BAB 33 (AKAD NIKAH)

Romance Completed 21483

PUSAT KONVENSYEN, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR.

“BERSYUKUR ke hadrat ilahi dan limpah rahmatnya, dapat menyatukan kita semua pada pagi penuh berakah, Jumaat 2 April 2021 bersamaan 19 Syaban 1442 hijrah yang bakal menjadi saksi dua jiwa menjadi satu, dua cinta berikat janji, dua hati sehidup dan semati. Antara pasangan Megat Danish Bin Tan Sri Megat Idruz dan Allesya Danielle Binti Emir Azman dengan ikrar setia kerana Dia yang Maha Esa IIahi Taala,” penuh ramah dan lemah lembut ucapan oleh pengacara majlis.

Sebelum memulakan lafaz akad nikah, tok kadi lekas membacakan khutbah nikah yang berkaitan dengan bab perkahwinan, hukum hakam, tanggungjawab suami isteri, nafkah, cerai, rujuk dan taklik di hadapan pasangan mempelai iaitu Megat Danish dan Allesya Danielle bersama beberapa orang saksi, ahli keluarga terdekat turut juga didengari tetamu-tetamu yang hadir.

“Bersedia?,” soal tok kadi itu kepada Megat Danish yang segak berbaju melayu cekak musang yang berona off-white itu.

Megat Danish yang duduk berhadapan dengan tok kadi itu menganggukkan kepalanya.

Allesya Danielle yang anggun berbaju kurung moden berincikan swarovski dan dipadankan dengan selendang putih, veil polos dan kasut putih itu mula menarik nafas lalu dihembuskan perlahan untuk bersedia mendengar bakal suaminya, Megat Danish melafazkan akad nikah yang menjadi penentu pengesahan dalam menghalalkan hubungan untuk digelar sebagai suami isteri.

“Bismillahirrahmanirrahim, Megat Danish Bin Megat Idruz?,” tok kadi yang sedang berjabat tangan dengan Megat Danish itu memulakan majlis akad nikah yang dihadiri saudara mara dan pelbagai agensi kewartawanan yang merakam detik-detik indah itu.

Percikan beberapa kamera juga terpancar-pancar di majlis yang diadakan yang cantik dihias dengan pelamin mewah dengan gubahan berona putih dan silver yang kini diduduki oleh Allesya seorang diri.

“Ya, saya,” dengan sedikit gugup namun bersedia, Danish menjawab.

“Aku nikahkan kau dengan Allesya Danielle Binti Emir Azman yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya seutas gelang emas tunai,” tok kadi melafazkan ijab.

“Aku terima nikah Allesya Danielle Binti Emir Azman dengan emas kahwinnya seutas gelang emas tunai,” Danish terus melafazkan lafaz kabul.

Mendengar itu, dua orang saksi yang berada di kiri dan kanan tok kadi terus mengesahkan lafaz ijab dan kabul itu.

“Al Fatihah,” tok kadi lekas menandakan kedua tangannya dan membaca surah itu. Diikuti dengan pengantin mempelai dan para tetamu yang menyaksikan detik indah itu.

Allesya yang tertunduk menadahkan tangan berdoa itu tersenyum manis apabila lafaz itu kedengaran diucap hanya dengan sekali lafaz. Namun, hatinya diselubungi sebak akhirnya dia menjadi isteri yang sah kepada Megat Danish.

Danish juga akhirnya tersenyum.

Setelah majlis akad nikah, tok kadi meminta Danish untuk membaca lafaz taklik. Seperti yang kita tahu, taklik merupakan syarat untuk membubarkan perkahwinan jika antara pihak suami atau isteri telah membuat sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan syarat taklik itu.
Allesya mendengar secara teliti sambil matanya tidak lepas memandang suaminya itu.

‘I hope… we’ll be great husband and wife,’ hati kecilnya bersuara.

Seusai lafaz taklik, Danish mula bangun berdiri dan menuju ke pelamin untuk memberi mas kahwin kepada Allesya, sejurus itu upacara pembatalan air sembahyang dilakukan.

Gelang emas dan cincin bertakhta mutiara putih itu disarungkan di pergelangan tangan kanan dan jari manis Allesya.

“It’s beautiful,” ucap Allesya perlahan.

Allesya lekas memandang tulus kepada suaminya itu terus menyambut huluran tangan kanan Danish lalu disalam dan dikucup perlahan.

Lalu, Danish yang membalas pandangan isterinya itu mula menyentuh kepala dan bibirnya membaca doa.

Terharu Allesya mendengar bacaan doa itu.

“Allesya, percayalah lelaki di hadapan kau ni akan membimbing kau sampai ke syurga,”

“Percayalah wahai hati,”

Sharifah Soffiyya yang berada di kerusi sambil menyaksikan kejadian itu sebak kerana akhirnya sahabatnya itu menamatkan zaman bujang dengan lelaki yang pernah dicintai dahulu.

Tidak mudah bagi Allesya dan Danish untuk sampai ke tahap ini. Soffiyya mengimbas kejadian Allesya menangis di lapangan terbang apabila mengetahui Danish meninggalkannya. Pelbagai peristiwa yang berlaku kepada Allesya untuk menemui Danish semula.

Akhirnya, tuhan menyatukan dua cinta itu.

Soffiyya mengukirkan senyumannya lalu menyeka air matanya.

“Tak sangka, akhirnya cinta diorang menyatu juga,” ucap Fasha lembut sambil matanya tidak lepas memandang Allesya dan Danish yang berada di atas pelamin itu.

Ian Hazim yang bersebelahan dengan tunangnya itu tersenyum.

“I dah kata dah dari dulu lagi, Danish tu cintakan Allesya,”
Turut ada di majlis itu, Shah yang bersebelahan dengan Isha. Adam dan Areesya turut ada di majlis itu kerana dijemput oleh keluarga Danish.

Christian Jack yang segak berpakaian baju melayu itu juga turut tersenyum melihat majikannya itu akhirnya berkahwin.

Setelah itu, mereka berdua melakukan solat sunat nikah tanda bersyukur pada Allah kerana telah memudahkan urusan pernikahan mereka.

Mereka juga beharap pernikahan mereka mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

“HAI, awak,” bisik Jack lembut ditelinga kiri Areesya. Areesya yang sedang melihat kakaknya dari jauh itu terus berpaling ke belakang kerana terkejut tiba-tiba sahaja suara lelaki membisik di telinganya.

“Awak ni..,” geram Areesya dibuatnya apabila mengetahui lelaki itu adalah Jack.

Jack tertawa kecil.

“Tak lawak langsung, Jack. Awak tahukan saya masih trauma dari kejadian tu,” mood gembira Areesya itu terus bertukar masam mencuka.

Pandangannya dikalihkan ke tepi sikit pun tidak mahu memandang wajah tampan Jack itu.

Jack yang mendengar itu terdiam sekejap yang membuatkan gelak kecilnya itu berhenti. Terus hati kecilnya itu tidak berhenti mencarut diri sendiri kerana sedar tentang kebodohannya sendiri.

“I’m sorry, Areesya,” permohonan maaf daripada Jack itu kedengaran lembut menyapa telinga Areesya. Areesya terus memandang Jack yang berada di sebelahnya.

“Jangan buat lagi tau lepas ni,” pesan Areesya lembut namun masih tidak tersenyum.

Jack mengangguk kecil lalu perlahan-lahan dia mengatur langkahnya mendekati Areesya. Tangannya mula menyentuh kepala Areesya yang membuatkan Areesya sedikit tergamam.

Mereka membalas pandangan.
Jack tersenyum.

“I’m promise to you as long as you with me. You will be safe. I will take care of you,” ucap Jack lembut itu terus membuatkan Areesya tersenyum manis.

Malu pun ada. Aduh.

“Ehem…Ehem,” Adam yang menghampiri mereka itu terus berdeham kecil. Areesya dan Jack terus terasa kekok dan malu dengan kehadiran Adam. Tangan Areesya itu terus ditarik rapat oleh Adam agar rapat ke arahnya.

Tubuh kecil Areesya terkejut menerima tarikan itu namun dibiarkan.

“Kau rapat-rapat dengan adik aku ni kenapa?,” soal Adam tegas menegur Jack.

Jack jujur terkejut mendengar kenyataan itu lalu dipandang Areesya. Areesya yang membalas pandangan Jack itu mula rasa tidak selesa.

“Abang… kan Areesya dah kenal lama dengan Jack haritu,” Areesya bersuara memujuk.

“That’s not mean, he can do anything especially to touch you,” tegas Adam mengingatkan.

“Tapi, abang. Kan Jack yang selamatkan Areesya dulu,” sekali lagi Areesya menjawab sekurang-kurangnya dia dapat mempertahankan Jack di hadapan Adam.

Adam yang mendengar itu terdiam sekejap. Kenyataan itu memang benar sekali, dia tidak mampu menafikan.

“Eh Adam?,” Tan Sri Megat Idruz yang berlalu bersebelahan itu terus menegur Adam. Adam terus membalas pandangan gerangan yang menegurnya.

“Tan Sri,” terus tangan kasar Tan Sri Megat Idruz itu disalam lembut.

“Dah lama ke Adam sampai? Maaf, uncle tak perasan tadi,” beritahu Tan Sri ramah.

“Dah lama dah uncle dari majlis akad nikah lagi, tapi ni dah nak balik dah,” Adam tersenyum.

“Dah jumpa Danish dengan Allesya?,” soalnya lagi.
Cepat Adam menggelengkan kepalanya.

“Jemputlah naik atas pelamin tangkap gambar dengan pengantin dulu,” pelawa Tan Sri Megat lembut. Adam perlahan-lahan mematikan senyumannya.

Berjumpa dengan bekas tunangnya dahulu? Pastu jumpa dengan mangsa buli dahulu?

Huishh…

Belum sempat Adam menjawab tetiba sahaja muncul Puan Sri Misha yang datang menegur suaminya. Kedua-dua mata Adam terus terarah ke isteri ketua eksekutif Megat Trading itu.

“Misha, kejap. You ingat lagi tak ni Adam? Adam, anak Maryam masa dekat kampung arwah tokwan tu?,” soal Tan SrI Megat Idruz kepada isterinya. Puan Sri Misha terus memandang Adam yang ditunjuk oleh suaminya itu.

Berkerut dahi Misha dibuatnya untuk mengingat gerangan lelaki sebaya dengan usia anaknya itu.

Beberapa peristiwa lalu yang pernah berlaku di kampung itu terimbas di mindanya. Kejadian yang dia hampir terlupa namun teringat semula apabila berhadapan dengan Adam.

“Hi, Puan Sri Misha,” tegur Adam senyuman yang dibuat-buat.

Shah yang sibuk melayan tetamu itu mengerutkan dahinya apabila melihat ahli keluarganya itu sedang berbual ramah dengan seorang lelaki yang segak berpakaian baju melayu.

Entah kenapa perasaan ingin tahu membuak-buak terus dia bangun berdiri dan melangkah menghampiri ahli keluarganya itu.

“Daddy? Mummy?,” sebaik tiba Shah menegur ahli keluarganya dahulu lalu pandangannya dikalihkan kepada lelaki disebelahnya.

Namun, terus berkerut dahi Shah dibuatnya apabila mengingati lelaki dihadapannya dahulu adalah kawan lamanya di kampung, Adam Lian.

Adam hanya mampu tersenyum kecil.

Mereka berjumpa kembali setelah lima tahun berpisah dari zaman sekolah menengah.

“Adam?,” Shah seperti tidak percaya.

“Yes, that’s my name,” Adam menjawab sambil menjongket kening kirinya. Areesya yang dari tadi mendengar itu mengerutkan dahinya.

Bukankah ini keluarga abang iparnya? Jadi Adam sudah lama mengenali keluarga itu? Areesya hairan, tidak faham.

Shah terus memeluk kawan lamanya itu dan Adam hanya membalas pelukan itu lalu mereka melepaskan pelukan itu.

“Finally, korang dapat berjumpa juga,” Tan Sri Megat Idruz bersuara gembira. Puan Sri Misha yang tidak suka dengan situasi itu hanya mendiamkan diri.

Adam dan Shah hanya mengukirkan senyuman.

“Oh ya, aku nak kenalkan. Adik Allesya tapi berlainan ibu, Areesya Husna,” secepatnya Adam mengenalkan Areesya di hadapan keluarga Danish.

Jelas, mereka terkejut mendengar khabar itu. Allesya mempunyai adik? Shah terus memandang wanita muda yang hanya tinggi paras bahu Adam itu.

“Areesya Husna?,” soal Shah kehairanan yang membuatkan dahinya kembali berkerut seribu mengingati kejadian dahulu.

Tiba-tiba, mindanya tiba-tiba sahaja mengimbas tentang orang tua yang pernah dilanggar olehnya.

Selepas kejadian itu, dia kelam kabut melangkah masuk ke dalam tandas awam untuk membersihkan tangannya yang dikotori dengan darah.

Shit!

“Mak cik, tolong bagitahu saya nama anak mak cik siapa?,” Shah yang sudah tidak tentu arah melihat keadaan orang tua yang dilanggar itu hampir tidak sedarkan diri.

Darah di kepala orang tua itu juga tidak berhenti mengalir di atas jalan tar. Orang tua itu seperti sudah nyawa-nyawa ikan yang makin membuatkan Shah tidak keruan.

“Mak cik… Mak cik tak boleh macam ni! Mak cik kena sedarkan diri! Cepat bagitahu saya nama anak mak cik siapa?!,” desak Shah sambil menangis ketakutan.

“Areesya...,” orang tua itu bersuara perlahan.

“Areesya..? Nama anak mak cik Areesya ke?,” Shah masih lagi mendesak sambil tidak berhenti menangis ketakutan.

“Areesya… Husna..,” sebut orang tua itu lalu terus tidak sedarkan diri. Shah terkejut.

“Mak cik?,” Shah lekas menepuk kedua-dua pipi orang tua itu agar dapat menyedarkan namun reaksi orang tua itu sama masih tidak sedarkan diri.

Shah yang menangis ketakutan itu terus memandang ruang sekeliling yang sangat sunyi.

Shah menelan air liurnya itu dipandang semula orang tua yang tidak sedarkan diri itu. Untuk menyelamatkan dirinya, Shah terus menarik tubuh orang tua itu ke bahu jalan.

Lalu dibiarkan dan cepat Shah mengatur langkahnya masuk ke dalam kereta.

Saat berada di dalam kereta, tubuhnya bergigil ketakutan sambil melihat kedua-dua tangannya sudah dikotori dengan darah. Shah sedikit terkejut apabila cermin pandang belakangnya terpancar lampu sebuah kereta dibelakangnya.

Kereta itu makin menghampirinya.

Shah dengan kalut terus menekan pedal minyak keretanya laju meninggalkan orang tua yang tidak sedarkan diri di bahu jalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience