Allesya Danielle melangkah keluar dari kotak lif sebaik tiba di tingkat 13. Dia diminta untuk berjumpa dengan Shah Hazwan di ruangan utama syarikat itu.
Fail kewangan yang hanya dijadikan sebagai alasan itu dipegang erat di dalam pelukannya.
Manalah tahu terserempak dengan sesiapa dan menanyakan tujuannya berada di ruangan tingkat itu sekurang-kurangnya dia ada alasan.
Bilik pejabat Shah Hazwan terletak di bahagian kiri di antara bilik pejabat Ketua Pemasaran dan Ketua Kewangan.
Lekas kakinya mengatur langkah untuk menuju ke ruangan bilik itu namun kakinya terhenti apabila terserempak dengan Megat Danish yang melangkah keluar dari bilik mesyuarat bersama dengan setiausahanya, Nur Fasha.
Begitu juga dengan Megat Danish lalu pandangan mereka menyatu sekejap.
“Hi, Danielle. Awak buat apa dekat sini?,” soal Nur Fasha ingin tahu yang membuatkan pandangan Allesya terus menoleh ke arah Fasha.
“Ouh saya nak jumpa dengan Encik Isa for this document,” tutur katanya sambil fail kewangan itu diangkat sedikit.
Kan aku dah kata, fail yang aku bawa ni confirm function!
Nur Fasha mengganguk kecil.
Megat Danish yang mendengar itu tidak memberi reaksi apa-apa malah terus dia mengangkat kakinya berlalu pergi.
Tergamam Allesya Danielle dibuatnya sekurang-kurangnya tegurlah sikit, ini tak…
“Got to go, Danielle. See you when I see you,” pamit Nur Fasha lalu terus mengejar langkah Megat Danish yang sudah kedepan.
Allesya Danielle hanya mampu menghantar bayangan mereka berdua sehingga hilang di balik dinding.
Haih, ni baru satu pejabat dah tak nak bertegur sapa kalau dah satu rumah entah-entah Danish tu keluar dari rumah semata-mata tak nak duduk sebumbung dengan aku.
Hatinya bermonolog kecewa.
Kakinya terus diatur melangkah menuju ke bilik pejabat Shah Hazwan.
Sebaik tiba di hadapan pintu, buku lima diangkat dan mengetuk dada pintu itu. Kedengaran suara menyahut dari dalam yang membenarkannya membuka pintu.
Shah Hazwan yang masih sibuk dengannya itu terus mengangkat pandangannya ke arah pintu dan terus terukir senyuman di bibirnya melihat Allesya yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.
Terus dia bangun berdiri dan menghampiri Allesya.
Shah Hazwan agak terkejut apabila melihat cincin pemberiannya sudah disarung cantik di jari manis Allesya.
Adakah itu tanda Allesya menerima lamarannya?
“Allesya..,” panggilnya lalu melebarkan senyumannya. Allesya mengangkat pandangannya memandang Shah sedikitpun dia tidak senyum.
Dia pasti Shah sudah perasan cincin yang tersarung di jari manisnya itu.
“Betul ke ni?,” soal Shah inginkan kepastian.
“Ye, betul. Aku terima lamaran kau tapi kau kena bagitahu dulu parents kau and after that baru sah yang kita ni dah bertunang dan tak perlu majlis pun,” beritahunya agak tegas.
Bibirnya Shah tidak berhenti tersenyum mendengar penerimaan itu.
“Kalau yang tu, no hal lah. Okay disebabkan kau dah terima lamaran aku jom kita keluar makan waktu lunch nanti, boleh?,” ajak Shah riang.
Allesya mengukirkan senyumannya melihat wajah kegembiraan lelaki dihadapannya itu.
“Sure, nanti aku tunggu kau kat lobi je,” beritahu Allesya.
“Okay, ha kau boleh keluar sekarang. Aku banyak kerja pastu nanti aku nak bagitahu dekat parents aku tentang kita,” selamba Shah berkata begitu sambil kakinya diatur ke meja pejabat.
“Kau halau aku macam tu je?,” soal Allesya hairan.
“Pastu kau nak apa? Kau nak aku cium kau tanda berterima kasih?,” sengaja Shah ingin mengusik Allesya. Berona pipi Allesya dibuatnya apabila diusik begitu.
“Dah aku keluar dulu lah. Jangan lupa kau kena belanja aku lunch nanti,” Allesya mengingatkan.
Shah yang sudah duduk di kerusi kulit itu mengukirkan senyumannya.
“Ye, aku ingat. Jumpa nanti sayang,” sekali lagi Shah mengusik. Allesya yang mendengar itu sudah tidak keruan terus dia mengatur langkah keluar dari bilik pejabat.
Tidak sanggup dia bertahan lama-lama dalam bilik itu.
Di luar bilik, lebar senyuman Allesya dibuatnya. Kalau macam nilah hari-hari Shah melayannya, aku boleh jatuh cinta.
Entahlah, aku harap hubungan ini boleh sampai ke pelamin. Insha Allah. Kakinya terus diatur berlalu pergi dari ruangan tingkat itu.
AREESYA Husna menghidangkan sedikit kuih muih dan air kopi panas untuk tetamunya, Adam Lian. Selepas pertemuan mereka kali pertama haritu membuatkan Adam Lian tidak berhenti datang melawat untuk menjaga Puan Intan.
Sedikitpun Areesya tidak memaksa untuk Adam menjaga ibunya namun ini semua atas kerelaan Adam sendiri.
Katanya, itu sudah tugasnya untuk memastikan keluarga arwah Encik Emir Azman berada dalam jagaannya.
“Abang, jemputlah makan. Tapi ni je yang mampu Areesya hidangkan,” lembut tutur kata Areesya sambil mula duduk di sofa.
“Eh ni pun dah lebih dari cukup tahu? Bagi abang, kopi Areesya lah paling sedap pernah abang rasa buat masa sekarang ni,” puji Adam sambil tersenyum.
Areesya juga sama tersenyum.
“Terima kasih abang,”
Adam terus mencapai air kopi panas tu lalu dihirup perlahan. Ia memang diakui kopi buatan Areesya sangat sedap. Setelah dihirup, gelas kaca itu diletakkan semula dan matanya tertumpu kepada Areesya.
Areesya membalas pandangan itu.
“Abang ada nak cakap apa-apa ke?,” soal Areesya apabila memahami pandangan itu.
“Ada,” jawabnya yang membuatkan Areesya makin ingin tahu namun dia hanya menanti.
“Tapi, abang nak Areesya dengar betul-betul. Abang takkan paksa Areesya untuk ikut kemahuan abang. It’s up to you,” Adam mula memberi kata pembuka yang makin membuatkan Areesya tertanya-tanya.
“Abang nak ajak Areesya ikut abang pergi KL, you stay with me. Kita sama-sama cari akak Danielle sampai jumpa, boleh?,” Adam mula menyatakan niatnya.
Terkejut Areesya mendengar ajakan itu. Dia sendiri tidak mampu memberi keputusan sekarang.
“Asalamuailaikum!,” belum sempat Areesya ingin membuka mulut kedengaran dari luar rumah seseorang memberi salam.
Areesya dan Adam yang berada di ruangan ruang tamu itu mengerutkan dahinya.
Secepatnya Areesya bangun berdiri dan berjalan menuju ke arah pintu untuk melihat gerangan yang memberi salam.
Makin berkerut dahinya melihat seorang wanita berpurdah di halaman rumahnya.
Begitu juga dengan Adam.
Mati senyuman Sharifah Soffiyya dibuatnya apabila melihat Adam Lian juga turut berada di dalam rumah kawan baiknya itu. Kalau diikutkan inilah alamat rumah yang diberikan oleh Allesya Danielle tempoh hari.
Maksudnya, tiga bulan lepas.
Sengaja Soffiyya tidak ingin memaklumkan kepada Allesya tentang keberadaannya di Malaysia atas niat nak ‘surprise’ tapi siapa pulak wanita muda dihadapannya?
Dan, kenapa ada Adam sekali dalam rumah ni?
“Ye, akak? Akak cari siapa?,” soal Areesya lemah lembut sebaik menghampiri Soffiyya.
Soffiyya yang dari tadi membalas pandangan Adam itu terus menoleh ke arah Areesya sebaik disoal tentang tujuannya.
“Ini rumah Allesya Danielle kan?,” soal Soffiyya inginkan kepastian.
“Kenapa semua orang mencari Danielle ni? Dan kau siapa?,” belum sempat Areesya menjawab, Adam sudah membuka mulut sambil kaki diatur menghampiri Soffiyya dan Areesya.
Soffiyya kembali membalas pandangan Adam itu.
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Soffiyya terkelu lidah untuk menjawab. Hatinya berdebar-debar melihat Adam sudah berdiri dihadapannya.
Adakah kerana perasaan cintanya terhadap Adam yang disimpan lama sejak dibangku sekolah lagi?
Sedarlah, Soffiyya. Adam sedikitpun tidak pernah perasan tentang kewujudan kau selama ni dan sekarang pun sama sebaik ada sehelai cadar yang menutup sebahagian wajahnya.
Tapi sekarang ni Adam bertanya tentang diri kau.
Kau nak jawab apa?!
“Eh aku tanya kau ni yang kau mengelamun kenapa?,” agak tegas Adam menegur.
“Saya Sharifah, kawan baik Allesya masa dekat Arab tiga tahun lepas,” akhirnya itu sahaja yang mampu Soffiyya beritahu.
Adam yang mendengar itu mengganguk kecil.
“Danielle dah lama dah tak tinggal dalam rumah ni, dia ada kat KL tapi aku tak tahu kat mana. Tapi takkanlah kau as kawan baik dia tak tahu dia tinggal mana?,” Adam tidak habis-habis menyoalnya.
Soffiyya tersenyum kecil sambil tertunduk ke bawah.
“Actually, saya nak buat surprise dekat dia. Tapi tak tahulah pulak dia dah berpindah,” jawab Soffiyya memberitahu jujur. Adam yang mendengar itu mengerutkan dahinya kerana seakan-akan mengenal wanita berpurdah dihadapannya.
Tapi, dekat mana? Dia sendiri tidak pasti.
“Kalau macam tu, you got her new number right? Can you call her now and minta dekat dia alamat rumah dia yang baharu,” arah Adam tegas yang membuatkan Soffiyya mengerutkan dahinya.
Sungguh dia pelik dengan perubahan Adam yang seperti memaksanya. Terjadi sesuatu ke antara Adam dengan Allesya?
Soffiyya yakin pasti terjadi sesuatu yang dia sendiri tidak pasti kalau tidak mengapa Allesya tetiba sahaja berpindah ke KL?
“Tak apalah, saya balik dulu. Terima kasih,” secepatnya Soffiyya pamit untuk berlalu pergi. Namun, tangan kananya cepat diraih oleh Adam yang membuatkan Soffiyya terkejut.
“Eh apa ni?! Lepaskan lah!,” ronta Soffiyya mencuba melepaskan tangannya itu. Areesya Husna agak terkejut melihat adegan itu dihadapan matanya.
Adam tersenyum sinis.
“Jangan buat-buat macam tak kenal aku boleh? I know who you are, Soffiyya,” ujar Adam yang membuatkan Soffiyya terkejut dan terhenti rontaannya.
Jadi, identitinya sekarang sudah diketahui.
Maksudnya, Adam mengenalinya tapi sejak bila?
Sejak di bangku sekolah ke? Tapi tak mungkinlah!
“Better you tell me dekat mana Danielle sekarang sebelum..,”
“Abang, dahlah. Lepaskan lah akak tu. Tak manislah jiran-jiran pandang,” tegur Areesya sambil berjalan menghampiri mereka berdua lalu pegangan itu dileraikan.
Adam hanya membiarkan namun matanya tidak lepas memandang Soffiyya. Areesya memandang ke arah Soffiyya.
“Saya minta maaf atas kelakuan abang Adam. Nanti kalau akak dah jumpa Akak Allesya sampaikan salam Areesya pada dia,” sempat Areesya mengirim salam.
Soffiyya yang mendengar itu hanya mengganguk kecil.
“Insha Allah, nanti akak sampaikan. Akak minta diri dulu,” pamit Soffiyya lalu membalas pandangan Adam sekejap.
Kakinya terus berlalu pergi dan melangkah masuk ke dalam perut kereta berjenama Mercedes-AMG A-Class berwarna putih.
“Areesya tahu tak Areesya dah lepaskan peluang untuk tahu dekat mana Akak Danielle?,” soal tidak puas hati Adam sebaik kereta yang dipandu Soffiyya itu berlalu pergi dari halaman rumah itu.
Mendengar itu membuatkan Areesya segera berpaling ke arah Adam.
“Abang tak boleh tau paksa orang macam tu. Kalau betullah akak tadi tahu mana Akak Allesya takkanlah dia buang masa nak datang rumah buruk ni?,” beritahu Areesya untuk menyedarkan Adam.
Adam melepaskan keluhan berat.
“Apa-apa jelah,” Adam yang malas ingin bertekak itu terus mengangkat kakinya berlalu masuk kembali ke dalam rumah. Areesya turut kembali masuk ke dalam rumah.
“OH lupa daddy nak bagitahu yang Shah call daddy tadi,” beritahu Tan Sri Megat Idruz. Megat Danish yang sedang menjamu selera itu terus menghentikan kunyahannya sekejap apabila mendengar nama abang angkatnya itu.
“Then?,” sengaja Megat Danish bertanya tanda konon dirinya berminat tentang topik itu
“Shah bagitahu yang dia dah lamar girlfriend dia and girlfriend dia terima lamaran tu so disebabkan girlfriend dia tak ada parents so now they officially engaged,” beritahu Tan Sri Megat Idruz yang sedikitpun tidak mengejutkan Megat Danish.
Jadi benarlah tekaannya bahawa Allesya akhirnya menerima lamaran abang angkatnya sebaik dia melihat cincin tersarung di jari manis Allesya ketika mereka terserempak tadi.
“You don’t even look like you were surprised?,” tegur Tan Sri Megat Idruz mematikan lamunan Danish. Danish memandang ke arah ayahnya yang duduk makan di hadapannya.
“Danish tahu ke siapa girlfriend Shah?,” soal Tan Sri Megat Idruz ingin tahu.
“Shah tak bagitahu daddy?,” hairan Danish dibuatnya.
“Tidak pulak. Katanya dia nak suprisekan daddy dengan mummy masa makan malam esok,” beritahu Tan Sri Megat Idruz agak mengejutkan Danish.
Tekad benar abang angkatnya itu untuk menunjukkan bakal isteri.
“Maaf, daddy. Danish pun tak tahu apa-apa,” ujarnya ringkas. Malas dia ingin ambil tahu tentang hal peribadi abang angkatnya itu.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu hanya mengganguk kecil.
Yang pasti, makan malam esok akan penuh kejutan.
Tetamu istimewa adalah Allesya Danielle yang akan memperkenalkan diri sebagai tunang kepada abang angkatnya.
Megat Danish tersenyum kecil.
Tidak menyangka hal ini bakal akan terjadi.
ALLESYA Danielle melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya semula dengan perasaan kecewanya apabila ‘date lunch’ dengan tunang sendiri tidak jadi untuk pertama kali. Kalau dah tahu diri tu sibuk banyak kerja tak disangka tu, tak payahlah sibuk nak berjanji!
Geram Allesya dibuatnya. Kalau dia tahu perkara ini berlaku pasti dia sudah mengikuti Lya Adriana untuk makan tengahari.
Entah-entah perut aku ni pun dah kenyang! Boleh emosi aku dibuatnya kalau perut aku ni dah terkriuk-kriuk.
Punggungnya dihempas kasar di kerusi dan komputernya dihidupkan, dia ingin menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Perutnya yang lapar itu dan hatinya yang masih sakit dibiarkan sahaja.
Nanti pandai-pandailah ia sembuh sendiri.
Tertoleh pandangan Allesya ke skrin telefonnya apabila telefonnya berdering menandakan panggilan masuk daripada nombor yang tidak dikenali. Haik, siapa pulak ni?
Entah-entah scammer mana sibuk call orang tengah sakit hati kalau aku jawab nanti makin aku sakit hati! Baik tak payah!
Allesya tidak menjawab panggilan itu dan pandangannya kembali ke skrin komputernya.
Sekali lagi, telefonnya berdering memaksanya mengangkat panggilan itu. Terus skrin telefon itu ditekap ke telinga
sebaik menjawab panggilan itu.
“Yang kau tak reti nak angkat call ni kenapa? Dahlah aku pergi rumah kau dekat kampung kata kau dah pindah, kau sikit pun tak bagitahu aku kan yang kau dah pindah KL? Tak adalah susah payah aku datang kampung kau end up jumpa dengan Adam!,” tempelak geram Soffiyya bertubi-tubi memarahi Allesya.
Allesya yang mendengar itu mengerutkan dahinya.
Haik, tetiba call aku pastu nak marah-marah aku dan kenapa suara dia macam Soffiyya, kawan baik aku ketika di Arab? Tapi sejak bila dia balik Malaysia? Tak mungkin lah!
“Soffiyya ke ni?,” soal Allesya menginginkan kepastian.
Soffiyya yang sudah melepaskan geramnya itu melepaskan keluhan beratnya apabila mendengar soalan itu. Dia lupa dia sudah berada di Malaysia dan menggunakan kad sim Malaysia semestinya nombor barunya itu tidak disimpan lagi.
“Ya, aku ni. Sharifah Soffiyya Binti Syed Malek, 27 years old. Bersekolah di SMK Tun Syed Zahiruddin dan menyambung pelajaran di Universiti Umm Al-Qura, Arab Saudi bersama kawan baiknya, Allesya Danielle Binti Emir Azman,” terang satu persatu Soffiyya cuba untuk menyakinkan Allesya namun hanya membuatkan Allesya mencebik sekejap.
Sharifah Soffiyya kalau dah buka mulut…
“Ha ye, memang betul lah kau Sharifah Soffiyya yang aku kenal. Masalahnya sekarang since when kau balik Malaysia ni? Sikit pun kau tak bagitahu aku kan?,” giliran Allesya pula bertanya geram memarahi Soffiyya.
“Dah-dah sekarang ni kita berada dalam win-win situation. Kau bagi kat aku sekarang alamat rumah kau, aku nak jumpa kau sekarang juga! Banyak perkara aku nak tanya dekat kau,” tegas Soffiyya tidak puas hati.
“Kau gila? Aku tengah kerja lah,” beritahu Allesya.
“Aku sekarang dekat Melaka lagi dua jam aku sampai KL kalau jalan tak jammed then aku nak balik rumah dulu solat then baru aku datang rumah kau. Masa menunggu aku tu kau pun dah balik kerja kan? Kau bukannya OT pun hari ni,” beritahu Soffiyya memberi cadangan.
Ye tak ye juga kan?
“Ha apa-apa jelah. Nanti aku share location. Kau tu hati-hati drive jangan nak bawa laju sangat kereta mahal kau tu,” pesan Allesya mengingatkan.
“Ye lah. Nanti aku dah sampai rumah aku inform kau. Got to go. Bye,”
“Bye,” mereka terus mematikan panggilan itu.
ALLESYA terus melangkah keluar dari pintu kaca utama syarikat itu terkejut apabila tiba-tiba sahaja Shah Hazwan sudah berada di hadapannya yang memaksa kakinya itu berhenti melangkah.
Disebabkan dirinya itu masih merajuk, dia memalingkan wajah ke tepi. Sedikitpun tidak mahu memandang wajah tunangnya itu.
“Allesya..,” panggilnya biasa. Dan itu sedikitpun tidak membuatkan Allesya menoleh ke arahnya. Shah mengerutkan dahinya apabila panggilannya itu tidak disahut malah wajahnya pun sedikitpun tidak dipandang.
Aku ada buat salah ke? Shah bermonolog sendiri.
Tetiba baru dia teringat tentang janji mereka untuk makan tengahari itu terpaksa batal kerana perjumpaan kecemasan dengan klien.
“Kau merajuk ke, Allesya?,” soal Shah sambil mengukirkan senyuman kecilnya apabila melihat wajah Allesya yang betul-betul ingin menunjukkan dia merajuk!
Comel!
Mendengar soalan itu membuatkan Allesya terus memandang tepat ke arah Shah. Lama pandangan itu yang membuatkan Shah berhenti tersenyum.
Okay, Allesya betul-betul merajuk ni. Tak boleh buat main nanti ada juga merajuk sampai satu bulan.
“Okaylah, aku minta maaf. Aku tahu aku salah,” akui Shah jujur. Mendengar itu membuatkan Allesya terus berpeluk tubuh dan sekali lagi memalingkan wajah ke tepi.
Menunjukkan bahawa dengan kata maaf sahaja tidak cukup. Kan aku dah kata, perempuan kalau dengan makanan jangan dibuat main.
“Okaylah, jom kita makan sekarang. Aku tahu kau tak makan lagi kan sebab nak tunjuk yang kau tu tengah merajuk dengan aku kan? You want my attention,” sengaja Shah mengusik tunangnya itu.
Secepatnya Allesya menoleh semula ke arah Shah.
“Mana ada! Suka hati je buat kesimpulan sendiri!,” bantah Allesya tidak setuju.
Shah membongokkan sedikit tubuhnya itu agar sama tinggi dengan paras mata Allesya. Allesya hanya membalas pandangan mata itu.
“Then kenapa buat muka merajuk macam ni? Tahu tak, awak kalau merajuk makin comel dan makin cantik,” usik Shah manja lalu batang hidung Allesya itu dicuit sedikit yang membuatkan Allesya terus menepis tangan gatal itu.
“Apa ni? Main sentuh-sentuh pulak!,” geram Allesya dibuatnya dan dia ingin menampar bahu Shah tapi cepat sahaja Shah mengelak dan berlari.
Apalagi Allesya yang tidak berpuas hati itu terus mengejar Shah sehinggalah dia dapat menampar bahu tunangnya itu.
Shah pulak hanya gelak.
Megat Danish yang masih berada di dalam kereta berjenama Audi A5 Sportback (facelift) miliknya itu terus tersenyum sinis melihat kegembiraan abang angkatnya dengan Allesya.
Disangka Allesya sengaja menerima lamaran abang angkatnya itu semata-mata ingin jauh darinya tapi sebenarnya mereka memang saling mencintai satu sama lain.
Danish silap.
“Ya, saya pilih dia sebab saya cintakan dia lebih dari saya cintakan awak..,” kata keramat yang keluar dari mulut Allesya itu sampai sekarang menyakitkan hatinya.
Hatinya masih belum sepenuhnya untuk menerima kenyataan bahawa Allesya akan menjadi kakak iparnya nanti.
Mata helangnya itu sudah tidak sanggup melihat kemesraan mereka berdua itu. Keretanya itu terus dipandu keluar dari perkarangan syarikatnya.
Dia mahu pulang ke rumah untuk rehatkan minda dan hatinya. Dia perlu merawat dirinya sendiri dan itu bukan mudah.
SELESAI sahaja makan malam, Soffiyya yang duduk berhadapan dengan Allesya dan Shah itu masih menunggu agar mereka berdua menjelaskan apa yang berlaku di antara mereka.
Allesya yang duduk bersebelahan dengan Shah itu terus membalas pandangan Soffiyya yang berada dihadapannya.
Dia faham pasti Soffiyya menginginkan penjelasan daripadanya.
“Macam mana korang berdua ni boleh bertunang sedangkan Shah ni abang angkat Danish? And you, Allesya. Kenapa kau tak bagitahu aku perkara penting macam ni dekat aku?,” soal Soffiyya tegas ingin tahu sambil dia berpeluk tubuh.
“Aku bukannya tak nak bagitahu kau tapi aku tak sempat sebab perkara ni pun terjadi secara tiba-tiba. Aku sendiri terkejut aku dah jadi tunangan orang. Lagipun baru pagi tadi aku terima lamaran Shah then kau pulak dah sampai Malaysia memang tak sempatlah aku nak bagitahu kau,” jelas Allesya satu persatu dengan tenang.
“Okay, my mistake too sebab tak bagitahu kau awal-awal yang aku dah balik Malaysia. I’m sorry,” akui Soffiyya yang juga melakukan kesilapan. Allesya mengukirkan senyumannya.
“I’m sorry too,” kini Allesya juga ingin meminta maaf yang membuatkan Soffiyya mengukirkan senyuman.
Begitulah mereka berdua dari dahulu lagi yang senang bertoleransi dan memaafkan satu sama lain kerana sikap begini yang patut dipupuk agar persahabatan mereka itu kekal lama.
Soffiyya mencerlung matanya memandang Shah.
Dia memerlukan jawapan yang rasional daripada lelaki di hadapannya tentang tujuan asal untuk melamar kawan baiknya itu.
Shah yang membalas pandangan Soffiyya itu tertelan air liur. Gerun dengan sikap tegas Soffiyya.
“Apa niat awak sebenarnya untuk melamar kawan baik saya ni sedangkan awak tahu awak ni abang angkat Megat Danish? Awak tak tahu tak yang Danish tu..,”
“Soffiyya..,” pintas Allesya sambil menggelengkan kepalanya tanda untuk tidak mengungkit peristiwa ketika di bumi Arab dua tahun lepas.
Shah mengerutkan dahinya seperti mereka berdua menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Namun hanya dibiarkan sikit pun dia tidak ingin tahu apalagi melibatkan adik angkatnya itu.
Soffiyya akur.
“Okaylah. Just tell me kenapa awak melamar Allesya?,” Soffiyya menukar gaya soalan.
“Because I love her,” ringkas jawapan Shah yang membuatkan Allesya tertunduk malu. Soffiyya hanya memandang sekejap ke arah kawan baiknya yang tertunduk malu itu.
Jadi, memang benar mereka berdua saling mencintai.
Tapi, sudah lupakah Allesya tentang Danish yang merupakan cinta pertamanya? Entahlah, Soffiyya sendiri keliru.
“Are you sure? Betul awak tak ada niat apa-apa selain jawapan tadi?,” soal Soffiyya ingin tahu sejauh mana kepastian lelaki di hadapannya itu.
Shah yang mendengar soalan itu terus memandang Allesya disebelahnya.
“One more reason is because I want to protect her from Adam. Bila-bila masa sahaja, Adam akan jumpa Allesya. Nyawa Allesya akan jadi terancam kalau saya tak ada selalu dengan dia so disebabkan itu I want to be her future husband and I can protect her no matter what,” nekad Adam agar dapat menyakinkan Soffiyya.
Allesya yang mendengar itu terharu namun Soffiyya yang mendengar itu hanya mengerutkan kening kehairanan.
Tidak faham dia apabila tetiba sahaja nama Adam terkait.
Apa semua ni? Aku tak faham. Apa kaitan hubungan mereka berdua dengan Adam Lian? Ada perkara lain yang terjadi ke yang Allesya masih tidak beritahu kepadanya?
Cepat pandangan Soffiyya terhala ke arah Allesya.
Allesya yang membalas pandangan kawan baiknya itu menelan air liurnya kerana dia tahu akan maksud pandangan tajam itu. Dia tahu dia perlu menjelaskan semua yang berlaku pada Soffiyya.
“Allesya, dah jom balik!,” Soffiyya yang tidak berpuas hati itu terus bangun berdiri sambil dia mencapai beg tangannya.
Lalu tangan kanan Allesya ditarik lembut keluar dari ruangan kerusi berkembar itu yang membuatkan Allesya terus bangun berdiri.
Allesya yang masih terkejut itu terus mencapai beg tangannya dan membiarkan sahaja Soffiyya menarik tangannya dan kakinya terpaksa melangkah keluar dari ruangan restoran itu.
Shah pula hanya membiarkan.
Dia faham pasti Soffiyya tidak berpuas hati apabila tidak tahu apa-apa dan dia juga pasti Allesya perlu menjelaskan satu persatu yang terjadi kepada Soffiyya.
Shah yang agak tenang mula memanggil waiter itu untuk membuat pembayaran.
“Apa ni Soffiyya, takkan aku nak tinggalkan Shah macam tu je?,” sebaik tiba di kawasan parkir kereta secepatnya Allesya melepaskan pegangan Soffiyya itu.
Soffiyya memandang kawan baiknya itu.
“Tak apalah, dia faham yang kau ni banyak perkara perlu bagitahu aku lebih-lebih lagi tentang Adam!,” luah Soffiyya masih tidak puas hati.
Nak tak nak, Allesya perlu akur. Dia tahu itu silapnya kerana membelakangkan Soffiyya dalam segala hal yang telah berlaku.
“Dah, jom balik,” tegas sahaja ajakan Soffiyya yang sudah membuka pintu kereta di bahagian pemandu. Allesya berpaling ke belakang memandang restoran yang dikunjungi tadi.
Matanya berlaga dengan kedua-dua mata Shah yang berdiri di hadapan pintu kaca restoran itu.
Shah hanya tersenyum kecil tanda dia bersetuju sahaja tunangnya itu pulang ke rumah. Sekurang-kurangnya dia tahu Allesya bersama siapa.
Allesya yang faham itu hanya membalas senyuman kecil tunangnya itu.
Lalu dia akhirnya akur melangkah masuk ke dalam kereta.
“TERIMA kasih lah, abang sebab banyak tolong Areesya uruskan ibu,” Areesya yang menuruni tangga kecil di luar rumah itu berterima kasih kepada Adam Lian yang sedang menyarungkan selipar.
Adam mengangkat pandangannya memandang Areesya yang sudah di hadapannya.
“Termasuk kali ni je entah ke berapa kali Areesya berterima kasih dengan abang. Kan abang dah kata tak perlu berterima kasih pun. Ini pun dah sebahagian tanggungjawab abang sejak abang dah berjanji dengan arwah ayah Areesya dulu,” Adam menegur lembut lalu dia mengeluarkan kunci kereta di poket seluarnya siap untuk pulang ke rumahnya.
“Ye lah tapi..,” Areesya menjadi tidak selesa.
“Dah-dah. Areesya tak payah nak fikir perkara tu sangat. Esok abang tahu abang nak keputusan Areesya sama ada Areesya nak ikut abang ke KL atau tak. Faham?,” tegasnya mengingatkan.
Areesya yang baru teringat tentang hal itu menjadikannya sedikit kusut.
“Dah lah abang balik dulu. Esok pagi macam biasa abang datang uruskan ibu,” beritahunya lalu terus melangkah masuk ke dalam keretanya yang diparkir di halaman rumah.
Areesya hanya diam sibuk memikirkan jawapan yang bakal
diutarakan kepada Adam esok pagi. Dia buntu.
Kalau aku ikut abang Adam ke KL, siapa yang nak jaga ibu kat kampung ni? Lagi satu, boleh ke aku percaya yang abang Adam nak bawa aku jumpa akak Allesya? Kalau dia buat..
“Oi, Areesya!,” tetiba sahaja seseorang menerjah memanggil namanya. Terhenti lamunan Areesya dibuatnya terus dia memandang Puan Nora, jirannya dan isteri kepada Pak Hamid.
Kali ini, bukan Puan Nora sahaja yang datang turut ada anak perempuannya, Nina. Areesya memandang ruang halaman hadapan rumahnya itu. Kereta Adam tiada di situ mungkin sudah bergerak pulang.
Eh, lama sangat ke aku mengelamun?
“Kau ni pekak eh? Aku panggil kau dari tadi tak reti-reti nak menyahut!,” sinis sahaja tutur kata Puan Nora itu. Mana pernah mak cik sorang ni bertutur kata dengan sopan? Tak pernah!
“Ada abang Adam yang handsome tu mana nak ingat dunia lagi, mak. Lagi-lagi abang Adam tu asyik keluar masuk rumah dia je entah-entah dah terlanjur tu yang terbayang-bayang tu,” giliran Nina pula menyinis tajam.
Menabur fitnah suka hati mak bapak kau!
Areesya yang mendengar itu hanya menggengam kuat buku lima tangan kanannya untuk menahan amarah. Areesya perlu bertenang, dia tidak boleh cepat melenting! Akhirnya, Areesya hanya mampu mengukirkan senyumannya.
“Aku tak tahu pula Nina yang kau ni prihatin sangat pasal aku? Tapi sejak bila eh? Sejak abang Adam ada eh tu yang kau macam ambil berat sangat tentang aku. Betul tak?,” giliran Areesya pula menyinis sengaja ingin menaikkan darah Nina yang juga pernah menjadi rakan sekelas dahulu.
Nina mula sudah tidak mampu duduk diam. Matanya mula memandang pasu besar yang bersebelahan dengan Areesya itu. Ingin sahaja tangannya itu menolak Areesya jatuh ke pasu itu.
“Kau jangan nak kurang ajar eh, Areesya!,” ugut Puan Nora tidak senang jika anak perempuannya itu disinis sebegitu.
Ha tahu pun kau, kau perli-perli sinis dengan aku boleh pulak?! Bila kena anak kau, tahu melenting!
“Haik, cakap macam tu pun dilabel kurang ajar? Betul lah saya kata yang Nina sekarang ni dah ambil berat tentang saya. Saya bersyukur,” sengaja Areesya bertutur tenang.
Nina yang hanya diam memerhatikan Areesya itu sudah tidak mampu menahan tangannya untuk menolak Areesya.
Terus tubuh kecil Areesya itu ditolak kuat sehinggakan Areesya hilang imbangan dan terus jatuh.
Tepat jangkaan Nina yang dahi Areesya akan jatuh tepat di pasu besar itu. Puan Nora terkejut kerana tidak menjangka tindakan anaknya itu.
Areesya terasa pandangannya mula kabur namun dikuatkan dirinya untuk tidak sedarkan diri.
Perlahan-lahan, jari kanan Areesya naik ke atas menyentuh dahinya apabila terasa darah pekat mengalir keluar dari dahinya tidak henti. Areesya bernafas berat sebaik dia melihat jarinya yang diangkat menyentuh dahi itu kotor dengan darah.
Kini makin sakit luka di dahinya.
“Ya allah, Nina. Apa kau dah buat ni?,” tak tentu arah Puan Nora dibuatnya apabila melihat keadaan Areesya yang sudah berdarah itu.
Nina hanya mampu tersenyum puas. Puas dengan tindakannya itu lalu terus dia mengangkat kaki pergi.
“Nina!,”
Puan Nora yang buntu itu terus memandang sekeliling. Dia perlu memastikan tiada sesiapa melihat tindakan anak perempuannya itu kalau tak habislah satu kampung mencanang tentang sikap buruk anaknya.
Apabila sudah memastikan tiada sesiapa yang melihat tindakan anaknya itu akhirnya dia turut mengangkat kaki pergi meninggalkan Areesya seorang diri.
Areesya cuba bangun berdiri perlahan-lahan dan dia berjaya. Hanya pandangannya kabur yang menyukarkan dirinya untuk berjalan masuk ke dalam rumah.
Namun baru beberapa langkah, Areesya yang sudah tidak mampu menahan kesakitan itu akhirnya jatuh rebah entah ke pangkuan siapa dia sendiri tidak mampu pastikan.
Adam ke? Dia masih tidak pasti gerangan lelaki itu.
Namun, telinganya sempat mendengar suara garau lelaki yang berkali-kali memanggil nama untuk menyedarkan dirinya akan tetapi dia sudah tidak kuat menahan kesakitan.
Akhirnya pandangannya gelap dan telinganya juga tidak mendengar lagi.
Areesya terus tidak sedarkan diri.
DANISHA yang baru ingin melangkah masuk ke dalam biliknya itu terus terhenti apabila loceng rumah itu ditekan menandakan ada tetamu di hadapan rumah. Bertaut kening Danisha memikirkan gerangan yang datang ke rumahnya dalam waktu begini.
Jam sudah menginjak pukul 11 malam.
Loceng rumahnya itu berbunyi sekali lagi.
“Siapa tu Isha?,” soal Datin Sri Sophea dengan baju kelawarnya melangkah keluar dari bilik. Mungkin terjaga kerana loceng rumah itu.
“Entahlah, ibu. Tak apalah, biar Isha yang turun bawah tengok siapa datang,” pamit Danisha lalu terus menuruni tangga rumah.
Kini, loceng rumahnya itu ditekan berulang-ulang kali memaksa tuan rumah membuka pintu dengan cepat.
“Sabarlah!,” rungut Danisha geram yang agak kelam kabut turun ke tingkat bawah.
Sebaik sudah di hadapan pintu rumah, cepat Danisha bukak untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumahnya berkali-kali di tengah malam macam ni.
Terkejut Danisha melihat lelaki di hadapannya.
Danish?
Kedua-dua mata mereka bertaut lama.
“Isha, siapa tu?,” tegur Datin Sri Sophea dari tingkat atas.
Kesian Danish... Tapi nak buat macam mana? Kalau korang macam mana pulak? Next chapter on Wednesday tau!
Share this novel