“PANG!,” satu tamparan kuat dilayangkan pada pipi kanan Danish yang membuatkannya tertoleh ke kanan. Berbahang dan pedih pipi kanan dibuatnya sebaik menerima tamparan kuat dari ayahnya, Tan Sri Megat Idruz.
Isha dan Puan Sri Misha yang menyaksikan itu terkejut namun tidak berani mencampuri urusan antara anak dan ayah itu.
“Did you know what have you done, Megat Danish?!,” tegas suara Tan Sri Megat Idruz memenuhi ruang tamu kediamannya.
Danish yang mendengar persoalan itu hanya mendiamkan diri tidak berani untuk menjawab.
Kejadian yang berlaku di kawasan parkir bawah tanah itu kini diketahui oleh semua tetamu kehormat yang menghadiri majlis rasmi itu tadi.
Malah, rakaman CCTV juga jelas menunjukkan Danish yang melepaskan tembakan itu.
Secara tidak langsung, nama Tan Sri Megat Idruz sebagai tetamu terhormat pada majlis itu menjadi buah mulut dikalangan mereka.
Malah, Tan Sri Megat Idruz yakin kejadian memalukan itu akan terpapar di laman media sosial dan beberapa keratan akhbar utama negara pada esok hari.
“Kamu tahu tak kamu dah conteng arang pada muka daddy, mana daddy nak letak muka daddy sekarang ni!,” tempelak kuat Tan Sri Megat Idruz lalu mencekak kuat kolar kemeja Danish.
Danish yang membalas pandangan Tan Sri Megat Idruz itu hanya mendiamkan diri.
“Answer me, Danish!,” desak Tan Sri Megat Idruz yang cuba mengawal amarahnya apabila melihat anaknya itu hanya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang reaksi.
Namun, Danish tetap dengan keputusannya untuk mendiamkan diri. Melihat reaksi itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz lekas melepaskan kolar kemeja anaknya.
“Okay, if that you want,” dengan wajah berangnya, Tan Sri Megat Idruz terus berjalan di sudut rumah yang menempatkan beberapa batang kayu golf yang selalu digunakan untuk aktiviti riadahnya.
Danish yang melihat itu mula kecut perut.
Isha dan Puan Sri Misha juga terkejut sama.
Sebaik mencapai batang kayu golf itu membuatkan langkah Tan Sri Megat Idruz laju diaturkan menghampiri anaknya.
“You apa ni? You tak pernah jadi macam ni! Bawa bersabarlah sayang! Anak kita dah besar tak perlu lah sampai macam ni,” Puan Sri Misha yang menangis itu lekas menghampiri suaminya untuk memujuk namun tubuhnya ditolak ke tepi.
Langkah Tan Sri Megat Idruz makin laju menghampiri anaknya itu. Danish hanya mampu membalas pandangan tajam ayahnya itu.
“I though you have changed, tapi daddy sama je macam dulu. Baran daddy tak pernah berubah. You still keep me and treats me as little boy, daddy,” luah kecewa Danish yang sudah diselubungi perasaan sebak.
“Like I care, Danish..,” dengan bersahaja Tan Sri Megat Idruz menjawab lalu kayu golf yang sudah berada di genggamannya itu terus diangkat ke udara untuk memukul anaknya manakala Isha dan Puan Sri Misha sudah memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat.
Begitu juga dengan Danish.
Namun terbuka mata mereka semula apabila kedengaran kayu golf itu sudah dicampak kuat ke lantai yang membuatkan tindakan Tan Sri Megat Idruz untuk memukul itu tidak menjadi.
Danish melepaskan nafas leganya apabila melihat abangnya, Shah Hazwan yang dari dahulu lagi sudah menjadi pelindung baginya setiap kali dia menjadi mangsa pukul dari keganasan seorang ayah yang memiliki sifat panas baran.
“We’re not child anymore, daddy!,” tegas Shah mengingatkan.
Tan Sri Megat Idruz tersenyum sinis mendengar itu lalu kakinya diatur perlahan menuju ke ruang tamu. Tali lehernya dibuka perlahan dan punggungnya dihenyak kasar di atas sofa. Fikirannya kusut memikirkan cara untuk membersihkan namanya semula.
Puan Sri Misha secepatnya berlari mendapatkan anaknya.
“Danish tak apa-apakan? Ada luka memana tak?,” soal khuatir Puan Sri Misha sambil memeriksa setiap anggota badan anaknya. Risau jika anaknya itu terdapat luka.
“I’m okay, mummy,” jawab Danish tenang.
“Daddy cuma fikir satu perkara je sekarang ni,” Tan Sri
Megat Idruz mula bersuara tegas.
Semua tertoleh ke arah ketua keluarga itu.
Tan Sri Megat Idruz mula bangun berdiri dan menghampiri keluarganya.
“Demi nak bersihkan balik nama daddy yang kamu dah calarkan tu, daddy nak kamu buat press conference tell everybody about your wedding with Allesya. And tell them, lelaki yang kamu pukul sampai nyawa ikan tu cuba nak apa-apakan Allesya and that's why you have to beat him to protect her. Do you get it, Danish?,” tegas Tan Sri Megat Idruz memberitahu tentang rancangannya.
Danish turut terkejut mendengar rancangan itu.
“You..,” kecewa Puan Sri Misha dibuatnya apabila mendengar rancangan suaminya itu.
“Keep your mouth shut, Misha. This is an order. Nak tak nak, semua kena ikut termasuk Isha and Shah. For Allesya, biar daddy sendiri yang uruskan,” beritahunya sambil memandang Isha dan Shah.
Isha yang mendengar itu mula diselubungi perasaan sebak, kedua-dua lututnya terasa longgar.
“Danish, don’t forget to mention about wedding card that have misspelled the groom’s name which should have been your name. Let me to manage for the wedding card company. Tell them yang pihak kita akan edarkan kad perkahwinan tu bila dah siap cetak,“
“Just apologize to the public,”
“Do you get it, Danish?,” tegas suara itu bertanya.
Danish diam.
Melihat Danish hanya mendiamkan diri membuatkan Tan Sri Megat Idruz mengalihkan pandangannya ke arah anak sulungnya itu.
“Are you okay with that, Shah?,”
Shah yang disoal itu terus menjawab tenang.
“Kalau itu yang boleh bersihkan nama daddy, I’m okay with that,” dengan mudahnya Shah memberikan jawapannya.
Danish yang mendengar itu tersenyum sinis kerana tidak pernah menyangka perkara seperti ini akan berlaku kepadanya.
Segala apa yang dirancang selama ini rupanya menjadi mudah apabila ayahnya mengaturkan semua. Namun berbeza dengan rancangan kali ini, Shah tidak akan dilabel sebagai pengecut yang melarikan diri pada majlis pernikahan.
“Isha minta diri dulu,” pamit Isha lembut lalu terus mengatur langkah keluar dari rumah itu.
Shah yang dari tadi memerhati reaksi Isha itu mula meminta izin untuk keluar sebentar dan dibenarkan oleh Tan Sri Megat Idruz.
Manakala, Danish meminta izin untuk naik ke atas.
“KENAPA you buat keputusan terburu-buru macam ni, Idruz?,” tegas Puan Sri Misha menyoal tidak puas hati.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar persoalan itu terus memandang isterinya yang masih duduk di sofa di ruang tamu itu.
“I have to,” Tan Sri Megat Idruz mula duduk di sofa yang bertentangan dengan isterinya itu.
“Atas alasan apa? Sebab nak bersihkan nama you yang tak seberapa tu?,”
“Misha, you kena ingat tau betapa susahnya keluarga I dulu nak naikkan nama keluarga. Macam-macam yang I lalui sebelum I kahwin dengan you,” tegas Tan Sri Megat Idruz mengingatkan.
Puan Sri Misha yang mendengar itu berpeluk tubuh dan berdiam seketika.
“Dulu sebab nak jaga nama baik keluarga pun you sanggup membelakangkan I… So no wonder you pun buat perkara sama pada anak I,” sebak Puan Sri Misha meluahkan itu.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengarkan itu mengerutkan dahinya.
“You kalau tak puas hati dengan keputusan yang I buat, you tak perlu nak ungkit perkara lama. Perkara tu dah bertahun-tahun lalu, sekarang pun you dah bahagia dengan I. Apa lagi?,” soal Tan Sri Megat Idruz cukup hairan dengan sikap isterinya itu.
Puan Sri Misha tersenyum sinis.
“Ni you kata bahagia? Sejak I tahu you dengan Saidah ada hubungan sampai dapat Shah tu pun you kata I bahagia dengan you?!,” Puan Sri Misha mula membentak. Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu terperanjat.
Puan Sri Misha mula bangun berdiri.
“Sampai hati you kan… You sanggup membelakangkan I, you sanggup tipu I kata yang Shah tu cuma anak angkat yang you ambil dekat rumah anak yatim tapi rupanya..,”
“Anak you dengan Saidah sedangkan you tahu masa tu I tengah mengandungkan Danish!,” tempelak Puan Sri Misha dengan tangisan.
Tan Sri Megat Idruz mula memandang sekeliling khuatir jika anaknya, Danish mendengar tentang hal itu. Namun, tiada.
Cuma mereka berdua sahaja di ruang tamu itu.
“Misha. Calm down!,”
“You nak suruh I bertenang dengan keadaan macam ni ke, Idruz?!,” bentak Puan Sri Misha tidak berpuas hati. Hatinya kembali terluka apabila mengenang peristiwa lama.
Lagi sakit hatinya apabila suaminya sendiri sanggup membelakangkan dirinya.
“You nak ke Danish tahu tentang ni? You nak ke, Misha?,” Tan Sri Megat Idruz cuba berlembut dengan isterinya.
Dia tahu isterinya itu tidak mahu anak mereka mengetahui tentang itu. Puan Sri Misha yang cuba mengawal amarahnya itu hanya berdiam diri.
“Okay, I minta maaf. Tapi, I tak pernah Misha nak membelakangkan you. I kahwin dengan Saidah dulu pun sebab atas permintaan orang tua I yang asyik nak kan zuriat keturunan. You pun tahu kan kita dah 3 tahun tunggu nak dapatkan zuriat tapi kita tak ada rezeki masa tu,” Tan Sri Megat Idruz cuba menenangkan isterinya dengan mengingatkan kesusahan mereka berdua untuk mendapatkan zuriat pada awal perkahwinan mereka.
“I tak sanggup tengok you kena sindir dengan orang tua I hanya sebabkan zuriat, Misha. That’s why I kahwin dengan Saidah tapi tu semata-mata untuk dapatkan Shah sahaja. No feelings at all, Misha. Percayalah,” jujur Tan Sri Megat Idruz memberitahu tentang segalanya.
Puan Sri Misha yang mendengar itu tidak berhenti menangis.
“Tapi, kenapa you sanggup… Jadikan Saidah sebagai pembantu rumah ni? You tahu tak betapa luluhnya hati I bila dapat tahu semua ni, Idruz? Sampaikan I sanggup racunkan diri I sendiri untuk halau perempuan tu dari rumah ni! You tahu tak, Idruz?!,” sebak Puan Sri Misha dibuatnya.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu cukup terkejut. Jujur dia tidak menyangka isterinya itu sanggup berkorban nyawa hanya untuk menjauhkan dirinya dengan Saidah.
Tan Sri Megat Idruz yang mula diselubungi sebak itu terus menghampiri isterinya lalu tubuh isterinya itu dipeluk erat.
“Maafkan abang, Misha,”
Puan Sri Misha hanya mampu menangis dipelukan suaminya itu. Hatinya cukup hiba.
SHAH yang menghentikan keretanya sebaik lampu isyarat bertukar warna merah itu terus menampar kuat stereng keretanya. Kereta milik Isha yang sudah laju ke hadapan itu hanya mampu dipandang tidak puas hati apabila dia tidak mampu lagi mengekori kereta itu.
Hatinya menjadi simpati apabila mengingati reaksi kecewa Isha apabila mengetahui tentang rancangan ayah kandungnya yang menginginkan Danish berkahwin dengan Allesya.
Dia tahu itu tidak mudah bagi Isha untuk menerima semua ini. Namun ia sudah tertulis jalan perceritaan begini.
Terukir senyuman dibibirnya apabila mengingati tentang rancangan ayah kandungnya itu. Entah kenapa semuanya menjadi sangat mudah baginya untuk melepaskan Allesya.
Seolah-olah, ayah kandungnya itu tahu tentang rancangannya dengan Danish.
Jadi dalam situasi ini dia tidak akan dilabel sebagai ‘pengecut’ sebab kalau ikutkan rancangannya dia ingin melarikan diri masa majlis pernikahan itu dan Danish menggantikan tempatnya namun dia hanya mampu merancang.
Tuhan sudah menetapkan cara lain untuk adiknya itu berkahwin dengan Allesya. Makin lebar senyumannya.
Kini, misi utama dalam hidupnya adalah mendapatkan kembali haknya untuk menjadikan Megat Trading dalam genggamannya. Keep it up, Shah Hazwan.
“SOMETHING will be happen..,” Danish mula memikirkan sesuatu apabila mendengar orang ramai sudah berpusu masuk ke dalam kawasan parkir bawah tanah itu.
Danish yang memandang pistol yang berada di genggamannya itu terus memandang ke arah Adam.
“Adam, kau bawa perempuan ni balik rumah sekarang. Anak buah kau ni biar aku yang settlekan,” tegas Danish mengarahkan Adam.
Adam mengerutkan dahinya kerana tidak dapat menangkap apa yang ingin dirancang oleh Danish.
“Jack, kau tahukan apa yang patut kau buat?,” soal Danish. Jack yang bersebelahan dengan Areesya itu mengangguk kecil lalu terus berlari meninggalkan kawasan itu.
“Apa yang kau nak rancang sebenarnya ni, Danish?,” tegas Adam menyoal ingin tahu.
“Kau jangan banyak tanya boleh tak? Kau buat jelah apa yang aku suruh!,” geram Danish dibuatnya lalu dia memungut beberapa peluru pistol lalu dimasukkan semula dalam pistol itu.
Lalu mula menarik picu dan diacukan kepada Adib.
Terkejut Adam dan Adib dibuatnya. Turut Areesya yang masih di tempat kejadian. Adib menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu ditembak.
“This is for you because for being too rude,” beritahu Danish lembut lalu tembakan itu tepat terkena di bahu kiri Adib yang membuatkan Adib lekas mengerang kesakitan.
“Aaarrggghhhhhh!!!,” Adib menekan bahu kirinya yang terkena tembakan itu.
Mendengar tembakan itu membuatkan orang ramai yang berpusu masuk ke dalam mula berlari menuju ke tempat kejadian.
Adam mula gelabah apabila mendengar tapak kaki itu.
“I said go now, Adam!,” penuh dengan ‘authority’ suara Danish mengarahkan Adam.
“Eh, aku tak settle lagi dengan kau!,” pesan Adam kepada pembantunya, Adib yang sedang mengerang kesakitan.
Terus Areesya yang masih dalam ketakutan dan terkejut itu dibawa lari menjauhi kawasan kejadian itu. Hanya dengan beberapa minit sahaja kedengaran siren polis di luar.
Adam yang mengingati kejadian malam itu mula mengaru kepalanya dengan kasar. Kusut kepalanya kerana sampai sekarang dia masih belum dapat menangkap tentang apa yang ingin dirancang oleh Danish.
“Did he wants to help me?,” Adam buntu dan tertanya-tanya. Tapi takkanlah…
“Hell no!,” Adam tidak percaya apa yang dia bayangkan sekarang. Danish takkan melakukan itu kalau tiada perkara lain yang ingin dirancang.
ALLESYA yang baru melangkah masuk ke dalam lobi utama Megat Trading itu mengerutkan dahinya apabila melihat sekumpulan wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi itu sedang berkumpul seperti menunggu sesuatu.
Ada apa-apa yang berlaku ke yang aku tak tahu?
Allesya hanya meneruskan langkahnya sambil itu dia mengerling jam tangannya yang menunjukkan waktu makan tengahari sudah ke penghujungnya.
Sebaik dia sempat makan tengahari tadi kalau tak kebulurlah jawabnya. Dahlah banyak kerja nak diuruskan.
Allesya yang sudah berada di kawasan lif itu terus menekan punat lif dan menanti pintu lif terbuka untuknya. Selepas menunggu beberapa saat, pintu lif itu terbuka dan membenarkan Allesya masuk ke dalamnya.
Sebaik sudah berada di dalam lif, Allesya segera menekan butang lif bernombor 13 dan menunggu pintu lif itu tertutup untuknya.
Namun belum sempat pintu lif itu terkatup, tangannya sudah ditarik keluar oleh seseorang yang membuatkan dirinya keluar dari kotak lif.
Terkejut Allesya dibuatnya apabila melihat gerangan yang menarik tangannya adalah majikannya, Megat Danish.
Turut ada disebelah majikannya adalah Jack dan beberapa pengawal peribadi.
“Awak nak apa ni?,” soal Allesya sambil dia cuba untuk melepaskan tangannya.
“Ikut saya kejap,” arah Danish sambil dia mengeratkan pengangan itu lalu kakinya diatur langkah menuju ke ruangan bilik mesyuarat yang berada di tingkat bawah.
Sekumpulan wartawan yang dari tadi menunggu di lobi itu terkejut apabila melihat Danish berpegangan tangan dengan seseorang yang sedang menuju masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Mereka terus bangun berdiri dan mengikuti langkah Danish sambil mulut mereka tidak berhenti memanggil Danish.
Cepat sahaja, Danish melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama dengan Allesya lalu ditutup pintu itu rapat.
Jack juga turut ada dengan mereka di dalam bilik mesyuarat itu manakala beberapa pengawal peribadi yang lain sedang mengawal situasi di luar bilik.
“Awak apa semua ni?,” Allesya yang mengerutkan dahinya itu hairan dengan apa yang sedang terjadi. Danish memandang wajah bakal isterinya itu.
“Allesya, apa-apa pun soalan yang diorang akan tanya tu. Please jawab dengan tenang and be professional and rasional,” pesan Danish lembut.
Allesya makin mengerutkan dahinya tidak faham dengan situasi yang berlaku.
“Betul tu, Allesya,” tiba-tiba suara garau Tan Sri Megat Idruz kedengaran dibelakangnya.
Terus Allesya berpaling ke belakang dan sungguh dia terkejut apabila melihat Tan Sri Megat Idruz, Puan Sri Misha, Shah Hazwan, Nur Danisha dan Ian Hazim turut ada di dalam bilik itu.
Termasuk juga dengan setiausaha majikannya, Nur Fasha.
Apa jadi ni?
Next Chapter on Monday!
Share this novel