BAB 19

Romance Completed 21483

ALLESYA Danielle yang membawa dua gelas kaca milo panas itu terus mengatur langkah menuju ke ruang tamunya. Tiba di sana, dia meletakkan dua gelas kaca itu di atas meja lalu dia mengatur langkah kembali ke ruang dapur.

Dia sudah menyiapkan menu sarapan pagi yang mudah iaitu sandwich. Kalau bukan kerana Shah Hazwan ada di rumahnya tak adanya dia nak menyiapkan sarapan pagi walaupun itu mudah.

Dia tidak biasa sarapan pagi di rumah.

Sebaik tiba di ruang tamu, dia meletakkan pinggan yang diisi tiga sandwich itu di atas meja. Dia memandang Shah Hazwan yang masih belum bangun dari tidur itu sambil dia melabuhkan punggungnya di sofa yang berhadapan dengan Shah Hazwan.

Takkan nak bangun pagi pun nak kena orang yang kejutkan? Memang tak biasa bangun pagi ke apa?

“Shah, bangun!,” Allesya Danielle mencuba untuk mengejutkan Shah Hazwan. Tepat tekaannya dia tidak berjaya. Dia menahan geram terus dia mencapai bantal kecil yang terdapat di sofa itu lalu terus dilempar ke arah Shah Hazwan.

Itu membuatkan Shah Hazwan terus bangun dari tidurnya. Dia mencari gerangan yang membaling bantal ke arahnya itu.

Siapa lagi kalau bukan Allesya Danielle?

“Kau memang tak reti nak kejut aku elok-elok eh?,” soal Shah Hazwan menahan geram.

“Aku dah kejut kau dengan cara paling sopan eh tadi kau yang tak bangun!,” Allesya Danielle mempertahankan dirinya. Shah Hazwan yang mendengar itu hanya menjeling geram lalu dia bangun duduk menyandar di kepala sofa.

“Ni aku ada buat sandwich dengan milo panas, makan lah,” jemput Allesya Danielle sambil menolak gelas kaca itu ke penghujung meja agar dapat digapai oleh Shah Hazwan.

Shah Hazwan yang melihat itu mengukirkan senyuman nipisnya.

“Macam mana kau tahu aku suka minum milo panas?,” soal Shah Hazwan ingin tahu.

“Manalah aku tahu, aku buat je sebab aku selalu minum milo panas sebelum pergi kerja,” beritahu Allesya Danielle dan dia mencicip sedikit milo panas itu.

Shah Hazwan tersenyum lagi.

“Cuma satu je lah, sandwich yang kau buat tu aku tak suka sangat maksud aku, aku kurang makan sandwich kalau Danish ye lah sarapan pagi alah-alah orang barat,” beritahu Shah Hazwan.

Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle mengganguk kecil.

“Same goes to me, aku tak suka sarapan pagi dengan makanan berat nanti aku mengantuk dekat offce,” Allesya Danielle mencicip sekali lagi milo panas itu.

Shah Hazwan hanya mendengar dan dia mencebik kecil.

Patutlah aku selalu mengantuk pagi-pagi sebab aku kerap sarapan pagi dengan makanan berat rupanya. Manalah aku tahu aku dah biasa sarapan orang melayu.

“Weyy ada berus gigi lebih tak? Aku nak gosok gigi dulu sebelum makan,” beritahunya sambil sudah bangun berdiri.

“Oh ada, kejap aku pergi ambil,” Allesya Danielle yang baru selesai mencicip milo panas itu terus bangun berdiri. Lalu dia melangkah ke ruangan dapur dan menarik laci stok-stok mandiannya.

Dicapai berus gigi baharu itu.

Dia menutup laci itu kembali dan mengatur langkah menuju ke Shah Hazwan yang berada di ruang tamu itu. Sebaik tiba di sana, Allesya Danielle terus menghulurkan berus gigi itu.

“Nah, nanti lepas pakai kau buang je terus berus gigi ni dalam tong sampah,” pesan Allesya Danielle sebaik Shah
Hazwan mencapai berus gigi itu.

“Tak payah lah sampai nak buang, buatnya kalau aku nak datang bermalam dekat rumah kau macam mana?,” sengaja Shah Hazwan ingin mengusik Allesya Danielle.

“Memang tak lah! Lepas guna tu kau buang jelah berus gigi tu dalam tong sampah,” sekali lagi Allesya mengulang pesanannya lalu mengatur langkah menuju ke sofa namun terhenti apabila Shah Hazwan menarik tangannya sehingga dirinya begitu dekat dengan Shah Hazwan.

“Apa kau ni?,” terus dia mengundurkan tapaknya ke belakang namun Shah Hazwan menariknya kembali dekat dengannya.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya.

“Stay kejap,” beritahunya lalu perlahan-lahan ibu jarinya naik ke bibir Allesya Danielle lalu dia mengelap buih milo panas yang terlekat di atas bibir itu.

Tindakan Shah Hazwan itu membuatkan seluruh tubuh Allesya Danielle kaku.

Selesai itu, Shah Hazwan mencapai sehelai tisu yang ditarik dari kotak tisu yang terletak di tengah-tengah meja itu. Dia mengelap ibu jarinya yang mengelap buih di bibir Allesya Danielle tadi.

Sumpah, Allesya Danielle malu!

“Lain kali cakap jelah tak perlu kau buat,” terketar-ketar luahan Allesya Danielle yang mula rasa tidak selesa itu lalu kembali menghampiri ruang sofa.

Shah Hazwan yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.

“At least you should be thank to me,” tegas Shah Hazwan mengingatkan lalu terus mengatur langkah menuju ke ruangan dapur.

Allesya Danielle yang masih belum duduk di atas sofa itu terus mengerutkan dahinya.

Shah Hazwan marahkan aku ke apa sekarang ni?

“Dekat mana tandasnya?!,” laung Shah Hazwan yang berada di ruang dapur itu.

“Itulah lain kali tanya tuan rumah dulu!,” balas Allesya Danielle melepaskan geram lalu terus dia mengatur langkah menuju ke ruangan dapur.

Dia perlu menunjukkan ruang tandas yang terletak di hujung ruang dapur itu kepada Shah Hazwan, lelaki tak guna tu!

“TUAN Danish, insha allah lepas dua minggu ke tiga minggu macam tu Tuan Danish dah pulih sepenuhnya lepas tu baru boleh masuk office,” pesan Dr. Fara sambil sedang mencatat rekod kesihatan anak majikannya itu.

Megat Danish yang mendengar itu hanya mengganguk kecil.

“Tuan Danish ada apa-apa nak tanya?,” soal ramah Dr. Fara yang merupakan doktor peribadi keluarga Tan Sri Megat Idruz.

“Oh ya Danish nak tanya bila eh Danish boleh discharge? Sebab nak rehat dekat rumah,” soalnya ingin tahu. Dr. Fara tersenyum dia sudah agak anak majikannya itu akan menyoal tentang itu.

Dia sudah lebih 25 tahun berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Megat Idruz itu.

“Hari ni pun boleh, Tuan Danish sebab dah lebih 12 jam after surgery,” beritahunya membuatkan Megat Danish tersenyum.

“Thank you, Doktor,” ucapnya ramah. Dr. Fara terus meminta izin keluar lalu mendapat anggukan daripada anak majikannya itu terus dia melangkah keluar.

Megat Danish terus mencapai telefonnya itu dan mula membuat panggilan dengan Pak Hamid untuk menjemputnya.

Tidak betah dirinya duduk lama-lama dekat hospital ni!

CHRISTIAN Jack menghentikan keretanya apabila sudah berhampiran dengan rumah Allesya Danielle itu dan matanya melihat kereta Shah Hazwan masih disana.

Benarlah apa yang dikatakan oleh majikannya tentang keberadaan Shah Hazwan di rumah Allesya Danielle.

Dia mengerutkan dahinya kerana ingin tahu tentang hubungan Allesya Danielle dengan abang angkat majikannya itu.

Dia sendiri hairan sejak bila Allesya Danielle mula rapat dengan Shah Hazwan sehingga duduk serumah semalaman.

“Tak! Tak! Allesya Danielle bukan perempuan macam tu!,” Christian Jack mengelenggkan kepalanya apabila sudah berprangsangka buruk terhadap Allesya Danielle.

Sejak dia mengawasi Allesya Danielle ketika di kampung tempoh hari, dia sudah mengenali sikap sebenar Allesya Danielle.

Bukan seperti yang dia fikirkan tadi.

Tak mungkin!

Christian Jack terus menegakkan badannya apabila melihat Shah Hazwan sudah melangkah keluar dari pagar rumah itu. Namun kelibat Allesya Danielle tidak kelihatan.

Shah Hazwan yang melangkah laju menghampiri keretanya itu terus masuk ke dalam keretanya. Dia yang berada di dalam kereta itu terus menyarungkan kaca mata hitam lalu menghidupkan enjin keretanya.

Christian Jack yang hanya memerhati itu terus menunduk ke bawah apabila kereta Shah Hazwan itu melewati sebelah keretanya.

Sebaik yakin kereta Shah Hazwan sudah tidak kelihatan di kawasan itu, Christian Jack terus melangkah keluar dari kereta.

Dia mula membuat panggilan dengan majikannya itu dan memaklumkan Shah Hazwan baru sahaja beredar dari kawasan perumahan Allesya Danielle.

Manakala Allesya Danielle yang baru sahaja melangkah keluar dari pagar rumahnya itu terus mengerutkan dahinya apabila melihat kelibat Christian Jack di kawasan perumahannya.

Dia buat apa dekat sini? Ke sebab…

Ya Allah, dia sumpah lupa! Dia sudah berjanji dengan majikannya itu untuk melawatnya semalam namun disebabkan Shah Hazwan.

Secepatnya Allesya Danielle kembali menyembunyikan dirinya di balik pagar rumahnya itu apabila Christian Jack kembali menghadap rumahnya.

Hanya di lubang pagar rumahnya dia melihat Christian Jack masuk kembali ke dalam kereta. Sebaik pagar rumahnya itu jenis pagar tertutup mewah dengan kayu jati.

Ni semua berkat Puan Maryam menolongnya.

Matanya tidak lepas memandang Christian Jack yang kini sedang mengerakkan kereta keluar dari kawasan perumahannya.

Sebaik tidak melihat bayang kereta itu terus Allesya Danielle melangkah keluar semula dari pagar rumahnya itu sambil dia melepaskan keluhan beratnya.

Megat Danish masih mengarahkan Christian Jack untuk mengawasi dirinya?

SHAH Hazwan yang sudah memarkirkan keretanya di garaj kereta di kawasan perumahan keluarga angkatnya itu terus melangkah keluar dari perut kereta.

Lalu kakinya diatur masuk ke dalam rumah, sebaik di hadapan pintu rumah dia memasukkan kata laluan.

‘ERROR’

Shah Hazwan mengerutkan dahinya. Takkan aku salah masuk kata laluan? Dia mencuba sekali lagi memasukkan kata laluan itu dan jawapannya masih ‘ERROR’.

Shah Hazwan mengerutkan dahinya.

Takkanlah ayah angkatnya itu sudah menukar kata laluan?

Dia menyeluk poket seluarnya dan dikeluarkan telefonnya.

Baru sahaja dia ingin membuat panggilan dengan ayah angkatnya itu terus kelihatan sebuah kenderaan rasmi keluarga memasuki kawasan perumahannya.

Kereta itu berhenti di hadapan kawasan pintu utama rumah itu. Makin berkerut dahi Shah Hazwan ingin mengetahui gerangan yang berada di dalam kereta itu.

Megat Danish terus melangkah keluar dari kereta itu dan berjalan menghampiri abang angkatnya itu.

Shah Hazwan yang melihat Megat Danish menghampirinya itu tersenyum sinis. Dia sudah tahu siapa yang merubah kata laluan rumah.

“Kenapa kau tukar password rumah?,” soal Shah Hazwan ingin tahu. Megat Danish tidak mahu menjawab dia hanya membalas pandangan abang angkatnya itu sekejap sahaja dan dia melangkah menghampiri pintu rumah sempat lagi dia melanggar bahu Shah Hazwan.

Shah Hazwan tergelak kecil terus dia berpaling ke hadapan melihat Megat Danish sedang memasukkan kata laluan rumah dan pintu rumah terbuka.

Megat Danish mengatur langkah masuk ke dalam rumah manakala Shah Hazwan yang berada di belakang itu hanya mengikuti.

“Eh, Danish! Aku tanya kau ni kenapa..,” terhenti teriakan Shah Hazwan apabila Tan Sri Megat Idruz yang melangkah menghampirinya itu bersuara.

“Apa ni Shah teriak pagi-pagi ni?,” tegur Tan Sri Megat Idruz tegas. Megat Danish yang sedang mendaki tangga naik ke ruangan atas itu tersenyum.

Shah Hazwan yang ditegur itu terus melepaskan keluhan kecilnya.

“Tak, daddy. Si Danish tu pandai-pandai tukar password rumah kenapa?,” soal Shah Hazwan tidak puas hati. Tan Sri Megat Idruz menggelengkan kepalanya.

“Bukan Danish yang tukar password lah, daddy yang buat!,” beritahu tegas Tan Sri Megat Idruz lalu mendekati anak angkatnya itu.

“Oklah, tak kira pun siapa buat masalahnya kenapa Shah je sorang yang tak tahu password rumah yang baru dan kenapa daddy tukar password tu?,” soal Shah Hazwan ingin tahu.

“Daddy tukar sebab semalam...,”

“Kamu ke mana je Shah semalam sampai tak balik rumah?,” soal tegas Puan Sri Misha yang baru menghampirinya itu.

Mendengar pertanyaan ibu angkatnya itu membuatkannya diam sekejap.

“Kamu tahu tak semalam rumah ni hampir kena serang dengan penyamun?,” soal Puan Sri Misha sekali lagi dengan tegas sambil berpeluk tubuh.

Shah Hazwan yang mendengar itu terkejut.

“Sebab itulah daddy tukar password rumah, nanti daddy hantar code rumah yang baru dekat whatsapp. Dah pergi naik atas mandi pastu pergi kerja dengan daddy, Shah kena banyak tolong daddy dekat office memandangkan Danish kena rehat dekat rumah,” beritahu Tan Sri Megat Idruz tegas.

Shah Hazwan yang mendengar itu hanya menggangukkan kepalanya lalu terus meminta izin naik ke ruangan atas namun terhenti apabila Puan Sri Misha sekali lagi bersuara.

“Kamu tak jawab lagi kemana kamu pergi semalam?,”
soalnya kembali sambil masih berpeluk tubuh dan menanti jawapan daripada anak angkatnya itu.

“Shah tidur rumah kawan, mummy. Shah lepak-lepak dengan diorang tapi sebab mengantuk sangat Shah tumpang tidur rumah diorang,” tipu Shah Hazwan.

Puan Sri Misha yang mendengar itu hanya menggangukkan kepalanya. Lalu membenarkan anak angkatnya itu naik ke ruangan tingkat atas.

Shah Hazwan hanya akur lalu dia naik ke ruangan atas dan ketika dia sedang mendaki tangga dia mengukirkan senyumannya.

Bangga dengan dirinya kerana mampu menipu ibu angkatnya itu dengan mudah.

“Kenapa kau nak kena tipu eh? Asal tak bagitahu je hal sebenar apa yang kau buat semalam dekat rumah kawan kau kononnya?,” Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam biliknya itu terhenti apabila mendengar soalan sinis dari adik angkatnya itu.

Dia membalas pandangan Megat Danish yang sedang berjalan menghampirinya. Shah Hazwan memandang sekelilingnya kerana takut seseorang mendengar perbualan mereka.

“Kenapa kau takut? Takut ada orang dengar and bagitahu dekat mummy dengan daddy?,” sekali lagi Megat Danish bertanya sinis.

Shah Hazwan sekali lagi membalas pandangan adik angkatnya itu.

“Apa masalah kau ni?,” soal Shah Hazwan tegas ingin tahu.

“Kau tu masalah aku!,” tengking kuat Megat Danish tidak puas hati. Mendengar tengkingan itu terus membuatkan Shah Hazwan lekas menarik adik angkatnya itu masuk ke dalam biliknya dan dia menutup rapat pintu biliknya.

Dia mengharapkan ayah dan ibu angkatnya itu tidak mendengar tengkingan itu. Megat Danish terus melepaskan pegangan abang angkatnya itu secara kasar lalu terus dia mencengkam kuat kolar baju Shah Hazwan lalu dibawa sandar ke dinding bilik dengan kuat.

Shah Hazwan tersenyum sinis.

“Kau marahkan aku sebab Allesya kan?,” soal Shah Hazwan sengaja menaikkan amarah adik angkatnya itu.

Megat Danish yang geram itu terus menolak abang angkatnya itu ke lantai sehingga jatuh terduduk.

“Apa yang kau buat dekat rumah Allesya semalam ah?!,” soal Megat Danish tidak puas hati. Mendengar itu membuatkan Shah Hazwan tergelak kecil dia sudah agak, Megat Danish akan tahu tentang hal itu melalui orang upahan.

Terus Shah Hazwan bangun berdiri sambil dia menekup luka di bahagian abdomennya dan dia perlu menyembunyikan kesakitan lukanya itu.

“Aku datang sebab..,” Shah Hazwan kekurangan idea. Aduhai, masa nilah otaknya tidak dapat berfungsi!

“Sebab apa?!,” geram Megat Danish yang dari tadi menanti jawapan.

“Sebab aku suka dia! Aku datang rumah dia malam tu sebab aku nak halang dia dari jumpa dengan kau so aku pura-pura pengsan dan aku dengan dia..,” tidak sempat Shah Hazwan menyambung penipuannya itu terus pipi kanannya ditumbuk kuat sehingga dia jatuh terbaring.

Megat Danish terus menarik kolar baju Shah Hazwan itu sehingga berdiri menghadapnya.

“Allesya Danielle tu sampai bila-bila aku punya! Kau tahu aku suka dia dari zaman sekolah lagi! Kau tahu perkara tu tapi kau abaikan! Abang jenis apa kau ni!,” tempelak geram

Megat Danish kuat mengeluarkan rasa tidak puas hatinya.
Shah Hazwan tergelak sinis.

“Kau pernah anggap aku sebagai abang kau ke selama ni?,” soal Shah Hazwan cukup sinis.

Mendengar soalan itu membuatkan Megat Danish ingin sahaja menumbuk sekali lagi pipi abang angkatnya itu namun dia tahu batasnya lalu terus dia menolak tubuh Shah Hazwan itu kuat menjauhi dirinya.

“Aku benci kau ah!,” luah Megat Danish kecewa lalu terus mengatur langkah keluar dari bilik abang angkatnya itu.

Shah Hazwan yang mendengar itu hanya tersenyum kecil lalu dia memperbetulkan kolar bajunya.

Dia mengatur langkah memasuki ke ruang biliknya lalu ditutup rapat pintu biliknya.

“Sebab apa?!,”

“Sebab aku suka dia! Aku datang rumah dia malam tu sebab aku nak halang dia dari jumpa dengan kau so aku pura-pura pengsan dan aku dengan dia..,”

Terulang-ulang kembali pengakuan daripada abang angkatnya itu di mindanya. Tubuh belakangnya yang tersandar di muka pintu itu perlahan-lahan jatuh terduduk di lantai bersama dengan tangisannya.

Dia akui dia masih mencintai Allesya Danielle dia sudah tidak peduli dendam lampaunya. Dia cuma menginginkan Allesya Danielle berada di sisinya sumpah dia tidak sanggup melihat abang angkatnya itu memiliki orang yang dia cintai dari dahulu lagi.

Dia tidak sanggup.

Dia menundukkan wajahnya kerana kesal dengan tindakannya yang meninggalkan Allesya Danielle ketika di Arab Saudi dahulu.

Sungguh, dia menyesal jika dirinya tidak bertindak terburu-buru pastinya dia sudah memiliki Allesya Danielle.

Namun, sudah terlambat. Tak, Danish!

Kau masih belum terlambat lagi, kau cuma perlu bertindak secepat mungkin.

ALLESYA Danielle terus melangkah keluar dari perut kereta perkhidmatan ‘Grab’ itu. Ditolak pintu kereta itu tertutup rapat. Dia menghembuskan nafasnya perlahan lalu mengangkat pandangannya memandang syarikat terkemuka itu.

Megat Trading.

Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan bekerja di bawah syarikat ini. Ya, memang sudah menjadi impiannya untuk menjadi wanita berkerjaya di sebuah syarikat terkemuka namun entahlah apa yang dia rasakan sekarang.

“Hey, Danielle!,” tegur Lya Adrianna sebaik melihat Allesya Danielle hanya kaku berdiri memandang bangunan milik Tan Sri Megat Idruz itu.

Mendengar teguran itu terus membuatkan Allesya Danielle menoleh belah kiri.

“Hye, Lya!,” tegurnya kembali tersenyum.

“Kenapa tak masuk ke dalam?,” soal Lya Adrianna hairan.

“Tak saja je nak ambil angin kat luar kejap, jom lah kita masuk,” ajak Allesya Danielle ramah lalu mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam pejabat itu sambil berbual ringkas.

“You tahu kan Tuan Danish masuk hospital semalam?,” soalnya sebaik tiba di ruangan lif.

“Tahu,” jawab Allesya Danielle sambil menggangukkan kepalanya.

“Tapi I tak tahu Tuan Danish tu sakit apa sebab selama ni Tuan Danish nampak sihat je and disebabkan tu Tuan Shah lah yang kena ganti tempat Tuan Danish sekejap,” beritahu lalu terus mereka berdua melangkah masuk ke dalam kotak lif.

“Oh, I baru dapat tahu but actually Shah tu… Tak maksud I Tuan Shah tu ditempatkan bahagian mana eh?,” soal Allesya Danielle sambil menekan butang lif yang bernombor 13.

“You tak ada eh masa haritu Tuan Shah dimasukkan dekat bahagian management under I sendiri and you know what I happy sangat-sangat tau masa haritu,” beritahunya riang.

“Oh so dia sama level dengan kita lah ni?,” soal Allesya Danielle inginkan kepastian. Mendengar itu terus membuatkan Lya Adrianna mengganguk kecil.

Allesya Danielle tersenyum kecil patutlah dia selalu terserempak dengan lelaki tak guna dekat tingkat 13 tu!

Mereka berdua terus melangkah keluar dari kotak lif itu dan masuk ke bahagian department masing-masing. Allesya Danielle melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dan bersedia untuk bekerja.

Hari ini untuk bahagian kewangan akan diadakan mesyuarat jam 10 pagi dan Allesya Danielle perlu menyiapkan segala maklumat berkenaan kewangan syarikat untuk dibentangkan ketika mesyuarat nanti.

Manakala Lya Adrianna tiada mesyuarat untuk bahagian pengurusan hanya kerja biasa yang perlu disiapkan untuk dihantar kepada Tan Sri Megat Idruz esok.

NUR Fasha melangkah masuk ke dalam bilik pejabat majikannya itu dan dia terkejut apabila melihat abang angkat majikannya, Shah Hazwan sudah duduk di kerusi kulit highback yang selalu menjadi tempat duduk majikannya, Tuan Danish.

“Kenapa you duduk..,” belum sempat dia meluahkan rasa tidak puas hatinya sambil mengatur langkah laju menghampiri Shah Hazwan itu terhenti apabila Tan Sri
Megat Idruz yang duduk di sofa di penjuru bilik itu bangun bersuara.

“Fasha, mulai hari ni Shah Hazwan akan ambil alih posisi ni sementara tunggu Danish sembuh sepenuhnya. So awak akan jadi secretary Shah Hazwan sekejap, okay?,” soalnya ramah sambil menghampiri Nur Fasha.

Shah Hazwan tersenyum lebar apabila membalas pandangan Nur Fasha itu. Nur Fasha mengalihkan pandangannya ke arah Tan Sri Megat Idruz.

“Alright, Tuan Idruz,” Nur Fasha terpaksa akur.

“Okay kalau macam tu daddy keluar dulu, Shah,” pamit Tan Sri Megat Idruz terus membuatkan Shah Hazwan bangun berdiri lalu menggangukkan kepalanya.

“Shah ingat peluang yang daddy bagi ni untuk Shah dapatkan pengalaman uruskan syarikat so please take note everything that you have done later okay?,” tegas Tan Sri Megat Idruz mengingatkan anak angkatnya itu.

“Alright, daddy,” akur Shah Hazwan sambil tersenyum untuk menunjukkan kebolehannya menguruskan syarikat.

Entah dia sendiri tidak tahu dia mampu atau tidak? Ha tak kira apa-apa pun dia perlu mengalahkan Megat Danish tu!

Mendengar itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz mengganguk kecil dan melangkah keluar dari bilik pejabat.

Setelah itu, Shah Hazwan kembali duduk di kerusi itu dengan senyuman lebarnya.

“So, Miss Secretary Nur Fasha. Can you tell me my schedule today? And don’t forget to call me ‘Tuan Shah’ can you?,” soalnya yakin.

Nur Fasha yang hanya mampu menyimpan ketidakpuasan hatinya itu mengganguk kecil.

Kakinya melangkah menghampiri Shah Hazwan lalu membuka aplikasi nota di ipadnya itu. Lancar mulutnya memberitahu jadual temujanji majikan sementaranya itu manakala Shah Hazwan hanya mendengar dan tanpa menyoal apa-apa.

MEGAT Danish yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen itu mengerutkan dahinya apabila melihat mummynya, Puan Sri Misha sudah bersiap untuk keluar.
“Mummy, nak pergi mana?,” soal Megat Danish hairan membuatkan Puan Sri Misha yang sudah menghampiri pintu rumah itu menghentikan langkah dan menoleh ke arah anaknya itu.

“Adalah. Danish jangan lupa tau jangan keluar pergi mana pun hari ni duduk je dekat rumah. You should rest well,” sekali lagi Puan Sri Misha mengingatkan anaknya itu.

“Ye mummy, Danish sampai dah boleh hafal ayat mummy tu tahu tak? Tapi mummy nak pergi mana nak dekat lunch dah ni nanti daddy balik nak makan..,” tidak sempat Megat Danish menghabiskan ayatnya Puan Sri Misha sudah bersuara.

“Daddy tak jadi balik makan sebab ada lunch dengan Tan Sri Arif termasuk Shah sekali,” beritahu Puan Sri Misha membuatkan Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Dahlah, mummy gerak dulu. Dah lambat,” pamit Puan Sri Misha lalu terus melangkah keluar dari rumah itu sehingga tidak sempat Megat Danish ingin memesan pesanan berhati-hati.

Megat Danish kembali menonton televisyen namun sekejap apabila telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

“Fasha?,” dia mengerutkan dahinya apabila membaca nama panggilan itu lalu terus dia menjawab panggilan itu.

Terkejut dia apabila mendengar khabar bahawa abang angkatnya, Shah Hazwan yang mengantikan tempatnya.

Apabila sudah beberapa minit cuba menenangkan Nur Fasha sempat dia meminta untuk mendapatkan rakaman CCTV semalam di tingkat 13 dan tingkat utama Megat Trading lalu terus dia mematikan panggilannya.

Dia mula bangun berdiri lalu membuat panggilan dengan daddynya, Tan Sri Megat Idruz lalu menekap skrin telefonnya ke telinga.

Menanti panggilannya dijawab.

“Hello, daddy. Kenapa..,”

“Sebelum tu Danish bawa bertenang, okay?,” secepatnya Tan Sri Megat Idruz memangkah kata-kata anaknya itu dengan tenang namun sedikitpun Megat Danish tidak terasa tenang.

“Nak tenang macam mana, daddy? Macam mana Shah Hazwan tu boleh ganti tempat Danish macam tu je dengan no experience. Are you out of your mind?,” soal Megat Danish betul-betul tidak puas hati dengan tindakan daddynya itu sambil dia bercekak pinggang sebelah.

“Dengar dulu, Danish. Daddy buat macam tu sebab daddy nak Shah dapat pengalaman uruskan syarikat..,”

“But not on my position, daddy! Selama ni yang gantikan tempat Danish pun Christian Jack, orang kanan Danish yang lebih layak tahu tak? Bukannya bagi dekat anak pungut tu!,” luah ketidakpuasan hati Megat Danish yang tidak mampu mengawal amarah.

“Danish! That’s too much!,” tempelak Tan Sri Megat Danish menahan amarah. Megat Danish terdiam dia akui dia sudah terlalu kurang ajar dengan menengking ayah kandungnya.

Namun jika melibatkan kedudukannya di syarikat, dia tidak mampu mengawal apa yang keluar dari mulutnya.

Dia melepaskan keluhan beratnya.

Next chapter ada tau esok! (7 Pagi)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience