“KALAU boleh kami tahu, bila tarikh perkahwinan antara Tuan Danish dengan Allesya?,” soal salah seorang wartawan yang menghadiri majlis pengumuman itu.
Danish yang mendengar itu memandang Allesya lalu dia mengukirkan senyuman.
“Kalau ikutkan minggu hadapan pada hari Jumaat, betul tak sayang?,” jawab Danish lalu menoleh ke arah Allesya untuk meminta kepastian.
Allesya yang mendengar itu terus tersenyum yang dibuat-buat lalu mengiyakan jawapan daripada Danish itu.
“Begitu rupanya, kami betul-betul tak sabar nak melihat majlis perkahwinan Tuan Danish dan Allesya. Saya selaku wakil dari pihak kewartanan mengucapkan tahniah,” ucap ramah salah seorang dari pihak wartawan itu.
“Thank you,” ucap Danish ringkas.
“Ada apa-apa soalan yang ingin ditanyakan?,” soal Fasha selaku setiausaha Danish kepada para wartawan yang menghadiri press conference itu.
Pada mulanya, tiada yang bersuara namun salah seorang dari mereka mengangkat tangan dan bersuara untuk bertanya.
Dan itu mencemaskan Danish dan sekeluarga kerana wanita itu tidak termasuk dalam senarai wartawan yang diberikan suapan wang.
Fasha yang mengatur tentang minit majlis itu juga kelihatan cuak namun cuba bersikap professional.
“Saya dapat maklumat yang bakal isteri Tuan Danish ni kepunyaan orang lain, betul ke? Bukankah Tuan Danish boleh dilabel sebagai perampas? Dan lagi satu soalan kenapa tiba-tiba sahaja Tuan Danish buat press conference dan mengaku yang Allesya as your future wife bukankah Allesya ni pekerja bawahan you je? Boleh jadi Tuan Danish upah dia dan berpura-pura be your future wife,” wanita yang berskirt hitam itu sengaja membuat kesimpulan yang boleh menimbulkan fitnah dan tanda tanya kepada para wartawan yang hadir.
“Ha ah lah, Tuan Danish. Boleh Tuan Danish memperjelaskan apa yang berlaku?,” sokong salah seorang wartawan yang mendengar soalan itu.
Begitu juga diikuti dengan wartawan yang lain yang menginginkan soalan. Danish dan sekeluarga yang mendengar itu mendiamkan diri sekejap.
Allesya menundukkan matanya ke bawah sedar dirinya dihina dengan bahasa kiasan. Suasana di dalam bilik mesyuarat itu mula menjadi riuh sekejap.
“Ehem-ehem,” Danish berdeham sebaik mencapai mikrofon yang membuatkan bilik itu kembali senyap dan semua menanti jawapan dari pengerusi Megat Trading.
Allesya terus memandang Danish disebelahnya.
Danish yang membalas pandangan Allesya itu tersenyum lalu pandangannya mula membalas pandangan wartawan wanita yang mengajukan soalan itu.
Danish memandang wartawan wanita itu dengan pandangannya tajam dan bibir tidak mengukirkan sebaris senyuman.
“Did you want to know something, little girl?,” tegas Danish mula bersuara.
"You know nothing about us. 3 years ago, I'm the first she fall in love. Not with anyone. Saya yang terlebih dahulu mengenali Allesya dari kami zaman sekolah lagi. I'm doing press conference today because I just want to announce my marriage, it's wrong? Nanti kalau saya kahwin senyap tak bagitahu dekat public, macam-macam pulak yang kalian akan tulis nanti," tegas Megat Danish menegur para wartawan.
“One more thing, don't you know that love is free regardless of who you are. Lagipun banyak halangan kami tempuhi untuk sampai ke tahap ni. Someone has said if you love someone, set them free. If they return, they're yours. If they don't, they never were. Now, she has return to me so it’s mean she’s entirely mine,” ucap Megat Danish yang pada awalnya tegas namun apabila dia menoleh ke Allesya, suaranya menjadi lembut.
Allesya yang mendengar dan membalas pandangan bakal suaminya itu mengukirkan senyuman manisnya. Entah kenapa hatinya dapat merasakan ucapan Danish tadi hanya sekadar untuk menjawab pertanyaan dari pihak wartawan.
Bukan dari hati…Entahlah.
“How lucky you are, Miss Allesya. Saya pulak yang berbunga-bunga mendengar,” usik salah seorang wartawan itu dengan senyuman.
“Supposedly I'm the one who should feel lucky to have her in my life,” tutur Danish lagi.
Isha yang berada di barisan belakang bersama dengan Shah Hazwan dan beberapa pengawal peribadi itu terus mengangkat kaki keluar dari bilik mesyuarat itu.
Hatinya sakit sebaik mendengar tutur kata Danish. Sepatutnya press conference itu untuknya bukannya Allesya.
Matanya menjadi kabur kerana air mata yang bergenang di tubir mata. Kakinya cepat diatur untuk melangkah keluar dari syarikat pembinaan itu sambil air matanya mula mengalir membasahi kedua-dua pipinya.
Benarlah kata orang, cinta bertepuk sebelah tangan itu juga cinta. Jika kau terus menginginkannya, kau akan terluka.
Why I’m still loving you when you never loved me, Danish…
Isha yang sudah melangkah keluar itu terus menghentikan langkahnya ke tepi dan dia meneruskan tangisannya. Mujur tiada sesiapa di kawasan itu. Shah yang dari tadi mencari kelibat Isha itu menghentikan langkahnya apabila dia menemui Isha.
Kini dia berada di belakang tubuh Isha.
Kedengaran tangisan Isha yang membuatkan hatinya mula diselubungi hiba.
“Isha..,” panggil Shah lembut.
Mendengar panggilan itu terus membuatkan Isha segera menyeka air matanya lalu terus berpaling ke belakang. Dia sedikit pun tidak terkejut melihat gerangan yang memanggilnya adalah Shah Hazwan.
Dia juga tahu dari semalam lagi Shah ingin memujuknya.
Shah yang menapak beberapa langkahnya ke hadapan untuk menghampiri Isha terhenti apabila Isha mula bersuara.
“Apalagi?,” Isha bersuara lelah.
ADAM Lian tergelak kecil apabila mendengar pengumuman yang dilakukan oleh Danish yang sedang ditayangkan secara live di saluran tv3 itu. Adam Lian masih tidak percaya apa dengan apa yang didengari sebentar tadi.
“Ini rupanya plan kau, Danish?,” Adam Lian masih tidak menyangka lalu dia tergelak kecil sekali lagi. Dia juga tidak menyangka Allesya merupakan pekerja bawahan syarikat Megat Trading.
Perempuan yang pernah buli kau dulu sekarang bakal isteri kau, Danish? Nonsense!
Adam mengingati peristiwa semalam yang berlaku yang membuatkannya sekali lagi tergelak kecil dan masih tidak mempercayai apa yang sedang berlaku.
“Abang, is that her?,” Areesya yang turut mendengar itu lekas bertanya ingin tahu.
Adam terus menoleh ke arah Areesya lalu dia mengangguk perlahan. Dahinya dipicit kejap.
“Areesya, abang keluar kejap. Ada perkara yang abang kena settlekan kejap,” beritahu Adam lalu terus mengatur langkah keluar dari ruang tamu itu.
Areesya hanya membiarkan dan pandangan matanya mula terarah semula ke skrin televisyen.
Jujur, dia masih terkejut mendengar pengumuman itu.
Areesya tersenyum kecil apabila mengingati kejadian semalam. Lelaki yang menyarungkan kot kepadanya semalam adalah bakal abang iparnya?
Jadi, Jack sebagai pengawal peribadi lelaki itu pasti cukup mengenali Allesya. Ya allah, kecilnya dunia ni.
Areesya menyebak rambut panjangnya itu ke belakang.
“KENAPA awak tak bagitahu saya awal-awal tentang perkara ni?,” dengan tidak puas hati Allesya lekas bertanya sebaik dia dan Danish melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
Turut ada Jack yang melangkah masuk ke dalam.
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Danish lekas berpaling untuk membalas pandangan bakal isterinya itu. Danish melepaskan keluhan kecilnya.
“Perkara ni berlaku secara tiba-tiba and..,”
“Awak tahu tak perkara yang awak buat ni buatkan abang awak..,”
“Allesya, walau apa-apa pun jadi. Dia tetap abang saya. Tuhan dah tetapkan jalan cerita macam ni jadi kita kena terima as long as you will be mine. Okay?,” Danish cuba menenangkan Allesya.
Allesya yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Jujur, hatinya masih tidak berpuas hati kerana dalam situasi ini lagi memudahkan Shah untuk melepaskan diri.
Terang-terang, Danish yang dipersalahkan.
“Aku kalau boleh apa yang Danish miliki, aku akan pastikan aku dapat juga!,”
Kata-kata Shah semalam itu masih diingati.
Allesya yakin, misi utama bakal abang iparnya itu selepas ini adalah untuk memiliki Megat Trading.
“Allesya, awak okay ke tak ni?,” Danish mengulangi persoalannya.
Allesya terus tersedar dari lamunannya sebaik mendengar soalan itu.
“Saya okay..,” jawab Allesya cepat. Danish yang mendengar itu sedikit lega lalu dia memanggil Jack untuk berbincang sesuatu yang melibatkan majlis perkahwinan nanti.
Kedua-dua mata Allesya tidak lepas memandang sosok tubuh bakal suaminya itu.
Boleh dilihat dari mata kasar bahawa Danish sangat menyayangi Megat Trading. Jelas Danish tidak mengira penat dan lelah demi memajukan syarikat keluarga itu.
Seorang yang sangat komitmen dalam kerja.
Tidak dapat Allesya bayangkan bagaimana keadaan Danish apabila mengetahui tentang misi abangnya yang ingin memiliki Megat Trading sedangkan selama ini yang banyak membantu dalam syarikat adalah Danish.
Patutkah Allesya memberitahu tentang rancangan Shah?
“Awak..,” panggil Allesya yang membuatkan Danish terus menoleh ke arahnya.
Terangkat kedua-dua alis Allesya apabila menerima pandangan itu.
“Ada perkara yang awak nak bincangkan ke, Allesya?,” soal Danish ingin tahu.
Namun, cepat Allesya menggeleng entah kenapa.
“Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu,” secepatnya Allesya meminta izin keluar.
Mendengar itu hanya membuatkan Danish mengangguk kecil tanda membenarkan bakal isterinya itu untuk keluar dari bilik pejabatnya.
Allesya yang menerima anggukkan itu terus mengatur
kakinya untuk melangkah keluar dari bilik pejabat itu.
Di luar bilik, lekas Allesya mengerutkan dahinya. Hairan dengan sikapnya yang tetiba sahaja tidak keruan apabila menerima pandangan daripada Danish tadi.
Kenapa eh?
BEBERAPA HARI KEMUDIAN…
ADAM Lian terus mengangkat pandangannya apabila pintu sel bilik perjumpaan itu terkuak dari luar. Kelihatan seorang pegawai penjara dan pembantu peribadinya, Adib melangkah masuk.
Kaca tebal kalis bunyi itu menjadi perantaraan di antara mereka berdua. Adib yang membalas pandangan majikannya yang sedang duduk itu terus melangkah menghampiri kerusi lalu dilabuhkan punggungnya.
Ganggang telefon itu dicapai perlahan lalu ditekap ke telinganya.
Melihat keadaan Adib yang masih berbalut di kepala dan lebam di wajah membuatkan hati kecil Adam tersentuh.
Namun, ini adalah hukuman kecil yang patut pembantu peribadinya itu terima.
Adam mula mengangkat ganggang telefon itu dan ditekap ke telinganya.
“Kau jangan fikir aku datang sini untuk tanya khabar kau, Adib,” cepat Adam menyinis. Adib yang mendengar itu tersenyum kecil.
Sedikitpun Adib tidak mengharap untuk menerima kunjungan daripada majikannya itu.
“Aku cuma nak bagitahu, mulai hari ni kau dengan aku tiada apa-apa hubungan. Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku. Okaylah, senang cerita. Kau dipecat,” tegas Adam memberitahu.
Adib yang mendengar itu tidak memberi reaksi kerana dia sudah dapat mengagak.
“Duit gaji kau tu aku akan serahkan kepada keluarga kau. Sekurang-kurangnya, duit tu boleh mak kau guna untuk adik-adik kau sekolah. Nak harapkan kau, kau terperingkuk dalam penjara,” tutur Adam sambil tertawa sinis.
“To be honest, sejak kau kerja dengan aku sikitpun kau tak pernah banggakan aku dengan apa yang kau buat, Adib. Sikitpun tak. Sampailah kelakuan bodoh kau tu buatkan perempuan yang selama ni aku cari dah jadi milik Danish. Akhirnya, aku yang kena gerak sendiri. You’re useless, Adib,” Adam masih bersuara meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“Kau datang sini memang untuk hina aku ke, Adam?,” tegas Adib menyoal sambil memandang tajam ke arah Adam.
Kata panggilan ‘aku’ dipakai.
Adam yang mendengar itu tergelak kecil.
“Speechless..,”
“Haih, macam ni lah. Aku malas sebenarnya nak borak lama dengan kau. Cuma satu je aku nak pesan dekat kau. Be more better bila kau dah keluar nanti. And one more and you should take note, firstly kau jangan pernah muncul lagi depan aku!,” tegas Adam lalu jari telunjuknya diangkat diarahkan ke wajah Adib.
“Kalau boleh bayang kau pun aku tak nak nampak. Yang kedua, jangan pernah nak terlintas dalam fikiran kau untuk balas dendam dengan aku. Aku akan pastikan kau akan menyesal dengan keputusan kau. What you give you get back, remember that,” pesan Adam cukup tegas.
Adib hanya mendengar tidak memberi sebarang reaksi.
Adam terus meletakkan gagang telefon itu lalu mula bangun berdiri.
Memberi senyuman terakhir kepada bekas pembantu peribadinya itu dan kakinya terus diatur melangkah keluar dari bilik perjumpaan penjara itu.
Adib tergelak sinis lalu meletakkan gagang telefon itu semula.
“What you give you get back?,” terangkat alis kiri Adib mengulangi kata bekas majikannya itu. Okay, aku akan ingat, Encik Adam Lian.
Tangan kanannya mengepal tumbukan.
Adib mula bangun berdiri apabila diarah oleh pegawai penjara itu.
Sorry, bab ni cuma ada 1867 words (pendek je) sebab esok rifi nak publish the most important chapter! Esok macam biasa pukul 9 pagi tau.
Share this novel