BAB 40 (KHILAF SEORANG ISTERI)

Romance Completed 21483

DANISH yang sibuk melukis pelan bangunan di atas kertas manjung putih itu terangkat kepalanya ke arah pintu apabila diketuk dari luar.

Mungkin Fasha seperti biasa akan memaklumkan kepadanya tentang setiap temujanjinya bersama klien pada hari ini.

“Masuk!,” suaranya dengan penuh authority membenarkan Fasha masuk ke dalam bilik. Fasha yang anggun berbaju kurung moden itu terus melangkah masuk dan berjalan menghampiri majikannya.

Danish yang tunduk menghadap kertas manjung putih itu perlahan-lahan angkat kepalanya untuk memandang setiausahanya. Agak terkejut Danish melihat perubahan pemakaian Fasha.

Entah kenapa dia suka perubahan itu.

“Beautiful,” puji Danish ikhlas.

“Thank you, Tuan Danish,” tersenyum Fasha membalas pujian majikannya itu.

“Tiba-tiba je berubah angin kenapa? Who’s influence you?,” soal Danish ingin tahu.

Fasha melebarkan senyumannya.
“Of course your wife, Tuan Danish,”

Megat Danish mengerutkan dahinya lalu dia tersenyum apabila mengingati kejadian pagi di rumahnya. Allesya cantik berbaju kurung, katanya teringin. Rupa-rupanya nak sedondon dengan Fasha.

“Tuan Danish ni kalau sebut je tentang Puan Allesya confirm fikiran tu entah melayang ke mana lepas tu tersengih-sengih,” tegur Fasha membuatkan Danish kembali ke alam realiti.

Tersengih Danish apabila mendengar teguran itu. Malu pun ada sebenarnya!

“Dah dah, back to work,” Danish kembali ke sikap professional.

Eleh, nak cover malu lah tu! Bisik hati Fasha sambil tersenyum kecil. Lalu Fasha terus memaklumkan segala temujanji dan beberapa hal penting yang perlu diselesaikan oleh Danish pada hari ini.

Memegang jawatan presiden dalam syarikat seni bina bukanlah mudah seperti yang ditayangkan di dalam drama televisyen.

Semua pekerjaan memerlukan komitmen dan displin.

ALLESYA yang baru sahaja selesai bermesyuarat kecil bersama ahli jawatankuasa pengurusan kewangan syarikat itu terus dipanggil sekejap oleh Ketua Eksekutif Kewangan, Encik Isa.

Allesya hanya menurut lalu menghampiri Encik Isa yang masih duduk di atas kerusi kulit itu.

“Yes, Tuan Isa?,” sahut Allesya sambil berkerut dahinya. Hairan dia dipanggil secara tiba-tiba seperti ada sesuatu perkara penting telah terjadi.

Encik Isa dengan wajah seriusnya itu terus mengalukan Allesya untuk duduk terlebih dahulu.

Di dalam bilik mesyuarat itu hanya mereka berdua.
Allesya hanya menurut.

“I’m sorry to asking you this question but..,” Encik Isa diam sekejap sambil matanya tidak lepas membalas pandangan Allesya. Allesya yang masih tertanya-tanya itu terus mengisyaratkan agar Encik Isa meneruskan kata-katanya.

Encik Isa yang faham tentang isyarat itu terus melepaskan keluhan kecil.

“Saya tak pasti awak perasan ke tidak tentang aliran kewangan syarikat. Selama saya berkhidmat lebih 20 tahun ni, saya tak pernah alami situasi begini,” beritahu Encik Isa yang masih tidak berterus-terang.

“Maksud Tuan?,” Allesya masih tidak mengerti.

“Sejak kebelakangan ni, saya bagi awak kawal aliran kewangan syarikat sebab saya percaya awak lagipun awak isteri kepada majikan saya, betul tak?,” Encik Isa masih teragak-agak untuk berterus terang yang membuatkan

Allesya makin tertanya-tanya.

Cepat sahaja Allesya angguk.

“From that, you can refer to Tuan Danish if got any problem. Tapi makin lama saya perhati… Aliran kewangan syarikat makin lama merundum sedikit demi sedikit sebab I got notice about investment transaction. Kalau kebiasaannya yang melibatkan investment ni, Tuan Danish will use his own money. Bukan duit syarikat,” beritahu Encik Isa lalu berdiam sekejap.

Lama Encik Isa membalas pandangan Allesya. Allesya hanya menanti Encik Isa menyambung kata-katanya.

“Yang buatkan saya lagi more suspicious about you, the transaction is under your name, Allesya,” beritahunya itu benar-benar membuatkan Allesya terkejut.

Atas namanya? Sejak bila aku teringin nak terlibat dalam dunia pelaburan ni?

“AWAK percaya ke saya yang buat?,” soal Allesya sedikit tidak berpuas hati apabila suaminya sendiri sedang meragui kejujurannya.

Danish yang kelihatan agak serabut memikirkan tentang hal itu terus memandang isterinya.

“Saya tak cakap pun awak yang buat kan? Tapi ini semua berlaku atas kecuaian awak juga dan nak tak nak awak kena bertanggungjawab,” agak tegas Danish memberitahu hal itu kepada isterinya.

Tapi masih lembut nada suaranya.

Allesya yang mendengar itu hanya diam. Jujur dia agak terasa apa yang berlaku yang secara tiba-tiba dia terlibat sekali. Namun, kalau aku berada di tempat Danish aku rasa aku lakukan perkara yang sama.

Malah lebih teruk lagi, tak adanya nak berbudi bahasa macam sekarang ni. Ke Danish fikir sebab aku ni isteri dia?

Ya Allah…

“Awak..,” Allesya memanggil lembut suaminya.

Danish yang sedang memeriksa data kewangan melalui ipadnya itu terus mengangkat pandangan memandang ke arah isterinya.

“Saya minta maaf sebab saya tahu perkara ni takkan berlaku kalau bukan dari kecuaian saya. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berhenti kerja sebab saya tak nak perkara macam ni berlaku lagi. Saya takut kalau awak..,”

“Allesya,” lembut sahaja Danish memangkah tutur kata isterinya. Allesya yang hampir mahu menangis itu memandang suaminya kembali.

“Saya bukan orangnya yang suka tuduh menuduh tanpa bukti. Saya akan terus siasat perkara ni sampai saya dapat tahu siapa pelakunya. Ya perkara ni berlaku atas kecuaian awak tapi saya takkan salahkan awak seratus peratus okay?,” lembut Danish menutur katanya agar dapat memujuk hati sang isteri.

Allesya yang mendengar itu cuba menahan sebak di dada.

Entah kenapa dia masih rasa bersalah. Kuat hatinya mengatakan perkara ini takkan berlaku kalau bukan dari kecuaiannya. Entah bagaimana aliran keluar duit yang berjumlah setengah juta itu boleh atas namanya.

Bagaimana maklumat banknya boleh diketahui oleh sang pelaku tak guna itu.

“Saya percaya bukan awak orangnya, okay?,” Danish masih memujuk isterinya.

“Awak janganlah yakin sangat mana tahu..,”

“Awak cuba bagitahu saya apa yang awak boleh buat dengan setengah juta? Pelaburan? Pelaburan apa yang perlu sampai setengah juta? Don’t you remember that I’m professional investor? I know everything about investment,” tegas Danish cuba mengingati Allesya tentang profesionnya.

“Awak tak perlu rasa bersalah sangat lagipun saya dah tahu siapa yang buat,” beritahu Danish lalu matanya kembali ke skrin ipadnya. Allesya yang mendengar itu agak terkejut.

“Cepatnya awak dapat tahu,” sungguh Allesya masih terkejut. Danish yang mendengar itu tersenyum kecil sambil membalas pandangan Allesya sekejap.

Matanya kembali fokus ke skrin ipadnya.

“Awak tak nak tahu ke siapa?,” soal Danish cuba menguji Allesya.

Cepat sahaja Allesya menggelengkan kepalanya.

“Siapa orangnya saya tak peduli yang penting bukan saya orangnya,” Allesya kelihatan lega sambil terukir sedikit senyuman di bibirnya.

Danish yang hanya mendengar itu mengganguk kecil.

“Kalau macam tu saya keluar dulu, Tuan Danish,” pamit Allesya lalu terus bangun berdiri. Danish mengangkat pandangannya memandang isterinya.

“Cepatnya nak keluar, nak pergi mana?,” sengaja Danish menyoal begitu.

Allesya tertawa kecil.

“Nak sambung buat kerja lah sayang,” lembut suara Allesya menjawab.

Danish yang mendengar itu tersenyum lebar lalu terus dia membenarkan isterinya keluar dari bilik pejabatnya. Sehinggalah pintu sudah ditutup baru kedua matanya kembali ke arah skrin ipadnya.

Sungguh dia masih tidak percaya apa yang dilihat. Namun itulah kebenaran yang perlu dia terima. Orang yang dianggap boleh dipercayai rupa-rupanya menikam dari belakang. Terangkat hujung bibir Danish. Sinis.

Tapi dia lupa, dia berurusan dengan Megat Danish.

“Sampai bila kau ingin terus menjadi seperti orang tidak bersalah?,”

SOFFIYYA terus menghulur air suam kepada Adam sebaik selesai makan bubur ayam. Adam hanya menyambut huluran itu lalu air suam itu dicicip sekejap.

Dikembalikan semula kepada Soffiyya.

“Sikitnya awak minum, minumlah lagi sikit,” tegur Soffiyya lembut. Adam yang masih memegang gelas air suam itu terus memandang Soffiyya disebelahnya. Lama.

Soffiyya sekali lagi terkedu menerima pandangan Adam.

“Awak kan demam, so you need to hydrate yourself with water,” Soffiyya yang agak tidak selesa akhirnya bersuara cuba menghilangkan terkedunya itu. Adam mengalihkan pandangan lalu melepaskan keluhan kecil.

Nak tak nak, air suam itu dihabiskan perlahan-lahan.

Soffiyya yang memandang itu mengukirkan senyumannya di balik cadar purdahnya itu. Lalu dia menyambung membersihkan mangkuk bubur yang licin dihabiskan oleh Adam tadi.

Nak kata demam tu demam, tapi selera makan agak kuat juga! Bisik hati kecil Soffiyya yang membuatkannya tergelak kecil sehingga membuatkan Adam kembali memandang ke arahnya.

“Kau dah kenapa gelak sorang-sorang? Ke kau tengah gelakkan aku?,” cepat sahaja Adam membuat kesimpulan.

Cepat sahaja Soffiyya mematikan gelak kecilnya lalu dia menggelengkan kepalanya.

“Tak, saya mana ada gelakkan awak..,”

“Kau tak pandai menipu, Soffiyya,” potongnya lalu terus diteguk cepat air suam yang berbaki sedikit di dalam gelas kaca itu.

Gelas kaca itu dikembalikan semula kepada Soffiyya.

Soffiyya hanya menyambut lalu dia kembali mengemas.

Adam hanya memandang ke kaca televisyen yang membosankan itu. Yang si Areesya ni mana? Solat dhuha ke qiamullai sekali? Entah kenapa dia dapat rasakan Areesya sengaja meninggalkannya berdua dengan Soffiyya.

Yang Soffiyya ni pun banyak pula masa nak jaga aku? Tunang dia tak marah ke apa? Sakit pula hatinya apabila mengingati kejadian dia mengetahui Soffiyya sudah bertunang di sebuah restoran hari tu.

Dahlah lelaki tu boleh tahan handsome jugak! Bila? Ada je haritu. Masih segar di ingatan Adam.

Kring! Kring!

Mati terus khayalan Adam apabila mendengar deringan telefon. Bukan dari telefonnya tetapi dari telefon Soffiyya yang berada di atas sofa.

Soffiyya yang baru selesai mengemas itu terus menuju ke arah sofa lalu telefonnya dicapai.

Dibaca nama panggilan di skrin telefonnya itu.
Harraz? Naik rimas Soffiyya dibuatnya apabila membaca nama panggilan itu.

Kalau boleh selang beberapa jam confirm nak telefon itu telefon ni, kalau ada hal penting tak apa. Ni borak-borak kosong bertanya khabar. Rimas tahu!

Soffiyya lekas mematikan telefonnya. Ha biarkan semua orang tak boleh menelefonnya! Lalu dia kembali meletakkan telefonnya di dalam beg tangannya.

Adam yang dari tadi memerhati terus mengerutkan dahinya.

“Telefon tu dari semalam ke pagi tadi berbunyi tapi tak dijawab-jawab kenapa? Tunang call?,” terus Adam menyoal.

Soffiyya yang ditegur oleh Adam itu terus memandang ke arah Adam yang masih berada di atas katil.

“Tunang? Saya tak ada tunanglah!,” agak tegas Soffiyya memberitahu.

Adam mengerutkan dahinya.

“Dah tu yang hari tu siapa? Takkan pak cik kau pulak? Dah terang-terang lelaki tu kata yang dia tunang kau dan hujung tahun nak kahwin kan?,” terselit nada cemburu Adam menyoal bertubi-tubi.

Soffiyya melepaskan keluhan kecilnya lalu dia berjalan menghampiri Adam.

“Yang haritu kami baru je berkenalan itu pun keluarga dua belah pihak yang memaksa. Saya rasa saya seorang yang rasa terpaksa. Lelaki tu suka saya adalah! Tiba-tiba je bila nampak awak dengan Areesya haritu terus mengaku tunang padahal tak ada pun,” entah kenapa Soffiyya mengadu seperti kekanak-kanakkan kepada Adam.

Rasa puas bila ada orang mendengar luahan hati.

Adam pula hanya mendengar sambil membalas pandangan Soffiyya. Entah kenapa hatinya agak lega mendengar pengaduaan daripada Soffiyya itu.

Rasa macam ada peluang!

“Kalau macam tu kenapa tak berterus terang dekat dia yang kau tak suka dia?,” soal Adam ingin tahu. Soffiyya yang mendengar itu terus duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Adam.

“Kalau saya kata tak suka pun, parents kami berdua tetap juga nak kami bersatu,” beritahu Soffiyya sambil menunduk memandang ribanya.

Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya. Kecewa apabila tidak mampu membuat keputusan sendiri dalam memilih pasangan hidup.

Sedangkan hatinya sudah dimiliki oleh Adam dari zaman sekolah lagi!

“Kenapa kau tak suka dia? Kau ada orang lain?,” teragak-agak Adam menyoal. Segera Soffiyya mengangkat pandangannya memandang Adam.

Lebih terarah ke kedua-dua mata coklat gelap milik Adam. Adam juga membalas pandangan itu. Lama.

Masing-masing cuba menghantar isyarat tersirat yang berada di dalam hati.

Belum sempat Soffiyya menjawab, Areesya terus meluru masuk ke dalam bilik sambil mulutnya riuh memanggil Adam dan Soffiyya.

Terus mereka berdua sedar ke alam realiti. Adam yang menahan geram itu terus memandang Areesya.

Budak ni masa aku nak perlukan masa berdua dengan Soffiyya, kau wujud pulak! Haih, geram betul dengan budak seorang ni!

Kalau dapat siku kepala dia ni… Haih geram!
Terus agak riuh suasana bilik apabila Areesya bersuara.

“AWAK lepas ni saya nak minta izin awak keluar sekejap boleh?,” Allesya dengan teragak-agak meminta izin daripada suaminya itu.

Danish yang sedang menjamu selera terus memandang isterinya dengan kerutan di dahinya.

“Nak pergi mana?,” soal Danish ingin tahu.

“Keluar dengan kawan,”

“Dengan Soffiyya ke?,” soal Danish lagi yang membuatkan Allesya cepat sahaja mengganguk kecil.

Danish yang melihat reaksi itu hanya diam sekejap.
Allesya hanya menunggu jawapan Danish.

“Alah awak sekejap je sebelum pukul 11 saya balik lah,” pujuk Allesya.

Danish memandang Allesya sekali lagi.

“Pergilah, tapi janji balik sebelum pukul 11,” tegas Danish mengingatkan. Dengan senyuman lebarnya dia mengganguk cepat.

Danish hanya tersenyum nipis lalu menyambung makan malamnya itu.

Setelah itu, Allesya secepatnya bersiap memakai blouse putih dan seluar slack putih lalu dikenakan dengan shawl satin berwarna light brown. Simple tapi cantik dipandang dengan sekali pandangan sahaja.

Allesya, berwajah putih mulus yang mempunyai dua pasang mata bundar serta bulu mata lentik dan berkening lebat tapi tersusun cantik bentuknya dilengkapkan dengan hujung agak mancung dan bibir nipis.

Kejelitaannya persis Dahlia Rizal seorang model muslimah yang terkenal di Malaysia. Allesya segera menyembur minyak wangi sekeliling pemakaiannya lalu terukir senyuman di bibirnya.

Dah siap! Lawa!

Terus dia capai beg tangan dan telefonnya lalu terus melangkah keluar dari bilik. Dia berjalan menuju ke ruang tamu terlebih dahulu untuk menemui suaminya.

Danish yang masih sibuk dengan laptop di ribanya itu terus ditegur lembut.

Danish mengangkat pandangannya.

Terjongket kening kiri Danish dibuatnya apabila melihat penampilan cantik sang isteri. Seperti biasa, kecantikan Allesya tiada tandingannya namun malam ni lain sikit.

Terlebih cantik pun ada.

“Saya gerak dulu tau,” pamit Allesya lalu menyalam tangan kanan Danish. Danish hanya mengganguk kecil lalu kedua matanya melihat sosok tubuh isterinya itu melangkah keluar dari rumahnya.

Allesya terus melangkah menuju ke ruang lif sambil jari jemarinya mula membuat panggilan telefon dengan seseorang.

Punat butang lif itu ditekan dan menunggu lif itu naik ke tingkat paling atas bagi bangunan kondominium mewah di Kuala Lumpur. Danish merupakan pemilik penthouse di kondominium mewah ini.

Berkerut dahi Allesya dibuatnya apabila panggilan telefonnya itu tidak dijawab. Sekali lagi dia membuat panggilan telefon.

Masih menunggu. Dan akhirnya, dijawab.

“Kenapa lambat sangat angkat call ni?,” soal Allesya agak tidak berpuas hati.

Ting! Pintu lif terbuka untuknya.

Di luar kesedarannya, Allesya yang terus melangkah masuk ke dalam kotak lif itu berlanggar bahu dengan seseorang.

Cepat Allesya memandang gerangan yang melanggar bahunya.

“Ian?,” berkerut terus dahi Allesya sambil dia menjauhkan skrin telefon dari telinganya.

Ian Hazim mengukirkan senyumannya.

“Hi,” Ian berbalas sapaan.

“Awak datang sini nak teman Danish ke?,” soal Allesya ingin tahu. Yelah, untuk apa Ian tiba di tingkat ini kalau bukan ke penthouse Danish. Mendengar pertanyaan itu terus membuatkan Ian Hazim hanya mengganguk.

“Saya teman Danish sampai awak balik je, awak keluar tu hati-hati,” sempat lagi Ian Hazim memesan.

Allesya tersenyum kecil.

“Insha Allah, saya gerak dulu,” Allesya yang sudah berada di dalam kotak lif itu terus pamit pergi. Punat lif bernombor 3 ditekan. Tingkat 3 merupakan lobi utama bagi kondominium mewah itu.

Sebelum pintu lif tertutup, Ian Hazim sempat melambai tangan tanda selamat tinggal kepada Allesya. Allesya hanya membalas dengan senyuman. Lalu kakinya terus melangkah menghampiri pintu utama penthouse Danish.

Sebaik tiba di lobi utama, Allesya dihampiri dengan seorang lelaki yang kemas berkemeja biru laut yang mengajaknya keluar malam. Allesya menerima jemputan lelaki itu dengan senyuman lebar.

“Sayang, miss you!,”

“SEDAP ke tak tu, sayang?,” soal Shah apabila melihat kerutan di dahi Allesya. Allesya yang sedang menahan rasa masam aiskrim mangga itu terus memandang Shah yang berada disebelahnya itu.

Dia mengukirkan senyuman kecilnya lalu menyambung merasai aiskrim.

“You ni malam-malam teringin nak makan flavour mangga ni kenapa?,” soal Shah sengaja sebagai alasan untuk dia mengetahui sejauh mana hubungan Allesya dan Danish.

Sekali lagi Allesya segera membalas pandangan Shah.

“Why? Salah ke sayang teringin?,” soal Allesya hairan sedikitpun dia tidak mengesan tujuan asal Shah menyoalnya seperti itu lalu dia kembali merasai aiskrimnya semula.

“Tak, I bukan apa… Selalunya perempuan yang dah berkahwin ni kalau teringin nak makan mangga maksudnya dalam perut ada isi,” Shah berterus terang. Allesya yang mendengar itu sedikit terkedu lalu terus dia memandang ke arah Shah semula.

“You maksud kan I mengandung ke? Anak Danish?,” soal Allesya ingin tahu.

Shah yang mengganguk kecil itu terus membuatkan Allesya tertawa kecil.

“Yang you gelak-gelak ni kenapa?,” Shah yang agak serius itu tidak berpuas hati.

“Tak, yang sayang fikir sampai ke situ kenapa? I dengan Danish ni tak pernah lagi sampai sejauh yang sayang fikirkan. Come on, wedding kitorang pun baru 3 bulan,” jelas Allesya memberitahu cukup membuatkan Shah mengerti.

Shah yang mendengar itu agak lega.

“Baguslah kalau macam tu,” Shah mengukirkan senyumannya.

“Eleh takutlah tu, I takkan biarkan Danish sentuh I
lebih-lebih macam you fikirkan tu okay? No worries,” Allesya cuba menyakinkan Shah.

“Sayang kena ingat tau, you tu selamanya milik I,” Shah mengingatkan.

Allesya yang mendengar itu mengukirkan senyumannya.

“Ye, sayang akan ingat sampai bila-bila,”

Shah tersenyum.

Korang rilek jangan spam dm kat ig rifi tau. Chill dulu, tenangkan emosi. Need anything else dm me on ig @rifiyasfas_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience