ALLESYA Danielle menarik kedua kakinya dan dipeluk rapat ke dadanya lalu wajahnya disembam ke bawah sambil menangis perlahan.
Peristiwa petang tadi bermain kembali di mindanya…
“Adam, apa semua ni?,” soal Allesya Danielle ingin tahu sebaik dia menarik Adam Lian keluar dari rumahnya dan kini mereka berada di halaman hadapan.
Adam Lian memandang ke arah Allesya Danielle yang berada dihadapannya itu.
“Adam, aku tanya kau ni! Apa semua ni?,” sebak Allesya Danielle dibuatnya apabila melihat Adam Lian hanya mendiamkan diri dan hanya membalas pandangannya.
Aku perlukan jawapan, Adam!
Adam Lian mula menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.
“Aku nak kau jadi milik aku,” ujar Adam Lian begitu ringkas membuatkan Allesya Danielle tertawa sinis.
“Kau jangan nak merepek boleh tak?,”
“Aku tak merepek lah, Danielle. Aku betul-betul nak kau jadi milik aku. Jadi isteri aku," nekad Adam Lian.
Allesya Danielle cuba bersikap tenang.
“Okay, Adam Dengar sini elok-elok, kau lupa eh kita ni kawan baik je tau? Aku tak nak hubungan kita ni lebih dari tu. Aku selesa berkawan dengan kau,” tutur Allesya Danielle lembut agar Adam Lian mampu mengubah fikiran namun..,
“Apa-apa pun alasan kau, aku tetap nak kau jadi milik aku. Kau lupa ke hubungan kita masa sekolah dulu, aku dah lama cintakan kau dan aku sanggup tunggu kau sampai kau balik Malaysia tahu tak?,” tegas Adam Lian agar dapat menyedarkan sahabat baiknya itu.
Allesya Danielle mengalirkan air matanya.
"Adam masa sekolah tu aku cuma anggap kau kawan baik aku je. Tak lebih tak kurang, kau faham tak? Aku tak pernah ada sedikit pun perasaan cinta dekat kau," tegas Allesya cuba menjelaskan dan diam sekejap lalu mula bersuara semula.
“Kau tolonglah faham, aku tak nak bertunang dengan kau. Aku tak nak ada hubungan suami isteri ni dengan kau. Cukup dengan kawan baik sahaja. Tolonglah,” rayu Allesya Danielle sebak agar mampu membuatkan Adam Lian mengasihaninya dan memahami keadaannya yang tidak bersedia dimiliki oleh sesiapa.
Adam Lian yang mendengar itu melangkah menghampiri Allesya Danielle lalu air mata yang mengalir membasahi pipi itu diusap perlahan.
Allesya Danielle hanya membiarkan jika itu mampu mengubah fikiran Adam Lian.
“Tolong, Adam. I’m begging to you,” rayu Allesya Danielle sekali lagi.
“Walau apa-apa pun alasan kau, aku minta dengan kau hormat keputusan keluarga kita terutama hormat keputusan aku. Aku masih dengan keputusan aku untuk kau jadi milik aku, okay?,” tutur Adam Lian tanpa rasa bersalah langsung itu membuatkan Allesya Danielle tergamam.
Adam Lian mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah bakal tunangnya itu semula.
Air mata Allesya Danielle makin laju jatuh membasahi pipinya lalu tangan kanannya mengepal geram kerana dia tidak mampu membuat apa-apa untuk mengubah fikiran Adam Lian.
“Hormat keputusan kau? Kau tak ada hak lah nak tentukan kehidupan aku!,” geram Allesya Danielle sambil dia mencampakkan bantalnya ke lantai.
Cuba dikawal api kemarahannya itu.
Ya Allah.
Sekali lagi, entah ke berapa kali air matanya jatuh mengalir membasahi pipinya.
ALLESYA Danielle segera menyarungkan seliparnya dan berlari keluar dari perkarangan perumahan. Dia nekad mahu mengugut keluarganya dan terutama Adam Lian agar membatalkan pertunangan yang bakal berlangsung dua hari lagi.
“Ya Allah, Danielle! Kamu nak kemana?!,” teriak khuatir Puan Intan, ibu tirinya yang berada di muka pintu rumah itu. Dipandang langit malam yang sudah beberapa kali menyambar petir dan guruh.
Allesya Danielle melajukan lariannya apabila mendengar teriakan ibu tirinya itu. Diendahkan langsung petir dan guruh yang kedengaran di dada langit itu.
Puan Intan yang benar-benar khuatir itu segera kembali masuk ke dalam rumah dan mencapai telefonnya itu. Segera nombor yang dicari adalah Adam Lian dan mula membuat panggilan.
“Ya Allah, Adam!,”
Allesya Danielle yang berlari perlahan itu sering memalingkan pandangan ke belakang agar tiada yang dapat mengikutinya.
Namun, tanpa disedari dia melanggar seseorang yang membuatkannya hampir terjelopok jatuh ke jalan tar.
Segera tubuh tinggi lampainya itu disambut dan dibawa terus ke dada lelaki itu. Allesya Danielle yang agak takut itu terus mengangkat pandangannya memandang ke arah lelaki itu.
“Are you okay?,” soalnya ingin tahu.
Allesya Danielle yang tidak mahu menjawab itu segera melepaskan pelukan lelaki itu dan meminta maaf lalu terus mengatur langkah laju.
Lelaki itu mengerutkan dahinya seribu.
ALLESYA Danielle yang berada di tepi tebing curam itu cuba mengatur pernafasannya yang agak sesak itu.
Niatnya bukan untuk membunuh diri namun hanya untuk mengugut Adam Lian, dia pasti Adam Lian akan menemuinya disini kerana itu merupakan tempat kebiasaan mereka berdua 'lepak' setelah hari persekolahan dahulu.
Diangkat pandangannya ke dada langit yang mula menurunkan air hujan dan membasahi seluruh tubuhnya.
Dia tidak mahu beranjak sedikitpun sehinggalah Adam Lian menemuinya.
“Danielle!,” teriak Adam Lian itu membuatkan Allesya Danielle segera memalingkan wajah dan tubuhnya ke belakang memandang ke arah Adam Lian yang berlari menghampirinya.
“Stop, Adam! Jangan datang dekat!,” amaran tegas oleh Allesya Danielle itu membuatkan langkah Adam Lian terhenti.
“Apa bende yang kau nak buat ni, Danielle? Kau jangan buat gila boleh tak?,” geram Adam Lian dibuatnya melayan karenah Allesya Danielle itu diaturkan juga langkahnya ke hadapan.
Dan, langkah Adam Lian sekali lagi terhenti apabila Allesya Danielle dengan beraninya mengundurkan langkah ke belakang.
“Aku dah kata dengan kau jangan datang dekat! Aku tak peduli apa-apa pun jadi dekat aku yang aku peduli aku nak kau batalkan hasrat kau! Aku tak nak bertunang dengan kau! Tolonglah..,” rayu tegas Allesya Danielle sambil air matanya membasahi pipinya entah ke beberapa kali.
Adam Lian melepaskan keluhan beratnya.
“Aku tak faham lah dengan kau ni sebenarnya? Apa kurangnya aku sampai kau tak nak bertunang dengan aku? Kita dah kawan lama lah, Danielle..,”
“Sebab kita kawan dah lama lah aku tak nak! Aku anggap kau sebagai kawan aku je, Adam. Tak lebih dan tak kurang. Tolonglah, aku merayu dekat kau. Aku tak nak pertunangan ni berlangsung. Tolonglah,” rayu Allesya Danielle sungguh-sungguh.
Dibalas pandangan Adam Lian itu sekurang-kurang fahami situasinya.
“Aku tetap dengan keputusan aku, Danielle. Aku harap kau faham..,”
“Tak! Yang aku tak faham sekarang ni kau! Kau ada tak cuba faham apa yang aku rasa sekarang? Aku tak nak bertunang dengan kau, apa yang payah sangat kau nak faham?,” bentak Allesya Danielle geram.
Dia tidak mengerti apa yang difikirkan oleh Adam Lian sekarang, aku tak peduli apa-apa pun berlaku aku tetap tak nak bertunang dengan kau!
Adam Lian yang malas ingin bertekak itu terus berlari mendapatkan tangan kanan Allesya Danielle dan ditarik jauh dari tebing itu yang membuatkan Allesya Danielle terjerit kecil.
“Lepaskan aku, Adam! Lepaskan lah!,” ronta Allesya Danielle sambil cuba melepaskan genggaman Adam Lian itu secara kasar namun sedikitpun genggaman itu tidak longgar.
“Kau balik lah sekarang! Kau jangan macam budak-budak lah, Danielle!,” Diperkuatkan tempelaknya agar mampu menyedarkan Allesya Danielle yang meronta-ronta untuk dilepaskan itu namun keadaannya masih sama sahaja.
“Lepaskan aku, Adam!,” geram Allesya Danielle dengan dirinya apabila dia tidak mampu melepaskan genggaman Adam Lian di pergelangan tangannya itu.
Adam Lian yang amarahnya sudah kemuncak itu terus menarik tangan Allesya Danielle mengikutinya menuruni bukit tinggi itu.
Allesya Danielle tidak putus asa dia meronta sambil cuba melepaskan genggaman Adam Lian itu dan akhirnya berjaya. Tidak berlengah, terus dia berlari entah ke mana tujuannya.
Ha, lantaklah aku tak peduli yang penting aku jauh daripada Adam. Adam Lian merengus geram.
“Danielle!,” Adam Lian mengejar Allesya Danielle yang berlari laju ke hadapan itu. Allesya Danielle menghentikan lariannya seketika dipandang sekelilingnya, dia tidak mahu lari kemana lagi.
Dia buntu, kalau dia berlari ke hadapan lagi dia khuatir jika hutan makin lebat menandakan dia sudah jauh ke dalam.
Dengan keadaan hujan lebat dan di waktu malam itu benar-benar menakutkannya untuk berlari masuk lebih dalam.
Suara teriakan Adam Lian juga sayup-sayup kedengaran dari jauh. Allesya Danielle panik dan terus ingin meneruskan lariannya namun tubuhnya ditarik cepat berlindung di balik pohon.
Allesya Danielle hanya mampu memejamkan matanya rapat gusar jika yang menariknya adalah makhluk ghaib yang menakutkan dirinya.
Malah, tubuhnya benar-benar dipeluk erat ke dada dan bibirnya ditekup yang membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
Manusia?
Dia tidak tahu!
“Danielle?!,” teriakan Adam Lian itu kedengaran itu menandakan dia berada berdekatan di kawasan itu. Allesya Danielle mengeratkan pelukannya ke dada yang agak sasa itu. Dia tidak mahu Adam Lian menemuinya.
“Mana pula dia pergi ni?! Menyusahkan aku betul lah!,” rungut Adam Lian itu kedengaran.
Adam Lian yang mula rasa seram sejuk itu terus berlari meninggalkan kawasan itu.
Allesya Danielle yang mendengar derapan larian Adam Lian meninggalkan kawasan itu lekas dilepaskan keluhan leganya sambil membuka kedua-dua matanya.
Dengan keadaannya masih berpelukan itu dia dapat merasakan degupan jantung laju di dada lelaki itu.
Manusia?
Terus dia mengangkat pandangannya ke atas membalas pandangan lelaki itu. Allesya Danielle mengerutkan dahinya, bukankah lelaki ni yang aku terlanggar di jalan tadi?
“Are you okay, miss?,” soalnya lembut sambil melepaskan pelukan itu perlahan-lahan. Allesya Danielle hanya menganggukkan kepalanya.
DUA HARI KEMUDIAN…
Inilah takdir yang kau perlu terima, Allesya Danielle. Walaupun kau cuba jauh darinya, tetap majlis pertunangan ini berlangsung tanpa kerelaan kau sendiri.
Siapa peduli dengan kerelaan kau?
Tiada sesiapa peduli, Allesya Danielle.
Kini, Puan Maryam sudah berada disebelahnya. Wajah sahabat baik arwah ibunya itu benar-benar kelihatan teruja yang menambahkan lagi kecantikan diwajah setanding kecantikan seperti arwah ibunya.
Puan Maryam mengukirkan senyumannya tika membalas pandangan Allesya Danielle itu. Dengan terpaksa, Allesya Danielle membalas senyuman itu.
“Cantiknya kamu, Danielle macam arwah ibu kamu,” beritahunya agak sebak namun dilindungi dengan senyuman manisnya itu.
Allesya Danielle hanya mendiamkan diri tidak menjawab dan tidak pula tersengih malu apabila dipuji. Pujian itu sedikitpun tidak mengubah apa yang berlaku pada dirinya sekarang. Itulah kenyataannya.
Puan Maryam mula meminta Allesya Danielle menghulurkan tangan kanan.
Allesya Danielle hanya mampu menurut dan memandang sayu cincin yang bertakhta berlian putih disarungkan ke jari manisnya itu.
Cincin itu kelihatan cantik tersarung di jari manisnya namun tidak sedikitpun mengembirakan hatinya yang sedang terluka demi menjaga dan menghormati keputusan keluarga dan Adam Lian?
Dia mula mengucup tangan kanan Puan Maryam itu.
Allesya Danielle tidak menyangka inilah takdir yang tertulis untuknya.
Seusai itu, Puan Maryam menarik tubuh tinggi lampai Allesya Danielle rapat ke dalam pelukan. Allesya Danielle hanya membiarkan.
“Danielle, Aunty tahu kamu tak nak teruskan majlis ni, tapi aunty terpaksa untuk seketika je sayang dan insha allah, aunty cuba bantu kamu. Aunty nak kamu bahagia dan buat yang terbaik untuk kamu. Aunty janji,” bisik Puan Maryam di telinganya itu benar-benar membuatkan Allesya Danielle terkejut.
Dia tidak menyangka.
Terus dilepaskan pelukan itu lalu membalas pandangan Puan Maryam itu yang menangis terharu sambil mengukirkan senyuman manis.
“Be patient,” Puan Maryam menggosok perlahan lengan Allesya Danielle itu tanda memberikan kekuatan dan kesabaran.
Dia tahu, Allesya Danielle tidak mahu bertunang dengan anaknya, Adam Lian dan dia melakukan semua ini hanya untuk menuruti kemahuan anaknya namun hanya untuk seketika.
Dia tahu wanita sebaik dan secantik akhlak dan rupa di hadapannya itu layak mendapatkan lelaki yang terbaik dalam hidup bukannya seperti anaknya itu, Adam Lian.
Bukan untuk memperburukkan perihal anaknya namun dia amat mengenali sikap anaknya itu yang masih belum matang dan agak panas baran itu masih belum sesuai berumah tangga.
Allesya Danielle sekali lagi memeluk tubuh Puan Maryam itu seerat-eratnya seperti dia memeluk arwah ibunya yang selalu memahami dan mengasihaninya.
Air matanya mengalir membasahi pipinya dia terlalu terharu di hari pertunangannya itu.
Adam Lian yang berada di sudut rumah itu tersenyum melihat kemesraan Puan Maryam dengan bakal isterinya, Allesya Danielle itu dari jauh.
Dia akan pastikan, Allesya Danielle hanya mampu dimiliki olehnya buktinya sudah beberapa kali Allesya Danielle cuba menolak dan cuba melarikan diri tetap sahaja seperti hari ini takdir mereka ditetapkan.
Allesya Danielle menjadi tunangnya.
“Ya Allah, abang! Kenapa ni?!,” gusar Puan Intan terkejut dan berlari mendapatkan suaminya yang berada di kerusi roda itu. Allesya Danielle segera melepaskan pelukan dan memandang ke arah ayahnya yang tidak jauh dengannya itu.
“Ya Allah, abang!,” sebak Puan Intan sambil sudah duduk melutut dihadapannya suaminya itu yang sedang berada di ambang sakaratul maut.
Ya Allah, ayah!
Allesya Danielle yang terkejut itu terus berlari mendapatkan ayahnya, Encik Emir Azman itu yang sudah dikerumuni beberapa penduduk kampung yang menghadiri majlis pertunangannya itu.
“Ayah, bawa mengucap ayah,” sebak Allesya Danielle sebaik berada bersebelahan dengan ayahnya lalu tangan kanan ayahnya digenggam kemas dibawa ke dadanya malah dibisikkan dua kalimah syahadah perlahan-lahan ke telinga ayahnya.
Encik Emir Azman berusaha mengucap dua kalimah syahadah dengan nafasnya sudah tersekat-sekat sakit ditarik nyawanya yang terasa sudah di bahagian kerongkongnya itu.
Allesya Danielle menganggukkan kepalanya apabila ayahnya berjaya mengucapkan dua kalimah syahadah itu dan perlahan-lahan genggaman ayahnya mula longgar.
Nafas Allesya Danielle menjadi sesak apabila ayahnya kini tidak bernyawa dihadapan matanya.
Ya Allah, ayah!
Allesya melepaskan tangisannya meratapi kematian ayahnya begitu juga kedengaran tangisan ibu tirinya itu.
SELEPAS talkin dibacakan dihadapan kubur ayahnya itu, Allesya Danielle menyiram air bunga di atas pusara ayahnya. Diikuti ibu tirinya dan beberapa penduduk kampung yang rapat dengan arwah ketika masih hidup di dunia.
Allesya Danielle masih tidak berhenti menangis dalam diam meratapi kematian ayahnya malah setiap kenangan bersama dengan arwah ayahnya berebut ditayangkan di mindanya.
Baru beberapa hari, dia pulang ke Malaysia dan hanya mampu melihat ayahnya bertarung dengan penyakit tuanya itu.
Ayah.
‘Allesya perlukan ayah. Maafkan Allesya selama ni tinggalkan ayah. Allesya tak sempat nak bergurau senda dengan ayah. Hanya kenangan yang Allesya mampu ingat. Ayah,’ rintih hatinya berat melepaskan ayahnya pergi meninggalkan dirinya.
Perlahan-lahan, setapak demi setapak penduduk kampung yang menziarahi pusara ayahnya itu meninggalkan kawasan perkuburan itu termasuk ibu tirinya yang dipeluk bahu dan ditenangkan oleh seorang mak cik yang mungkin kawan rapat dengan ibu tirinya itu.
“Danielle, jom kita balik. Tak baik kau meratapi kematian arwah macam ni,” tegur Adam Lian lembut yang segak berpakaian baju melayu berona hitam yang sudah bangun berdiri.
Allesya Danielle menggelengkan kepalanya.
Dia tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya.
“Danielle, jom lah balik. Dah nak hujan tahu tak? Balik jelah,” tegas Adam Lian sambil membuka songkok hitamnya itu.
Allesya Danielle mengangkat pandangannya ke atas dan membalas pandangan Adam Lian itu.
“Adam, please,” rayu Allesya Danielle lemah dan sebak.
Adam Lian melepaskan keluhan beratnya.
“Okay, fine. Aku tunggu kau dalam kereta tapi jangan lambat sangat aku nak balik KL sebelum malam,” Adam Lian hanya akur apa yang dipinta Allesya Danielle.
Allesya Danielle tersenyum nipis dan hanya membiarkan langkah Adam Lian meninggalkan kawasan perkuburan. Dipandang kembali pusara arwah ayahnya itu.
Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya kembali.
Guruh di dada langit mula kedengaran dan angin yang bertiup agak kencang itu diendahkan oleh Allesya Danielle.
Dia hanya mengingati kenangan manis dirinya bersama dengan ayah dan ibunya dahulu di saat mereka sangat bahagia walaupun hidup bersederhana di kampung.
“Ayah,” panggil Allesya Danielle sebak dan melepaskan tangisannya. Dia tidak boleh berhenti menangis dia tidak tahu mengapa sejak kebelakangan dia asyik berendam dengan air mata ditambahi pula dengan kematian ayahnya di hari majlis pertunangannya.
Ya Allah.
Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah.
Air hujan mula membasahi bumi sekaligus membasahi baju kurung yang dipakai oleh Allesya Danielle namun hanya seketika apabila tubuhnya yang masih duduk diatas hamparan tikar dilindungi sebuah payung.
Allesya Danielle mengangkat pandangannya ke atas melihat gerangan yang memayunginya. Disangka Adam namun bukan. Lelaki yang pernah menyelamatkannya ketika di hutan tempoh hari.
“Jack?,” Allesya Danielle bangun berdiri sambil membalas pandangan Christian Jack itu.
"Tak baiklah kalau you menatap kematian ayah awak macam ni sebab nampak awak tak redha dengan apa yang Tuhan dah tuliskan untuk awak. Awak kena redha dengan pemergian ayah awak," pesan Christian Jack lembut itu membuatkan Allesya Danielle terdiam.
Benar sungguh apa yang diperkatakan oleh Christian Jack itu. Dia sepatutnya redha dengan ketentuan tuhan bukannya meratap seperti ni.
Allesya Danielle cuba memandang sekeliling gusar jika Adam Lian melihat kemunculan Jack bersamanya.
“There’s no one around us..,” tegur Christian Jack membuatkan Allesya Danielle menoleh ke arahnya semula dan membalas pandangannya.
“Tapi, Adam dah tunggu saya dalam kereta,” beritahu Allesya Danielle polos.
"Dia dah balik dah pun tinggalkan awak sebab saya usik sikit je tadi pastu kelam kabut dia balik," selamba Jack memberitahu terus tergelak kecil Allesya Danielle dibuatnya.
Jack yang masih memayungi Allesya Danielle itu hanya mampu tersenyum apabila dia berjaya membuatkan wanita dihadapannya tertawa.
ADAM Lian segera melangkah keluar dari perut keretanya dan berjalan laju masuk ke dalam rumahnya.
Puan Maryam yang baru melangkah keluar dari ruang dapurnya itu terus mengerutkan dahinya melihat kekalutan anaknya itu mendaki tangga menuju ke tingkat atas.
“Adam? Kenapa ni?,” soalnya gusar sambil menghampiri anak tangga. Adam Lian menghentikan langkahnya yang sudah berada di tingkat atas itu. Dibalas pandangan Puan Maryam yang berada di tingkat bawah itu.
“Tak ada apa-apa, ma. Adam okay je,” beritahu Adam Lian menyembunyikan rasa seram sejuknya di tanah perkuburan tadi. Tidak pernah kejadian seperti tadi terjadi kepadanya.
“Adam dah hantar Danielle ke rumah dia ke?,” soal Puan Maryam ingin tahu. Tersentak dan terdiam sekejap Adam Lian dibuatnya, dia lupa bahawa Allesya Danielle masih di kawasan perkuburan.
Macam mana aku boleh lupa dia ni?
Aduhai…
“Adam, kamu dengar tak apa mama tanya ni?,” soal sekali lagi Puan Maryam membuatkan Adam Lian kembali sedar dari lamunannya.
Terus dibalas kembali pandangan Puan Maryam itu.
“Dah ma, Adam dah hantar dia. Mama jangan risaulah. Adam nak mandi kejap terkena air hujan tadi nanti demam pulak,” dalih Adam Lian lalu terus masuk ke dalam biliknya.
Puan Maryam yang berada di tingkat bawah itu hanya mengangguk kecil.
Next chapter pada hari Rabu pulak tau. Rifi hargai sangat2 yang sudi baca karya Rifi ni tau termasuklah silent reader jugak! Thank you guys!
Share this novel
best terukkkk
adam ni kenapa? kan allesya dah kata tak nak dipaksa-paksa! Annoying! Bestlah rifi! keep it up!
macam biasalah karya daripada Rifi memang best!! Boekkk!