Beberapa hari kemudian…
Allesya Danielle yang baru ingin melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya terhenti apabila Nur Fasha menyapanya.
Berkerut sedikit dahinya melihat setiausaha Megat Danish itu di ruangan tingkatnya lalu dia mengukirkan senyumannya.
“Hi, Fasha. Dah lama tak jumpa you,” balas sapaan Allesya Danielle.
“Itulah sebab kita bukan sama department,” balas Nur Fasha lalu tersenyum manis.
“Oh ya, ni Tuan Danish minta you hantarkan laporan kewangan tahun lepas dekat office,”
“Sekarang ke?,” hairan juga Allesya Danielle dibuatnya tapi dia tepis semua sangkaannya yang penting dia harus mengikuti segala arahan pihak atasan.
“Ha ah, tapi sekarang Tuan Danish ada meeting. Tuan Danish minta you tunggu dalam office dulu. Boleh?,” soal Nur Fasha inginkan kepastian.
“Boleh. Kejap I pergi ambik report tu dulu,”
“Okay, tapi I ada urusan sekejap dengan department management. You naik office dulu,” beritahu Nur Fasha lalu meminta izin melangkah ke ruangan pengurusan.
Allesya Danielle hanya membiarkan.
Tanpa membuang masa, dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dan mencapai laporan kewangan tahun lepas. Mula melangkah keluar dari bilik pejabatnya dan menuju ke ruangan lif.
Di ruangan lif itu terdapat empat jenis lif, tiga daripada lif itu untuk kegunaan staf manakala lagi satu merupakan lif kegunaan ketua setiap pentadbiran.
Allesya Danielle memandang skrin lif untuk kegunaan ketua setiap pentadbiran itu. Kelihatan lif itu laju menuju ke tingkat bawah dia sendiri tidak dapat mengagak gerangan yang menggunakan lif itu mungkin sahaja Tan Sri Megat Idruz, Shah Hazwan, Tuan Fahad, Puan Hanis siapa lagi ketua setiap pentadbiran yang aku lupa?
Lah tak kisah lah, janji bukan Megat Danish.
Tapi tak mungkin lah sebab Megat Danish sedang menghadiri mesyuarat. Mungkin sahaja Shah Hazwan sebab kelihatan kebelakangan ini dia terlalu sibuk sejak memegang jawatan besar.
Allesya Danielle yang sibuk memikirkan itu terus melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu lif biasa itu terbuka lalu punat butang lif tingkat 13 itu ditekan.
Sebaik pintu lifnya tertutup, Shah Hazwan melangkah keluar dari lif yang digunakan oleh para ketua setiap pentadbiran. Keadaannya seperti kelihatan terburu-buru.
Shah Hazwan yang mengejar masa itu terus melangkah laju ke ruangan kewangan lantas ke bilik pejabat Allesya Danielle namun dirinya agak kecewa apabila melihat bilik pejabat itu kosong.
Kemana pulak dia pergi ni?
Shah Hazwan menyapa salah seorang yang kebetulan lalu lalang di kawasan situ.
“Awak tahu tak Cik Allesya pergi mana?,” soalnya. Pekerja lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu keberadaan pegawai kewangan itu.
Shah Hazwan hanya membiarkan pekerja lelaki itu melangkah pergi. Keluhan kecilnya dilepaskan apabila hatinya agak kecewa kerana hasratnya untuk berjumpa dengan Allesya Danielle tidak kesampaian.
Tidak apalah, bukan rezekinya.
Shah Hazwan mengerling jam tangannya, dia perlu segera berangkat ke Sarawak untuk urusan kerja. Mungkin lagi 3 hari dia boleh berjumpa dengan Allesya Danielle.
Dia melangkah semula ke ruangan lif dan menuju ke tingkat bawah.
“MISHA!,” teriak kuat Datin Sri Sophea sebaik melangkah masuk ke dalam kediaman Tan Sri Megat Idruz. Pembantu rumah yang membuka pintu itu terus terkejut mendengar teriakan Datin Sri itu.
Puan Sri Misha yang baru melangkah keluar dari biliknya itu juga terkejut apabila namanya diteriak seperti itu.
Terus cepat dia melangkah menuju ke ruangan tangga dan melihat gerangan yang meneriak namanya itu di koridor di ruangan tingkat atas.
“Sophea?,” terkejut Puan Sri Misha dibuatnya terus dia melangkah menuruni tangga rumah.
Datin Sri Sophea yang menahan ketidakpuasan hatinya itu hanya menanti Puan Sri Misha itu menghampirinya. Dia tahu dia sudah melampaui batas namun apa yang telah Megat Danish lakukan cukup memalukan dirinya dan sekeluarga.
“Kenapa dengan you ni, Sophea?,” hairan Puan Sri Misha melihat kelakuan tidak beradab Datin Sri Sophea itu. Datin Sri Sophea itu terus tersenyum sinis lalu mengeluarkan kotak cincin berwarna merah itu.
“You tahu tak anak you tu dah putuskan pertunangan macam tu je dengan Isha? You anggap keluarga I ni apa tak ada maruah ke buat macam tu je!,” tempelak Datin Sri Sophea lalu melemparkan kotak cincin itu ke lantai.
Tersentak Puan Sri Misha dibuatnya.
“Danish takkan buat macam tu, Sophea. You tahukan macam mana Danish betul-betul sayangkan Isha? You know that, I tak percaya Danish buat macam tu,” balas Puan Sri Misha tenang.
“Habistu yang datang rumah I pulangkan balik cincin ni siapa kalau bukan Danish sendiri. Depan mata I, Danish boleh kata dia tak ada apa-apa perasan dekat Isha selama ni. That what’s point adakan pertunangan ni?!,” geram Datin Sri Sophea dibuatnya.
Puan Sri Misha tidak pasti untuk mempercayai atau tidak kerana dia yakin Megat Danish tidak akan memutuskan pertunangan itu tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
MEGAT Danish terus bersalaman dengan pihak pemegang saham syarikatnya itu sebaik mesyuarat mereka sudah selesai pada pagi itu. Turut juga ada disitu Tan Sri Megat Idruz yang merupakan pemegang saham tertinggi.
Megat Danish merupakan pemegang saham kedua tertinggi namun sebaik ayah kandungnya itu bersara hujung tahun ini dia bakal menjadi pemegang saham tertinggi dan pengusaha utama Megat Trading.
Semua pemegang saham yang menghadiri mesyuarat itu dijemput ke ruangan dewan makan diikuti oleh Tan Sri Megat Idruz dan Megat Danish. Meja bulat itu dipenuhi oleh Tan Sri Megat Idruz, Megat Danish, Datuk Umar, Dato’ Anissa dan Tan Sri Arief dan isteri.
Mereka bertiga merupakan pemegang saham ketiga tertinggi di Megat Trading.
Megat Danish melayan mereka dengan ramah begitu juga Tan Sri Megat Idruz lalu menjamu selera sambil berbual ringkas. Manakala, Allesya Danielle yang masih menanti di ruang bilik pejabat itu mengerling jam tangannya.
Sudah setengah jam dia menunggu majikannya itu.
“Kalau macam ni lah, aku letak je report ni atas meja dari aku buang masa tunggu dia,” gadu Allesya Danielle lalu terus bangun berdiri dan berjalan menghampiri meja pejabat.
Fail laporan kewangan tahun lepas itu diletakkan kemas di atas meja.
Berkerut dahi Allesya Danielle dibuatnya apabila melihat sekeping nota kecil. Jari kanannya mencapai nota kecil itu dan mula membaca isi kandungan itu.
‘This is just beginning for our game, Allesya,’
Terkejut Allesya Danielle membaca nota kecil itu lalu terus dia memandang sekeliling ruang bilik pejabat itu namun tiada apa yang berbeza dan pandangan Allesya Danielle tertumpu di pintu.
Dia mula rasa tidak sedap hati.
Terus dia berlari laju menuju ke pintu bilik pejabat itu dan ingin membuka pintu itu namun tidak berjaya. Ia terkunci dari luar. Allesya Danielle menepuk dada pintu itu berkali-kali sambil melaung meminta untuk dibukakan pintu.
Namun hanya sepi.
Allesya Danielle melepaskan keluhan beratnya dan perlahan-lahan air matanya jatuh mengalir membasahi pipinya. Tidak pernah dia menyangka dia mampu terjerat dalam perangkap Megat Danish sedangkan dia sungguh berhati-hati.
Allahu akhbar.
“DANISH, betul ni kamu tak ada apa-apa urusan lepas ni?,” soal Tan Sri Arief inginkan kepastian. Megat Danish lekas mengelap bibirnya dengan menggunakan napkin lalu menjawab.
“Haah, uncle. Danish buat masa ni tak ada apa-apa urusan penting lagi,” jawab Danish.
“Betul tu, Arief. Memandang Danish pun baru sembuh dari operation appendix haritu so I tak bagi sangat dia uruskan apa-apa urusan penting sampai lah dia sembuh,” sokong
Tan Sri Megat Idruz sambil tersenyum.
Tan Sri Arief yang mendengar itu menggangukkan kepalanya.
“So buat masa ni anak angkat you tu lah yang uruskan? I dengar dia pergi Sarawak hari ni,” tutur Dato’ Sri Anissa inginkan kepastian.
Megat Danish yang mendengar itu mengerutkan dahinya sungguh dia tidak tahu akan hal itu.
“Betul tu, Dato. Buat masa ni lah I nak bagi dia peluang untuk luaskan pengalaman,” tutur Tan Sri Megat Idruz lalu mencapai gelas kaca itu. Megat Danish mula memandang ke arah ayah kandungnya itu.
“Itu I setuju, Idruz. Sebab semalam kan anak angkat you tu yang handle meeting semalam and seriously you guys should know him. Bagus orangnya kaya dengan budi bahasa,” sokong Tan Sri Arief yang rancak memuji Shah Hazwan.
“Thank you, Arief. Anak angkat I tu memang buatkan I bangga lately ni mungkin sebab I bagi dia peluang untuk uruskan hal syarikat,” tambah Tan Sri Megat Idruz dengan senyuman.
Megat Danish yang mendengar itu terus mencampak napkin putih itu di atas meja sehingga membuatkan orang sekeliling di meja makan itu agak tersentak.
Megat Danish tergelak sinis kerana dia tidak menyangka orang sekelilingnya sibuk memuji abang angkatnya itu sedangkan dia masih ada di sini.
Disebabkan kelakuan itu membuatkan perhatian ahli pemegang saham itu terarah ke Megat Danish. Begitu juga Tan Sri Megat Idruz agak terkejut dengan perilaku anak kandungnya itu seperti seorang yang tidak beradab di meja makan.
“I’m sorry, if I ganggu perbualan you guys. But I really need to go. Sorry,” ringkas sahaja Megat Danish meminta izin keluar lalu terus bangun berdiri melangkah keluar dari ruangan bilik makan VVIP itu.
Diikuti Christian Jack dibelakang.
Tan Sri Megat Idruz yang masih terkejut itu hanya memandang anaknya itu melangkah keluar dari ruangan bilik makan itu.
Dia hairan dengan sikap anaknya itu yang berubah 360
darjah tidak seperti kelakuan yang diajar olehnya.
Dimanakah silapnya dalam mendidik anak?
ALLESYA Danielle yang sedang baring di atas sofa itu terus bangun berdiri apabila mendengar kunci akses kata laluan pintu bilik pejabat itu yang membuatkan pintu itu terus dikuak dari luar.
Secepatnya, Allesya Danielle melangkah laju menghampiri pintu. Namun terundur laju tapak kakinya ke belakang apabila figura Megat Danish melangkah laju masuk ke dalam ruangan bilik itu sambil melonggar ikatan tali leher.
Allesya Danielle membalas pandangan Megat Danish itu.
Teralih pandangan Allesya apabila kelihatan Jack juga melangkah masuk ke dalam dan menghampiri Megat Danish yang nafasnya turun naik menahan amarah.
“Maafkan saya, Tuan Danish,” tetiba sahaja Christian Jack meminta maaf yang membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
Eh apa yang dah berlaku ni?
“Kenapa?,” Megat Danish cuba bersikap tenang menyoal itu kepada orang kanannya itu sambil tangannya membuka ikatan tali lehernya itu.
“Kenapa kau tak alert langsung apa yang dia buat dalam company ni?! Asal aku baru tahu sekarang tentang apa semua benda merepek dia buat?! Kau buat apa?!,” tempelak Megat Danish kuat lalu membaling tali leher itu di lantai yang membuatkan Allesya dan Jack tersentak.
Christian Jack tidak menjawab.
“Aku tanya kau ni kau jawablah!,” soalnya dengan nada tinggi sambil mencengkam kuat kolar kot Christian Jack itu yang membuatkan Allesya Danielle terkejut.
“I’m really sorry, Tuan Danish,” itu sahaja mampu diucapkan Christian Jack tidak mampu membalas pandangan tajam majikannya itu. Dia akui itu kesilapannya tidak perlu dia jelaskan atas kecuaiannya itu.
Megat Danish yang mendengar kata maafan yang baginya sungguh mudah untuk ucapkan itu terus ingin melayangkan penumbuk di pipi kiri Jack namun terhenti di udara sebaik mendengar Allesya bersuara.
“Apa ni, Tuan Danish? Ni kan office, awak nak ke..,” terhenti tutur kata Allesya Danielle apabila Megat Danish laju melangkah menghampirinya.
Namun sedikit pun dia tidak mengundur tapak ke belakang dia perlu berani berhadapan dengan majikannya ini.
“My office my rules. You don’t have any right to stop me,” tegas Megat Danish memberikan amaran. Allesya Danielle yang mendengar itu terus tersenyum kecil lalu terus berpeluk tubuh.
"Saya tahu! Tapi awak pun tak ada hak nak kurung saya dalam bilik pejabat ni!," bidas Allesya Danielle kembali.
Megat Danish yang mendengar itu tersenyum kecil.
“But one day, I will have that right. So you don’t have to worry,” jawabnya penuh yakin yang membuatkan Allesya Danielle malas melayan.
Makin dilayan makin merepek lelaki dihadapannya itu menuturkan kata-kata.
Betul lah, Megat Danish yang dikenali di Arab dua tahun lepas dah mati agaknya sebab lelaki dihadapannya ini hanya mempunyai nama yang sama tapi bukan akhlak dan perilakunya.
Allesya Danielle terus ingin mengatur langkah pergi namun tangannya ditarik kuat kembali berhadapan dengan Megat Danish.
“Apa benda ni? Lepaskanlah!,” ronta Allesya Danielle yang ingin tangannya dilepaskan. Namun tidak sedikit pun pegangan itu dilonggarkan yang membuatkan Allesya terus membalas pandangan majikannya.
Sebaik pandangannya dibalas, Megat Danish terus melepaskan pegangan itu lalu terus melangkah ke meja pejabatnya.
Belum tiba masanya untuk dia mengasari Allesya Danielle kerana mereka masih di ruangan pejabat.
Dia perlu ada sikap professional.
Allesya Danielle yang melihat majikannya itu begitu bersahaja duduk di kerusi dan meneruskan kerjanya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Pandangannya di hala ke arah Jack yang dari tadi berdiri menunduk ke bawah.
Megat Danish yang sedang memeriksa laporan kewangan itu terus mengangkat pandangannya memandang Allesya Danielle yang masih belum melangkah keluar dari ruangan bilik pejabatnya.
“Kau tunggu apa lagi? Aku rasa kau tahu mana pintu keluar,” tegur Megat Danish tegas.
Allesya Danielle memandang sekejap majikannya apabila ditegur seperti itu lalu terus kakinya diatur melangkah keluar dari bilik pejabat itu.
Sebaik pintu ditutup, riak wajah Allesya Danielle mula berubah. Hatinya bagai dicarik-carik sakit menahan sikap majikannya itu. Air mata yang bertakung di tubir mata itu akhirnya jatuh membasahi pipi sungguh dia kecewa terhadap Megat Danish.
“Betul lah, awak bukan Danish yang saya kenal dulu. Awak berbeza,” tuturnya perlahan lalu dengan perasaan kecewanya dia mengatur langkah keluar dari ruangan tingkat itu.
Jikalau Megat Danish tahu akan perasaan gembiranya saat dilamar pasti…
Entahlah…
Megat Danish hanya berdiam sekejap sambil memandang muka pintu bilik pejabatnya itu, dia tahu pasti Allesya Danielle amat kecewa dengan sikapnya.
Namun dia perlu lakukan seperti itu supaya Allesya Danielle miliknya.
“Tuan Danish, I’m really sorry for what..,”
“It’s okay, don’t ever you think you can do it again okay? Sekarang ni I nak minta you pergi check setiap urusan dia dekat sana, faham?,” nada suaranya direndahkan agar kedengaran lembut bukannya seperti tadi.
Christian Jack yang mendengar sambil membalas pandangan majikannya itu mengganguk lalu terus meminta izin keluar.
Megat Danish hanya membenarkan.
AREESYA Husna yang baru melangkah keluar dari bilik ibunya itu berpaling ke belakang sedikit memandang raut wajah ibunya yang makin lama makin jatuh malah kelihatan sungguh tidak bermaya.
“Areesya kena ingat tau walau macam mana keadaan ibu sekalipun Areesya kena jaga ibu sampai hujung hayat. Buat masa ni lah, Areesya kena spend time dengan ibu. Ingat jasa dia,” pesan Datuk Umar itu terngiang-ngiang.
Air matanya mula mengalir membasahi pipinya.
Ya, aku akui. Aku rindukan ibu yang dahulu yang ceria yang selalu sokong apa yang aku buat. Bagiku, ibu adalah segalanya dalam hidup. Aku sebenarnya tak bersedia lagi kehilangan ibu, aku sanggup jaga ibu sampai bila-bila tapi jangan ambil ibu dari aku.
Aku belum bersedia tapi akhirnya aku perlu redha juga jika satu hari ibu sudah meninggalkan aku. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
“Areesya sayangkan ibu,” tutur Areesya perlahan.
Pintu ditarik menutup ruang bilik itu dari luar.
Dia memandang sekeliling ruang rumah itu dan pandangannya terhala terdapat satu bilik yang tidak pernah dia buka cuma dia dimaklumkan bahawa bilik itu adalah milik kakaknya, Allesya Danielle.
Kakinya mula mengatur melangkah menghampiri pintu bilik itu. Perlahan-lahan tangan kanannya itu diangkat dan memulas tombol pintu itu. Memandangkan pintu itu tidak berkunci Areesya Husna menolak perlahan daun pintu itu.
Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik gelap itu.
Suis lampu dibuka. Matanya tidak lepas memerhati setiap genap ruang bilik itu.
Dan pandangannya tertumpu pada sebuah potret gambar budak perempuan yang memakai baju graduasi sambil memegang sijil SPM terdapat juga kiri dan kanan arwah ayahnya dan arwah ibu tirinya.
Areesya melangkah sedikit ke hadapan ingin melihat raut wajah kakaknya.
“Cantik..,” ucapnya.
Dipandang pula raut wajah ayahnya yang tersenyum gembira begitu juga ibu tirinya. Areesya yakin pasti keluarga itu bahagia. Sebahagia senyumannya yang diukirkan.
Air matanya mula jatuh membasahi pipinya apabila mengenangkan kisah hidupnya.
Keluarganya tidak bahagia. Arwah ayahnya juga kurang bermanja dengannya waktu kecil. Mungkin kerana arwah ayah sudah mempunyai ‘Allesya Danielle’.
Jikalau ibu sudah tinggalkan aku untuk selamanya aku hanya memiliki seorang kakak.
Entah dia tahu atau tidak kewujudan aku.
Areesya Husna Binti Emir Azman, bersabarlah.
Percaya pada aturan allah.
Aressya mula melangkah ke meja belajar yang terletak berhadapan dengan sebuah tingkap namun tingkap itu tertutup rapat sedikitpun tidak membenarkan cahaya matahari menyinari ruang bilik itu.
Jendela tingkap itu dibuka luas yang membuatkan bilik itu kelihatan cerah.
Baru Areesya perasan bilik itu sudah berhabuk dan bersarang labah-labah di almari dan syiling bilik itu. Sudah berapa lama agaknya kakaknya itu meninggalkan bilik ini.
Di meja agak luas itu didekati.
Meja itu juga sudah kelihatan cukup berhabuk begitu juga dengan beberapa buku tebal yang terletak di hujung meja. Areesya mengukirkan senyumannya apabila melihat buku-buku itu.
Teringat dirinya tentang kampus belajarnya di Sarawak itu.
Laci meja itu ditarik dan agak kesat mungkin sudah lama ditinggalkan. Di dalam laci itu hanya terdapat fail-fail dokumen yang Areesya sendiri tidak tahu. Ditutup kembali laci itu dan dibuka pula laci disebelah.
Keadaanya tetap sama agak kesat. Di dalam laci itu hanya terdapat sebuah album lama. Tidak teragak-agak Areesya mengangkat keluar album itu dan diletakkan di atas meja.
Kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya.
Dengan lafaz bismillah, dia membuka album itu. Permulaan album itu tertulis nama arwah ayahnya dan arwah ibu tirinya turut juga nama kakaknya itu.
“Allesya sayangkan ibu dan ayah sampai bila-bila,” –Allesya Danielle-
“Ibu juga sayangkan Allesya Danielle,” -Puan Ariana-
“Ayah lagi dan lagi sayangkan Allesya Danielle,” –Encik
Emir Azman-
Kata itu ditulis di hadapan muka album itu.
Areesya Husna sungguh dapat rasakan kebahagian keluarga kakaknya itu. Lampiran pertama diselak terdapat beberapa keping gambar kakaknya ketika kecil.
Comel!
Kelihatan juga arwah ayahnya gembira dengan anak pertamanya itu begitu juga dengan Puan Ariana, arwah ibu tirinya. Dia yakin pasti kakaknya itu amat menyayangi arwah ayah.
Teringin sekali dirinya untuk berjumpa dengan kakaknya itu.
Teringat Areesya ketika dirinya baru berusia 5 tahun, ayah membawanya ke rumah ini untuk pertama kali kerana dia teringin berjumpa dengan kakaknya.
Ketika itu, Puan Ariana tiada di rumah mungkin kerana urusan luar. Mereka berdua gembira bermain bersama-sama. Namun, ketika itu kakaknya itu tidak tahu bahawa dia adalah adiknya tapi berlainan ibu.
Kerana ayah mengatakan aku adalah anak kawan ayah. Walaupun pedih hati terasa namun Areesya tahu arwah ayahnya itu merahsiakan perkahwinan itu daripada Puan Ariana dan Allesya Danielle.
Masih segar di ingatannya ketika Puan Ariana meninggal dunia, kakaknya itu menengking dan memberontak sebaik mengetahui hal itu.
Padahal ketika itu umur Areesya baru 13 tahun. Ibunya, Puan Intan cuba untuk berbuat baik dengan kakaknya itu namun tidak sedikitpun kakaknya membalas jasa baik ibunya itu.
Begitu juga dengan Areesya sudah cukup Areesya cuba memujuk kakaknya itu namun tidak berhasil. Hati kakaknya itu masih keras untuk menerima kewujudan Areesya sebagai adiknya.
Mungkin kakaknya masih belum bersedia untuk menerima hidup baru. Sehinggalah, kakaknya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Arab Saudi apabila menerima biasiswa penuh.
Sejak itu, arwah ayahnya itu banyak berdiam diri tidak seceria selalu. Areesya pasti arwah ayahnya dahulu amat menyayangi anak perempuan sulungnya.
Cukup Areesya sedar bahawa dirinya bukan siapa-siapa yang boleh gantikan tempat kakaknya.
Cemburu?
Ya, pasti. Tipulah kalau tak terasa sedikit. Dia juga sebagai anak perempuan yang hanya mampu menagih kasih seorang ayah. Namun dia sedar dirinya bukan sesiapa di mata arwah ayahnya kerana arwah ayahnya itu sudah cukup memiliki Allesya Danielle.
Tanpa sedar, air mata Areesya mengalir membasahi pipinya dan dia menangis mengenang nasibnya sekarang dan dahulu.
Tidak pernah merasai bahagia, kawan baiknya Laila Alisa lah tempatnya dirinya mengadu kesedihan.
Next Chapter on Friday.
Share this novel