BAB 21

Romance Completed 21483

“OKAY, kita dah sampai,” tutur tersenyum lebar Puan Sri Misha sambil menoleh bakal menantunya, Nur Danisha yang berada di sebelah. Nur Danisha membalas senyuman itu.

Sungguh, dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Megat Danish, tunangnya. Terus mereka berdua melangkah keluar dari perut kereta yang sudah diparkir di garaj kereta.

“Isha tak sabar nak jumpa Danish,” beritahu Nur Danisha teruja. Puan Sri Misha tergelak kecil mendengar keterujaan tunang anaknya itu.

“Okay, dah cantik dah bakal menantu aunty ni,” puji Puan Sri Misha sebaik merapikan rambut lurus Nur Danisha. Nur Danisha hanya mengukirkan senyuman malunya.

“Allesya!,” Megat Danish yang melangkah laju mengejar Allesya Danielle yang sudah melangkah keluar dari villa mewah itu terus meneriak memanggil nama itu.

Namun Allesya Danielle mengabaikan panggilan itu malah makin dia laju melangkah terus ke hadapan sambil mengalirkan air matanya.

“Aunty, Danish… Siapa perempuan tu?,” berkerut dahi Nur Danisha melihat tunangnya itu mengejar perempuan yang dia tidak kenali.

Cepat Puan Sri Misha menoleh ke halaman villa yang luas itu lalu dia mengerutkan dahinya melihat kelibat Allesya.

“Allesya,” sebaik sudah menyaingi langkah Allesya Danielle terus tangan kanan itu dicapai lembut yang membuatkan Allesya Danielle kembali menghadap Megat Danish.

Dengan air matanya yang tidak henti mengalir itu dia membalas pandangan Megat Danish.

“Allesya,” sekali lagi Megat Danish memanggil nama itu sambil tangan kiri Allesya Danielle dicapai dan dikemaskan di genggamannya.

Allesya Danielle hanya membiarkan dan hanya menanti.

Megat Danish menarik nafasnya perlahan dan cuba mengawal gemuruhnya. Dia kembali membalas pandangan Allesya Danielle itu lalu dia melangkah beberapa tapak ke hadapan menghampiri Allesya Danielle.

Lama mereka membalas pandangan satu sama lain.

Nur Danisha yang melihat dari garaj kereta itu mula panas hati terus dia melangkah laju menghampiri mereka berdua.

Puan Sri Misha tidak sempat menghalangi bakal menantunya terus dia melepaskan keluhan beratnya.

Dia mengikuti langkah bakal menantunya itu.

“Bismillahirrahmannirrahim. Allesya Danielle, sudi tak awak jadi isteri saya and kita kahwin?,” lamar Megat Danish dengan nada lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu terkejut dan dia tidak menyangka akan menerima lamaran daripada Megat Danish.

Nur Danisha yang baru ingin meneriak nama tunangnya sebaik sudah semakin hampir itu terus menghentikan langkahnya apabila mendengar lamaran tunangnya itu.

Terasa sendi lututnya lemah yang tidak bisa menampung berat badannya untuk berdiri dan terus dia jatuh rebah.

“Isha!,” terus Puan Sri Misha berlari mendapatkan Nur Danisha.

Megat Danish dan Allesya Danielle terus menoleh ke arah suara itu dan mereka terkejut. Terutamanya Megat Danish terus kedua-dua tangan Allesya Danielle dilepaskan.

Allesya Danielle yang terasa tangannya dilepaskan itu terus memandang seketika tangannya.

Kini, Megat Danish juga berlari mendapatkan Nur Danisha yang sudah tidak sedarkan diri itu.

“Isha, bangun! Bangun, Isha!,” kejut Megat Danish sebaik meletakkan kepala Nur Danisha di ribanya. Khuatir sungguh dia melihat tunangnya itu tidak sedarkan diri.

Melihat itu membuatkan hati Allesya Danielle sungguh rapuh dan dia baru sedari bahawa Megat Danish sudah bertunang dan dia pasti wanita itu adalah tunang kepada majikannya.

Entah apalagi Megat Danish ingin sembunyikan darinya dia sendiri tidak tahu. Terus dia melangkah laju ke hadapan menghampiri pintu pagar villa mewah.

Makin mengalir air matanya apabila sedikit pun dia tidak merasa Megat Danish mengejarnya.

Dahlah, Allesya. Kau perlu sedar siapa diri kau sebenarnya.

You’re nothing.

SHAH Hazwan sebaik melangkah keluar dari restoran elit itu terus berjabat tangan dengan Tan Sri Arif dan setiausahanya lalu mengucapkan terima kasih.

Tan Sri Megat Idruz tersenyum melihat keramahan anak angkatnya itu seperti tidak kekok berjumpa dengan orang kenamaan.

Mereka berdua menanti Tan Sri Arif masuk ke dalam kereta berjenama Mercedes itu dan melambaikan tangan sebaik kereta itu meninggalkan kawasan restoran itu.

“You have done this task so well, Shah,” puji Tan Sri Megat Idruz sambil menepuk bahu kiri anak angkatnya itu.

Shah Hazwan mengganguk kecil sambil mengukirkan senyumannya.

“Thank you, daddy,” ucapnya. Tan Sri Megat Idruz mengerutkan dahinya apabila sebuah kereta berjenama mewah milik anak angkatnya itu menghampiri mereka berdua.

Kelihatan salah seorang pembantu syarikat melangkah keluar dari kereta itu.

“Kenapa kereta Shah dekat sini pulak?,” soal Tan Sri Megat Idruz hairan.

“Oh, ni Shah ada tempat nak singgah kejap. Daddy masuk pejabat dulu nanti Shah susul,” beritahunya hanya membuatkan Tan Sri Megat Idruz mengganguk kecil.

“Dahlah Shah gerak dulu,” tidak larat dirinya untuk bertanya lanjut dia hanya membenarkan anak angkatnya itu pergi.

Terus tangan kanan Tan Sri Megat Idruz disalam dan dikucup lembut lalu terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Tan Sri Megat Idruz tersenyum lebar melihat tingkah anak angkatnya itu. Sejuk hatinya memandang wajah Shah Hazwan dan dia akan sentiasa berdoa kejayaan untuk anak angkatnya itu.

Sebaik sudah melihat kereta anak angkatnya itu hilang dari pandangan barulah dia melangkah masuk ke dalam keretanya.

Shah Hazwan menekan pedal minyak keretanya membuatkan had laju meningkat sambil itu dia mencapai telefonnya dan mencari nama nombor Allesya Danielle.

Terus dia membuat panggilan lalu dia meletakkan kembali telefon di bahagian bawah skrin radionya.

Earphone tanpa wayar yang sudah dipakai itu terus menyambung dengan panggilan dibuat.

“Allesya, please jawab call aku,” dia menanti agar panggilannya dijawab oleh Allesya Danielle namun panggilannya masih tidak dijawab.

Manakala Allesya Danielle yang berjalan di bahu jalan itu hanya memandang skrin telefonnya itu. Malas dia ingin menjawab panggilan daripada Shah Hazwan itu.

Pandangannya dihala ke jalan raya yang terletak di bahu kananya.

Kereta-kereta yang laju membelah angin di jalan raya sedikitpun tidak peduli keberadaan Allesya Danielle yang berada di bahu jalan itu. Allesya Danielle tergelak kecil.

“Siapa nak peduli dengan kau, Allesya?,”

Dia mengangkat pandangannya memandang dada langit yang terang benderang lalu dia menurunkan pandangannya ke bawah.

Kakinya juga sudah lenguh asyik berjalan di bahu jalan tidak henti malah tekaknya juga terasa kering.

Shah Hazwan mendengus geram kerana Allesya Danielle tidak mahu menjawab panggilan telefonnya.

Kelajuan keretanya itu ditingkatkan lagi dia perlu segera mendapatkan Allesya Danielle. Keretanya perlu menuju ke kediaman Tan Sri Megat Idruz.

MEGAT Danish yang duduk di sofa di ruang tamu itu terus melepaskan keluhan beratnya. Kepalanya pusing memikirkan kejadian tadi.

Adakah tujuan dia melamar Allesya Danielle itu satu tindakan betul atau tidak? Ke sebab hadirnya Nur Danisha?

Mindanya serabut memikirkan segala perkara. Dia menguak rambutnya ke belakang.

“Danish,” panggil Puan Sri Misha sebaik selesai menuruni tangga rumah. Megat Danish mengangkat pandangannya memandang ibunya yang sedang melangkah menghampirinya.

Lekas, Megat Danish bangun berdiri.

“Mummy, how about Isha?,” soalnya khuatir. Puan Sri Misha tidak menjawab malah dia meminta anaknya itu duduk semula.

Megat Danish hanya menurut dan hanya menunggu ibunya melabuhkan punggung di atas sofa.

“Isha okay je cuma dia terkejut tadi tu yang terus pengsan,” beritahu Puan Sri Misha sambil memandang anaknya.

Megat Danish yang mendengar itu mengangguk dan hatinya lega. Mereka diam sekejap.

“Danish, are you serious about that?,” soal Puan Sri Misha ingin tahu.

“About what?,” Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Allesya Danielle,” jawab Puan Sri Misha.

Mendengar nama itu hanya membuatkan Megat Danish melepaskan keluhan. Dia sudah tidak tahu ingin mengatur ayat untuk menjawab pertanyaan ibunya.

Otaknya sudah buntu dan hampir tidak berfungsi.

“Mom, can we talk about something else?,” pinta Megat Danish.

“Why? You menyesal dengan tindakan you sendiri?,” soal Puan Sri Misha menduga.

“Mom,” Megat Danish menegakkan badannya.

Berkerut seribu dahinya tidak berpuas hati dengan dugaan ibunya itu. Entahlah dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sekarang.

Tak yang penting sekarang, aku serabut!

“Dahlah mummy, Danish serabut sangatlah. Tak tahu apa yang Danish tengah fikirkan sekarang. Danish nak keluar ambil angin kejap,” tutur Megat Danish lalu bangun berdiri dan melangkah keluar dari ruang tamu itu.

Puan Sri Misha hanya membiarkan.

Kunci kereta di atas rak bersebelahan pintu itu dicapai dan dia melangkah keluar dari rumah. Sebaik dia menyarungkan sandal kasutnya dia melangkah menuju ke garaj kereta.

Perlahan-lahan air matanya mula jatuh membasahi pipinya.
Secepatnya dia mengesat air matanya.

What’s wrong with you, Danish?

Megat Danish membuka pintu keretanya dan dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Dia menghidupkan keretanya dan kepalanya disandarkan di span kerusi. Air matanya masih mengalir membasahi pipinya.

“Mom, can we talk about something else?,” pinta Megat
Danish.

“Why? You menyesal dengan tindakan you sendiri?,” soal Puan Sri Misha menduga.

Allahuakbar.

Aku menyesal ke melamar Allesya Danielle?

Megat Danish sendiri tidak pasti tentang perasaannya sekarang bagaimana orang lain dapat meneka apa perasaannya?

Haih, entahlah.

Untuk tidak memikirkan tentang hal itu lagi dia terus mengundurkan keretanya keluar dari garaj kereta.

Sebaik melihat kereta miliknya keluar dari garaj, pintu pagar rumah itu terbuka.

Namun belum sempat Megat Danish mengerakkan keretanya ke hadapan, sebuah kereta milik Shah Hazwan masuk ke perkarangan rumah sekaligus menghalang laluan Megat Danish.

Megat Danish mengerutkan dahinya. Terus dia menurunkan cermin keretanya dan menonjolkan kepalanya keluar.

Kelihatan Shah Hazwan sudah melepaskan tali pinggang keledar dan terus melangkah keluar dari perut kereta lalu mengatur langkah laju menghampiri kereta adik angkatnya itu.

“Alihkan lah kereta kau! Aku nak lalu!,” teriak Megat Danish tidak berpuas hati.

Pintu kereta adiknya itu dibuka dan terus menarik keluar tubuh Megat Danish keluar dari kereta.

Mereka terus bergelut sekejap sehinggalah Shah Hazwan menghempas kuat tubuh belakang Megat Danish itu di badan kereta sambil kolar baju Megat Danish ditarik.

“Kau bagitahu aku sekarang, mana Allesya?!,” bentak Shah Hazwan menahan geram. Megat Danish yang mendengar itu tersenyum sinis.

Sekali lagi, nama wanita itu dia dengari.

“Aku tak tahu lah dia dekat mana! Dia blah macam tu je!,” tutur Megat Danish terus dia melepaskan pegangan abang angkatnya di kolar bajunya dan menolak Shah Hazwan jauh sedikit darinya.

Shah Hazwan mengerutkan dahinya.

“Dia takkan blah macam tu je lah kalau kau..,”

“Kalau aku apa?!,” soal Megat Danish tegas ingin tahu. Dia mahu abang angkatnya itu melanjutkan kata-katanya.

Shah Hazwan tidak mahu berbalah dengan adik angkatnya itu terus dia melangkah menghampiri keretanya.

“Kau jangan pernah nak terdetik ada perasaan sikit pun dekat Allesya sebab..,” tutur kata Megat Danish terhenti sendiri. Entahlah dia sendiri tidak tahu ingin memberitahu tentang lamaran itu atau tidak.

Shah Hazwan yang mendengar itu terus membuka pintu keretanya.

“You don’t have right to stop me, Danish,” bersahaja Shah Hazwan menuturkan kata-katanya yang membuatkan hati Megat Danish panas tidak berpuas hati.

Buku lima kirinya digenggam kuat menahan amarah sambil matanya hanya membiarkan kereta abang angkatnya itu keluar dari perkarangan rumah.

JAM 6:55 PETANG

SHAH Hazwan yang masih memandu perlahan di jalanraya itu sambil curi-curi memandang bahu jalan kiri dan kanannya khuatir jika Allesya Danielle masih di kawasan berdekatan dengan perumahan ayah angkatnya.

“Mana kau ni, Allesya? Aku call kau tak angkat dekat rumah kau pun kau tak ada. Mana kau pergi ni?,” rungut Shah Hazwan perlahan.

Dia menekan pedal minyaknya untuk meningkatkan kelajuan keretanya sedikit.

Mindanya ketika ini hanya memikirkan Allesya Danielle.

Tidak tahu kenapa hatinya masih khuatir tentang keberadaan Allesya Danielle.

Kring! Kring!

Telefonnya mula berdering menandakan panggilan masuk dan terus dia membaca nama panggilan itu sebaik itu dia terus terkejut.

Secepatnya, Shah Hazwan menghentikan keretanya di bahu jalan untuk menjawab panggilan daripada Allesya Danielle itu.

Shah Hazwan berdeham sekejap dan terus menjawab panggilan itu.

“Kau dekat mana ni? Kau tahu tak aku..,” sengaja Shah Hazwan bersuara terlebih dahulu namun terhenti sebaik mendengar tangisan Allesya Danielle.

“Shah..,” dengan diselangi tangisan Allesya Danielle memanggil nama itu. Tegak terus seluruh badan Shah Hazwan sebaik mendengar tangisan itu.

“Kau dekat mana ni? Bagitahu aku sekarang kau dekat mana?!,” khuatir terus Shah Hazwan dibuatnya.

Hatinya tidak sanggup mendengar tangisan Allesya Danielle itu.

“Aku tak tahu! Aku tak tahu aku dekat mana. Aku naik bas tadi pastu aku terlelap pastu aku sedar-sedar aku dekat stesen bas,” tuturnya diselangi dengan tangisan.

“Stesen bas mana? Then kenapa tak call aku terus?,” soal Shah Hazwan geram.

“Kalau dekat sana ada line dah lama aku call kau, tahu tak?! Ni disebabkan nak call kau lah aku jalan-jalan dekat kawasan ni untuk cari line then last-last aku tak tahu aku dekat mana!,” beritahu Allesya Danielle tegas namun masih diselangi dengan tangisan.

Shah Hazwan mengurut dahinya lalu dilepaskan keluhan kecil.

“Okay macam ni lepas end call ni aku nak kau send current location kau dekat whatsapp..,”

“Tak! Tak, aku tak nak end call dengan kau! Aku takut kawasan ni sunyi tahu tak!,” gadu Allesya Danielle meluahkan ketakutan.

Dia sudah tidak peduli dengan tanggapan Shah Hazwan terhadapnya.

“Okay, fine! Sekarang ni kau share current location kau dekat aku, aku gerak sekarang,” tegas Shah Hazwan memberikan arahan. Allesya Danielle membuka pembesar suara dan terus ke aplikasi ‘whatsapp’ dan menghantar lokasi terkininya.

“Okay dah, aku dah send,” beritahu Allesya Danielle sedikit panik. Shah Hazwan mula membuka pembesar suara dan membuka aplikasi whatsapp lalu membuka lokasi yang dikongsi oleh Allesya Danielle itu.

Telefonnya diletakkan kemas di pemegang telefon yang terlekat di cermin hadapan yang bersebelahan dengan streng keretanya belah kanan.

Dia sendiri tidak tahu di mana Allesya Danielle berada dan dia hanya mampu berpandukan dengan ‘google map’.

Pedal minyak keretanya ditekan dan mula mengerakkan keretanya laju membahagi jalan raya di waktu senja itu.

“Kau dah gerak belum, Shah?!,” soal Allesya Danielle sedikit panik.

“Aku dah gerak! Sekarang ni kau janganlah panik dan jangan menangis. Kejap lagi aku sampai and… Stay with me until I arrived,” perlahan-lahan nada Shah Hazwan berubah agar mampu menenangkan Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang sedang bercangkung di tepi sudut sebuah lorong itu terasa terharu. Lama dia mendiamkan diri menahan diri dari mengeluarkan tangisan.

Shah Hazwan mengerutkan dahi apabila Allesya Danielle diam tidak menangis.

“Allesya?,” Shah Hazwan mula khuatir.

“Ye aku ada… Shah, thank you tau sebab ada dengan aku sekarang. Kalau kau tak ada, aku tak tahu apa jadi dengan aku..,”

“Apa kau cakap ni? Jangan nak merepek boleh?,” tegas Shah Hazwan menegur.

Allesya Danielle hanya menangis perlahan.

Shah Hazwan yang sedang memandu itu mula rasa terganggu mendengar tangisan Allesya Danielle. Bukan itu maksudnya, dia cuma tidak sanggup mendengar tangisan itu lagi.

Oleh itu, pedal minyak keretanya ditekan untuk meningkatkan kelajuan keretanya memandangkan tempat yang ingin dituju itu masih jauh.

Dia hanya menunggu sehingga Allesya Danielle meredakan tangisannya sendiri.

“WHAT the heck?! Kau lamar dia depan Isha?,” terkejut Ian Hazim dibuatnya apabila mendengar khabar itu.

Mendengar jeritan Ian Hazim itu, Megat Danish mula memandang sekeliling restoran itu khuatir jika yang lain turut mendengar.

Ian Hazim ni bukan boleh percaya sangat mangkuk ni!

“Kau ni kan..,”

“Apa? Siapa je tak terkejut dengar perkara mengarut cam ni. Weh, kau dah tunang tahu tak? Isha tu kau nak campak dekat mana?,” luah Ian Hazim menahan geram.

Megat Danish mengeluh kecil.

“Sekarang ni aku tak tahu..,”

“Kenapa? Kau rasa menyesal sebab melamar dia?,” duga Ian Hazim.

“Aku tak faham lah kenapa kau dengan mummy aku kata aku ni menyesal melamar dia? Aku tak menyesal langsung okay? Aku nak Allesya Danielle tu jadi isteri aku,” nekad Megat Danish.

“Kau pasti? Tapi kau tu dah tunangan orang tahu tak?,”

“Ye aku tahu!,” serabut Megat Danish dibuatnya lalu rambutnya dikuakkan ke belakang.

“Okay, aku dah faham sekarang. Kau buat tindakan drastik macam ni semua sebab abang angkat kau tu,” Ian Hazim mula memberi pendapatnya.

“Dah kenapa pulak kau nak libatkan dia?,” Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Sebab kau rasa terancam sebab abang angkat kau tu cuba nak rampas Allesya daripada kau that’s why kau buat keputusan terburu-buru macam ni,” beritahu Ian Hazim cuba menyedarkan kawan baiknya itu.

Megat Danish yang mendengar itu melepaskan keluhan beratnya.

“Mengarut ah! Dahlah tak payah bincang pasal perkara ni buatkan aku lagi serabut,” keluh Megat Danish lalu mencapai jus epalnya itu.

Ian Hazim hanya diam tidak mahu lagi membahas perihal itu lagi memandangkan kawan baiknya itu kelihatan serabut.

SHAH Hazwan mengerutkan dahinya sebaik tiba di sebuah kawasan yang agak sunyi. Hanya beberapa tiang lampu yang dipasang di kawasan itu.

Namun kedengaran sayup-sayup azan isyak berkumandang.

“Allesya, aku dah nak sampai dah ni. Kau dekat mana?,” soal Shah Hazwan sebaik mencapai telefonnya lalu ditekapkan di telinganya dan pandangannya dihalakan di hadapan.

Allesya Danielle yang berada di hujung sudut itu bangun berdiri dan dia mengukirkan senyumannya apabila melihat sinaran lampu kereta yang tidak jauh darinya.

“Okay aku dah nampak..,” belum sempat Allesya Danielle menghabiskan kata-katanya tetiba talian terputus yang membuatkan Shah Hazwan mengerutkan dahinya.

“Allesya?,” soal Shah Hazwan hairan dan dia memandang skrin telefonnya. Dah kenapa tetiba Allesya Danielle memutuskan panggilan.

Shah Hazwan sudah memikirkan bukan-bukan. Terus dia melepaskan tali pinggang keretanya dan melangkah keluar dari kereta.

“Allesya?!,” teriak Shah Hazwan sambil mula memandang sekeliling yang masih sunyi sepi.

Allesya Danielle yang cuba menghidupkan telefonnya yang kehabisan bateri itu terus mengangkat pandangannya ke atas apabila mendengar namanya diteriak kuat.

Ah sudah! Pasti Shah Hazwan khuatir tentangnya.

Dia terus membuka langkah namun entah bagaimana dia boleh tersadung di permukaan kasar jalan tar itu.

Allesya Danielle yang menahan kesakitan itu terus cuba bangun berdiri dan dia berjaya. Ditepuk-tepuk kedua belah pehanya membuang habuk.

“Arggh,” Allesya Danielle mengetap bibirnya menahan kesakitan di bahagian lututnya. Allesya Danielle menunduk memandang seluar jeans di bahagian lutut kanan itu terkoyak sedikit menandakan luka di situ.

“Allesya?!,” sekali lagi Shah Hazwan meneriak. Mendengar namanya dipanggil sekali lagi, Allesya Danielle gigihkan langkahnya melangkah mendekati Shah Hazwan.

Shah Hazwan mengerutkan dahinya apabila melihat bayang seorang wanita yang terhinjut-hinjut.

“Allesya?,” sebaik melihat dengan jelas terus dia berlari mendapatkan Allesya Danielle.

“Ya allah, kenapa dengan kau ni? Siapa buat kau?,” soal Shah Hazwan risau lalu mahu membuka langkah ingin mencari perilaku.

Allesya Danielle yang masih mampu menahan kesakitan itu terus menarik lengan Shah Hazwan agar mendekatinya.

“Tak ada sesiapa lah buat aku. Aku sendiri yang jatuh tersadung tadi,” akhirnya Allesya Danielle membuka mulut memberitahu.

“Sinilah aku pimpin kau. Dah macam apa dah jalan pun tak betul,” rungut Shah Hazwan lekas memeluk kedua-dua bahu Allesya itu dan berjalan perlahan menuju ke kereta.

Allesya Danielle hanya membiarkan, kakinya benar-benar sakit. Shah Hazwan yang sudah sampai di pintu kereta terus membukakan pintu kereta dan membiarkan Allesya Danielle masuk ke dalam perut keretanya.

Sebaik itu dia menutup pintu rapat dan dia kembali ke posisi pemandu.

“Aku bawa kau pergi klinik tau,” beritahu Shah Hazwan sambil menarik tali pinggang keledar.

“Buat apa?,” hairan Allesya Danielle dibuatnya.
Shah Hazwan terus membalas pandangan Allesya Danielle disebelahnya.

“Kau luka kan?,”

“Engkau ni, luka dekat lutut je lah. Ni dekat rumah aku boleh rawat sendiri,” beritahu Allesya Danielle menolak untuk dibawa ke klinik.

Shah Hazwan hanya mampu menurut tidak mahu membantah apa yang diinginkan oleh Allesya Danielle.

Shah Hazwan mula membawa keretanya keluar dari kawasan itu dan masuk ke kawasan jalanraya yang hanya kelihatan beberapa buah kereta sahaja yang menggunakan jalan itu.

Shah Hazwan sendiri tidak tahu dimanakah mereka berada.

Hanya berpandukan waze sahaja ni.

Tak apalah yang penting Allesya Danielle selamat.

Shah Hazwan yang sedang memandu itu memandang sekejap Allesya Danielle disebelahnya lalu kembali fokus ke arah pemanduannya.

Dia hanya ingin mendiamkan diri kerana Allesya Danielle kelihatan penat dan pasti Allesya Danielle tidak akan melayaninya.

Tak apalah yang penting Allesya Danielle selamat.

Shah Hazwan mengukirkan senyumannya.

MEGAT Danish mula menutup lampu hadapan kereta sebaik sudah berhenti di bahu jalan yang berdekatan dengan rumah Allesya Danielle. Kedua matanya tidak lepas memandang rumah banglo itu.

Kelihatan gelap sahaja rumah itu mungkin Allesya Danielle sudah tidur.

Dia yakin pasti lamarannya itu benar-benar menganggu fikiran Allesya Danielle.

Megat Danish mengerling jam tangannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Mungkin benar dugaannya, Allesya Danielle sudah tidur. Patutkah dia balik ke rumah juga? Ya, dia patut balik ke rumah juga.

Namun belum sempat dia ingin membuka kembali lampu hadapan keretanya kelihatan sebuah kereta menghampiri pintu pagar rumah Allesya Danielle yang membuatkan

Megat Danish mengerutkan dahinya.

Shah Hazwan?

Shah Hazwan turut melangkah keluar dari perut kereta lalu berlari mendapatkan Allesya Danielle yang berjalan terhinjut-hinjut.

Tanpa disuruh, Shah Hazwan lekas memapah yang membuatkan Allesya Danielle tidak mampu membantah.

Megat Danish yang masih di dalam kereta itu tergelak kecil melihat adegan itu.

“Mati-mati aku ingat kau ni… Haishh dasar perempuan tak guna!,” berang Megat Danish dibuatnya sambil menepuk berkali-kali stereng keretanya.

Megat Danish terus membuka lampu keretanya dan mengerakkan kereta laju keluar dari perkarangan perumahan itu.

Hatinya sungguh kecewa.

Next chapter on Wednesday

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience