telefonnya di rak kecil itu terhenti apabila telefonnya itu berdering memintanya untuk menjawab panggilan itu.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya. Haik? Aku baru tukar simkad baharu dah ada orang call?

Tanpa banyak soal, terus dijawab panggilan itu.

“Asalamuailaikum, ini Cik Allesya Danielle Binti Naz Emir Azman ke?,” soal pemanggil itu lembut membuatkan Allesya Danielle makin mengerutkan dahinya.

“Waalaikummusalam. Ye, saya,” jawabnya.

Terukir senyuman Allesya Danielle dibuatnya apabila menerima khabar bahawa dia perlu menghadiri temuduga tepat jam 10 pagi esok beserta dengan surat tawaran kerja.

Alhamdulilah.

Terus dimatikan panggilan itu lalu terus dia menjerit riang lalu sampul surat yang mengandungi surat tawaran kerja itu terus dikeluarkan dari laci rak kecilnya itu.

Dibaca surat tawaran itu dia melebarkan senyumannya.

‘Financial Advisor?’

Okaylah tu, ada kena mengena juga dengan kelayakan akademiknya.

“ADAM! Kamu nak ke mana?!,” teriak Puan Maryam mengejar perlahan anaknya yang sudah melangkah keluar dari rumah itu. Adam Lian mengendahkan panggilan mamanya dan terus menghampiri keretanya yang diparkir di garaj kereta.

“Adam! Mama tanya ni, kamu nak kemana? Kan hujan lebat ni,” geram Puan Maryam dibuatnya melihat tingkah anaknya itu.

“Adam nak balik KL cari Danielle,” jawabnya ringkas lalu terus masuk ke dalam perut keretanya.

Puan Maryam yang mendengar itu terdiam seketika dan dia membiarkan Adam Lian menggerakkan keretanya keluar meninggalkan perkarangan rumah.

“Kamu takkan dapat jumpa Danielle, Adam. Mama yakin dengan itu,” tutur Puan Maryam yakin lalu terus menutup pintu rumah apabila kedengaran petir dan guruh menyambar di dada langit.

UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS SAMARAHAN

AREESYA Husna yang sedang mengulangkaji pelajaran itu terus menutup bukunya perlahan apabila mengingati khabar yang diberitahu oleh Puan Maryam tentang ibunya, Puan Intan yang sedang mengalami kemurungan dan tiada sesiapa menjaganya.

Dilepaskan keluhan beratnya.

Ya Allah.

“Areesya, kau okay ke tak ni?,” soal Lily Alisa yang sedang berbaring di atas katil itu.

“Entahlah wey,” jawab buntu Areesya Husna itu membuatkan Lily Alisa makin khuatir. Terus dia bangun berdiri dan melangkah menghampiri sahabat baiknya itu.

“Kau kenapa ni? Sejak aunty Maryam tu call kau, kau murung je dari tadi. Apa yang kau fikirkan sebenarnya?,” soal Lily Alisa lembut sambil dia memeluk bahu dan mengosok perlahan bahu kiri Areesya Husna itu.

Areesya Husna diam sekejap.

“Aku rasa aku nak stop belajar lah,” kata putus Areesya Husna memeranjatkan Lily Alisa.

“Eh kau kenapa ni? Asal tetiba ni?,” khuatir sungguh Lily Alisa dibuatnya.

“Dekat Melaka tu, tak ada sesiapa jaga mak aku nak sebab aunty Maryam jaga mak aku belah siang je lepas tu malam?,” buntu Areesya Husna dibuatnya.

“Ya Allah, sebelum ni mak kau okay je kan?,”

“Kau lupa eh, arwah ayah aku baru je meninggal. Aku rasa mak aku depressed sejak kematian ayah aku lah, kalau sebelum ni mak aku happy je jaga ayah aku walaupun sakit,” nada Areesya Husna mula berubah sebak.
Lily Alisa diam seketika.

Dia memahami apa yang dilalui oleh sahabat baiknya itu.

“Macam ni lah, kau tenangkan dulu diri kau. Mengadu pada Allah bagitahu semua masalah kau dan minta pada Allah berikan kau petunjuk,” pesan Lily Alisa lembut.

Areesya Husna yang mendengar itu hanya mengangguk kecil.

“DANISH outstation esok kan?,” soal Tan Sri Megat Idruz lalu menyuakan nasi berlauk itu ke dalam mulutnya sambil memandang ke arah Megat Danish yang berada dihadapannya.

Megat Danish yang masih mengunyah itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Oh ya, daddy. Kalau ikutkan esok ada interview untuk position of financial advisor for my department tapi disebabkan esok Danish tak ada, Danish nak minta daddy interview,” tuturnya sebaik menghabiskan kunyahannya.

“Berapa candidate?,”

“Hurm.., around 7 people only for their last interview,” beritahu Megat Danish.

“Oh, so Danish tak kisah ke kalau daddy pilih diantara diorang yang tak sesuai dengan kriteria Danish? Macam lah daddy tak kenal anak daddy sorang ni,” soal Tan Sri Megat Idruz menginginkan kepastian.

Megat Danish tersenyum kecil.

“Just for tomorrow, daddy. Danish tak kisah,” tuturnya.
“Are you sure?,” soal Tan Sri Megat Idruz sangsi.

“Ya, I’m sure and I have to believe on you but just for tomorrow interview,” tutur Megat Danish lalu menyedut jus buah itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz tersenyum.

“AARRGGHHH!,” jerit Adam Lian geram sambil menghentak kedua-dua telapak tangannya ke streng keretanya sebaik dia menghentikan keretanya di bahu jalan. Air matanya tidak berhenti mengalir membasahi pipinya.

“Puas dah aku cari kau sekitar KL ni! Mana kau, Danielle?!,” luah sesal Adam Lian sambil menekup wajahnya ke streng keretanya dan telapak belakang tangan kirinya itu masih memukul streng kereta perlahan.

Adam Lian melepaskan keluhan beratnya lalu terus menyandarkan tubuh belakangnya ke kerusi keretanya sambil mindanya masih mengingati peristiwa tempoh hari.

“Aku tak faham lah dengan kau ni sebenarnya? Apa kurangnya aku sampai kau tak nak bertunang dengan aku? Kita dah kawan lama lah, Danielle..,”

“Sebab kita kawan dah lama lah aku tak nak! Aku anggap kau sebagai kawan aku je, Adam. Tak lebih dan tak kurang. Tolonglah, aku merayu dekat kau. Aku tak nak pertunangan ni berlangsung. Tolonglah,” rayu Allesya Danielle sungguh-sungguh.

Dibalas pandangan Adam Lian itu sekurang-kurang fahami situasinya.

“Aku tetap dengan keputusan aku, Danielle. Aku harap kau faham..,”

“Tak! Yang aku tak faham sekarang ni kau! Kau ada tak cuba faham apa yang aku rasa sekarang? Aku tak nak bertunang dengan kau, apa yang payah sangat kau nak faham?,” bentak Allesya Danielle geram.

Dia tidak mengerti apa yang difikirkan oleh Adam Lian sekarang, aku tak peduli apa-apa pun berlaku aku tetap tak nak bertunang dengan kau!

Adam Lian yang malas ingin bertekak itu terus berlari mendapatkan tangan kanan Allesya Danielle dan ditarik jauh dari tebing itu yang membuatkan Allesya Danielle terjerit kecil.

“Lepaskan aku, Adam! Lepaskan lah!,” ronta Allesya Danielle sambil cuba melepaskan genggaman Adam Lian itu secara kasar namun sedikitpun genggaman itu tidak longgar.

Dibiarkan air matanya itu mengalir membasahi pipinya untuk ke beberapa kali dia tidak tahu.

“Aku sanggup tunggu kau bertahun-tahun tahu tak, Danielle?! Aku tutup hati aku untuk mana-mana perempuan sebab aku tunggu kau! Haishhh,” tutur sesal Adam Lian sambil menguak rambutnya yang agak serabut itu ke belakang.

Dilontarkan pandangannya ke luar tingkap memandang dada langit yang sudah gelap itu.

Allesya Danielle, mana kau?

KEESOKKAN HARI,
ALLESYA Danielle yang memakai pakaian suit blazer berona krim digandingkan dengan shawl berona hitam itu melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat ‘Megat Trading’ yang kelihatan mewah dan eksklusif itu.

Kakinya diaturkan menuju ke kaunter ‘receiption’.

“Yes, miss? What can I help you?,” soal ramah staf yang berada di kaunter itu sebaik Allesya tiba disana sambil mengukirkan senyuman manis.

“I needed to attend an interview today,” Allesya Danielle terus menyerahkan surat tawaran yang diterima kepada staf itu dan membiarkan sekejap staf itu membaca kandungan surat itu.

“So, you’re Miss Allesya Danielle?,” soal staf itu terkejut.
“Yes, I am,” jawab Allesya Danielle bersama dengan kerutan di dahinya.

“I’m sorry, I didn’t notice you. Actually, my boss has instructed me to take you directly to his room but you need to wait for a while I have to call his secretary,” beritahu staf itu sambil dia menyerahkan kembali surat tawaran itu kepada Allesya Danielle.

Allesya Danielle hanya mengangguk kecil dan menunggu sahaja staf itu memanggil seseorang melalui butang interkom.

Setelah itu, dia diminta untuk menunggu sekali lagi sehinggalah dia ditegur oleh seorang wanita.

“You’re Miss Allesya Danielle?,” soal wanita itu sebaik menghampiri Allesya Danielle.

“Yes, I am,” jawab ramah Allesya Danielle.

“I’m Nur Fasha as Tuan Danish’s secretary. I’m waiting for you actually so here we go,” terus Nur Fasha mengajak Allesya Danielle agar mengikutinya naik ke atas menuju ke bilik pejabat pengasas utama syarikat, Tan Sri Megat Idruz.
Allesya Danielle hanya menurut.

Kagum pandangannya melihat reka bentuk dalaman yang tampak mewah dan esklusif itu.

Mereka berdua terus masuk ke dalam lif.

“Actually yang patut interview you hari ni Tuan Danish tapi disebabkan dia outstation so our founder will interview you, Tuan Danish’s father,” beritahu Nur Fasha ramah sambil memandang Allesya Danielle disebelah.

Allesya Danielle mengangguk kecil.

“Thanks for that information,”
“Goodluck,” ucap Nur Fasha senyum.

Allesya Danielle tersenyum dan mengucapkan terima kasih sekali lagi. Sebaik pintu lif terbuka di tingkat utama, mereka berdua terus melangkah keluar. Tergamam seketika Allesya Danielle melihat ruangan tingkat itu.

“This floor is our main floor which is for our CEO, Tan Sri Megat Idruz and for our presiden, Megat Danish my mean is we call him ‘Tuan Danish’,” jelas Nur Fasha sambil melangkah di ruangan tingkat utama itu.

“This is my room as secretary Tuan Danish as you know and beside of my room is for Secretary Tan Sri Megat Idruz, Puan Raihana. Then, this room for our Chief of Finance (CFO) Encik Isa and Chief of Marketing Officer (CMO) Encik Hamzah. Last, this is room for our Chief Operating Officer (COO) Puan Zaidah. Overall, this floor is the main floor for company,” jelasnya sambil menunjukkan satu persatu bilik pejabat utama yang berada di ruangan tingkat tersebut.

Allesya Danielle yang berjalan beriringan itu hanya mengangguk kecil.

“Okay, here we go. We’re in front of room Tan Sri Megat Idruz as our founder and what you can see the opposite site is Tuan Danish’s room as our presiden but he’s not here,” jelasnya lagi apabila berhenti di hadapan pintu bilik pejabat.

Allesya Danielle hanya tersenyum dan mengangguk namun dia kerutkan dahinya sedikit.

“Sorry for ask, why did you show me all this when I didn’t sure that I can pass the interview later? But I’m really appreciate it,” soal ramah Allesya Danielle ingin tahu.

Nur Fasha tersenyum.

“That means you’ve been accepted to work with this company. Congratulation to you,”

“Hah?,” beritahu Nur Fasha itu memeranjat Allesya Danielle.
Makin berkerut di dahi dibuatnya.

“Our founder just want to see you,” beritahu Nur Fasha lalu terus mengetuk pintu bilik itu dan sebaik mendengar sahutan Tan Sri Megat Idruz dari dalam.

Pintu bilik itu ditolak ke dalam dan membenarkan Allesya Danielle melangkah masuk ke dalam.

Allesya Danielle yang dibiarkan dengan tanda tanya itu terus melangkah masuk ke dalam dengan debaran di dadanya. Tak berkelip kedua matanya melihat hiasan dalaman bilik pejabat itu.

“Tan Sri, this is Allesya Danielle as one of candidate that you’ve accepted,” beritahu Nur Fasha ramah. Tan Sri Megat Idruz tersenyum lebar sebaik dia mengangkat pandangannya memandang susuk tubuh Allesya Danielle yang berpakaian suit blazer berona krim dan digandingkan dengan shawl berona hitam.

Allesya Danielle terus membalas pandangan Tan Sri Megat Idruz yang mula bangun berdiri dan berjalan menghampirinya itu.

Entah kenapa dahinya mula berkerut apabila pandangannya itu dibalas. Wajah lelaki yang agak berusia namun masih kelihatan segak itu seperti pernah dilihat namun tidak pasti bila dan dimana dia menemui lelaki dihadapannya.

Tan Sri Megat Idruz?
Siapa dia?

Follow me on IG @rifiyasfas_ Keep on comment tanda korang support Rifi. Thank you sudi baca!! Love from Rifi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience