BAB 30

Romance Completed 21483

DANISH yang sedang makan malam bersama dengan Isha itu terus kembali memeriksa notifikasi telefonnya namun notifikasinya kosong menunjukkan Allesya masih tidak membalas mesejnya.

Danish mengerutkan dahinya.

‘Takkanlah dah tidur baru pukul 9 malam,’ hatinya bersuara.
Isha yang dari tadi memerhati tingkah Danish terus mengerutkan dahinya dan pandangannya kini dihala ke telefon jenama Iphone milik Danish itu.

Ingin sahaja dia memeriksa telefon bakal suaminya itu namun dia perlu menghormati privasi Danish dan mempercayainya.

Lagipun, Danish tidak suka orang yang mencerobohi privasinya dan sesuatu miliknya. Isha yang tidak mahu berfikir negatif itu terus kembali menyuap chicken chopnya ke dalam mulut.

Begitu juga dengan Danish.

Selang beberapa minit,

“Isha, I’m sorry. Boleh tak lepas kita makan ni, abang terus hantar Isha balik rumah?,”

Isha yang mendengar pertanyaan itu terus mengangkat pandangannya memandang Danish.

“Bukan abang kata nak teman Isha tengok wayang? Lagipun, Isha dah beli tiket,” lembut sahaja Isha mengingatkan Danish tentang temujanji mereka untuk menonton wayang.

Danish yang mendengar itu terdiam sekejap.

“I’m truly sorry, Isha. Abang betul-betul ada hal ni. Okay macam ni berapa harga tiket tu? Biar abang bayarkan balik,” selamba Danish berkata begitu sambil dia mula mengeluarkan beg dompetnya dari poket seluar.

Namun, Danish tidak jadi mengeluarkan duitnya apabila Isha bersuara.

“Abang, is not about money. Abang kan dah janji dengan Isha nak teman Isha tengok wayang, lagipun Isha bukan selalu dapat keluar berdua dengan abang,” luah Isha agak kecewa.

Danish yang mendengar itu melepaskan keluhan kecilnya.

“Isha..,”

“Okaylah, lepas kita makan ni abang hantar Isha balik rumah terus,” tutur Isha yang terpaksa akur lalu dia menyambung makan.

Jujur, hatinya sedikit terusik.

Danish yang mendengar itu tersenyum kecil apabila Isha memahami tentang situasinya.

“Thanks, Isha,” Danish berterima kasih kepada Isha. Isha yang mendengar itu hanya mendiamkan diri sedikitpun tidak bersuara.

Danish yang tidak menerima sebarang jawapan itu hanya meneruskan makan malamnya walaupun dia tahu Isha sedang merajuk dengannya.

Danish tidak pandai dalam memujuk perempuan.

AREESYA yang sedang meneliti gaun yang melebihi sedikit dari lututnya itu mengukirkan senyumannya. Sepanjang hidupnya tidak pernah dia memakai gaun cantik yang berona peach itu.

Rambutnya juga sudah cantik digayakan oleh stylist peribadi Adam Lian. Sungguh untuk pertama kalinya dia terkejut melihat gaya hidup Adam yang agak mewah logiklah sebab Adam pun seorang pengusaha syarikat pembinaan.

Adam juga memberikan apa sahaja kemahuannya dan memberikan kelengkapan untuknya dari kepala ke hujung kakinya.

Areesya melebarkan senyumannya lagi. Sungguh dia mensyukuri nikmat yang diberikan.

“Wah, you look stunning!,” terkejut Adam sebaik dia membuka pintu bilik itu. Matanya tidak lepas memandang kecantikan Areesya melalui pantulan cermin panjang ke bawah itu.

Areesya yang mendengar pujian itu lekas berpaling ke belakang manakala Adam sedang melangkah menghampirinya.

Adam juga segak dengan berpakaian kot hitam berkemeja putih di dalam dan berseluar slack hitam serta tali leher berwarna silver itu membuatkan Adam kelihatan lebih berkarisma.

“Thanks, abang. Abang pun nampak handsome malam ni,” ucap Areesya mengukirkan senyuman manisnya.

Adam tersenyum lebar.

“Are you ready?,” soal Adam lembut sambil dia menghulurkan telapak tangannya.

Areesya tersenyum dan dia mengangguk perlahan. Telapak tangan Adam itu dia sambut dan pegangan mereka mula dieratkan lalu melangkah keluar dari bilik itu untuk menuju ke majlis korporat Adam.

Jujur untuk kali pertamanya dia agak gemuruh namun kata Adam dia perlu membiasakan diri untuk bersosial dengan orang lain supaya kemahiran berkomunikasinya ditingkatkan.

Dan Areesya juga perlu membiasakan diri untuk mengenali karenah orang luar supaya dia tidak mudah ditipu.

Demi kebaikan dirinya dan Areesya hanya menurut.

SEBAIK menghantar Isha pulang, Danish secepatnya
kembali ke rumahnya yang berada di tengah kawasan Kuala Lumpur untuk menukar pakaiannya lebih formal.

Kemeja putih disarungkan lalu dibutangkan. Vest Suit Slim Fit Tuxedo Waistcoat berwarna hitam dicapai dan disarungkan ke tubuh tegapnya. Diperkemaskan.

Cepat kepala Danish menoleh ke pintu wardrobenya apabila mendengar kunci pintu digitalnya berbunyi menandakan seseorang memasuki ke dalam rumahnya.

Hanya Ian Hazim dan pengawal peribadinya, Christian Jack sahaja yang mengetahui kata laluan pintu rumahnya.

“Tuan Danish?,” panggil Jack sebaik sudah memasuki bilik majikannya.

“I’m here,” sahut Danish sambil dia mencapai jam tangannya dan disarungkan di pergelangan tangan kirinya.

Jack yang mendengar sahutan itu terus berjalan laju ke wardrobe majikannya.

“I’m sorry, Tuan Danish,” secepatnya Jack meminta maaf atas kesilapannya tidak mengingati majikannya tentang majlis penting malam ini.

Danish lekas menoleh ke pengawal peribadinya.

“It’s not your fault, Jack. Do not easily blame yourself, okay? Lagipun salah aku juga sebab tak ingat majlis penting macam ni and Fasha pun ada ingatkan aku pagi tadi,” beritahu Danish dengan tidak segan silu mengaku salah.

Jack hanya tersenyum kecil dan matanya melihat majikannya sedang memakai tali leher sambil berdiri di hadapan cermin.

Seperti biasa, majikannya sentiasa kelihatan bergaya.

“You need my help?,” Jack menawarkan pertolongan.

“It’s okay. Dah nak siap dah pun,” jawab Danish sebaik sudah mengemaskan tali lehernya. Kot hitam dicapai lalu terus berjalan menghampiri pengawal peribadinya.

Tersenyum Jack dibuatnya apabila bahunya ditepuk perlahan menandakan majikannya itu bersedia untuk
berangkat ke majlis.

Jack mengikuti langkah majikannya keluar dari rumah.

ALLESYA yang baru membuka telefonnya mengeluh perlahan apabila dia membaca notifikasi daripada majikannya, Danish. Eh silap, bakal suami.

Haih, entahlah hatinya begitu tawar apabila mengetahui tentang rancangan Danish pada majlis pernikahannya nanti. Adakah hati ini sudah mencintai Shah sepenuhnya?

Entahlah...
Hatinya keliru.

“As he wish you have to marry with me,” Kata Megat Danish tempoh hari benar-benar mengusutkan pemikirannya.
Tidak kira, aku perlu jumpa dengan Shah sendiri!

Aku nak perjelasan daripada dia sendiri!

Allesya secepatnya nekad bangun berdiri dan bersiap. Lagipun, jam baru menginjak 9 malam sekurang-kurangnya dia boleh berjumpa dengan Shah. Kata Danish, Shah masih berada di kediaman Tan Sri Megat Idruz.

ISHA yang masih berada di ruang tamu rumahnya itu terus memeriksa beberapa gambar yang dihantar oleh orang upahannya. Jelas, Danish tidak menipunya memang Danish ada hal penting.

Orang yang diupahnya itu memberitahu majlis rasmi itu majoritinya dihadiri oleh orang kenamaan dalam bidang perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

Tapi, kenapa Danish tidak mengajaknya sekali?

Sekurang-kurangnya dia dikenali sebagai bakal isteri kepada Megat Danish. Haih…

Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan notifikasi masuk. Terus Isha membaca notifikasi daripada bakal mak mertuanya, Puan Sri Misha.

Tersenyum lebar Isha dibuatnya apabila Puan Sri Misha mengajaknya ke rumah malam ini.

Sebaik membalas mesej itu, Isha secepatnya mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari rumahnya. Kasut tingginya disarungkan dan berjalan menghampiri keretanya yang diparkir di garaj kereta.

Tidak sabar dia untuk berjumpa dengan bakal mak mertuanya.

AREESYA yang berjalan beriringan dengan Adam menuju masuk ke dalam dewan besar tersenyum lebar apabila melihat susun atur pengurusan majlis rasmi itu.

Dengan perasaan gemuruhnya dia mengikuti sahaja langkah Adam yang kini sudah menyapa beberapa orang kenamaan.

Adam juga tidak segan silu memperkenalkan Areesya sebagai adiknya. Areesya juga cuba untuk berkomunikasi ringkas dengan orang kenamaan yang menyapa Adam.

Lama kelamaan dia mampu menyesuaikan diri dengan suasana dalam dewan itu.

Apabila Adam sudah memasuki perbualan tentang urusan perniagaan membuatkan Areesya hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan berkerut dahi Areesya dibuatnya apabila dia baru perasan dia ketinggalan telefonnya di dalam kereta.

“Abang..,” Areesya terus mencelah perbualan Adam yang membuatkan Adam cepat menoleh.

Areesya lekas memberitahu bahawa dia ketinggalan telefon
di dalam kereta.

“Tak apalah, abang suruh Adib ambikkan je,” cadang Adam.

“Tak apa abang, Areesya boleh ambik sendiri. Nak kunci kereta,”

“Betul ni? Kunci kereta ada dekat Adib. Tu Adib kat hujung sana,” beritahu Adam sambil menolehkan pandangannya ke arah Adib.

Areesya yang sudah melihat keberadaan Adib di hujung dewan itu tersenyum.

“Cepat balik, abang tunggu kat sini,” pesan Adam.

“Okay, Areesya pergi dulu,” pamit Areesya lalu segera menghampiri Adib.

Adib yang berada di hujung dewan itu mengerutkan dahi apabila melihat Areesya menghampirinya seperti menginginkan sesuatu.

Terus dia juga melangkah menghampiri Areesya.

“Areesya nak kunci kereta kejap sebab nak ambik phone,” cepat sahaja Areesya meminta. Adib secepatnya memberikan kunci kereta kepada adik angkat majikannya itu.

Sebaik sudah mendapatkan kunci kereta secepatnya Areesya melangkah keluar dewan. Adib hanya mampu mengantar pandangannya.

Namun sebaik dia menoleh ke arah majikannya, Adam secepatnya memberi isyarat agar Adib mengekori Areesya.

Adib yang memahami isyarat itu hanya menurut dan terus melangkah keluar dari dewan.

Megat Danish yang berjalan beriringan sambil berbual ringkas dengan Jack itu terkejut apabila bahunya dilanggar oleh seorang wanita yang meluru keluar dari dewan.

“I’m sorry,” ucap Areesya lembut apabila dia dengan tidak sengaja melanggar bahu lelaki tegap itu.

Hanya sekejap sahaja tautan mata mereka berdua kerana Areesya secepatnya melangkah pergi terlebih dahulu.

Sedikit pun Areesya tidak perasan keberadaan Jack yang bersebelahan dengan Danish itu.

“Who’s that girl?,” tertanya-tanya Danish dibuatnya.

Jack yang masih terkejut melihat Areesya berada di kawasan luar dewan itu terus menoleh ke arah majikannya.

Jack hanya mendiamkan diri tidak menjawab.

Mereka meneruskan jalan menuju ke pintu utama dewan namun sekali lagi bahu Danish dilanggar namun ini lebih kuat kerana gerangan yang melanggar bahunya adalah seorang lelaki. Danish cepat mengangkat pandangan memandang lelaki itu.

“Sorry,” cepat Adib memohon maaf sambil tidak mengangkat pandangannya. Dia hanya menunduk ke bawah dan baru sahaja kakinya ingin melangkah.

Bahunya ditarik menghadap lelaki itu yang membuatkan Adib lekas mengangkat pandangannya.

Terkejut Adib dibuatnya melihat lelaki dihadapannya adalah

Megat Danish.

“We meet again, loser,” ucap Danish sambil tersenyum kecil.

CHRISTIAN Jack yang sudah memasuki ke dalam dewan menemani majikannya itu mula menyapa beberapa orang kenamaan itu namun beberapa minit sahaja hatinya mula terusik khuatir.

Hatinya khuatir tentang keadaan Areesya yang secara tiba-tiba boleh berada di Kuala Lumpur.

Jack memandang sekeliling dewan.

Dengan siapa Areesya pergi? Hatinya makin khuatir apabila mengingati Adib dengan terburu-buru mengikuti Areesya tadi. Apa hubungan mereka berdua?

“Jack, are you okay?,” soal Danish prihatin. Jack terus menoleh ke arah majikannya.

“Tuan Danish… May I excuse myself first because I need to settle down some problem,” pinta Jack lembut meminta izin daripada majikannya.

Danish yang mendengar itu hanya menganggukkan kepalanya dan membenarkan.

Secepatnya, Jack melangkah keluar dari dewan. Danish yang hanya memandang langkah yang diaturkan oleh pengawal peribadinya keluar dari dewan itu terus disapa oleh seseorang.

Cepat, Danish menoleh.

“Tan Sri Arif,” mereka berdua berjabat tangan lalu masing-masing bertanya khabar.

“Sorry, uncle lupa nak kenalkan. This is Adam Lian, my business partner yang uruskan salah satu anak syarikat uncle, Adam Holdings,” Tan Sri Arif lekas memperkenalkan Adam Lian kepada Danish.

Mati terus senyuman mereka berdua sebaik bertentangan mata. Terkejut apabila mereka dipertemukan sekali lagi sebaik sekian lama tidak berjumpa.

Adam, lelaki yang pernah membuli Danish ketika di zaman sekolah menengah pada 5 tahun lepas.

AREESYA mengukirkan senyumannya apabila telefonnya dijumpai lalu terus pintu kereta ditutup rapat. Adib yang dari tadi menunggu itu terus bertanya yang membuatkan Areesya terkejut.

Sungguh dia tidak perasan tentang kehadiran pengawal peribadi Adam, Adib.

“Eh sejak bila awak dekat sini?,” soal Areesya khuatir sambil dia memandang kawasan parkir kereta bawah tanah yang agak sunyi itu.

“Sejak tadi. Awak cari apa?,” soal Adib lalu menghampiri Areesya. Areesya yang mula gugup membalas pandangan Adib itu mengundurkan beberapa tapak ke belakang.

“Kan saya bagitahu tadi nak ambil telefon,” Areesya mula gugup.

Adib hanya mendiamkan diri sambil matanya tidak lepas memandang kedua-dua bahu mulus Areesya yang terdedah itu.

Areesya yang mula rasa tidak selesa itu secepatnya ingin melangkah pergi namun Adib secara kasar menarik tangan Areesya lalu menolak tubuh Areesya kuat bersandar di badan kereta Alphard berwarna hitam itu.

Areesya terkejut.

“Awak dah kenapa ni? Lepaskan sayalah!,” Areesya cuba bersikap tenang.

Adib yang dari tadi mendiamkan diri itu terus menekup mulut Areesya dan bibirnya cepat meliar menyentuh leher jenjang dan bahu Areesya.

Terkejut Areesya dibuatnya yang membuatkan cepat dia menjerit melepaskan diri namun bibirnya sudah ditekup kuat oleh Adib.

Telefonnya itu jatuh ke bawah apabila Areesya berusaha menolak tubuh Adib agar menjauhi tubuhnya namun dia tidak kuat. Areesya memejamkan matanya menahan keperitan apabila leher jenjangnya itu digigit kuat oleh Adib.

Areesya terus membuka matanya apabila bibirnya sudah tidak ditekup dan badan Adib juga sudah menjauhi tubuhnya.

Terkejut Areesya apabila melihat Adib sedang dibelasah oleh seorang lelaki tegap badannya.

Areesya segera meleraikan pergaduhan itu dan menarik tubuh lelaki tegap itu menjauhi Adib yang hampir tidak sedarkan diri apabila ditumbuk kuat di bahagian muka.

Jack yang ditarik oleh Areesya itu terus memegang rahang muka Areesya. Areesya lekas membalas pandangan lelaki itu terkejut.

“Jack?,”

“Awak buat apa dekat sini, Areesya? Tengok apa jadi dekat awak? Awak okay ke tak ni?,” bertalu-talu Jack menyoal kerana khuatir tentang Areesya.

Air mata Areesya yang bergenang di tubir matanya dari tadi akhirnya jatuh membasahi kedua-dua pipinya.

Sekali lagi, Jack datang menyelamatkannya.

Adib yang berada dalam kesakitan itu cuba untuk bangun berdiri namun secepatnya kakinya ditendang kuat yang membuatkan dia terduduk melutut.

Segera dia mengangkat pandangannya ke atas dan dia terperanjat melihat majikannya, Adam.

“Kau ni kan… Memang tak sedar diri kan!,” abdomen Adib segera ditendang kuat sehingga terkeluar cecair darah dari mulutnya. Adam menendang sekali lagi abdomen dan kaki pembantu peribadinya itu.

Adib sudah tidak larat dipukul kerana badannya sudah lemah.

Areesya yang ingin menghalang Adam dari memukul Adib lebih teruk itu terus tidak menjadi apabila Jack memegang erat lengannya dan mengisyaratkan agar tidak mencampuri urusan itu.

Danish yang turut berada di tempat kejadian itu terus menanggalkan kotnya apabila dia melihat beberapa kesan gigitan di leher dan bahu Areesya.

Lalu segera Danish meletakkan kotnya itu di tubuh Areesya untuk melindungi leher dan bahu Areesya yang terdedah itu.

Terkejut Areesya dibuatnya lalu dia mengangkat pandangannya membalas pandangan Danish. Jack tersenyum kecil melihat tindakan majikannya itu.

“Thanks,” ucap Areesya lembut.

Mereka bertiga terus menoleh ke arah Adam apabila mendengar bunyi picu pistol ditarik. Terkejut Areesya dibuatnya apabila melihat Adam sedang mengacu pistol ke arah Adib.

Danish dan Jack turut terkejut.

Danish terus ingin merampas pistol itu dari genggaman Adam apabila Adam sudah bersedia untuk melepaskan tembakan ke arah Adib.

Danish dan Adam bergelut sekejap yang membuatkan pistol itu melepaskan tembakan ke udara.

Areesya yang terkejut mendengar tembakan itu terus menekap wajah ke dada Jack sambil kedua-dua tangannya ditekup menutup telinga.

Manakala Adib yang sudah berlumuran darah di wajah itu tidak memberi sebarang reaksi namun dia lega majikannya tidak menembaknya.

Sekurang-kurangnya dia masih bernyawa lagi.

“Kau dah gila ke apa? Kau nak bunuh dia?!,” tegas Danish menyoal sambil pistol itu sudah berada di genggamannya.

Lalu peluru pistol itu terus ditarik keluar berterabur ke bawah lantai simen parkir bawah tanah itu.

ALLESYA terus berlari masuk ke dalam kawasan perkarangan kediaman Tan Sri Megat Idruz sebaik merayu kepada pengawal keselamatan untuk membenarkannya masuk ke dalam.

Mujur sahaja pengawal keselamatan itu masih mengenalinya.

“Shah! Shah tolong bukakan pintu!,” teriak Allesya sambil genggaman tangan kanannya diangkat mengetuk dada pintu rumah itu bertalu-talu.

Puan Sri Misha yang sedang berbual dengan Isha di ruang tamu itu terkejut mendengar teriakan wanita dari luar.

“Siapa tu, aunty?,” soal Isha mengerutkan dahinya sebaik dia melihat ke arah pintu rumah.

“Entahlah tapi..,” Puan Sri Misha terus mula bangun berdiri kerana tidak tahan mendengar teriakan gerangan yang tidak berhenti mengetuk pintu rumahnya.

“Shah?!,” Allesya masih tidak berhenti mengetuk pintu rumah itu.

“Shah, bukakan pintu! I nak dengar penjelasan dari you! Shah!,” teriak Allesya terhenti apabila pintu rumah itu tetiba terbuka dari dalam.

Terpampang wajah Puan Sri Misha yang berkerut dahi melihat Allesya.

“Kau nak apa ni?,” soal tegas Puan Sri Misha.

“Mummy… Allesya..,”

“Stop calling me ‘mummy’,” tegas Puan Sri Misha mengingatkan.

Allesya terdiam sekejap.

Isha yang dari tadi menunggu di ruang tamu itu mengerutkan dahinya apabila mengenali akan suara itu lalu terus bangun berdiri.

Shah yang baru menuruni tangga itu mengerutkan dahinya apabila kedengaran perbalahan kecil ibu tirinya itu dengan seseorang.

Shah terus memandang Isha yang berada di ruang tamu itu.

“Allesya tak kira, Allesya perlukan penjelasan daripada Shah malam ni juga!,”

“Penjelasan apa yang kau merepek ni?!,”

Shah yang mendengar itu terkejut terus kakinya cepat menghampiri pintu rumah. Ditarik lembut tubuh ibu tirinya ke tepi untuk dia berhadapan dengan Allesya.

Allesya yang membalas pandangan Shah itu mula mengalirkan air matanya.

Shah…

SHAH yang mengamati udara malam di sebuah tasik itu menahan hatinya dari diselubungi sebak. Allesya yang mendengar penjelasan daripada Shah tadi makin membuatkan hatinya terasa sakit.

Matanya tidak lepas memandang Shah yang berada disebelahnya.

“Jadi selama ni kau tak pernah cintakan aku? Kau bertunang dengan aku pun sebab kau nak rampas semua yang menjadi milik Danish? Macam tu ke, Shah?,” soal Allesya inginkan kepastian.

Shah yang mendengar itu terus menoleh wajahnya ke tepi dari tidak menjadi pandangan Allesya.

Dia tidak mahu Allesya melihat tangisannya.

“Jadi, kalau begitu apa kena mengena dengan Allesya? Shah cintakan Allesya, ibu,”

“Oh jadi selama ni kamu nak biarkan usaha ibu terlerai macam tu je?,” duga Puan Saidah.

“Ibu tak kira, ibu nak kamu lepaskan Allesya dan putuskan pertunangan tu. Biarkan Danish sahaja yang memiliki Allesya sekurang-kurangnya persaingan kamu dengan adik kamu tu..,”

“Hell no, ibu!,” Shah yang mendengar itu terus memandang ibunya dengan terkejut.

“Ibu tak kira, Shah! Kalau kamu masih menginginkan syurga kamu lebih baik dengar cakap ibu. Ibu tahu yang terbaik untuk anak ibu. Allesya is not a right person for you,” kata putus Puan Saidah itu benar-benar mengusutkan kepala Shah.

Shah memejamkan matanya sebaik mengingati peristiwanya dengan ibu kandungnya itu.

“Shah jawablah!,” bahu Shah itu terus ditarik kuat oleh Allesya agar lelaki di hadapannya itu menghadapnya.

Shah terus menepis tangan Allesya kasar menunjukkan dia tidak suka disentuh yang membuatkan Allesya tersentak.

Sekali lagi, mata mereka bertentangan namun kini dalam tempoh yang lama.

“Shah jawablah…,” sekali lagi Allesya mendesak Shah agar menjawab pertanyaannya.

“Masih kurang jelas ke penjelasan aku tadi, Allesya? Aku rasa kau faham..,”

“Shah aku cuma nak kepastian..,”

“Kepastian apalagi, Allesya? Dah terang-terang aku bagitahu pertunangan kita ni cuma rekaan sahaja. Sikitpun aku tak pernah mencintai kau. Sikit pun tak, Allesya. Aku kalau boleh apa yang Danish miliki, aku akan pastikan aku dapat juga!,” tegas Shah mengulangi penjelasannya.

Namun kini kendengaran lebih nekad.

Allesya yang mendengar untuk kali kedua itu terus mengelap air matanya yang dari tadi tidak berhenti mengalir membasahi pipinya.

“Fine, kalau itu yang awak nak. Awak lebihkan perwaris harta awak yang tak ke mana tu. Okay! Saya akan jauh dari awak dan jauh dari orang sekeliling awak! Tapi awak jangan harap saya akan setuju untuk berkahwin dengan Danish!,”

Allesya mula bersuara agak tegas.

Shah yang mendengar itu agak terkejut.

Tidak, sekurang-kurangnya Allesya perlu berkahwin dengan Danish agar memudahkan misinya untuk mendapatkan Megat Trading.

Pesan ibunya juga berkata begitu. Walaupun namanya tertulis di surat wasiat sebagai perwaris utama Megat Trading, namun perkara itu akan berubah pada bila-bila masa sahaja jika ayah kandungnya, Tan Sri Megat Idruz berubah fikiran.

Malah, Megat Danish merupakan pemegang saham kedua tertinggi dan itu mungkin menjadi satu kelebihan. Sedangkan dirinya hanya memiliki 10%. Akan tetapi, pemegang saham tertinggi adalah Tan Sri Megat Idruz dan itu akan menjadi miliknya sebaik dia dilantik Pengarah.

“Allesya..,” panggil Shah lembut.

Allesya yang sudah melangkah beberapa tapak untuk meninggalkan Shah itu terhenti apabila namanya dipanggil. Dia tidak mahu berpaling ke belakang kerana hatinya cukup sakit.

“Allesya, ada perkara yang aku nak kau faham dekat sini. Kau tahu kan ibu aku nak sangat aku dapatkan Megat Trading. And I should get it for my future. Dan aku terpaksa lepaskan kau. Tapi untuk sementara je Allesya. Aku janji aku akan dapatkan kau balik. Kau kena ingat tu!,” laung Shah tegas mengingatkan Allesya.

Allesya yang mendengarkan itu terus mengenggam kuat tangan kirinya.

“Tak semudah yang kau sangka, Shah,” jawabnya perlahan lalu terus mengatur langkah pergi meninggalkan Shah seorang diri di kawasan tasik itu.

Shah hanya mampu mengantar pandangan pada langkah yang diaturkan Allesya yang makin jauh meninggalkan dirinya.

Dia akan mengotakan janjinya pada Allesya.

Aku akan dapatkan kau balik, Allesya!
Aku janji…

Korang, okay ke bab kali ni? Korang suka tak? Next Chapter on Friday tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience