ALLESYA yang baru terjaga dari tidurnya itu terus menyelak selimut tebalnya. Dia lekas mengerutkan dahinya apabila dia tidak melihat Danish disebelahnya.
Allesya mengalihkan pandangannya ke arah jam di dinding bilik itu. Baru pukul 7 pagi tapi kemana suaminya? Hari ni hari ahad, takkan suaminya ke pejabat pula?
Ke keluar jogging ke dekat ruang tamu? Nak tak nak, Allesya lekas bangun berdiri dan dia menguruskan rambut ikal mayangnya itu agak tidak kelihatan serabut.
Kakinya melangkah keluar dari bilik ke ruang tamu, namun tiada juga. Lalu dia menuju ke ruang dapur, masih tiada juga. Entah kenapa dia mula diselubungi sebak.
Dia terasa kehilangan Danish.
“Danish?,” nama suaminya dipanggil. Namun tiada sahutan.
“Tak, Allesya. Danish takkan tinggalkan kau, kan?,” Allesya cuba berfikir positif.
Allesya kembali ke ruang tamu untuk cuba mencari kelibat suaminya sekali lagi namun masih tiada.
Ya Allah, mana Danish ni?
Allesya memanggil suaminya kembali namun masih tiada sahutan daripada suaminya itu.
Allesya menguak rambut ikal mayangnya ke belakang. Cuba menenangkan diri.
“Phone?,” cepat sahaja Allesya mengatur langkah masuk kembali ke ruang bilik. Dicapai telefonnya terus dia membuat panggilan dengan Danish.
Menanti, masih tidak dijawab.
Danish, mana awak ni? Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni! Hatinya mula gundah-gelana. Air mata Allesya mula membasahi pipinya. Dia kembali membuat panggilan telefon untuk kedua kali namun masih sama.
Panggilan tidak dijawab.
Allesya yang mula diselubungi rasa bersalah itu terus menangis teresak-esak. Aku takut kehilangan Danish!
Tiba-tiba, kedengaran kata laluan pintu rumah dinyahaktifkan. Cepat Allesya bangun berdiri dan melangkah keluar dari bilik. Jauh di sudut hatinya mengharapkan itu Danish.
Danish yang berpakaian hoodie hitam itu terus meletakkan kunci keretanya di atas rak yang berdekatan dengan pintu rumahnya.
Lalu topi yang disarung di atas kepalanya itu dia tanggalkan juga. Rambutnya dikuak sekejap. Kakinya mula mengatur menuju ke bilik namun terhenti apabila melihat isterinya.
“Danish..,” panggil Allesya dengan tangisan.
Danish mengerutkan dahinya.
Hairan melihat isterinya menangis.
“Eh kenapa ni?,” soal Danish khuatir sambil dia melangkah menghampiri isterinya. Allesya cepat mengundur seolah-olah ingin jauh daripada Danish.
Danish hairan.
“Awak kenapa ni? Kenapa sampai menangis macam ni?,” hairan Danish dibuatnya.
“Puas hati awak?,” soal Allesya yang masih dalam tangisan.
“Apa saya dah buat?,” soal Danish ingin tahu lalu terus dia menghampiri Allesya sekali lagi dan ingin menyentuh tangan Allesya namun cepat Allesya elak.
“Don’t ever touch me, Danish!,” amaran Allesya lalu terus dia menekup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.
Dihamburkan segala tangisannya. Jujur, keadaan Allesya begini makin membuatkan Danish risau.
Danish yang tidak sanggup mendengar tangisan Allesya itu terus membawa Allesya ke dalam pelukannya. Makin kuat Allesya tolak sambil memukul dadanya, makin erat pelukan Danish.
Allesya yang tiada kudrat ingin melepaskan diri dari pelukan suaminya itu hanya mampu menangis.
“Don’t ever leave me again, Danish. Saya dah tak sanggup lagi kehilangan awak,” ujar Allesya dalam tangisan.
“Shh I’m already here, Allesya,” pujuk Danish. Tubuh belakang isterinya diusap lembut dan pelukannya makin dieratkan.
Sungguh, ketakutan paling besar dalam hidupnya adalah kehilangan Danish. Dia tidak sanggup lagi dan lagi untuk kehilangan Danish.
Cukuplah dia derita di bumi Arab ketika Danish meninggalkannya.
ADAM yang melangkah keluar dari tandas itu terus mendekati Areesya dan Soffiyya yang sibuk mengemas barang-barangan Adam yang digunakan sepanjang berada di wad VIP.
Soffiyya terus mengangkat pandangannya ke arah Adam.
Terus terukir senyuman Soffiyya melihat penampilan kemas Adam. Hanya berpakaian t-shirt hitam berlengan pendek dan seluar hitam.
Dengan rambut yang separuh basah dan hujung rambutnya terjuntai-juntai di dahi itu sumpah buat hati kecil Soffiyya terjerit-jerit.
Adam yang sedang menggosok rambutnya dengan tuala putih itu terus membalas pandangan Soffiyya. Lalu dia mengukirkan senyuman manis untuk Soffiyya.
Terkedu terus Soffiyya dibuatnya.
Wey, Adam senyum dekat aku ke? Aku mimpi ke? Betul ke apa aku nampak tadi? Betul ke Adam senyum dekat aku?
Tolonglah sesiapa sedarkan aku dari mimpi aku ni!
“Abang lepas guna tuala tu nanti sangkut dekat hujung katil je tau,” beritahu Areesya itu benar-benar membuatkan Soffiyya kembali tersedar. Dia betul-betul di alam realiti dan tadi memang betul Adam senyum ke arahnya.
Dia memandang Adam yang sedang berlalu ke hujung katil dan menyangkut tuala putih itu. Boleh tak aku ambil tuala tu bawa balik rumah?
Haishh! Hati kecilnya meronta.
Adam yang berdeham kecil terus membuatkan Soffiyya yang masih belum lepas memandang Adam itu terus kembali mengemas barang.
Adam senyum kecil apabila Soffiyya memahami isyaratnya untuk tidak memandangnya lagi. Kalau tak, aku yang berjalan ni tumbang sebab panahan mata Soffiyya.
“Areesya dah uruskan discharge abang belum?,” soal Adam sambil mendekati Areesya. Secara tak langsung, mendekati Soffiyya juga.
Ekor mata Soffiyya memandang langkah yang didekati oleh Adam itu. Minyak wangi yang dipakai oleh Adam sudah dapat dia bau.
“Oh dah, abang jangan risau. Lepas kemas-kemas ni kita boleh keluar dah,” beritahu Areesya lalu mengukirkan senyumannya. Adam mengganguk lalu dia melangkah lagi rapat ke arah Soffiyya.
Lalu dia menempel di ruang tengah di antara Areesya dan Soffiyya. Entah jenis barang apa yang ingin dia capai.
Soffiyya tidak pasti, yang pasti sekarang ni terus kejung tangan dan badannya apabila sedekat begini dengan Adam walaupun sebenarnya ada ruang beberapa inci diantara mereka.
Areesya pula terus ke arah alat kawalan pendingin udara.
Sambil itu, Adam makin menghampiri Soffiyya. Dekat.
Soffiyya apalagi dah macam tak bernyawa dah ni. Adam betul-betul dekat dengannya sehingga ruang jarak di antara mereka hanya seinci.
“Just relax, Soffiyya. Don’t be too obvious. We still have Areesya here,” bisik Adam lembut di telinga Soffiyya yang ditutupi dengan tudung labuh itu.
Setelah itu, kakinya terus melangkah menghampiri pintu.
Soffiyya yang mendengar itu agak tergamam seketika.
Dengan bisikkan suara garau daripada Adam tadi boleh buat Soffiyya jatuh pengsan tahu tak? Ni sebaik tak rebah tapi dia perlu mengawal perasaan gemuruhnya itu.
Relax, Soffiyya!
Lalu dia terus memasukkan barang Adam ke dalam beg lalu zip beg sandang itu ditarik. Areesya yang baru menutupi penghawa diingin dan memeriksa tandas terus menghampiri Soffiyya.
Beg sandang itu bertukar tangan ke Areesya lalu tali beg itu disarung ke bahu.
“Terima kasih, Kak Soffiyya,” sempat lagi Areesya mengucapkan terima kasih kepada Soffiyya.
“Sama-sama,” Soffiyya membalas ucapan itu dengan senyuman lalu cepat dia mencapai beg tangannya.
Akhirnya mereka berdua melangkah keluar dari wad bilik itu yang dikhususkan untuk orang di kalangan VIP.
Manakala Adam sudah keluar terlebih dahulu tadi.
“ALLESYA,” panggilan lembut itu membuatkan Allesya perlahan-lahan terjaga. Dia membuka kedua-dua matanya dan terukir senyumannya apabila melihat wajah tampan suaminya itu.
Danish yang mengiring ke arah isterinya sambil menongkat kepala juga mengukirkan senyuman. Wajah isterinya itu diusap perlahan sekali lagi.
“You here,” ujar Allesya lega. Danish angguk kecil.
“Yes, I’m here with you,” ujar Danish lembut.
Mata Allesya sedikit pun tidak lepas memandang wajah tampan suaminya itu.
Begitu juga dengan Danish yang masih tidak lepas pandangannya dari memandang wajah jelita sang isteri.
Bertaut lama pandangan mereka berdua.
“Saya masih tak percaya yang awak dah jadi suami saya, Danish. Saya rasa macam cepat sangat masa berlalu sedangkan macam-macam kita lalui dulu,” beritahu Allesya itu membuatkan Danish mengukirkan senyuman kecil.
“And I know it’s hard for you too,” sambung Allesya sambil mula rasa sebak di dada.
“Allah already created your name beside me, Allesya,” ujar Danish lembut.
Allesya yang mendengar itu tersenyum.
“Malam ni, awak tak perlu masak tau sebab mummy ajak dinner dekat restaurant kawan baru mummy,” beritahu Danish.
Allesya yang mendengar itu hanya menggangukkan kepalanya lalu terus dipeluk erat tubuh suaminya.
Danish tersenyum.
“IT’S okay, Thira. I dah jumpa pun kereta I. Thank you!,” lembut sahaja Adam berterima kasih kepada setiausahanya yang sudah membantunya untuk menghantar keretanya dan diletakkan di ruangan parking yang disediakan oleh pihak hospital swasta.
“Oh situlah, abang!,” Areesya segera melintas laju ke ruangan kiri kawasan parkir untuk menuju ke kereta Adam yang berada di hujung tingkat.
Soffiyya yang turut ingin mengikuti langkah Areesya melintas itu terus terkejut apabila tidak perasan kereta laju mendekatinya.
Hampir sahaja dilanggar tapi cepat sahaja lengannya ditarik rapat ke arah Adam yang dari tadi berada dibelakangnya.
Soffiyya yang masih terkejut itu terus memandang Adam.
“Dah kenapa kelam kabut sangat ni, Soffiyya?,” agak tegas Adam menegur Soffiyya. Jelas kelihatan risau diwajahnya. Risau jika terjadi sesuatu pada Soffiyya.
Soffiyya yang masih cuba mengawal pernafasannya itu terus melepaskan lembut lengannya lalu berjauhan sedikit daripada Adam.
Dia masih dalam terkejut.
“Okay ke tak ni?,” segera Adam soal. Masih risau melihat wajah pucat Soffiyya. Soffiyya hanya angguk kecil.
Areesya yang juga terkejut mendengar bunyi tayar berhenti mengejut sambil dari tadi memerhati itu segera menghampiri mereka.
Pemandu kereta yang hampir melanggar Soffiyya itu terus melangkah keluar dari perut keretanya. Lalu menghampiri Adam dan Soffiyya.
Soffiyya yang dari tadi menunduk cuba mengawal ketakutannya itu terus mengangkat pandangannya memandang pemandu kereta itu. Berkerut dahinya.
“Harraz?,” makin terkejut Soffiyya dibuatnya lalu cepat sahaja lengan Adam dipeluk rapat ke arahnya.
Adam yang mendengar itu terus berpaling ke belakang.
Harraz tanpa banyak kata, terus ingin menarik tangan Soffiyya ke arahnya. Namun tidak jadi apabila Adam sudah menarik Soffiyya terlebih dahulu untuk bersembunyi di belakangnya.
Dilindungi sekali oleh Areesya.
“Apa masalah kau ni? Aku nak ambil tunang aku balik,” Harraz tidak berpuas hati.
“Sorry, tunang?,” Adam sengaja buat tidak mengerti.
“Kau lelaki yang hari tu jumpa dekat restoran kan? Kau tahu yang Soffiyya ni tunang aku yang kau buat tak faham ni kenapa?,” Harraz masih tidak berpuas hati dan cuba untuk menarik Soffiyya namun cepat ditepis oleh Areesya.
“Sejak bila awak ni tunang Kak Soffiyya eh? Tak pernah diiktiraf mana-mana pun. Jangan nak perasan sangat eh, Encik Harraz!,” tegas Areesya menegur.
Harraz yang mendengar itu agak terkejut. Terus dia mencerlung memandang Soffiya di belakang tubuh Adam.
“Awak balik jelah, Harraz!,” Soffiyya yang dari tadi mengumpul keberanian terus menghalau Harraz agar pulang dari membuang masa disini.
Adam terus memandang Soffiyya.
“Eh buat apa suruh dia balik? Kau kan tunang dia kau kena lah ikut dia balik, Soffiyya,” entah apa yang telah merasuk Adam yang membuatkan Adam berkata sedemikian sambil dia menarik lengan Soffiyya untuk dekat dengan Harraz.
Areesya dan Soffiyya terkejut. Harraz tersenyum kecil.
“Abang!,” berkerut dahi Areesya memanggil Adam.
“What?,” Adam sengaja tidak mengerti.
Areesya yang hanya mampu menahan geram.
Soffiyya yang melihat reaksi Adam itu mula rasa sebak di dada. Jadi semalam aku mengadu kat dia itu untuk apa kalau dia masih tidak mengerti?
Sungguh, hatinya kecewa dengan sikap Adam! Sungguh, kecewa!
Dia berharap Adam melindunginya namun…
Air matanya yang mula bertakung di tubir mata pada bila masa-masa sahaja boleh jatuh membasahi pipi. Dia masih membalas pandangan Adam.
“Dah jom balik Soffiyya,” Harraz cepat sahaja ingin mencapai tangan Soffiyya namun cepat Soffiyya tepis kuat.
Terkejut Harraz dibuatnya lekas dia memandang Soffiyya yang dari tadi memandang Adam.
“Apa masalah awak ni?,” Harraz hairan.
Mendengar itu terus membuatkan Soffiyya memandang Harraz. Tajam pandangannya.
“Saya dah berkali-kali kata pada awak yang saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi, Harraz! Apa yang awak susah nak faham?!,” tegas Soffiyya meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Harraz agak terkejut kerana ini kali pertama Soffiyya meninggi suara kepadanya.
“Soffiyya, saya kan..,” Harraz rasa terkilan.
“Apa? Awak dengan saya tak ada apa-apa hubungan tau! Awak dan keluarga awak je yang lebih-lebih sedangkan saya tak terima sedikit pun kehadiran awak! You’re nothing for me, Harraz!,” sekali lagi Soffiyya bernada tegas.
Sekali lagi, Harraz rasa terkilan.
Dia sangkakan Soffiyya turut menyimpan perasaan sama sepertinya namun baru dia sedar perasaan sebenar Soffiyya terhadapnya.
Sedikitpun tiada rasa cinta, sayang dan suka.
Berat untuk dia terima lagi di hadapan Adam dan Areesya.
“Saya tahu awak buat semua ni sebab ad..,”
“Saya dah ada orang lain, Harraz. Tolonglah, faham,” akhirnya terluah apa yang ingin dia perkatakan kepada Harraz. Jelas terpancar wajah kekecewaan Harraz.
Jujur dia sendiri tidak tahu yang Soffiyya mempunyai orang lain. Menurut orang tuanya, Soffiyya masih tidak mempunyai seseorang yang istimewa.
“And aku orangnya, Harraz. Aku dan Soffiyya ni dah lama suka sama suka dari kami zaman sekolah lagi. Tolonglah bagi kami ruang,” Adam bersuara agak tegas namun lembut dihujung tutur katanya.
Areesya yang mendengar itu terkejut.
Soffiyya yang juga mendengar itu hanya berlagak biasa.
Dia hanya menggangap Adam sekadar membantunya untuk menjelaskan kepada Harraz. Tak mungkin, Adam memendam perasaan sama sepertinya.
Harraz yang mendengar itu hanya tersenyum kecil cuba menutup rasa kekecewaannya. Hanya meminta maaf kepada Adam dan Soffiyya, Harraz kembali melangkah masuk ke dalam keretanya.
Lalu keretanya berlalu pergi.
Melihat itu terus membuatkan Soffiyya melepaskan keluhan lega. Alhamdulilah, selesai satu masalah. Dia tahu apa yang terjadi sekarang akan membuatkan kedua keluarga berselisih fahaman nanti.
Tapi, dia yakin dia mampu menandingi.
“Dah jom gerak,” ajak Adam bersahaja.
“Tak apalah, saya balik naik grab je korang berdua..,”
“Tak payah mengada sangat boleh tak Soffiyya?,” potong Adam tegas.
Areesya yang mendengar perdebatan dari tadi, terus laju mendekati lalu dipeluk lengan Soffiyya. Memujuk Soffiyya agar pulang bersama atas alasan ingin membalas budi kerana telah membantunya menjaga Adam.
Dan nak tak nak, Soffiyya ikut sahaja.
“EH Shah kamu nak kemana?,” segera Puan Sri Misha tegur apabila melihat anak jagaannya itu baru melangkah turun dari anak tangga.
Shah terus menoleh ke arah ibu tirinya yang berada di ruang tamu itu.
“Nak keluar mungkin lambat sikit balik,”
“Lah, yeke? Mummy baru nak ajak kamu dinner dekat luar nanti,”
“Sorry, mummy. Shah tak dapat nak join. Shah dinner dekat luar dengan kawan,” beritahu Shah sambil dia berjalan menghampiri pintu rumah. Diikuti dengan Puan Sri Misha dibelakang.
Bukannya dia tidak mahu makan malam bersama kedua orang tuanya tetapi dia ada urusan ingin dia uruskan. Dan itu agak penting.
“Okay kalau macam tu, mummy sampaikan salam Shah pada Danish dan Allesya sahaja,” ujar Puan Sri Misha itu membuatkan Shah berhenti melangkah.
Allesya turut ada di makan malam nanti? Puan Sri Misha yang turut terhenti itu mengerutkan dahinya.
“Kenapa dengan Shah ni?,”
Cepat Shah memandang ke arah ibu tirinya itu.
“Tak, Shah okay je,” nafi Shah cuba menenangkan hatinya.
“Shah gerak dulu, mummy,” Shah cepat menyalam tangan kanan Puan Sri Misha lalu dia membuka pintu rumah.
Namun dia berpatah balik ke arah ibu tirinya sambil tangannya mengusap belakang lehernya.
Cuba mencari idea.
“Kamu okay ke tak ni, Shah?,” soal Puan Sri Misha khuatir.
“Mummy, dinner tu Shah cuba datang. Kalau Shah sempat, Shah datang singgah. Nanti mummy bagi location restoran tu,” Shah mengeluarkan idea yang sempat dia fikirkan.
Puan Sri Misha yang mendengar itu hanya mengganguk kecil. “Okay apa-apa call je mummy,” pesan Puan Sri Misha.
Shah hanya angguk lalu terus melangkah keluar dari rumah.
Korang rasa Allesya ni berpura-pura atau dia hanya tidak sanggup kehilangan Danish? Cinta #AdamSoffiyya tu okay ke? Hehe. Drop your comment kat bawah tak pun dm je Rifi dekat ig @rifiyasfaas_
Share this novel