SHAH yang dari tadi berjalan di kaki lima itu akhirnya berhenti melangkah apabila mengenang nasibnya yang dari tadi tidak makan.
Sejak dia terlepas dari tahanan polis kerana Danish menarik kembali dakwaan terhadapnya, Danish memutuskan untuk menarik semua kemudahannya. Rumah, kad kredit, kad debitnya, syarikat kecilnya semua diambil alih oleh Danish.
Sekarang dia tiada apa-apa melainkan dirinya sendiri. Keadaaanya juga sudah seperti seorang gelandangan, kusut masai dan tidak teratur pemakaiannya.
Perutnya sudah meragam inginkan makanan.
Ya allah, aku lapar.
“Nah, abang!,” tiba-tiba sahaja seorang kanak perempuan menghulurkan kepadanya sebungkus roti kecil kepadanya.
Shah mengangkat pandangannya memandang anak kecil itu.
“Dari tadi saya nampak abang ke hulur ke hilir, confirm abang belum makan lagi kan?,” soal anak kecil itu lagi sambil masih menghulurkan sebungkus roti.
Nak tak nak, Shah menerima roti itu.
Lalu cepat sahaja dia membuka roti itu dan makan dengan lahap.
“Alisha!,” seseorang memanggil anak kecil itu.
“Mama!,” jawab anak kecil itu lalu berlari mendapatkan ibunya.
“Kenapa sesuka hati dekat dengan orang macam tu? Bahaya tahu!,” ibunya itu mengingatkan anak kecilnya.
Shah yang dekat disitu hanya mendengar tidak berani dia mengangkat pandangan untuk memandang mereka.
“Alisha cuma bagi abang tu roti, kesian dia lapar,” jawab anak kecil itu.
“Mama tahu Alisha ni prihatin pada semua orang tapi berhati-hati,” ibunya menitip pesan agar anak kecil itu ingat. Shah yang mendengar itu terasa terharu.
Sudahlah nama anak kecil itu sama seperti Allesya.
Dengan sikap baik anak kecil itu membuatkan Shah mengingat pada Allesya Danielle.
Kejadian yang berlaku lalu diingati…
Ketika itu, Shah melangkah keluar dari balai polis dan menghampiri Allesya. Ketika itu dia tahu Danish sudah menarik kembali dakwaan ke atasnya disebabkan itu dia dilepaskan dari tahanan polis.
Shah syukur.
Dia tahu juga yang Allesya memujuk dan mendesak Danish.
Langkahnya diberhentikan sebaik berada di sebelah Allesya.
“Terima kasih sebab..,” belum sempat Shah menghabiskan ayatnya, Allesya bersuara.
“Sama-sama,” jawab Allesya sambil memandang Shah.
Shah membalas pandangan Allesya.
“Kau tak rasa ke lepas ni orang lain akan curiga dengan kau sebab kau dah tolong aku?,” sengaja Shah menyoal itu.
Dia khuatir jika selepas ini, orang mula curiga atasnya.
“Ke sebab kau tolong aku sebab kau masih ada perasaan dekat aku?,” soal Shah membuatkan Allesya terkejut.
Perasaan terhadap Shah dah lama hilang!
“Tak kira lah siapa pun yang Danish dakwa, kau tahu aku akan tetap buat apa yang aku buat sekarang. Bahkan Danish pun tahu yang aku akan tolong orang tu,” ucap Allesya membuatkan Shah terdiam sejenak.
Dia tahu sikap baik hati dan keprihatinan Allesya itu lah yang membantunya sekarang.
Dia masih membalas pandangan Allesya.
“Shah, keluarlah dari rumah tu. Hidup kau akan lagi hancur kalau kau tetap berada di rumah tu. Tak kiralah sama ada apa apa pun yang kau nak buat, tapi berjauhan lah dengan keluarga Megat,” Allesya bersuara lagi menasihati Shah.
Shah mengerutkan dahinya tapi dia faham apa yang dimaksudkan oleh Allesya.
“Aku tahu Shah kau menderita, kau banyak berkorban tapi kau rasa apa yang kau korbankan ni setanding tak dengan apa yang kau terima sekarang?,” soal Allesya cuba menyedarkan Shah.
Shah diam.
“Takkan? Jadi tinggalkan kami mulakan hidup baru. Aku tahu kau boleh,” sambung Allesya lagi lalu terus mengaturkan langkah meninggalkan Shah.
Shah yang mengingat tentang kejadian itu terus menangis teresak-esak. Masih dia ingat segala pengorbanan dia lakukan. Hidup sebagai seorang anak pembantu rumah membuatkan Shah hidup menderita.
Mengenangkan nasib ibunya yang dibunuh makin membuatkan Shah menangis tidak berhenti.
Berpura-pura bahagia sebagai anak angkat sedangkan dia merupakan anak kandung. Hak yang sepatutnya menjadi miliknya hancur kerana kehadiran Danish.
Cinta dan harta semua dikorbankan namun sedikitpun tiada memahaminya. Dia tidak diminta untuk dilahirkan.
Siapa diantara mereka yang lebih kejam?
“Ya allah,” bibirnya memanggil sang pencipta.
“ISHA tak faham lah dengan abang. Sebenarnya abang nak apa pada Allesya? Allesya dah minta ceraikan sepatutnya abang lepaskan!,” tengking Isha tidak berpuas hati sebaik sahaja dia mendekati Danish yang sedang menghadap Ipad.
Danish diam tidak mahu bersuara.
“Abang buatkan Isha pedulikan keluarga Isha sendiri, tapi abang sendiri tak mampu nak lepaskan Allesya?,” soal Isha lagi membuatkan Danish lekas memandang dan membalas pandangan isteri keduanya itu.
“Betul, abang susah untuk lepaskan Allesya. Abang takkan benarkan Allesya untuk jauh dari abang. Isha tahukan betapa pentingnya Allesya dalam hidup abang?,” Danish menyoal kembali dengan tegas.
Isha yang masih tidak berpuas hati terus mengerutkan dahinya. Sungguh dia hairan dengan sikap suaminya itu.
Apa yang susah sangat untuk lepaskan Allesya?!
BEBERAPA HARI KEMUDIAN…
SHAH yang baru sahaja melangkah keluar dari ruang gelap kaki lima itu terkejut apabila dihalangi dengan sebuah kereta velfire hitam.
Berdebar jantungnya apabila dia dikelilingi oleh beberapa lelaki yang memiliki badan tegap sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta itu.
Shah memandang satu persatu.
“Boss kami minta untuk jemput kau,” salah seorang daripada mereka bersuara.
“Siapa boss kau? Bagitahu dulu baru aku ikut korang,” tegas Shah.
Isha yang berada di dalam kereta itu terus melangkah keluar. Shah terkejut dengan kehadiran Isha itu. Isha melangkah menghampiri Shah.
“Isha nak minta bantuan abang,” Isha bersuara.
KEESOKKANNYA, Danish yang baru selesai menghadiri perjumpaan klien di sebuah kelab golf itu terus menghampiri keretanya.
Begitu juga dengan Fasha dan beberapa pengawal peribadi lain yang ditugaskan untuk perjumpaan klien penting itu.
Namun terhenti langkahnya apabila namanya dipanggil seseorang. Lekas matanya membalas gerangan yang memanggilnya.
Terkejut Danish menerima kehadiran sosok yang dahulu cukup dia sayangi. Shah Hazwan!
“Stop!,” langkah Shah lekas dihentikan apabila dihalangi oleh salah seorang pengawal peribadi Danish.
“It’s okay, Haris,” Danish menghampiri abangnya. Entah kenapa hatinya bagai disiat-siat apabila melihat keadaan abangnya sekarang bagai seorang gelandangan.
Dia tidak menyangka dia bisa sekejam dengan membuang abangnya sendiri. Dia memutuskan silaturrahim keluarga.
Nak tak nak, Shah masih tetap abangnya.
Abang yang dahulu selalu melindunginya dan mengajarinya ketika dia masih kecil dan bersekolah.
Air mata Danish mula jatuh membasahi pipi.
Baru sahaja dia ingin memeluk abangnya, Shah sudah bersuara.
“Aku datang sini sebab nak bagitahu kau sesuatu tentang hubungan aku dengan isteri kau, Allesya,” ujar Shah agak tegas membuatkan Danish mengerutkan dahinya.
“Allesya?,” Danish makin hairan.
“Ada perkara yang kau tak tahu, Danish. Dan aku rasa aku patut jumpa kau dan bagitahu tentang hal yang sebenar,” ujar Shah lagi makin membuatkan Danish tidak mengerti.
Bagitahu hal apa?
Tentang hubungan siapa?
“Masa Allesya jadi isteri kau, dia curang dengan kau. Dia berhubungan dengan aku. Aku dengan Allesya mencintai satu sama lain masa tu. Untuk pengetahuan kau lagi, aku dengan Allesya ada juga merancang untuk jatuhkan kau,” akhirnya Shah membongkarkan kesilapan terbesar yang pernah Allesya lakukan dahulu.
Fasha yang mendengar itu benar-benar terkejut.
“Apa benda yang kau merepek ni?,” sungguh Danish rasa tercabar dan terkejut.
“Kau pasti tak tahu kan sekarang Allesya mengandung anak siapa? Itu anak aku,” beritahu Shah lagi makin membuatkan api kemarahan Danish makin membuak-buak. Danish lekas menumbuk pipi Shah berkali-kali.
Mereka berdua bergelut dalam pergaduhan.
Namun sempat dileraikan oleh beberapa pengawal peribadinya. Bukan apa risau kalau Shah mati ditangan Danish.
Tak pasal-pasal dicop ‘pembunuh’.
“Aku tak nak tengok muka kau depan mata aku lagi! Kau blah sekarang!,” lantang suara Danish mengusir abangnya, Shah.
Shah yang lemah dibelasah itu bangkit bangun berdiri lalu sempat dia ukir senyuman sinisnya.
Kakinya perlahan-lahan mengatur pergi.
ALLESYA mengangkat pandangannya memandang langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang berkelipan. Allesya ukirkan senyumannya.
Kakinya mula melangkah berjalan perlahan-lahan di ruang kolam renang itu. Tangannya mengusap perlahan perutnya. Akhirnya, dia disahkan mengandung.
Sungguh dia tidak sabar untuk memberitahu pada Danish. Dia juga hairan mengapa suaminya itu pulang agak lewat hari ini.
“Anak ibu tunggu okay sampai daddy balik,” tersenyum Allesya dapat berbicara dengan anaknya yang baru berusia 2 bulan itu.
Entah sejak bila dia mengandung dia tidak pasti tapi sejak kebelakangan ini dia diserang alahan terus dia berjumpa dengan doktor.
Dan, alhamdulilah. Dia disahkan mengandung.
“Kau pasti ke tu anak abang Danish?,” soal Isha sebaik mendekati Allesya. Mendengar suara itu membuatkan Allesya rasa semak.
Dia berpaling kebelakang dan ingin membalas kata-kata Isha namun terkunci mulutnya apabila melihat ibu mertuanya juga ada.
“Puas kau tipu anak aku?,” soal Puan Sri Misha sinis.
Allesya mengerutkan dahinya.
“Apa yang mummy cakap ni? Allesya tipu siapa..,”
“Kau jangan buat tak tahu lah, Allesya! Kau fikir kitorang tak tahu ke kau sebelum ni ada hubungan dengan Shah?!,” lantang Isha menyalahkan Allesya.
Allesya sungguh terkejut.
Bagaimana mereka tahu tentang kekhilafannya dahulu?
“Aku dah agak dari dulu lagi kau ni perempuan tak baik..,” ucap Puan Sri sinis.
“Mummy..,” sebak Allesya mendengar ucapan daripada Puan Sri Misha itu.
Kedengaran pintu rumah dibuka membuatkan perhatian mereka teralih.
“Abang Danish dah balik..,” Isha segera berlari mendapatkan Danish.
Puan Sri Misha juga melangkah sama menuju ke ruang hadapan. Allesya cuba memejamkan matanya cuba menghadam apa yang dia rasakan sekarang.
Dadanya makin berdebar kencang.
“Abang..,” Isha menyapa Danish dengan senyuman namun terhenti senyumannya apabila Danish menolak tubuhnya sedikit agar tidak menghalangi jalan.
“Allesya mana?,” soal Danish tegas lalu menyerahkan kotnya secara kasar pada Isha.
Puan Sri Misha menghampiri anaknya itu.
“Allesya!,” teriak Danish dengan api kemarahannya membuak-buak.
Allesya yang masih berada di ruang kolam renang itu tersentak mendengar namanya dipanggil kuat.
Danish memanggilnya.
Baru sahaja, kakinya ingin melangkah terhenti apabila Danish melangkah laju ke arahnya yang membuatkan langkah Allesya terundur ke belakang.
Takut dengan kehadiran Danish sekarang.
Allesya terjerit kecil apabila tubunya hampir sahaja ingin jatuh ke kolam renang, namun cepat disambut oleh Danish.
Kedua-dua tangan Allesya lekas melingkari leher Danish agar menguatkan pegangan Danish di pinggangnya. Dan mereka membalas pandangan satu sama lain. Lama mereka begitu.
Isha dan Puan Sri Misha yang melihat kejadian itu makin tidak senang duduk.
“Mummy tengoklah tu!,” geram Isha dibuatnya. Puan Sri Misha lekas menyuruh untuk Isha berdiam sahaja dan melihat apa yang akan jadi.
“Thank you, love,” ucap Allesya lembut sebaik sahaja Danish melepaskannya.
Sebaik dia tidak jatuh ke dalam kalau tak naya je!
Danish diam sambil masih membalas pandangan isterinya.
Pandangan Allesya kepadanya membuatkan hati Danish perlahan-lahan sejuk. Terasa segala masalahnya dipejabat tadi hilang apabila melihat wajah suci Allesya.
Namun, bila diingatkan balik tentang hal yang dibicara oleh Shah petang tadi membuatkannya panas hati.
Allesya yang masih membalas pandangan Danish itu mengukirkan senyuman.
“Sayang dah mak..,”
“No wonderlah selama ni you ambil berat sangat tentang Shah sampai sanggup berlutut merayu supaya I bantu Shah. Sekarang, I tahu kenapa you sanggup buat macam tu,” tutur kata Danish itu benar-benar membuatkan senyuman Allesya mati.
Apa maksud Danish untuk mengatakan itu?
Adakah…
Allahh…
“Selama you jadi isteri I, betul ke you pernah berhubungan dengan Shah? Betul ke you dengan Shah merancang untuk jatuhkan I? You tak cintakan I sampai you sanggup curang dengan I? Tell me the truth, Allesya!,” soal Danish tegas bersama dengan linangan air matanya.
Suara Danish juga mula kedengaran bergetar-getar.
Sungguh Danish ingin tahu jawapan dari mulut isterinya sendiri. Tapi dia mengharapkan agar Allesya menafikan.
Sungguh, dia menyayangi Allesya.
Allesya yang diserang bertubi-tubi soalan itu mula diselubungi sebak dan tubir matanya juga sudah bertakung dengan air matanya.
Matanya yang berkaca-kaca dengan air mata itu membalas pandangan suaminya.
“Answer me, Allesya! Bagitahu I yang semua ni hanyalah rekaan Shah semata-mata untuk pisahkan kita berdua!,” desak Danish lagi makin membuatkan Allesya makin buntu dan sesak.
“Maafkan I, Danish. I tahu I sedar kekhilafan I dulu. Memang betul I ada hubungan dengan Shah masa I jadi isteri you, tapi I sedar silap I. I minta maaf, Danish,” akhirnya Allesya menjawab dengan jujur.
Kejujuran Allesya makin membuatkan hati Danish makin hancur. Pelbagai peristiwa dia dengan Allesya bermain dimindanya.
Peristiwa pertama, ketika Danish demam dan merajuk pada Allesya. Allesya datang menjaga dan memujuknya.
“Do you love me, Allesya?,”
“I really love you, Danish. Kalau boleh saya nak cintakan awak sampai hujung nyawa saya. Saya tak nak orang lain cintakan saya atau sebaliknya. Saya betul-betul cintakan awak. Tolonglah percaya,” tulus Allesya meluahkan segala perasaan cintanya terhadap suaminya.
Peristiwa kedua, ketika itu dia dengan Shah berbual tentang Allesya.
“I’m in love with her..,”
“Love?,” bibirnya Shah terukir senyuman sinis.
“Kau yakin ke yang perempuan tu betul-betul setia dengan kau? Kau yakin yang dia cintakan kau? Kau lupa ke Danish macam mana dia buat pada kau dulu? Kau dihina, dicaci, dibuli, dipukul sampai nyawa kau tu hampir hilang! Kau lupa ke?,” soal Shah cukup tegas.
Peristiwa ketiga, ketika dimana Allesya membantu untuk mencukur jambang dan misainya.
“I really love you, Danish,” ucap Allesya tulus.
Danish senyum.
“I know. I can see just from your eyes,” tuturnya lagi cukup membuatkan Allesya tersenyum manis lalu cepat bibirnya naik mengucup bibir Danish sekejap.
Danish agak terkejut menerima kucupan itu.
Peristiwa keempat, ketika itu Danish merajuk dengan Allesya sebaik sahaja Allesya terlepas cakap tentang arwah Puan Saidah.
Allesya sudah lama mengetahui tentang Puan Saidah dan Shah.
“Please after this, no more telling lies. No more misunderstanding and no more secret between us. Saya penatlah kalau asyik merajuk macam ni, you make me miss you,” gadu Danish mula bertukar nada manja.
“Okay, I’m promise,” Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil.
"No more lies, no more misunderstanding and no more secret between us,” Allesya mengulangi kata-kata suaminya. Dia mula berjanji pada Danish.
Peristiwa kelima, ketika itu Danish masih ragu dengan cinta Allesya namun Allesya menyakinkannya sebelum mereka bersetubuhan untuk kali pertama.
“Danish..,” Bibirnya bergetar-getar memanggil nama suaminya.
“Ikhlas daripada saya, Danish. I really in love with you, I really want you to be mine. Only mine. Only you, Danish. Please, jangan meragui cinta saya pada awak,” ucap Allesya sambil mula diselangi dengan tangisan.
Peristiwa keenam, ketika Allesya meminta untuk Danish berkahwin dengan Isha.
“Tapi you kena ingat satu perkara, Allesya. I takkan lepaskan you dan you tak boleh tinggalkan I. You tak boleh pergi mana mana tanpa keizinan I. You tak boleh tinggalkan I, Allesya. Tak boleh. You’re mine, Allesya. No one can replace you, Allesya. No one. You have to keep it on your mind,” tegas Danish mengingatkan Allesya.
Allesya dengan tangisan itu mengangguk.
“I will. I kan your love forever and the only one,”
Tubuh tinggi lampai Allesya itu Danish bawa erat masuk ke dalam pelukkannya.
Peristiwa ketujuh, dimana ketika itu Shah tidak dibenarkan untuk melihat arwah Tan Sri untuk kali terakhir, dan Allesya berpihak pada Shah.
“You berpihak pada lelaki tak guna itu?,” Danish sedikit tercabar dan cemburu.
“Ni bukan tentang pada siapa I berpihak tapi cara you menghukum tu salah,” tegas Allesya menegur suaminya. Danish sedikit bengang.
“You sepatutnya berpihak pada I, Allesya!,”
“You tahu tak dengan cara you ni buatkan Shah tak sempat jumpa arwah daddy untuk kali terakhir? Mana sikap berperikemanusiaan you, Danish?!,” geram Allesya dibuatnya.
“Kalau you nak bela sangat bekas kekasih you tak jadi tu per…,”
“Apa masalah you nak kaitkan perkara yang dah lepas?!,” suara Allesya mula meninggi tidak berpuas hati.
“You berperikemanusiaan sangat kan? Bukalah gate untuk dia,” dengan sinisnya Danish memerli Allesya lalu mengangkat kaki masuk ke dalam bilik mandi.
Peristiwa kelapan, ketika di ruang meja makan. Mata Danish melihat isterinya tidak lepas memandang kepada Shah. Disebabkan itu dia hilang selera makan.
“I know, mummy. Insha Allah, arwah Tan Sri Megat Idruz akan terus menjadi idola pada Shah untuk berjaya dalam business,” ujar Shah senekad-nekadnya.
Allesya yang turut ada di ruang meja makan itu tersenyum kecil. Tidak pernah dia melihat Shah senekad begitu, adakah Shah sudah berubah sejak dia hilang sementara sebelum kematian Tan Sri?
Baguslah kalau begitu.
Peristiwa kesembilan, ketika itu Danish tertinggal dompet dan dia mahu mengambil di rumah namun tidak menjadi apabila melihat Shah dan isterinya berbual di halaman rumah siap berpegangan tangan.
Shah menggengam pergelangan tangan Allesya.
“Duduk je, Danish dah keluar dengan Isha,” beritahu Shah membuatkan Allesya terkejut. Bila? Kenapa dia tak perasan langsung ke sebab dia terlalu sibuk di dapur tadi? Entah kenapa perasaan sedihnya kembali menyelubungi diri.
“Aku tahu kau tak okay sekarang Allesya,”
Peristiwa kesepuluh, ketika itu Allesya mendesaknya untuk membantu Shah.
“No, you kena tolong dia. Dia abang you and I sure yang Shah dijebak,” beritahu Allesya membuatkan Danish mengerutkan dahinya. Tapi dia takkan membantu Shah walau apa-apa pun cara.
“Tak perlu you melutut macam ni dengan I semata-mata untuk lelaki tak guna tu,”
“Lelaki tak guna tu tetap abang you, Danish. You kena tolong dia,” desak Allesya.
“I tak suka dengan cara you melutut macam ni semata-mata untuk dia. I tahu you seorang yang sangat peduli dengan orang lain tapi bukan dengan cara macam ni. I nak you sekarang bangun, love,” Danish mengulangi lagi ayatnya dan mengarah Allesya untuk bangun berdiri.
Allesya cuba menahan sebak lalu dia tunduk wajah ke bawah. Danish yang mengingat segala kronologi itu makin membuatkannya sakit hati dan betapa tulinya dia tidak menyedari tentang hubungan Allesya dan Shah selama ini.
Danish yang sudah bergelinangan air mata itu terus memandang Allesya.
“No, I tak percaya. You nafikan semua apa yang Shah cerita tentang you! You kena bagitahu dekat I apa yang you mengaku tadi adalah satu penipuan!!,” desak Danish lagi dan lagi.
Sungguh dia tidak percaya ini semua berlaku padanya!
Allesya yang sudah dengan tangisan itu menggelengkan kepalanya.
“Kita pernah berjanji, Danish. No more lies, no more misunderstanding and no more secret between us,” Allesya kembali mengingatkan Danish tentang janji mereka itu.
Mendengar itu membuatkan api kebencian dan kemarahan Danish makin membuak-buak.
“Sanggup you buat I macam ni, Allesya? Apa selama ni cinta I pada you tak cukup sampai you sanggup curang? Curang dengan abang I sendiri? Kenapa you perlu sakitkan hati I sesakit macam ni, Allesya!,” sungguh hati Danish sudah hancur sehancurnya.
Allesya yang membalas pandangan suaminya dengan tangisan itu mula mendekati Danish dan ingin dia capai tangan Danish. Namun cepat ditepis kasar oleh Danish yang cukup membuatkan Allesya tersentak.
Danish mula mengundurkan langkahnya kebelakang. Dia perlu berjauhan dengan Allesya kalau boleh muka Allesya juga dia tidak sanggup melihat! Dia rasa jijik!
Allesya terkejut dengan reaksi Danish itu yang menunjukkan Danish benar-benar benci padanya. Allesya memang benar inginkan perpisahan tapi bukan dengan cara begini. Dia tidak mahu Danish membencinya.
Dapat Allesya rasakan betapa hancurnya hati Danish.
Danish yang membalas pandangan Allesya itu tersenyum sinis.
“Shah selalu dalam hati you kan?,” soal Danish lagi.
Cepat sahaja Allesya menggelengkan kepalanya.
Bukan Shah yang berada di dalam hatinya sekarang tapi seorang lelaki bernama Megat Danish.
“Danish..,” sekali lagi Allesya memanggil nama suaminya sambil cuba meraih tangan Danish namun sekali lagi Danish menepis kasar.
“Jangan sentuh aku!,” Danish mula menukar panggilan.
Allesya tergamam dan hatinya hancur mendengar bicara kasar Danish. Dapat Allesya rasakan dari pandangan Danish muncul rasa kebencian terhadapnya.
“Kau nak sangat kan aku lepaskan kau..,”
Allesya menggelengkan kepalanya.
“Allesya Danielle Binti Emir Azman, aku ceraikan kau dengan talak tiga!,” lafaz Danish benar-benar membuatkan Allesya terkejut.
Bukan itu sahaja, Isha dan Puan Sri Misha yang menjadi saksi juga terkejut sama.
“Danish..,” Allesya sungguh tidak menyangka.
“Mulai saat ini, kau berambus daripada rumah aku! Kau angkut semua baju kau keluar dan jangan tunjukkan muka kau depan mata aku lagi!,” lantang Danish mengusir Allesya.
Sungguh, apa yang dirasakan dalam hati Danish sekarang hanya sebuah kebencian! Kaki Danish diatur meninggalkan Allesya.
Terduduk Allesya dibuatnya. Apa yang kau dah buat ni, Allesya? Hati Danish sehancur-hancurnya, Ya Allah.
Allahuakhbar.
Allesya mula menghamburkan tangisannya.
AKHIRNYA, Allesya mengatur langkahnya keluar dari rumah agam itu. Impiannya dahulu untuk melangkah keluar dari sini akhirnya tercapai.
Namun bukan dengan cara begini. Dengan keadaan dia mengandung, Danish menceraikannya? Allesya masih tidak berhenti menangis.
Kakinya dikuatkan untuk melangkah. Tangisan beberapa pembantu rumah didengari oleh Allesya. Pemergiannya diiringi oleh mereka. Isha dan Puan Sri Misha?
Sedikit pun tidak mahu melihatnya.
“Puan Allesya, kenapa tak pergi esok sahaja? Dah lewat malam,” soal salah daripada mereka dengan tangisan. Allesya yang mendengar itu mengukirkan senyuman.
“Tak boleh. Saya kena keluar malam ni juga,” jawab Allesya cuba berlagak tenang sedangkan dalam hatinya sudah sehancur hancurnya.
“Puan Allesya, jaga diri dekat luar sana. Kami takkan lupa jasa baik Puan!,” salah seorang daripada mereka bersuara yang membuatkan Allesya sedikit kuat mengharungi setiap ujian yang dihadapi.
Allesya hanya angguk sekejap lalu pandangannya dihala ke rumah agam itu. Rumah yang penuh duka dan bahagia yang membuatkan hidupnya makin haru biru.
Kisah cintanya pada Danish akhirnya diakhiri dengan penuh kebencian.
“Allesya tetap akan menjadi menantu yang terbaik untuk daddy,” terngiang-ngiang kata terakhir Tan Sri Megat Idruz kepadanya sebelum disahkan meninggal dunia.
Sekali lagi, air mata Allesya jatuh membasahi pipinya.
Segala kenangan yang pernah dia lalui bersama dengan Danish berputar-putar di mindanya. Setidaknya, sekarang dia memiliki Danish junior di perutnya.
Isha beritahu kepadanya bahawa Danish menggangap anak yang dikandung itu adalah anak kepada Shah.
Waallahi, Allesya tidak pernah membiarkan Shah menyentuhnya. Danish sebagai seorang suami adalah orang pertama menyentuhnya.
Janin yang berada di dalam perutnya adalah anak Danish bukannya Shah. Biarlah Danish ingin menggangapnya apa pun. Lagipun, Danish sudah menceraikannya dengan talak tiga, begitu bencinya Danish kepadanya.
Allesya menangis lagi dan lagi. Air matanya itu tidak mahu berhenti. Biarlah Allesya biarkan malam ini kau menangis sepuas-puasnya. Allesya perlahan-lahan mengatur langkahnya pergi meninggalkan rumah.
Beg bagasinya ditarik juga bersama dengan tangisannya.
Kalau lah aku tak mengenal Danish, aku takkan memikirkan tentang dia.
Kalau lah aku tidak bertemu dengan Danish, aku takkan rindukan dia.
Kalau lah aku tidak sayang pada Danish seperti mana aku menyayangi sekarang, pasti aku takkan ada kenangan dengannya.
Allesya makin lebat tangisannya.
Kalau lah…
Kalau lah aku tidak mencintainya pasti aku tidak perlu berjauhan dengannya seperti ini. Semua itu datang dari kekhilafannya dahulu.
Kalau lah aku tidak mengkhianatinya, pasti aku takkan dibenci oleh Danish.
Semua ini berlaku kerana langkahnya mendekati Danish.
Pertemuan di arab disambung dengan pertemuan di satu pejabat. Cinta semakin mekar diantara mereka namun akhirnya cinta mereka berakhir seperti ini.
Danish, jujur saya tetap akan mencintai awak sampai bila-bila.
“Anak ibu..,” Allesya mula mengusap perutnya.
“Walaupun daddy tak ada dengan kita, ibu tetap akan jaga dan besarkan awak,”
JAM 5:40 pagi, jatuh pada hari Jumaat akhirnya Allesya menghembuskan nafas terakhirnya selepas sahaja dia melahirkan anaknya. Adam Lian sebagai seorang sahabat menemani Allesya sejak diceraikan oleh Danish.
Adam juga yang menjaga dan merawat Allesya. Pernah Adam memberi cadangan agar mereka berdua berkahwin namun disebabkan utuhnya rasa cinta Allesya pada Danish, dia menolak lamaran Adam.
Soffiyya tahu alasan mengapa Adam memutuskan pertunangan mereka hanya kerana ingin membantu Allesya. Adam tahu yang Danish akan menceraikan Allesya justeru itu Adam memutuskan pertunangan agar bisa berkahwin dengan Allesya.
Namun, Allesya masih setia pada Danish. Walaupun sudah bercerai, Allesya tidak mahu menduakan Danish. Danish seorang sahaja yang bertakhta dalam hatinya.
Pada awalnya, Soffiyya menyerang Allesya kerana disebabkannya dia tidak jadi berkahwin dengan Adam.
Soffiyya hampir sahaja membenci kawan baiknya sendiri namun nasib yang menimpa Allesya bahkan lagi teruk daripadanya.
Allesya bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat keturunan Danish, namun sedikitpun Danish tidak mahu datang melawat Allesya. Surat dan email yang banyak kali dihantar oleh Allesya namun Danish mempedulikan.
Setiap hari Allesya menunggu balasan daripada pihak Danish namun satu pun tiada.
Satu sahaja pesan terakhir Allesya yang dia titipkan pada Adam dan Soffiyya.
“Jaga anak aku sebaik-baiknya. Jangan biarkan dia mendekat dengan Danish terutama sekali dengan Megat Trading. Aku tak nak dia derita macam aku alami sebelum ni. Biarlah dia hidup bebas dengan korang berdua. Anggaplah itu anak korang sendiri,”
Megat Noah.
Junior Megat Danish dan Allesya Danielle.
MEGAT Danish lekas terjaga apabila sudah banyak kali dia memimpikan bekas isterinya, Allesya dan setiap kali dia terjaga pasti air matanya jatuh membasahi kedua-dua pipinya.
Entah mengapa hatinya sedih dengan kehilangan Allesya.
Ya, Danish sudah tahu tentang kematian Allesya tapi dia sendiri masih belum pasti asbab kematian itu. Dia sendiri tidak mahu ambil tahu apabila mengenangkan kekhilafan Allesya dahulu ketika masih menjadi isterinya.
“Allesya,” bibirnya menyebut nama bekas isterinya itu.
Akhirnya dia bangun berdiri lalu kakinya berjalan menuju ke tandas. Dia ingin mengambil wuduk dan solat.
Sungguh hatinya sekarang dilanda kesedihan tapi bukan satu penyesalan. Dia tidak menyesal menceraikan Allesya.
Dia ada sebab menceraikan Allesya.
Bukan senang untuk Danish akui kedayusannya sepanjang menjadi suami kepada Allesya.
Sampai sekarang dia tidak pasti adakah Allesya benar mencintainya atau hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri?
Danish sendiri bingung sama ada dia benar membenci Allesya atau hanya rasa terkilan dengan sikap Allesya?
Namun jika membahaskan tentang rasa sayang dan cintanya pada Allesya sungguh dia akui rasa itu masih ada dan kekal dan tidak pernah berkurang.
Seusai solat dan berdoa, Danish bangun berdiri dan melipat sejadah. Hanya dia seorang di dalam bilik itu.
Sejak dia berkahwin dengan Isha, tidak pernah dia sebilik dan menyentuh Isha. Esok hari pasti Danish akan menerima surat penceraian daripada Isha.
Isha tidak sanggup lagi bertahan dalam perkahwinan itu.
Danish meregangkan telapak tangannya. Masih dia ingat tangan ini yang memeluk dan menyentuh Allesya dengan penuh kasih sayang.
Tapi sayang, Allesya mengkhianati rasa itu. Rasa yang ikhlas daripada Danish.
LIMA TAHUN KEMUDIAN…
Danish menziarahi kubur Allesya. Setiap hari pasti 2 kali dia menziarahi kubur bekas isterinya itu tanda dia masih menyayangi dan mencintai Allesya.
Seusai membaca surah yassin dan al fatihah, Danish membersihkan kawasan perkuburan itu.
Setelah itu, dia melangkah menuju ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu, seorang anak kecil lelaki datang memeluk kakinya sambil memanggil ‘daddy’.
Danish mengerutkan dahinya sambil dia pandang anak kecil yang memakai baju melayu hitam.
Danish juga mengenakan pakaian baju melayu hitam.
“Daddy, don’t ever leave me!,” kanak kecil itu meraung sambil masih memeluk kakinya itu. Makin hairan Danish dibuatnya, dimana penjaganya? Danish pandang sekeliling.
Kawasan perkuburan Allesya terletak bersebelahan dengan masjid.
Danish mendukung anak kecil itu dan baru kelihatan wajah comel anak kecil itu. Kulitnya putih seperti kulit Danish dan warna anak mata juga sama keperang-perangan.
Bibir kecil seperti Allesya.
Entah kenapa bayangan Allesya kelihatan pada anak kecil itu. Mungkin kerana kerinduannya pada Allesya.
“What is your name, my little boy?,” soal Danish lembut sambil memperbetulkan rambut anak kecil itu.
Memandang anak kecil itu petah bercakap dalam bahasa inggeris jadi Danish ikutkan sahaja.
“Noah,” anak kecil itu menjawab dengan senyuman.
“Noah? Its beautiful name like you,” Danish angguk. Sedap namanya!
“Thank you, daddy!,” budak kecil itu berterima kasih membuatkan Danish tersenyum lebar.
Comel betullah!
Dengan panggilan daddy lagi membuatkan Danish gembira.
Baru sahaja Danish ingin menanyakan lagi terdengar suara garau memanggil dan mencari Noah.
“Noah!,” Adam yang sudah seriau itu macam orang tak betul cari anak Allesya.
“It’s papa call me?,” Noah yang sedar itu bertanya pada Danish.
“Is that your papa?,” soal Danish ingin tahu.
“Yeah my papa and you are my daddy like my mom told me,” beritahu Noah sambil mengisyaratkan Danish untuk menurunkannya apabila Adam datang kepada mereka.
Noah terus berlari mendapatkan Adam.
Adam pula terkejut dengan kehadiran Danish. Begitu juga dengan Danish. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Adam. Seperti sudah lima tahun, Allah mempertemukan mereka semula.
“Anak kau ke?,” soal Danish cuba mengawal kejanggalannya.
Adam yang sudah risau jika Danish mengetahui hal sebenar itu terus mengangguk.
“Ha ah anak aku dengan Allesya,” selamba sahaja Adam menjawab. Itu sahaja cara untuk dia mengabuluri fikiran Danish.
Bukan apa kalau tengok dari segi rupa, memang Noah seiras dengan Danish cuma ada campuran dengan Allesya.
Terkejut Danish mendengar.
“How’s come?,”
“Tak perlu lah kau tahu, Danish. Let’s go Noah,” Adam terus mendukung Noah yang sudah berusia 4 tahun itu.
Noah terus mengukirkan senyuman kepada Danish lalu tangan kecil itu memberikan lambaian.
Danish hanya balas begitu sahaja namun terhenti senyumannya apabila memandang gelang ‘silver’ yang dipakai Noah itu.
Lalu dipandang gelang ‘silver’ yang dipakai juga oleh Danish.
“Sekejap, Adam!,” arah Danish lalu terus berlari mendapatkan Noah. Diperiksa gelang ‘silver’ itu. Reka bentuk sama sepertinya.
“Eh apa kau buat ni?!,” geram Adam dibuatnya.
Danish mempedulikan lalu dia periksa nama yang terukir pada bahagian dalam gelang itu.
Junior Danish dan Allesya.
Peristiwa dahulu, kita mereka berdua sedang berbulan madu bermain di fikiran Danish.
Peristiwa itu masih segar dan masih diingat…
“Awal betul love nak buat gelang untuk baby?,” soal Danish sambil tangannya masih memeluk pinggang Allesya.
Ketika itu, mereka singgah sekejap di sebuah kedai untuk membuat satu gelang silver seperti yang dipakai oleh Danish.
“Kan love dah kata… kalau tak dapat baby at least we have this simbolik,”
“Kenapa cakap macam tu pula? Confirm kita akan ada baby, tengoklah macam mana kuatnya daddy dia,” usik Danish sahaja.
Allesya mendengar itu tergelak.
“Walaupun Allah belum bagi kita rezeki, tapi tak apa I boleh tunggu. Cuba you tengok apa yang I minta diorang buat,” ajak Allesya sambil dia menunjukkan hiasan dalaman gelang itu.
“Junior Danish dan Allesya,” baca Danish sambil tersenyum lebar.
“Insha Allah, allah akan bagi kita rezeki anak nanti,”
“Aamin,” Allesya lekas mengaminkan.
“Anyway you nak letak nama anak kita apa?,” soal Danish sekadar ingin tahu. Allesya diam sejenak untuk berfikir.
“Kalau perempuan belum ada lagi tapi kalau lelaki dari dulu lagi I nak sangat nama anak kita nanti ‘Noah’,” jawab Allesya sambil berangan-angan.
“Noah? Sedap nama dia!,” jujur baru pertama kali mendengar, Danish sudah suka.
Its Noah!
Patutlah tadi bila dia mendengar nama itu dia seakan-akan pernah dengar sebelum ni namun dia tidak pasti dimana.
Rupa-rupanya…
“Ya Allah, Noah ke ni?,” tak terkata Danish dibuatnya apabila baru dia sedar dihadapannya sekarang adalah anaknya!
Terus dipeluk erat tubuh kecil itu, patutlah wajah anak kecil itu seiras dengannya.
“Daddy minta maaf sayang!,” Menangis Danish dibuatnya memohon maaf.
Adam yang melihat itu terus melepaskan pelukan itu dan dibawa Noah ke belakang tubuhnya. Tersentak Danish dengan tingkah Adam itu.
“Bukan kau kata dekat Allesya dulu, ni bukan anak kau?! Asal tiba-tiba kau nak mengaku dia anak kau? Dah insaf dah sedar?!,” geram Adam menyoal Danish bertubi-tubi.
“Aku minta maaf, Adam,”
Adam tertawa sinis.
“Bukan dengan aku lah kau kena minta maaf! Allesya yang dalam kubur tu kau pergi minta maaf. Lepas kau ceraikan dia, kau biarkan dia keluar dari rumah kau malam-malam buta dengan perut kosong sebab tunggu kau balik, dengan gembira dia nak bagitahu yang dia mengandung tapi apa kau buat? Kau kata anak yang dia kandung tu anak haram, kau fikir apa masa tu? Kau fikir Allesya tu perempuan murahan ke?!,” Adam akhirnya meluahkan dan memberitahu pada Danish.
Suara lantang Adam itu membuatkan Noah terkejut dan menangis.
Danish yang mendengar itu rasa terkilan. Hatinya bagai ditusuk mendengar semua kebenaran dan silapnya dahulu.
Ya Allah. Danish bagai mahu pitam.
“Sayang?,” Soffiyya datang menghampiri mereka. Makin terkejut Soffiyya apabila melihat Noah menangis ketakutan.
Terus dia dapatkan Noah dan didukung erat.
“Bawa Noah masuk dalam kereta,” arah Adam lembut dan Soffiyya hanya menurut. Danish hanya mampu melihat kepergian anaknya itu. Tak tahu apa yang dia rasa sekarang, perkara ni semua berlaku secara cepat.
“Yes, dia memang anak kau. Dia Megat Noah. Tapi, Allesya ada amanah dekat aku dengan Soffiyya untuk jaga dan besarkan dia. Allesya tak bagi langsung untuk Noah dekat dengan kau apatah lagi dengan Megat Trading dan keluarga kau. Allesya tak nak anak dia hadap dan rasa hidup sengsara dengan keluarga kau,”
“Aku tahu kau memang ada hak sebab Noah anak kau dan aku pun takkan halang kau untuk berjumpa dengan Noah tapi tolong kau bersikap rasional sebab aku pegang amanah Allesya,” tutur Adam tenang.
Danish yang mendengar itu hanya angguk perlahan dan kakinya mula melangkah lemah menuju ke keretanya.
Bibirnya tidak mampu bergerak dan wajahnya mula pucat. Seluruh tubuhnya lemah apabila mengenangkan silapnya pada Allesya.
“Kau nak sangat kan aku lepaskan kau..,”
“Allesya Danielle Binti Emir Azman, aku ceraikan kau dengan talak tiga!,”
“Danish..,” suara Allesya memanggil namanya masih kedengaran di telinganya.
“Mulai saat ini, kau berambus daripada rumah aku! Kau angkut semua baju kau keluar dan jangan tunjukkan muka kau depan mata aku lagi!,” amarahnya juga berlegar-legar di kawasan pendengarannya.
Sebuah penyesalan dan rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
Allesya… Maafkan sayang! Maafkan…
Danish mula rasa dunianya gelap.
Adam yang dari belakang itu mengerutkan dahinya melihat keadaan Danish yang secara tiba lemah seperti orang tidak bermaya sedangkan tadi elok sahaja.
“Danish!,” berlari Adam mendapatkan Danish.
DANISH lekas terjaga apabila sekali lagi dia masih memimpikan Allesya. Dalam mimpinya, Allesya menangis kesakitan melahirkan anaknya. Bibir Allesya selalu memanggil nama Danish namun Danish tiada di sisi.
Ya Allah.
Makin rasa bersalah Danish dibuatnya.
"Danish okay tak ni?," soal Puan Sri Misha yang dari tadi menanti anaknya itu sedar. Khuatir hati seorang ibu apabila melihat anaknya menangis.
"Mummy.... Danish banyak buat salah pada Allesya. Kekhilafan Allesya dulu tak setanding dengan nyawa dia pertaruhkan untuk lahirkan anak Danish, mummy," gadu Danish seperti anak kecil.
"Ya Allah," Danish sudah teresak-esak menangis.
Puan Sri Misha hanya diam tidak menjawab.
Danish lekas bangun berdiri dan mencari satu lukisan yang disembunyikan di balik kabinet kecil. Dia capai dan matanya tidak lepas memandang lukisan gambaran Allesya itu.
Masih dia ingat bagaimana gembiranya ketika itu melukis wajah Allesya disamping ditemani oleh Allesya. Rasa itu rasa gembira sekali.
Terasa indah hubungan mereka ketika itu...
Allesya masih memandang Danish yang masih sibuk memperbetulkan lukisan. Agak kaku sekejap Allesya dibuatnya apabila Danish kembali membalas pandangannya.
Danish tersenyum lebar lalu pandangannya jatuh ke bibir Allesya. Lalu dia kembali memandang ke arah kertas manjung untuk melukis.
Tangan kirinya itu lincah melukis bentuk bibir Allesya.
Sekali lagi, Danish membalas pandangan isteri lalu jari kirinya mula naik menyentuh bibir Allesya.
Jarinya itu mula bergerak mengikut bentuk luaran bibir Allesya. Dia ingin mendapatkan lukisan bentuk bibir Allesya yang sempurna.
Allesya hanya biarkan tingkah suaminya itu dan pandangannya itu tidak lepas memandang Danish.
Tingkah Danish yang menyentuh bibirnya itu benar-benar makin membuatkan jiwa Allesya menjadi tidak tentu arah.
Lalu Danish kembali menggunakan tangan kirinya untuk melukis.
Selang beberapa minit,
“Dah siap,” beritahu Danish sambil tersenyum lebar.
Mendengar itu terus membuatkan Allesya mula mengalihkan pandangannya ke kertas manjung putih.
Lukisan wajahnya itu benar-benar menambat hatinya.
“Lawanya!!,” Allesya terus mengalihkan pandangannya ke arah suaminya semula. Danish yang masih dengan senyumannya itu dia membalas pandangan isterinya.
“I really love it!,” ujar Allesya teruja.
“Thank you, my love,” Danish makin melebarkan senyumannya.
“Is not about how pretty my drawing, but is about how beautiful you are,” ujar Danish lembut lalu tangan kirinya mula naik mengusap pipi kanan Allesya.
Allesya tersenyum lagi.
“Saya nak namakan lukisan ni ‘Memories Allesya’ sebagai kenangan untuk kita berdua. Jadi, lepas ni kalau awak tengok lukisan ni it will make you remember everything about me. I will wrote down my name too,” ujar Danish lagi sambil tersenyum.
Allesya yang mendengar itu tersenyum lagi.
“Memories Allesya, best tittle ever Danish,” ujar Allesya lembut.
Danish senyum lagi sambil matanya tidak lepas memandang wajah jelita isterinya itu.
Danish terduduk bersama dengan lukisan yang pernah dilukis itu. Bukan lukisan ini yang membuatkan Allesya ingat kepadanya, justeru Danish sendiri.
"Maafkan Danish, Allesya," dengan tangisannya Danish memohon maaf. Puan Sri Misha yang turut melihat itu terus berjalan laju mendapatkan anaknya.
Dipeluk tubuh sasa anaknya itu.
Pertemuan di Arab menyinggah di fikirannya. Memori dia bersama Allesya masih terasa indah di dalam hatinya. Senyuman dan gelak ketawa Allesya masih segar di ingatannya.
Kenangan indah bersama Allesya di Arab...
“Kalau saya diberikan peluang untuk memilih, saya akan pilih untuk kekalkan hari ni sampai bila-bila supaya kenangan yang kita bina takkan hilang,”
“Kalau hilang macam mana?,” sengaja Allesya menyoal ingin menguji Danish.
“Ia takkan hilang,” Danish yakin.
“Awak pasti?,” sekali lagi sengaja Allesya menyoal.
“Saya pasti walau apa-apa pun berlaku kenangan yang kita bina hari ni akan jadi kenangan buat kita berdua sampai bila-bila,"
Perbualan mereka ketika di Arab itu masih diingati jelas oleh Danish. Danish masih lagi menangis penuh dengan penyesalan.
"Maafkan Danish, Allesya...,"
TAMAT
Terima kasih korang sudi membaca kisah cinta Allesya dan Danish. Rifi sebagai penulis sangat sangat hargai korang. Thank you so much again and again. Follow rifi dekat instagram, so korang boleh tahu kalau rifi ada nak buat novel baru.
Share this novel