BAB 42

Romance Completed 21483

SOFFIYYA yang duduk di bahagian penumpang yang bersebelahan dengan bahagian pemandu itu hanya memandang ke luar tingkap. Di ruang kereta itu hanya kedengaran musik daripada radio.

Adam pula hanya fokus memandu di lebuh raya manakala Areesya yang berada di kawasan penumpang belakang buntu memikirkan cara untuk mereka berdua berbaik semula dari bertengkar tadi.

Soffiyya confirm sedang makan hati dengan Adam. Buntu Areesya dibuatnya. Tak lama seperti itu, Areesya mendapat sebuah idea bernas.

Terukir senyuman di bibir Areesya.

“Alah, abang! Soffiyya rasa nak pergi tandas sekejap boleh tak?,” cepat Areesya bersuara.

Adam yang fokus memandu dari tadi terus memandang cermin pandang belakang untuk memandang Areesya di belakang.

“Tak boleh tahan sekejap ke? Lagipun nak dekat dah pun,” beritahu Adam.

“Alah abang, tak boleh! Areesya betul-betul sakit perut tak boleh tahan ni!,” rungut Areesya sambil membuat muka menahan sakit perut.

“Sebaik ada petronas dekat depan tu tau kalau tak tahan lah sampai ke rumah,” Adam menggelengkan kepalanya apabila nak tak nak terpaksa dia melayan karenah Areesya.

Dalam menahan rasa sakit perut yang dibuat-buatnya itu,
Areesya tersenyum kecil.

“Jadilah tu, bang. Cepat sikit bawa kereta tu!,” arah Areesya kembali buat-buat sakit perut. Soffiyya yang masih memandang ke luar tingkap itu hanya mampu mendengar.

Malas nak bereaksi dan respon.

Kereta yang dipandu oleh Adam itu mula meluncur lebih laju menuju ke petronas yang jauh hanya beberapa puluh meter ke hadapan.

Namun sempat lagi ekor mata Adam melihat Soffiyya disebelahnya lalu kembali fokus ke pemanduannya.

“KENAPA you tak bagitahu I awal-awal yang mummy ajak you dengan Danish keluar dinner malam ni?,” soal Shah tidak berpuas hati.

Allesya yang menerima panggilan Shah itu hanya mengeluh kecil.

“I pun baru tahulah yang you nak marah-marah I ni kenapa?,” geram Allesya dibuatnya.

Sempat kedua matanya memandang pintu bilik air, khuatir jika Danish mendengar perbualan telefonnya dengan Shah.

“Sepatutnya I tau yang marah you! Yang you call I tiba-tiba ni kenapa buatnya Danish tahu, mati I tahu tak?!,” Allesya meluahkan rasa geramnya dengan memperlahankan suaranya.

Shah yang sedang fokus memandu itu terus merungut geram.

“Okay, I’m sorry!,” akhirnya Shah memohon maaf.

“Dahlah, jumpa you malam ni,” ujar Allesya lekas lalu terus mematikan panggilan.

Shah yang tidak sempat memberitahu tentang dia tidak pasti sama ada sempat atau tidak untuk menyertai makan malam itu terus melepaskan keluhannya.

End macam tu je!

Keretanya yang berjenama Mercedes itu terus menghampiri Plaza Tol Keramat yang menghubungkan Lebuhraya Bertingkat Ampang dan Kuala Lumpur.

Ada seseorang yang perlu dia jumpa. Seorang yang penting sebenarnya. Ia melibatkan Megat Trading.

SEBAIK tiba, tak sempat Soffiyya ingin bersuara untuk meneman, Areesya cepat melangkah keluar dari perut kereta. Hanya meninggalkan Adam dan Soffiyya di dalam kereta.

Soffiyya terus melontar pandangannya ke luar tingkap semula.

“Kalau kereta ni bergerak boleh lah nak pandang pandang luar, ni kereta berhenti boleh pandang apa je dekat luar tu?,” sengaja Adam menegur untuk mengusik Soffiyya yang berada disebelahnya.

Soffiyya yang mendengar teguran itu terus menyeluk beg tangan yang berada di ribanya untuk mencapai telefonnya namun tiada. Terus tidak menentu arah Soffiyya dibuatnya.

Mana pulak telefonnya? Takkan tercicir dekat bilik wad Adam? Tak kelakar lah kalau nak patah balik, jauh!

“Cari ni ke?,” Adam selamba menunjuk telefon Soffiyya yang berada kemas digenggamannya. Besar mata Soffiyya memandang telefonnya itu.

Dekat Adam rupanya?

Terus dia ingin mengambil telefonnya, namun tidak berjaya apabila Adam makin mengelak jauh agar telefon itu tidak jatuh di genggamannya. Soffiyya geram.

“Awak ni kenapa? Bagi balik jelah telefon tu!,”

“Kalau aku tak nak kau nak buat apa?,” sengaja Adam menyoal begitu.

“Awak ni memang tak cukup lagi ke buat saya geram dan kecewa dengan awak? Dahlah awak tak tolong saya pun tadi!,” akhirnya terluah apa yang dipendam dalam hati dari tadi.

Walaupun kedengaran sebak biarkan jelah! Dia ingin Adam tahu apa yang dia rasa tadi! Kecewa. Sedih. Marah.

Semua ada tadi dan sekarang dah bercampur baur!

Adam yang mendengar itu mula menegakkan tubuh belakangnya lalu badannya dipusing menghala ke arah Soffiyya. Dia membalas pandangan Soffiyya.

“Who’s said that I’m not helping you just now, Soffiyya?,” soal Adam mula serius.

“Awak fikir dengan apa yang awak cakap tadi tu boleh membantu saya untuk pastikan Harraz tak ganggu saya lagi?,” balas Soffiyya geram.

Adam mengerutkan dahinya.

“Bukan itu ke perasaan kau yang sebenarnya?,” soal Adam sengaja ingin mengenakan Soffiyya. Soffiyya yang mendengar itu terus berpeluk tubuh.

“Jangan nak perasaan sangat boleh tak? Sejak bila saya ada perasaan macam tu pada awak? Sikit pun tak!,” Soffiyya masih cuba untuk menafikan sambil dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap.

Nak tahan malu sebenarnya!

Adam yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Just admit it, Soffiyya,” Adam bertutur lembut.

“Saya kata tak, tak lah!,” Areesya cuba menafikan lagi.

“I want you to admit it while looking at me, Soffiyya,” Adam masih bertutur lembut sambil dia masih menunggu Soffiyya membalas pandangannya.

Soffiyya yang mendengar itu terus diam tidak berkutik sedikitpun. Pandangan tidak teralih sedikitpun, dia tidak mahu bertentangan mata dengan Adam.

Apa aku nak buat ni? Tolonglah!

Adam yang menunggu dari tadi hanya tersenyum.

“I know your real feelings, Soffiyya and I know you can’t deny no matter what happens,” lembut sahaja tutur kata Adam masuk didengari oleh gegendang telinga Soffiyya.

Tanpa Soffiyya sedari, air matanya yang dari tadi bertakung di tubir mata akhirnya jatuh membasahi kain cadarnya.

Awak betul, Adam. Saya tak mampu nafikan dan saya tak mampu berbohong pada diri sendiri.

“But I want you to know this before you make any bad assumption about me,” tutur kata Adam yang lembut didengari itu membuatkan Soffiyya membalas pandangan Adam.

Adam mengukirkan senyumannya apabila menerima pandangan Soffiyya itu.

“Aku tak pernah lupa apa yang kau mengadu pada aku tentang Harraz semalam. Sedikitpun aku tak lupa, aku cuma nak kau berani berterus-terang pada Harraz. Bagitahu apa yang kau rasa kalau kau terus pendam macam kau buat sebelum ni, kau akan rugi banyak perkara Soffiyya,”

“Hidup ni tak semestinya kena puaskan hati orang lain sedangkan hati sendiri seorang pun tak tahu. Aku ada sebab kenapa aku buat macam tadi, Soffiyya. Aku nak kau luah apa yang kau rasa, apa yang kau fikir tentang Harraz. Biar dia tahu dan jangan bagi dia harapan,”

“Aku tahu kau pun pernah rasa kan mencintai seseorang tapi cinta itu tak terbalas? Bukankah itu menyakitkan? Jadi, apa yang aku buat tadi aku cuma nak Harraz tahu apa perasaan kau pada dia. Sekurang-kurangnya, lepas ni dia tahu dia takkan letak harapan yang tinggi pada orang yang dia cintai selama ni,” tutur Adam lembut cukup membuatkan Soffiyya berfikir panjang.

Walaupun rasa sebak sudah penuh di dada apabila mengenang rasa cintanya terhadap Allesya, Adam cuba mengawal rasa itu sebaik mungkin.

Agak terkejut Adam dibuatnya apabila terasa jari jemari seseorang lembut naik mengelap air matanya.

Dia menangis ke tadi?

Adam segera mengangkat pandangannya memandang Soffiyya yang sedang menggelengkan kepalanya.

Mengisyaratkan kepadanya untuk tidak menangis lagi. Jelas hanya dari mata, Adam dapat rasakan Soffiyya tidak sanggup melihatnya menangis.

Entah kenapa dia tidak sedar dia menangis di hadapan Soffiyya? Pertama kali sepanjang hidupnya dia tidak pernah menangis di hadapan wanita lain selain ibu dan Allesya.

Entah kenapa juga apabila dia melihat Soffiyya memujuknya membuatkan Adam ingin menangis lagi sambil mengadu banyak hal.

PADA malam itu, Allesya yang sudah bersiap dengan dress modern yang agak longgar berwarna biru lembut serta shawl sulam telah membuatkan Danish yang dari tadi
menunggu di ruang tamu tergamam.

Allesya mengukirkan senyumannya melihat reaksi Danish yang sekarang sedang berdiri dan melangkah menghampirinya.

Mata Danish tidak lepas memandang wajah jelita Allesya itu. Hanya dengan secalit makeup yang nipis sudah cukup mampu membuatkan isterinya itu menjadi tumpuan orang ramai nanti.

Allesya yang membalas pandangan suaminya itu agak terkejut apabila pinggangnya kini ditarik lembut oleh Danish. Cukup membuatkan Allesya kini kelihatan tergamam.

Walaupun bukan kali pertama dia dekat begini dengan Danish tapi cukup membuatkan hatinya berdebar hebat. Mungkin kerana aura suaminya itu kuat.

Kini, dahi mereka berdua bertaut.

Masing-masing memejamkan mata cuba membiasakan jarak seperti ini di antara mereka. Allesya terasa sebak entah kenapa setiap hari Danish cuba membuatkan dirinya jatuh cinta sekali lagi?

Hatinya sudah dia beri kepada Shah.

Jikalau begini setiap hari mahu boleh berubah hatinya.

Makin hebat jantung Allesya berdebar apabila tangan Danish kini mengusap lembut pinggangnya. Cuba mengisyaratkan sesuatu kepadanya. Allesya cepat mengangkat kepalanya dan dia memandang Danish.

Danish membalas pandangan isterinya.

“I want you be mine tonight, Allesya,” ujar Danish itu benar-benar membuatkan Allesya terkejut.

Tubuh Allesya itu terus Danish tolak perlahan ke dinding rumah. Tanpa sempat Allesya buka bicara, bibirnya terus ditindih lembut oleh Danish.

Beg tangan Allesya itu terus terlepas dari pegangannya.
Allesya memejam matanya. Entah berapa lama mereka sebegitu sehinggalah bibir Danish beralih ke lehernya yang ditutupi dengan shawl sulam itu.

Shawl sulamnya itu diselak dan dapat Allesya rasa bibir suaminya itu mula membasahi kulit lehernya.

Terasa bula romanya itu menaik apabila tangan Danish masih mengusap lembut pinggang dan perutnya yang masih berlapik dengan dress.

Sungguh membuatkan Allesya terbuai dengan sentuhan itu.

Tiba-tiba, terlintas suara Shah jelas di dengar oleh Allesya.

“Sayang kena ingat tau, you tu selamanya milik I,” –Shah Hazwan

"Ye, sayang akan ingat sampai bila-bila,” –Allesya Danielle

Apabila mengingati janji itu terus membuatkan Allesya sedar lalu tubuh suaminya itu terus ditolak agak kuat. Dia ingin Danish menghentikan perbuatannya. Terundur Danish ke belakang dibuatnya.

Danish agak terkejut lalu dia memandang Allesya.

Allesya yang sudah diselubungi malu dan terkejut itu terus memperbetulkan shawlnya agar menutupi dadanya. Beg tangannya yang terjatuh di lantai itu dia capai.

Lalu kakinya terus diatur menghampiri pintu rumah namun terhenti apabila tangannya dicapai oleh Danish.

Cepat Allesya lepas secara lembut.

“Kenapa ni?,” soal Danish kecewa.

“Sorry, Danish. Not tonight, Danish. We have dinner,” beritahu Allesya cuba mengingatkan Danish.

Danish yang baru teringat itu tergelak kecil.

“Sorry saya baru teringat tentang dinner tu,” ujar Danish jujur lalu pandangannya terhala ke dress dan shawl sulam isterinya.

Akibat perbuatannya membuatkan pemakaian Allesya malam ni kelihatan serabut sedikit.

“Sorry because of me..,”

“It’s okay,” jawab Allesya lembut lalu dia memperbetulkan kembali shawl sulamnya dan ditepuk-tepuk sedikit dressnya.

Dipandang cermin yang berada di ruang tamunya. Dia melihat penampilannya yang sudah kembali okay terutamanya shawl sulamnya.

“You better stay away from me, Allesya. Saya takut saya buat yang bukan-bukan nanti tak pasal-pasal nanti dinner kita tak pergi,” pesan Danish itu membuatkan Allesya kembali membalas pandangan suaminya itu.

Sebenarnya, bukan atas alasan makan malam dia menghentikan perbuatan suaminya tetapi dia teringat dan mendengar suaranya dan Shah sedang berjanji untuk tidak mengkhianati satu sama lain.

Maafkan saya, Danish.

“Dahlah jom kita gerak sekarang,” ajak Danish lalu terus mengatur langkah menghampiri pintu rumah.

Allesya yang mula rasa bersalah itu hanya mengikuti langkah suaminya itu.

SHAH Hazwan terus menutup fail hitam yang mengandungi perjanjian rasmi dengan Megat Trading itu apabila kliennya, Tengku Hazrel sudah menurunkan tanda tangannya.

Terus mereka berdua berjabat tangan.

“Saya tak sangka pula yang Danish boleh tukar fikiran secepat macam ni,” ujar Tengku Hazrel agak hairan tapi masih kekal senyuman di bibirnya. Shah tergelak kecil.

“Itulah saya pun terkejut bila Tuan Danish minta saya berjumpa dengan Tengku,”

“Baguslah kalau macam tu sebab saya dapat tahu yang agak sukar kalau nak berurusan dengan Danish. Danish seorang yang professional dan agak teliti kalau melibatkan perniagaan dan pelaburan,” puji Tengku Hazrel membuatkan Shah hanya tersenyum nipis.

Kemana-mana sahaja dia berjumpa dengan klien pasti akan memuji cara Danish bekerja.

Sampai muak dan sakit telinganya! Hati ni tak perlu kata banyak, memang dah menyampah terus!

Tiba-tiba deringan telefon Tengku Hazrel berbunyi membuatkan mereka terpaksa menghentikan perbualan.

Sempat Shah membaca nama panggilan itu di skrin telefon Tengku Hazrel yang berada di atas meja kecil.

‘MY BIDADARI’

Segera Tengku Hazrel meminta izin untuk menjawab panggilan daripada isterinya itu lalu bangun berdiri dan melangkah agak jauh sedikit dari tempat duduk mereka.

Untunglah muda lagi tapi dah ada isteri cantik.

Bukannya Shah tidak pernah melihat wajah isteri Tengku Hazrel. Sungguh cantik, sepadan kalau digandingkan dengan Tengku Hazrel.

Shah yang masih menanti Tengku Hazrel mematikan panggilan telefon itu terus memalingkan jam tangannya.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam.

Selepas perjumpaan ini, Tengku Hazrel mengajaknya untuk makan malam sekejap. Harap-harap sempatlah sampai ke Kuala Lumpur nanti. Dengan nak hadap jammed lagi.

“I’m sorry, Shah. Saya rasa makan malam hari ni kita patut tangguhkan sebab saya ada hal sekejap,” beritahu Tengku Hazrel. Shah yang mendengar itu sudah tersenyum lebar.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang.

“Tak apalah, Tengku. Yang penting urusan kita dah selesai. Makan malam tu boleh bila-bila je nanti. Kalau macam tu saya balik ke KL dulu,” Shah mula bangun berdiri lalu mereka berdua sekali lagi berjabat tangan.

“Hope to see you again, Shah Hazwan,”

“Me too, Tengku Hazrel,”

ALLESYA yang memeluk lengan Danish sambil berjalan beriringan dengan suaminya itu terus melangkah masuk ke dalam restoran mewah itu.

Tiba sahaja di kaunter, Danish memberitahu tentang tempahan makan malam atas nama Tan Sri Megat Idruz.

Lalu salah seorang waitress terus membawa kami ke ruang khas yang terletak di tingkat dua restoran mewah itu. Kami hanya mengikuti dari belakang.

Restoran mewah begini jika tiada servis perkhidmatan yang bagus, tak tahulah nak kata apa.

Mahu kalau minta air suam atau air mineral perlu dikenakan charge berpuluh ringgit. Entah-entah air mineral yang digunakan dalam restoran mewah ini hanya dari jenis Evian.

Boleh pokai kalau setiap hari makan dekat sini.

Mungkin bagi keluarga Danish sudah biasa tapi bukan dari golongan macam Allesya. Allesya hanya mampu menumpang kesenangan suaminya.

Sebaik tiba di ruangan tingkat kedua itu, kami menemui Tan Sri Megat Idruz dan Puan Sri Misha yang sudah berada di ruang meja makan.

Kami menghampiri mereka dengan senyuman. Lambaian daripada Puan Sri itu Allesya sambut. Agak teruja Allesya akhirnya dapat bertemu dengan ibu mertuanya.

Ya, Puan Sri Misha akhirnya merestui perkahwinan Allesya dan Danish. Allesya diterima sebagai menantunya.

Namun mati senyuman Allesya apabila melihat Datin Sri Sophea dan Nur Danisha turut ada di ruang meja makan.

Danish yang membalas pandangan Isha itu terus memandang isterinya. Dia tahu isterinya itu akan kurang selesa.

“Hi, Abang Danish. Hi, Kak Allesya,” Isha dengan senyuman dia menegur kami berdua. Begitu juga dengan Datin Sri Sophea.

Allesya hanya tersenyum nipis dan membalas teguran itu. Dia lakukan begitu hanya untuk menjaga nama baik kedua orang tua Danish.

Waiter dan Waitress yang berkeliling meja makan mereka itu terus menarik kerusi untuk Danish dan Allesya duduk.

Allesya sempat mengucapkan terima kasih. Pelbagai juadah makanan dihidangkan di atas meja membuatkan Allesya rasa tidak sabar untuk makan.

“Shah tak join kita ke malam ni, daddy?,” soal Danish itu membuatkan Allesya baru tersedar yang kelibat Shah tiada di ruang meja makan.

Dia ada hal ke? Tapi kenapa tak bagitahu aku?
Hati Allesya kecewa.

“Shah bagitahu mummy yang dia keluar dengan kawan dia sekejap. Tapi dia ada pesan kalau dia sempat dia datang,” beritahu Tan Sri Megat Idruz hanya mendapat anggukan kecil daripada Danish.

Allesya hanya mampu mendengar.

“How’s your marriage, Danish?,” soal Datin Sri Sophea lembut.

“Alhamdulilah, aunty. Everything was going well,” ringkas jawapan Danish.

“Takkan semua baik-baik belaka je, yelah asam garam rumahtangga kan. Ada manis ada pahitnya,” tutur Datin Sri Sophea sengaja ingin menguji Danish dan Allesya.

“Ibu!,” agak tegas Isha menegur keterlanjuaan kata ibunya.

“Kenapa? Betul lah kan apa yang I cakap, Misha?,” Datin Sri Sophea meminta pendapat dan sokongan daripada Puan Sri Misha. Puan Sri Misha hanya senyum nipis.

“Ada tu ada aunty, tapi perlu ke untuk kami bagitahu?,” soal Allesya kembali.

“Not everything we have to share with others,” sokong Danish tenang.

Allesya dan Danish mengukirkan senyuman. Begitu juga dengan Tan Sri Megat Idruz dan Puan Sri Misha.

Terdiam Datin Sri Sophea dibuatnya.

“Dah-dah, kita datang nak makan. Let’s eat,” jemput Tan Sri Megat Idruz lalu bersedia untuk menjamu selera. Diikuti dengan yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience