ALLESYA Danielle yang baru sahaja selesai menunaikan solat isyak itu terus menyangkut telekungnya lalu melipat sejadahnya. Rambut ikal mayang miliknya yang diikat itu dilepaskan lalu menuju ke katilnya.
Baru sahaja dia ingin naik ke atas katil tetiba telefonnya berdering memintanya untuk mengangkat panggilan itu.
Terus dicapai telefonnya dan dia membaca nama skrin pemanggil itu.
“Shah Hazwan?,”
“Eh dia ni nak apa sebenarnya ah? Rimas aku lah!,” rungut Allesya Danielle geram lalu segera dia menutup telefonnya itu. Gelap.
Allesya Danielle mengukirkan senyumannya.
“Kau fikir kau siapa nak kacau aku malam-malam ni, haish!,” sekali lagi Allesya Danielle merungut menahan geramnya terhadap Shah Hazwan. Dari pejabat tadi, aku rasa nak tumbuk je muka lelaki tak guna tu!
Tapi, aku tak boleh lah kalau selalu kena ugut macam ni.
Apabila teringat tentang Megat Danish, hatinya mula ingin tahu dan khuatir tentang keadaan majikannya itu.
“Nak call Danish ke tak eh? Alah kalau aku on phone nanti si lelaki tak guna tu asyik-asyik call aku je,” buntu Allesya Danielle dibuatnya.
Kakinya itu sudah berjalan ulang alik dari hujung pintu bilik sehingga ke hujung dinding bilik.
“Ha okay aku ada idea!,” terus dia berjalan laju menuju ke meja belajarnya. Dibuka laptopnya itu. Dia akan menghantar mesej langsung di instagram Megat Danish.
Oleh itu, dibuka aplikasi instagram dan mencari nama akaun majikannya itu.
Ada pun. Dibuka akaun itu.
Allesya Danielle tersenyum apabila akaun instagram majikannya itu telah mendapat verifikasi daripada pihak instagram sendiri dan memiliki sebanyak sejuta lebih pengikut.
Ternganga Allesya Danielle dibuatnya. Tapi apa yang nak dihairankan majikannya itu bukan calang-calang orang.
Ada rupa dan harta berlimpah ruah, siapa je tak nak?
Terus Allesya Danielle beralih ke arah mesej langsung dan mula menaip untuk dihantar.
‘Salam, Tuan Danish. Ni Allesya Danielle,’ terus ditekan butang hantar.
‘Saya nak tanya keadaan Tuan Danish okay?,’ sekali dia menekan butang hantar. Allesya Danielle mengigit bibirnya menanti mesej langsungnya itu dibalas.
Manakala Megat Danish yang baru sahaja baring itu terus mencapai telefonnya apabila kedengaran notifikasi masuk.
Dia membaca dahulu di ruangan notifikasi lalu dia mengukirkan senyumannya.
“Kau pahal ni tersenyum-senyum macam ada girlfriend?,” soal Ian Hazim sengaja mengusik.
“Memang ada pun,” jawab ringkas Megat Danish sambil masih tidak berhenti tersenyum. Ian Hazim yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.
Megat Danish terus mula membuka aplikasi instagramnya dan dia ingin membalas mesej daripada Allesya Danielle itu.
“Dah sejak bila pulak kau ada girlfriend ni, Megat Danish,” soal Ian Hazim ragu-ragu.
“Sejak tadi,” selamba Megat Danish menjawab tanpa memandang sedikit ke arah kawan baiknya itu malah jari jemarinya sibuk menaip sesuatu.
Oh kau tak layan aku eh, Danish! Tunggu kau!
Ian Hazim tersenyum dan terus dia bangun berdiri dari baring di atas sofa. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri kawan baiknya itu dan Megat Danish masih tidak sedar akan kelakuannya itu.
‘Waalaikummusalam, Allesya. Alhamdulilah okay je ni,’ terus Megat Danish menekan butang hantar dan terkejut dirinya apabila telefonnya tiba-tiba dirampas oleh Ian Hazim.
“Apa kau ni?! Bagi balik lah phone aku tu!,” terus Megat Danish ingin merampas kembali telefonnya namun tidak berjaya apabila Ian Hazim agak jauh dari katilnya.
Ian Hazim sudah gelak terkekek-kekeh.
“Ha tak ada, aku nak tengok dengan siapa kau mesej. Ada girlfriend konon,” terus Ian Hazim melihat akaun profil itu namun privasi.
Dibaca nama akaun itu dan terkejut Ian Hazim dibuatnya.
“Weyy, Allesya Danielle?!,” ternganga Ian Hazim dibuatnya. Megat Danish menjeling geram melihat tingkah laku kawan baiknya itu.
Bukan Ian Hazim lah kalau tak menyibuk hal orang lain.
Ting!
Notifikasi masuk terus membuatkan mereka berdua itu gelabah. Ian Hazim terus membaca notifikasi daripada Allesya Danielle itu.
“Weeyyyy, dia balas!,” gelabah Ian Hazim terus dia menaip sesuatu.
“Apa kau buat ni? Bagi baliklah phone aku!,” geram Megat Danish dibuatnya. Mahu sahaja dia turun dari katil dan belasah Ian Hazim namun dia masih belum mampu untuk bangun berdiri.
‘Kalau awak nak datang jenguk saya, datang jelah. Kesian Ian Hazim teman saya dari petang tadi,’ Allesya Danielle yang membaca mesej itu tergelak kecil.
Kejap, sejak bila majikannya itu menggunakan awak-saya sebab majikannya itu akan menggunakan nama.
Ni confirm kerja Ian Hazim tapi tak apalah buat-buat je macam tak tahu.
Dia mula menaip untuk membalas mesej itu.
“Okay okay weyy, she is typing!,” Ian Hazim melaporkan namun masih tidak menyerahkan telefon itu.
Megat Danish yang tidak mampu untuk bergerak itu hanya menjeling geram.
‘Oh boleh, kejap eh saya siap,’ balas Allesya Danielle dengan senyuman.
‘Okay, I’m waiting,’ terus Ian Hazim menekan butang hantar lalu dia menyerahkan telefon itu kembali ke Megat Danish yang hanya mampu menahan geram.
Manakala Allesya Danielle yang membaca mesej itu tersenyum lebar lalu dia menutupi laptopnya itu dan bangun berdiri untuk bersiap.
Hatinya berbunga-bunga.
Melihat reaksi Megat Danish itu membuatkan Ian Hazim hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. Ian Hazim tahu kawan baiknya itu hanya mampu menahan geram ni kalau Megat Danish boleh bangun dah lama aku kena belasah cukup-cukup.
Secara kasar, Megat Danish merampas kembali telefonnya.
“Kau marah aku ke, Danish? Alah tak apa, aku dah tolong kau dah pun,” soalnya sengaja.
“Apa yang kau tolong? Kau cakap apa dekat dia?,” soal Megat Danish ingin tahu. Telefonnya itu tidak dibuka lagi sebab dia tahu Ian Hazim akan mengakhiri perbualan itu kalau tak, tak adanya telefon itu dikembalikan.
“Aku ajak dia datang sini teman kau so aku boleh balik lah,” jawabnya selamba lalu duduk kembali di sofa yang tidak jauh dengan katil.
“Hotak kau, ni kan dah malam. Kau nak suruh dia sorang-sorang datang sini dia kan perempuan. Bahaya lah!,” geram Megat Danish dibuatnya terus dia membuka kembali telefonnya.
Dia mula menghantar mesej kepada Allesya Danielle namun masih belum dibaca.
“Kau nak risau apa? Dia tu dah besar lah,” jawab Ian Hazim selamba.
“Kau tahu tak dia tu tak ada transport?,” soal Megat Danish lagi. Tegas.
“Grab kan ada. Kau nak risau apa? Ni pun baru pukul 9:30 malam,” jawab Ian Hazim dengan tidak rasa bersalah langsung. Yang dia tahu tindakannya untuk mendekatkan kawan baiknya dengan Allesya Danielle adalah betul.
Megat Danish mengeluh berat.
“Kalau jadi apa-apa dekat Allesya, kau siap!,” tegas Megat Danish memberikan amaran. Ian Hazim hanya mendiamkan diri sambil meneguk air bergasnya itu.
Megat Danish kembali memandang skrin telefonnya itu.
“Okay disebabkan girlfriend kau nak datang jenguk kau kan? So aku dah boleh gerak dah lah ni. Bye, Megat Danish and have fun with your girlfriend!,” riang Ian Hazim lalu terus mengatur langkah keluar dari bilik itu.
Megat Danish yang melihat itu hanya menggelengkan kepalanya.
Dia memeriksa akaun profil Allesya Danielle itu dan disebabkan akaun itu peribadi dia menekan butang mengikuti. Hanya tunggu Allesya Danielle menerima permintaan mengikutinya itu.
Hatinya sungguh berharap perjalanan Allesya Danielle ke hospital swasta ini berjalan lancar.
Setelah lima belas minit bersiap, Allesya Danielle mula melangkah keluar dari biliknya dan menuruni tangga ke ruangan bawah.
Terkejut Allesya Danielle dibuatnya apabila kedengaran hujan secara tiba-tiba dan keadaan hujan itu makin lebat.
Ponn!
Grab di hadapan yang sudah lama menunggu itu mula menekan hon kereta. Secepatnya, Allesya Danielle melangkah ke arah rak kasutnya dan dicapai kasut tumit rendah.
Disarung ke kedua-dua kakinya lalu pintu rumah dibuka dan ditutup. Tidak juga dia lupa mencapai payung dan mula melangkah menuju ke pagar rumah.
“Aaargghhhh!,” Baru sahaja dia membuka pagar rumahnya terkejut dia melihat seorang lelaki tiba-tiba jatuh rebah di pangkuannya. Terkejut Allesya Danielle menyambut tubuh agak sasa lelaki itu.
Payungnya terus terlepas dari pegangannya yang menyebabkan dirinya basah.
“Akak?! Nak naik ke tak nak?! Dah lama saya tunggu ni!,” pemandu grab itu menengking. Mungkin kerana bunyi hujan yang lebat disebabkan itu pemandu muda itu meninggikan suara.
Allesya Danielle yang buntu itu terus melepaskan keluhan beratnya.
“Tak apalah, adik! Akak tak jadi nak pergi!,” beritahu Allesya Danielle dengan meninggikan suara sedikit agar bisa didengari.
“Okay!,” terus pemandu grab itu menaikkan cermin tingkap dan mula berlalu pergi meninggalkan Allesya Danielle.
Allesya Danielle yang ingin tahu gerangan lelaki itu terus memusingkan wajah lelaki yang tidak sedarkan diri itu menghadapnya.
Shah Hazwan?!
MEGAT Danish yang menanti kehadiran Allesya Danielle itu terus memandang jam dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam.
Disebabkan dia tahu keberadaan rumah Allesya Danielle, dia hairan kerana jarak untuk ke hospital ini tidaklah jauh.
Tapi, kenapa lambat sangat?
Terjadi sesuatu dekat Allesya Danielle ke?
Kerana kekhuatirannya terus dia mencapai kembali telefonnya dan mula membuat panggilan dengan pemandu peribadi keluarganya, Pak Hamid.
Dia memerlukan bantuan Pak Hamid untuk ke rumah Allesya Danielle.
‘‘Asalamuailaikum, Pak Hamid. Maaf, Danish ganggu malam-malam. Danish nak minta tolong tengokkan sekejap rumah kawan Danish boleh tak?,” soal Megat Danish ramah didengari.
“Boleh aja, Tuan Danish. Nanti Tuan Danish bagi alamat rumah tu dekat Pak Hamid boleh?,” balas Pak Hamid ramah.
“Boleh, Pak Hamid. Tapi kalau boleh Pak Hamid gerak sekarang boleh? Dah sampai depan rumah kawan Danish tu, Pak Hamid terus call Danish,” arah Megat Danish lembut.
“Baiklah, Tuan Danish. Pak Hamid gerak sekarang,” akur Pak Hamid. Sebaik mengucapkan terima kasih, Megat Danish terus mematikan panggilan itu.
Dia melepaskan keluhan beratnya dan dia sangat-sangat berharap tidak ada apa-apa yang berlaku pada Allesya Danielle.
Allesya Danielle yang hanya memandang raut wajah Shah Hazwan yang dipenuhi dengan luka dan lebam itu terus melepaskan keluhan kecilnya.
Siapa yang belasah Shah Hazwan sampai teruk macam ni sekali? Orang macam dia ni pun banyak musuh ke apa?
Adakah ini menyebabkan Shah Hazwan membuat panggilan dengannya? Tapi macam mana Shah Hazwan boleh tahu alamat rumahnya?
Pelik-pelik!
Allesya menggelengkan kepalanya cuba menghilangkan semua andaian yang dibuat dalam benak fikirannya. Shah Hazwan sudah sejam tidak sedarkan diri patutkah dia kejutkan?
Ke tak perlu?
“Aarghhh,” tiba-tiba Shah Hazwan mengadu kesakitan di bahagian abdomennya yang membuatkan Allesya Danielle terkejut.
Terus dia bangun berdiri dan menghampiri Shah Hazwan.
“Kenapa ni? Kau sakit dekat mana?,” soal Allesya Danielle risau. Shah Hazwan yang mendengar itu terus membuka kedua-dua matanya dan terkejut dirinya apabila melihat Allesya Danielle dihadapannya.
Terus dia bangun duduk bersandar di kepala kerusi dan dipandang badannya yang tidak berpakaian. Tidak lama dari itu, dahinya berkerut menahan kesakitan dan matanya tidak lepas memandang Allesya Danielle yang sedang melihat luka di abdomennya.
Matanya juga tidak lepas memandang bahu Allesya Danielle yang terdedah kerana lengan kemeja putih jenis satin itu terkoyak.
Mungkin kerana dia ketika rebah di pangkuan Allesya Danielle. Kelihatan juga kesan darah di kemeja putih jenis satin yang dipakai oleh Allesya Danielle itu.
“Shah?! Dengar ke tak aku tanya ni?,” geram Allesya Danielle dibuatnya apabila pertanyaannya diabaikan. Shah Hazwan terus membalas pandangan Allesya Danielle itu.
“Kau nak apa?,” soal Shah Hazwan menahan sakit.
Dia melihat luka di abdomennya itu yang sudah dibalut kemas dengan kain kasa. Mungkin Allesya Danielle sudah mencegah aliran darah terus keluar dari abdomennya itu.
Allesya Danielle mengeluh perlahan.
“Aku kena bawa kau pergi hospital yang aku balut ni pun boleh tahan sampai bila je?,” beritahu Allesya Danielle menunjukkan kerisauannya.
“Tak payah lah sampai nak ke hospital, luka aku ni terhiris sikit dengan pisau je bukannya kena tikam atau tembak pun,” lemah sahaja suara Shah Hazwan membantah cadangan Allesya Danielle yang ingin bawa ke hospital.
Allesya Danielle memandang Shah Hazwan yang berkerut menahan kesakitan.
Tak! Tak boleh, Shah Hazwan kena juga pergi hospital!
“Kenapa kau degil sangat ah? Tahu tak kau tu dah banyak kehilangan darah!,” geram Allesya Danielle dibuatnya sambil dia bangun berdiri.
Shah Hazwan mengangkat pandangannya membalas pandangan Allesya Danielle.
Perlahan-lahan, Shah Hazwan bangun berdiri berhadapan dengan Allesya Danielle yang sedang menahan amarah dan geram.
Tangan kanan Shah Hazwan menekup luka di abdomennya sambil kakinya diatur menghampiri Allesya Danielle yang sedikitpun tidak berundur menjauhi diri.
“Aku dah kata kan, aku tak akan ke hospital walau apa-apa pun cara,” tegasnya.
“Boleh tak sekali ni je kau dengar cakap aku? Please buang ego kau tu..,”
“It’s not about ego, Allesya!,” tempik Shah Hazwan yang mengejutkan Allesya Danielle.
“But it's about my safety and yours,” beritahunya dengan nada dikendurkan lalu terus dia berpaling ke belakang dan berjalan perlahan menuju ke sofa.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya. Apa kaitan Shah Hazwan dibelasah dengan keselamatan dirinya? Tak faham!
Terus ditarik tangan Shah Hazwan agak kuat yang membuatkan Shah Hazwan berhadapan dengannya semula. Shah Hazwan membalas pandangan Allesya Danielle.
“Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?,” soal Allesya Danielle ingin tahu.
Shah Hazwan melepaskan keluhannya.
“Allesya tolong… aku penat dan aku nak rehat sekejap,” bagitahunya dengan suara kendur lalu dia berpaling ke belakang semula.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah menuju ke sofa,
Allesya Danielle bersuara membuatkan dirinya menghentikan langkah.
Pak Hamid yang sudah menghentikan keretanya di hadapan rumah Allesya Danielle itu terus mengerutkan dahinya apabila melihat kereta berjenama Audi A5 berwarna putih yang elok diparkir tidak jauh dari kawasan perumahan itu.
“Macam kereta Tuan Shah je tu?,” Pak Hamid cuba mengecilkan kedua-dua matanya untuk membaca nombor plat kereta itu.
Sah, kereta itu milik Shah Hazwan.
Terus dicapai telefonnya dan mula membuat panggilan dengan anak majikannya itu.
“Asalamuailaikum, Tuan Danish,” terlebih dahulu dia memberi salam.
“Waalaikummusalam, Pak Hamid. Macam mana?,” soal cepat Megat Danish ingin tahu.
“Pak Hamid dah dekat depan rumah kawan Tuan Danish tapi ada kereta Tuan Shah dekat kawasan sini,” beritahu
Pak Hamid mengejutkan Megat Danish.
“Pak Hamid pasti?,”
“Pasti, Tuan Danish. Memang tu kereta Tuan Shah,” yakin Pak Hamid.
“Okay, Pak Hamid. Pak Hamid boleh balik rumah sekarang, terima kasih,” sebaik mengucapkan itu terus dia mematikan panggilan itu.
Pak Hamid pula terus menekan pedal keluar dari kawasan perumahan itu. Danish pula, telefon yang berada di genggamannya terus digenggam kuat.
“Shah and Allesya? Apa hubungan korang yang sebenarnya?,” Megat Danish cuba mengawal ketidakpuasan hatinya.
Dia tidak menyangka sikap Allesya Danielle dahulu ketika di sekolah menengah sehingga sekarang tak pernah berubah!
Memberinya harapan palsu dan selalu memainkan perasaannya! Aku benci kau, Allesya Danielle!
“PUAS hati kau buat aku panik dengan keadaan kau macam ni?! Kau pengsan depan rumah aku dengan keadaan kau berlumuran darah, aku sampai tak tahu nak buat apa dah?,” luah geram Allesya Danielle diselangi dengan sebaknya.
Mendengar itu membuatkan Shah Hazwan lekas berpaling ke hadapan membalas pandangan Allesya Danielle yang ditubir matanya sudah bergenang air mata.
“Then sekarang kau buatkan aku tertanya-tanya macam ni? Puas hati kau?,” sambungnya sebaik pandangannya dibalas.
Shah Hazwan yang mendengar itu tersenyum sinis.
“Aku takkan datang kat kau lah kalau punca aku jadi macam ni sebab..,” Shah Hazwan tidak sanggup untuk memberitahu hal yang sebenar.
Sekarang dia hanya memerlukan rehat secukupnya.
Allesya Danielle yang menanti penjelasan itu terus mendekati Shah Hazwan. Dia tidak kira dia ingin tahu juga siapa yang melakukan semua ni sampai melibatkan keselamatan Shah Hazwan dengan dirinya!
“Bagitahu aku siapa yang buat kau sampai macam ni?,” tegas Allesya Danielle bertanya. Mendengar pertanyaan itu membuatkan Shah Hazwan makin mendekati Allesya Danielle.
“Kalau aku bagitahu ni semua kerja bekas tunang kau, Adam Lian kau percaya?,” soal Shah Hazwan menyinis. Allesya Danielle yang mendengar itu hampir jatuh terduduk di lantai namun sempat disambut oleh Shah Hazwan.
Shah Hazwan memegang kedua-dua bahu Allesya Danielle agar mampu berdiri lagi.
Nafas Allesya Danielle menjadi berat dan sesak.
Tidak pernah dia menyangka kawan baiknya dahulu ketika di sekolah sanggup melakukan semua ni sehingga hampir membunuh orang?
Ya Allah…
Kakinya sudah tidak ada daya untuk berdiri dan sekali lagi hampir dia jatuh terduduk di lantai namun secepatnya Shah Hazwan menyambut dan dibawa rapat ke tubuhnya.
Dia tahu Allesya Danielle tidak mampu menerima semua kenyataan ini. Terus dipapah Allesya Danielle duduk di sofa. Allesya Danielle hanya menurut dan melabuhkan punggungnya di atas sofa ‘single’.
Dia masih belum mampu menerima kenyataan itu.
“Aku dah agak dah kau akan jadi macam ni, Allesya. Tapi kau nak sangat kan? Puas hati kau,” peril Shah Hazwan menyinis.
Allesya Danielle yang mendengar itu terus menangis kerana rasa bersalahnya kepada Shah Hazwan.
Shah Hazwan yang melihat keadaan Allesya Danielle menangis itu tergelak kecil kerana tidak menyangka walaupun dengan keadaan menangis Allesya Danielle tetap kelihatan cantik.
“Maafkan aku, Shah. Disebabkan aku, kau jadi macam ni,” teresak-esak Allesya Danielle menangis memohon maaf lalu dia menekup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.
Shah Hazwan mengeluh kecil.
“Dahlah kau tak payah menangis lah, kau fikir aku macam Megat Danish ke kena peluk kau bagai semata-mata nak tenangkan kau? Dah lah aku nak rehat,” untuk sekali lagi Shah Hazwan memerli Allesya Danielle lalu dia berjalan menghampiri ruang sofa panjang yang dibaring olehnya tadi.
Allesya Danielle yang mendengar perlian itu terus memperlahankan tangisannya.
Kau ni kan memang lelaki tak guna lah! Kau bukannya nak pujuk aku! Haishhh!
“Oh ya, one more. Kau saja je kan nak kita borak lama-lama sebab kau nak tunjuk bahu kau yang terdedah tu kan? Cakap jelah kau nak goda aku and kau sebenarnya dah suka dekat aku, Allesya. Kan senang, betul tak?,” sekali lagi Shah Hazwan memerli dan mengenakan Allesya Danielle kembali lalu dibalas pandangan Allesya Danielle yang mencerlung tajam ke arahnya.
Allesya Danielle yang mendengar itu terus mencapai bantal kecil di sofa itu lalu terus dibaling tepat ke wajah lebam Shah Hazwan itu.
Lalu kakinya diatur naik ke ruangan atas sambil telinganya sakit mendengar tawa perlahan Shah Hazwan itu. Namun dia mengukirkan senyumannya apabila mendengar Shah Hazwan mengadu kesakitan dari ruangan atas.
Allesya Danielle, kau lupa ke?
Apa yang terjadi dekat Shah Hazwan semua disebabkan bekas tunang kau dulu, Adam Lian!
Allesya Danielle lekas melangkah masuk ke dalam biliknya. Sedikitpun dia tidak mengingati tentang janjinya dengan Megat Danish.
CHRISTIAN Jack terus melangkah laju memasuki ruang wad hospital swasta dan mencari nombor bilik majikannya itu. Kini, dia sudah berada di hadapan pintu bilik itu.
Dia mengawal terlebih dahulu pernafasannya lalu dia mengetuk pintu itu.
Mendengar ketukan itu membuatkan Megat Danish mengerutkan dahinya. Dah sejak bila pulak Ian Hazim pandai bersopan santun siap nak kena ketuk pintu sebelum masuk?
Jap, takkan pembantu peribadinya, Christian Jack?
“Come in,” arah Megat Danish.
Christian Jack terus menguak pintu itu dan melangkah masuk ke dalam bilik. Kakinya diatur menghampiri majikannya yang sedang duduk bersandar di atas katil. Megat Danish mengukirkan senyumannya melihat pembantu peribadinya itu.
“Jack,”
“Tuan Danish,” tangan kanan majikannya itu disalam tanda menghormati. Sejak berkhidmat untuk Megat Danish adab dan gaya orang melayu sudah menjadi kebiasaan untuknya.
Mereka terus berpelukan sekejap melepaskan rindu.
Dari awal lagi, Christian Jack sudah menganggap majikannya itu seperti adik-beradiknya walaupun berbeza agama. Ya, Christian Jack merupakan penganut agama roman katolik. Begitu juga dengan Megat Danish yang sudah menganggap Christian Jack seperti adiknya.
Lalu dia melepaskan pelukan itu.
Christian Jack tersenyum lebar lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil.
“How you feeling right now? I heard you had surgery,” soal Christian Jack ingin tahu.
Megat Danish tersenyum.
“I’m pretty sure you know all this because Fasha already told you, right?,” soal Megat Danish ingin tahu.
Christian Jack tergelak kecil lalu dia menggangukkan kepalanya.
“Of course, she did,”
“Okay, how about our project at Kelantan? Did everything going smoothly?,” soal lagi Megat Danish ingin tahu. Sekali lagi, Christian Jack mengganguk perlahan.
“Everything going well and this project will be estimated to be fully completed by the end of this year and we will be able to generate high profits from this project,” jelasnya ringkas dan padat.
Megat Danish tersenyum.
“As usual you always doing everything perfectly, well done to you,” bangga Megat Danish dengan kebolehan pembantu peribadinya itu.
“Thank you, Tuan Danish,” tersenyum Christian Jack dibuatnya mendengar pujian daripada majikannya itu. Selepas itu, mereka berdua mula mendiamkan diri.
Christian Jack melihat raut wajah Megat Danish seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
“Tuan Danish, are you okay?,” soal Christian Jack ingin tahu.
Megat Danish membalas pandangan pembantu peribadinya itu.
“I’m not sure,” jawab jujur Megat Danish.
“Is it about Allesya Danielle?,” soal Christian Jack inginkan kepastian.
Perlahan-lahan, Megat Danish menggangukkan kepalanya.
“Okay tell me, what’s going on?,” soal Christian Jack prihatin. Danish lekas membalas pandangan orang kepercayaannya itu.
Bab seterusnya pada hari Sabtu. Pukul berapa Rifi update? Kalau nak tahu, follow ig Rifi @rifiyasfas_ . Kat sana rifi akan update teaser setiap bab dan pukul berapa Rifi update new chapter. Follow tau, jangan tengok2 je. Let me know you!
Share this novel