BAB 51

Romance Completed 21483

“I REALLY miss you, Areesya. I miss your scent and everything about you,” tapak tangan Adib mula menyentuh leher dan rahang muka Areesya.

Dia usap perlahan sambil matanya tidak lepas membalas pandangan Areesya. Areesya cuba mengawal rasa takutnya. Terasa bulu romanya naik ke atas
menunjukkan dia bimbang dan gelisah tentang apa yang akan berlaku padanya nanti.

Kedua-dua tangannya mula menggengam kuat.

“Kau tak rindu aku ke, Areesya?,” soal Adib hanya membuatkan Areesya makin takut. Namun Areesya tidak mampu lagi mengawal rasa takutnya.

Kerana itu dia hanya diam dan tidak bersuara. Dia sendiri tidak mahu menjawab soalan Adib. Badannya mula bergigil ketakutan.

“Kau makin cantik,” Adib memuji lembut dengan senyuman lebarnya. Jujur dia agak terpesona dengan kecantikan Areesya sehingga dia lupa tentang tujuan asal dia mendekati wanita itu.

Dia juga dapat rasakan ketakutan yang menyelubungi Areesya.

“Aku minta maaf sebab aku terpaksa buat ni,” beritahu Adib itu membuatkan Areesya mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti apa yang cuba disampaikan.

Baru sahaja dia ingin bersuara makin berkerut dahi Areesya apabila terasa lehernya itu dicekik kuat. Nafasnya mula tersekat-sekat. Kedua-dua tangan Areesya naik ingin menolak dada

Adib jauh darinya, namun sedikitpun tidak membuatkan Adib bergerak. Areesya makin meronta meminta untuk dilepaskan.

“Adib…,” makin lama makin kuat lehernya dicekik sehingga kedua-dua kakinya tidak lagi menyentuh tanah.

Terkapai-kapai Areesya mencari udara namun tiada. Nyawanya bagai sudah di penghujung.

“Shit!,” Adib lekas melepaskan Areesya apabila melihat sebuah kereta menghampiri kedai runcit itu. Dia tidak pasti siapa namun dia yakin itu pasti Adam ataupun Jack.

Areesya yang sudah sesak nafas dan bergigil ketakutan itu terus dipandang oleh Adib. Tiada kesan apa-apa pun yang boleh menampakkan Areesya terluka.

Dia kecewa. Dia pandang ke arah kereta yang kini sudah berhenti di hadapan kedai. Shit! Need to be faster!

“You need to be hurt,” Adib bersuara lagi sambil matanya terus melilau memandang sekeliling. Dia ingin mencari sesuatu yang boleh melukakan Areesya.

Terus matanya memandang cermin sisi kereta.

Tanpa memikirkan keadaan Areesya terus kepala Areesya dia hentakkan di cermin sisi kereta dengan hentakkan kuat. Cukup membuatkan Areesya mula berpinar dan
pandangannya menjadi kabur.

Tapak tangan mula naik menyentuh kepalanya.

“I’m sorry, Areesya,” sempat Adib memohon maaf lalu terus melarikan diri entah ke mana, Areesya tidak dapat memastikan. Kerana tidak mampu menahan rasa sakit di
kepalanya itu lekas tubuhnya itu jatuh ke tanah.

“Areesya! Areesya!,” teriakkan itu sempat Areesya dengar. Dia kenal sungguh suara serak basah itu. Itu suara Jack dan dia dengar juga suara teriakan daripada Adam.

“Jack..,” bibirnya menyebut perlahan nama itu. Namun kerana rasa sakit yang amat, Areesya akhirnya terus menutup kedua-dua matanya lalu tidak sedarkan diri.

Jack yang berlari laju menghampiri sebuah kereta itu terus
matanya melilau mencari keberadaan Areesya. Terkejut dia melihat Areesya sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Segera dia dapatkan Areesya. Kepala Areesya terus dia letakkan di atas ribanya.

“Areesya, wake up! Please, wake up… I’m begging you,” bergetar-getar ketakutan suara Jack cuba menyedarkan Areesya.

Namun, Areesya masih sama tidak sedarkan diri. Jack
melihat pergelangan tangan dan leher Areesya kelihatan kemerah-merahan.

Di dahi Areesya juga kelihatan biru membengkak. Jack mendengus geram dan kesal dengan kelalaiannya dalam menjaga Areesya. Kalau dia menjaga Areesya dengan baik pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku!

Sebak mula menyelubungi diri dan serta merta air mata lelaki jatuh membasahi pipi. Danish dan Adam yang baru selesai memeriksa kedai runcit itu segera menghampiri Jack. Jujur Adam terkejut melihat keadaan Areesya yang sudah tidak sedarkan diri.

Segera dia ingin mendapatkan Areesya namun cepat sahaja Jack mengendong tubuh kecil Areesya lalu dimasukkan ke dalam kereta di bahagian penumpang yang bersebelahan
dengan bahagian pemandu.

Tempat duduk kerusi kereta itu dia rendahkan agar Areesya selesa berbaring. Lalu dia tutup pintu kereta itu rapat dan dia berlari ke bahagian pemandu.

Dia pandang Adam.

“Abang Adam, let me take her to the hospital,” sempat Jack meminta izin kepada Adam tanda dia masih menghormati Adam sebagai seorang abang.

Adam yang tidak mampu berkata apa-apa itu hanya menggangukkan kepalanya.

“Be careful don’t be too rush. I will follow you later,” pesan Adam lalu menghulurkan kunci kereta yang jatuh di atas tanah itu kepada Jack.

Jack sambut lalu dia anggukkan kepalanya.

Setelah itu, dia masuk ke dalam perut kereta. Ditutup pintu rapat dan mula menghidupkan enjin kereta. Tali pinggang kereta dia tarik dan dipasang ke dadanya.

Kereta berjenama Mercedes Benz A Class itu mula meninggalkan kawasan kedai runcit dan menuju
ke hospital yang berdekatan.

“Just trust him, Adam. You know how much he love Areesya,” Danish bersuara lembut apabila melihat riak wajah Adam masih khuatir.

Mungkin risau jika terjadi apa-apa pada Areesya. Danish juga tahu yang Adam amat menyayangi Areesya.
Tapi, Danish yakin.

Jack boleh dipercayai.
Adam pandang Danish.

“Dekat sini aku perasan ada CCTV boleh lah kita check sekarang and terus buat laporan polis dan lagi satu..,” Danish menghentikan kata-katanya.

“Aku yakin yang lelaki tak guna tu serang Areesya, tak ada orang lain dah!,” Adam yakin tentang hal itu. Danish yang mendengar itu hanya angguk kerana dia juga yakin
bahawa Adib lah si pelaku itu.

“AWAK masih risaukan tentang Areesya?,” soal Soffiyya sebaik sahaja menghampiri Adam yang duduk bersendirian di ruang tamu. Adam lekas menoleh kepada Soffiyya.

Nak tak nak, Adam hanya angguk kecil.

Dia akui itu yang dirasakan sekarang.

Lebih rasa takut kehilangan Areesya.

“Jack kan dah update dekat kita yang Areesya totally fine cuma belum sedarkan diri sahaja nanti pagi esok kita sama-sama melawat Areesya,” Soffiyya cuba menenangkan Adam dengan suara lembutnya.

“Betul tu, Adam. Kamu pergilah masuk rehat,” celah Puan Maryam, ibu Adam.

Adam angkat pandangan membalas pandangan ibunya turut ada disitu kedua orang tua dan saudara mara Soffiyya mungkin sudah ingin pulang kerana sudah lewat malam.
Adam terus bangun berdiri.

“Apa-apapun, Adam nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi bantu Adam uruskan majlis tahlil ni,” ucap Adam penuh rasa syukur pada yang membantunya malam ni.

Mereka yang mendengar itu hanya angguk dan membalas ucapan sama-sama pada Adam. Mereka juga tidak rasa keberatan untuk membantu Adam selepas ini.

“Kalau ada apa-apa yang kamu nak kami bantu, Adam bagitahu je,” salah seorang pak cik saudara Soffiyya bersuara ramah. Adam tersenyum dan dia anggukkan kepala.

Lantas mereka terus pamit diri untuk pulang.

“Soffiyya,” panggil Adam sebaik Soffiyya sudah ingin masuk ke dalam kereta. Soffiyya terus menoleh ke arah Adam.

Pandangan Soffiyya itu mampu membuatkan hati
Adam yang sedang gundah gelana menjadi tenang.
Soffiyya lekas meminta izin pada kedua orang tuanya yang dari tadi menunggu di dalam kereta untuk berjumpa dengan Adam sekejap.

Mereka membenarkan lantas membuatkan Soffiyya berjalan laju menghampiri Adam.

“Kenapa awak?,” soal Soffiyya ingin tahu. Adam tersenyum kecil.

“I just want to say thank you for tonight. You helped me so much termasuk dengan keluarga saudara mara awak. Kalau tak ada pertolongan daripada awak dan yang lain,
saya tak tahulah macam mana saya nak uruskan majlis tahlil ni,” Adam berterima kasih.

Soffiyya tersenyum di balik purdahnya.

“Dah tugas saya meringankan beban awak dan tolong apa yang patut lagipun kita kan nanti akan jadi satu keluarga jadi tak salah. Kalau bukan sebab family relation, saya tetap akan bantu awak. We can gain pahala together,” lembut Soffiyya menyuarakan pendapatnya.

Adam yang mendengar itu hanya angguk.

Dia akui kebenaran kata-kata tunangnya itu.

“Kalau tak ada apa-apa saya balik dulu. Bye,” pamit Soffiyya sambil mengangkat tapak tangan kanan untuk melambai kepada Adam. Adam membalas dengan senyuman.

Soffiyya terus mengatur langkah ke arah kereta.
Belum sempat tangannya mencapai pemegang pintu kereta, Adam bersuara.

“Sayang, text me later,” pesan Adam.

Soffiyya yang mendengar itu sudah tersipu malu lalu dia hanya membalas dengan anggukkan kecil. Lekas masuk terus ke dalam kereta.

Adam hanya memandang dengan senyuman lebar.

Dia rasa tenang bila bersama dengan Soffiyya.

“Milk,” Allesya bersuara sambil meletakkan susu panas itu di atas meja belajar yang digunakan oleh suaminya itu. Danish yang masih menaip di atas laptopnya itu terus mengangkat wajahnya memandang Allesya.

Baru sahaja bibirnya itu ingin mengucapkan terima kasih tidak menjadi apabila pandangannya perlahan-lahan turun memandang cara pemakaian Allesya.

Agak tergugat iman Danish dibuatnya.

Satin pyjamas berwarna merah paras atas lutut itu menjadi pilihan pemakaian Allesya pada malam ini. Danish angkat pandangannya melihat tali halus di kedua-dua bahu Allesya yang sengaja didedahkan.

Allesya tersenyum apabila membalas pandangan Danish.

“Sayang cantik tak?,” Allesya mula berpusing 360 darjah yang membuatkan hujung kain satin pyjamas yang singkat itu terangkat sedikit.

Terus terangkat kening kiri Danish apabila melihat peha mulus yang terdedah sedikit tadi.

“What you trying to do, Allesya?,” Danish menyoal ingin tahu. Lebih inginkan kepastian sebenarnya.

Jika kalau niat Allesya hanya ingin usik-usik sahaja lebih baik tak perlu sebab kali ni Danish takkan lepaskan walaupun seinci.

Allesya yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.

“Trying to do what? Saya cuma nak tanya cantik ke tak saya pakai ni?,” Allesya sedikit tidak berpuas hati.

Apa entah yang difikirkan oleh suaminya dia sendiri tidak tahu. Danish yang mendengar itu hanya angguk kecil lalu perlahan-lahan laptopnya itu dia tutup.

Dia mula bangun berdiri dan melangkah menghampiri Allesya. Danish membuka langkahnya agak laju sehingga membuatkan Allesya terpaksa mengundurkan langkahnya ke belakang.

Makin berkerut dahi Allesya dibuatnya. Tak boleh jadi ni!

Allesya terus berhenti berundur sambil kedua-dua tangannya naik ke udara yang sama paras bahagian dada bidang suaminya itu agar dia dapat menahan langkah yang diaturkan oleh Danish.

“Awak ni dah kenapa?,” soal Allesya terus. Kedua-dua tangannya yang tadi naik di udara itu dia turunkan dan dia masih membalas pandangan suaminya.

Danish masih sama, diam tidak menjawab.

Kerutan di dahi Allesya makin mengendur apabila dia baru sedari maksud pandangan Danish kepadanya. Allesya pandang semula pemakaiannya.

Aduh, kenapa tak sedar dari tadi yang cara pemakaiannya itu agak seksi. Bukan agak dah, memang seksi! Patutlah Danish bertingkah sebegini.

Jangan kata yang Danish nak tuntut hak dia malam ni, dia masih belum bersedia! Nak tak nak, Allesya balas balik pandangan Danish.

Allesya tersengih kecil.

“Sorry… Saya tak sepatutnya ganggu awak buat kerja,” ucap Allesya cuba menutupi rasa gugupnya. Berdebar jantung ni tak perlu nak cerita, dah macam nak terkeluar dah!

Perlahan-lahan kakinya dia aturkan untuk undur ke belakang menuju ke pintu.

Lalu cepat dia berpaling ke belakang dan tangannya mencapai pemegang pintu. Bersedia untuk membuka pintu namun belum satu inci pintu itu terbuka, pintu itu tertutup
kembali.

Tersentak Allesya dibuatnya kerana terkejut. Allesya melirikkan pandangannya ke arah tapak tangan Danish yang sudah melekap di kawasan pintu.

Lekas bibirnya diketap menahan geram. Not today, Danish!

“I want you,” bisik perlahan Danish di telinga Allesya. Hembusan nafas Danish juga dapat dia rasakan yang terus membuatkannya lekas terkaku.

Kedua-dua lututnya pun macam dah tak mampu nak menahan untuk berdiri. Allesya cuba mengawal rasa gemuruhnya lalu dia memalingkan badannya menghadap
Danish yang sudah rapat dengannya.

Danish masih tetap membalas pandangannya yang dapat
Allesya mengerti tentang kemahuan suaminya itu.

“Bukan awak kata… Awak nak..,”

“I already said to you, love. If you try to flirt with me again I will do as you wish,” nada suara Danish berubah lebih ke arah possessive!

Allesya cuba ingat tentang ugutan itu namun fikirannya tidak dapat memproses satu pun!

“Tapi awak..,” gugup Allesya masih belum hilang.

“Too late, love. I want you to be mine,” terus pinggang ramping Allesya itu dia tarik perlahan. Allesya terkejut dan pada masa sama gugupnya masih belum hilang.

Dia tak tahu nak buat apa lagi lepas ni, sekarang ni Allesya melarikan pandangannya ke tempat lain. Tak apa lah yang
penting bukan pada mata Danish! Tak sanggup!

“Look at me, love,” lembut Danish meminta.

“Tak nak!,” cepat Allesya menggeleng ketakutan.

“Allesya Danielle,” panggil Danish dengan suaranya agak tegas.

“Apa??,” lekas Allesya membalas pandangan suaminya. Sungguh, dia tidak suka kalau nama penuhnya disebut! Danish yang membalas pandangan isterinya itu terus cuba
memahami keinginan sang isteri.

Allesya juga masih diam, dia tidak ingin bersuara.

“Awak masuk tidur dulu lah, saya nak siapkan kerja sikit,” ujar Danish lembut sambil melepaskan pelukannya di pinggang isterinya.

Danish kembali ke meja belajarnya. Laptop dan beberapa dokumen itu dia sentuh lalu duduk di kerusi.

Entah kenapa Allesya tiba-tiba rasa bersalah. Dapat dia rasakan kekecewaan Danish.

“Danish..,” bibir Allesya memanggil nama sang suami.

Danish yang mendengar namanya dipanggil itu sedikitpun tidak mahu mengangkat pandangan. Malah jari jemarinya
yang mula menaip di papan kekunci laptop itu sengaja dikuatkan.

Danish ingin menunjukkan bahawa dia sibuk dan merajuk juga sebenarnya. Kecewa hatinya apabila Allesya menolak dirinya begitu sahaja.

Bukan tentang bersedia atau tidak ini dah terang-terang Allesya tidak mahu dengannya. Tak layakkah dia untuk menjadikan Allesya sebagai hak milik sepenuhnya?

Jujur, Danish sungguh kecewa. Hatinya luluh.

“Tak apalah, kalau awak busy… Saya masuk tidur dulu,” pamit Allesya agak kecewa apabila melihat Danish mula menghiraukan panggilannya.

Nak tak nak, kakinya diatur melangkah keluar dari bilik itu.

Danish yang memandang pintu biliknya itu sudah ditutup terus melepaskan keluhan beratnya. Kedua-dua tangannya digenggam kuat. Sungguh dia menginginkan Allesya pada
malam ini.

Dia sanggup bersumpah atas nama Allah.

“You’re mine, Allesya!,” Lekas Danish berdiri dan langkahnya laju menghampiri pintu bilik. Sambil itu, kedua-dua lengan sweetshirt itu ditarik cepat sehingga ke siku.

Dikuak pintu itu agak kasar sehingga membuatkan Allesya yang baru ingin masuk ke bilik utama mereka terkejut.

Cepat Allesya menoleh ke arah suaminya yang kini berjalan menghampirinya. Langkahnya agak laju. Belum sempat Allesya membuka mulut untuk bersuara, terasa bibirnya disentuh lembut oleh Danish. Tergamam terus Allesya dibuatnya.

Terasa juga kedua-dua lututnya menjadi lemah apabila menerima tindakan Danish. Pinggangnya terus ditarik lembut agar rapat ke tubuh Danish dengan sebelah tangan.

Entah berapa lama kami begitu, Allesya sendiri tidak pasti yang pastinya Allesya agak leka. Beberapa minit kemudian, Danish sendiri yang menjarakkan wajahnya.

Allesya kembali membuka matanya dan membalas
pandangan suaminya. Detak nafas mereka berdua yang berombak laju tadi kini kembali seperti biasa.

Masing-masing masih membalas pandangan.

Cuba memberi isyarat tentang keinginan hati yang serupa. Rasa ingin memiliki! Allesya milik Danish, Danish milik Allesya. Seratus peratus!

“You look hot… Gorgeous and… beautiful tonight, love,” puji Danish ikhlas sambil tapak tangannya mengusap lembut pipi Allesya. Allesya mengukirkan senyuman.

“Do what you want, Danish. I’m yours,” Allesya bersuara lembut sambil tapak tangannya naik menyentuh dada bidang Danish.

Cuba menyejukkan hati sang suami. Danish yang masih membalas pandangan Allesya itu diam sekejap.

Dia ingin memastikan Allesya ikhlas bersama dengannya. Dia tidak mahu jika Allesya melakukan semua ini hanya untuk memenuhi keinginannya. Atau hanya sekadar
menjalankan tanggungjawab.

Allesya mula terasa sebak di dada apabila dia memahami pandangan Danish dan dia juga tidak dapat nafikan yang dia turut rasakan tentang keraguan Danish terhadapnya.

Tidak pasti ragu tentang apa, mungkin keikhlasan?
Namun jikalau dia menjadi Danish dia turut akan rasakan
keraguan itu. Entah kenapa dia terasa sebak di dada. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

“Danish..,” Bibirnya bergetar-getar memanggil nama suaminya.

“Ikhlas daripada saya, Danish. I really in love with you, I really want you to be mine. Only mine. Only you, Danish. Please, jangan meragui cinta saya pada awak,” ucap Allesya sambil mula diselangi dengan tangisan.

Air mata mula berjuraian membasahi kedua-dua belah pipi. Dia ingin Danish tahu siapa yang memiliki hatinya sekarang jikalau bukan Danish?

Jujur, hanya Megat Danish.

Danish yang mendengar itu hanya diam mengukirkan senyuman manisnya. Air mata sang isteri itu dia usap perlahan. Dapat dia rasakan kejujuran Allesya.

Aku percaya kau, Allesya. Aku yakin kepercayaan yang aku berikan ini akan kau hargai. Tanpa banyak bicara, Danish sekali lagi memagut lembut bibir Allesya.

Dengan tangisan yang masih mengalir membasahi pipi itu Allesya membalas. Dadanya tetap berdebar
kencang walaupun ini bukan kali pertama.

Selepas ini, Allesya tahu ke mana arah tujunya. Dia bersedia asalkan dengan cara begini dia akan menjadi seratus peratus hanya milik Megat Danish.

Megat Danish hanya miliknya seorang bukan pada perempuan lain. I’m yours and you’re mine!

LULUH sungguh hati kecil Jack apabila melihat keadaan Areesya yang masih tidak sedarkan diri. Kata doktor, kemungkinan Areesya akan mengalami trauma sebaik sedar.

Entah kenapa Jack masih rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga Areesya.

“I’m promise with you, Areesya. I will take care of you as long as you with me,” Jack berjanji dengan dirinya sendiri tidak akan membiarkan sesiapa pun menyentuh
dan mengapa-apakan Areesya, tidak akan sesekali dia benarkan!

Wajah pucat Areesya itu dia pandang sekali lagi dengan pandangan sayu. Tiba-tiba terlintas di fikirannya satu peristiwa yang sudah agak lama berlalu…

“Drive elok-elok,” pesan Areesya sebaik menemani Jack sehingga di ruangan parkir hospital. Kereta Mercedes AMG G63 berwarna ‘matte black’ milik Jack itu Areesya pandang kejap. Kereta pun handsome apatah lagi tuannya! Berganda-ganda handsome tu!

Jack tersenyum mendengar pesanan itu.“I will,” jawabnya ringkas lalu tangannya yang sudah berada di pemegang pintu kereta itu dia tarik untuk bersedia masuk ke dalam perut kereta.

Namun ada satu persoalan yang ingin dia tanya kepada Areesya, terus dia tidak jadi melangkah masuk.

Lehernya itu dia gosok kejap, canggung sebenarnya.

"Ada apa-apa ke awak nak tanya saya?,” soal Areesya ingin tahu sebaik menyedari tingkah canggung Jack. Jack tersenyum cuba menyembunyikan.

“Areesya, I think..,”

Areesya menanti. Entah kenapa dia rasakan bukan waktunya sekarang untuk dia meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Areesya, mungkin kerana keadaan Adam masih sakit. Agak kurang sesuai.

Next question, Jack! …Okay got it!

“Areesya,”

“Hurmm?,”

“Bacaan apa yang Kak Soffiyya baca untuk Adam?,” itu juga antara soalan yang ingin sekali Jack tanyakan dari tadi cuma belum ada kesempatan. Areesya yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Oh itu bacaan surah yassin. Kebiasaannya, orang islam akan bacakan surah yassin itu pada orang yang sudah meninggal dunia atau orang yang terlantar sakit,” beritahu Areesya ringkas cukup membuatkan Jack yang mendengar itu mengangguk faham.

Jack yang mengingati kejadian itu cepat-cepat dia mengeluarkan telefonnya. Kata laluan telefon ditekan lalu aplikasi youtube terus dibuka.

Di ruangan pencarian, jari jemarinya mula menekan papan kekunci telefon. Bacaan surah yassin dibuka. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan lalu dia letakkan telefon itu di telinga Areesya.

Entah kenapa dia makin rasa bersalah apabila dia masih tidak mampu membaca yassin untuk Areesya. Namun rasa bersalah itu perlahan-lahan hilang apabila telinganya fokus mendengar setiap alunan bacaan yassin.

Hatinya juga mula rasa tenang seperti semua masalahnya hilang. Indahnya islam. Itu yang dirasakan oleh Jack sekarang. Dipandang wajah Areesya kembali.

ALLESYA yang mula terjaga itu terus mengukirkan senyumannya. Kejadian semalam masih segar diingatannya. Akhirnya dia menjadi milik Megat Danish.

Senyumannya itu dilebarkan sambil telapak tangan kanannya mula menyentuh perutnya. Dapat dia rasakan bagaimana terujanya jika dia dapat mengandung zuriat keturunan Danish. Ingin sekali dia merasai pengalaman itu walaupun perih pasti indah sekali.

Badannya yang masih berselubung dengan selimut itu terus dia ubah posisi menghadap Danish. Danish masih tidur.

Mana taknya semalam… Allesya tersenyum malu mengingat tentang hal itu. Pipinya mula merah kemerahan
menahan malu. Kedua-dua matanya mula menatap wajah tampan suaminya.

Haih, tidur pun handsome suami aku sorang ni!

Alis tebal cantik terbentuk, bulu mata tidak terlalu panjang, hidung pun mancung sedikit, bibir juga terbentuk sempurna dengan warna merah neutral.

Bentuk wajah sempurna dengan rahang yang agak tajam yang jelas membuatkan Danish kelihatan lebih maskulin.

Badannya pula tegap dengan bahu agak lebar sesuai dengan ketinggian yang dimiliki. Berkulit kuning langsat cukup membuatkan Danish kelihatan ‘good looking’.

Sekali pandang sahaja tak cukup kena berkali-kali.

Pasti perempuan lain turut begitu. Allesya melepaskan keluhan kecil tanda dia cemburu. Tak apalah yang penting dalam hati Danish hanya ada Allesya Danielle.

Danish yang masih diulit mimpi itu terus terjaga apabila terasa jari jemari seseorang menyentuh lembut wajahnya. Dari kening, ke hidung dan kini di bibir.

Siapa lagi kalau bukan isterinya? Semalam tak cukup ke, wahai isteri? Danish tersenyum kecil lalu terus dia menoleh ke arah isteri yang berada di sebelah.

Agak terkejut Allesya dibuatnya apabila pandangannya dibalas. Terus jari jemari yang bermain di bibir suaminya itu dia jauhkan namun cepat Danish raih balik.

Diletakkan kembali di bibir. Entah kenapa dia suka jika diusap lembut oleh isterinya sendiri. Lebih-lebih lagi dengan cuaca sejuk di waktu pagi.

“Morning, love,” dengan serak basah Danish ucapkan selamat pagi. Allesya yang masih menahan malu itu perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

“Morningg,” Allesya membalas.

Danish yang masih menatap wajah isterinya itu terus
mengubah posisinya mengiring menghadap Allesya.

Pinggang Allesya itu dia tarik perlahan merapatinya. Allesya hanya membiarkan. Matanya masih tidak lepas membalas pandangan sang suami.

“Thank you, love for last night,” lembut Danish berterima kasih lalu dahi Allesya itu dia kucup.

Allesya lekas memejamkan matanya sekejap. Dapat dia rasakan kasih sayang seorang suami. Tulus dan ikhlas.
Danish ukir senyum lagi dan Allesya hanya membalas.

“So honeymoon kita tu jadi tak?,” soal Allesya sekadar ingin tahu. “Of course jadi, saya ni nak juga spend time dengan awak tapi saya kena selesaikan dulu kerja-kerja dekat office tu,” beritahu Danish lembut.

Allesya yang mendengar itu menganggukkan kepalanya.
Dia faham.

“Okay sayang,” ucap Allesya senyum.

“AMBOI Tuan Danish berseri-seri muka macam pengantin baru dah,” tegur Fasha sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat majikannya.

Danish yang ditegur begitu hanya tersenyum nipis tapi dapat juga dia rasakan bahang di pipinya kerana menahan malu. Dokumen yang diterima daripada Fasha itu segera dia periksa lalu diturunkan tandatangan. Dikembalikan dokumen itu, Fasha menyambut.

Lalu segera bibir Fasha menyebut tentang beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh Danish.

Danish hanya mengangguk dan dia bersedia untuk bekerja hari ni. Dia perlu segera menyiapkan kerjanya, dia tidak sabar untuk berbulan madu dengan isterinya, Allesya.

Apabila mengingati tentang Allesya, hatinya menjadi berbunga-bunga. Allesya, miss you!

Hari ni sengaja Danish memberikan cuti kepada Allesya untuk rehatkan diri haha.

ADIB yang berselubung dengan hoodie berwarna hitam terus melangkah keluar dari lif sebaik tiba di ruangan wad peribadi. Kakinya lekas melangkah menuju ke bilik yang ingin dimasuki lebih ke arah bilik wad Areesya, itu tujuan asalnya.

Matanya meliar mencari nombor bilik wad 14v, terukir senyuman dibibirnya apabila sudah menjumpai makin laju kaki melangkah. Namun terhenti…

“Maafkan saya, Encik,” tegur salah seorang jururawat yang bertugas. Adib berhenti melangkah, cuba mengelakkan matanya itu bertembung dengan mata jururawat.

Dia tidak mahu orang lain mengenalinya.

“Kami memerlukan identiti encik sebagai prosedur yang diminta oleh penjaga pesakit, harap encik mampu memberikan kerjasama,” dengan lemah lembut jururawat itu memberitahu.

Adib yang mendengar itu melepaskan keluhan kecil. Dia yakin ini pasti permintaan Adam dan Danish, kalau tidak tak adanya.

Jelas disini, mereka amat menyayangi Areesya.

Entah sebab apa, Adib sendiri tidak pasti. “Encik?,” lagi sekali jururawat itu memanggil. Adib kembali tersedar.

Terus buah tangan yang dibawa itu dipandang lekas diberikan kepada jururawat itu dan memesan untuk
diserahkan kepada Areesya.

Nak tak nak, jururawat itu hanya menurut. Adib lekas mengangkat kaki pergi. Sebaik sudah keluar dari bangunan hospital swasta itu, dia turunkan hoodie hitamnya yang
menyelubungi kepala.

Tiba-tiba sahaja, bahu kirinya itu dilanggar oleh seseorang.

“Sorry, tak sengaja,” Jack yang sedang membuat panggilan itu terus memohon maaf. Memang silapnya, dia akui.

“Kau ni buta ke apa?!,” tanpa budi bicara sopan, Adib lekas menengking. Jack yang ingin meneruskan langkah masuk ke dalam tidak menjadi apabila mendengar tengkingan itu. Jack lekas memandang lelaki itu.

Terus dia mengerutkan dahinya. Muka lelaki di hadapannya itu seakan pernah dia jumpai. Adib?

“Kau?,” Jack tidak percaya, Adib berada dihadapanya sekarang. Terkejut Adib dibuatnya apabila membalas pandangan Jack.

“Shit!,” Adib lekas berlari laju entah ke mana.

“Tuan Danish, I found him!,” beritahu Jack cepat lalu terus mematikan panggilan. Kakinya terus mengejar Adib sambil itu telefonnya itu digenggam kuat.

Danish yang mendengar itu terus bangun berdiri.

Nombor telefon Adam terus dia cari, lalu dibuat panggilan.

“THANK you uncle,” ucap Allesya sebaik sahaja kereta berjenama perodua bezza itu berhenti di hadapan bangunan Megat Trading.

Allesya terus melangkah keluar bersama dengan beg kertas yang mengandungi bekal makanan.

Bekal makanan untuk suaminya, Megat Danish. Sengaja sahaja dia tidak mahu memberitahu Danish tentang keberadaannya disini.

Ala-ala surprise.

Kakinya terus melangkah. Namun tiba-tiba, tubuhnya dilanggar menyebabkan beg kertas yang dijinjit olehnya itu terlepas dari pegangan.

Kelam kabut wanita yang melanggarnya itu mengutip beg kertas itu.

Allesya mengerutkan dahinya sekejap kerana tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini. Mungkin pekerja baharu?

“Maafkan saya, saya tak sengaja,” wanita itu memohon maaf sambil beg kertas itu diberikan kepada Allesya.

Allesya yang mendengar itu hanya tersenyum kecil.

“It’s okay, saya maafkan,” Allesya membalas pandangan wanita itu.

Wanita itu sekadar membalas senyuman.

“You new here? Tak pernah nampak awak sebelum ni,” soal Allesya.

“Ha’ah kak, saya baru dekat sini,” jawabnya ringkas. Allesya hanya mengangguk.

“Kalau tak ada apa-apa saya minta izin dulu, ada hal nak uruskan,” beritahunya lalu beredar.

Mata Allesya menyorot memandang langkah yang diatur oleh pekerja baharu itu sambil kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat.

Namun lagi sekali badannya dirempuh tapi kali ini agak kuat sehingga badannya hampir melayang namun cepat sahaja tangan kasar itu memaut pinggang Allesya agar dia tidak jatuh.

Terkejut dengan tindakan itu terus dia memandang gerangan yang melanggarnya itu.

“Danish?,” bibir Allesya terus mengukirkan senyuman.

“Love buat apa dekat sini?,” soal Danish ingin tahu.

Mendengar itu, Allesya lekas memperbetulkan posisi badannya agar berdiri tegak di hadapan Danish.

“Love buatkan sayang makanan paling sedap dalam dunia ni,” Lalu beg kertas yang mengandungi bekal makanan itu Allesya tunjukkan kepada Danish.

“Lah yeke? Kenapa tak beritahu awal nak datang sini kalau tak sayang suruh Jack pick up dekat rumah,” tutur Danish agak kesal.

Bukan apa dia risau tentang keadaan isterinya yang datang sendirian dengan Adib yang berkeliaran di luar dan bila-bila masa sahaja boleh menyerang Allesya.

Allesya mengerutkan dahinya melihat perubahan di wajah suaminya itu seakan-akan ketakutan.

“Hey, kenapa sayang risau sangat ni? Look at me, im safely arrived and now love dah depan mata sayang dah,” Allesya cuba meredakan ketakutan yang menyelubungi Danish.

Danish menggelengkan kepalanya.

“No, after this love kalau nak datang sini atau nak pergi mana-mana make sure you inform to me or Jack. Jack ditugaskan untuk jaga you dan I. Understood?,” tegas Danish mengingatkan isterinya.

Allesya yang tidak mahu berpanjang lebar membahas tentang itu hanya menggangukkan kepala.

“Okay okay, I takkan buat lagi. Jomlah masuk, panas la dekat sini,” Allesya merengek manja dan itu membuatkan Danish tergelak kecil. Suka betul dia melihat Allesya bermanja dengannya seperti ini.

“Jom, sayang pun tak sabar nak rasa makan masakan paling sedap dalam dunia ni,” tutur Danish sambil mula memeluk pinggang Allesya dan berjalan masuk ke dalam pejabat.

“Sayang perli love eh? Sampai hati,” cebik Allesya.

“Mana ada, betullah makanan love jelah paling sedap dalam dunia ni,”

“Oh pastu masakan mummy tak sedap la?,” sengaja Allesya menjerat Danish.

“Kalau yang tu tak ada siapa boleh tandingi,” jawab Danish. Mereka melangkah masuk terus ke dalam ruangan lif dan naik ke tingkat 13.

Sebaik tiba di tingkat itu, mereka melangkah keluar dan berjalan menuju ke bilik pejabat Danish dengan gelak ketawa.

Fasha yang baru ingin ke meja pejabatnya mengerutkan dahi melihat keberadaan majikannya, Tuan Danish dan isteri. Eh tadi bukan kata ada hal kecemasan ke?

Kemain tadi kelam kabut nak keluar tadi sampai suruh cancel semua mesyuarat.

Takkan sebab Puan Allesya datang?

“Eh Tuan Danish tadi kata ada hal emergency,” tegur Fasha yang masih mengerutkan dahinya. Danish dan Allesya berhenti melangkah mendengar teguran daripada Fasha itu.

Danish tersenyum kecil.

Allesya mengerutkan dahinya. “ Emergency?,”

Danish terus mengisyaratkan kepada setiausahanya untuk membantunya. Dia tidak mahu Allesya tahu tentang kemunculan Adib di KPJ Specialist.

Allesya ni kalau dapat tahu lepastu risau dah satu hal nak redakan kerisauannya pada Areesya. Sedangkan, Areesya dikawal ketat oleh Jack dan Adam.

Lagipun dia dah inform Adam tentang kemunculan Adib.

Tahulah Adam untuk selesaikan masalah itu. Dia yakin Adam dan Jack mampu lakukan itu malah mereka bukanlah calang-calang orang yang senang untuk ditumpaskan.

Fasha yang faham tentang isyarat itu tergelak kecil.

“Alahaiii sweetnya Tuan Danish sanggup eh berlari kelam kabut semata-mata nak sambut kehadiran isteri tercinta, Puan Allesya,” Fasha bersuara akhirnya untuk membantu majikannya itu.

Danish yang mendengar itu terasa lega.

“Seriouslah sayang? Sayang tahu yang love nak datang?,” soal Allesya kehairanan. Tadi dekat bawah kemain marah sebab datang tak bagitahu dia. Ni tiba-tiba lain pula.

“I saw you on CCTV,” pancing Danish.

Tipu sunat tak apa kot.

“Ohh,” Allesya hanya angguk dan diam sekejap.

Seperti ada sesuatu yang Danish sembunyi daripadanya.
Entahlah malas nak fikir.

“Dah sayang jom masuk,” ajak Danish sambil memeluk kembali pinggang Allesya. Lalu mereka terus masuk ke dalam bilik pejabat.

Sempat Danish berterima kasih pada Fasha.

Seminggu kemudian…

Areesya akhirnya dibenarkan ‘discharge’ dari hospital setelah seminggu lebih tidak sedarkan diri. Menurut doktor, Areesya sudah makin pulih dan boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa.

Namun, kerana kejadian diserang oleh Adib tempoh hari membuatkan Areesya mengalami trauma ketakutan dan perlukan pengawasan doktor.

Areesya yang sudah melipat pakaiannya di dalam beg sandang itu terus menguruskan katil hospitalnya walaupun itu bukan tugasnya tapi itu ‘common sense’. Kita memudahkan kerja orang lain dan tuhan akan memudahkan kerja kita berkali ganda.

Dia menepuk-nepuk bantal dan diangkat bantal namun berkerut dahinya apabila melihat satu kad kecil berwarna merah. Kad? Dari siapa? Areesya meletakkan kembali bantal itu setelah mencapai kad kecil.

Kad kecil itu dia buka.

“Kau jangan lupa dengan kejahatan yang kau pernah buat, Areesya. Rahsia kau kemas dalam genggaman aku dan bila-bila masa sahaja aku boleh bongkarkan. Tapi selagi kau ikut dengan kemahuan aku, aku akan rahsiakan. Tunggu aku kembali,”

Areesya membaca tulisan itu. Hatinya mula berdebar kencang.

Risau. Takut.

Ya, dia tidak pernah lupa dan takkan lupa dengan dosa besar yang pernah dia lakukan. Bagaimana dan kenapa dia lakukan itu masih segar dalam ingatan dia. Hanya disebabkan dendam lama, dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience