Sharifah Soffiyya yang dari tadi mendiamkan diri dan tidak mencelah sedikitpun perbualan keluarganya itu ditegur oleh mak cik saudaranya, Puan Sharifah Ida. Terus terangkat wajah Soffiyya membalas pandangan Puan Ida.
“Cantik betul lah anak buah Ida ni,” pujinya dalam berbahasa Arab.
Soffiyya mengukirkan senyumannya di sebalik cadar purdahnya itu.
“Haza min fadli rab. Syukran, aunty,” Soffiyya berterima kasih lembut.
Uminya, Sharifah Qhalidah itu juga mengukirkan senyumannya apabila mendengar ucapan anaknya yang cukup merendah diri.
“Maaf kalau aunty bertanya, Soffiyya sudah berpunya?,” soal Puan Ida ingin tahu. Dah agak dah kalau berjumpa je dengan mak cik saudaranya ini pasti soalan seperti itu yang sering ditanya.
Mendengar itu hanya membuatkan Soffiyya menggelengkan kepalanya.
“Belum, aunty,”
“Baguslah kalau macam tu,” lekas Puan Ida menjawab senang. Bagus? Apa yang bagus? Soffiyya bingung.
Terus Puan Ida kembali bersuara sambil memandang adiknya, Sharifah Qhalidah.
“Qhalidah, akak ada sorang kawan. Kebetulan kawan akak ni minta tolong carikan anak lelaki dia ni calon. So why not kita kenalkan Soffiyya pada kawan akak?,” cadang Puan Ida yang sudah tersenyum sampai ke telinga.
What? Aku salah dengar ke?
Soffiyya sudah menjadi tidak selesa dengan situasi sekarang. Dah kenapa aku pula jadi isi utama perbualan ni?
“Qhalidah okay je, kak. Tapi, kalau boleh kita tanya Soffiyya dulu,” jawab Sharifah Qhalidah tenang sambil dia memandang sekejap anaknya yang berada di sebelah.
Soffiyya lega.
“Ha macam mana, Soffiyya? Kamu nak?,” cepat sahaja Puan Ida menyoal Soffiyya.
Soffiyya diam.
“Ha kalau dah diam, tanda setuju lah tu. Nanti aunty bagi nombor telefon kamu dekat kawan aunty and she will call you. Jangan tak jawab call pula, kamu kena jaga air muka aunty,” pesan lembut Puan Ida tapi kelihatan seperti mendesak.
Segera telefonnya dicapai dan menghantar nombor Soffiyya kepada kawannya.
Soffiyya yang mendengar itu sedikit tidak puas hati. Sebaiklah dia pakai purdah, tak adalah mak cik saudaranya itu melihat air mukanya yang sudah berubah.
Suka hati je nak jodohkan orang, aku dah ada pilihan hati sendirilah! Cuma…Haih.
Soffiyya melepaskan keluhan perlahan.
SHAH Hazwan yang menghentikan keretanya dan terus menurunkan cermin keretanya. Terus sebuah fail yang mengandungi data kewangan itu bertukar tangan.
Shah serahkan kepada wanita itu semula.
“Pastikan kau letak balik tempatnya,” pesan Shah agak tegas.
“Baik, Tuan Shah,” akur wanita itu.
“Dah masuk office semula, pastikan semua tak nampak pertemuan kita ni,” sekali lagi Shah berpesan.
Wanita itu hanya akur lalu cepat kakinya melangkah masuk semula ke dalam syarikat Megat Trading.
Shah mengukirkan senyumannya.
“Not bad,” ujarnya lembut lalu terus keretanya itu digerak masuk ke dalam parkir kereta khas untuk ‘Vice President of Megat Trading’.
Disebelahnya terdapat parkir kereta untuk adiknya, Danish namun dikosongkan kerana adiknya itu menggunakan khidmat pembantu peribadi iaitu Jack.
Shah tahu, Jack merupakan orang kanan bagi Danish. Sudah bertahun-tahun, Jack masih setia bersama dengan majikannya itu. Bukan dia tidak tahu, Jack juga seorang pengusaha bagi syarikat agak besar namun tidak pasti jenis perniagaan yang dijalankan.
Lantaklah, apa dia nak buat.
Shah terus melangkah keluar dari perut kereta lalu kembali masuk ke dalam pejabat.
“AWAK pasti ke awak dah cari betul-betul?,” soal Danish lembut sambil mereka berdua sudah melangkah keluar dari kotak lif.
“Ya, saya dah cari betul-betul dah,” jawab Allesya jujur sambil kakinya mengikuti langkah Danish yang cepat diatur menghampiri bilik pejabatnya.
Para pekerjanya yang berada di tingkat 10 itu terus bangun berdiri bagi menghormati kehadiran Danish sebagai majikan mereka.
Pintu bilik pejabat isterinya itu dikuak dan melangkah masuk ke dalam diikuti Allesya di belakang. Danish segera memeriksa dokumen yang berada di atas meja isterinya itu.
Terhenti pemeriksaan Danish dibuatnya apabila hanya dengan beberapa selakkan sahaja, dia sudah menemui data kewangan syarikat yang dilaporkan hilang tadi.
“Ni apa?,” soal Danish agak bengang.
Allesya terkejut.
Pahal pulak tetiba ada ni?
“Tadi..,”
“Ni yang awak kata awak cari betul-betul?,” soal Danish yang sudah tidak berpuas hati sambil fail data kewangan itu dihempas ke atas meja cukup membuatkan Allesya tersentak kecil.
Danish marah aku ke?
“Tengoklah atas meja ni, berlambak kertas tak tersusun. Macam ni ke awak bekerja, Allesya?,” soal tegas Danish sambil sudah bercekak pinggang dengan sebelah tangan. Wajah isterinya itu dipandang tajam.
“Tak tadikan saya kalut nak cari data tu,” jawab Allesya jujur sambil menahan sebak.
Sumpah, rasa nak menangis je sekarang ni.
“Haih… You know what, you really waste my time. Saya banyak lagi lah perkara yang nak buat. Jangan cuai sangat boleh? Kalau rasa tak boleh nak buat kerja macam ni lagi and tahu diri tu lembab sangat, resign je senang. Tak adalah menyusahkan orang,” Danish tegas meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“Saya tahu awak nak sikap professional kat sini, tapi sekurang-kurangnya tak perlu lah hina saya sampai macam tu sekali!,” giliran Allesya pula meluahkan rasa tidak puas hatinya itu sambil air matanya sudah jatuh mengalir membasahi pipinya.
Danish terdiam.
“Awak fikir saya saja-saja naik atas untuk panggil awak semata-mata nak bagi awak tengok data tu atas meja saya? Lepas ni, kalau saya ada masalah atau apa-apa ke biar saya cari orang lain, tak pun macam awak cakap tadi better saya resign je,” bentak Allesya geram diselangi dengan tangisannya lalu kakinya diatur melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
“Allesya!,” panggil Danish kuat namun dihiraukan oleh Allesya. Sedikitpun Allesya tidak berhenti malah kaki cepat mengatur keluar.
Danish terus melepaskan keluhan beratnya.
“Mengada betul lah perempuan tu entah-entah saja nak cari attention Tuan Danish,” luah Liza menyampah sebaik mendengar dan melihat situasi di dalam bilik pejabat itu.
Lya dan Firash yang mendengar itu terus memandang pekerja baharu itu.
“Kenapa, Liza? Salah eh isteri nak dapatkan attention suami sendiri?,” cepat sahaja Lya menyoal sinis. Liza yang mendengar itu mengerutkan dahinya.
“Dah kenapa tetiba cerita pasal suami isteri pulak ni?,” soal Liza hairan.
“You ni memang lembab eh ke saja pura-pura tak tahu?,” soal Firash menyampah. Lya yang malas ingin bercerita panjang itu terus mengatur langkah pergi kerana dia ingin memujuk Allesya yang berada di ruangan tandas.
“Lain kali sebelum masuk kerja sini, ambil lah berat sikit siapa isteri Tuan Danish. Tak adalah mulut tu sesuka hati je nak cakap itu nak cakap ini,” pesan Firash agak tegas. Liza yang mendengar itu masih tidak mengerti.
“Apa you cakap ni? Tetiba masuk bab isteri Tuan Danish pulak!,”
“Eh you ni kan! Memang tak faham lagi ke apa?!,” boleh naik bengang Firash dibuatnya apabila melayan pelbagai soalan pekerja baru itu.
“Puan Allesya Danielle tu isteri Tuan Danish yang sah di sisi undang-undang Islam. Ha ambik kau. Tu pun susah lagi ke nak faham. Dah lah malas nak layan orang lembab macam you ni!,” Firash terus mengangkat kaki menuju ke meja pejabatnya.
Liza yang mendengar itu benar-benar terkejut.
“FIKIR aku saja-saja ke kelam kabut panggil dia dari tingkat 13 tu! Pastu dah jumpa, boleh pulak dia nak hina aku macam tu. Aku tahulah dia boss aku sendiri tapi bila fikir dia tu suami aku, sakit tau hati aku ni. Macam kena siat-siat,” luah Allesya sambil diselangi dengan tangisannya.
Entah sudah berapa helai tisu tandas dia gunakan untuk mengelap air matanya. Lya yang mendengar itu hanya menggosok tubuh belakang isteri majikannya itu.
“Nanti kau balik rumah, kau sambunglah merajuk kau dengan dia tu. Baru dia sedar yang dia tu dah hina isteri dia sendiri depan staf. Dahlah, tak yah kau menangis lagi,” pujuk Lya penuh dengan kesabaran.
Allesya memandang dirinya melalui pantulan cermin tandas itu.
“Yang aku pelik sekarang ni, macam mana fail data tu ada atas meja kau? Sedangkan aku dengan kau dah cari elok-elok tadi, tetiba bila suami kau cari ada pulak fail data tu?,” Lya menyoal kehairanan.
Allesya yang cuba meredakan tangisannya itu terus memandang Lya.
“HAIH… You know what, you really waste my time. Saya banyak lagi lah perkara yang nak buat. Jangan cuai sangat boleh? Kalau rasa tak boleh nak buat kerja macam ni lagi and tahu diri tu lembab sangat, resign je senang. Tak adalah menyusahkan orang,” Danish tegas meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“Saya tahu awak nak sikap professional kat sini, tapi sekurang-kurangnya tak perlu lah hina saya sampai macam tu sekali!,” giliran Allesya pula meluahkan rasa tidak puas hatinya itu sambil air matanya sudah jatuh mengalir membasahi pipinya.
Danish terdiam.
“Awak fikir saya saja-saja naik atas untuk panggil awak semata-mata nak bagi awak tengok data tu atas meja saya? Lepas ni, kalau saya ada masalah atau apa-apa ke biar saya cari orang lain, tak pun macam awak cakap tadi better saya resign je,” bentak Allesya geram diselangi dengan tangisannya lalu kakinya diatur melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
Danish yang masih memikirkan tentang hal itu terus berdecit perlahan. Baru Danish sedari ternyata berurusan dengan isterinya itu lebih sulit berbanding urusan di pejabat.
Dia sendiri bingung bagaimana caranya untuk dia memujuk isterinya itu nanti.
“Allesya…Allesya,” Danish menggelengkan kepalanya sekejap lalu dia berpaling ke hadapan semula dan ditarik kerusi pejabat jenis kulit highback itu dan duduk di atasnya.
Alat tetikus komputernya itu disentuh, dia ingin memeriksa rakaman CCTV yang dipasang di dalam bilik pejabat isterinya.
Tekun dia memerhati rakaman itu dan dia terkejut apabila melihat seorang yang sangat dia kenali itu sedang menyelongkar bilik pejabat isterinya.
Jelas, wanita di dalam rakaman itu mengambil fail data kewangan dan dibawa keluar. Jadi benarlah yang dikatakan oleh isterinya bahawa data kewangan itu hilang.
Kini rakaman itu memutarkan isterinya sudah kembali masuk ke dalam bilik dan kelam kabut mencari data kewangan itu bersama dengan Lya.
Dalam rakaman itu jelas kelihatan Lya menyuruh Allesya untuk memanggil Danish dan isterinya itu sedikit pun tidak membantah. Setelah itu, Lya keluar dari bilik itu.
Danish mengerutkan dahinya. Jadi kenapa tadi fail data kewangan itu boleh berada di atas meja?
Dia menongkat rahang pipinya sambil matanya tidak lepas memandang rakaman itu. Agak terkejut Danish dibuatnya apabila melihat Lya kembali masuk ke dalam bilik pejabat isterinya semula dengan sebuah fail data kewangan yang dicari tadi.
Jelas, Lya dengan berhati-hati meletakkan fail itu di atas meja dengan disembunyikan dengan beberapa kertas di atas fail agar kelihatan tertutup.
Danish seperti tidak percaya. Lya sudah bekerja di bawah pentadbirannya sudah lama, sejak bila Lya boleh jadi macam ni?
Lagipun untuk apa Lya mengambil data kewangan itu sedangkan Lya sedikitpun tidak tahu mengenai bab kewangan syarikat.
Profesion Lya adalah pengurusan projek bukannya kewangan. Danish hairan dan tertanya-tanya Lya melakukan itu atas arahan siapa?
Setelah beberapa saat memikirkan, Danish tergelak kecil.
“AWAK dulu study dekat Universiti Umm Al Qura ke?,” soal lelaki yang segak berbaju kemeja putih yang duduk berhadapan dengan Soffiyya. Soffiyya yang dari tadi tidak berhenti mengacau jus tembikai dengan straw itu terus mengangkat pandangan.
“Ha ah dengan kawan baik saya,” ringkas sahaja jawapan Soffiyya. Dia tidak mahu menjawab lebih-lebih nanti dikatakan perempuan yang banyak bercakap.
Dahlah ni pertemuan kali pertama.
Ya, lelaki di hadapan Soffiyya adalah lelaki yang dikenalkan oleh mak cik saudaranya, Puan Ida.
Cepatkan kami berjumpa?
Soffiyya pun terkejut apabila Puan Ida memberitahu lelaki itu ingin berjumpa dengannya pada hari ini.
“Confirm bestkan?,” soalnya.
“Best,” sepatah Soffiyya menjawab.
Dia tahu lelaki di hadapannya itu ingin menghilangkan rasa kekok di antara mereka. Tapi masalahnya kalau lelaki ni handsome tak apalah boleh lah Soffiyya layan. Ni…
Hauk…
Tak, sebenarnya handsome je cuma tak kena dengan taste Soffiyya. Maaflah diri ini sangat memilih.
Pertemuan ini cuma sekejap dan Soffiyya akan pastikan lelaki ni tak akan sukakan padanya hanya dengan pertemuan pertama kali.
“Dah lama ke awak pakai purdah?,” soalnya lagi.
“Almost 7 years…,”
Lelaki itu hanya mengganguk kecil dan diam kembali. Soffiyya pasti lelaki itu sedang memikirkan soalan lain.
Jauh di sudut hatinya, Soffiyya berasa kasihan.
“Confirm awak fikir yang saya ni membosankan, betul tak?,” soal Soffiyya.
“Eh tak lah, biasalah ni kan pertemuan kita kali pertama so situasi kekok macam ni it’s normal,” jawab lelaki itu tenang. Soffiyya yang mendengar itu ternganga kecil.
Tidak menyangka dia akan menerima jawapan matang seperti itu. Habislah aku…Cara apalagi aku nak gunakan supaya lepas ni tak ada pertemuan lain antara kami?
Soffiyya bingung.
“Akak Soffiyya?,” tegur seseorang yang membuatkan Soffiyya cepat mengangkat pandangannya ke atas.
Areesya? Adam?
Cepat Soffiyya bangun berdiri. Begitu juga dengan lelaki dihadapannya.
“Areesya..,” gugup Soffiyya dibuatnya apabila bertentang mata dengan Adam.
“Buat apa dekat sini?,” entah soalan apa yang Soffiyya tanyakan, dia sendiri tidak pasti. Areesya yang mendengar itu terus menjawab dengan sengihan kecil.
“Nak makan kejap sebab Areesya ada driving test dengan abang Adam,” jawab Areesya agak riang. Soffiyya mendengar itu hanya menggangguk kecil.
“Siapa ni? Boyfriend akak eh?,” cepat Areesya soal ingin tahu. Terangkat kening Soffiyya mendengar pertanyaan itu.
Boyfriend?
Terus Soffiyya memandang lelaki di hadapannya itu.
“I’m Harraz, tunang Soffiyya,” terkejut Soffiyya mendengar lelaki dihadapannya itu memperkenalkan dirinya di hadapan Adam dan Areesya.
“Tunang?,” terangkat kening kiri Adam mendengar itu.
“Eh bukan..,” cepat Soffiyya ingin menafikan.
“Insha allah, majlis kami berlangsung hujung tahun ni,” jawab lelaki itu lagi.
“Apa awak ni?,” cepat Soffiyya mencerlung tajam ke lelaki dihadapannya itu. Adam dan Areesya yang melihat itu hanya diam kehairanan.
“Tak apalah, Areesya. Akak balik dulu,” pamit Soffiyya
sebaik mencapai beg tangannya lalu terus mengatur langkah pergi.
Harraz yang melihat itu turut meminta izin dan mengikuti langkah Soffiyya yang sudah keluar dari restoran.
“Mungkin diorang gaduh kot..,” teka Areesya yang melihat kejadian itu. Adam yang dari tadi melihat pintu keluar masuk restoran itu terus memandang Areesya.
Adam dapat rasakan mereka berdua itu baru pertama kali berjumpa namun… Entahlah.
“Tapi diorang nampak sesuai kan abang?,” soal Areesya tersenyum.
“Mana ada sikit pun tak nampak. Lainlah kalau dengan abang, tak payah bayangkan pun confirm lagi sesuai,” yakin Adam mengatakan itu.
Areesya yang mendengar itu mencebik kecil. Geli dengar!
“Tolong lah, abang. Akak Soffiyya tu dah berpunya,” sengaja Areesya ingin mengingatkan. Adam yang mendengar itu terus menjeling adiknya itu lalu terus mengatur langkah ke arah meja makan yang terletak di hujung.
Areesya hanya mengikuti.
Diluar restoran, Soffiyya terus berpaling ke belakang apabila dari tadi lelaki itu tidak berhenti memanggil namanya supaya berhenti.
“Awak marahkan saya ke?,” soal Harraz ingin tahu.
Soffiyya diam sekejap.
“Awak ni memang tak tahu malu ke apa?,” soal Soffiyya menyampah.
“Saya serius nak jadikan awak isteri saya. Lagipun parents kita..,”
“Harraz stoplah, geli tahu tak saya dengar. Saya tak suka awak, apalagi awak tak faham bahasa ni?,” geram Soffiyya dibuatnya.
Harraz yang mendengar itu terdiam sekejap. Jujur, dia jatuh cinta pada Soffiyya hanya dengan pandangan yang pertama.
“Okay, kalau begitu. Saya takkan paksa awak cuma sekurang-kurangnya boleh saya hantar awak balik?,” lembut sahaja Harraz mempelawa.
Soffiyya yang masih tidak berpuas hati itu hanya diam sekejap apabila mendengar pelawaan Harraz itu.
MESYUARAT yang diadakan di dalam bilik mesyuarat di tingkat 10 itu akhirnya diselesaikan pada jam 4 petang. Beberapa staf yang terlibat dalam mesyuarat itu satu persatu meninggalkan bilik itu dan hanya meninggalkan Shah dan Allesya berdua-duaan.
Allesya yang masih sibuk dengan beberapa dokumen itu terus diperhati oleh Shah yang sudah bangun berdiri tanda dia juga ingin melangkah pergi.
“Allesya,” panggil Shah.
“Apa?,” nada diinginnya menyoal sedikitpun tidak memandang ke arah abang iparnya malah sibuk jari kanannya mencatat sesuatu.
“Tak ada apa-apalah,” tidak menjadi Shah ingin meneruskan perbualan apabila mendengar nada diingin daripada Allesya itu.
Lalu kakinya terus melangkah menuju ke pintu kaca bilik mesyuarat itu namun terhenti apabila mendengar hentakan kuat di meja.
Terkalih pandangan Shah ke arah Allesya semula yang sudah bangun berdiri dan kini sedang berjalan menghampirinya.
“Jangan fikir aku tak tahu apa yang kau cuba nak buat,” tegas Allesya sambil berpeluk tubuh. Shah yang mendengar itu tersenyum kecil.
“Of course you know that, Allesya. Jangan berpura-pura, kita dah janji untuk jatuhkan Danish sampai syarikat ni kemas dalam genggaman aku. And you, back to me,” Shah mengingatkan janji mereka sambil dia melangkah setapak ke hadapan mendekati Allesya.
Allesya yang mendengar itu tersenyum.
“Sejak bila ah? Aku tak pernah berjanji apa-apa pun pada kau. Jangan harap kau boleh dapatkan aku dan syarikat ni. I’m his wife and I will protect him as much as I can,” tegas Allesya menafikan janji itu dan mempertahankan suaminya.
“What can you do, huh?,” soal Shah menguji kemampuan Allesya.
“Kau masih tidak sedar ke, Allesya? Bagi Danish, kau sumber kenyamanan tapi kau tak boleh jadi sumber kekuatan untuk dia. Perlahan-lahan, Danish akan jatuh dalam genggaman aku walaupun aku tak pasti bila tapi aku yakin satu hari,” ujar Shah tegas agar dapat menyedarkan posisi Allesya.
Allesya diam.
“Selagi aku masih isteri dia, aku akan cuba sedaya upaya. Tapi jangan yakin sangat, Shah. Rahsia dan rancangan kau bila-bila je aku boleh bagitahu Danish and you know clearly what Danish can do after knowing all your secret?,” soal Allesya mengugut.
Shah tersenyum sinis.
“Allesya…Allesya,”
“Kau lupa? Aku juga masih ada rahsia kau. Kau nak aku bagitahu semua perkara yang berlaku pada malam tu? Malam kau bersama dengan arwah tok wan? Ke kau nak aku ceritakan balik pada kau supaya kau ingat dengan jelas?,” giliran Shah mengugut.
Allesya yang mendengar itu terdiam.
Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya begitu juga dengan air matanya yang kini sedang bertakung di tubir mata apabila mengingat kejadian malam yang berlaku pada 5 tahun lepas.
“Shah..,” Allesya tidak menyangka Shah masih menggunakan alasan itu demi mendapatkan apa yang ingin dia miliki. Jujur, itulah titik kelemahan Allesya.
Dengan memegang status isteri yang sah untuk Danish membuatkan Allesya makin tidak mahu suaminya itu tahu tentang rahsia terbesarnya itu.
Dia tahu, Danish akan makin membencinya.
Allahuakhbar.
“Aku dah berulang banyak kali ingatkan kau! Apa yang Danish miliki, aku akan pastikan aku dapat juga, kau faham tak? Jadi, just follow what I have planned!,” tegas Shah mengingatkan.
Allesya yang sudah mengalir air mata itu hanya diam tidak membalas.
Usai itu, Shah terus mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat itu dengan meninggalkan Allesya menangis seorang diri.
Share this novel