DUA HARI KEMUDIAN,
CHRISTIAN Jack yang melangkah masuk ke dalam bangunan Megat Trading itu terus diiringi Nur Fasha yang menunggu di kaunter ‘receiption’ menghampiri ruangan lif.
Kelihatan mereka berdua serius membincangkan projek yang diamanahkan oleh majikan mereka, Megat Danish.
Christian Jack bukan sahaja sebagai pegawal peribadi namun juga sebagai orang kanan atau orang kepercayaan Megat Danish selama 7 tahun malah banyak projek luar berjaya diuruskan olehnya sendiri.
Cuma, dia hanya masuk ke dalam pejabat kalau ada keperluan kecemasan yang perlu diuruskan seperti sekarang.
Disebabkan Megat Danish perlu menguruskan projeknya di luar negara jadi urusan pejabat berada ditangannya bersama dengan Tan Sri Megat Idruz. Itu sudah menjadi kebiasaannya.
Sebaik tiba di tingkat utama pejabat, mereka berdua melangkah keluar dan berjalan menghampiri bilik pejabat Megat Danish.
Allesya Danielle yang menerima arahan untuk berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan (CFO), Encik Isa terus melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke ruangan lif.
Langkahnya diatur masuk ke dalam kotak lif dan menekan punat lif yang menuju ke tingkat yang ingin dituju olehnya.
Berdebar hati dibuatnya apabila mendengar arahan itu namun cuba dikawal gemuruhnya dan dia perlu bersikap profesional.
Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan.
“Relax, Allesya,” Allesya Danielle cuba menenangkan hatinya yang gemuruh itu. Setibanya di tingkat utama itu, Allesya Danielle terus melangkah keluar sebaik pintu lif itu terbuka.
Dia mengatur langkahnya menuju ke bilik pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan, Encik Isa.
Sebaik tiba di hadapan pintu, dia membaca papan nama
dan jawatan Encik Isa yang dilekatkan di muka pintu itu.
Lalu dengan bismillah, dia mengetuk sekejap dan sebaik mendengar sahutan masuk dari dalam terus dia menolak pintu ke dalam dan melangkah masuk.
“You tak rasa ke projek dekat Kelantan always delays?,” soal Nur Fasha kehairanan sebaik mereka berdua membuka fail projek itu di dalam bilik Megat Danish.
Christian Jack yang membaca informasi projek itu terus mengangkat wajahnya memandang ke arah Nur Fasha.
“Kenapa you cakap macam tu?,” soal kembali Christian Jack kehairanan.
“Cuba you tengok senarai pengalaman kontraktor yang diupah,” arah Nur Fasha membuatkan Christian Jack menurut apa yang diarahkan.
“Kalau you baca dekat situ, kontraktor yang diupah hanya mempunyai pengalaman paling dalam selok belok pembinaan maximum pun 2 tahun je, that why dia orang tak dapat selesaikan problem yang ada mungkin dia orang tidak faham dengan mendalam tentang projek ni,” jelas Nur Fasha itu membuatkan Christian Jack yang mendengar itu hanya mengangguk kecil mengakui penjelasan yang diberikan.
“Betul juga apa yang you jelaskan. So..,”
“So, you kena pergi Kelantan paling lambat pun esok, Jack. You kena inform and warn them and ask them to present a project turn around schedule to avoid further delays. Ini kalau Tuan Danish tahu, mati kita!,” beritahu Nur Fasha
gusar dan agak tegas.
Christian Jack yang mendengar itu hanya mengangguk kecil lalu ditutup kembali fail projek itu dan dibawa bersama sebaik mereka berdua melangkah keluar dari bilik pejabat Megat Danish.
“Apa-apa pun berlaku nanti, you kena inform I awal-awal tau, Jack,” pesan Nur Fasha yang berjalan beriringan dengan Christian Jack menuju ke ruangan lif itu.
“I will just I need your help to book my flight,” arah Christian Jack lembut sambil memandang Nur Fasha disebelahnya.
“Alright as usual I know about that,” Nur Fasha tersenyum lebar begitu juga Christian Jack.
Allesya Danielle yang berada di ruangan lif itu terus menoleh pandangannya ke kiri apabila mendengar derapan dan suara milik Nur Fasha.
“Eh, Danielle?,” tegur Nur Fasha agak teruja.
Mati terus senyuman Christian Jack dibuatnya apabila membalas pandangan Allesya Danielle itu.
Dia tahu bahawa Allesya Danielle bekerja di bawah pengurusan majikannya, Megat Danish namun tidak pernah dia sangka dia bakal menemui Allesya Danielle di dalam pejabat.
“Jack?,” soal Allesya Danielle agak terkejut dan kehairanan.
“You kenal Jack?,” soal Nur Fasha sambil mengerutkan dahinya. Pandangannya bersilih ganti memandang Allesya Danielle dan Christian Jack.
“Ya, I kenal Jack masa kami dekat..,”
“We’re old friend,” potong cepat Christian Jack itu membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya sambil dia membalas pandangan lelaki itu.
Christian Jack sudah tidak keruan membalas pandangan Allesya Danielle.
“We need to talk for a while,” Christian Jack terus menarik tangan Allesya Danielle masuk ke dalam kotak lif sebaik pintu lif itu terbuka.
Allesya Danielle yang agak terkejut itu terus memandang ke arah pergelangan tangannya yang berada di genggaman Christian Jack itu.
Sebaik pintu lif tertutup, Allesya Danielle terus melepaskan tangannya. Nur Fasha yang mengerutkan dahinya itu terus melangkah menuju kembali ke bilik pejabatnya.
Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan berbanding untuk ambil tahu tentang hubungan Christian Jack dan Allesya Danielle.
“If you need to talk you don’t have to grab my hand, okay?,” geram Allesya Danielle dibuatnya sebaik dia melepaskan tangannya itu.
“Okay, I’m sorry,” akui Christian Jack mengakui kesilapannya itu sambil perasaan malu menyelubungi dirinya untuk pertama kalinya.
“Explain to me how can you be here?,” soal Allesya Danielle tegas ingin tahu.
“I work with Tuan Danish,” beritahunya itu membuatkan Allesya Danielle kehairanan.
“Tak faham lah masa dekat kampung you kata..,”
“Yes, I know. That was my job too. Actually it’s too much that I need to explain to you but not for now because I’m literally busy and I hope you understand,” jelasnya lembut agar Allesya Danielle memahami skop kerjanya.
Allesya Danielle melepaskan keluhannya perlahan.
“Okay, I will. But next time you have to explain to me,” tegas Allesya Danielle mengingatkan Christian Jack.
Christian Jack mula mengukirkan senyumannya.
“I’m promise but you have to be carefull at here,” pesan Christian Jack.
“Okay, I will at least I have friend,” Allesya Danielle tersenyum.
Sebaik tiba di tingkat bawah, pintu lif terbuka mematikan perbualan mereka berdua.
“So, I need to go now. See you when I see you,” pesan Christian Jack dengan senyumannya diperlebarkan dan terus dia melangkah keluar dari kotak lif itu.
Allesya Danielle hanya membiarkan dan membalas lambaian Christian Jack itu.
Allesya Danielle yang masih berada di dalam kotak lif itu terus menekan punat butang lif menuju ke ruangan tingkatnya.
Christian Jack yang melangkah masuk ke dalam keretanya yang berjenama Audi Sport RS3 itu terus melepaskan keluhannya.
“Did I need to explain to her?,” dirinya sendiri keliru.
AREESYA Husna yang mula mengemaskan pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg bagasinya itu terus memandang ke arah Lily Alisa yang dari tadi menyibukkan diri untuk mengulangkaji dan sedikitpun tidak menegurnya.
Areesya Husna terus melangkah menghampiri Lily Alisa.
“Lily, aku minta maaf. Aku harap kau faham apa yang aku lalui sekarang,” tutur lembut Areesya Husna agar mampu melembutkan hati kawan baiknya itu.
“Lily, esok aku nak gerak balik dah. Janganlah macam ni, aku sayang kau tahu tak?,” Areesya Husna mula diselubungi sebak sambil dia menarik-narik lengan kawan baiknya perlahan.
“Aku pun sayangkan kau, jadi aku nak ikut kau balik juga. Malam ni juga aku boleh selesaikan proses berhenti belajar dari sini!,” tegas Lily Alisa lalu memandang ke arah Areesya Husna.
Areesya Husna melepaskan keluhan kecilnya.
“Tak boleh lah, Lily! Aku nak kau habiskan study kau dekat sini!,”
“Okay, kalau macam tu kenapa, kenapa kau ambil keputusan nak berhenti tanpa pengetahuan aku? Aku baru tahu petang tadi tau! Aku balik je tengok kau tengah packing! Aku geram lah dengan kau ni, Areesya!,” luah geram Lily Alisa yang tidak berpuas hati pada masa yang sama air mata mula mengalir membasahi pipinya dan sebak menyelubungi dirinya.
“Lily, tolong lah jangan buat aku macam ni, kau kena faham situasi aku. Mak aku sakit dekat kampung siapa lagi nak jaga kalau bukan aku?,” rayu Areesya Husna sebak.
“Aku faham situasi kau, Areesya. Aku faham tapi aku marah sebab kau ambil keputusan nak berhenti belajar tanpa pengetahuan aku! Aku baru tahu petang tadi tahu tak? Ni kalau aku tak tahu tengok-tengok esok pagi kau dah gerak balik semenanjung tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini!,” sekali lagi Lily Alisa meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dan masih diselubungi sebak.
“Maafkan aku, Lily. Sumpah, aku tak ada niat nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini. Aku cuma tak nak kau ikut aku balik semenanjung aku nak kau stay sini study sampai habis. Aku nak kawan aku ni berjaya!,” nekad Areesya Husna memberi semangat kepada kawan baiknya itu.
Lily Alisa hanya mampu menangis di hadapan Areesya Husna. Lama.
“Lily, janganlah menangis lagi,” rayu Areesya Husna lalu membawa kawan baiknya itu ke dalam pelukannya. Mereka berdua sama-sama menangis di dalam pelukan satu sama lain.
Sungguh, Areesya Husna menyayangi kawan baiknya dari bangku sekolah rendah lagi. Dia tahu kawan baiknya itu bercita-cita tinggi menjadi seorang pereka fesyen begitu juga dengan dirinya namun dia perlu lupakan hasratnya itu.
Dia ingin melihat kawan baiknya itu berjaya!
TEPAT jam 5:30 petang, Allesya Danielle mengemaskan segala dokumen kewangan disusun kemas di dalam fail hitam itu lalu diletakkan fail itu di dalam rak kecilnya yang berada di ruang belakangnya.
Disimpan kembali dokumen kewangan di aplikasi excel di dalam komputernya itu lalu dimatikan suis komputer.
Dicapai beg tangannya dan telefon lalu melangkah keluar seusai dia menutup suis lampu dan penghawa diingin.
Kakinya diaturkan menuju ke ruangan lif itu turut kelihatan kawan sekerjanya yang lain sudah ingin pulang ke rumah masing-masing.
“Danielle,” panggilan lembut daripada seseorang itu membuatkan Allesya Danielle terus berpaling ke belakang sebaik dia menghentikan langkahnya.
“Ada apa, Lya?,” soal Allesya Danielle dengan senyuman diukirkan.
“Danielle balik naik apa?,” soalnya lembut.
“Naik grab je sebab buat masa sekarang tak ada kereta lagi,” beritahu Allesya Danielle dengan senyumannya sambil membalas pandangan Lya Adriana.
Buat masa sekarang, Lya Adriana sahaja yang boleh membuatkannya selesa untuk berkawan.
“Oh kalau macam tu, jom Lya hantarkan Danielle balik rumah. Rumah area mana?,” soalnya lagi ramah. Allesya Danielle sudah diselubungi malu dan agak terkejut mendengar pelawaan itu.
“Ya Allah, Lya. Thank you so much,” ucap Allesya Danielle dengan senyuman diperlebarkan.
“No problem. Dah jom gerak sekarang nanti jammed pulak lepas tu bagitahu rumah kau area mana,” pesannya lalu terus mengatur langkah pulang bersama-sama dengan Allesya Danielle.
Sebaik tiba dihadapan pintu utama Megat Trading, sebuah kereta mewah yang dinaiki oleh Megat Danish itu diberhentikan terus pengawal yang bersut hitam itu membuka pintu belakang.
Megat Danish terus mengeluarkan diri dari perut kereta itu.
Allesya Danielle yang berada di dalam kereta itu terus
mengerutkan dahinya apabila matanya melihat dihadapan pintu utama Megat Trading itu kelihatan beberapa pengawal bersut hitam bersebelahan dengan sebuah kereta mewah.
“Lya, kenapa depan office tu?,” soal Allesya Danielle ingin
tahu.
“Oh, tu. Maknanya Tuan Danish dah balik lah tu, dia kan baru balik dari outstation,” beritahu Lya itu membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya sekali lagi.
“Haik, office hour dah habis dah pun. Dahlah baru balik outstation terus nak masuk pejabat?,” soalnya kehairanan. Lya Adrianna yang sedang memandu itu tersenyum kecil.
“Tuan Danish memang macam tu, workaholic orangnya,” beritahunya.
“Oh.., Tuan Danish baik tak orangnya?,” soal Allesya Danielle penasaran ingin tahu.
“Baik, murah dengan senyuman cuma lately ni dia busy so jarang jumpa staf macam kita ni,” beritahu Lya Adrianna itu sambil memandu.
Allesya Danielle tersenyum sedikit.
“And one more thing, dia handsome tau! You should try him,” gurau Lya Adrianna itu membuatkan Allesya Danielle tergelak kecil.
“Kesitu pulak status kita dengan dia jauh bezalah,” Allesya Danielle menyedar dirinya.
“Lya dengar orang kata Tan Sri mesra betul dengan Danielle macam pernah kenal, betul ke?,” soalnya itu membuatkan Allesya Danielle diam sekejap.
“Tak tahulah, masa interview Tan Sri kata dia kenal I tapi disebabkan I masih ada amnesia which means I just remember certain people that’s why I tak ingat Tan Sri siapa,” beritahu Allesya Danielle sambil dia mengerutkan dahinya kerana sampai sekarang dia masih tidak mengingati siapa Tan Sri Megat Idruz.
“Patutlah I nampak you macam tak selesa sangat dengan Tan Sri,”
“Nampak sangat ke I tak selesa?,” Allesya Danielle gusar.
“I je kot nampak you tak selesa sebab I dari kita keluar lunch tadi I tak boleh stop nak pandang you sebab cantik sangat! Boleh jadi insecure I dibuatnya tau,” Lya Adrianna mencebik kecil sambil dia masih fokus memandu.
Allesya Danielle tertawa kecil.
ALLESYA Danielle yang membancuh air coklat panasnya itu masih mengerutkan dahinya kerana dirinya cuba ingin mengingati Tan Sri Megat Idruz tapi tiada sedikitpun memori atau petunjuk.
“Siapa Tan Sri Megat Idruz dalam hidup aku?,” soalnya sendiri kehairanan.
Dia hanya mampu mengingati bahawa dia hidup bahagia dengan keluarganya bersama kawan baiknya, Adam Lian namun kehadiran Puan Intan dan seorang budak perempuan setelah kematian arwah ibunya benar-benar menyakiti hatinya itu.
Hanya itu mampu dia ingati.
PUAN Sri Misha sebaik menghampiri suaminya, Tan Sri Megat Idruz diletakkan gelas kaca yang mengandungi susu panas itu di atas meja.
Lalu dilabuhkan punggung di sebelah kerusi suaminya yang sedang memandang skrin tablet mininya itu.
“Dah dah lah tu, you. Dari tadi asyik hadap tab tu je you should rest tahu tak?,” pesan Puan Sri Misha lembut.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu terus menanggalkan cermin matanya lalu mematikan tablet mininya. Dia tidak mahu isterinya itu melanjutkan bebelannya.
Terus dicapai gelas kaca di atas meja yang terletak di tengah-tengah diantara mereka.
Susu panas yang dibuat oleh isterinya itu dihirup perlahan.
“Ha terlanjur you dekat sini, I nak tanya sikit,” Tan Sri Megat Idruz meletakkan kembali gelas kaca itu lalu dipandang isterinya yang bersebelahan dengannya itu.
Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.
“Apa dia?,”
“You ingat tak anak Emir Azman?,”
“Emir Azman, orang kampung arwah ayah you dulu kan?,” soal Puan Sri Misha inginkan kepastian.
“Ha betul lah tu,” Segera Tan Sri Megat Idruz mengangguk.
“Anak perempuan Azman you ingat lagi tak?,” soal Tan Sri Megat Idruz cuba menguji ingatan isterinya. Puan Sri Misha diam seketika sambil mengerutkan dahinya dan cuba mengingati.
Puan Sri Misha tersenyum kecil.
“Oh, anak perempuan Azman yang pernah tolak arwah ayah you dulu masuk dalam parit sampai arwah ayah you koma seminggu tu kan?,” tertawa kecil Puan Sri Misha dibuatnya apabila mengingati memori itu.
“Ha betul lah tu,” turut Tan Sri Megat Idruz tertawa kecil.
“Cantik sungguh anak perempuan Azman tu, ni dah besar confirm cantik macam arwah ibu dia dulu kan?,” soal Puan Sri Misha sambil tersenyum lebar.
“Lagi cantik daripada arwah ibu dia,” tutur Tan Sri Megat Idruz sambil tersenyum lebar itu membuatkan Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.
“Macam lah you dah jumpa dia?,”
“She is one of my staff which under Danish’s department,” beritahu Tan Sri Megat Idruz itu memeranjatkan Puan Sri Misha.
“Hah? Are you serious?,”
Tan Sri Megat Idruz mencapai kembali gelas kaca itu dan menghirup perlahan susu panas itu lalu dianggukkan kepalanya.
“Kalau macam tu esok I nak jumpa dia lah,” teruja Puan Sri Misha.
“Tak perlu, dia takkan ingat you punya,” sekali lagi susu panas itu dihirup dan diletakkan semula gelas itu di atas meja manakala Puan Sri Misha mengerutkan dahinya.
“She has amnesia which means she just remember certain people,” beritahu Tan Sri Megat Idruz itu sekali lagi mengejutkan Puan Sri Misha.
“Then she not remember you when you interviewed her?,” soal Puan Sri Misha itu menerima anggukkan kecil daripada Tan Sri Megat Idruz.
Puan Sri Misha melepaskan keluhan beratnya agak kecewa apabila menerima khabar itu.
“Mummy? Daddy?,” panggil Megat Danish lembut sebaik dia melihat kedua orang tuanya berada di ruang istirahat di tepi kolam renang itu.
Segera Tan Sri Megat Idruz dan Puan Sri Misha memalingkan pandangan ke belakang melihat anaknya berada di muka pintu gelangsar itu.
Senyuman diukirkan dibibir mereka lalu Megat Danish menghampiri mereka.
Disalam dan mencium kedua-dua pipi orang tuanya itu.
“Dari office ke, Danish?,” soal Tan Sri Megat Idruz.
“Ha ah, daddy,” jawab lembut Megat Danish.
“Danish kan baru balik dari outstation kenapa perlu nak masuk office?,” soal Puan Sri Misha yang sudah menandakan untuk membebel anak tunggalnya itu.
“It’s been my usual routine, mummy,” Megat Danish mula menggosok batang lehernya kerana kesejukan angin malam.
“Kenapa mummy dengan daddy duduk dekat sini? Kan dah malam ni,” Megat Danish menegur kedua orang tuanya lembut.
“Saja ambil angin malam dengan daddy,” jawab Puan Sri Misha dengan senyuman manisnya.
“Hurm, okaylah Danish naik atas dulu nak mandi,” pamit Megat Danish lalu terus mengatur langkah masuk kembali ke dalam rumah.
Didaki tangga rumahnya itu menuju ke ruangan tingkat atas dan terhenti langkahnya apabila namanya dipanggil oleh seseorang sebaik dia ingin membuka pintu biliknya itu.
Terus dipaling tubuhnya ke belakang memandang abang angkatnya, Shah Hazwan di muka pintu bilik itu.
Dipandang atas bawah pemakaian kasual yang dipakai oleh abang angkatnya itu.
“Kau nak apa?,” soal Megat Danish diingin.
“Alah kau macam tak biasa, cover lah aku sikit. Aku nak keluar dengan girlfriend aku ni,” pinta Shah Hazwan itu membuatkan Megat Danish menjongketkan kening kirinya.
“Kau tak nampak aku baru balik kerja? Kau nak keluar dengan perempuan tu pandai-pandailah kau minta izin pada mummy dan daddy. Tu pun kalau boleh lah,” sengaja Megat Danish menyindir Shah Hazwan lalu terus masuk ke dalam biliknya.
Malas dia ingin meneruskan perbualan bersama abang angkatnya itu.
“Danish!,” panggil perlahan Shah Hazwan geram agar tidak kedengaran oleh Tan Sri Megta Idruz dan Puan Sri Misha yang berada di tingkat bawah.
Shah Hazwan yang mendengar perlian adik angkatnya yang muda tiga tahun dengannya itu terus melepaskan keluhan beratnya.
Haish!
Congratulations pada siapa yang dah baca sampai sini! Stay tuned tau sampai cerita ni habis. Rifi nak minta pada korang share lah novel Rifi ni pada orang lain. Bagi orang lain baca kisah Megat Danish & Allesya Danielle.
Share this novel
ty
ty
uhbcbc ncbf fvv ccbbbcbbbnobf a aa aba