BAB 10 (PERTEMUAN)

Romance Completed 21483

CHRISTIAN Jack yang kemas berkot kelabu cerah itu terus melangkah masuk ke dalam Lapangan Terbang Kuala Lumpur sambil menolak beg bagasinya mengiringi langkahnya.

Langkahnya yang laju ke hadapan itu diperlahankan apabila telefonnya yang berada di dalam genggaman berdering memintanya untuk menjawab panggilan itu.

Dibaca nama panggilan di skrin telefonnya lalu terus menjawab panggilan itu dengan skrin hadapan telefonnya itu dilekapkan ke telinga kirinya.

“Yes, Tuan Danish?,” jawabnya sambil langkahnya diatur perlahan menuju ke balai pelepasan.

Dijawab pelbagai persoalan daripada majikannya itu dengan tenang sambil matanya fokus ke hadapan.

“Woi, jangan lari!,” teriak kuat dua pengawal keselamatan yang berlari mengejar seseorang di sudut kiri bangunan itu menarik perhatiannya.

Matanya tertancap pada lelaki muda yang berpakaian jaket hud hitam yang berlari laju apabila dikejar.

Areesya Husna yang sedang menempah servis kereta melalui aplikasi ‘grab’ itu terkejut apabila badannya dirempuh kuat sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.

Sumpah sakit.

Terus dia mengadu kesakitan sambil memegang lengan kirinya yang sakit dirempuh kuat.

Akibat rempuhan itu, lelaki jaket berhud hitam itu turut jatuh sama dan belum sempat dia bangun menyambung lariannya, Christian Jack terus mendapatkan lelaki itu.

“Lepaskan aku lah!,” lelaki itu cuba melepaskan dirinya dan terjadinya pergelutan kasar diantara mereka namun

Christian Jack yang mahir tentang ilmu pertahanan diri itu berjaya menumbangkan lelaki itu jatuh terlentang di atas lantai sehingga kedengaran lelaki itu mengerang kesakitan apabila lengannya itu dipusing ke belakang badannya.

Sebaik dua pengawal keselamatan tiba di lokasi itu terus Christian Jack menyerahkan lelaki itu kepada mereka untuk tindakan lanjut.

“Terima kasih, Encik atas kerjasama dengan kami,” ucap salah seorang daripada dua pengawal keselamatan itu.

Christian Jack hanya mengangguk kecil dan tersenyum nipis.

“Cik tak apa-apa ke?,” soal khuatir salah seorang daripada pengawal keselamatan itu sebaik mendapatkan Areesya Husna dan itu membuatkan pandangan Christian Jack terarah ke sana.

Areesya Husna yang baru sahaja bangun berdiri itu hanya mengganguk kecil.

“Saya okay,” jawabnya perlahan sambil dirinya menahan kesakitan. Sakit tubuhnya apabila dirempuh kuat tadi.

Christian Jack terus mengatur langkah menghampiri Areesya Husna.

“It’s okay, sir. She’s will be under my observation,” tutur Christian Jack lembut itu menarik perhatian Areesya Husna yang memaksanya mengangkat pandangan ke atas sedikit.

Pengawal keselamatan itu mengangguk kecil dan mengucapkan terima kasih secara ringkas lekas meminta diri untuk menyambung kerjanya.

Christian Jack hanya mampu melihat lelaki berjaket hud hitam itu kini dibawa pergi di dalam tahanan dua pengawal keselamatan.

Areesya Husna memandang sekelilingnya kelihatan beberapa orang memandang ke arahnya. Areesya Husna yang tidak mahu menjadi perhatian orang ramai itu terus mencapai beg bagasinya yang jatuh itu lalu mengatur langkah pergi.

“Eh cik? Cik!,” Christian Jack yang menyedari itu terus memanggil dan berjalan laju cuba menyaingi langkah Areesya Husna.

Areesya Husna terus menghentikan langkahnya dan membalas pandangan Christian Jack itu.

“Saya okay. Encik tak perlu risau,” Areesya Husna menutur lembut.

“Are you sure? You don’t seem like..,”
“I’m okay!,” tutur Areesya Husna agak tegas sedikit lalu terus mengatur langkah pergi.

Christian Jack terdiam seketika dan hanya mampu melihat langkah yang diaturkan Areesya Husna itu. Senyumannya perlahan-lahan diukirkan apabila melihat kecantikan Areesya Husna yang membuatkannya khayal seketika tadi.

Kedengaran panggilan terakhir penerbangan domestik ke Kelantan itu menyedarkan Christian Jack tentang kelewatannya.

Segera beg bagasinya dicapai dan terus berjalan laju ke balai pelepasan sempat dia menoleh ke belakang yang masih mampu melihat Areesya Husna yang ayu berpakaian baju kurung moden itu.

MEGAT Danish yang memarkirkan keretanya di ruangan parkir yang dikhaskan untuknya yang terletak berhadapan dengan syarikatnya, Megat Trading itu terus mematikan enjin kereta.

Ditanggalkan cermin mata hitamnya dan dicapai telefonnya lalu terus melangkah keluar dari keretanya.

Sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam ruangan syarikatnya, beberapa staf yang berada di ruangan lobi utama syarikat itu terus menyapa hormat kepada Megat Danish selaku majikan mereka.

Megat Danish yang dikenali dengan sikap ramah dan murah dengan senyuman itu hanya mengangguk kecil dan mengukirkan senyuman nipisnya.

Terus langkah diaturkan menuju ke ruangan lif.

Allesya Danielle yang berjalan beriringan bersama dengan Lya Adrianna terus memasuki ke dalam syarikat itu sambil berbual ringkas.

Mereka terus mengatur langkah menuju ke ruangan lif namun terhenti seketika langkah mereka apabila Allesya Danielle dipanggil dari arah belakang.

Terus Allesya Danielle menoleh ke belakang dan terus mengukirkan senyuman apabila melihat gerangan yang memanggilnya adalah Nur Fasha manakala Megat Danish terus memasuki ke dalam kotak lif sebaik pintu lif itu terbuka untuknya.

“Morning, Fasha!,” ramah Allesya Danielle yang masih
dengan senyuman.

“Morning, sorry I terpaksa panggil you sebab I nak bagitahu you yang you kena jumpa dengan Tuan Danish by 10,” beritahu Nur Fasha dengan ramah itu membuatkan Allesya Danielle mengendurkan sedikit senyumannya.

Bukan apa dia hanya khuatir dan agak gemuruh untuk berjumpa pertama kali dengan majikannya.

“Don’t worry lah, Tuan Danish baik orangnya,” beritahu Nur Fasha dengan senyumannya.

“Betul tu, Danielle. Alah kau jangan nak nervous sangatlah,” Lya Adrianna bertutur lembut agar tidak membuatkan kawan sekerjanya gemuruh.

Allesya Danielle yang mendengar itu cuba mengambil nafas dan dihembuskan perlahan. Bibirnya mula melebarkan senyuman agar dapat mengatasi gemuruhnya itu.

Lantas, mereka mengatur langkah menghampiri ruangan lif.

MEGAT Danish terus menandatangani dokumen itu setelah dibaca ringkas lalu ditutup fail dokumen itu dan diberikan semula kepada Nur Fasha dengan senyuman.

“Thank you, Tuan Danish,” ucap Nur Fasha ramah.

“Most welcome,” ucap Megat Danish sambil menutup pen hitamnya itu lalu kembali mengangkat wajah membalas pandangan setiausahanya itu.

“Tuan Danish dah ready ke nak jumpa your new staf?,” soal Nur Fasha itu membuatkan Megat Danish mengerutkan dahinya kehairanan.

“Why I should get ready?,” soal Megat Danish hairan dan ingin tahu.
Nur Fasha tersenyum lebar.

“You should get ready for not to fall in love with her from the first sight,” pesan Nur Fasha itu lagi membuatkan Megat Danish makin mengerutkan dahinya sambil dia tersenyum kecil.

“You nak kata yang staf baru I tu cantik lah?,” soal Megat Danish lagi ingin tahu.

Nur Fasha mengangguk mengiyakan tekaan daripada majikannya itu. Terangkat alis kiri Megat Danish dibuatnya.

“For me, I tak pernah jumpa lagi perempuan secantik dia dah lah baik dan sopan santun memang tak rugi langsung lah Tan Sri pilih dia jadi staf Tuan Danish,” tutur Nur Fasha dengan senyuman lebarnya.

“Amboi kemain puji dia. Dah lah you pergi buat kerja you dulu nanti jangan lupa pesan dekat staf baru I tu tepat jam 10, I nak jumpa dia in my room,” pesan Megat Danish sekadar ingin mengingatkan.

Nur Fasha dengan senyumannya itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Kalau tak ada apa-apa, I keluar dulu,” pamit Nur Fasha ramah.

Megat Danish hanya mengangguk kecil tanda membenarkan setiausahanya itu melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

Setelah Nur Fasha melangkah keluar dari biliknya itu, dia terus mengerling jam tangan dipergelangan tangan kirinya.

Lagi setengah jam untuk menginjak ke pukul 10.

Fail dokumen yang berada di atas mejanya itu terus dicapai dan dibuka.

ALLESYA Danielle yang masih memeriksa dokumen pengiraan itu terus menoleh ke telefonnya apabila menerima mesej masuk.

Dicapai telefonnya dan membaca notifikasi yang masuk terus dinyahkunci telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp.

Dia membaca pesanan yang dihantar kepadanya daripada Nur Fasha.

‘Jangan lupa, Danielle. You ada appointment dengan Tuan Danish by 10’ – Nur Fasha-

Allesya Danielle yang membaca itu terus membalas mesej itu.

‘Alright, Fasha. Thank you for remind’ - Allesya Danielle-

Ditekan butang hantar lalu kembali letak telefonnya di atas meja kerjanya itu. Terus dia bangun berdiri dan cuba mengawal debarannya yang kali ini entah kenapa dia masih terasa debaran dari awal pagi tadi.

“Allesya, you need to be professional,okay? Cool down yourself,” Allesya Danielle cuba menasihati dirinya sendiri agar dia mampu mengawal debarannya itu.

Dikerling jam tangannya di pergelangan tangan kirinya itu.

Dia hanya ada 20 minit lagi untuk berjumpa kali pertama dengan majikannya itu.

“Walau apa-apa pun berlaku ke apa nanti, kau relax and be professional!,” tutur Allesya Danielle sekadar mengingati diri sendiri. Dia kembali duduk di kerusinya dan menyambung tugasannya yang diberikan oleh seniornya itu.

MEGAT Danish yang masih meneliti pelbagai dokumen itu terus mengangkat wajahnya ke arah pintu bilik pejabatnya apabila dikuak dari luar.

Dia mengukirkan senyumannya apabila melihat daddynya, Tan Sri Megat Idruz di muka pintu bilik pejabatnya itu.

“Danish ada apa-apa ke lepas ni?,” soal Tan Sri Megat Idruz ingin tahu.

“Danish ada appointment dengan staf baru yang daddy interview dia haritu,” beritahu Megat Danish itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz mengukirkan senyuman.

“Pukul berapa?,”
“By 10,”

Tan Sri Megat Idruz terus mengerling jam tangannya.

“Kalau macam tu, it’s okaylah. Daddy gerak dulu,” pamit Tan Sri Megat Idruz lembut.

“Okay,”

Tan Sri Megat Idruz kembali menutup pintu bilik pejabat anaknya itu dan melangkah terus menuju ke ruangan lif. Namun, langkahnya menjadi perlahan apabila terserempak dengan sahabat anaknya, Ian Hazim.

Ian Hazim terus menyalam dan mengucup hormat kepada Tan Sri Megat Idruz itu dengan senyumannya diukirkan.

“Uncle sihat?,” soal Ian Hazim prihatin ingin tahu. Tan Sri Megat Idruz terukir senyuman.

“Alhamdulilah, sihat. Ni kamu nak jumpa Danish ke atau Fasha?,”

“Kalau boleh nak jumpa dua-dua, boleh kan Uncle?,”

“Boleh tu boleh tapi jangan sampai kerja diorang terganggu, Fasha and Danish have too much work that have to be done,” pesan lembut namun agak tegas sekadar mengingati Ian Hazim.

Ian Hazim yang masih dengan senyumannya itu terus mengangguk kecil.

“Alright, Uncle. Kalau macam tu, Ian jumpa Danish dulu,” pamit Ian Hazim penuh hormat.

Tan Sri Megat Idruz mengangguk tanda membenarkan lekas langkah diatur ke hadapan menuju ke bilik pejabat sahabatnya, Megat Danish.

Namun setelah memeriksa kehadiran tunangnya, Nur Fasha berada di dalam bilik setiausaha itu terus dia mengetuk perlahan muka pintu itu.

“Masuk!,” Nur Fasha yang mengerutkan dahinya itu terus mengarah gerangan yang mengetuk pintu bilik pejabatnya itu.

Ian Hazim memperbetulkan sekejap gaya rambutnya lalu terus menolak pintu bilik itu ke dalam.

“Sayangg!,” panggil mesra Ian Hazim dengan rasa terujanya.

Nur Fasha terkejut lalu terus dia bangun berdiri.

“Kenapa nak datang tak bagitahu I dulu? Rindunya dengan you!,” teruja Nur Fasha sebaik dia melangkah menghampiri tunangnya itu lalu terus memeluk erat tubuh Ian Hazim itu.

Ian Hazim membalas pelukan itu erat. Lama.

“I’m sorry, Ian because lately ni I busy sampai tak sempat nak jumpa dengan you,” Nur Fasha yang masih dalam pelukan itu terus meluahkan perasaanya dengan nada sebaknya.

Perlahan-lahan, air matanya mula mengalir membasahi pipinya.

“It’s okay, sayang. Tak apa after this I jumpa dengan Danish biar I marah dia sebab bagi you banyak sangat kerja!,” sengaja Ian Hazim meluah geram lekas Nur Fasha melepaskan pelukannya itu.

“Jangan lah macam tu! Nanti Tuan Danish kata I tak professional pulak,”

“Tak ada lah I sengaja je takkan I nak mengadu dekat Danish pulak nanti buatnya dia tak benarkan I jejak lagi dekat office dia, ha habislah,” luah Ian Hazim dengan senyuman kecilnya.

Melihat air mata yang masih mengalir di pipi itu, Ian Hazim lekas mengusap perlahan air mata tunangnya itu.

Nur Fasha tertawa kecil dan membiarkan tindakan tunangnya itu.

“You ni nangis pun tetap cantik!,” puji ikhlas Ian Hazim itu membuatkan Nur Fasha tersenyum malu dan membuatkan Ian Hazim memperlebarkan senyuman kecilnya itu.

“Okay lah, I tak boleh lama sebab I nak jumpa Danish sekejap nak bincang something about my business,” beritahu Ian Hazim itu mendapatkan anggukkan kecil daripada Nur Fasha.

“Dah pergilah, sebab Tuan Danish dalam pukul 10 dia ada appointment dengan staf baru dia bahagian finance. Dah lah you tak buat apa-apa appointment dengan dia!,” geram Nur Fasha dibuatnya.

Ian Hazim tersengih.

“I tak perlukan appointment bagai ni, I kan sahabat dunia dan akhirat Megat Danish!,” dengan bangganya dia mempertahankan dirinya.

Nur Fasha mencebik.

“Dahlah pergi cepat!,” arah Nur Fasha lalu menolak badan tunangnya itu keluar dari bilik pejabatnya.

“Wah ni betul-betul kena halau ni,” gurau Ian Hazim sambil tertawa kecil dan hanya membenarkan Nur Fasha itu menolak tubuhnya keluar dari bilik pejabat.

“Mana ada I nak halau you! You yang kata you nak jumpa sahabat you dunia akhirat tu kan? Kejap lagi, sahabat dunia akhirat you tu ada appointment lain!,” geram Nur Fasha dibuatnya melayan karenah tunangnya itu.

Ian Hazim yang masih tertawa kecil itu terus mencuit batang hidung Nur Fasha lalu terus mengatur langkah menuju ke bilik pejabat Megat Danish yang tidak jauh dari bilik pejabat tunangnya itu.

Kedengaran juga Nur Fasha mengeluh geram itu benar-benar membuatkannya tersenyum lebar. Dia juga tahu bahawa tunangnya juga mengukirkan senyuman.

Megat Danish yang sedang melukis pelan di skrin tabletnya menggunakan stylus pen sambil badan belakangnya disandarkan sepenuhnya di kerusi eksekutif highback jenis kulit itu mengangkat pandangannya ke arah pintu sebaik pintu bilik pejabatnya itu dikuak dari luar.

“Wah, kemain busy betul!,” tegur Ian Hazim lalu menutup pintu lalu kakinya diaturkan menghampiri ruangan kerusi yang berhadapan dengan kawan baiknya itu.

Megat Danish mula meletakkan tabletnya di atas meja pejabatnya.

“Kata malas nak datang office aku pahal tetiba?,” soal Megat Danish sengaja mengungkit kata yang pernah diungkapkan oleh Ian Hazim tempoh hari.

“Hari tu lain cerita lah, haishh. Aku bosan tahu tak?,” tutur Ian Hazim yang sudah duduk di kerusi yang berhadapan dengan Megat Danish itu.

Megat Danish terus bangun berdiri dan melangkah menghampiri kawan baiknya itu. Kerusi yang berada bersebelahan dengan Ian Hazim terus diduduki.

“Macam ni lah malam ni aku free so kita keluar lepak nak tak?,”

“Ha kau, bukan betul pun kau ni. Nanti ada je kau punya hal tu,” tutur Ian Hazim yang sudah biasa dengan janji kawan baiknya itu.

“Aku serius lagipun dah lama aku tak lepak dengan kau, kan?,” tutur Megat Danish nekad.

Ian Hazim memandang lama wajah Megat Danish itu.

“Okay, aku on je. Jangan kau kata tetiba kau ada hal nanti kau tahulah nanti aku merajuk dengan kau,” ugut Ian Hazim tegas.

Megat Danish tergelak kecil.

“Ha ni aku nak cerita something,” Ian Hazim mula teruja ingin berkongsi cerita hariannya yang membuatkan Megat Danish ingin tahu dan hanya melayan cerita yang disampaikan oleh Ian Hazim itu.

Allesya Danielle mula mematikan suis komputernya sebaik dia mengerling jam tangannya hampir pukul 10 pagi.

Dicapai beg tangannya dan mula mengeluarkan lipstick dan cermin kecilnya. Bibirnya itu dikemamkan sebaik kulit bibirnya dioleskan.

Diperiksa seluruh wajahnya yang dirias ringan agar tiada cacat cela. Bibirnya menguntum sebuah senyuman.

Dimasukkan kembali lipstick dan cermin kecilnya ke dalam beg tangannya lalu jam tangannya dikerling.

Jam sudah menginjak pukul 10 pagi lekas debaran di dalam hatinya mula laju dan membuatkan gelisah kembali. Lalu dada kirinya disentuh dengan telapak tangan kanannya.

“Kenapa lah aku berdebar teruk ni? Relax, Allesya Danielle,” nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan agar dapat mengurangkan perasaan gelisahnya.

Lalu terus dia bangun berdiri dan mengemaskan pakaiannya. Setelah memastikan dirinya kemas berpakaian dan sudah cukup yakin, dia mengatur langkahnya keluar dari bilik pejabatnya.

“Jap aku nak tanya pasal abang angkat kau tu,” beritahu Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish terus menghentikan senyumannya apabila isu ‘abang angkatnya’ disebut.

“Kenapa dengan dia?,” Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Depan gym aku kan ada hotel, aku nampak dia bergaduh dengan seorang lelaki ni and ada sorang perempuan. Aku tak tahulah gaduh sebab apa,” beritahu Ian Hazim dengan nada ingin tahu.

Megat Danish yang mendengar itu terus tersenyum sinis.

“Kau macam tak kenal dia, gaduh sebab rampas girlfriend orang lah,”

“Abang kau tu memang perampas ke apa? Teruk betul perangai,”

“Correction, abang angkat,” tegas Megat Danish.

“Aarghhh,” jeritan kecil kesakitan Allesya Danielle itu kedengaran apabila dia jatuh tersungkur sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat majikannya.

Terangkat pandangan Megat Danish di muka pintu biliknya begitu juga Ian Hazim yang berpaling ke belakang dengan riak terkejut.

Megat Danish terus bangun berdiri dan melangkah menghampiri stafnya yang mengadu kesakitan.

Allesya Danielle yang mengadu kesakitan sambil menggosok kedua-dua telapak tangannya itu agak terkejut apabila satu huluran tangan dihulurkan kepadanya.

Terus diangkat pandangannya ke atas membalas pandangan majikannya untuk kali pertama.

Megat Danish terkejut dan tergamam melihat wajah yang pernah dicintai dua tahun lepas yang diselubungi dengan perasaan dendam dan benci.

Perlahan-lahan tangan kanan yang dihulurkan tadi disimpan. Allesya Danielle yang masih membalas pandangan majikannya itu terus bangun berdiri dan dia mengukirkan senyuman nipisnya agar mampu mengawal malu yang mula menyelubungi dirinya.

Namun perlahan-lahan mati senyumannya apabila majikan dihadapannya itu masih membalas pandangannya yang membuatkan dahinya berkerut hairan.

“Hye, staf baru ke?,” tegur Ian Hazim dengan senyuman terujanya sebaik tiba di sebelah kawan baiknya.

Allesya Danielle terus memandang Ian Hazim itu dan membalas senyuman lelaki itu.

Megat Danish yang masih membalas pandangan staf barunya itu terus lamunannya terhenti segera dia mengalihkan pandangannya.

“Ha ah baru beberapa hari,” jawab ramah Allesya Danielle agak kekok.

“I’m Ian Hazim, you?,” Ian Hazim memperkenalkan namanya sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Allesya Danielle.

Allesya Danielle memandang seketika akan huluran itu begitu juga Megat Danish.

“She’s won’t shake hands with you, dude,” ujar Megat Danish perlahan sambil menyimpan huluran tangan kanan kawan baiknya itu yang membuatkan Ian Hazim berkerut dahi kehairanan.

Allesya Danielle yang tidak mampu mendengar itu tersenyum apabila melihat tindakan majikannya yang menyimpan huluran tangan kanan lelaki itu.

“I’m Allesya Danielle,”

Terkejut sekejap Ian Hazim dibuatnya apabila mendengar nama itu disebut. Dia membalas pandangan Allesya Danielle itu sekejap lekas dia memandang ke arah kawan baiknya itu.

Megat Danish cuba mengawal debaran dan perasaan yang bercampur baur dihatinya.

“Ian, leave us. She has an appointment with me,” tegas Megat Danish mengarahkan kawan baiknya itu.

Ian Hazim yang masih terkejut dan tidak percaya itu terus memandang ke arah Allesya Danielle kembali lalu diaturkan langkah keluar dari bilik pejabat itu.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya kehairanan apabila melihat reaksi wajah Ian Hazim berubah apabila dia memperkenalkan namanya.

Lalu dipandang majikannya itu yang tidak memandang ke arahnya. Terus pandangan jatuh di tangan kanan majikannya yang sedang mengenggam kuat yang membuatkan Allesya Danielle makin kehairanan.

Aku ada buat silap ke?

Sebaik Ian Hazim melangkah keluar dan pintu bilik pejabat juga ditutup, Megat Danish membalas pandangan staf barunya itu lalu terus mencengkam kuat leher Allesya Danielle.

Allesya Danielle terkejut.

Jari kedua belah tangannya cuba melepaskan cengkaman majikannya namun tidak berjaya malah cengkaman dilehernya diperketatkan sehingga pernafasannya tersekat-sekat.

“Kenapa kau perlu muncul lagi depan aku, Allesya?!,” soal Megat Danish dengan wajah bengisnya. Allesya Danielle yang kehairanan malah pernafasannya yang tersekat-sekat itu terus membalas pandangan tepat majikannya.

Dia cuba untuk bersuara namun tidak mampu.

“Aku tanya kau kenapa kan, jawablah?!,” tengking kuat Megat Danish sambil menolak kuat tubuh belakang Allesya Danielle ke pintu bilik pejabatnya malah cengkaman di leher juga diperketatkan.

Allesya Danielle memejam kedua belah matanya menahan kesakitan malah jari jemarinya masih cuba melepaskan cengkaman Megat Danish di lehernya itu namun masih tidak berjaya.

Dia sendiri tiada jawapan untuk pertanyaan itu.

Ya Allah.

“Kenapa, Allesya? Kenapa kau perlu muncul lagi depan aku? Kenapa?,” sebak Megat Danish sambil air matanya mula mengalir membasahi pipinya, dia menundukkan wajahnya dibahu kiri Allesya Danielle.

Segala kenangan manis yang tercipta di bumi Arab itu muncul satu persatu di mindanya yang membuatkannya lagi sebak dicampuri dengan perasaan kecewanya.

Cengkaman di leher Allesya Danielle juga dilonggarkan yang mampu membuatkan pernafasannya kembali normal. Allesya Danielle melepaskan nafas leganya dan hanya membiarkan majikannya itu menangis dibahunya.

Allesya Danielle cuba mengawal pernafasannya.

Perasaan takut mula menyelubungi dirinya saat ini.

Sebaik tangisannya sudah lega, Megat Danish langsung menjauhkan dirinya dengan mengundurkan beberapa tapak ke belakang.

Sedikitpun tidak mahu membalas pandangan Allesya Danielle.

“Aku nak kau keluar dari bilik aku sekarang,” arahnya perlahan namun tegas didengari sambil kakinya melangkah ke kaca cermin yang mengelilingi biliknya itu. Allesya Danielle yang cuba memahami tingkah majikannya itu mengerutkan dahi kehairanan.

Majikannya itu mengenali dirinya?
Tapi, kenapa aku langsung tak ingat dia?

Megat Danish yang cuba menenangkan jiwa dan fikirannya itu terus memalingkan pandangannya ke belakang apabila melihat Allesya Danielle masih berdiri kaku di hadapan pintu biliknya.

Allesya Danielle lekas membalas pandangan majikannya itu semula.

“Kau tak faham ke apa arahan aku?,” soal Megat Danish geram dan tegas sambil tubuhnya berpaling ke belakang.

Terangkat sedikit kening kiri Allesya Danielle apabila
mendengar arahan majikannya itu.

Dia ada bagi arahan dekat aku ke tadi? Arahan apa?

Allesya Danielle geram dengan tingkah dirinya.

Megat Danish mengerutkan dahinya apabila melihat Allesya Danielle hanya mendiamkan diri dan tidak sedikitpun melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“Did you listen my order?!,”

“Hah?,” secara spontan suaranya bersuara seperti tidak tahu apa-apa.

Megat Danish yang mendengar itu makin mengerutkan dahinya melihat tingkah Allesya Danielle yang seperti tidak mengenali dirinya.

“I’m sorry, Tuan Danish,” Allesya Danielle memohon maaf sambil menundukkan pandangannya.

Megat Danish melepaskan keluhan kecilnya lalu terus dia melangkah
duduk di kerusi kulitnya itu.

“Have a sit,” jemput Megat Danish sambil dia membuka fail resume stafnya yang sudah disediakan untuknya dari pagi tadi. Allesya Danielle hanya menurut lalu terus melangkah ke kerusi yang berada di hadapan meja pejabat majikannya itu.

“Kenapa lah aku dari awal tak check resume kau?,” Megat Danish yang membaca informasi Allesya Danielle itu terus melepaskan keluhan kecilnya lalu dia menutup fail resume itu.

Dibalas pandangan Allesya Danielle yang sudah duduk di kerusi berhadapan dengan meja pejabatnya. Allesya Danielle yang mendengar itu hanya mendiamkan diri.

Tidak tahu mahu membalas apa lidahnya terus kelu apabila berhadapan dengan majikannya.

Megat Danish sekali lagi mengerutkan dahinya apabila melihat reaksi Allesya Danielle seolah-olah seperti tidak mengenali dirinya. Lekas, ingatannya mengingati salah satu peristiwa yang pernah terjadi diantara mereka ketika di bumi Arab pada dua tahun lepas.

“Danish, look at me,” pinta Zaara lembut yang membuatkan Megat Danish memandang ke arahnya dan membalas pandangannya itu.

“Ada sebab kenapa Allah pertemukan kita. Jangan risaulah, Allah tu Maha Pengampun. Allah sentiasa menanti para hambanya untuk bertaubat kepadaNya. Awak solat eh? Kita sama-sama perbaiki kekhilafan kita,” pesan Zaara lembut membuatkan Megat Danish yang menatapnya itu perlahan-lahan tersenyum lebar lalu dianggukkan kepalanya.

Dia bersyukur kerana Allah mempertemukannya dengan seorang wanita yang berada dihadapannya yang mampu melengkapkan kehidupannya malah mampu mengetarkan seluruh jiwa lelakinya.

Jika menatap kedua-dua belah matanya, hati terus menjadi tenang dan lapang. Ya, seperti dua tahun lepas jika aku menatap kedua-dua belah matanya hatinya yang diselubungi dendam dan amarah tadi terus menjadi tenang dan lapang.

Allesya Danielle yang membalas pandangan majikannya itu terus mengerutkan dahinya. Pandangan majikannya itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

Dadanya mula menjadi sesak dan sebak sebaik debaran di dadanya mula laju.

“Aarrghh,” Allesya Danielle lekas menundukkan pandangannya ke bawah dan tangan kanannya menyentuh kepalanya yang mula terasa sakit sebaik cuba untuk mengingati sesuatu namun tidak berjaya.

Megat Danish mula khuatir terus badannya tegak duduk di atas kerusi.

“Are you okay, Allesya?,”

Allesya Danielle terus menerus mengadu kesakitan dikepalanya apabila mindanya sekali lagi cuba mengingati sesuatu yang pernah terjadi.

Keadaan Allesya Danielle seperti itu makin membuatkan Megat Danish khuatir.

“Aarrgghh,” Allesya Danielle menekan kepalanya apabila mindanya memaksa mengingati.

“Zaara!,”

“Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? Kalau tak saya tak pandang kedai tu!,”

“Comel lah awak ni! Dahlah tak payah nak fikirkan sangat and now open your eyes,”

“Awak nak tahu tak saya manusia yang paling gembira hari ni?,”

“Saya sebenarnya takut tak dapat jumpa awak lepas ni,”

“Kenapa awak cakap macam tu?,”
“Tak tahu. Saya harap awak takkan lupakan saya,”
“Kalau saya lupa macam mana?,”
“Saya akan ingatkan awak,”

“Kenapa dia tinggalkan aku, Soffiyya?! Kenapa?!,”
Satu persatu peristiwa itu bermain di mindanya yang membuatkan Allesya Danielle mengerang kesakitan di kepalanya.

Megat Danish yang sudah diselubungi risau itu terus melangkah mendekati Allesya Danielle sebaik Allesya Danielle mula bangun berdiri.

Allesya Danielle terus rebah tidak sedarkan diri dipangkuan Megat Danish.

Megat Danish terkejut.

“Allesya? Wake up!,” Megat Danish cuba menampar perlahan pipi kiri agar mampu membuatkan Allesya Danielle kembali sedar namun Allesya Danielle hanya kaku tidak sedarkan diri yang makin membuatkan Megat Danish makin khuatir.

“Ya Allah, Danielle!,” terkejut Nur Fasha dibuatnya apabila melihat Allesya Danielle sudah tidak sedarkan diri di pangkuan majikannya sebaik dia membuka pintu.

Megat Danish terus memandang ke arah setiausahanya.
Dan kelihatan juga Ian Hazim dibelakang.

Is this one of your fav chapter?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience