BAB 6

Romance Completed 21483

“MAK Cik! Danielle dah siapkan sarapan pagi tu nanti makan! Danielle nak keluar kejap,” pesan Allesya Danielle di hadapan muka pintu bilik ibu tirinya itu.

Tiada sahutan hanya diam seperti biasa. Sejak kematian Encik Emir Azman tempoh hari, Puan Intan hanya mengurungkan diri di dalam bilik katanya tidak mahu diganggu.

Allesya Danielle hanya mampu menurut dan menggantikan kerja mengemas dan memasak yang sebelum ini dilakukan oleh ibu tirinya itu.

Allesya Danielle yang hanya mengenakan baju kurung itu terus melangkah keluar dari pintu rumahnya. Dia perlu menuju ke kedai runcit Pak Rahmat untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan stok.

“MAKIN cantik pak cik tengok kamu ni, Danielle. Nasib baik kamu ni dah bertunang dengan Adam kalau tak pak cik dah masuk meminang kamu untuk anak pak cik si Badrul tu,” tutur Pak Cik Rahmat sebaik Allesya Danielle sudah tiba ke kaunter pembayaran.

Allesya Danielle hanya mengukirkan senyuman nipisnya namun dikerutkan dahinya.

“Badrul? Badrul yang mana eh pak cik?,” ingatan Allesya Danielle tidak mampu mengingati sepenuhnya lebih-lebih lagi mengingati orang yang tidak penting dalam hidupnya.

“Alah, Badrul tu dulu kawan sekelas kamu dulu,” beritahu Pak Cik Rahmat ringkas sambil mengira barang-barang keperluan dapur yang ingin dibeli oleh Allesya Danielle secara manual.

“Ohh,” hanya itu mampu terungkap daripada Allesya Danielle kerana dia masih belum mengingati sepenuhnya.

“Maafkan Danielle, Pak cik. Ingatan Danielle tak berapa okay and Danielle ingat certain orang yang Danielle mampu ingat je,” beritahu Allesya Danielle jujur.

Benar, dia hanya mampu mengingati beberapa orang yang penting sahaja. Ketika dia sedar dari koma, kali terakhir yang dia ingati adalah kemalangan menimpanya ketika di awal semester di Universiti Umm Al-Qura itu.

Pak cik Rahmat tersenyum.
“Tak apa, Danielle. Pak cik faham keadaan kamu,”

“Okay dah. Total semuanya RM48.70 sen je,” beritahunya segera Allesya Danielle mengeluarkan not RM50 dan diserahkan kepada Pak cik Rahmat.

Setelah membuat pembayaran, Allesya Danielle menjinjit dua beg plastik yang dipenuhi dengan barang-barang keperluan dapur itu melangkah keluar dari kedai runcit itu. Dia hanya perlu berjalan 300 meter sahaja untuk tiba di rumahnya.

Tiba sahaja di perkarangan rumahnya, agak terkejut Allesya Danielle dibuatnya melihat Puan Maryam sudah menantinya di sebuah pangkin kecil yang terdapat di perkarangan rumahnya itu.

Terus Puan Maryam membantu Allesya Danielle menjinjit beg plastik itu dan diletakkan di atas pangkin. Allesya Danielle hanya membiarkannya dan terus duduk bersebelahan Puan Maryam.

“Ibu tiri kamu okay?,” soalnya.
“Macam tu lah aunty, terkurung dalam bilik,” jawab Allesya Danielle ringkas.

“Aunty, Danielle nak tanya something anak perempuan Puan Intan tu mana? Danielle tak nampak pun kelibat dia masa pengebumian arwah ayah?,” soal Allesya Danielle mengerutkan dahinya. Ingin dia tahu juga rupa adiknya yang berlainan ibu itu.

“Ohh, aunty tahu yang adik kamu tu study dekat Sabah. Dia tak dapat balik sebab tiket penerbangan nak balik semenanjung mahal, dia study dekat sana pun sebab dapat scholarship,” beritahu Puan Maryam dan Allesya Danielle hanya mengangguk kecil namun dia tersenyum sinis.

‘Ayah kau mati pun kau tak sanggup nak balik?,’ sakit hati Allesya Danielle dibuatnya.

Peduli apa dia.
Lantaklah, kau tak payah balik pun tak apalah.

“Danielle?,” panggil Puan Maryam menyedarkan Allesya Danielle dari lamunannya itu. Terus dia memandang ke arah Puan Maryam disebelahnya itu.

“Aunty nak tanya something boleh? Tapi kamu kena jawab dengan jujur,” agak serius nada yang digunakan oleh Puan Maryam itu membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya.

“Apa dia, Aunty?,”
“Kamu cintakan Adam?,” soalnya ringkas itu membuatkan Allesya Danielle tersentak dan terdiam. Dia tidak tahu apa yang perlu dia jawab perlukah dia jawab secara jujur atau berpura-pura? Tapi, untuk kebaikan dirinya.

Dia perlu jujur dengan dirinya sendiri.

“Tak, aunty. Danielle sedikitpun tak ada perasaan cinta pada Adam. Maafkan Danielle, Aunty. Danielle hanya anggap Adam sebagai kawan baik Danielle tak lebih dan tak kurang, Aunty,” luah Allesya Danielle lembut agar Puan Maryam memahami apa yang dia rasakan.

Puan Maryam hanya tersenyum nipis.

“Aunty faham perasaan kamu, Danielle. Sejujurnya, aunty nak sangat kamu jadi menantu aunty tapi aunty tak boleh pentingkan diri sendiri. Kamu ada hak nak tentukan kehidupan kamu sendiri. Aunty dan Adam sepatutnya hormat keputusan kamu dengan siapa kamu nak bukannya memaksa seperti ni. Aunty tahu ni silap aunty. Maafkan aunty, Danielle,” sebak Puan Maryam mengakui silapnya.
Allesya Danielle yang mendengar itu mula diselubungi dengan perasaan sebaknya.

“Thank you, Aunty sebab faham perasaan Danielle. Jujur Danielle tak nak teruskan pertunangan ni. Danielle tak nak, please aunty,” pujuk Allesya Danielle sebak.

Puan Maryam menganggukkan kepalanya.

“Okay, macam ni aunty cuma nak kamu ready malam ni. Packing all your thing and aunty tunggu kamu dekat simpang depan kampung kita,” beritahunya itu mengejutkan Allesya Danielle.

“Huh?,” Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
“Aunty dah siapkan semuanya untuk Danielle. Danielle kena lari dari kampung ni jauh daripada Adam, anak aunty tu nanti biarkan aunty yang uruskan,” jelas Puan Maryam itu kepada Allesya Danielle yang masih terdiam dan terkejut.

“Aunty,” air mata Allesya Danielle jatuh mengalir membasahi pipinya.

Dia tidak menyangka Puan Maryam sanggup membantunya.

“Aunty sayangkan kamu seperti mana aunty sayangkan arwah ibu kamu, Danielle. Aunty dah janji dengan arwah ibu kamu untuk jaga kamu dan aunty nak tunaikan apa yang diamanahkan. Jangan risau semua kelengkapan dan keperluan Danielle dekat Kuala Lumpur tu aunty dah siapkan,” beritahunya itu benar-benar membuatkan Allesya Danielle terharu.

“Ya allah, aunty. Thank you so much,” Allesya Danielle segera memeluk tubuh Puan Maryam dan dibalas dengan pelukkan erat.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku malam ni.
Aku mohon.

ALLESYA Danielle yang sudah selesai mengemas barang-barang keperluannya itu segera menoleh ke arah jam dinding biliknya itu yang sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Tepat jam 12 nanti dia perlu melangkah keluar dari rumah bersama dengan barang-barang keperluannya yang sudah dimasukkan ke dalam beg bagasinya.

Dipandang bingkai gambar keluarganya yang terletak elok di atas rak kecil yang berada di sudut biliknya itu.

Dihampiri dan ditatap wajah arwah kedua orang tuanya itu.

“Allesya rindukan ibu dan ayah,” ucapnya sebak lalu dipeluk erat bingkai gambar itu.

Mindanya mula memainkan beberapa peristiwa keluarganya yang dahulu bahagia sebelum kemunculan Che Mad, ketua kampung yang disegani penduduk kampung terutamanya arwah ayahnya, Encik Emir Azman namun bukan bagi Allesya Danielle dan Adam Lian.

Terlalu banyak sebab menjadi punca kematian Che Mad itu.
Sakit hatinya apabila mengingati memori pahit itu.

Allesya Danielle mengelap cepat air matanya itu lalu bingkai gambar itu dimasukkan ke dalam beg sandarnya itu dan ditarik zip beg itu.

Dia mengukirkan senyuman nipisnya.

Sehelai kertas putih yang berada di atas meja mekapnya itu dipandang dan dibaca semula karangannya itu yang menyatakan keputusannya untuk memutuskan pertunangan.

Perlahan-lahan cincin yang bertakhtakan berlian putih yang tersarung cantik di jari manisnya itu ditanggalkan. Dipandang lama cincin itu diselangi mindanya memainkan peristiwa manisnya dengan Adam Lian ketika di zaman persekolahannya itu.

Adam Lian selalu melindunginya ketika susah dan senang.
Malah, ketika dirinya diselubungi sedih atau dimarahi arwah ayah dahulu, Adam Lian lah yang berusaha untuk mengembirakan dirinya. Allesya Danielle sudah lama menyedari perasaan cinta Adam Lian itu cuma dia sengaja abaikan dan hanya menganggap Adam Lian sekadar kawan baiknya.

Namun, tak disangka. Perasaan cinta Adam Lian itu melampau dan membuatkan hubungan persahabatan mereka itu kelihatan kekok. Allesya Danielle tidak mahu begitu.

Dia sayangkan Adam Lian sebagai kawan baiknya.
Tidak lebih dan tidak kurang.

“Aku harap kau faham, Adam,” ucap Allesya Danielle sambil mengesatkan air matanya itu lalu cincin itu diletakkan di atas kertas itu.

“Maafkan aku, Adam,” ucapnya sebak lalu terus melangkah keluar dari biliknya.

Dia perlu memeriksa keadaan ibu tirinya itu sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Hatinya masih tidak mampu menerima kehadiran ibu tirinya itu yang menjadi punca runtuh kebahagiaan kedua orang tuanya dahulu.

Semuanya musnah dan disebabkan itu dia berangkat menjejaki kakinya di bumi Arab.

Kalau boleh, malas dia ingin mengingati peristiwa itu kembali. Buat sakit hatinya sahaja.

SEPERTI yang dirancang, Allesya Danielle dengan menjinjit beg bagasinya itu dia melangkah keluar dari rumahnya itu tepat pada jam 12 malam. Puan Maryam sudah menunggunya di simpang hadapan.

Pintu rumahnya itu ditutup rapat perlahan-lahan.
Dipandang lama rumahnya itu, dia tidak akan menjejaki rumahnya itu. Rumah yang terlalu banyak kenangan indah dan pahit.

Allesya Danielle yang diselubungi sebak itu terus melangkah laju menuju ke simpang hadapan. Christian Jack yang berada di dalam kereta itu terus mengerutkan dahinya melihat Allesya Danielle melangkah laju meninggalkan perkarangan rumah bersama beg bagasi dijinjit dan beg sandar disangkut di belakang bahu.

Dia melangkah keluar dari perut keretanya dan mula mengekori Allesya Danielle. Dia perlu berhati-hati agar kehadirannya tidak disedari.

Lagi bertambah kerutan di dahi Christian Jack apabila tiba di simpang, Allesya Danielle memasuki ke dalam sebuah kereta berjenama Camry berwarna putih dan kereta itu mula bergerak meninggalkan kampung itu.

Terkejut Christian Jack dibuatnya.

Terus dia berlari dan berpatah balik menuju ke keretanya semula dan secepatnya dia mengekori kereta itu sekali lagi dia perlu berhati-hati.

Pelbagai tanda tanya bermain di mindanya kemana Allesya Danielle itu mahu pergi. Christian Jack memperlahankan kelajuan dan menghentikan keretanya lalu enjin serta lampu keretanya itu dimatikan sebaik kereta itu berhenti di hadapan bas perhentian.

Sebuah kereta mewah, Velfire berwarna hitam itu mula menghidupkan enjin keretanya dan pemandu kereta itu mula keluar dari perut kereta lalu menghampiri kereta berjenama Camry yang dinaiki oleh Allesya Danielle itu.

“What’s going on?,” hairan Christian Jack dibuatnya.
Allesya Danielle mengerutkan dahinya melihat pemandu kereta lelaki itu menghampiri kereta yang dinaiki olehnya.

Terus dipandang Puan Maryam disebelahnya itu.
Dan, pandangan itu dibalas dengan senyuman tanda mengerti apa yang ingin ditanya.

“Itu driver sementara Danielle yang akan hantar kamu sampai di hadapan rumah dekat Kuala Lumpur nanti. Aunty tak boleh nak hantarkan kamu sampai ke sana, so aunty hired driver,” jelas Puan Maryam dengan senyuman.
Allesya Danielle mengangguk mengerti.

Puan Maryam terus melangkah keluar dari keretanya dan diikuti Allesya Danielle. Kedengaran Puan Maryam mengarah pemandu kereta upahan itu mengangkat beg bagasi dan beg sandar milik Allesya Danielle di tempat duduk belakang.

Allesya Danielle hanya membiarkan.

“Danielle, ni kunci rumah kamu. Aunty dah bayarkan deposit rumah tu cuma kamu perlu bayar ansuran rumah setiap bulan macam biasa. Dan, ni surat tawaran kerja kamu dekat company kawan lama aunty. Kamu cuma get ready for interview as financial adviser dekat sana, aunty rasa kamu kenal dengan Tan Sri Megat Idruz kan?,” soalnya sambil menghulurkan segugus kunci rumah dan sampul surat putih kepada Allesya Danielle.

Allesya Danielle menyambut huluran itu dengan kerutan di dahinya. Tan Sri Megat Idruz? Siapa?

“It’s okaylah, Danielle kalau kamu tak ingat sebab tak penting buat masa sekarang. Sebelum aunty lupa, ni simkad baru kamu. Aunty nak bila kamu sampai sana buang simkad lama kamu tu dan gunakan simkad baru ni. Aunty tak nak kamu berhubung dengan aunty dan Adam okay?,” jelas Puan Maryam agak tegas sambil dia menghulurkan sebuah kad sim.

Allesya Danielle hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil menyambut huluran itu. Terharu dengan segala pertolongan Puan Maryam kepadanya.

“Ya Allah, aunty. Thank you so much. Tak terkata Danielle dibuatnya dengan apa yang aunty dah tolong Danielle selama ni. Danielle sampai tak tahu macam mana nak balas jasa aunty,” ucapnya sebak sambil membalas pandangan Puan Maryam itu.

Puan Maryam tersenyum.

“Aunty buat semua ni demi kebaikan kamu demi arwah ibu kamu yang dah amanahkan aunty untuk jaga kamu. Lagipun, arwah ibu kamu dahulu lagi banyak tolong aunty dan sekarang giliran aunty untuk balas jasa arwah ibu kamu. Dahlah kamu gerak sekarang, nanti dah sampai sana jangan mesej aunty. Aunty tak nak kamu berhubung lagi dengan aunty dan Adam, faham?,” soalnya sekali lagi mengingatkan Allesya Danielle.

Allesya Danielle mengangguk kecil.

“Thank you, aunty!,” ucap Allesya Danielle terharu lalu menyalam dan mengucupi tangan kanan lalu dipeluk erat tubuh Puan Maryam untuk kali terakhir.

Lama.

Seusai itu, terus Puan Maryam membawa Allesya Danielle masuk ke dalam Velfire berwarna hitam itu. Allesya Danielle yang sudah masuk ke dalam perut kereta itu terus memberikan senyuman terakhir kepada Puan Maryam.

Dan, senyumannya dibalas dengan pandangan sayu.

“Thank you, aunty,” ucapnya lalu melambaikan tangan kanannya kepada Puan Maryam sebelum pintu kereta itu ditutup. Pemandu kereta upahan itu sudah memasuki ke dalam perut kereta di bahagian pemandu.

Perlahan-lahan, kereta itu mula bergerak ke hadapan meninggalkan Puan Maryam di belakang.

Allesya Danielle menoleh ke belakang untuk melihat Puan Maryam kali terakhir sambil air matanya itu tidak berhenti mengalir membasahi pipinya.

Ya Allah, kuatkan aku.

Christian Jack yang dari tadi hanya memerhati dari jauh itu mula menghidupkan enjin keretanya dan mengekori kereta berjenama Velfire Hitam itu sebaik Puan Maryam mengerakkan kereta berpatah balik ke kampung.

Allesya Danielle yang berada di dalam kereta itu menyeka air matanya.

‘Kau perlu kuat dan hadapi hidup baru kau dekat sana jangan pernah sia-siakan usaha aunty Maryam pada kau, Allesya. Sekali kau melangkah, kau kena teruskan jangan pernah berpatah balik. Ingat tu, Allesya Danielle,’ bisik hati kecilnya itu menguatkan dirinya agar tidak menangis lagi.

Dibuang pandangannya ke luar tingkap sambil memujuk hatinya agar kuat.

MEGAT Danish yang baru melangkah keluar dari kamar mandinya itu terus diaturkan langkahnya menuju ke ‘wardrobe’ miliknya itu.

Diselak ke kiri pintu gelangsar itu dan melangkah masuk ke dalam sambil tangan kananya yang memegang tuala mandi mula mengosok perlahan rambutnya yang basah itu.

Dia mengatur langkahnya ke bahagian koleksi kemeja putihnya yang tersarung dengan plastik putih lutsinar itu.

Dicapai salah satu kemeja putihnya serta seluar slack bewarna kelabu cerah itu dan dia melangkah ke cermin panjang ke bawah itu dan mula menyarung seluar slacknya itu.

Lalu disarungkan kemeja putih itu ke tubuhnya sambil melihat dirinya sendiri di pantulan cermin dihadapannya itu. Diperkemaskan di bahagian kolar dan dibutangkan kemejanya itu.

Turut hujung lengan kemejanya itu dibutangkan dan diperkemaskan.

Setelah itu, diaturkan langkahnya menuju ke koleksi tali lehernya yang digulung kemas di dalam laci mejanya itu. Ditarik laci itu lalu memilih tali lehernya yang diinginkaan. Dikeluarkan lalu disangkutkan di batang lehernya dan mula menyimpul tali lehernya dengan kemas.

Sekali lagi kakinya melangkah menuju ke koleksi kot yang berjenama ‘Ermenegildo Zegna’ atau dikenali ‘Zegna’ yang berona kelabu cerah, dikeluarkan lantas disarungkan ke tubuhnya.

Dia melangkah menghampiri cermin panjang ke bawah itu lalu diperkemaskan dan dibutangkan kotnya. Terukir senyumannya apabila melihat tubuhnya yang segak berketerampilan melalui pantulan cermin dihadapannya itu.

Setelah memastikan kotnya terletak kemas, tangan kanannya mencapai sebuah botol minyak lalu disemburkan ke tubuhnya. Wangi.

Dilebarkan senyumannya itu.

Diletakkan semula minyak wanginya lalu dicapai pula jam tangan berjenama Daniel Walington yang berada diantara koleksi jam tangannya yang tersusun cantik di atas meja kaca berona putih itu.

Disarungkan jam tangan itu di pergelangan tangannya.
Kemas. Kembali melihat dirinya sendiri melalui pantulan cermin dihadapannya itu. Diperkemaskan sedikit keterampilannya itu dan diukirkan senyumannya sekali lagi.

Megat Danish merupakan antara pelabur utama dalam perusahaan kereta sukan mewah dan SUV yang berpangkalan di Sant’Agata Bolognese berjenama Itali yang dimiliki oleh Volkswagen Group ketika dirinya masih berumur 19 tahun.

Kini, dia juga menyandang jawatan Presiden di perusahaan warisan keluarganya, Megat Trading. Jawatan CEO yang disandang oleh ayah kandungnya, Tan Sri Megat Idruz itu tidak lama lagi akan diambil alih oleh Danish secara rasmi nanti.

Bukan itu sahaja, sesuai dengan kelayakannya di Universiti British Columbia, Canada dalam bidang seni bina kelas pertama, dia juga merupakan senior arkitek di perusahaannya.

Namun, bukan mudah untuk menyandang pelbagai jawatan walaupun di perusahaannya sendiri. Tan Sri Megat Idruz, ayahnya yang banyak mengajarnya belajar dari peringkat bawah sehinggalah kini dia berjaya dengan atas usahanya sendiri.

Dia memiliki segalanya kecuali cinta yang sejati kerana hatinya ditutup untuk tidak menerima mana-mana wanita selepas peristiwa di bumi Arab itu.

Jujur hatinya masih…

Megat Danish secepatnya menggelengkan kepalanya menafikan perasaan cinta yang masih tetap di dalam hatinya walaupun diselubungi dengan dendam lama.
Malas dia ingin berfikir tentang itu lagi.

Terus kakinya diaturkan keluar dari ‘wardrobe’ miliknya.
Dia perlu ke pejabatnya sekarang.

ADAM Lian yang membaca surat itu terus terkilan dan hatinya seperti dirobek-robek kasar. Kertas putih itu terus digenggam dan dironyak perlahan di dalam genggamannya. Kedua matanya yang sudah bertakung air mata di tubir matanya itu memandang ke arah cincin pertunangan yang ditinggalkan oleh Allesya Danielle itu.

Cuba dikawal amarah yang menyelubungi dirinya itu.

Diseluk tangannya ke dalam poket seluarnya lalu dikeluarkan telefonnya. Segera dia membuat panggilan dengan Allesya Danielle.

Namun, panggilannya tidak dijawab. Sekali lagi, dia membuat panggilan dan panggilannya itu masih tidak dijawab.

“Angkatlah!,” geram Adam Lian dibuatnya.

Untuk keberapa kali, dia kembali membuat panggilan dan panggilannya itu masih tidak dijawab oleh Allesya Danielle yang membuatkannya bengang serta merta.

“Aku akan cari kau, Danielle. Aku tak kira apa-apa pun berlaku, kau tetap milik aku!,” nekad hati kecil Adam Lian sambil mengenggam geram kertas yang sudah dironyok yang berada di dalam genggamannya itu.

Tak guna, Danielle!

Terus kertas yang sudah dironyok itu dibaling ke dinding kasar melepaskan amarahnya itu dan terus melangkah keluar sempat dia menghempas kasar pintu bilik Allesya Danielle itu.

Next chapter on Friday (Jumaat) tau macam biasa jam 9 malam. Thanks again sebab sudi baca karya Rifi! Really appreciate it!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience