BAB 34 (WEDDING RECEPTION)

Romance Completed 21483

HOTEL LE MERIDIAN, PUTRAJAYA

PADA waktu malam diadakan pulak majlis resepsi yang bertemakan ‘Midnight Sky’ yang menggabungkan warna ungu dan putih. Dihiasi dengan bunga-bunga lavender dan bunga ros putih turut dihiasi kerlipan bintang buatan dan lampu krystal yang menampilkan elemen kemewahan pada majlis resepsi itu.

Antara menjadi tumpuan adalah kek kahwin 8 tingkat itu tersergam indah.

Allesya Danielle kelihatan anggun dan berseri dengan menggayakan busana pengantin rekaan pereka terkenal, FiziWoo. Busana pengantin yang digayakan oleh Allesya Danielle itu diinspirasi dari motif arbseque.

Manakala, Megat Danish tampil segak dengan sutnya dari pereka Sbahar. Megat Danish yang berada di pelamin mewah itu terus bangun berdiri apabila diumumkan kemasukkan pengantin perempuan ke dalam dewan.

Pintu dewan itu terbuka yang membenarkan Allesya Danielle melangkah masuk. Tergamam Danish dibuatnya apabila melihat isterinya itu kelihatan anggun dengan busana namun yang menarik perhatiannya kain purdah yang digunakan.

Mengingatkannya tentang peristiwa mereka dipertemukan di Arab Saudi.

“Soffiyya, aku rasakan aku nak buat kejutan untuk suami akulah,” ujar Allesya yang sudah siap menggayakan busana pengantin itu.

Soffiyya yang mendengar itu terus menghampiri kawan baiknya itu.

“Apa dia?,” Soffiyya ingin tahu.

“Kau ingat lagi tak masa aku tak sengaja jatuhkan kamera Danish?,” soal Allesya cuba mengingatkan Soffiyya.

Soffiyya mengerutkan dahinya dan cuba untuk mengingat.

“Ni dekat Arab ke? Haa… Aku ingat. Kenapa?,”

“Kalau kau nak tahu, sebenarnya bukan aku yang jatuhkan kamera tu. Rupanya Danish sendiri yang tak sengaja jatuhkan kamera dia sendiri sebab terpukau dengan aku,” beritahu Allesya dengan senyuman manisnya apabila mengingati kejadian itu.

“Seriuslah? Huishh..,” Soffiyya seperti tidak percaya lalu senyumannya terukir lebar.

“So, aku nak buat kejutan untuk pakai purdah. 100% yang suami aku tu akan terpukau balik dengan aku,” tutur Allesya lalu menghamburkan tawa kecilnya.

Soffiyya yang berdiri di bersebelahan meja makan VVIP itu tersenyum bahagia apabila mengingati kejadian di bilik persalinan tadi.

Benar jangkaan Allesya, Danish terpukau dengan kejutan daripada Allesya itu.

Danish yang hampir mengalirkan air matanya itu terus menyambut jari tangan Allesya untuk naik ke atas pelamin. Allesya yang turut diselubungi sebak itu mengukirkan senyumannya di balik purdah itu.

Sebaik berada di atas pelamin, Danish menarik lembut pinggang ramping Allesya untuk dekat dengannya.
Allesya agak terkejut menerima reaksi itu namun kedua-dua matanya hanya membalas pandangan lembut daripada suaminya.

Jelas, Danish mengumpul air matanya di tubir mata.

“Danish..,” sebut Allesya lembut yang masih diselubungi perasaan sebak.

Mendengar panggilan itu membuatkan Danish terus memejamkan matanya lalu air matanya jatuh membasahi kedua-dua pipinya.

Melihat itu, terus membuatkan Allesya mengangkat kedua-dua jari tangannya untuk menyeka air mata suaminya.

Beberapa saat kemudian, Danish kembali membuka kedua-dua matanya. Mereka bertentangan mata semula.

“Again, Allesya. You make me to fall in love with you again and again,” ujar Danish lembut sambil kedua-dua tangannya diangkat untuk memegang rahang muka isterinya.

Kini, dahi mereka bercantum rapat.

Allesya yang mendengar itu tersenyum walaupun hatinya itu masih diselubungi sebak.

“I know you were smile,” sekali lagi Danish menggunakan ayat yang sama ketika mereka di Arab dua tahun lepas.

Allesya yang mendengar itu tergelak kecil turut diikuti Danish. Lalu, Danish terus meminta izin untuk membuka purdah itu dan Allesya hanya membenarkan dengan anggukan kepala.

“Beautiful,” ujar Danish lembut yang membuatkan Allesya tersenyum.

Lalu, mereka berdua kembali fokus kepada majlis resepsi.
Majlis resepsi itu dimulakan dengan bacaan doa lalu diikuti dengan ucapan khas daripada ahli keluarga Danish dan beberapa tetamu kehormat.

Ucapan khas itu dimulai dengan Tan Sri Megat Idruz bersama isterinya, Puan Sri Misha lalu diikuti abangnya, Shah Hazwan yang diakhir ucapannya mendoakan kebahagiaan rumah tangga anaknya itu akan berkekalan ke syurga.

“Just wanna say, congratulation to your wedding, Allesya. I hope both of you can be great husband and wife. Please, take care of each other and trust each other and insya-allah rumah tangga kalian berdua akan kekal hingga ke Jannah. I know it's hard and not easy for both of you untuk sampai ke tahap macam ni. I'm the witness saw how's hard for they stay with their love together," sebak mula menyelubungi Soffiyya. Soffiyya berhenti seketika yang membuatkan Danish dan Allesya yang duduk di kerusi pelamin juga terasa sebak.

Benar kata Soffiyya, susah untuk mereka kekalkan cinta mereka. Telah banyak ujian dan halangan yang mereka tempuhi. Dan itu bukan mudah.

Mata Soffiyya yang mula berkaca dengan air mata itu dikesat kejap lalu dia menyambung kata-katanya sambil memandang Allesya dan Danish.

"I'm sorry for crying. Allesya, I just want you to know that… I’m really happy for your wedding. That’s all from your bestfriend. Thank you,” akhir ucapan Sharifah Soffiyya itu membuatkan Allesya mengalirkan air mata.

Adam yang turut berada di kawasan meja VVIP itu tersenyum kecil apabila mendengar akhir ucapan Soffiyya itu.

Jujur, Soffiyya yang berpurdah dan menggayakan abaya putih itu kelihatan lebih cantik malam ini walaupun Adam tidak mampu lagi melihat wajah keseluruhan wanita itu.

Kalau ada pun, ketika di zaman sekolah menengah.

Itu pun Adam masih ingat-ingat lupa tentang wajah Soffiyya. Areesya yang dari tadi melihat tingkah abangnya itu terus tersenyum.

“Uish, abang… Mata tu kalau ye pun terpesona dengan Akak Soffiyya cubalah cover sikit,” tegur Areesya yang duduk bersebelahan dengan Adam.

Adam yang mendengar itu terus mengetuk perlahan kepala gadis itu yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Sakitlah abang..,” gadu Areesya yang menahan sakit walaupun tak adalah sakit sangat.

Jack yang turut berada di meja bulat VVIP itu hanya tersenyum melihat karenah Adam dan Areesya.

“Eh, Areesya. Tak nak buat ucapan khas ke untuk kakak sendiri?,” soal Adam.

Areesya diam sekejap.

“Tak apalah, abang. Lagipun, Areesya tak disenaraikan buat ucapan khas tu. Entah-entah, Akak Allesya tak suka pastu nanti dia badmood. Areesya tak nak lah macam tu,” jawab Areesya.

“Pulak dah..,” Adam tidak mahu memaksa.

SHAH Hazwan yang masih berada di ruang meja bulat di kalangan keluarga belah pengantin lelaki itu mula curi-curi pandang ke arah Areesya.

Areesya kelihatan mesra dan selesa dengan Adam Lian.

Tapi takkan semudah tu je Areesya sebagai adik perempuan kepada Allesya Danielle boleh terima Adam? Tadi pun reaksi Allesya bila melihat Adam dan Areesya tu pun biasa je. Tak excited langsung.

Ke Allesya memang tak suka adik perempuan yang berlainan ibu ni? Shah tertanya-tanya.

Ke macam ni, Adam saja nak jaga Areesya sebab nak dapatkan Allesya balik? Shah yakin, Adam pasti ada muslihat yang lain. Bukan sehari dia mengenali Adam.

Adam tu boleh kira tergila-gilakan Allesya. Tapi kenapa Adam hanya bereaksi biasa sahaja bila datang ke majlis perkahwinan Allesya dan Danish?

Pelik.

Perempuan tu yang bernama Areesya tu pun pelik juga. Ke biasa je macam tak ada apa-apa yang mencurigakan. Shah teringat peristiwa dia melanggar Puan Intan pada awal bulan.

Mak cik tu mati ke? Ke hidup lagi?
Takkanlah nak pergi tanya anak dia pula.

Makin berkerut dahi Shah dibuatnya apabila melihat Jack mula menghampiri Adam dan Areesya lalu duduk berbual. Seperti sudah lama mengenali.

Bukan ke musuh terbesar Danish ketika di waktu sekolah adalah Adam Lian? Tapi kenapa Danish tak minta Jack untuk turut membenci Adam?

Yelah, Adam tu pernah buli Danish sehingga Danish disahkan masuk ke hospital sebab kecederaan teruk.

Doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan. Dan itu hanya dituruti. Bukan tu sahaja, Danish trauma sampaikan nak keluar bilik dan bercakap dengan orang lain pun takut.

Sehinggalah Puan Sri Misha menghantar Danish ke luar negara untuk dapatkan kaunseling dan beberapa terapi. Selang 3 tahun macam tu, Danish dah pulih. Fizikal tubuh adiknya itu juga sudah berubah dari kurus kering dan serabai menjadi ke seorang tegap badannya dan seorang yang sangat terurus. Emosi dan mentalnya juga sudah seperti sedia kala.

Shah tahu itu bukan mudah. Perlukan masa.

Sungguh untuk pertama kali, Shah juga terkejut dengan perubahan Danish. Tapi dia turut senang kerana dia tidak perlu khuatir kerana Danish bukan mudah untuk dibuli lagi.

Lalu adiknya itu sambung belajar dalam bidang seni bina di University of British Columbia. Ia merupakan salah satu universiti terbaik dalam bidang seni bina.

Yang hairan, Danish sedikitpun tidak menyimpan dendam pada Adam ke? Bukan mudah untuk Danish lupakan begitu sahaja. Allesya pun turut membuli Danish dahulu, tapi sekarang?

Tup tup kahwin.
Ke sebab cinta, semua jadi buta.

Shah tersenyum sinis.
Cinta?

DANISH dan Allesya yang sedang beramah mesra dengan tetamu itu terus didekati oleh Adam dan Areesya. Mereka sudah ingin pulang terlebih dahulu.

Untuk pertama kali ketika majlis akad nikah, Allesya jujur terkejut dengan kehadiran Adam dan Areesya. Adam merupakan bekas tunangnya dan kawan baiknya. Manakala Areesya, adik perempuannya berlainan ibu.

Tidak rapat. Tidak kenal satu sama lain.

Cuma Allesya masih tidak berpuas hati bila mengenangkan adik perempuannya itu tidak datang ke pengebumian ayah mereka. Bukan itu sahaja, bila terpandang wajah Areesya dia teringat arwah ayahnya.

Ya, wajah adik perempuan itu iras ayahnya manakala wajahnya lebih iras dengan ibunya, Puan Ariana.

"Kak, Areesya balik dulu tau," pamit Areesya lembut.

"Terima kasih sebab sudi datang," itu sahaja Allesya mampu balas lalu dia ukir senyuman dan dibiarkan tangan kanannya itu disalam oleh Areesya.

Itu hanya dilakukan untuk menghormati majlis. Allesya tidak mahu jika saudara mara suaminya itu melihat hubungan dia dan adik beradik tidak sekufu.

Nak tak nak, Areesya Husna tetap darah dagingnya.

"Thanks, Adam for coming," giliran Danish berterima kasih.

Adam hanya senyum nipis.

"No problem, kau jaga elok-elok kawan aku ni," sempat lagi Adam menitip pesanan.

Danish tersenyum. "Dia isteri aku confirm aku jaga dia elok-elok,"

"Baguslah, dah aku gerak balik dulu," pamit Adam lalu terus memeluk tubuh badan sasa Danish. Danish hanya membalas pelukan tu.

Lalu mereka lepaskan dan berjabat tangan sekejap. Adam terus melangkah pergi dengan Areesya. Allesya hanya mampu menghantar pandangan adik perempuannya yang berjalan beriringan keluar dari dewan itu dengan Adam.

Buat masa ni, Adam menjaga Areesya. Allesya dapat tahu yang ibu tirinya, Puan Intan turut dijaga oleh Adam. Sungguh mulia pekerti Adam yang melakukan semua itu kerana amanat arwah ayah dahulu.

Sedangkan dia? Entahlah. Allesya hanya sebatang kara tak mampu untuk menjaga mereka walaupun dari keluarganya sendiri. Allesya dapat rasakan bagaimana perasaan arwah ibunya, Puan Ariana jika dapat mengetahui tentang kecurangan ayahnya.

Pasti kecewa dan kesal. Itu yang Allesya dapat rasakan apabila sudah menjadi seorang isteri. Dia tidak mahu Danish menduakannya. Lebih-lebih lagi secara sembunyi.

Dapat Allesya bayangkan bagaimana sakit hatinya nanti.

"Awak okay ke tak ni, Allesya?," soal Danish hairan apabila dia sudah berkali-kali memanggil nama isterinya itu. Allesya cepat menoleh membalas pandangan suaminya.

"Saya okaylah cuma penat sikit," balas Allesya.

"Saya pun penat, tak apalah ni lagi sikit ni. Jom saya kenalkan awak dengan saudara saya yang lain," ajak Danish lalu tangan kanan Allesya itu dia raih lembut.

Allesya tersenyum. "Jom,"

DANISH yang baru melangkah masuk ke dalam biliknya itu terus melemparkan tubuh belakangnya ke atas katilnya yang empuk itu.

Satu keluhan letihnya dilepaskan.
Memenatkan tapi seronok.

BIbirnya mengukirkan senyuman lebar.

“Semuanya berjalan seperti yang dirancang,”

Tok! Tok!

Kedengaran ketukan di pintu biliknya membuatkan Danish mengerutkan dahinya.

“Allesya ke?,” soal Danish namun bila dah berbaring macam ni malas pula nak bangun.

“Masuk jelah! Pintu tak kunci!,” teriak Danish mengarahkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk ke dalam.

Isha yang mendengar itu terus memandang sekeliling. Tiada sesiapa di ruangan bilik Danish itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Danish yang sudah memejamkan mata sekejap itu tersenyum kecil apabila mendengar derapan kaki itu. Tidak sabar dirinya untuk satu bilik dengan Allesya.

“Awak pergilah mandi dulu, saya nak baring sekejap. Lepas dah siap mandi nanti kejut saya,” sekali lagi Danish mengarah isterinya itu lembut.

Isha yang sudah menghampiri Danish itu tersenyum.
Macam ni ke gaya Danish kalau dah kahwin?

“Dah kenapa Isha nak kena mandi sorang, kita kan dah jadi suami isteri so why not?,” Isha yang bersuara itu membuatkan Danish yang baring di atas katil itu terus ke posisi duduk.

Isha?

“Apa yang Isha buat dalam bilik abang ni?,” terus Danish menyoal lalu bangun berdiri.

“Buat apa lagi? Isha nak jumpa abang lah..,”

“Isha…,” Danish memanggil lembut.

“Apa? Isha bukan nak buat apa-apa pun! Isha cuma nak ingatkan abang tentang janji kita je,”

“Tapi tak perlulah masuk dalam bilik abang dengan macam
ni. Buatnya orang lain nampak, macam mana? Rosaklah apa yang abang dah plan selama ni!,” tegas sahaja Danish mengingatkan Isha.

Isha yang mendengar itu mengeluh kecil.

“Yelah, Isha fikir abang lupa ke apa. Baguslah kalau abang masih ingat lagi,” Isha lega.

“Dahlah keluar cepat, nanti tak pasal-pasal orang nampak,” Danish cepat menghalau.

Isha yang mendengar itu terus mencebik lalu segera melangkah keluar dari bilik. Melihat itu terus membuatkan Danish melepaskan keluhan lega.

“Isha?,” Allesya terus menegur Isha yang sedang menutup rapat pintu bilik itu.

Terkejut Isha dibuatnya.

This is one of Rifi's favourite chapter!! How about you guys? Which chapter will be your favorite? Tell me on comment section or just dm me on ig @rifiyasfas_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience