BAB 35 (INDAH CINTANYA)

Romance Completed 21483

DUA BULAN KEMUDIAN…

Allesya yang sibuk merekod data kewangan syarikat pada tahun itu terus mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan waktu makan tengahari. Entahlah sejak dah berkahwin ni malas dia ingin keluar pejabat untuk makan.

Tak perlulah korang pelik, kenapa Allesya yang sudah berkahwin masih ingin bekerja di syarikat suaminya sendiri.

Entahlah sebab apa lagipun suaminya juga tidak menggalakkannya untuk berhenti bekerja kerana dia masih menginginkan perkhidmatan Allesya sebagai Ketua Kewangan yang berada di pengawasan Encik Isa.

Berkerut dahi Allesya dibuatnya apabila perutnya mula mengadu lapar.

“Eh selama ni tak ada pun perut aku ni nak mengadu lapar..,” gadu Allesya perlahan lalu terus dia mencapai beg tangannya dan terus mengeluarkan paket kecil biskut jenama ‘Julie’.

Demi mengalas perutnya, Allesya mula menyuap biskut itu ke dalam mulutnya sambil mula kembali fokus ke skrin komputer.

Tok! Tok!

Terus kepalanya tertoleh ke daun pintu.

“Puan Danielle, jom kita lunch sama-sama,” ajak Lya Adrianna sebaik menguak pintu.

Allesya yang mendengar panggilan ‘Puan’ itu terus mengubah air mukanya tanda dia tidak menyukai tentang panggilan itu.

Bukan dia tidak suka berkahwin dengan Danish, namun dia lebih merendah diri agar rakan kerjanya itu memanggilnya sekadar panggilan nama hujungnya‘Danielle’.

“Okaylah. Danielle, jom kita keluar lunch sama-sama,” Lya kembali mengajak.

“Just both of us?,” soal Allesya ingin tahu.

“Hurm, tak. Kita keluar lunch dengan Firash, Yaya dan Husaini,” beritahu Lya.

Allesya mengganguk perlahan.

“Nice juga, I pun dah lapar ni,” Allesya akhirnya bersetuju lalu terus menutup komputernya dan lekas mencapai beg tangannya. Kakinya bangun berdiri dan mengikuti langkah

Lya keluar dari bilik.

“Huish, jarang-jarang ni Puan Danielle nak makan tengahari dengan kita. Tetiba rasa excited pula… Eh pastu tetiba rasa kenyang tengok wajah jelita isteri boss kita ni,” usik Firash yang terkenal dengan sikap ramahnya.

Danielle yang mendengar itu tergelak kecil diikuti dengan rakan kerja yang lain. Mereka yang baru melangkah keluar dari pintu utama Megat Trading itu terus terhenti apabila mendengar nama ‘Allesya’ dipanggil oleh seseorang.

Lekas, Allesya berpaling ke belakang.

Danish…

Tetiba hatinya hanya beriak biasa apabila dipanggil suami sendiri.

Excited sikit pun tidak ada.

“Sayang nak pergi mana?,” sengaja Danish menggunakan perkataan ‘sayang’ sebaik berhadapan dengan para stafnya.

Allesya terus mengukirkan senyuman yang dibuat-buat.

“Nak pergi lunch with them,” beritahu Allesya.

“Eh, sayang lupa ke yang kita ada lunch date? Dah lama saya tunggu sayang kat bawah ni,” sengaja Danish membuat suara merengek manjanya. Para stafnya yang mendengar itu sudah tersenyum malu.

Allesya mengerutkan dahinya.
Sejak bila pula?

“Tak apalah kalau Puan Danielle ada lunch date, kitorang okay je,” Yaya mengalah walaupun jauh sudut hatinya dia agak kecewa sebab bukan selalu dia dapat makan tengahari dengan isteri cantik kepada majikannya itu.

“Good. So, shall we?,” Danish dengan tidak rasa bersalah, dia lantas mengajak isterinya itu masuk ke dalam kereta yang sudah lama diparkir di hadapan pintu utama syarikat.

Turut ada di dalam kereta di bahagian pemandu, Christian Jack.

Demi menjaga air muka suaminya, Allesya segera memohon maaf pada rakan sekerjanya lalu terus mengikuti langkah suaminya yang sudah masuk ke dalam kereta.

“Tak ada rezeki lah kita nak lunch dengan Puan Danielle,” mereka meluahkan rasa kecewa sebaik melihat kereta berjenama itu bergerak meninggalkan kawasan syarikat.

“Tak apalah, next time kan boleh lagi. Kita kan satu department dengan Puan Danielle and Lya pun dah lama dah berkawan dengan Puan Danielle tu. So, don’t worry guys,” beritahu Lya yang cuba memujuk rakan sekerjanya.

“Okaylah kalau Lya dah kata cam tu, dah lah jom lapar ni,” terasa dipujuk, Firash lantas mengajak rakan kerjanya itu makan tengahari di kedai makan yang berhampiran.

ALLESYA yang dari tadi hanya berpeluk tubuh sambil pandangannya dilontar ke luar tingkap itu terus melepaskan keluhan panjang apabila mengenangkan wajah kecewa rakan sekerjanya tadi.

“Wah, panjang betul mengeluh. Ajak pergi lunch je pun bukan buat apa,” komen Danish sambil memandang ke arah isterinya yang berada di sebelahnya itu.

Mendengar itu terus membuatkan Allesya memandang suaminya.

“Awak langsung rasa tak bersalah eh?,” soal Allesya geram.

“Nak rasa bersalah apanya?,” Danish menyoal kembali.

Jack yang dari tadi fokus memandu itu hanya memandang pertelingkahan suami isteri itu melalui cermin pandang belakang. Setiap kali bertemu pasti ada sahaja pertelingkahan mereka.

Sebaik mereka berdua habis bertikam lidah, Allesya yang terpaksa mengalah untuk mendiamkan diri. Kalau bercakap dengan ‘Tuan Danish’ ni tak pernah lah nak menang, sumpah.

Istilah mana yang korang kata perempuan kalau nak bercakap tu dia nak menang je?

Tak pernah jadi dalam hidup Allesya Danielle.
Danish yang diam seketika tadi kembali bersuara.

“I’m your husband, Allesya. Just remember that. Lagipun memang saya nak ajak awak lunch sebab kesian isteri saya sorang ni asyik makan biskut ‘Julie’ tu je tapi tengok-tengok awak dah turun dengan diorang,” beritahu Danish tanpa memandang isterinya.

Pandangannya terhala pada pemandangan luar tingkap.

Allesya yang mendengar itu terus memandang suaminya itu kembali. Rasa terharu pun ada, yelah suami sendiri rupa-rupanya prihatin pada kita. Mana tak cair hati ni?

Haih, aku nak kena pujuk balik ke dia ni?
Ni sikit pun tak nak pandang aku balik. Allesya lekas memandang Jack melalui cermin pandang belakang.

Jack yang membalas pandangan isteri majikannya itu cepat mengangkat bahu tanda tidak mahu mencampuri urusan. Melihat itu, terus membuatkan Allesya kembali memeluk tubuh.

Nak pujuk ke tak eh? Payahlah…

AREESYA Husna yang sedang mempelajari cara membawa kereta itu terus menghentikan kereta itu di bahu jalan apabila tidak tahan mendengar bebelan Adam disebelahnya.

Adam lantas mengerutkan dahinya.

“Abang ni bising betul lah, boleh hilang fokus Areesya nak bawa kereta!,” rungut Areesya menahan geram. Dipandang terus Adam dengan pandangan tajam.

“Eh, abang ajar ni pun dah cukup elok tau. Okay, tak apa. Areesya pergilah suruh cikgu pemandu sekolah tu ajarkan,” balas Adam yang juga menahan geram.

“Tak nak lah! Cikgu tu gatal!,” Areesya hampir menangis.

“Dah tu, ikut je apa abang ajar. Tak perlu bantah!,” tegas Adam sedikitpun tidak teringin untuk memujuk Areesya yang sedang menangis itu.

Areesya yang sudah bergenang air mata itu terus memandang tajam ke arah abangnya itu.

“Kejam betul lah abang ni! Patutlah tak ada siapa nak!,” balas Areesya geram lalu terus mengerakkan keretanya itu keluar dari kawasan bahu jalan.

Ewah, budak ni kalau bercakap tak berlapik!

Adam yang mendengar itu hanya mampu bersabar kerana dia hanya ingin fokus mengajar Areesya.

“DADDY, kalau Shah nak tanya something boleh?,” soal Shah dengan nada serius sementara mereka menunggu makanan tengahari mereka tiba.

Tan Sri Megat Idruz yang duduk berhadapan dengan anak sulungnya itu terus mengganguk.

“Apa dia yang kamu nak tanya tu?,”

Shah cuba berdeham kecil untuk menukar nada suaranya.

“It’s serious matter, so I hope you can give me better explanation,” tegas Shah meminta. Tan Sri Megat Idruz tersenyum mendengar permintaan tegas anaknya itu.

“Apa dia yang kamu nak tanya tu?,” Tan Sri Megat Idruz kembali menyoal.

“Kenapa dua hari lepas, Shah nampak peguam daddy ada dekat office? Did you met him? For what?,” soal Shah ingin tahu. Tan Sri Megat Idruz yang disoal itu tersenyum kecil.

“Kenapa daddy dah tak boleh jumpa peguam sendiri ke? It’s wrong?,” Tan Sri Megat Idruz menyoal kembali kerana tidak mahu menjawab pertanyaan anaknya itu.

“It’s not wrong, daddy. Tapi, I just want to know for what reason? Ke daddy panggil peguam daddy untuk tukar wasiat arwah tok wan dulu?,” desak Shah lagi ingin tahu.

“Shah..,”

“Surat wasiat tu sedikit pun tidak bertukar nama, Shah. Nama ‘Shah Hazwan’ tetap sebagai perwaris tetap Megat Trading. Daddy tak terfikir pun untuk tukar nama perwaris kepada sesiapa pun sebab itu permintaan arwah tok wan, nak tak nak daddy kena tunaikan,” jelas Tan Sri Megat Idruz satu persatu cuba untuk menyakinkan anaknya itu.

Shah yang mendengar itu tersenyum.

“Okay, I believe on you. Kalau tak sia-sia lah pengorbanan Shah untuk lepaskan Allesya dengan ikut perancangan daddy tu,” Shah mengungkit.

“Shah akan dapat yang lebih baik lah daripada perempuan tu,”

“But, I still love her. Lagipun, Shah dah janji dengan Allesya yang lepas je Shah dapat jawatan CEO tu no matter what, I will get her back,” beritahu Shah itu mengejutkan Tan Sri Megat Idruz.

“Allesya know your plan?,”

“Yes, daddy. She know everything termasuklah yang Shah ni sebenarnya anak kandung daddy with Ibu Saidah,” jujur Shah memberitahu.

Tan Sri Megat Idruz benar-benar terkejut.

“Shah tak risau ke kalau perempuan tu bagitahu dekat Danish about your plan termasuk dengan wasiat syarikat? Boleh rosak semuanya kalau Danish tahu semua perkara ni and you know exactly how much Danish love Megat Trading,” Tan Sri Megat Idruz mengingatkan.

“I know, daddy. I believe on her. Shah pasti Allesya takkan bagitahu semua perkara tu pada Danish. Lagipun, Allesya tu tak ada perasaan apa-apa pun dekat suami dia tu,” beritahu Shah cuba untuk menyakinkan ayah kandungnya itu.

“Everyone can change apatah lagi hati dan perasaan,” ujar Tan Sri Megat Idruz sekadar mengingatkan lalu makanan tengahari mereka tiba di meja makan.

“AWAK marahkan saya lagi ke, Danish?,” soal Allesya lembut sambil dia mengejar langkah suaminya yang sudah ke hadapan.

Sejak di kedai makan tadi sampailah dah sampai ke pejabat pun, Danish masih mendiamkan diri tidak bercakap sepatah pun dengan Allesya.

“Danish..,” lengan Danish dipaut sambil kakinya itu laju mengikuti langkah Danish ke kawasan ruang lif. Segala reaksi muka comel dilakukan oleh Allesya.

Namun, sedikitpun Danish tidak pandang.

“Awak ni..,” sebaik mereka berhenti di kawasan lif itu, Allesya melepaskan pautan di lengan suaminya sambil mulutnya itu dimuncung panjang tanda merajuk balik.

Danish yang menunggu lif peribadinya itu turun terus mengerling sekejap isterinya itu.

Comel!

Hati kecil Danish sudah tergelak kecil.

Sebaik Allesya kembali memandang ke arah suaminya, cepat sahaja Danish memalingkan pandangannya ke hadapan pintu lif.

Allesya yang memandang reaksi suaminya yang sedikitpun tidak memandang usaha memujuknya itu melepaskan keluhan kecil.

“Okaylah, saya minta maaf. Manalah saya tahu yang awak sebenarnya nak jemput saya makan. Kalau awak bagitahu saya awal-awal confirm saya dah bagitahu satu office ni yang suami saya yang paling saya sayang dalam dunia ni ajak makan!,” Allesya masih tidak henti berusaha dalam misi memujuk suaminya itu.

Danish lekas mengerling lengannya apabila terasa jari telunjuk isterinya itu menyentuh dari atas dan bawah tidak berhenti. Isteri aku ni nak pujuk aku atau nak goda aku?

“Don’t you see we’re still at office, Allesya?,” tegas Danish menegur.

Mendengar teguran suaminya itu membuatkan Allesya senyum goda. Kalau macam nilah yang perlu dia lakukan supaya suaminya itu bercakap dengannya, lebih dari ni aku boleh buat.

Hati kecil Allesya tergelak kecil.

“So what? Awak tu suami saya, suka hati saya lah nak buat apa-apa pun,”

Allesya makin mendekati suaminya sambil jari jemarinya itu mula naik ke kawasan dada bidang suaminya itu. Danish masih memerhati tingkah Allesya, tidak pula dia mengelak.

Sukalah tu, haishh!

“Sayang, I feel I want you right now,” sengaja Allesya bersuara menggoda.

Danish yang mendengar itu menelan air liurnya.

Eh tak sekarang ni, apa masalah lif ni lambat turun?
Danish sudah tidak keruan.

Danish terus memandang pintu lif peribadinya yang sudah terbuka itu lalu terus dia menarik tangan isterinya masuk ke dalam bersamanya.

Terkejut Allesya dibuatnya.

Sekejap sahaja tubuh belakang Allesya sudah menyentuh dinding lif akibat ditolak perlahan oleh suaminya.

Kawasan kiri dan kanannya juga sudah ditutup oleh kedua-dua lengan Danish yang membuatkan dia kini sudah berada di hadapan suaminya.

Rapatnya.

Allesya yang membalas pandangan suaminya yang penuh misteri itu terus menelan air liurnya untuk membasahi tekaknya yang tiba-tiba kering.

Pintu lif yang sudah terkutup rapat itu terus dipandang oleh Allesya.

Ha sudah! Dah berdua-duaan di dalam lif pula. Status yang halal buatkan Allesya makin takut dengan apa yang akan dilakukan oleh Danish.

Allesya yang masih membalas pandangan suaminya itu terus ingin membuka mulut untuk bertanya namun terhenti apabila terasa bibirnya ditindih lembut oleh Danish.

Allesya terkejut menerima tindakan Danish yang berada diluar jangkaan itu. Sepanjang perkahwinan mereka yang sudah dua bulan itu, ini kali pertama.

Ya, kali pertama disebabkan itulah Allesya terkejut.
Kedua-dua lutut kaki Allesya terasa longgar seperti ingin tumbang.

Lantas, kedua-dua tangan Allesya naik memegang kedua-dua bahu Danish untuk mencari sokongan lalu pinggang Allesya terus dipaut oleh Danish dengan sebelah tangannya.

Allesya memejam matanya.

Entah berapa lama mereka sebegitu sehinggalah Danish sendiri yang menjarakkan wajahnya. Allesya kembali membuka matanya dan membalas pandangan suaminya.

Detak nafas yang berombak laju tadi kini kembali seperti biasa.

“Awak ni kalau nak buat macam tu pun bagilah tahu saya sekurang-kurangnya bagi isyarat ke apa, ni tak terkejut saya. Dahlah ni kali pertama,” gadu Allesya jujur sambil jari telunjuknya diangkat menyentuh bibirnya.

Danish yang mendengar itu tersenyum.

“Pertama kali untuk awak bukan untuk saya,” ujar Danish lembut lalu sebelah tangan yang memaut pinggang isterinya itu dilepaskan.

Allesya yang mendengar itu mengerutkan dahinya.

Baginya, itu bukan kali pertama?

“Maksud awak apa ni?,” soal Allesya bingung.

Danish yang masih tersenyum itu terus memalingkan tubuhnya ke hadapan pintu lif yang masih tertutup itu. Allesya yang masih dengan bingung itu dibiarkan.

Beberapa saat kemudian, Danish terkejut apabila bahunya ditarik kasar dari belakang.

Siapa lagi yang tarik kalau bukan isterinya sendiri.
Terus dia memandang isterinya yang berada di sebelahnya.

“Oh, apa yang awak buat dengan saya tadi, awak pernah buat dengan perempuan lain eh?!,” jari telunjuk Allesya itu ditunjuk tepat di hadapan wajah Danish.

Danish yang mendengar itu terkejut.

Dah kenapa dengan perempuan lain pula ni?

“Cepatlah jawab! Awak ada perempuan lain ke?,” desak Allesya ingin tahu.

“Mana ada!,” cepat Danish menafikan.

“Pastu yang awak cakap tadi tu apa? Apa yang awak buat dekat saya tadi tu bukan pertama kali untuk awak kan? Awak pernah buat perkara yang sama dekat perempuan lain kan? Jawablah, Danish..,” desak Allesya lagi kini hampir ingin menangis.

Danish yang mendengar itu terus tergelak kecil. Lah dia fikir aku ada perempuan lain ke, bukan ini yang aku maksudkan tadi. Aduh…

Allesya kini sedang menangis. Biar aku pulak yang merajuk!

Ting!

Pintu lif terbuka semula, cepat sahaja Allesya mengatur langkah keluar dari pintu lif. Tidak sempat untuk Danish menghalang, pintu lif terkatup rapat semula. Lif peribadi itu sudah naik ke tingkat 13, ruangan pejabatnya.

“Haih, Allesya ni. Boleh pula dia fikir macam tu? Perempuan kalau overthingking ni bahaya betul lah,” bebel Danish seorang diri. Ibu jarinya yang mula naik menyentuh bibirnya itu kembali tersenyum lebar.

Bibir ini sudah banyak kali mencium lembut bibir isterinya setiap kali isterinya itu sudah tidur disebelahnya.

Namun, sampai sekarang isterinya itu masih tidak tahu tentang tingkah lakunya itu.

Ni yang dia katakan aku ada perempuan lain?

Danish menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya apabila dia dituduh mempunyai perempuan lain.

Sebaik pintu lif terbuka, Danish mengatur langkahnya keluar lalu berjalan menuju ke bilik pejabatnya.

Segera Nur Fasha yang dari tadi menunggu itu terus menghampiri majikannya untuk memberitahu tentang beberapa perkara yang perlu dilakukan sebentar lagi.

Manakala di tingkat 10, Allesya terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Pintunya itu ditutup agak kuat ingin menunjukkan dia masih marah akan suaminya itu. Sakit pula hati perempuannya tu! Tadi, bukannya ingin memujuk tapi blah macam tu je?

Itulah Megat Danish yang mana reti nak pujuk perempuan!

Allesya terus meletakkan beg tangannya di tepi dan kerusinya ditarik lantas dihenyakkan punggungnya di kerusi itu. Dia ingin menyambung kerjanya yang tertangguh dari tadi.

Komputernya itu dihidupkan semula.

Pelbagai fail data kewangan yang tidak sempat ditutup olehnya tadi diperiksa satu persatu namun terus berkerut dahi Allesya dibuatnya apabila sehelai kertas yang mengandungi maklumat kewangan syarikat yang ingin diisikan masuk dalam komputer itu tetiba hilang.

“Eh mana pulak ni?,” Allesya mula khuatir. Dia kembali memeriksa satu persatu helai kertas setiap fail itu. Namun masih tiada. Allesya mula jadi tidak keruan, matilah dia kalau data kewangan syarikat itu hilang.

Siapa pula nak ambil ni?

Allesya masih ingat, semua berada di atas mejanya.

Sedikitpun dia tidak mengalih ke mana-mana atau serahkan pada sesiapa sebab data kewangan syarikat hanya boleh diketahui oleh Tan Sri Megat Idruz, Danish yang merupakan sebagai pentadbir utama syarikat, Encik Isa sebagai ketua kewangan dan dirinya sendiri sahaja.

Ke Shah yang ambil? Aduh!

Matilah aku kalau Danish tahu kecuaian aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience