BAB 48

Romance Completed 21483

ALLESYA lekas menyelak selimut tebal yang menyelubungi dirinya apabila tekaknya mula terasa kering. Jam di dinding itu dipandang. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Lalu pandangannya dikalihkan ke arah Danish yang sudah nyenyak dibuai mimpi.

“Takkan aku nak kejut Danish semata-mata nak minta teman ambilkan air?,” bisik hati Allesya yang masih memandang raut wajah Danish.

Tapi itu yang dipesan oleh Danish memandang mereka bermalam di kediaman Tan Sri Megat Idruz.

Danish khuatir jika Allesya diganggu oleh Shah.

“Tak apalah sekejap je,” Allesya yang sudah tidak mampu menahan haus tekaknya itu terus bangun berdiri turun dari katil dan berjalan menuju ke almari.

Dicapai tudung sarungnya lalu disarung.

Kakinya mula diatur menghampiri pintu dan melangkah keluar. Sempat dia melihat ruang tingkat dua itu sudah gelap hanya samar-samar lampu dari ruang tamu.

Allesya mula menuruni tangga.

Lalu dituju ruang dapur. Cawan dicapai dan air sejuk dari coway penapis air itu dia tekan. Cepat sahaja air sejuk itu dia teguk. Tekaknya mula terasa lega.

Terus terukir senyuman di bibir Allesya.

Setelah itu, cawan itu terus dibasuh lalu diletakkan kembali di tempatnya. Terkejut Allesya dibuatnya sebaik sahaja dia berpaling, matanya bertentang dengan Shah.

Shah kini sedang berjalan menghampirinya.

Allesya pula terkaku di situ. Kakinya tidak bergerak.

“Kenapa tak tidur lagi?,” soalnya dengan suara serak basahnya.

“Err..,” lidah Allesya terkelu.

Cepat tangan Allesya naik ke kerongkongnya lalu dia jawab “Haus,”

Shah yang turut haus itu mula mencapai cawan yang digunakan oleh Allesya tadi lalu dia menuju ke coway penapis air. Allesya hanya pandang tidak berkelip.

Yelah, Shah hanya berpakaian singlet hitam jenis ‘tank top cover shoulder singlet casual plain’ dengan seluar hitam panjang. Tak termasuk lagi dengan lengan sasa Shah.

Mana-mana perempuan akan seperti Allesya, pandang tak berkelip. Astagfirullah. Cepat-cepat Allesya beristigfar sambil dikalihkan pandangannya ke tepi.

“Err… Aku… Masuk tidur dulu,” pamit Allesya sambil kakinya itu ingin melangkah pergi tapi terhenti apabila Shah bersuara.

“Kejap,” Shah kini mula mengatur langkah menghampiri Allesya yang sedikitpun tidak ingin berpaling memandang wajahnya.

Allesya hanya menunggu dan diam.

“Kenapa nak guna bahasa ‘aku kau’? Don’t you still remember I’m still your elder brother in-law?,” agak tegas Shah menegur Allesya.

Allesya diam. Tak tahu nak jawab apa.

Shah yang berada di belakang Allesya itu hanya menunggu untuk Allesya bersuara. Namun, Allesya hanya diam membuatkan Shah sedikit tidak berpuas hati.

Terus bahu Allesya itu dia tarik kasar agar menghadapnya.

“Eh apa ni?!,” Allesya tidak suka. Terus dia menjauh dengan Shah.

“Where’s your respect, Allesya?,” soal Shah lagi. Tegas.

Allesya tersenyum sinis.

“You need to respect me as woman first, Tuan Shah,” balas Allesya.

Shah yang mendengar itu terus memalingkan wajahnya ke tepi dan dia hanya diam. Allesya yang tidak betah duduk berdua-duaan dengan Shah di ruang dapur itu terus mengatur langkah pergi namun sekali lagi langkahnya terhenti.

Hatinya sakit mendengar itu.

“I akan kahwin dengan Isha as what mummy want to,” beritahu Shah lembut.

“But… I will refused that’s marriage if you don’t want me to do it,”

Walaupun hatinya sakit, Allesya tersenyum kecil.

“You know what, I don’t even care with who you want to marry. It’s your life dan tak ada kena mengena dengan aku. Aku dah bahagia dan akan terus bahagia dengan Danish sampai bila-bila,” tegas Allesya menjelaskan perkara itu kepada Shah.

Shah yang mendengar itu terdiam dan matanya hanya mampu memandang langkah yang diatur oleh Allesya keluar dari ruang dapur.

Hanya dia seorang berada di dapur. Tangan kanannya digenggam tidak berpuas hati.

Tak, hatinya sakit.

Tanpa Shah sedari, air matanya yang dari tadi bertakung di tubir mata itu mula jatuh mengalir membasahi pipinya. Dia cuba menahan tangisannya namun dia tidak boleh.

Hatinya masih terasa sakit.

Jujur hati dan perasaannya sedikitpun tidak berubah. Hanya untuk Allesya. Namun, keadaan dan situasi yang memaksa mereka lalui hubungan keruh seperti ini.

“Allesya, back to me. I’m begging on you,”

“THIS is your commission for this month,” Danish terus menyerahkan sampul surat berwarna putih yang mengandungi duit berjumlah RM5000 kepada Shah.

Shah yang baru selesai mencicip kopi panas itu terus pandang sampul surat itu lalu dicapai.

“Termasuk sekali ke tak commission yang aku berjaya jual penthouse kau tu pada Tengku Hazrel?,” soal Shah sambil dia mula memeriksa jumlah wang yang berada di dalam sampul surat itu.

Danish yang mendengar itu tersenyum nipis.

“Tu tak termasuk, abangku sayang,”

Shah terkejut. “Kenapa pula?,”

“Kau lupa ke kau ada hutang dengan aku?,” soal Danish tegas.

Shah yang mendengar itu menjeling tidak berpuas hati.

“Kau tu pun berkira dengan aku..,”

“Of course! Kalau dua tiga ringgit boleh ah aku halalkan kalau dah sampai beribu-ribu siapa je tak berkira? Tu kalau daddy dapat tahu..,”

“Ahh dah dah. Aku tak nak dengar,” cepat sahaja Shah memotong. Danish kalau dah mula membebel mahu diulang-ulang apa yang diperkatakan.

Danish hanya diam sambil matanya tidak lepas memandang abangnya.

Shah yang sekali lagi ingin mencicip kopi panas itu tidak menjadi apabila matanya bertentang dengan mata Danish yang dari tadi tidak berhenti memandangnya.

Dan itu membuatkannya tidak selesa.

“Anything you want to discuss?,” soal Shah cuba menyoal.

“Banyak je sebenarnya, tapi ada dua soalan yang paling utama sekali,” Danish cuba berterus-terang dan dia tidak mahu sembunyikan lagi.

Shah menegakkan badannya.

“Apa dia?,” Shah fokus.

“Soalan yang pertama, kau ada apa-apa rancangan ke untuk jatuhkan aku?,” soal Danish ingin tahu. Shah yang mendengar soalan itu terdiam.

Tergamam, lidahnya kelu.

Matanya tidak lepas membalas pandangan adiknya.

“Aku bukan apa…Aku dah anggap kau macam abang kandung aku sendiri. Aku sayangkan kau. Jadi aku harap kau tak ada apa-apa rancangan untuk jatuhkan aku. Kau tahu kan macam mana susahnya aku bangunkan Megat Trading?,”

“Kau tahu macam mana susahnya aku untuk sembuh dari depression..,”

“That’s why aku dari dulu lagi cuba halang untuk kau kahwin dengan dia,” tegas Shah cuba mengawal amarahnya.

Danish terdiam sekejap.

“Aku tak faham dengan kau makin lama aku cuba halang untuk kau dekat dengan Allesya tapi kau degil. Kau fikir aku ada perasaan pada dia? Sedikit pun tak, Danish. Aku cuba nak buat kau benci perempuan tu tapi aku tak tahu kenapa kau..,”

Shah tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Hatinya sakit.

“I’m in love with her..,”

“Love?,” bibirnya Shah terukir senyuman sinis.

“Kau yakin ke yang perempuan tu betul-betul setia dengan kau? Kau yakin yang dia cintakan kau? Kau lupa ke Danish macam mana dia buat pada kau dulu? Kau dihina, dicaci, dibuli, dipukul sampai nyawa kau tu hampir hilang! Kau lupa ke?,” soal Shah cukup tegas.

Air mata yang sudah bertakung ditubir matanya mula jatuh mengalir membasahi pipi.

“Aku tak faham dengan kau kenapa kau hapuskan dendam kau selama ni semata-mata sebab cinta bodo kau tu?Sedangkan dia? Haih, aku kalau jadi tempat kau… Aku akan benci perempuan tu sampai bila-bila!,” naik seoktaf suara Shah lalu dia mula bangun berdiri.

Danish masih sama. Hanya diam.

ISHA yang baru melangkah keluar dari perut kereta terhenti sekejap apabila mendengar telefonnya berdering memintanya untuk menjawab. Isha tutup pintu terlebih dahulu lalu dia menjawab panggilan itu.

Tidak sempat Isha untuk melihat gerangan yang menelefonnya.

“Hello?,” jawabnya sambil kakinya berjalan menuju ke pintu rumah.

“Isha, ni abang Shah,” jawab Shah itu terus membuatkan langkah Isha terhenti.

“Isha free tak malam ni?,” Shah terus menyoal.

“Hurmm..,” lidah Isha terkelu. Shah yang masih berada di hujung sudut tingkat atas itu mengerutkan dahi. Dia dapat rasakan yang Isha tidak suka akan pertanyaannya.

“Rasanya tak kot abang..,” Isha mula jadi serba salah.

“Kalau macam tu tak apalah, lain kali sahaja. Kalau boleh abang nak jumpa Isha secepat mungkin, ada perkara yang abang nak bincang dengan Isha,” beritahu Shah tenang.

Isha yang mendengar itu hanya meneruskan langkahnya menuju ke pintu rumah.

“Insha Allah abang. Tapi Isha tak boleh janji bila,” pintu rumah dikuak.

“Okay, apa-apa nanti aba..,” terhenti tutur kata Shah apabila mendengar bunyi beberapa pecahan pinggan dan amukan seseorang dari panggilan Isha. Isha yang turut mendengar itu juga terkejut.

“Isha okay ke tak tu?,” terus Shah menyoal. Khuatir.

“Ibu!,” teriak Isha lalu cepat dia mematikan panggilan.

“Isha? Isha?,” panggil Shah sungguh khuatir.

Berkerut dahi Shah apabila baru sedari yang Isha mematikan panggilannya. Shah yang sempat mendengar teriakan Isha memanggil ‘ibu’ mula diselubungi perasaan risau. Risau jika terjadi apa-apa pada Isha.

Mungkin perompak?

Tanpa berlengah terus dia masuk ke dalam biliknya untuk mencapai kunci kereta lalu dia berlari turun ke tingkat bawah. Dia harus segera ke rumah Isha.

Allesya yang baru melangkah keluar dari bilik itu terus mengerutkan dahinya melihat kelibat Shah terkocoh-kocoh keluar dari rumah.

Namun sempat juga dia mendengar nama ‘Isha’ disebut berulang kali tadi.

SHAH lekas menghentikan keretanya apabila sudah tiba di perkarangan rumah Isha. Cepat dia melangkah keluar dari perut keretanya. Kakinya diatur menghampiri pagar rumah. Namun, dikunci.

Jari telunjuknya mula menekan loceng rumah berkali-kali.

“Isha!,” teriak Shah dari luar pagar.

Isha yang memeluk tubuh ibunya yang bergigil ketakutan itu mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang waktu macam ni?

Isha cepat memandang ayah tirinya yang kini sedang bercekak pinggang.

“Isha?!,” suara itu.

Shah? Terkejut Isha dibuatnya.

“Mangkuk mana yang duk panggil nama kau ni, Isha?! Kau sajakan minta kawan kau datang waktu macam ni?!,” dengan baran ayah tirinya itu bertanya lalu tangannya ingin naik memukul anak tirinya itu.

Namun terhenti di udara apabila Isha bersuara.

Isha cepat menggeleng. “Bukan papa..,”

“Isha?!,” sekali lagi kedengaran teriakan Shah di luar rumah.

Tidak termasuk dengan bunyi loceng rumah yang berkali-kali ditekan oleh Shah tidak berhenti. Ayah tirinya itu rimas. Cepat dia menyuruh Isha membawa Datin Sri Sophea itu naik ke tingkat atas.

Isha hanya menurut.

“Kau ingat eh, kau jangan bagitahu perkara ni pada sesiapa! Kalau tak… Kau tahukan apa akibatnya melanggar perintah aku?,” ugut ayah tirinya agak tegas.

Isha hanya mengangguk. Tidak berani untuk membuka mulut bersuara untuk membangkang.

Shah yang dari tadi meneriak nama Isha tidak berhenti itu agak terkejut apabila pintu pagar rumah tiba-tiba dibuka.

Cepat dia melangkah masuk menuju ke pintu rumah. Matanya melilau melihat kawasan perkarangan rumah.

Bersih dan kemas. Tiada tanda menunjukkan rumah itu dirompak.

Terhenti langkah Shah dibuatnya apabila melihat sosok tubuh yang agak berusia namun masih tegap melangkah keluar dari pintu rumah.

Lengan kemejanya dilipat sehingga ke siku. Mukanya agak berpeluh seperti baru melakukan sesuatu.

Itu Shah tidak pasti tapi nampak mencurigakan.

“Kau cari siapa?,” tegas sahaja ayah tiri Isha itu menyoal. Shah yang masih cuba berlagak biasa itu melangkah menghampiri pak cik itu dengan senyuman kecil.

“Err, maaf pak cik. Saya cari Isha,” terus terang Shah menjawab.

“Untuk apa kau nak jumpa anak aku?,” soalnya cukup tegas.

“Err..,”

“Abang Shah?,” tertoleh pandangan ayah tiri Isha ke belakang apabila mendengar suara anak tiri perempuannya. Isha yang membalas sekejap pandangan tajam ayah tirinya itu cepat mengalihkan pandangan ke arah Shah.

“Isha,” terukir senyuman dibibir Shah.

“Abang buat apa dekat sini?,” soal Isha sambil kakinya melangkah menghampiri Shah.

Shah yang dari tadi memerhati pak cik dihadapannya itu mula mengerutkan dahi. Ada sesuatu yang terjadi di antara mereka berdua.

Kalau tak, takkan Shah boleh dengar bunyi pinggan pecah dan suara lelaki menengking. Pasti daripada suara pak cik dihadapannya.

“Hurmm…Boleh abang jumpa Isha?,” soal Shah agak berhati-hati. Dia khuatir jika Isha menolak untuk berjumpa dengannya.

Isha yang mendengar itu terus menyelak hujung rambutnya, jelas kelihatan lembam di dahi Isha.

Shah yang melihat itu agak terkejut namun dia cuba kelihatan tenang.

Isha berdeham sekejap. “Maaf abang, Isha tak boleh untuk hari ni,” tolak Isha lembut.

“Tapi Isha..,” Shah agak tidak berpuas hati.

“Kau dengar kan apa yang anak kau cakap? Ke kau nak aku ulangkan untuk kau? Dah kau pergi balik!,” ayah tiri Isha bersuara kembali dengan nada tegasnya.

Shah yang mendengar itu hanya diam.

“Dah masuk Isha!,” arah pak cik itu lalu memeluk bahu Isha untuk masuk ke dalam. Isha yang hanya menurut itu masih menoleh ke belakang untuk membalas pandangan Shah.

Sungguh, tepat waktu sekarang dia memerlukan bantuan Shah. Shah hanya memandang.

Sebelum pintu terkunci rapat, sempat jari jemari Isha menunjukkan bahasa isyarat meminta tolong. Isyarat yang menunjukkan bahawa dia didera oleh ayah tirinya.

Shah yang dari tadi memandang itu cepat menendang pintu rumah kuat sambil dia mengeluarkan sebuah pistol.

Kerana tendangan itu cukup membuatkan pelukan bahu itu terlepas dan Isha segera tersandar di pintu rumah.

Terkejut Isha dibuatnya apabila melihat sebuah pistol tepat diacukan di wajah ayah tirinya.

Sungguh dia tidak pernah menyangka sejauh begini Shah bertindak.

Manakala ayah tirinya itu cepat mengangkat kedua belah tangan ke atas tanda menyerah diri. Shah masih tetap membalas pandangan ayah tiri Isha itu dengan pandangan cukup tajam.

ISHA yang sedang berjalan beriringan dengan Shah itu cuba melirik matanya memandang raut wajah Shah. Shah dari tadi hanya diam tidak bersuara. Mereka berdua baru sahaja selesai membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ibunya, Datin Sri Sophea sedang mendapat rawatan selanjutnya daripada para doktor.

“Abang okay?,” soal Isha teragak-agak. Melihat raut wajah Shah seperti tiada reaksi setelah mendengar soalannya membuatkan Isha hanya diam.

Sehinggalah mereka tiba di kereta, tubuh Isha terus ditarik agak kuat agar berhadapan dengan Shah.

“Sakitlah abang,” terkejut Isha dibuatnya sambil dia cuba melepaskan pegangan Shah di lengannya namun tidak berjaya.

Genggamannya terlalu kuat dan sakit.

“Suka buat abang rasa bersalah macam ni?!,” soalnya cukup tegas. Isha berhenti meronta sebaik mendengar soalan itu.

Matanya membalas pandangan Shah.

“Abang..,” panggil Isha perlahan cuba untuk meredakan kemarahan Shah manakala Shah masih tidak berhenti membalas pandangan Isha cuba mengisyaratkan debaran dan emosinya.

Juga keputusan yang bakal dia buat.

“Marry with me, Isha,”

“Huh?,” terkejut Isha dibuatnya.

“AWAK janganlah gerak sana gerak sini, nanti terluka macam mana?,” bebel Allesya geram apabila cuba untuk mencukur jambang yang mula tumbuh di wajah suaminya.

Danish tertawa kecil lalu kedua-dua tangannya mula naik menggengam ruang singki. Mengunci kiri dan kanan Allesya.

Allesya hanya membiarkan kerana matanya lebih fokus memandang separuh wajah suaminya yang sudah dipenuhi dengan sabun apa entah.

Ia memudahkan proses mencukur.

Tak kenapa dari tadi aku tak mula? Bergigil tangan aku pegang alat pencukur. Ke aku yang takut nak cukur?

Takut kalau Danish terluka.

“It’s been 10 minutes, my love,” Danish bersuara sambil matanya tidak lepas memandang Allesya yang berada dekat dengannya itu.

“Keep your mouth shut, Danish,” tegas Allesya dan cuba untuk mencukur tapi masih tidak berjaya.

Terjerit kecil Allesya dibuatnya apabila tangannya yang memegang alat pencukur itu digenggam oleh Danish dan terus mula mencukur.

Allesya yang masih terkejut itu mula memandang tangannya yang masih mencukur di rahang suaminya. Lalu matanya naik membalas pandangan Danish.

Danish hanya kelihatan tenang.

“This will not hurt me, Allesya,”

Allesya hanya diam tapi hairan bagaimana suaminya itu dapat baca fikirannya. Dia hanya melihat Danish sekarang mula mencuci wajahnya.

Lalu dia kembali merapati Allesya seperti kedudukan tadi.

“The only can hurt me is your tears, your pain and your love. Anything’s that hurt you will be automatically hurt me too. Okay?,” dengan suara serak basah Danish tuturkan katanya.

Allesya sekali lagi hanya diam. Jujur, kebelakangan ini baru dia sedari betapa tulusnya cinta Danish kepadanya.

Mengapa dia tidak sedar sebelum ini, kalau tidak...Pasti dia sudah bahagia dengan suaminya.

Tanpa dia sedari, air matanya Allesya yang dari tadi bertakung di tubir mata mula jatuh membasahi pipinya.

“Haih kenapa sampai menangis ni? Saya salah cakap ke? Ke awak tak suka apa yang saya cakap tadi?,” soal Danish cukup hairan.

Allesya yang masih membalas pandangan suaminya itu hanya menggelengkan kepalanya lalu dia tertawa kecil.

Kedua-dua jari jemarinya mula naik mengusap kedua-dua rahang Danish.

Danish hanya membiarkan.

“I really love you, Danish,” ucap Allesya tulus.
Danish senyum.

“I know. I can see just from your eyes,” tuturnya lagi cukup membuatkan Allesya tersenyum manis lalu cepat bibirnya naik mengucup bibir Danish sekejap.

Danish agak terkejut menerima kucupan itu.

Lalu dia pandang wajah jelita Allesya yang berada di hadapannya itu.

“Love, please don’t make me..,”

“Just do anything, I’m yours,” Allesya cuba mengoda sambil makin mendekati suaminya dan tangannya mula memeluk leher Danish.

Danish yang mendengar itu mula tersenyum nakal dan kedua-dua matanya mula turun memandang tubuh isterinya yang hanya tersarung pyjamas satin berwarna putih.

Nipis. Dari tadi dah usya, Danish tahu yang Allesya cuba mengodanya.

“Love not this time okay? I want to keep this for our honeymoon,” Danish cuba untuk menjelaskan. Allesya yang mendengar itu agak kecewa.

Danish yang sedari reaksi isterinya itu cuba untuk memujuk tapi dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

“Love, please. I’m not good on persuade,” Danish cuba untuk memujuk.

“Tak apalah kalau awak nak macam tu. Saya akan tunggu tapi..,”

“Tapi apa, love?,” lembut sahaja Danish menyoal.

“Buatnya masa tu I’m on period? How?,” Allesya cuba membuat andaian. Danish yang mendengar itu terdiam namun dapat Allesya lihat riak wajah kecewa.

“Kalau macam tu tak ada rezeki lah, it’s okay kita ada banyak masa. But for real, we not gonna do this activities at here. Not on my parent’s house,” Danish agak tegas memberitahu tentang hal itu.

“Then awak nak kata yang kita boleh buat dekat rumah baru kita?,” sengaja Allesya mengusik suaminya itu.

Terangkat hujung bibir Danish dibuatnya.

“I don’t even know but I’m not gonna sure that will be happen,” ujarnya.

Bibir Danish mula mendekati telinga kanan Allesya cukup membuatkan debaran di dada Allesya sudah tidak tentu arah.

“Unless every night you try to flirt with me and force me to do love with you, yeah I will do as you wish,” bisiknya lembut.

Allesya yang mendengar itu mula menggengam kuat tangan kanannya.

Malu! Sumpah!

Perasaan malu mula menyelubungi dirinya. Allesya yang tidak sanggup menahan malu itu terus berlari masuk ke dalam ruangan ‘bath tub’.

Pintu yang memisahkan ruang singki dan bath tub itu Allesya tutup rapat dan kunci.

Danish yang melihat itu tertawa.

“Allesya let me in! Nak mandi sama-sama juga!,” sengaja Danish mengusik Allesya kembali sambil diselangi dengan gelak tawa. Allesya yang mendengar itu cuba menahan rasa malu dan geramnya.

“No! Awak jangan nak mengada!,” balas Allesya malu.
Makin sakit hati Allesya apabila mendengar Danish tertawa.

Makin sakit hati Allesya apabila mendengar Danish tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience