DI RUANG MEJA MAKAN
“Shah, mummy dengar kamu ada buat business sendiri betul ke?,” soal Puan Sri Misha kepada anak tirinya itu. Shah yang sedang mengunyah itu menganggukkan kepalanya.
Sebaik habis mengunyah, dia menjawab.
“Tapi secara kecil-kecilan je dulu, yelah banyak benda yang Shah nak kena belajar,”
“Baguslah, dulu arwah daddy pun start dengan small business sampailah sekarang dengan usaha gigih dan tidak mengenal erti putus asa look how great Megat Trading is!,” teruja Puan Sri Misha.
Sungguh dia bangga dengan usaha arwah suaminya dahulu.
“I know, mummy. Insha Allah, arwah Tan Sri Megat Idruz akan terus menjadi idola pada Shah untuk berjaya dalam business,” ujar Shah senekad-nekadnya.
Allesya yang turut ada di ruang meja makan itu tersenyum kecil. Tidak pernah dia melihat Shah senekad begitu, adakah Shah sudah berubah sejak dia hilang sementara sebelum kematian Tan Sri?
Baguslah kalau begitu.
Danish yang turut ada juga disitu terus meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan makannya lalu bangun berdiri tanda dia selesai makan. Kakinya diaturkan naik ke ruang atas.
Semua orang yang ada di ruang meja makan itu memandang ke arah Danish.
“Sikitnya Danish makan,” ujar Puan Sri Misha kehairanan.
“Tak apalah mummy, Isha tengokkan Danish sekejap,” Isha turut bangun berdiri dan kakinya lekas mengatur ke ruang atas.
Allesya yang melihat itu tidak mampu membantah lagipun hubungan dia dengan Danish kebelakangan ini masih tidak baik.
Allesya juga melihat kaki yang diatur Danish adalah ke bilik Isha. Jadi disini Allesya dapat simpulkan yang Danish masih marah padanya.
Allesya menunduk memandang makanannya itu. Hilang terus selera makannya. Mata Shah memandang kepada Allesya.
Entah kenapa dia simpati pada nasib Allesya.
Mungkin dia tahu bagaimana perasaan hidup bermadu sebab arwah ibunya dahulu juga hidup bermadu seperti Allesya.
SETELAH habis makan dan mengemas sedikit di dapur hanya sekadar meringankan kerja pembantu rumah itu dia melangkah ke halaman rumah agam itu. Ada meja dan kerusi besi disitu.
Dia duduk di bangku dan akhirnya dia menangis disitu.
Hati dan fikirannya masih mengenangkan tentang suaminya. Sungguh dia rindu pada Danish dan dia juga merindukan Areesya, adiknya.
Allah.
Allesya mengurut dada kirinya. Kebelakangan ini, dia asyik terasa sakit disitu.
“Boleh aku duduk sini sekejap?,” tegur Shah sebaik dia menarik kerusi.
Allesya cepat sahaja dia seka air matanya lalu dia ingin bangun berdiri. Dia khuatir jika Danish nampak dia seakrab dengan Shah begini.
Namun cepat sahaja, Shah menggengam pergelangan tangan Allesya.
“Duduk je, Danish dah keluar dengan Isha,” beritahu Shah membuatkan Allesya terkejut.
Bila?
Kenapa dia tak perasan langsung ke sebab dia terlalu sibuk di dapur tadi? Entah kenapa perasaan sedihnya kembali menyelubungi diri.
“Aku tahu kau tak okay sekarang Allesya,”
“Lantas, apa kena mengena dengan kau?,” tegas Allesya geram lalu dia melepaskan pergelangan tangannya.
Dia mengatur langkah namun terhenti apabila Shah bersuara.
“Aku minta maaf, aku tahu ini semua berpunca pada aku Allesya. Aku tahu aku salah,” sebak suara Shah memohon maaf.
Allesya cuba menahan rasa sebaknya.
“Separuh hidup aku dah hancur disebabkan kau, Shah. Cukuplah kau jauhkan diri kau pada aku, aku dengan kau dah tak ada apa-apa,” tutur Shah diselangi dengan tangisan lalu dia atur langkah masuk ke dalam.
Shah menguak rambutnya ke belakang lalu melepaskan keluhan berat.
“TAK apa, lepas ni kita plan betul-betul inshallah saya yakin akan jadi,” Shah yang sedang bermesyuarat dengan beberapa pekerjanya itu bersuara.
Papan tulis dihadapan dipandang, dia yakin rancangan pemasaran produknya akan berjalan lancar.
“Kalau dah boss cakap macam tu, tak apa kami akan cuba sedaya upaya sampai berjaya,” salah seorang bersuara cuba menyakinkan pekerja lain.
“Saya pun setuju, bagi saya normal untuk syarikat kecil macam kita ni mengalami kegagalan,” lagi seorang bersuara menyambung.
“Yang penting kita takkan putus asa,” sambung yang lain.
Shah tersenyum apabila melihat para pekerjanya bersemangat meneruskan operasi perniagaan walaupun kali ini sudah tiga kali gagal.
Colonel Sanders, pemilik Kentucky Fried Chicken (KFC) mengalami banyak kegagalan sehinggalah usia 65 tahun baru dia menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Jadi, untuk apa dia berputus asa hanya kerana mengalami kegagalan tiga kali?
Lantas itu, Shah terus menghentikan mesyuarat lalu semua melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
Namun terkejut mereka semua apabila melihat sekumpulan pegawai SPRM datang menghampiri majikannya, Shah.
Shah juga terkejut.
“Saya Muhammad Hilmi daripada pegawai SPRM mengetuai ketua pasukan meminta kerjasama tuan dan semua untuk kami membuat pemeriksaan dan penggeledahan semua dokumen syarikat,” ketegasan daripada pegawai SPRM beserta dengan surat penggeledahan itu mengejutkan Shah dan para pekerjanya.
Shah menerima surat penggeledahan itu dan matanya melihat keadaan syarikat kecilnya digeledah. Hancur hatinya melihat keadaan itu.
Ya allah apalagi ujian yang kau berikan kepada ku?
“WHAT?!,” terkejut Allesya dibuatnya apabila mendengar khabar itu. Sekarang, Shah berada di dalam tahanan pihak SPRM atas alasan penyelewangan duit.
Allesya pandang Danish.
Danish hanya beriak biasa membuatkan Allesya sedikit risau. Isha apatah lagi hanya biasa. Seperti ada sesuatu yang mereka rancangkan.
Adakah ini semua atas rancangan Danish dan Isha?
Astagfiruallah, Allesya jangan menuduh.
Selepas sahaja makan malam, Allesya lekas mengekori Danish masuk ke dalam bilik. Malam ini merupakan giliran Allesya untuk bersama dengan Danish.
“Danish, you dengar tak I cakap apa?,” desak Allesya lagi dan lagi sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik.
Danish yang berulang kali mendengar desakan itu terus berhenti langkah dan dia berpaling ke belakang memadang Allesya.
“You kena tolong Shah,” sekali lagi Allesya mengulangi permintaannya.
Danish diam lagi.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia melihat Allesya makin ada sesuatu dengan abangnya sendiri.
Tapi dia yakin cinta Allesya utuh padanya…
“I takkan tolong, that was his own mistake,” lembut sahaja Danish bersuara.
“No, you kena tolong dia. Dia abang you and I sure yang Shah dijebak,” beritahu Allesya membuatkan Danish mengerutkan dahinya.
Tapi dia takkan membantu Shah walau apa-apa pun cara.
Terus kakinya diatur lagi namun tidak menjadi apabila kakinya dipeluk. Dia melihat ke bawah, Allesya sudah duduk melutut sambil memeluk kakinya.
Mulut Allesya masih mengulangi permintaan yang sama dari tadi. Melihat itu terus Danish duduk melutut sama dan kedua-dua tangannya mengenggam bahu Allesya.
“Tak perlu you melutut macam ni dengan I semata-mata untuk lelaki tak guna tu,”
“Lelaki tak guna tu tetap abang you, Danish. You kena tolong dia,” desak Allesya.
“I tak suka dengan cara you melutut macam ni semata-mata untuk dia. I tahu you seorang yang sangat peduli dengan orang lain tapi bukan dengan cara macam ni. I nak you sekarang bangun, love,” Danish mengulangi lagi ayatnya dan mengarah Allesya untuk bangun berdiri.
Allesya cuba menahan sebak lalu dia tunduk wajah ke bawah.
“I tahu sayang yang you..,” Allesya berhenti sekejap lalu dia mengangkat pandangan membalas pandangan suaminya. Berdebar jantung Danish dibuatnya.
“I tahu you yang perangkap Shah,” ucap Allesya membuatkan Danish agak terkejut.
Bagaimana Allesya mengetahui tentang itu? Mendengar itu, Danish melepaskan pegangannya di kedua-dua bahu Allesya. Matanya tetap membalas pandangan Allesya.
“You yang beri idea pada Shah untuk melabur pada syarikat tu,” ucap Allesya lagi.
“You sengaja perangkap Shah untuk buat pelaburan sedangkan you tahu syarikat tu ada potensi untuk penyelewangan duit. You ambil risiko untuk bagi Shah melabur guna duit syarikat you jadi you ada alasan untuk dakwa Shah,” Allesya membongkar satu persatu rancangan suaminya itu.
Danish yang mendengar itu masih terkejut. Entah bagaimana Allesya mengetahui dia sendiri tidak pasti.
Dia masih membalas pandangan isterinya itu dan perlahan-lahan dia tersenyum kecil.
“Salah ke I buat tu pada dia?,” soal Danish membuatkan Allesya terkejut.
“Apa benda you ni?,”
“I tanya you ni, salah ke I buat semua tu pada orang yang hampir memusnahkan hidup semua orang? Sebab dia, ibu Areesya meninggal. Sebab dia, Areesya niat untuk membunuh. Sebab dia, you kena hadap masa silam you yang ngeri. I know everything, Allesya. I know, arwah tokwan cuba nak..,” Danish tak sanggup untuk meneruskan kata-katanya.
Sakit hatinya apabila mengetahui kejadian sebenarnya. Sebak mula menyelubungi dirinya. Jikalau dia tahu dari awal lagi, dia takkan siksa perasaan Allesya hanya semata-mata untuk membalas dendam.
Allesya yang mendengar itu benar-benar terkejut. Tak pernah dia menyangka yang Danish akan mengetahui semuanya tentang hal dahulu.
Dia melihat di tubir mata Danish sedang bergenang air mata.
“Sebab dia juga, I salah faham dengan you sampaikan I ada niat untuk balas dendam dengan you. I siksa jiwa dan perasaan you. Sebab dia juga hampir memusnahkan hubungan kita dahulu. Don’t you remember what he did to us especially to you?,” tegas Danish cuba mengingatkan Allesya. Allesya diam seribu entah bagaimana untuk dia membalas kata-kata Danish.
“Dia rampas you pada I! I dah macam hilang akal masa tu, hati I ni hancur, Allesya. After that, dia serahkan you pada I macam tu je tanpa ada alasan yang kukuh. Macam mana dia serahkan you pada I macam tu juga dia serahkan you pada arwah tokwan I dulu kan?.” Soal Danish tegas cuba inginkan kepastian daripada Allesya.
Air mata yang bergenang ditubir matanya itu dibiarkan mengalir membasahi pipi.
Allesya diam lekas peristiwa dahulu diingati…
Kini, langkah lelaki itu diatur menuju ke sebuah rumah. Sebaik sudah masuk ke ruang rumah, lelaki itu membawanya ke dalam sebuah bilik. Terus tubuhnya yang tinggi lampai itu dicampakkan ke atas katil.
Lelaki itu naik ke atas katil dan membuka ikatan di bahagian mulut itu.
“Apa yang kau nak buat ni?!! Lepaskan aku lah!,” Terus Allesya Danielle terundur laju ke belakang sehingga tubuh belakangnya menyentuh kepala katil. Rambutnya yang ikal mayang itu sudah serabai itu dikuak ke belakang.
“Kau diam! Aku hanya buat kerja aku dan kau tak payah nak memekak!,” tengkingnya apabila sudah bangun berdiri sambil itu dibuka kedua-dua sarung tangannya itu.
“Apa yang kau nak buat dengan aku ni?! Lepaskan aku lah! Aku nak balik!,” rayu Allesya Danielle sambil air matanya berjurai-jurai membasahi kedua-dua pipinya.
Dia memandang sekeliling ruang bilik itu.
Allesya Danielle kembali memandang ke arah lelaki itu apabila terdengar gelak sinis daripada lelaki itu.
Terus lelaki itu menghampiri Allesya Danielle yang membuatkan Allesya Danielle ingin turun dari katil namun dia ditarik kembali duduk ke atas katil.
“Apa yang kau nak ni?! Lepaskanlah aku!,” rayu Allesya Danielle sambil menangis ketakutan itu. Dia membalas pandangan lelaki itu yang sedang menatapnya.
Perlahan-lahan, lelaki itu mengusap pipi kiri Allesya Danielle sambil membalas pandangan.
“Such beautiful girl but..,” kata lelaki itu terhenti. Pandangannya jatuh ke arah bahagian leher jenjang dan dada Allesya Danielle yang sudah berpeluh itu.
“Aku tak tahu lah apa nasib kau lepas ni, Allesya Danielle,” ujarnya perlahan sambil kembali membalas pandangan Allesya Danielle yang serba ketakutan.
“Dah Shah kau dah boleh keluar,” tegur satu suara garau yang baru melangkah keluar dari tandas itu membuatkan Allesya Danielle menoleh.
Tok Wan?
“Tolong selamatkan aku, aku mohon sangat-sangat. Selamatkan aku,” terus tangan lelaki yang mengusap pipi kirinya itu digenggam erat.
Lelaki itu memandang ke arah tangannya itu dan kembali membalas pandangan Allesya Danielle.
“Maafkan aku, aku tak boleh,” perlahan-lahan, lelaki itu melepaskan genggaman Allesya Danielle lalu turun dari katil.
Segera lelaki itu melangkah keluar dari bilik itu dan secepatnya Allesya turun dari katil ingin mengikuti langkah lelaki itu.
Namun pintu sudah tertutup rapat dari luar. Terus tidak keruan Allesya Danielle dibuatnya terus dia memulas tombol pintu bilik itu.
Terkunci.
“Tak! Tak! Kau kena selamatkan aku! Tolong aku!!!,” Laung Allesya Danielle sambil menampar kuat muka pintu bilik itu dan dipulas tombol itu berkali-kali.
Allesya Danielle turut menangis ketakutan.
Mengingati kejadian itu membuatkan air mata Allesya jatuh berjuraian membasahi kedua-dua belah pipinya. Cepat dia membalas pandangan Danish kembali.
“I tahu apa yang dia buat pada I selama ni tak setanding dengan hukuman yang dia dapat sekarang. Tapi, I mohon pada you I tak nak anggap you sebagai seorang penjahat yang membalas kejahatan dengan kejahatan,” Allesya tetap dengan pendiriannya membuatkan Danish masih tidak mengerti dengan isterinya kali ini.
“Dengan apa yang dia dah buat dekat you, you still nak..,”
“I mohon pada you, bantu Shah. I know you have that right,” desak Allesya lagi akhirnya membuatkan Danish mengeluh kecil.
“Okay, I will. Dengan satu syarat, segala kemudahan yang Shah dapat selama ni kereta, kad kredit, saham, rumah termasuk menjadi ahli keluarga Megat Idruz ditarik serta merta. I nak dia hidup macam gelandangan yang meraih simpati orang lain!,” tegas Danish membuat keputusan yang membuatkan Allesya benar-benar terkejut sekali lagi.
Allah.
Danish bangun berdiri, Allesya angkat pandangannya.
“Bila I fikirkan balik, hukuman yang I bagi ni lebih baik dari dia hidup dalam penjara yang makan minum semua terjaga. You tahukan hidup seorang gelandangan macam mana?,” Danish menyoal isterinya lagi lalu dia tergelak sinis tanda puas dengan hukuman yang diberikan.
Allesya masih tidak percaya apa yang dilihat sekarang.
Mengapa Danish banyak berubah?
Seakan-akan bukan Danish yang pernah dia kenali dahulu. Apa dah jadi dengan keluarga Megat ini, Ya allah?
Allahuakhbar.
“EH perempuan!,” terkah Isha lantang sebaik dia menuju ke ruang dapur. Allesya yang sedang membantu pembantu rumah menyediakan makanan tengahari itu terkejut dengan terkahan Isha.
“Puas hati kau?!,” tanya Isha sebaik dia berhadapan dengan Allesya. Allesya mengerutkan dahi apabila disoal begitu.
Dia pandang Isha lagi.
“Eh aku tanya kau ni!,” bahu Allesya ditolak kasar oleh Isha.
“Puas apa benda ni?,” sungguh Allesya tidak memahami tindakan Isha menyerangnya secara tiba-tiba.
Ini tentu Puan Sri Misha tiada dirumah itu yang berani Isha menyerangnya.
“Aku tak faham lah dengan kau. Kau tak sedar ke apa, sejak kehadiran kau dalam keluarga Megat ni satu persatu hancur! Dari arwah tokwan dahulu sampai sekarang, kau memang suka hancurkan hidup orang lain ke apa!,” terkahnya lagi semakin lantang.
“Kau jangan sesuka hati mulut kau nak bercakap tentang aku itu ini!,”
“Apalagi kau nak, Allesya?! Dulu kau rampas Danish pada aku! Sekarang ni kau nak buatkan hidup abang Shah tu merempat macam gelandangan dekat luar sana!!,” sekali lagi bahu Allesya ditolak kuat berkali-kali sehingga Allesya terdorong jatuh terduduk.
“Puan Isha!,” pembantu rumah itu bersuara tidak menyangka Isha seperti itu lalu dia duduk melutut cuba membantu Allesya bangun.
Merah mata Isha menahan ketidakpuasan hatinya itu.
“Kau pengaruh apa pada Danish sampai dia sanggup buang abang dia sendiri dengan hidup merempit macam gelandangan dekat luar?!!,” soal Isha tidak berpuas hati.
Allesya yang mendengar itu terdiam dan rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
Salah ke tindakannya meminta bantuan pada Danish?
Ya allah, aku tersempit! Allahu.
Allesya seperti mahu pitam namun dia kuatkan diri.
ALLESYA yang duduk di hujung anak tangga tingkat atas itu mula memikirkan setiap tingkahnya sejak dia masuk ke dalam keluarga Megat ini.
Ia bermula dari perkenalan mereka semula di Arab namun ketika itu masing-masing tidak mengenali.
“Orang kata kalau diam tu tandanya setuju, betul tak? Don’t worry I’m nice a person that you haven’t meet before, okay?,” tutur Megat Danish sambil menundukkan sedikit tubuhnya agar pandangannya separas pandangan Allesya yang berpurdah itu lalu diukirkan senyumannya.
Perkenalan itu lalu disambung dengan rasa cinta yang makin membuak-buak.
“Saya sebenarnya takut tak dapat jumpa awak lepas ni,” jujur Megat Danish sebak.
“Kenapa awak cakap macam tu?,” soal Allesya sambil mengangkat pandangannya membalas pandangan Megat Danish sekali lagi.
“Tak tahu. Saya harap awak takkan lupakan saya,” tutur Megat Danish lembut.
“Kalau saya lupa macam mana?,” sekali lagi Allesya menyoal sengaja menguji Danish. Pandangannya tidak lepas memandang Danish.
“Saya akan ingatkan awak,” nekad Megat Danish.
Kisah ini bermula dari situ. Dengan menggunakan samaran ‘Zaara’ dahulu mampu membuatkan dua insan yang sudah lama mengenali di zaman sekolah bercinta.
Lalu diikuti dengan Danish meninggalkannya.
Setelah itu, Allesya dipaksa berkahwin dengan Adam.
Macam orang tak betul dah apabila Allesya berusaha untuk lari dari pernikahan itu namun akhirnya dia bertunang dengan Adam.
Namun, tuhan memudahkan Allesya untuk lari dari Adam dengan bantuan Puan Maryam.
Tiba di Kuala Lumpur, dia bertemu dan satu pejabat dengan Danish.
Makin jadi rumit apabila Danish lebih mengutamakan dendam berbanding cinta namun allah maha membolak balikkan hati Danish untuk mencintai dan menyayangi Allesya.
Selepas itu, hubungan mereka makin retak apabila Danish merahsiakan tentang pertunangannya dengan Isha.
Allesya hampir putus hubungan dengan Danish namun Danish masih menginginkannya sehingga Danish sanggup memutuskan pertunangan itu.
Danish tetap inginkan Allesya.
Allah menguji Allesya kembali dengan kehadiran Shah, lelaki yang hampir memusnahkan hidupnya dahulu.
Dengan ugutan Shah yang ingin memberitahu tentang kisah silamnya dahulu membuatkan Allesya mengikuti sahaja kehendak Shah.
Diselangi dengan serangan Adam yang mencarinya di ibu kota makin membuatkan kehidupan Allesya menjadi haru-biru.
Allesya menjadi orang tengah antara Megat Danish dan Shah Hazwan. Mereka berdua hampir berebut mendapatkannya.
Antara cinta Danish dan keprihatinan Shah terhadapnya membuatkan Allesya tersekat ditengah-tengah untuk membuat keputusan.
Sehinggalah akhirnya Danish melamarnya namun sebenarnya Shah yang melamarnya dahulu walaupun Shah tahu adiknya, Danish sangat mencintai Allesya.
Allesya membuat keputusan untuk menerima lamaran daripada Shah. Bagi Danish, Shah merampas Allesya daripadanya. Namun bagi Isha, Allesya merampas Danish.
Diteruskan lagi dengan konflik harta pewaris Megat Trading. Rahsia terbesar ketika itu berada di dalam genggaman Allesya.
Makin membuatkan Allesya tergugat masa tu apabila Danish akhirnya bersama kembali dengan Isha. Dia sendiri tidak pasti apa niat Danish ketika itu hanya untuk membuatkan Allesya cemburu atau apa?
Selepas itu, secara tiba-tiba Shah memutuskan pertunangan atas alasan untuk dapatkan takhta dan menyerahkannya kepada Danish.
Sekali lagi, Danish memutuskan hubungan dengan Isha semata-mata untuk kahwin dengan Allesya! Dapat Allesya rasakan sakit yang dihadapi oleh Isha.
Allesya mula menangis mengenangkan kembali kejadian itu sambil dia menepuk-nepuk dada kirinya. Terasa sakit disana.
Setelah itu, perkahwinan Danish dan Allesya bahagia namun hanya sementara apabila Shah kembali menagih cinta. Allesya melakukan khilaf, dia menjalani hubungan dengan Shah.
Allahuakhbar! Apa yang aku buat ni!
Sungguh khilafnya Allesya sebagai isteri!
Sungguh benar, Allah maha membolak balikkan hati. Allesya sekali lagi terpaut dengan cinta dan kasih sayang Danish berikan dalam rumah tangganya.
Sekali lagi dia jatuh cinta pada Danish.
Allesya baru sedar tentang keterlajuannya. Dia rampas Danish pada Isha dan semua yang berlaku bermula dari dia. Seorang yang bernama ‘Allesya Danielle’.
Makin sesak dada Allesya dibuatnya apabila mengenangkan satu persatu yang terjadi dalam hidupnya.
Rumah agam ni?
Allesya pandang sekeliling.
Macam-macam terjadi dalam rumah ni. Dari Puan Sri Misha diracun, Puan Saidah diceraikan dan meninggal, pergaduhan antara Danish dan Shah, perkahwinan dan gelak ketawa Danish dan Allesya, tangisan Isha, Tan Sri Megat Idruz meninggal, Areesya ditangkap dan Shah dibuang keluarga dan sehingga hari ini baru Allesya sedar.
Suka dan duka berlaku semua dalam rumah ni.
Allesya memejamkan matanya apabila mengingati setiap kejadian yang pernah berlaku dalam rumah ni.
Satu sahaja yang Allesya nekad sekarang, dia perlu keluar dari rumah ni!
“YOU sure tak nak umi temankan?,” soal Sharifah Qhalidah kepada Soffiyya.
Soffiyya yang anggun mengenakan abaya light peach itu terus menggelengkan kepalanya lalu tangan kanan uminya disalam.
“Tak sabar nak jumpa Adam, dah lama tak jumpa dia!,” teruja Soffiyya.
“Tahulah happy nak jumpa bakal suami dia. Kirim salam dekat dia,” pesan Sharifah Qhalidah. Soffiyya hanya mengangguk lalu beg tangannya dicapai lalu melangkah keluar dari kereta berjenama Velfire itu.
Pintu masuk restoran mewah itu ditolak lalu melangkah masuk ke dalam. Dia mencari kelibat Adam, sudah lama dia tidak berjumpa dengan Adam kerana kesibukan kerja.
Adam ditugaskan untuk kerja diluar Malaysia selama sebulan. Dan perihal kematian Areesya juga sudah diketahui oleh Adam.Tidak sempat Adam melihat Areesya untuk kali terakhir cuma kubur mampu dilihat.
Soffiyya lekas ke kaunter.
“Reservation under Adam Lian,” beritahu Soffiyya lekas salah seorang daripada mereka membawa ke meja yang sudah ditempah itu.
Meja itu masih kosong, mungkin Adam lewat sedikit.
Soffiyya berterima kasih pada pelayan itu dan duduk. Menunggu kehadiran pujaan hati tiba.
Beberapa minit kemudian, tersenyum lebar Soffiyya apabila melihat kelibat Adam melangkah masuk ke dalam restoran dan menghampirinya.
Ya allah, handsome!
Dengan sut berwarna hitam cukup membuatkan Adam kelihatan sungguh segak.
“Asalamuailaikum,” ucap salam Adam sambil senyum nipis. Kerusi ditarik dan dia duduk. Memandang Soffiyya yang masih anggun berpurdah.
“Waalaikummusalam,” teruja Soffiyya membalas salam.
“You dah order ke?,” soal Adam.
“Belum lagi, I tunggu pujaan hati,” usik Soffiyya membuatkan Adam tergelak. Lalu mereka berdua lekas memilih menu yang diinginkan dan berbual mesra sehingga makanan sampai ke atas meja.
Menu simple sahaja yang dipilih.
Mereka berdua menjamah makanan sambil masih tidak berhenti bertukar cerita sehinggalah satu masa Adam diam sebaik sahaja Soffiyya menceritakan perihal Allesya.
“Actually I datang sini ada sebab dan tujuan bukan setakat ajak you makan and having talk with you. Its important,” ujar Adam memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Soffiyya yang baru selesai makan itu mengerutkan dahinya.
“What it is?,” Soffiyya mula risau, hatinya mula rasa tidak sedap. Dia membalas sahaja pandangan Adam.
“I nak putuskan pertunangan kita,” kata putus Adam itu benar-benar membuatkan Soffiyya terkejut kerana dia tidak menyangka perkataan itu dikeluarkan dari mulut Adam sendiri.
Tapi atas sebab apa?
“AKU nak kau lepaskan Danielle,” permintaan Adam itu benar mengejutkan Danish. Fail yang berada di atas meja pejabatnya itu ditutup.
Matanya tajam memandang Adam.
“Kau sedar tak yang Allesya tu bini aku?,” soal Danish tegas.
“Aku sedar,” jawab Adam tenang.
“Aku tak sanggup nak tengok dia derita lagi…Dari kau siksa jiwa raga dia baik kau lepaskan dia,” ujar Adam agak tegas. Danish tersenyum sinis.
“Apa benda yang kau merepek ni? Selama ni aku tengok Allesya okay je,”
“Itu dari mata luaran kau, Danish!,” geram Adam dibuatnya.
“Kau tak tahu yang Allesya setiap malam menangis? Sejak dia masuk dalam keluarga kau, macam macam berlaku dekat dia!,” tegas Adam menegakkan keadilan untuk sahabatnya.
Mendengar itu membuatkan Danish bangun berdiri.
“Selama ni aku diamkan sahaja apa yang kau buat dekat dia, tapi sejak kau berani menduakan dia, kau siksa jiwa raga dia, kau buat tak peduli tentang hati dan perasaan dia, kau fikir aku akan berdiam diri?,” soal Adam menyinis.
Danish rasa tercabar.
“Aku tak pernah menduakan Allesya! Allesya yang minta aku kahwin dengan Isha!,”
“Memanglah sebab mummy kau dengan Isha duk serang Allesya paksa dia setuju untuk kau kahwin dengan perempuan tu! Alasan sebab apa? Sebab nak selamatkan company kau yang tak seberapa ni?,” sinis Adam lagi dan lagi yang membuatkan Danish terkejut.
“Kau sanggup sakitkan hati isteri kau sendiri hanya sebabkan Megat Trading?,”
Danish terdiam mendengar itu.
“Aku nak kau lepaskan dia,”
“Aku takkan lepaskan dia,” tegas Danish masih menetapkan pendiriannya.
“Walaupun itu atas permintaan Allesya sendiri?,” soal Adam lagi yang membuatkan Danish mengerutkan dahinya.
Permintaan Allesya?
Maksud?
Tidak, dia takkan percaya jikalau Allesya sendiri yang meminta untuk bercerai!
“Allesya yang minta untuk dilepaskan,” akhirnya Adam memberitahu tentang permintaan Allesya. Tempoh hari, Allesya meminta bantuannya.
Justeru itu, Adam memutuskan pertunangan dengan Soffiyya demi menyelamatkan Allesya.
Bagi Adam, Allesya adalah segalanya untuknya.
Dia masih memegang amanah arwah ayah Allesya untuk menjaga Allesya sehingga akhir hayat.
Dia tidak akan sesekali membiarkan Allesya hidup seksa bersama dengan Danish.
“PUAN Allesya ni baik juga orangnya tak macam Puan Isha tu,” salah seorang daripada pembantu rumah itu bersuara.
Allesya yang bersama dengan beberapa pembantu rumah yang sedang membersihkan halaman rumah agam itu tersenyum kecil.
“Puan Isha itu dah biasa hidup senang dari dulu memang takkan biasa buat kerja macam ni lain la macam saya, datang dari keluarga yang susah dah biasa kalau setakat kerja macam ni,” tutur Allesya sambil sedang memotong bunga layu itu.
Beberapa pembantu rumah tersenyum melihat sikap merendah diri isteri kepada majikannya itu.
Mereka kembali fokus membersihkan sambil berbual-bual mesra dengan Allesya memandangkan Allesya juga tidak segan melayan karenah mereka.
Dalam sibuk mereka menyiapkan kerja, terkejut apabila mendengar hon kereta dari luar pagar. Mata Allesya fokus ke arah luar pagar itu yang sedang membuka secara automatik.
Kelihatan juga pegawal keselamatan rumah kelam kabut keluar menunduk tanda minta maaf. Allesya pandang kereta yang masuk ke halaman rumah.
Danish? Awalnya balik.
“Tuan Danish? Awalnya balik,” salah seorang daripada mereka bersuara.
“Rindukan Puan Allesya lah tu, tu yang awal balik,” usik mereka.
Allesya yang mendengar itu hanya tersenyum kecil. Melihat kereta Danish sudah parkir di garaj, Allesya lekas membersihkan kedua-dua tangannya dengan air paip.
Lalu kakinya menghampiri Danish yang sedang melangkah keluar dari kereta.
Belum sempat Allesya menyapa suaminya, pergelangan tangan kirinya digenggam kasar lalu berjalan laju masuk ke dalam rumah. Terpaksa Allesya mengikut langkah besar yang diatur oleh Danish.
“Eh sayang ni kenapa?.” pelik Allesya dibuatnya sebaik sahaja dia melepaskan genggaman kuat Danish. Sekarang mereka berada di tengah-tengah ruang tamu.
“After what you have done, you can call me ‘sayang’?,” tegas Danish menyoal isterinya. Allesya makin risau melihat kerutan dan urat tegang di leher Danish.
Danish marah kepadanya?
“Kenapa diam? Jawablah!,” Danish mula meninggikan suaranya.
Makin hairan Danish apabila melihat reaksi biasa Allesya itu. Allesya hanya diam.
“Adam jumpa I dekat office,” suara Danish mula mengendur.
“Adam?,” patutlah Danish nak marah tak tentu pasal!
“You jangan buat tak tahu la, Allesya! You minta dia jumpa I semata-mata untuk bagitahu yang you minta ‘cerai’ pada I?!,” luah Danish menahan amarahnya.
Terkejut Allesya apabila mendengar perkataan cerai itu.
Bukan itu yang dia minta pada Adam. Dia cuma meminta Adam membantunya untuk keluar dari rumah puaka ni!
Bukannya cerai!
Adakah ini sahaja cara yang Adam boleh fikirkan? Adakah dengan cerai sahaja, Allesya boleh keluar dari rumah ni?
“Kenapa you diam, Allesya? Bagi tahu I yang ni semua hanya ulahan Adam kan?,” kedua-dua bahu Allesya, Danish genggam erat. Allesya membalas pandangan Danish.
Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya.
“Sejak you kahwin dengan Isha, I makin jauh dengan you dan I selalu rindukan you bahkan you pun sama kan? Hati I hancur setiap kali fikir tentang you..,” tubir mata Allesya mula bergenang dengan air mata.
Bila-bila masa sahaja boleh jatuh membasahi pipi.
“Sekarang..,” tutur Allesya lagi tersekat-sekat dengan sebak di dada.
Danish hanya menanti untuk Allesya menghabiskan tutur katanya. Dia ingin tahu pandangan Allesya kepadanya.
“Sekarang… Walaupun I tengok you setiap hari dengan senyuman hanya membuatkan I akhirnya benci pada you,” akhirnya Allesya menuturkan kata-katanya itu.
Genggaman di kedua-dua bahu Allesya dilepaskan oleh Danish sebaik sahaja mendengar kata itu.
“You benci I?,” sungguh Danish tidak menyangka yang Allesya bencikannya.
“You tak sedar ke yang kita hampir setiap hari bergaduh dan itu hanya membuatkan kita semakin membenci satu sama lain dan I tak nak itu berlaku lagi. Lebih baik you lepaskan I dan I akan pergi jauh dari you,” tutur Allesya lagi.
Danish yang mendengar itu menggelengkan kepalanya.
“Meskipun you benci I sekarang, I takkan lepaskan you,” akhirnya Danish membuat keputusan.
Tanpa menunggu balas daripada Allesya, Danish mengatur kakinya melangkah naik ke atas.
Share this novel