ALLESYA Danielle yang baru ingin menolak pintu kaca bilik pejabatnya itu mengukirkan senyuman apabila melihat nama dan jawatannya sebagai penasihat kewangan tertera di hadapan pintu bilik.
Inilah impiannya menjadi seorang wanita berkerjaya dengan menyandang jawatan professional.
Dia melangkah masuk ke dalam ruang bilik pejabatnya dan menarik kerusinya lalu melabuhkan punggungnya. Beg tangannya diletakkan di ruang tepi mejanya dan segera menghidupkan komputernya.
Dia bangun berdiri dan mencapai beberapa fail kewangan syarikat dan dibawa ke meja pejabatnya.
“Danielle?,” terangkat wajahnya apabila mendengar ketukan di pintu bilik pejabatnya dan namanya dipanggil oleh seseorang.
Setelah mengetuk pintu itu, Lya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat rakan sekerjanya itu.
“Morning!,” tutur teruja Lya Adrianna sambil menghampiri Allesya Danielle.
“Morning too!,” ucap Allesya Danielle sambil mengukirkan senyumannya.
“Jom kita buat kopi ke teh dekat pantry sambil tu boleh borak kejap,” ajak Lya Adrianna ramah.
Allesya Danielle memandang sekejap fail yang berada di dalam genggamannya itu lalu mengangkat pandangannya semula membalas pandangan Lya Adrianna.
“Ala Danielle don’t worry tak lama pun,” pujuk Lya Adrianna lembut apabila dia memahami skop kerja Allesya Danielle yang masih belum disiap.
Allesya Danielle mengukirkan senyuman kecilnya lalu dia meletakkan beberapa fail di genggamannya itu di atas meja pejabatnya.
“Okay jom,” terpaksa Allesya Danielle akur mengikuti permintaan Lya Adrianna. Mereka berdua mula melangkah keluar dari bilik pejabat itu dan menuju ke pantry.
Tiba di pantry, Lya Adrianna menunjukkan setiap bahagian simpanan makanan di pantry itu.
Allesya Danielle hanya tekun mendengar dan mereka berdua mula membancuh air masing-masing.
Lya Adrianna membancuh kopi manakala Allesya Danielle hanya membancuh teh panas.
“Danielle kenapa tak nak minum kopi?,” soal Lya Adrianna ingin tahu.
“Oh, Danielle tak minum kafein and lebih prefer teh sebenarnya,” beritahu Allesya Danielle dan mula mengacau teh panasnya.
“Wah macam Tuan Danish juga lah ni sebab Tuan Danish pun tak minum kafein,” beritahu Lya Adrianna agak mengejutkan Allesya Danielle.
"But not all coffee have caffeine kan?," soal Allesya.
"Same goes to you, he more prefer drink a tea," jawab Lya.
“Oh ya?,” Allesya Danielle mengangkat alis kanannya sedikit. Mindanya mula mengingati peristiwa dirinya memaksa Megat Danish untuk meminum kopi buatannya ketika di bumi Arab pada dua tahun lalu.
Ketika itu, dirinya tidak tahu bahawa Megat Danish tidak menyukai minuman kopi kafein dan membuatkan hatinya terusik sebak apabila ketika itu Megat Danish tidak berkata apa-apa dan hanya minum kopinya itu.
“Danielle?,” panggil Lya Adrianna menyedarkan Allesya Danielle terus dia menoleh membalas pandangan.
“Are you okay?,” soal Lya Adrianna risau.
“I’m okay, tadi Lya nak bagitahu apa?” soal Allesya Danielle sambil mengukirkan senyumannya lalu teh panasnya itu disisip perlahan.
“Oh pasal ni abang angkat Tuan Danish akan masuk kerja mulai hari ni, tu yang Lya nak tunggu diorang masuk office” beritahunya teruja sambil menyisip sedikit kopinya.
Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
“Oh Tuan Danish ada abang?,”
“Ha ah, abang angkat. And, baru sekarang abang angkat Tuan Danish tu ready nak masuk office,” jelasnya jujur.
Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle mengangguk kecil.
“Oh ya, boleh tak Danielle temankan Lya pergi receiption bawah? Bukan apa kalau waktu macam ni Tan Sri dengan Tuan Danish dah sampai office, jom!,” Lya Adrianna terus mencuci gelasnya laju dan mencapai gelas Allesya Danielle itu dan ditinggalkan di dalam singki.
Belum sempat Allesya Danielle berkata apa-apa, terus tangan kanan Allesya Danielle ditarik dan melangkah menuju ke ruang lif.
Terpaksa Allesya Danielle menurut kemahuan rakan sekerjanya itu.
Tan Sri Megat Idruz terus melangkah keluar dari perut kereta sebaik dibukakan pintu kereta oleh pemandu peribadinya.
Kini, pembantu peribadi itu membuka pintu kereta untuk Shah Hazwan pula. Terus Shah Hazwan melangkah keluar dan berjalan menghampiri ayah angkatnya itu.
“Wah, this is Megat Trading!,” teruja Shah Hazwan sambil memandang bangunan pejabat yang gagah berdiri di tengah-tengah kota Kuala Lumpur itu.
Tan Sri Megat Idruz tersenyum lebar.
“Let’s go inside and I will make sure you will be impress,” tutur Tan Sri Megat Idruz mengajak anak angkatnya itu masuk ke dalam pejabat syarikatnya.
“Itu Tan Sri dah masuk!,” teruja Lya Adrianna lalu sekali lagi menarik tangan Allesya Danielle menghampiri kaunter receiption utama.
Allesya Danielle melontarkan pandangannya ke pintu utama syarikat itu yang sudah kelihatan Tan Sri Megat Idruz dengan seorang lelaki muda memasuki ruang pejabat syarikat itu.
Mungkin itu abang angkat majikannya. Tapi…
Allesya Danielle makin mengerutkan dahinya apabila jelas dipandangannya rupa wajah lelaki muda itu yang makin mendekatinya.
Hatinya tiba-tiba berdebar laju mengingati tentang lelaki itu.
Peristiwa lima tahun yang lalu mula berlegar-legar di mindanya.
“Ermmm!!!,” Allesya Danielle meronta sambil cuba membuka tekupan telapak tangan kasar yang menekup mulutnya malah tubuhnya ditarik masuk ke dalam sebuah rumah.
“Diamlah perempuan!,” tengking kuat lelaki itu. Allesya Danielle yang menangis ketakutan itu terus menyiku abdomen lelaki itu kuat sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.
Menggunakan kesempatan itu, Allesya Danielle yang berbaju kurung itu melarikan diri jauh dari lelaki itu.
Namun, dirinya sekali lagi terperangkap apabila lelaki itu terus menarik kasar tangan kirinya.
Allesya Danielle memandang wajah lelaki itu dan mengingati raut wajah itu agar memudahkan urusannya jika kejadian tidak diingini berlaku.
Cepat lelaki yang berpakaian hoodie itu menundukkan wajahnya.
“Apa kau nak ni?! Lepaskan aku lah! Lepaskan!!,” ronta Allesya Danielle kuat sambil cuba melepaskan pegangan lelaki itu namun tidak berjaya.
“Aku kata diamlah perempuan!,” tempelaknya sambil dia menampar kuat pipi kanan Allesya Danielle lalu kain panjang itu diikat dan menekup di bahagian mulutnya.
Segera lelaki itu mengangkat tubuh perempuan itu ke bahunya.
Allesya Danielle menumbuk kuat tubuh belakang lelaki itu dan mulutnya yang sudah ditekup itu meronta-ronta meminta tolong.
Kini, langkah lelaki itu diatur menuju ke sebuah rumah. Sebaik sudah masuk ke ruang rumah, lelaki itu membawanya ke dalam sebuah bilik.
Terus tubuhnya yang tinggi lampai itu dicampakkan ke atas katil. Lelaki itu naik ke atas katil dan membuka ikatan di bahagian mulut itu.
“Apa yang kau nak buat ni?!! Lepaskan aku lah!,” Terus Allesya Danielle terundur laju ke belakang sehingga tubuh belakangnya menyentuh kepala katil.
Rambutnya yang ikal mayang itu sudah serabai itu dikuak ke belakang.
“Kau diam! Aku hanya buat kerja aku dan kau tak payah nak memekak!,” tengkingnya apabila sudah bangun berdiri sambil itu dibuka kedua-dua sarung tangannya itu.
“Apa yang kau nak buat dengan aku ni?! Lepaskan aku lah! Aku nak balik!,” rayu Allesya Danielle sambil air matanya berjurai-jurai membasahi kedua-dua pipinya.
Dia memandang sekeliling ruang bilik itu.
Allesya Danielle kembali memandang ke arah lelaki itu apabila terdengar gelak sinis daripada lelaki itu. Terus lelaki itu menghampiri Allesya Danielle yang membuatkan Allesya Danielle ingin turun dari katil namun dia ditarik kembali duduk ke atas katil.
“Apa yang kau nak ni?! Lepaskanlah aku!,” rayu Allesya Danielle sambil menangis ketakutan itu.
Dia membalas pandangan lelaki itu yang sedang menatapnya. Perlahan-lahan, lelaki itu mengusap pipi kiri Allesya Danielle sambil membalas pandangan.
“Such beautiful girl but..,” kata lelaki itu terhenti.
Pandangannya jatuh ke arah bahagian leher jenjang dan dada Allesya Danielle yang sudah berpeluh itu.
“Aku tak tahu lah apa nasib kau lepas ni, Allesya Danielle,” ujarnya perlahan sambil kembali membalas pandangan Allesya Danielle.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle ketakutan.
“Dah Shah kau dah boleh keluar,” tegur satu suara garau yang baru melangkah keluar dari tandas itu membuatkan Allesya Danielle menoleh.
Tok Wan?
Ya Allah!
Terkejut dirinya dan dirinya mula bernafas berat dan sesak lalu terus dia memandang kembali lelaki itu dan lelaki itu membalas pandangannya.
“Tolong selamatkan aku, aku mohon sangat-sangat. Selamatkan aku,” terus tangan lelaki yang mengusap pipi kirinya itu digenggam erat.
Lelaki itu memandang ke arah tangannya itu dan kembali membalas pandangan Allesya Danielle.
“Maafkan aku, aku tak boleh,” perlahan-lahan, lelaki itu melepaskan genggaman Allesya Danielle lalu turun dari katil.
Segera lelaki itu melangkah keluar dari bilik itu dan secepatnya Allesya Danielle turun dari katil ingin mengikuti langkah lelaki itu.
Namun pintu sudah tertutup rapat dari luar. Terus tidak keruan Allesya Danielle dibuatnya terus dia memulas tombol pintu bilik itu.
Terkunci.
“Tak! Tak! Kau kena selamatkan aku! Tolong aku!!!,” Laung Allesya Danielle sambil menampar kuat muka pintu bilik itu dan dipulas tombol itu berkali-kali.
Allesya Danielle turut menangis ketakutan.
Mengingati kejadian itu membuatkan air mata Allesya Danielle jatuh berjuraian membasahi kedua-dua belah pipinya. Kini, Tan Sri Megat Idruz dan Shah Hazwan sudah tiba di hadapannya.
“Danielle, are you okay?,” soal Tan Sri Megat Idruz khuatir dan dia menghampiri Allesya Danielle. Lya Adrianna yang mendengar teguran itu terus memandang rakan sekerjanya.
Begitu juga Shah Hazwan yang berada bersebelahan
dengan ayah angkatnya itu.
“I’m okay, Tan Sri,” Allesya Danielle secepatnya mengusap air matanya dan membalas pandangan Tan Sri Megat Idruz.
Pandangannya sedikitpun tidak dikalihkan kepada Shah Hazwan kerana perasaan takut dan sebak sudah menyelubungi dirinya.
“Are you sure, Danielle?,” soal Tan Sri sekali lagi risau dengan keadaan Allesya Danielle.
“I’m sure Tan Sri, sorry I need to go,” pamit Allesya Danielle sambil menundukkan wajahnya kerana dia tidak mampu menahan tangisannya lalu terus mengatur langkah pergi.
“Eh Danielle?,” Lya Adrianna mahu mengikuti Allesya Danielle namun tangannya dipegang oleh Tan Sri Megat Idruz.
Lya Adrianna memandang ke arah majikannya.
“Let her stay alone, maybe she need time,” ujar Tan Sri Megat Idruz perlahan sambil melepaskan pegangannya.
Shah Hazwan mengerutkan dahinya apabila memandang langkah yang diatur oleh Allesya Danielle itu melangkah keluar dari pejabat.
“Daddy, tu siapa?,” soal Shah Hazwan ingin tahu.
“Allesya Danielle, kawan Danish masa sekolah dekat kampung,” beritahu Tan Sri Megat Idruz.
Lya Adrianna yang mendengar itu agak terkejut.
Shah Hazwan mengangguk kecil.
“Oh itu lah Allesya Danielle yang mummy cakap semalam?,” soalnya lagi. Mendengar pertanyaan itu hanya membuatkan Tan Sri Megat Idruz angguk kecil.
“Dah lah jom daddy tunjukkan office daddy,” ajak Tan Sri Megat Idruz kepada anak angkatnya. Shah Hazwan mengangguk kecil lalu terus mengikuti langkah ayah angkatnya itu.
Sempat dia membalas senyuman dan mengenyit mata kirinya dengan Lya Adrianna.
Lya Adrianna sudah tersenyum riang.
“Hopefully, lelaki itu under department sama dengan aku!,” dirinya berharap teruja.
ALLESYA Danielle terus menghamburkan tangisannya sebaik sudah melangkah keluar dari bangunan Megat Trading itu kini langkahnya menuju ke ruang parkir bawah tanah dan ingin mencari kawasan sunyi agar dia bisa menangis sepuas-puasnya.
Nak menangis dalam kereta, dia masih belum mempunyai kereta.
Tanpa disedari, Allesya Danielle terlanggar bahu seseorang dan membuatkan Allesya Danielle terus menoleh gerangan yang dilanggari nya itu.
Tuan Danish?
Cepat-cepat dia mengesat air matanya dan membalas pandangan majikannya.
“Maafkan saya, Tuan Danish,” ucapnya sebak terus dia ingin mengatur langkah pergi namun tangannya ditarik perlahan oleh Megat Danish.
Allesya Danielle terus memandang majikannya dan perlahan-lahan melepaskan pegangan itu.
“What’s wrong with you?,” soal Megat Danish apabila melihat keadaan Allesya Danielle yang berjuraian air mata itu.
Mendengar pertanyaan itu, Allesya Danielle cuba mengawal tangisannya di hadapan majikannya namun dia tidak mampu.
“I’m okay, Tuan Danish,” nafinya lagi sambil air matanya sekali lagi berjuraian.
“No, you’re not okay!,” tegasnya lalu terus menarik Allesya Danielle bersembunyi di balik keretanya agar tidak dikelihatan oleh staf-staf yang lain.
Terus tubuh Allesya Danielle ditarik masuk ke dalam pelukan eratnya.
Allesya Danielle yang menerima pelukan itu terus menghamburkan tangisannya di bahu Megat Danish.
Sayu hatinya mendengar tangisan Allesya Danielle itu dan terfikir di benak fikirannya bagaimana dia sanggup untuk melepaskan dendam kepada wanita yang berada dipelukannya itu?
Lama Allesya Danielle menghamburkan tangisan manakala Megat Danish mengeratkan pelukannya sambil tangan kirinya mengusap lembut tubuh belakang itu agar ia mampu menenangkan Allesya Danielle.
“AREESYA,” panggil Datuk Umar lembut yang membuatkan Areesya Husna berpaling ke belakang dan membalas pandangan lelaki berumur 30-an itu.
“Ye, Umar?,” soal Areesya Husna lalu menghampiri Datuk Umar itu. Melihat raut wajah Datuk Umar berubah itu membuatkan Areesya Husna mengerutkan dahinya.
“Maafkan Umar sebab tak dapat nak cari siapa yang langgar..,”
“It’s okay lah, Umar. Yang penting sekarang ni keadaan ibu makin pulih,” ujar Areesya Husna dengan mengukirkan senyuman. Datuk Umar melihat senyuman itu membuatkan dirinya sedikit lapang hati.
“Lapang hati Umar bila dengar Areesya cakap macam ni,” perlahan-lahan Datuk Umar mengukirkan senyumannya manakala Areesya Husna melebarkan senyumannya.
“Lagi satu, Umar nak bagitahu yang..,”
“Areesya tahu, Umar,” sekali lagi Areesya Husna memotong kata Datuk Umar.
Mengungkap kata itu, membuatkan Areesya Husna kembali sebak terus dia menundukkan wajahnya ke bawah.
Datuk Umar menghampiri Areesya Husna.
Segera Areesya Husna mengangkat pandangannya membalas pandangan lelaki di hadapannya ini.
“Terima kasih, Datuk Umar sebab dah banyak tolong Areesya dengan ibu selama tiga hari ni. Areesya takkan lupa jasa Datuk dan jaga diri dekat England tu,” Aresya Husna mengukirkan senyumannya agar dia dapat mengawal perasaan sebaknya.
“Areesya masuk ke dalam dulu,” Datuk Umar yang baru ingin membalas kata-kata itu terhenti apabila Areesya Husna sudah mengatur langkah memasuki ke dalam rumah.
Datuk Umar melepaskan keluhan beratnya.
Entah kenapa berat untuk meninggalkan Areesya Husna keseorangan menjaga ibu. Perasaan yang timbul ini bukan kerana cinta tetapi sudah seperti adik-beradik.
Ya, dia menganggap Areesya Husna hanya sebagai adik.
Tidak tahulah jikalau Areesya Husna seperti menyimpan perasaan kepadanya. Bagi pandangannya, seperti tidak.
Namun, dia dapat rasakan kesedihan Areesya Husna kerana kepergiannya esok ke England.
“Umar janji Umar akan datang balik cari Areesya. Umar janji!,” nekad Datuk Umar sambil memandang rumah kayu yang berada dihadapannya itu.
Lalu kaki diatur melangkah masuk ke dalam keretanya.
Areesya Husna menghamburkan tangisannya melihat kereta berjenama Mercedes itu keluar dari halaman rumahnya.
“DADDY takkan lah Shah nak department dengan Danish?,” rungut Shah Hazwan tidak puas hati sambil bercekak pinggan.
Tan Sri Megat Idruz memandang ke arah anak angkatnya.
“Of course you should! Shah kena banyak belajar dari Danish,” lembut Tan Sri Megat Idruz memujuk anak angkatnya itu.
Shah melepaskan keluhan beratnya tanda tidak bersetuju dengan apa yang diarahkan oleh ayah angkatnya itu kepadanya. Namun, dia tidak mampu melawan.
“Apa-apa jelah, daddy. Dahlah Shah nak keluar kejap” ujarnya selamba lalu mula mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Tan Sri Megat Idruz.
“Eh nak kemana? Shah kena tungu Danish dulu,” Terkejut melihat tingkah selamba anak angkatnya itu.
Shah Hazwan yang baru sahaja membuka pintu bilik pejabatnya itu terus menoleh ke belakang membalas pandangan ayah angkatnya itu.
“Daddy, Shah cuma nak keluar sekitar dalam company daddy je bukannya nak keluar pergi mana pun,” ujar Shah Hazwan dengan senyuman kecilnya lalu terus mengatur langkah keluar dari bilik pejabat ayah ankatnya itu.
Tan Sri Megat Idruz melepaskan keluhan kecilnya.
Shah Hazwan mula mengatur langkah menuju ke ruangan bilik pejabat adik angkatnya, Megat Danish. Terangkat alis kirinya apabila melihat pintu pejabat itu dengan tertera nama adik angkatnya berserta jawatan yang disandang.
“President of Megat Trading, Megat Danish. Wauu!,” tersenyum sinis Shah Hazwan dibuatnya.
Kini, dia cuba untuk membuka pintu pejabat itu namun terkunci. Dia memandang ke arah alat skrin kekunci yang terletak bersebelahan dengan pintu pejabat itu lalu terus dia mendengus kecil.
“Encik buat apa dekat kawasan sini?,” soal Nur Fasha apabila tiba di ruangan itu. Pertanyaan itu membuatkan
Shah Hazwan menoleh membalas pandangan.
Tersenyum kecil Shah Hazwan lalu dia menghampiri Nur Fasha sambil kedua matanya memandang tubuh genit itu berpakaian dress putih paras lutut itu.
Melihat pandangan itu benar-benar membuatkan Nur Fasha tidak selesa. Dia mengundurkan beberapa langkahnya ke belakang.
“You mesti secretary Danish kan?,” soal Shah Hazwan sambil mnghentikan langkahnya mendekati Nur Fasha.
“Yes, I am. Just ask my question why you at here and who you are?,” soal Nur Fasha agak tegas.
Mendegar itu membuatkan Shah Hazwan mengukirkan senyuman lebarnya.
“I’m Shah Hazwan, anak angkat Tan Sri Megat Idruz. Why I tak boleh ada dekat ruangan sini ke di ruangan pejabat adik I sendiri?,” soal sinis Shah Hazwan.
Nur Fasha tersenyum kecil cuba mengawal gementarnya itu.
“Oh, I see. Welcome to Megat Trading. Cuma satu jelah I nak pesan, ruangan Tuan Danish tak boleh sembarangan nak masuk macam ni apatah lagi cuba nak masuk dalam pejabat Tuan Danish,” terang Nur Fasha dengan nada agak tegas namun senyuman terus diukirkan.
Shah Hazwan yang mendengar itu hanya menganggukkan kepalanya
“Faham-faham, thanks for your remind,” Shah Hazwan yang mengukirkan senyuman itu terus mematikan senyumannya di hadapan Nur Fasha.
Terus dia mengangkat kaki keluar dari ruangan itu sambil dia melanggari perlahan bahu kiri Nur Fasha.
Nur Fasha menjeling menyampah dengan perilaku Shah Hazwan itu. Lalu terus dia mengatur langkah menghampiri pintu pejabat majikannya itu dan membuka kata laluan.
Dia perlu memeriksa beberapa dokumen yang perlu dilihat oleh majikannya pada hari ini.
Itulah tugasnya setiap hari sebaik masuk waktu pejabat pukul 9 pagi. Shah Hazwan yang masih tidak puas hati itu terus mengatur langkah menuju ke ruangan lif.
Sebaik di ruangan itu, dia menekan punat butang lif itu dan menunggu pintu lif terbuka untuknya lalu kedua-dua matanya memerhati sekeliling ruangan itu.
“Kenapa lah aku cakap dengan daddy yang aku nak kerja dekat sini? Jiwa aku tak ada dekat sini! Haishhh!,” rungutnya geram.
Sebaik pintu lif terbuka terus dia mengatur langkah masuk ke dalam kotak lif itu.
“Maafkan saya sekali lagi, Tuan Danish sebab..,”
“It’s okaylah, Allesya. Just remember one thing, apa-apa pun masalah yang awak hadapi pasti akan ada penyelesaiannya. Dah jangan menangis macam ni lagi, ingat Allah pernah berfirman Lah Tahzan Innallahah ma’ana yang maksudnya janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” tuturnya penuh dengan lemah lembut.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle berasa tenang lalu dia mengangkat pandangannya membalas pandangan majikannya itu.
Sebenarnya, dia lebih rasa terharu.
Inilah Megat Danish yang dia rindukan.
Tiba-tiba, hatinya dipenuhi perasaan sebak. Sungguh dirinya ingin sekali memberitahu perihal sebenar bahawa dia tidak pernah melupakan Megat Danish yang hadir dalam hidupnya, sedikit pun tidak pernah dia lupakan.
Namun dia khuatir jika Megat Danish mengetahui tentang itu, lelaki itu akan melayaninya secara kasar kerana dendam lampau.
Megat Danish yang membalas pandangan itu mengerutkan dahinya apabila melihat air bertakung ditubir mata Allesya Danielle.
“Dah, Allesya. Stop crying like baby,” tegur Megat Danish agak tegas kerana dia betul-betul tidak sanggup melihat wanita yang dicintainya itu menangis dihadapannya.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle tertunduk dan air matanya yang bertakung itu mula jatuh membasahi pipinya.
Secepatnya, Allesya Danielle mengesat air matanya lalu mengangkat wajahnya dan mengukirkan senyuman kecil di hadapan Megat Danish.
“Okay, saya takkan menangis lagi!,” nekad Allesya Danielle dan mencuba mengawal perasaanya.
“Good,” tersenyum Megat Danish dibuatnya.
“Dahlah jom kita masuk dalam,” ajak Megat Danish yang telebih dahulu mengatur langkah memasuki ke dalam syarikat itu dan diikuti Allesya Danielle di belakang.
Mendengar derapan kasut tinggi Allesya Danielle di belakangnya itu membuatkan Megat Danish tersenyum lebar.
Namun, mati senyumannya apabila matanya mengesan satu figura yang dikenalinya itu berlegar-lega di lobi syarikatnya.
Shah Hazwan? Apa yang dia buat dekat sini?
Terus langkahnya yang dihentikan apabila abang angkatnya itu menyedari kehadirannya. Allesya Danielle yang berada di belakang majikannya itu terus mengangkat pandangan memandang ke arah Shah Hazwan yang menghampirinya.
Berdebar ketakutan Allesya Danielle dibuatnya terus langkahnya dihentikan dan pandangannya tidak berkelip memandang Shah Hazwan yang sudah berada di hadapan majikannya.
“Megat Danish Tan Sri Megat Idruz, Presiden of Megat Trading,” ucap Shah Hazwan sambil melebarkan kedua-dua tanganya separas bahunya.
Senyuman lebarnya diukirkan.
“What are you doing here?,” soal Megat Danish tegas sambil membalas pandangan abang angkatnya itu.
Mendengar itu, Shah Hazwan menurunkan kedua-dua tangannya ke sisi.
“Oh lupa nak kenalkan diri, I’m Shah Hazwan starting from today I will work under your department Tuan Danish,” Shah Hazwan bersikap profesional sambil mengukirkan senyuman kecilnya namun di pandangan Megat Danish, abang angkatnya itu masih main-main dan masih tidak layak untuk bekerja di syarikatnya.
“Are you serious? Atas arahan siapa?,” soal Megat Danish masih tidak percaya.
“Of course, daddy adikku sayang,” ujar Shah Hazwan sambil mencuit dagu adik angkatnya itu namun secepatnya ditepis kasar oleh Megat Danish.
Itu membuatkan Shah Hazwan tergelak kecil.
Megat Danish mengeluh kecil dan dia kalihkan pandangannya ke tepi. Kecewa hatinya apabila mengetahui kehadiran abang angkatnya itu atas arahan daddynya, Tan Sri Megat Idruz.
Shah Hazwan mengerutkan dahinya dan dia mematikan senyumannya apabila dia mengalihkan pandangannya membalas pandangan Allesya Danielle yang berada di belakang adik angkatnya itu.
Pernafasan Allesya Danielle menjadi sesak dan berat menerima pandangan itu.
Share this novel