BAB 8

Romance Completed 21483

Tan Sri Megat Idruz melebarkan senyumannya apabila dia memandang wajah jelita Allesya Danielle yang makin cantik dari jarak dekat itu.

“You’re so beautiful, Danielle,” ucapnya itu membuatkan Allesya Danielle makin tertanya-tanya tentang lelaki dihadapannya itu.

Dia kenal aku ke?

“Thank you, Tan Sri,” ucap Allesya Danielle tersenyum nipis.

“Kenapa panggil Tan Sri? Danielle tak ingat uncle ke?,” soal Tan Sri Megat Idruz hairan.

Allesya Danielle diam seketika. Benar sangkaannya bahawa lelaki dihadapannya itu mengenalinya. Mindanya cuba untuk mengingati namun tiada jawapan untuk persoalannya.

Untuk mengelakkan kejanggalan antara mereka berdua, Tan Sri Megat Idruz terus menjemput Allesya Danielle duduk di ruangan sofa yang terdapat dalam biliknya itu. Allesya Danielle hanya menurut.

“Maafkan saya, Tan Sri. Ingatan saya tak kuat sangat, saya mampu ingat certain orang je sebab dari kemalangan setahun lepas,” beritahunya teragak-agak sebaik duduk di atas sofa dan membalas pandangan Tan Sri Megat Idruz yang duduk berhadapan dengannya itu.

“It’s okay, Danielle. Uncle faham,” ramah Tan Sri Megat Idruz itu hanya mampu membuatkan Allesya Danielle tersenyum
nipis.

“Anyway, Danielle tak perlu panggil uncle ‘Tan Sri’. Panggil je ‘Uncle Idruz’ macam Danielle panggil uncle lima tahun lepas,” beritahunya itu membuatkan Allesya Danielle kurang selesa apabila dia masih belum mengingati lelaki dihadapannya itu.

Jadi, lelaki ni pernah aku kenal?
Lima tahun lepas?

Aku nak jawab apa sekarang ni?

“I’m really sorry, Tan Sri. Danielle feels uncomfortable if you ask me to call you by that name because Tan Sri as a founder. Saya baru je masuk bekerja hari ni, Tan Sri,” tutur Allesya Danielle lembut agar Tan Sri Megat Idruz itu memahami keadaannya.

Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu tersenyum. Allesya Danielle tidak seperti dahulu yang dia kenali pada lima tahun lepas seorang yang kasar dan keras kepala namun kini dihadapannya personaliti lemah lembut Allesya Danielle makin menambah kecantikan yang dimiliki.

Tanpa melengahkan masa, Tan Sri Megat Idruz mula fokus ke arah perbincangan skop kerja Allesya Danielle sebagai penasihat kewangan baharu di syarikatnya itu manakala Allesya Danielle tekun mendengar.

Dia perlu tunjukkan sikap profesionalnya semasa bekerja.

AREESYA Husna terus melangkah keluar dari bilik pensyarah yang merupakan penasihat akademik bagi kelasnya itu dengan perasaan gembira dan hampa bercampur-baur.

Areesya, kau perlu tenang.

Ini merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya demi untuk ibunya, Puan Intan yang berada di kampung. Oleh itu, dia perlu mengambil keputusan untuk berhenti belajar pada semester ketiga.

“Insha Allah, Areesya. Rezeki Allah itu luas, redha allah terletak pada redha kedua orang tua kau. Ini sebuah pengorbanan yang sedikit kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu kau,” pujuk Areesya Husna sendiri sambil menepuk-nepuk perlahan dada kirinya itu.

Ditahan air mata di tubir matanya agar tidak jatuh mengalir membasahi pipinya.

Kau kena kuat, Areesya Husna.

Lusa pagi, dia perlu berangkat pulang ke semenanjung.

THE MARK HOTEL, NEW YORK CITY
MEGAT Danish terus mengakses kad di muka pintu suite peribadi yang disewa olehnya. Dia melangkah masuk ke dalam lalu ditanggalkan kasutnya itu lalu pintu dikunci.

Ditanggalkan kedua-dua sarung tangannya sambil kakinya melangkah ke ruang tamu.

‘Sweater’ atau baju sejuknya itu ditanggalkan dan disangkut di kepala sofa dan baru sahaja dia ingin melangkah ke tandas, telefonnya berdering memintanya untuk menjawab panggilan itu.

Terus diseluk poket seluarnya dan dikeluarkan telefonnya.

Selepas membaca nama si pemanggil terus dijawab panggilan itu.

“What’s up?,” soal Megat Danish agak tegas.
“I’m sorry, Tuan Danish for disturbing you. I just want to let you know about..,”

“About what?,” Megat Danish mengerutkan dahinya. Christian Jack yang melekapkan skrin telefon di telinga kanannya itu mula berdeham sedikit memperbetulkan suara.

“About Allesya Danielle,” teragak-agak Christian Jack ingin menyebut nama itu. Dia tahu majikannya itu tidak menyukai jika nama perempuan itu disebut tapi dia tiada pilihan.

Megat Danish yang mendengar nama itu mula menukar mod diinginnya.

“Dah berapa kali aku bagitahu kau kan, Jack..,”

“But this is important,” potong Christian Jack agak tegas.
Megat Danish melepaskan keluhan kecilnya.

“Aku tak nak dengar berita apa-apa pun tentang dia, aku arahkan kau untuk lindungi dia dari jauh je tak perlu nak bagitahu aku apa-apa berkaitan dengan dia. Aku tak suka!,” tegas Megat Danish lalu terus mematikan panggilan itu.

“Tuan Danish?,” Christian Jack memanggil majikannya itu sambil kerutan di dahinya apabila Megat Danish terus mematikan panggilannya. Dipandang skrin telefonnya itu lalu dilepaskan keluhan beratnya.

Makin hairan dibuatnya melihat sikap majikannya itu.
Megat Danish terus meletakkan telefonnya itu di atas meja lalu kakinya diaturkan masuk ke dalam ruangan tandas.

Dibuka pili air dan dibasuh kedua-dua tangannya dengan menggunakan sabun cuci tangan yang terletak bersebelahan singki.

Lalu pandangannya diangkat memandang wajahnya melalui pantulan cermin dihadapannya itu dan dibiarkan air mengalir di singki itu.

Dia menguak rambutnya itu ke belakang sambil melepaskan keluhan beratnya.

“Aku kalau boleh dengar nama kau pun aku tak nak ni kan nak ambil tahu pasal kau?,” tutur Megat Danish lalu tersenyum sinis.

“Kalau macam tu kenapa kau perlu arahkan Jack untuk melindungi dia kalau bukan sebab atas cinta dan sayang?,” hati kecilnya pula bersuara mempersoalkan tindakannya sendiri.

Megat Danish terdiam.
Dia tiada jawapan untuk persoalan itu.

Terus ditutup pili air itu kasar dan melangkah keluar dari ruangan tandas itu sakit betul dirinya apabila hatinya itu masih mempersoalkan tindakannya itu.

ALLESYA Danielle yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat mininya itu tersenyum luas melihat hiasan mewah namun masih dianggap biasa oleh para staf di ruangan tingkat itu.

“For now, this is your room. Just to let you know, this level is for the secondary most important position for the company. As you know, you can refer and ask any question to your head of department okay?,” lembut sahaja nada yang digunakan untuk memesan kepada Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang mendengar itu hanya mampu tersenyum dan mengangguk kecil.

“Thank you, Miss Fasha. Confirm lepas ni susah nak jumpa you. Yelah, I kenal you je dekat sini yang lain I belum kenal lagi,” ujar Allesya Danielle ramah.

“It’s okay, you tak perlu risau nanti your leader akan kenalkan you pada staf yang lain. Kalau ada apa-apa nanti you just can call me kalau nak ajak pergi lunch pun boleh just inform I nanti,” ramah Nur Fasha itu benar-benar membuatkan Allesya Danielle makin selesa untuk berbual dengan setiausaha cantik itu.

“Okay, thank you,” ucap Allesya Danielle tersenyum.
“Dah sesuaikan diri you dengan suasana kerja dekat sini, I naik atas dulu,” pamit Nur Fasha lembut lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Allesya Danielle hanya membiarkan dan dia kembali melebarkan senyumannya melihat hiasan dalaman biliknya itu.

Selesa dan cantik, siapa je tak suka bekerja dekat sini?

ALLESYA Danielle yang sedang memeriksa kewangan syarikat di dalam bilik pejabatnya itu mengangkat wajahnya ke arah pintu bilik apabila diketuk oleh seseorang dari luar.

Tanpa dibenarkan masuk, pintunya dikuak.

“Sorry for disturbing you, you tak nak keluar lunch ke?,” soal wanita seusianya yang anggun berpakaian baju kurung bercorak bunga kecil di muka pintu.

Allesya Danielle terus mengerling jam tangannya dan baru dia menyedari sudah memasuki waktu makan tengahari.

Terus dia mengangkat pandangannya memandang wanita itu. “Hurm..,”

“Boleh je kalau you nak join kitorang lunch. Jomlah,” ajaknya ramah membuatkan Allesya Danielle tersenyum dan tidak mampu menolak ajakan itu.

Kalau tidak nanti akan dilabel sombong pulak!

“Boleh, kejap eh,” Allesya Danielle terus menutup fail itu dan mematikan komputernya itu. Segera dia mencapai beg tangannya dan bangun berdiri lalu berjalan menghampiri wanita itu.

Terus mereka berdua melangkah keluar dari bilik dan menghampiri sekumpulan pekerja yang dari tadi menanti mereka untuk makan tengahari bersama.

“Omagad, you lagi cantiklah dari dekat,” puji salah seorang daripada mereka itu hanya mampu membuatkan Allesya Danielle mengukirkan senyumannya.

Sudah biasa dia menerima pujian itu sejak dia sekolah rendah lagi namun dia masih ucapkan terima kasih dan tersenyum.

“Itulah buatkan I lagi insecure actually,” sokong yang lain pulak namun diselangi dengan ketawa kecil daripada mereka. Allesya Danielle hanya mampu mengucapkan terima kasih dan tersenyum seperti biasa apabila dipuji kecantikannya.

“Dah-dah jom kita pergi lunch pukul 2 dah kena masuk office balik,”

“Alah, bukannya Tuan Danish ada pun,”

“Kalau tak ada pun, tu secretary Tuan Danish tu ada nanti dia report pulak dekat Tuan Danish habis kita!,” tegas wanita yang berada disebelah Allesya Danielle itu.

Allesya Danielle hanya mampu mendengar dan mereka terus melangkah menuju ke lif di hujung sudut bangunan sambil mereka berbual ringkas memeriahkan suasana dan membuatkan Allesya Danielle makin selesa.

Tan Sri Megat Idruz melangkah keluar dari lif khas diikuti di belakang dengan seorang pengawal peribadi yang diupah untuk mengawasi keselamatan disekelilingnya itu.

Dia menghentikan langkahnya apabila melihat Allesya Danielle bersama sekumpulan pekerjanya keluar dari kotak lif yang berhadapan dengan lif khasnya itu.

Mereka terus menunduk tanda memberi penghormatan pada majikannya itu turut ikut sama Allesya Danielle yang berada di tengah-tengah antara mereka.

“Danielle nak keluar lunch dengan diorang ke?,” soal Tan Sri Megat Idruz itu agak memeranjat para pekerjanya itu. Allesya Danielle yang disoal itu terus tersenyum nipis.

“Ha ah, Tan Sri,” jawabnya ringkas.

“Can I join? Don’t worry, on my treat,” soal Tan Sri Megat Idruz ramah. Allesya Danielle mula rasa tidak selesa mendengar pelawaan daripada majikannya itu.

“It’s okay, Tan Sri,” tolak Allesya Danielle ramah lalu mengukirkan senyuman tawarnya.

“Kami okay je, Tan Sri. Lagipun, susah nak berjumpa dengan Tan Sri lately ni,” salah seorang di antara mereka bersetuju dengan pelawaan Tan Sri Megat Idruz itu lalu diikuti yang lain.

“Okay, kalau macam tu kita nak makan mana?,” soal Tan Sri Megat Idruz tersenyum.

“Kami ikut je dekat mana Tan Sri nak makan, kitorang okay je,” teruja salah seorang di antara mereka itu hanya mampu membuatkan Allesya Danielle menurut tanpa mampu menolak pelawaan majikannya itu.

Tan Sri Megat Idruz lekas mengarahkan pengawal peribadinya itu menyediakan keretanya yang berjenama Toyota Velfire berwarna hitam di hadapan pintu utama Megat Trading dan Allesya Danielle diminta untuk duduk bersebelahan dengannya.

Allesya Danielle tidak mampu menolak walaupun dirinya masih tidak selesa dengan majikannya itu.

Nanti menolak nanti apa pula dikatakan oleh kawan sekerja mereka. Dia hanya mampu mendiamkan diri dan menurut.

Jam 2 petang, mereka kembali masuk ke dalam pejabat
manakala Tan Sri Megat Idruz perlu ke tempat projek pembinaan selepas menghantar mereka.

Allesya Danielle yang berada di dalam lif bersama dengan rakan sekerjanya itu mengerutkan dahinya apabila dia dipandang lama.

“Korang ni kenapa?,” soal Allesya Danielle kehairanan sambil membalas pandangan mereka.

“You bagitahu kitorang apa sebenarnya hubungan you dengan Tan Sri?,” soal tegas salah seorang daripada mereka yang membuatkan Allesya Danielle terkesima dan lidahnya kelu tiba-tiba.

“Itulah, ramah betul Tan Sri sampai ajak you duduk semeja dengan dia and always keep calling you. You better tell us right now, Danielle,” saja rakan sekerjanya itu mengusik namun perasaan ingin tahu membuak-buak.

Allesya Danielle yang mendengar soalan-soalan itu terus melepaskan keluhannya.

“I dengan Tan Sri tak ada apa-apalah cuma Tan Sri ada bagitahu dia kenal I sedangkan I tak ingat pun dia siapa and dekat mana I kenal dia because of my amnesia which let me remember just certain people,” jelas Allesya Danielle tegas menafikan segala andaian yang bermain di minda rakan-rakan sekerjanya itu.

“Ye ye lah tu?,” salah seorang daripada mereka menyoal kembali tanda tidak mempercayai apa yang diperjelaskan. Allesya Danielle membalas pandangan wanita itu yang dari tadi sudah dia menyedari ketidakpuasan hati wanita itu kepadanya.

“You want me to show you my medical letter from Saudi?,” soal kembali Allesya Danielle kepadanya yang dari tadi tidak berpuas hati dengannya.

Terdiam seketika wanita itu dibuatnya yang membuatkan Allesya Danielle tersenyum kecil.

Apa masalah perempuan ni pun aku tak tahulah!

Thanks again sebab dah baca sampai sini! Stay tau sampai cerita ni habis. Love, from Rifi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience