BAB 50

Romance Completed 21483

DANISH yang sudah mematikan enjin keretanya di kawasan parkir bukit tinggi itu mula melangkah keluar. Angin malam itu terasa di kulit wajah dan lengannya.

Malam itu dia hanya memakai t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan seluar slack.

Pemandangan kota Kuala Lumpur di hadapannya itu dia pandang. Hatinya mula beransur tenang. Dia pandang sekeliling.

Hanya dia seorang di kawasan itu, sengaja dia pilih untuk ke sini walaupun jam sudah menginjak pukul 12 malam.

“Sebab kau, ibu aku mati kau tahu tak! Suami jenis apa kau ni! Ayah jenis apa kau?! Aku benci kau, kau tahu tak!!,” tempelak Shah cukup kuat cukup membuatkan Danish yang mendengar itu terkejut.

Baru sahaja Shah ingin mengangkat buku limanya, pegawai polis terus meleraikan mereka berdua.

Shah yang masih tidak berpuas hati itu terus meleraikan halangan pegawai polis itu dengan kasar namun tidak berjaya.

Shah terus memandang tepat ke arah pegawai polis itu.

“Lepaskan aku,” tegas Shah cuba mengawal amarahnya.

“Saya harap encik bawa bersabar! Jangan keruhkan keadaan lagi!,”

Kejadian tengahari tadi terlintas di fikirannya. Jujur dia tidak pernah menyangka perkara seperti ini berlaku pada keluarganya.

Umurnya sudah menginjak 29 tahun dan dia baru tahu yang Shah Hazwan merupakan abang kandungnya?

Danish meraup wajahnya. Ya Allah.

“Dengar dulu, Danish. Daddy buat macam tu sebab daddy nak Shah dapat pengalaman uruskan syarikat..,”

“But not my position, daddy! Selama ni yang gantikan tempat Danish pun Jack, orang kanan Danish yang lebih layak tahu tak? Bukannya bagi dekat anak pungut tu!,” luah ketidakpuasan hati Megat Danish yang tidak mampu mengawal amarah.

“Danish! That’s too much!,” tempelak Tan Sri Megat Danish menahan amarah.

Peristiwa itu segar diingati kembali oleh Danish. Dari kecil lagi, Danish tidak suka dengan kehadiran Shah hanya kerana dianggap sebagai ‘anak angkat’.

Rupa-rupanya… Ya Allah. Danish sungguh menyesal dengan apa yang pernah dia ungkap pada abangnya.

“Kita ni dari dahulu lagi kalau ada apa-apa masalah confirm kita akan berkumpul dekat sini,” tiba-tiba satu suara garau kedengaran di belakangnya.

Cepat sahaja Danish palingkan tubuhnya ke belakang.

Seperti yang diagak olehnya, itu Shah Hazwan. Abangnya.
Shah Hazwan mengukirkan senyumannya lalu melangkah menghampiri adiknya itu.

“Kau buat apa dekat sini?,” soal Danish teragak-agak.

“Like you, I’m having some problems too. Bibik Saidah maksud abang… My mom has passed away, Danish..,” bergetar-getar suara Shah dihujung. Jelas dia masih tidak percaya ibu kandungnya itu sudah meninggal dunia.

Dia rasa masa terlalu pantas untuknya menerima segala kenyataan pahit ini. Lagi menghayat hati, ibunya mati dalam keadaan tragis. Dibunuh.

Shah cuba mengawal tangisannya namun akhirnya dia jatuh duduk melutut di atas tanah.

“Aarghhh..,” Shah mula bergigil ketakutan. Dadanya mula menjadi sempit dan sesak. Air matanya mengalir tidak berhenti.

Allahuakhbar!

Danish yang tidak sanggup melihat keadaan abangnya seperti itu terus duduk melutut, tubuh abangnya itu dia bawa ke pelukan eratnya.

Dapat dia rasakan tubuh abangnya itu sudah bergigil ketakutan.

“Kenapa awal sangat dia tinggalkan abang, abang tak sempat minta maaf pada ibu. Abang banyak silap dan dosa pada ibu. Abang tak sempat minta maaf pada ibu, Danish. Aargghhh,” gadu Shah lalu terus melepaskan tangisannya di pelukan.

“Siapa yang sanggup bunuh ibu sampai macam tu sekali? Apa salah ibu?,”

“Abang tak kuat, Danish..,”

Danish yang mendengar pengaduan itu juga mula mengalirkan air mata. Sungguh dia juga terasa sebak. Kehilangan ibu kandung bagaikan separuh hidup hilang dan seperti tiada makna.

Danish juga hampir pernah merasai kehilangan seorang ibu apabila Puan Sri Misha diracuni beberapa bulan lepas. Bagai mahu gugur jantungnya. Inikan Shah…Allahu.

Jujur kalau itu menimpa dirinya, dia tidak akan mampu.
Danish mula memujuk dan cuba menenangkan abangnya itu.

“I’m already here, abang. Just stay with me,” pujuk Danish.

ISHA yang baru selesai menunaikan solat tahajud itu terus bangun berdiri sambil sejadahnya itu dia lipat dua dan sangkut di penyangkut. Telekungnya juga dia tanggalkan dan sangkut.

Setelah itu, rambut ikal mayangnya itu dia elus lembut.

Dari tadi, dia sudah memikirkan bagaimana keadaan Shah.

Akhir sekali pertemuan mereka ketika di ruangan forensik, Shah dimaklumkan bahawa ibunya telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian kerana pembunuhan.

Terdapat bekas jerutan di leher mangsa. Jujur dia turut rasa simpati apa yang telah berlaku walaupun dia sudah tahu lama yang Puan Saidah merupakan ibu kepada Shah.

Entah kenapa dia mula diselubungi rasa bersalah apabila mengingati rancangan ‘racun’ itu.

Dia turut bersubahat hanya untuk membuatkan rancangan Puan Sri Misha berjaya. Bukan itu sahaja, Puan Sri Misha turut berjaya membuatkan Tan Sri Megat Idruz menghalau dan menceraikan Puan Saidah.

Isha menjadi saksi pada malam itu.

“Maafkan Isha,” ucap Isha mula diselubungi sebak. Kakinya mula melangkah ke birai katil, telefonnya di atas katil itu dia capai. Dinyahaktifkan kata laluan telefon.

Aplikasi perbualan ‘whatsapp’ dibuka.

Nama Shah Hazwan dicari. Setelah ketemu, dia mula menghantar satu mesej.

“Asalamuailaikum, abang,” dihantar salam itu terlebih dahulu. Hanya satu tick dihujung mesejnya yang memberi isyarat pada Isha bahawa Shah mungkin sudah tidur.

Namun, jari jemarinya mula menaip sekali lagi.

“Maaf ganggu abang pagi-pagi macam ni, Isha cuma nak tanya,” dihantar.

Sekali lagi, dia menaip di skrin telefon itu.

“Abang okay? Isha harap abang kuat,” terus dihantar mesej itu.

Agak terkejut Isha dibuatnya apabila melihat beberapa mesej yang dihantar itu sudah mempunyai ‘double tick’ berwarna biru. Shah dalam talian.Isha mula jadi tidak keruan. Entah kenapa dia terasa gemuruh.

Lagi mahu gugur jantung Isha apabila terpampang di skrin telefonnya menerima sebuah panggilan daripada Shah.

Ha sudah! Nak tak nak, Isha lekas menjawab lalu diam.

“Waalaikummusalam, bakal isteri abang,” ucap Shah dengan suara garaunya.

Isha yang mendengar itu mula terasa longgar di kedua-dua lututnya lekas dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia masih diam apabila Shah mula membuka bicara.

“Untuk menjawab soalan Isha tadi, alhamdulilah abang okay. Tapi itulah rasa kehilangan ni ambil masa dan tak mudah untuk lupakan macam tu je,” Shah menjawab dengan tenang.

Isha yang masih mendengar itu hanya mengganguk kecil. Dia membenarkan kata-kata daripada Shah itu.

“Alhamdulilah, lega Isha dengar,” Isha bersuara lembut.

“Kenapa Isha tak tidur lagi ni?,”

“Hurmm, Isha..,”

“Isha baru lepas solat tahajud eh?,” entah bagaimana Shah tahu tentang itu, Isha tidak pasti. Mungkin… Entahlah.

“Ha ah abang,” hanya nada biasa Isha menjawab.

“Isha tak nak tanya abang macam mana abang dapat tahu?,” soal Shah cuba ingin menyampaikan sesuatu. Isha mengerutkan dahinya lalu dia tergelak kecil.

Shah turut tergelak kecil.

“Ni abang dah depan rumah Isha,” tanpa membuang masa, terus Shah beritahu. Isha yang mendengar itu terkejut.

Yelah dah nak masuk pukul 5 pagi, buang tebiat datang rumah orang? Isha lekas bangun berdiri dan dia menuju ke ‘sliding door’ yang memisahkan ruang bilik dan beranda kecil.

Diselak langsir sedikit.

Shah yang bersandar di badan keretanya itu terus melambaikan tangannya sebaik melihat bayangan Isha ditingkap.

“Boleh Isha keluar sekejap?,” pinta Shah lembut.

“Bukan Isha tak nak abang, tapi ni kan dah lewat pagi,”

“Just for a while, Isha,”

Isha hanya diam tidak mahu menjawab.

“It’s okay, Isha. Kalau Isha tak nak, abang takkan paksa.
But I just want to let you know, I will stay here and I will take care of you as much as I can,” lembut Shah menuturkan kata-katanya.

Isha sekali lagi diam.

Tapi jujur, hatinya mula berbunga. Namun, dia tidak mahu cepat perasan! Dia takkan semudah-mudah untuk jatuh hati pada sesiapa. Hatinya akan sakit seperti mana dia pernah mencintai Danish dahulu.

“Isha are you there?,” soal Shah kehairanan.

“Abang balik lah, tak manis kalau jiran-jiran nampak. Abang tak…,”

“I don’t even care about that, Isha. As I said I will stay here and take care of you. As much as I can. Isha dah jadi sebahagian hidup abang. Lagipun, sejak kematian ibu… Abang dapat rasa ada yang tak puas hati dengan abang, jadi tak mustahil kalau dia akan serang Isha,”

Shah diam sekejap.

“Abang takkan biarkan perkara itu berlaku dan abang tak sanggup kehilangan Isha. Cukuplah ibu dah tinggalkan abang,” Shah cuba mengawal rasa sebak di dada. Isha yang mendengar itu hanya diam.

Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Shah.

“Isha akan cuba untuk berada di samping abang,” ucap Isha lembut.

30 TAHUN YANG LEPAS…

“IDRUZ macam mana dengan Danish? Okay?,” soal Megat Muhammad (Che Mad) apabila melihat anaknya, Idruz melangkah keluar dari bilik wad hospital.

Idruz terus memandang raut wajah ayahnya.

“Danish still in koma, abah,” beritahu Megat Idruz dengan perasaan sebaknya lalu dia terus memeluk abahnya. Che Mad yang turut berduka cita itu membalas pelukan itu.

Cuba memberikan kekuatan kepada anaknya.

Puan Hanisah yang dari tadi duduk menunggu terus bangun berdiri dan menghampiri suami dan anaknya itu. Turut ada di situ, Saidah.

“Idruz ingat tak pesan mama?,” tanpa fikir panjang, Puan Hanisah lekas menyoal. Idruz yang mendengar itu terus melepaskan pelukan. Pandangan dikalihkan pada mama lalu ke arah Saidah yang turut ada di situ.

Entah kenapa hatinya makin sakit.

“Ma, not this time around,” lelah Megat Idruz dibuatnya.

“No, selagi mama masih bernafas selagi tu mama akan ingatkan Idruz untuk jadikan anak Saidah sebagai perwaris Megat Trading. Hanya anak Saidah,”

“Ma..,” Saidah bersuara perlahan cuba untuk tidak mendesak Idruz.

Puan Hanisah hanya buat tidak tahu. Dia masih mementingkan permintaannya.

“Kalau kamu tak turutkan permintaan mama kali ni, mama takkan terima Misha sampai bila-bila termasuk anak dia sekali si Danish tu!,” ugut Puan Hanisah tegas.

Terkejut Idruz dibuatnya. Perkahwinannya dengan Misha sudah hampir bertahun-tahun tapi mamanya masih tidak mahu menerima Misha sebagai isterinya.

Apa kurangnya Misha?
Apa yang lebihnya wanita yang bernama Saidah?

“Mama sedar tak anak Idruz dalam koma sekarang? Mama tak terfikir kalau Misha yang ada dekat dalam tu terdengar apa yang mama cakap tadi? Can you imagine how badly her reaction? Mama jangan pentingkan diri sangat boleh tak?,” tegas Megat Idruz menegur Puan Hanisah.

Puan Hanisah diam.

“Megat Trading tu hasil titik peluh Idruz dengan Misha. Biar kami yang tentukan siapa perwaris seterusnya. Either Shah or Danish, I’m decide myself!,” agak tinggi suara Megat Idruz kali ni.

Cukup membuatkan Puan Hanisah terdiam dan gerun untuk membuka mulut.

Megat Idruz yang sudah bercelaru fikiran lekas masuk kembali ke ruangan bilik itu. Misha yang dari tadi mencuri dengar di belakang pintu itu terkejut melihat suaminya yang meluru masuk.

Idruz juga tergamam.

“Misha dengar?,”

Misha yang dari tadi menangis hanya mengganguk kecil. Idruz yang mendengus keras. Sungguh dia dapat rasakan betapa sakitnya hati sang isteri.

Tubuh Misha lekas dibawa ke dalam pelukan. Erat.

“You will always be in my heart, Misha. No one else,” pujuk Idruz lembut.

Puan Sri Misha yang sudah terjaga dari tidurnya itu terus mengelap air matanya. Hatinya yang diselubungi sebak itu cuba dikawal olehnya.

Dia tidak mahu suaminya yang masih tidur itu terjaga.

Walaupun kejadian itu sudah berlaku lebih 30 tahun, tapi rasa sakit itu masih ada. Dia tidak khuatir tentang harta warisan jatuh pada siapa, yang dia khuatir jika Shah menuntut haknya secara keseluruhan.

Lalu bagaimana dengan nasib anaknya, Danish?

Dia tidak mahu hubungan Danish dan Shah berantakkan hanya kerana harta. Naluri seorang ibu tidak ingin perkara itu berlaku. Dia tidak mampu untuk bayangkan. Jujur, dia sudah tahu lama tentang peristiwa itu namun…

Puan Sri Misha melepaskan keluhan beratnya.

“AWAK balik pukul berapa semalam?,” soal Allesya sebaik melangkah memasuki ruangan meja makan. Danish yang sedang sarapan pagi itu terus terangkat pandangannya memandang isterinya.

Allesya kelihatan anggun dengan berbaju kurung satin.

Terus sudu dan pisau kecil diletakkan. Pancake dengan madu manis itu dia tidak habiskan. Hilang terus selera makannya. Soalan daripada Allesya itu juga dia tidak mahu menjawab.

Lekas dia bangun berdiri.

“Eh awak, habiskan dulu pancake tu,” tegur Allesya.

“Tak nak, tak ada selera,” sedikitpun Danish tidak pandang isterinya. Allesya tahu yang Danish masih marah padanya.

Buktinya, Danish sanggup tidur di bilik tetamu.

Kecewa dan sebak rasa di hati.

Kedua-dua kaki Danish diatur keluar dari ruangan dapur namun terhenti apabila Allesya terus berdiri dihadapannya.

Danish melepaskan keluhan kecil.

“You have gastric, Danish. Makan lah sampai habis dulu kan saya yang masak tu,” Allesya cuba memujuk suaminya itu.

“Danish, look at me,” rayu Allesya lembut.

Mata Danish yang dari tadi tidak mahu memandang isterinya itu terus membalas pandangan Allesya.

Entah kenapa dia cuba untuk memujuk egonya itu untuk turun tapi hatinya bakal sakit.

Danish sendiri tidak pasti apalagi yang Allesya cuba sembunyi daripadanya.

Dan ni bukan kali pertama dia merajuk dengan Allesya.

“I’m sorry okay?,” Allesya meraih kedua-dua tangan Danish.
Danish diam dan hanya membiarkan.

“Please after this, no more telling lies. No more misunderstanding and no more secret between us. Saya penatlah kalau asyik merajuk macam ni, you make me miss you,” gadu Danish mula bertukar nada manja.

Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Okay, I’m promise,”

“No more lies, no more misunderstanding and no more secret between us,” Allesya mengulangi kata-kata suaminya. Dia mula berjanji pada Danish.

Danish yang mendengar itu hanya angguk kecil. Lalu mereka berdiam sekejap hanya membalas pandangan satu sama lain.

Allesya yang masih membalas pandangan suaminya itu mula diselubungi dengan perasaan sebak.

Sungguh, dia juga merindukan Danish. Dia masih agak terkilan dengan tindakan Danish tidur di bilik tetamu semalam.

“I miss you too,” balas Allesya lalu terus memeluk suaminya. Perasaan sebaknya itu dia cuba kawal, yang penting Danish sudah tidak merajuk dengannya. Itu sudah memadai.

“I’m sorry sebab tidur asing dengan awak,” Danish memohon maaf. Dia tahu yang Allesya terkilan dengan tindakannya semalam.

Bukan dia sengaja dia cuma ingin menyedarkan Allesya tentang kesilapan yang sudah dilakukan.

“I’m sorry,” Danish memohon maaf sekali lagi sambil dieratkan pelukannya.

Allesya yang mendengar kata maaf itu mula anggukan kepalanya tanda memaafkan.

AREESYA yang sudah terjaga dari tidurnya itu terus membuka kedua-dua matanya. Dia pandang sekeliling. Ya, ini biliknya. Mungkin Adam yang mengendongnya masuk ke dalam bilik. Tapi kenapa Adam tak kejut sahaja?

Areesya hairan terus dia bangun menyandarkan badannya di kepala katil. Telefonnya itu dia capai untuk melihat jam.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Areesya terkejut. Lama betul dia tidur! Areesya mengira dengan jarinya. Hampir separuh hari dia tertidur?!

“Apa yang aku penat sangat sampai tidur tak sedar sedar ni? Ke sebab penat jalan-jalan dengan abang Adam? Tapi takkanlah..,” Areesya hairan.

Dia pegang kepalanya yang mula terasa pening. Ha dahlah, yang penting dah sampai rumah. Areesya lekas menyebak rambutnya itu ke belakang lalu mula turun dari katilnya.

Pintu bilik terus dibuka. Makin hairan Areesya dibuatnya apabila mendengar dari ruangan dapur kedengaran agak riuh-rendah dengan bunyi kuali dan periuk termasuk dengan suara sekumpulan makcik.

Areesya terus melangkah keluar dari bilik.

“Ada majlis kenduri ke apa?,” tertanya-tanya Areesya dibuatnya. Areesya yang ingin mengatur langkah ke ruang dapur tidak menjadi apabila seseorang menegurnya.

“Eh Areesya dah bangun?,” tegur Soffiyya lembut. Areesya lekas memandang gerangan yang menegurnya itu dan dia agak terkejut.

“Akak Soffiyya? Buat apa dekat sini?,” makin hairan Areesya dibuatnya.

Soffiyya hanya diam sekejap.

“Areesya ikut akak kejap,” Soffiyya lekas meraih tangan kanan Areesya lalu dia tarik perlahan dan menuju ke sesuatu tempat.

Areesya yang masih dalam keadaan bingung hanya mengikuti.

Makin menghairankan perabot di ruang tamu juga sudah teralih. Kelihatan luas. Langkah Soffiyya dan Areesya terhenti apabila berada di hadapan pintu bilik tetamu yang berada di tingkat bawah.

Kedua-dua tangan Areesya diraih lembut.

“Areesya, walau apa-apa pun berlaku akak minta Areesya cuba faham apa yang abang Adam akan sampaikan nanti. Abang Adam cuma nak yang terbaik untuk Areesya. Bagi abang Adam peluang untuk jelaskan semua pada Areesya. Okay?,” Soffiyya mula berpesan.

Areesya yang mendengar itu mula dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang sudah berlaku. Terus dia teringat tentang ibunya, Puan Intan. “Ibu?,” Areesya mula gelisah dan takut.

Kedua-dua tangannya dilepaskan.

Terus dia berlari menuju ke bilik ibunya. Soffiyya terus mengetuk pintu dan memanggil nama Adam, Adam yang dari tadi menanti di dalam bilik itu cepat melangkah ke arah pintu.

Dikuak pintu.

“Kenapa ni?,”

“Ibu?!,” kedengaran suara Areesya di tingkat atas. Adam terkejut.

“Awak cakap apa dengan dia sampai..,” Adam mula ingin menyalahkan Soffiyya namun itu tidak penting buatnya sekarang. Lekas dia berlari ke tingkat atas untuk dapatkan Areesya.

Soffiyya turut ikut.

Areesya terus melangkah keluar dari bilik ibunya dengan mulutnya tidak berhenti memanggil ibu. Air matanya itu sudah berjuraian laju membasahi kedua-dua pipinya.

Melihat Adam, terus dia hampiri.

“Abang, tolong Areesya. Ibu hilang!,” Areesya gelisah ketakutan. Matanya meliar-liar mencari ibunya di ruang tingkat atas itu. Namun, kelibat ibunya tidak kelihatan.

Terus dia pandang Adam sekali lagi.

“Abang dengar tak?,” Areesya cukup hairan.

Adam yang baru mengawal pernafasannya terus memegang kedua-dua bahu Areesya.

“Areesya dengar sini,” dia cuba menenangkan Areesya.

“Dengar apa yang abang cuba nak sampaikan,” Adam berlembut. Kedua-dua matanya masih membalas pandangan Areesya.

Jelas kelihatan Areesya dalam ketakutan.

Adam diam.

“Apa abang ni, kalau ada perkara nak cakap, bagitahu terus. Abang tak faham ke sekarang ibu tak ada dalam bilik, ibu hilang! Kalau abang tak nak cari ibu, biar Areesya yang pergi cari,” bebel Areesya laju lalu terus menolak pegangan Adam di bahunya.

Kakinya terus melangkah pergi.

“Ibu dah tak ada Areesya,” ucap Adam cukup membuatkan langkah Areesya terhenti.

Dia terkejut dan hairan pada masa yang sama. Terus dia pusing menghadap Adam.

“Abang memanglah ibu tak ada sekarang kan ibu hilang, sempat lagi kalau kita nak..,”

“Areesya tak faham bahasa ke apa?,” tegas Adam menyoal.
Areesya mengerutkan dahinya lalu dia tergelak kecil.

“Tak sekarang ni abang yang tak faham,” hairan Areesya dengan sikap Adam.

Adam yang cuba mengawal amarahnya itu terus menarik tubuh kecil Areesya itu di dalam pelukannya. Sungguh erat. Areesya terkejut. Bukan apa dia malu dipeluk begitu lagi-lagi dihadapan Soffiyya.

“Apa abang ni kan ada akak Soffiyya,” Areesya lekas ingin melepaskan pelukan itu namun tidak berjaya apabila Adam makin mengeratkan. Sedikitpun tidak memberi peluang pada Areesya untuk lepas.

“Ibu dah meninggal dunia, Areesya. Ibu dah tinggalkan kita semua,” bisik Adam lembut di telinga. Rontaan Areesya terhenti sebaik mendengar bisikan itu, mulutnya tergamam.

Dia tidak percaya, dia pasti ibunya masih hidup.

“Abang tak gurau, sayang. Ibu meninggal dunia waktu maghrib semalam,” bisik Adam lagi. Lembut.

Air mata Areesya terus laju mengalir membasahi pipinya sebaik mendengar kepastian itu.

“Aaarggghhh, no!,” Areesya memejamkan kedua-dua matanya. Dia tidak kuat.

“Stay with me, Areesya,” bisik Adam lagi sambil mengeratkan pelukan. Areesya terus melepaskan tangisannya di dalam pelukan erat itu.

Adam juga memejamkan kedua-dua matanya sungguh dia dapat rasakan kesedihan Areesya.

Tangisan Areesya benar-benar membuatkan hatinya terluka.

Soffiyya yang turut berada di ruang tingkat atas itu juga mula terasa sebak. Lebih-lebih lagi mendengar tangisan Areesya. Kalau dia ditempat Areesya, dia juga akan menangis begitu. Seorang anak kehilangan ibu.

Pasti akan sedih.

ALLESYA yang sibuk dengan kerjanya itu terus terhenti apabila mendengar bunyi notifikasi masuk. Terus dia capai telefonnya. Mesej daripada Sharifah Soffiyya. Lekas dia membuka aplikasi whatsapp untuk membaca mesej penuh.

“Asalamuailakum, Allesya. Aku nak bagitahu yang Puan Intan, ibu tiri kau baru je meninggal semalam. Alhamdulilah selamat dikebumikan. Semua berjalan lancar. Kalau kau dan Danish ada kesempatan datanglah tahlil malam ni lepas isyak,” –Sharifah Soffiyya

Lokasi rumah Adam turut ada diberikan oleh Soffiyya.

Allesya yang mendengar itu hanya bereaksi biasa. Entah kenapa dia begitu cuma bibirnya hanya mengucapkan
‘Inalilahirrojiun’ sebagai tanda takziah.

Hatinya tidak terasa sedih sedikitpun. Allesya akui, ibu tirinya itu seorang yang sangat baik. Dilayani bagai anak sendiri cuma hanya dia sendiri tidak mampu menerima
Puan Intan sebagai ibu tirinya.

Dapat dia rasakan bagaimana sakitnya hati arwah ibunya jika dapat tahu kecurangan arwah ayahnya dahulu.

Duhai hati, maafkanlah mereka berdua.

SEBAIK jam menginjak 5 petang, Allesya dan Danish terus mengiringi keluar dari pintu utama Megat Trading. Diikuti juga dengan pengawal peribadi mereka, Jack.

Beberapa staff yang masih di lobi untuk pulang ke rumah lekas memberi salam hormat pada majikannya.

Danish hanya membalas dengan senyuman begitu juga dengan Allesya.

Tiba di ruangan parkir khas, Jack terus membuka pintu kereta.

“Jack, tak apalah hari ni bagi saya drive. I think you should go visit someone,” kunci kereta yang berada di genggaman Jack itu dia ambil lembut. Jack yang hanya membiarkan itu terus mengerutkan dahinya.

“What do you mean, Tuan Danish?,” Jack tidak mengerti.
Danish tersenyum kecil.

“Is about Areesya. Her mother just passed away last night, so her family have tahlil tonight. Allesya and I will go for tahlil later. But you can visit her for giving moral support or anything. I know she need you,” beritahu Danish.

Jack agak terkejut mendengar berita duka itu. Dia tertunduk kesal patutlah dia rasa tidak sedap hati hari ni rupanya terjadi sesuatu pada Areesya.

Sepatutnya dia berada di sisi Areesya sekarang. Jack agak kesal dengan tindakannya.

“Check your message, I already sent you a location,” beritahu Danish lagi.

“Better you go now, Jack. Be careful,” pesan Allesya lembut.

Jack menggangukkan kepalanya.

“Thank you, Tuan Danish and Puan Allesya,” ucap Jack lalu segera dia menghampiri keretanya yang berjenama Mercedes AMG G63 berwarna ‘matte black’ itu.

Kereta berharga hampir sejuta lebih itu merupakan kereta peribadi Jack.

JACK yang masih berpakaian kot pejabat itu terus melangkah keluar dari perut keretanya. Keretanya itu diparkir di dalam kawasan perkarangan rumah Adam yang mula dipenuhi dengan beberapa jenama kereta.

Mungkin milik keluarga saudara mara Adam.

Tanpa berfikir lebih lanjut, Jack terus melangkah menghampiri pintu rumah yang sudah terbuka luas. Pelbagai kasut disusun elok di tepi.

Dengan debaran agak laju, Jack tanggalkan kasut kulitnya.

“Jack?,” tegur Adam agak hairan.
Jack lekas angkat pandangannya. Terus tanpa banyak bicara, tangan Adam disalam.

Tanda menghormati orang yang lebih tua lagipun lelaki di hadapannya itu sudah menjaga Areesya dengan baik sekali.

Adam tersenyum kecil.

“Nak jumpa Areesya?,” soal Adam seperti dapat mengagak.

Cepat Jack angguk. Terus Adam membawa Jack ke taman mini yang terletak di belakang rumah. Dari tadi, Areesya sudah disitu.

Mungkin ingin menenangkan hati yang sedang sedih.

Dengan kehadiran Jack mungkin dapat mengurangkan rasa sedih Areesya. Dalam perjalanan ke sana, beberapa pak cik dan mak cik saudara menyapa Jack.

Jack hanya membalas dengan senyuman.

“Make sure she okay with you,” pesan Adam sebaik tiba di sana. Bahu kanan Jack ditepuk lembut.

Jack hanya angguk perlahan lalu dia menghampiri Areesya yang sedang duduk di tengah-tengah buaian.

Sebaik melihat Jack menegur Areesya, Adam tersenyum lalu terus mengangkat kaki meninggalkan mereka berdua di taman mini itu.

Areesya yang masih dalam tangisan itu terus mengangkat pandangannya apabila ditegur oleh seseorang.

Jack? Terus Areesya bangun berdiri. Jari jemarinya cepat mengelap kedua-dua pipinya yang sudah dibasahi dengan air mata itu.

Jack tidak senyum hanya bereaksi biasa mungkin kerana hatinya terasa sakit melihat keadaan Areesya menangis begini.

Jack makin menghampiri Areesya.

“I wish I can hug you now, Areesya,” tutur Jack kedengaran agak sebak.

Areesya tersenyum kecil.

“I’m okay, you don’t have to worry,” Areesya cuba menyembunyikan rasa sedih.

Jack tersenyum kecil apabila mendengar tutur kata Areesya. Dia tahu Areesya menipunya. Mengapa perlu Areesya menyembunyikan rasa sedih sedangkan dia mampu melihat hanya dari mata?

Mata tidak bisa menipu.

“No matter what happen, I will be your side. Forever and ever,”

“AREESYA jumpa sampul surat dalam almari baju arwah ibu. Tertera ada nama akak jadi jelas surat ini untuk akak,” beritahu Areesya sebaik menghulurkan sampul surat berwarna putih itu kepada Allesya.

Allesya yang duduk di birai katil bersama dengan Areesya mula memandang namanya di sampul surat yang kini berada digenggamannya.

Perlahan-lahan Allesya membuka sampul surat itu.

Dia ingin baca.

Areesya hanya menanti sehingga kakak kandungnya itu habis membaca isi kandungan surat. Entah apa yang arwah ibunya tulis dia sendiri tidak pasti. Allesya mula melipat sampul surat itu kembali sebaik sudah selesai membaca.

Dia pandang wajah adiknya itu.

“Puas hati kau?,” soal Allesya agak serius.

Areesya yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya. Entah kenapa reaksi akaknya begitu sebaik membaca isi kandungan surat itu. Namun Areesya cuba bereaksi biasa.

“Apa yang akak cuba sampaikan?,” teragak-agak Areesya menyoal.

Allesya melepaskan keluhan beratnya.

Dapat dia rasakan yang adiknya itu tidak bersalah dalam hal keluarganya. Yang salahnya adalah arwah ayahnya dan arwah ibu tirinya. Tidak patut dia sebagai seorang kakak meletakkan seratus peratus kesalahan itu pada Areesya.

“Maafkan akak, Areesya. Akak tahu akak tak patut salahkan seratus peratus pada Areesya. It’s our parents mistakes. Maafkan akak sebab sebelum ni akak biarkan Areesya seorang diri,” Allesya yang cuba mengawal rasa sebak di dada itu mula memohon maaf.

Areesya terasa sebak sebaik mendengar permohonan maaf itu. Tidak semena-mena air matanya mula membasahi kedua-dua pipinya. Melihat itu, Allesya terus memeluk tubuh kecil adiknya itu.

“Maafkan akak, Areesya,” Allesya masih memohon maaf. Areesya yang berada di pelukan kakaknya itu terus melepaskan tangisannya. Sungguh, rasa kasih sayang seorang kakak yang dia dambakan dari dahulu lagi.

Allesya mengusap lembut tubuh belakang adiknya itu agar mampu meredakan tangisan Areesya lalu dia mengeratkan pelukan itu. Dia berjanji dia akan menjaga adiknya seperti yang diminta oleh arwah ibu tirinya.

‘Akhir kata, ibu minta sangat yang Danielle jagakan Areesya. Areesya tak salah dan dia tak minta untuk dilahirkan dalam keluarga ni. Apa-apa pun ibu minta maaf. Maafkan arwah ayah juga. Terima kasih, Danielle,’ – Puan Intan

“ISHA,” panggil Shah sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik forensik. Isha yang dari tadi di ruang menunggu itu terus bangun berdiri dan menghampiri Shah.

“How’s the results?,” ingin sekali Isha tahu siapa si pembunuh itu.

“His name is Muhammad Adib Abdullah, 27 years old,” beritahu Shah.

“Abang kenal ke dia?,”

Cepat Shah menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak mengenal identiti si pembunuh yang telah membunuh ibunya. Tapi kenapa ibunya juga yang dijadikan sasaran?

Isha juga tidak kenal.

“Dia seorang banduan yang berjaya larikan diri dari tahanan polis dua hari lepas tapi sampai sekarang abang tak tahu apa motif sebenar dia?,” dah perah segala isi otak fikiran untuk Shah memikirkan tentang hal itu.

“Takkan polis tak cuba usaha cari dia? Ni sampai kes membunuh orang ni!,” Isha sedikit tidak berpuas hati sambil sebelah kakinya dihentakkan perlahan. Melepaskan geram.

Shah yang melihat itu tersenyum kecil. Comel!

“Pihak polis dalam usaha mencari dia. Mungkin dia ada je dekat sekitar kita cuma kita tak perasan tapi tak apa lepas ni kita boleh lebih berhati-hati,” bagitahu Shah.

“Boleh Isha tengok muka si pembunuh tu?,” pinta Isha. Shah cepat mengangguk lalu terus dia mengeluarkan telefonnya.

Dia dibenarkan untuk menangkap gambar wajah si pembunuh agar selepas ini boleh lebih berhati-hati.

“Lahhh tak adalah handsome mana! Pastu sukahati je nak bunuh orang!,” sungguh Isha tidak berpuas hati sekali lagi. Cemberut sahaja mukanya menahan geram. Shah yang agak terkejut melihat reaksi comel Isha itu tersenyum kecil.

“What did you expect, Isha? Kenapa kalau dia handsome sekalipun?,” Shah menyoal sengaja ingin tahu apa yang difikirkan oleh Isha. Isha terus membalas pandangan Shah.

“Tak lah selalunya kalau dalam drama kalau si pembunuh ni handsome tapi sayang otak psiko tak betul. Tapi yang ni dah tak handsome pastu gila nak bunuh orang,” jawab Isha jujur melepaskan geram.

Bukan nak kata lebih apa atau apa, tapi ni under expectation terus!

Shah yang mendengar itu tergelak kecil lalu dia menggelengkan kepalanya. Isha…Isha. Nasib baik comel! Isha yang melihat itu berkerut dahi. Lah boleh gelak pula?

“Okay dah jom kita pergi makan kejap pastu abang hantar Isha balik,” Shah cepat meredakan gelak tawanya apabila menerima pandangan tajam daripada Isha.

Isha mendengar sahaja nak pergi makan terus lebar senyumannya.

“Okay jom,” riang Isha membalas pelawaan Shah itu lalu terus mereka berdua berjalan beriringan melangkah keluar dari kawasan forensik itu.

SETELAH selesai majlis tahlil, ahli keluarga kecil Adam dan Soffiyya turut membantu membersihkan segala periuk dan pinggan mangkuk yang sudah digunakan.

Selain dapat mengeratkan silaturrahim mereka juga dapat kenal dan mengenali satu sama lain.

Danish dan Jack antara menjadi tumpuan mak cik dan anak dara disana. Namun mereka tidak berlebihan apabila sudah mengetahui dua jejaka itu milik orang.

Ada juga cemburu kerana dua beradik itu memiliki seorang lelaki yang elok rupanya.

Bukan itu sahaja, beberapa anak teruna yang turut membantu juga ada meminta tips kepada Danish dan Jack. Mereka berdua hanya melayan sekadar untuk menceriakan suasana.

Setelah semuanya selesai, mereka mula berkumpul di ruang tamu. Masing-masing menyembunyikan lelah dengan berbual satu sama lain. Ada yang gelak ketawa. Ada yang membincangkan topik politik dan macam-macam lagi.

“Laporan terkini, setelah 24 jam polis telah mengesahkan lima banduan yang berada di dalam tahanan mereka berjaya melarikan diri. Mereka dipercayai melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar disyaki dipotong menggunakan pemotong besi di tepi blok,”

Suara penyampai berita itu mula menarik perhatian semua orang yang berada di ruang tamu. Mata mereka mula fokus ke skrin televisyen dan memasang telinganya. Termasuk Danish, Allesya, Adam dan Jack.

“Susulan itu, polis mengadakan empat sekatan jalan raya di sempadan Selayang, Ampang, Gombak, Putrajaya, Sepang dan Kajang dalam usaha mengesan mereka yang masih lolos termasuk dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman,”

“Dalam pada itu, Raziq berkata, lima banduan yang menunggu perbicaraan itu dipercayai sudah menukar pakaian masing-masing sebaik berjaya melarikan diri dan disyaki berjalan kaki dan bersembunyi di kawasan pinggir kota dan kampung,”

"Polis sedang giat mengesan kesemua baki banduan berkenaan dan dipercayai masih berada di daerah ini dengan tumpuan pencarian dilakukan di sekitar kawasan kota dan kampung,"

“Lima lagi yang masih bebas dikenali sebagai Muhammad Syafiqi 32 tahun, Shazi Mat Ramli 32 tahun, Mazlan 39 tahun, Amin Hassan 28 tahun dan banduan yang terakhir dikenali sebagai Adib Abdullah 27 tahun telah disahkan melakukan pembunuhan di sekitar kawasan taman perumahan di Kuala Lumpur,”

Mendengar sahaja nama Adib disebut terus berdiri Danish, Adam dan Jack dibuatnya. Terkejut mendengar Adib merupakan salah seorang banduan yang berjaya larikan dia.

Allesya terus turut berdiri hairan dengan reaksi terkejut Danish.

“Kenapa awak?,” soal Allesya ingin tahu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Kuala Lumpur dan Bukit Aman di talian 06-6129222 atau Inspektor Nor Anis Mahdin di talian 016-6095996,”

Sebaik mendengar berita itu, mata Adam meliar mencari Areesya di ruang tamu. Namun baru dia perasan yang Areesya tiada di situ. Areesya ke mana?

“Areesya mana?,” soal Adam agak tegas kepada semua yang berada di ruang tamu itu. Masing-masing diam dan ada yang membalas tidak tahu. Jack yang dari tadi memerhati dan mendengar itu terus berlari mencari Areesya di sekitar rumah.

Nama Areesya diteriak berkali-kali. Namun tiada. Terus Jack kembali ke ruang tamu dan dia memberitahu pada Adam bahawa Areesya tiada di rumah. Adam mula risau dan takut. Takut kehilangan Areesya.

“Takkan semua orang tak tahu mana Areesya pergi?!,” soal Adam agak tidak berpuas hati. Puan Maryam yang baru melangkah keluar dari bilik di tingkat bawah itu terus menghampiri ruang tamu apabila mendengar nada tinggi anaknya, Adam.

“Kenapa ni Adam?,” soal Puan Maryam kehairanan.

Adam terus memandang ibunya, Puan Maryam yang masih dengan telekung.

“Mama tahu tak Areesya ke mana?,” soal Adam cepat.

“Mama minta Areesya belikan ais dengan barang dapur sikit untuk breakfast esok..,”

“Ya Allah, mama. Kenapa biarkan Areesya sorang-sorang?!,” soal Adam cuba menahan amarah dan ketidakpuasan hatinya. Jack yang mendengar itu mula rasa bersalah.

Dia tidak sepatutnya tinggalkan Areesya seorang diri. Dia sepatutnya perlu ada di sisi Areesya, kalau tak perkara seperti ini tidak akan berlaku!

“Aunty tahu Areesya pergi kedai mana?,” soal Danish yang masih bertenang.

“Katanya dekat kedai runcit yang dekat-dekat sini je,” beritahu Puan Maryam yang masih tidak mengerti dengan situasi sekarang. Dia bingung kenapa anaknya begitu marah.

Jack yang mendengar itu terus melangkah keluar dari rumah. Diikuti dengan Adam dan Danish. Nak tak nak, Allesya hanya membiarkan.

Soffiyya yang turut berada di ruang tamu itu juga hanya membiarkan walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa mereka begitu merisaukan tentang Areesya.

Puan Maryam lekas mendekati Soffiyya dan menyoal tentang apa yang berlaku.

Soffiyya hanya jelaskan secara ringkas.

AREESYA yang baru sahaja melangkah keluar dari kedai runcit sambil sebelah tangannya menjinjit beg plastik yang mengandungi beberapa barang itu terhenti apabila melihat seorang lelaki dihadapannya.

Lelaki itu berdiri bersandar di badan kereta sambil berpeluk tubuh. Wajahnya menunduk dan agar menyukarkan Areesya mengenalpasti lelaki itu.

Areesya cuba mengusir rasa tidak sedap hatinya itu lalu dia berjalan seperti biasa ke arah keretanya.

Beg plastik itu diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang yang bersebelahan dengan bahagian pemandu.

Lalu ditutup pintu kereta itu dan dia berjalan ke bahagian pemandu namun belum sempat dia memegang pemegang pintu kereta untuk dibuka, bahunya ditarik kuat.

Badannya disandar kuat di badan kereta. Kedua-dua bahunya ditekan kuat.

“Adib..,” nafas Areesya mula tidak tentu ia menjadi berat. Sesak di dada dengan rasa ketakutan itu mula menyelubungi diri. Wajah Adib yang mempunyai parut di belah pipi itu dia pandang dengan pandangan gelisah.

Dia takut.

“We meet again, Areesya. Kau rindu aku tak?,” soal Adib menyinis.

Thank you for waiting next chapter. Rifi kurang sihat kebelakangan ni mungkin sebab musim influenza, jadi terpaksa tangguh nak update new chapter. Tapi sekarang ni rifi dah okay! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience