BAB 49

Romance Completed 21483

“KENAPA you tak bagitahu I pasal ni, Sophea?,” agak tidak berpuas hati Puan Sri Misha menyoal kawan baiknya itu.

Datin Sri Sophea yang bersandar lemah di kepala katil hospital itu hanya tersenyum nipis.

“Sebelum ni tak ada pun Hisham buat hal tapi entah kenapa lepas balik Austria dia jadi macam tu,” sebak mula menyelubungi dirinya. Puan Sri Misha yang turut rasa simpati cepat menggengam tangan kiri kawan baiknya itu.

“Walau apa-apa pun jadi lepas ni I akan selalu ada dengan you, Sophea. Buat masa sekarang you tak perlu risau sebab Hisham dalam tawanan polis. Okay?,” Puan Sri Misha cuba menenangkan kawan baiknya itu.

Datin Sri Sophea hanya tersenyum nipis. Hatinya lega mendengar khabar itu.

“I betul-betul tak sangka Hisham yang I kenal dulu sanggup buat you macam ni! Dah tua dah pun! I harap sangat-sangat yang Hisham tu akan dapat hukuman yang setimpal. You jangan risau lepas ni okay?,” tutur Puan Sri Misha memberi semangat.

“Thank you, Misha,” jujur Datin Sri Sophea berterima kasih. Dia bersyukur kerana tuhan menganugerahkan kawan baik yang selalu memberi semangat kepadanya.

CHRISTIAN Jack yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat majikannya itu terus menyerahkan satu sampul surat kepada Danish.

“Here’s the result,” tutur Jack.

“Thank you, Jack,” Danish sambut sampul surat itu. Lama matanya memandang sampul surat berwarna putih itu. Surat itu daripada KPJ Selangor Specialist Hospital.

Hatinya sungguh berdebar untuk mengetahui keputusan DNA yang dia lakukan tempoh hari.

“Are you sure Tuan Danish?,” Jack yang dari tadi memerhati raut wajah majikannya itu terus menyoal. Danish yang mendengar itu terus mengangkat pandangannya ke arah Jack.

“I don’t even know. I’m afraid,” Danish keliru.

“Tuan Danish, tell me what you gonna do if the result were positive?,” soal Jack serius. Danish yang mendengar pertanyaan itu hanya diam sekejap sambil matanya tidak lepas memandang sampul surat itu.

Keluhan berat dilepaskan.

“Tuan Danish,” terhenti panggilan Fasha yang baru membuka pintu apabila melihat Jack turut ada di ruangan bilik pejabat itu.

Jack yang menoleh ke belakang membalas pandangan Fasha itu tersenyum.

“Come in,” pelawa Jack.

Fasha yang membalas senyuman Jack itu menggelengkan kepalanya. Bukan dia tak nak tapi dia sibuk buat masa sekarang.

Tujuannya ke sini hanya untuk mengingatkan majikannya tentang mesyuarat yang akan diadakan kejap lagi.

“It’s okay, Jack. I’m busy right now,”

“Ohh,” agak kecewa Jack mendengar jawapan daripada setiausaha majikannya itu.

“Kenapa Fasha ada apa-apa yang you nak sampaikan?,” soal Danish.

“Oh ya, just nak ingatkan at 10 am you have meeting with finance department,” Fasha mengingatkan.

Danish yang mendengar itu tersenyum lebar.

“Don’t worry, Fasha. I will not ever forget that meeting because I’m meeting with my wife’s department,” tutur Danish tidak berhenti senyum.

Jack dan Fasha yang mendengar itu turut tersenyum suka.

“Amboi, Tuan Danish. Kalau macam tu lepas ni I tak perlu lah ingatkan lah. Yelah meeting dengan isteri sendiri mana nak lupa,” seloroh Fasha sengaja mengusik majikannya. Danish tersenyum malu.

“Dah dah pergi buat kerja,” cepat sahaja Danish menghalau Fasha.

Fasha mencebik lalu terus dia meminta izin untuk pergi. Seusai itu, Danish terus memandang pengawal peribadinya, Jack.

Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu. Jack yang baru sahaja membalas pandangan majikannya itu terus mengerutkan dahinya.

“Why you looking at me like that, Tuan Danish?,” soal Jack kehairanan.

“Did you like Fasha?,” soal Danish agak tegas dan inginkan kepastian.

Bukan apa Fasha sudah menjadi tunangan kawan baiknya, Ian Hazim. Tak manis kalau Jack menyimpan perasaan suka kepada Fasha.

Jack yang mendengar soalan itu tergelak kecil. Mendengar
gelak ketawa itu cukup membuatkan Danish hairan.

Eh orang serius dia pulak boleh gelak-gelak dekat sini!

“I’m serius, Jack. Kalau betul lah you ada perasaan suka dekat Fasha lebih baik you buang je perasaan tu jauh jauh.
You tahukan yang Fasha tu dah jadi tunangan orang. My bestfriend, Ian Hazim,” bebel Danish cuba untuk menasihati Jack.

Jack yang mendengar itu menggelengkan kepalanya lalu cuba untuk meredakan gelak ketawanya. Dia ingin menafikan segala andaian mengarut majikannya itu.

“I don’t even have any feelings towards Fasha, Tuan Danish. Do I look like I have feelings with her? She’s just like my elder sister,” akhirnya Jack menjawab cuba menerangkan satu persatu kepada majikannya.

Danish yang mendengar itu tertunduk malu. Mukanya sudah merah menahan malu. Dah kenapa dengan dirinya hari ni? Nak tak nak, Danish angkat wajahnya lalu membalas pandangan majikannya.

Cuba mengukirkan senyuman manis.

“I’m sorry,” terbit kata maaf daripada mulut Danish.

“It’s okay, Tuan Danish,” tutur Jack lalu dia mula menyembunyikan gelak ketawanya.

Cepat sahaja Danish mencerlung tajam kepada Jack.

Lalu mereka mula membuka bicara tentang hal perkara yang lain sehingga mereka terlupa untuk membahas tentang keputusan DNA itu.

Sampul surat daripada hospital itu Danish simpan di dalam laci meja pejabatnya.

“HI, Fasha!,” sapa Allesya ramah sebaik melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Fasha yang baru selesai menyusun dokumen yang akan digunakan dalam mesyuarat itu terus menoleh ke arah Allesya.

Terukir senyuman di bibir Fasha.

“Hi, Puan Danielle!,”

“Fasha, I already said to you. Don’t call me ‘PUAN’,” tegur Allesya.

“But we’re in office, Puan Danielle,” jawab Fasha tenang. Allesya yang mendengar itu hanya diam dan tidak mahu membantah lagi.

Dah kalau itu yang Fasha inginkan dia tidak mampu tegur dan halang.

“Memandangkan I datang awal ada apa-apa tak yang I boleh tolong?,” soal Allesya sambil mula menyising kedua-dua lengan brazer miliknya dan menghampiri Fasha.

Fasha tersenyum dan sungguh dia kagum dengan sifat merendah diri Allesya Danielle.

ALLESYA yang dari tadi fokus mendengar pembentangan Tuan Isa terganggu apabila matanya terbalas pandangan Danish. Terus Allesya mengisyaratkan untuk fokus dalam pembentangan.

Namun, Danish hanya geleng kepala tanda tidak mahu.

Terus tajam mata Allesya mencerlung pada suaminya.

Danish hanya buat tidak tahu dan dia masih tetap memandang Allesya sedikit pun tidak terkalih pandangannya itu.

Allesya yang malas nak layan itu terus matanya fokus ke slide pembentangan.

Tan Sri Megat Idruz yang turut ada di dalam mesyuarat itu hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan anak lelakinya itu. Hilang terus profesionalisme Megat Danish jikalau turut ada Allesya Danielle.

Berbunga-bunga hati Danish apabila dapat merenung wajah jelita isterinya itu.

Ingin sahaja dia memeluk erat tubuh Allesya tak pun dapat pegang tangan jadilah! Masalahnya kedudukan Allesya agak jauh dari tempat duduknya.

Nak usik kaki pun tak sampai sebab besar sangat meja mesyuarat ni. Kecewa Danish dibuatnya.

“So Tuan Danish, what’s your opinion?,” soal Tuan Isa sebaik sudah selesai pembentangannya pada ahli mesyuarat. Danish yang mendengar pertanyaan itu terus mengalihkan pandangan pada Tuan Isa.

“Hah?,” terkeluar suara blur Danish. Terus Danish memandang ke arah slide pembentangan di hadapan namun hanya tertera ucapan ‘Thank You’.

Dah habis ke?
Danish keliru dan buntu.

Allesya yang memandang reaksi suaminya itu sudah tersenyum lebar namun hatinya sudah sakan gelak. Itulah tak fokus lepas tu tergaru-garu kepala nak jawab soalan.

Danish yang sempat melihat senyuman di bibir Allesya itu hanya mampu menahan geram.

“Kamu fokus ke tidak Danish? Ke fokus perkara lain tadi?,” tegas Tan Sri Megat Idruz menyoal. Danish menoleh ke arah daddynya sambil tertelan air liurnya.

Habislah Danish. Nak jawab apa?

“It’s okay, Tan Sri. Let me answer for Tuan Danish’s side,” nak tak Allesya perlu membantu suaminya itu. Lega sungguh hati Danish dibuatnya dan terukir senyumannya.

Tan Sri Megat Idruz tidak menolak dan hanya mendengar jawapan daripada menantunya itu.

“Danish please lepas ni be professional kalau tak daddy tak teragak-agak untuk tidak benarkan kamu uruskan meeting dengan department finance,” Tan Sri Megat Idruz menegur tegas sebaik mesyuarat itu selesai.

Dalam bilik mesyuarat itu hanya ada mereka bertiga.
Danish yang menerima teguran itu hanya angguk kecil. Nak tak nak, dia perlu menerima teguran lagipun memang silapnya.

“Maafkan Danish, daddy. I’m promise this will be not happen again,” janji Danish.

“Okay,” jawab Tan Sri Megat Idruz ringkas lalu dia terus meminta izin pergi meninggalkan Allesya dan Danish berdua di dalam bilik mesyuarat itu.

Danish lekas memandang wajah isterinya.

“Thanks sayang sebab tolong saya,” ucap Danish lembut.

“Sama-sama awak. Lagipun bukan susah pun tadi,” jawab
Allesya dengan senyuman.

“That’s why I love about you,” tutur Danish sambil mula bangun berdiri. Diikuti dengan Allesya yang tidak berhenti tersenyum dari tadi.

Mereka perlu ke ruangan pejabat masing-masing.

“Nanti lunch dengan saya tau,” beritahu Danish lagi. Allesya hanya angguk.

“Okay awak, see you. Bye,” tangan kanan Danish itu dia salam dan kucup perlahan.

“Bye, I love you,” ucap Danish dengan tersenyum.

“I love you forever,” balas Allesya. Danish makin memperlebarkan senyuman lalu dia hanya mampu membiarkan Allesya mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat.

Selepas itu, giliran Danish mengatur langkah keluar.

“ISHA takkan kahwin dengan abang!,” Isha menegaskan kata putusnya itu. Shah yang mendengar itu tersenyum kecil. Dia tahu Isha akan menolak permintaannya.

Namun dia tetap dengan keputusannya untuk jadikan Nur Danisha sebagai isterinya.

“Abang boleh tersenyum?,” sungguh hairan Isha dibuatnya.

“Abang senyum sebab abang tahu Isha takkan mampu buat apa-apa. Abang tetap dengan keputusan abang untuk jadikan Nur Danisha ni sebagai isteri abang yang sah. Abang ikhlas,” Shah menjelaskan sekali lagi niatnya itu dengan tegas.

Isha sekali lagi hanya diam. Sungguh dia sendiri tidak faham mengapa hatinya itu berat sekali untuk menerima permintaan Shah.

Adakah sebab dia tidak mencintai Shah?

“Tapi abang..,”

“Let’s fall in love after marriage, Isha. I promise I will love you,” ujar Shah seakan-akan mampu membaca fikiran Isha. Isha yang mendengar itu hanya diam.

Dia sendiri tidak tahu membalas apa. Lidahnya kelu.

“Ikut abang, kita jumpa ibu,” tutur Shah sambil sudah bangun berdiri. Isha turut ikut bangun berdiri dengan dahinya berkerut seribu kehairanan.

“Buat apa?,”

“I will introduce you to my mom. Lagipun ibu dah tahu niat abang untuk ajak Isha hari ini so your silence it’s mean yes to me,” sekali lagi Shah memutuskan kata-katanya.

Isha yang mendengar itu sungguh tidak menyangka dengan keputusan Shah.

So determined!

“IBU?,” panggil Shah sebaik melangkah masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu. Isha yang berada di belakang itu hanya mengikuti langkah Shah mencari kelibat Puan Saidah.

Mata Isha tidak berhenti memandang suasana rumah teres itu. Sederhana dan ringkas sahaja hiasan rumah.

Shah yang hairan apabila sahutannya tidak disambut itu terus berpaling ke belakang. Ke arah Isha.

Isha cepat balas pandangan itu.

“Mungkin ibu dalam bilik, solat dhuha. Isha tunggu dekat ruang tamu dulu, abang panggil ibu kejap,” lembut sahaja tutur kata Shah.

Isha yang mendengar itu hanya mengangguk kecil lalu kakinya mengatur langkah ke ruang tamu.

Apabila melihat Isha sudah duduk di sofa, Shah lekas melangkah menuju ke sebuah bilik yang berada di hujung sudut rumah. Tidak begitu jauh.

Sebaik tiba di hadapan pintu bilik, Shah mengetuk terlebih dahulu sambil memanggil ibunya.

Namun masih tiada sahutan. Makin hairan Shah dibuatnya terus tanpa memikirkan apa-apa, Shah terus membuka pintu bilik itu.

Kakinya melangkah masuk ke dalam sambil pintu itu ditolak luas.

Terkejut Shah dibuatnya apabila melihat ibunya sudah berlumuran darah.

“Ya allah, ibu!!,” lekas Shah berlari mendapatkan ibunya. Isha yang dari tadi menunggu di ruang tamu itu terkejut mendengar teriakan Shah.

Lekas dia bangun berdiri berlari anak menuju ke ruang bilik.

Kedengaran tangisan Shah begitu kuat.

“Ibu bangun ibu, ibu bangun!,” bergetar-getar tangan Shah apabila menyentuh darah yang tidak berhenti mengalir di kepala ibunya itu.

Air matanya mula jatuh menyembah ke bumi.

Terkejut Isha dibuatnya sebaik tiba sahaja di hadapan pintu.

“Ibu bangun, jangan tinggalkan Shah macam ni! Ibu bangunlah!,” teriak Shah mula ketakutan. Tubuhnya bergigil kerana takut kehilangan ibu kandungnya itu.

Isha yang masih terkejut apabila mendengar itu terus kembali ke ruang tamu.

Dicapai telefonnya lalu mula membuat panggilan kecemasan. Setelah itu, kakinya melangkah cepat ke ruangan bilik itu semula.

Kakinya teragak-agak untuk menghampiri Shah.

Shah dalam tangisan itu mula memeriksa nadi di tangan dan leher ibunya. Namun tiada denyutan nadi yang dapat dia rasakan.

Makin lebat tangisannya, makin bergetar ketakutan dibuatnya.

“Ya Allah ibu! Jangan macam ni ibu, jangan tinggalkan Shah!,” diselangi dengan tangisan dan ketakutan, Shah cuba menyedarkan ibunya.

Kedua-dua tangan Shah juga dipenuhi dengan darah.

Isha yang mendengar dan melihat itu terus mula mengalirkan air matanya. Dapat dia rasakan sebak dan ketakutan Shah.

Jelas kelihatan tubuh Shah mengeletar ketakutan.

“Abang..,” Isha memanggil lembut.

Shah terus mengangkat pandangan melihat Isha sekejap.

“Isha, ibu. Ibu ..,”

“Ibu tak tinggalkan abang kan? Ibu masih ada peluang untuk hidupkan?,” Shah masih tidak percaya apa yang berlaku, dia masih mengharapkan ibunya itu masih bernyawa.

Shah memandang wajah pucat ibunya.

“Ibu bangunlah..,” Shah masih berharap.

RUMAH teres satu tingkat itu sudah dipenuhi dengan pihak polis dan pihak forensik untuk melakukan siasatan. Turut dipenuhi dengan orang ramai dan pihak wartawan.

Keadaan menjadi riuh-rendah.

Tan Sri Megat Idruz, Danish dan Allesya yang baru tiba di tempat kejadian itu terus melangkah keluar dari perut kereta. Tanpa banyak bicara, mereka bertiga terus menghampiri rumah itu.

Terpaksa berhimpit-himpit dengan orang ramai.

Megat Danish melindungi isterinya dari tidak bersentuhan dengan orang ramai.

Sebaik sudah tiba dihadapan, Tan Sri Megat Idruz terus memaklumkan bahawa mereka bertiga merupakan keluarga mangsa.

Pihak polis lekas membenarkan mereka bertiga untuk masuk ke dalam tempat kejadian.

“Are you okay, my love?,” sempat Danish menyoal. Khuatir jika terjadi apa-apa pada isterinya. Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil lalu menggangukan kepalanya.

Lalu mereka berpegangan tangan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Mereka dah sampai tuan,” beritahu salah seorang ahli pasukan polis yang berada di ruang tamu itu sebaik melihat Tan Sri Megat Idruz.

Shah yang duduk bersebelahan dengan Isha di sofa mula mengangkat pandangannya.

Tangannya digenggam kuat melihat wajah ayah kandungnya itu. Lekas Shah bangun berdiri menghampiri Tan Sri Megat Idruz. Pipi kanan ayahnya itu dia tumbuk kuat sehingga jatuh terjelopok ke lantai.

Kolar baju ayahnya itu dia cekak kuat sehingga membuatkan Tan Sri Megat Idruz bangun berdiri semula.

“Sebab kau, ibu aku mati kau tahu tak! Suami jenis apa kau ni! Ayah jenis apa kau?! Aku benci kau, kau tahu tak!!,” tempelak Shah cukup kuat cukup membuatkan Danish yang mendengar itu terkejut.

Baru sahaja Shah ingin mengangkat buku limanya, pegawai polis terus meleraikan mereka berdua.

Shah yang masih tidak berpuas hati itu terus meleraikan halangan pegawai polis itu dengan kasar namun tidak berjaya.

Shah terus memandang tepat ke arah pegawai polis itu.

“Lepaskan aku,” tegas Shah cuba mengawal amarahnya.

“Saya harap encik bawa bersabar! Jangan keruhkan keadaan lagi!,” nasihat pegawai polis itu tegas.

Shah yang mendengar itu terus menepis kuat tangan dan menolak kasar tubuh pegawai polis itu.

Dia terus melangkah untuk mendapatkan Tan Sri Megat namun terhenti langkahnya apabila melihat Danish dan Allesya turut ada di dalam rumah itu.

Terpancar di wajah Danish rasa kecewa, Shah yakin bahawa adiknya itu tahu kebenaran yang sudah terbongkar tadi.

Jelas kelihatan tubir mata Danish yang membalas pandangannya itu dipenuhi dengan air mata.

“Apa semua ni Shah? Daddy?,” sebak Danish menyoal mereka berdua.

Air matanya mula mengalir jatuh membasahi pipi.

Danish masih tidak percaya apa yang dia dengari tadi.

Susah untuk hatinya menerima kenyataan bahawa Shah sebenarnya abang kandungnya. Kenapa baru sekarang dia ketahui kebenaran ini?

Shah yang baru ingin membuka mulut untuk menjelaskan, Danish terus mengatur langkah keluar. Allesya yang sempat
membalas pandangan Shah itu terus mengikuti langkah suaminya.

“Danish tunggulah saya sekejap!,” teriak Allesya sebaik kedua-dua kakinya menyarung kasut tumit tinggi.

Danish yang diselubungi dengan emosi itu hanya buat tidak tahu, kakinya terus melangkah keluar dari perkarangan rumah.

Orang ramai itu Danish redah sahaja sehinggalah dia tiba ke kereta. Begitu juga dengan Allesya. Walaupun tubuh Allesya tinggi lampai tetap sahaja dia boleh tenggelam dengan keadaan orang ramai macam ni.

“Danish!,”

Dia masih tetap mendengar suara Allesya memanggil namanya. Namun kakinya masih tetap melangkah ke hadapan. Sehinggalah sebaik tangannya itu membuka pintu kereta, kedengaran suara Allesya mengadu kesakitan.

Lekas dia berpaling ke belakang. Terkejut dia melihat isterinya sudah jatuh terduduk sambil sedang dibantu dua orang lelaki.

Segera kakinya melangkah mendapatkan isterinya.

“Awak okay ke tak ni? Nampak macam tak boleh jalan je ni,” lembut sahaja lelaki muda itu menyoal kerisauan sambil dia membantu Allesya bangun berdiri.

Sempat lelaki itu mengusap pinggang dan lengan Allesya lembut. Mata lelaki itu juga sempat meliar ke tubuh Allesya.

Namun, Allesya tidak sedar akan itu dia masih tetap mengadu kesakitan.

“Take off your hand, sir! She’s my wife,” tegas Danish lalu cepat menepis kuat tangan lelaki itu. Terkejut lelaki itu dibuatnya.

Tubuh Allesya itu terus Danish tarik ke belakang tubuhnya.

“Relax lah, aku cuma nak tolong,” ujar lelaki itu tidak berpuas hati.

“Kau memang ikhlas nak tolong dia ke atau nak ambil kesempatan?,” tegas Danish menyoal cuba menahan kemarahannya. Lelaki muda itu terdiam.

Lidahnya kelu untuk membalas.

“Dahlah awak, jom kita balik,” ujar Allesya cuba menenangkan Danish.

Danish terus memandang isterinya. Matanya turun melihat kaki Allesya.

“Did it hurts you so much, love?,” soal Danish khuatir. Lelaki muda yang masih di situ hanya mendengar.

Allesya lekas mengganguk kecil.

“I can’t walk,” ujar Allesya cuba menahan kesakitan di tulang tumit kakinya itu.

“Let me carry you,” ujar Danish lalu terus mendukung tubuh tinggi lampai Allesya. Allesya hanya membiarkan.

Danish mula mengatur langkah menghampiri kereta berjenama Audi RS7 itu dan sempat dia memberi pandangan tajam pada lelaki muda tadi.

“ADIK abang sorang ni dah besar panjang tapi makan aiskrim pun comot!,” bebel Adam sambil terus mengelap hujung bibir Areesya dengan ibu jarinya. Lalu terus sisa aiskrim yang dilap itu dimasukkan ke dalam mulut Adam.

Tergamam Areesya melihat tingkah Adam itu.

“Abang..,” panggil Areesya lembut.

Lekas Adam menoleh ke arah Areesya.

“What?,” hairan Adam dibuatnya.

Areesya yang membalas pandangan Adam itu hanya diam sekejap. Ingin sahaja dia memberitahu tentang keterbatasan antara mereka berdua. Mereka bukanlah adik-beradik kandung yang boleh disentuh sesuka hati.

Ada batas pergaulan yang perlu dijaga.

Tapi Areesya tahu jikalau dia membahas tentang itu, Adam pasti tegas mengingatkan yang dia hanya menganggap Areesya hanya seorang adik.

Namun, jikalau beginilah layanan Adam kepadanya mahu tak jatuh hati? Haih.

Areesya mengeluh.

“Mengeluh pula dia ni, tadi panggil abang untuk apa?,” lembut sahaja Adam menyoal.

“Tak ada apa-apa,” Areesya tersenyum nipis lalu menyambung merasai aiskrim perisa vanillanya. Adam yang melihat itu hanya mengganguk kecil.

Namun jauh di sudut hatinya dia dapat rasakan ada sesuatu yang Areesya ingin bincangkan.

Matanya tidak lepas memandang wajah Areesya. Baru kali ini dia dapat memerhati wajah jelita Areesya sedekat begini.

Wajahnya cerah kuning langsat, berbujur, berkening lebat terukir cantik, kedua-dua matanya bulat dihiasi dengan bulu mata panjang neutral.

Hidungnya agak mancung tetapi tidak begitu. Hanya sedang-sedang sahaja. Bibir kecil itu dicalit dengan lipstik warna pink menaikkan lagi seri di wajah.

Areesya yang mula rasa tidak selesa itu terus menoleh disebelahnya. Ke arah Adam yang dari tadi tidak berhenti memandang kepadanya.

Berkerut terus dahi Areesya dibuatnya apabila membalas pandangan lembut Adam.

“Why..,” Adam mula bersuara dengan suaranya tergetar-getar.

Hatinya mula terasa gemuruh.

Lekas, dia mengalihkan pandangannya ke tepi cuba menafikan apa yang dia rasakan di dalam hatinya. Perasaan yang tidak sepatutnya wujud di dalam dirinya. Sangat mustahil untuk berlaku.

Adam mula bangun berdiri.

“Abang kenapa ni?,” Areesya mula khuatir sambil turut berdiri.

“Kita balik sekarang,” tutur Adam sambil pandangannya tidak terarah ke Areesya. Dia tidak mahu. Areesya sungguh hairan dengan tingkah Adam.

Seperti sesuatu yang ingin disembunyikan.

“Tapi kita kan baru je sampai sini..,”

“I said what, Areesya? We’re going home. Now,” ternaik sedikit nada suara Adam betul-betul membuatkan Areesya terdiam. Lidahnya terus kelu untuk membalas.

Hanya sekejap sahaja Adam membalas pandangannya.

Dah kenapa? Dah tak suka pandang aku?

Areesya hairan lalu kakinya mula melangkah mengikuti Adam yang sudah di hadapan. Walaupun hatinya agak tidak berpuas hati, nak tak nak dia terpaksa menurut.

Sambil kakinya tidak berhenti melangkah, kedua-dua matanya memandang pandangan matahari terbenam yang berada disisinya. Serba sedikit mampu membuatkan hatinya terasa sedikit lega.

ADAM yang dari tadi fokus memandu itu mula tidak tenang apabila memikirkan tentang perasaan yang tiba-tiba sahaja muncul di dalam hatinya. Perasaan yang tidak sepatutnya ada.

Lebih-lebih lagi perasaan itu wujud terhadap perempuan yang sudah dia anggap adiknya sendiri. Adakah ini salah satu ujian bertunang?

Hatinya mula terasa ingin berpaling arah. Tapi jujur hatinya tidak pernah merasai perasaan yang muncul tadi. Perasaan itu aneh. Tapi kenapa perlu muncul sekarang?

Lebih-lebih lagi pada Areesya Husna?

Berkerut seribu dahi Adam memikirkan tentang hal itu.

“This all bullshit!,” stereng kereta itu Adam tampar kuat.

Tersedar perbuatannya itu keterlanjuaan, cepat dia berpaling ke sebelah. Khuatir jika Areesya terjaga dari tidurnya. Lega hatinya apabila melihat Areesya masih tidur.

Lalu dia mula fokus ke hadapan. Tiba-tiba, telefonnya mula berdering memintanya untuk menjawab panggilan itu.

Telefonnya itu dia capai. Dibaca nama panggilan yang tertera di skrin telefon. Bibik Eza, nama pengasuh Puan Intan. Hairan juga Adam dibuatnya apabila menerima panggilan itu, tanpa membuang masa cepat sahaja Adam jawab panggilan itu.

“Iya, kak? Kenapa ni?,”

“Tuan Adam… Puan Intan baru je meninggal,” beritahu pengasuh itu diselangi dengan tangisan cukup membuatkan Adam terkejut. Keretanya itu terus dia hentikan di bahu jalan.

Cuba ingin memastikan.

“Kak Eza biar betul?,”

“Betul, Tuan Adam. Takkan Kak Eza nak buat main-main dengan kematian? Tuan Adam dekat mana ni?,” soal Kak Eza agak serius.

“Still dekat highway dalam setengah jam saya sampai rumah,” beritahu Adam sambil cuba menenangkan dirinya yang masih terkejut.

Lalu mereka berdua terus mematikan panggilan.

Adam cuba mengawal pernafasannya. Jujur, dia masih terkejut. Lalu pandangannya dikalihkan ke sebelah. Melihat wajah Areesya cukup dapat membayangkan kesedihan

Areesya jika dapat tahu tentang berita duka itu.

Hatinya tidak sanggup membayangkan. Adam cepat menghapus bayangan itu. Lalu kakinya mula menekan pedal minyak. Keretanya mula meluncur laju di atas jalanraya.

Dia perlu segera tiba di rumahnya.
Pelbagai urusan jenazah yang perlu dia selesaikan.

MALAM itu, Danish mengupah seorang tukang urut tradisional untuk mengurut kaki isterinya yang terkehel sehingga Allesya tidak mampu untuk berjalan dengan sempurna.

Allesya yang dari tadi menahan sakit apabila diurut itu melepaskan keluhan lega.

Proses mengurut dan tulang tumitnya itu juga sudah berjaya diperbetulkan. Sungguh Allesya terasa lega. Kini sudah tidak terkehel lagi, InshaAllah dia mampu berjalan nanti.

“You feeling better tak, love?,” soal Danish sebaik selesai menghantar tukang urut itu keluar dari rumah. Cepat sahaja Allesya angguk laju dengan senyuman.

“Better sangat-sangat! Mana you jumpa tukang urut tu? Skill mengurut mak cik tu hebat betul!,” teruja Allesya memuji tukang urut itu.

Danish mengukirkan senyuman.

“Ian yang carikan, saya tak tahulah mana dia pungut mak cik tu. Tapi baguslah kalau awak dah duk puji skill urut mak cik tu cukup buat saya rasa lega. So esok dah boleh jalan?,” soal Danish lalu duduk di birai katil.

Allesya angguk lagi dengan senyuman.

“Dah boleh dah sebab dah tak terkehel lagi!,” teruja Allesya sambil dia menggoyangkan kakinya yang sudah diurut tadi. Danish tergelak kecil.

“Ha lasak-lasak lah sangat terkehel lagi kaki tu,” sengaja Danish mengusik Allesya.

“Yelah yelah, anyway thank you!,” Allesya tidak berhenti senyum. Namun, perlahan-lahan mati senyuman Allesya apabila melihat air muka Danish berubah. Tidak senyum.

Seperti memikirkan sesuatu.

“Awak okay ke tak ni, sayang?,” soal Allesya ingin tahu.
Danish mengeluh berat.

“I just can’t get it until now, why should that guy touched you? Didn’t he see that you’re mine? Nobody can touch you, Allesya!,” Danish tegas melepaskan geram.

Agak tergamam Allesya dibuatnya. Matanya jatuh melihat genggaman Danish di cadar katil mereka. Tersembul urat tangan.

“Danish, jangan macam ni. Lelaki tu niat nak bantu saya bangun berdiri je,”

“With my own eyes, I saw he tried to touched you. Your waist, he touched you there,” Danish melepaskan keluhan berat sebaik dia tuturkan kata. Allesya yang mendengar itu hanya diam.

Tak mampu nak membuka mulut untuk membalas.

“Dahlah sampai sekarang saya masih tak percaya yang bibik Saidah tu sebenarnya ibu kandung pada Shah lagi parah yang bibik tu isteri daddy?,” gadu Danish masih tidak percaya.

“She’s just ex wife, Danish,” entah bagaimana kata itu terlepas dari mulut Allesya.

Danish lekas pandang ke arah isterinya dengan perasaan terkejut.

“You know about that? Since when?,” tegas Danish menyoal tidak berpuas hati.

Allesya terdiam. Mulutnya terkunci.

“Ahhh.., that’s why you don’t look like you were surprised?,” luah Danish agak kecewa lalu dia mula bangun berdiri.

Allesya terkejut melihat perubahan Danish itu.

“I can explain to you..,”

“Sampai bila Allesya? Sampai bila awak nak menipu saya? Apalagi yang awak nak sembunyikan pada saya? Tak cukup ke..,” Danish mula terasa sebak di dada.

Sungguh dia kecewa dengan sikap isterinya.

“Tak awak, dengarlah dulu apa yang saya nak explain,” Allesya cuba memujuk sambil air mata mula jatuh berjuraian. Danish menggelengkan kepalanya.

“No! Not this time around! Awak dah banyak tipu saya, Allesya. Banyak sangat. You really make me disappointed, love,” luah Danish kecewa.

Air matanya juga mula mengalir membasahi pipi.

“Danish..,” Allesya memanggil diselangi dengan tangisan.

“I just need to be alone for a while,” pamit Danish lalu terus mengangkat kaki keluar dari bilik. Sedikitpun tidak menoleh ke arah isterinya.

Allesya yang masih berada di atas katil terus melepaskan tangisan. “Ya allah,”

Next chapter will be update later, check it out on my instagram stories @rifiyasfas_ thank you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience