SHAH Hazwan yang melangkah masuk ke dalam rumah terus menolak pintu rumahnya itu rapat perlahan-lahan. Dia tidak mahu penghuni rumah terjaga disebabkan kelewatannya pulang ke rumah.
Terutama sekali ayah angkatnya, Tan Sri Megat Idruz.
Dia mula menapak langkahnya perlahan-lahan untuk menuju ke arah tangga namun dia terkejut apabila ditegur oleh pembantu rumahnya, Puan Saidah yang dari tadi menanti kepulangan Shah di ruang tamu.
“Ya allah, ibu. Kenapa tegur meluru macam tu? Boleh gugur jantung Shah tahu tak?,” Shah mengurut dadanya yang sudah berdetak laju kerana terkejut tadi.
Puan Saidah laju berjalan menghampiri anaknya itu.
“Ibu dah katakan jangan panggil ‘ibu’ kalau Shah dalam rumah ni buatnya Puan Sri dengar macam mana?,” Puan Saidah mengingatkan kerana khuatir akan didengari oleh isteri majikannya. Shah mengeluh kecil.
Entah sampai bila Puan Saidah dan Tan Sri Megat Idruz ingin merahsiakan perkahwinan mereka daripada Puan Sri Misha.
Ya, Shah Hazwan merupakan anak kandung Tan Sri Megat Idruz hasil perkahwinan rahsia dengan Puan Saidah yang ketika itu masih menjadi pembantu rumah.
“Shah pergi mana dah lewat malam baru balik?,” Puan Saidah yang risau itu bertanya lembut. Shah yang dari tadi berdiam itu memandang semula ke arah ibu kandungnya itu.
“Entahlah, Shah..,”
“Shah ada perkara nak bagitahu ibu ke?,” keprihatinan Puan Saidah kepada anaknya dari dahulu lagi tidak pernah berkurang. Ibunya itu tahu sahaja dia mempunyai masalah atau ada perkara yang ingin diberitahu.
“Okay tak apa, jom masuk bilik ibu,” ajak Puan Saidah lalu mengusap badan belakang anaknya itu.
Shah hanya menurut dan berjalan beriringan masuk ke dalam bilik Puan Saidah yang terletak di tingkat bawah.
“APA hajat kamu datang ke sini, Danish?,” tegas sahaja persoalan Datin Sri Sophea sebaik pembantu rumahnya itu menghidangkan milo panas kepada Danish yang duduk berhadapan dengannya.
Danisha yang bersebelahan dengan Danish itu terus memandang ke arah ibunya.
“Ibu..,” panggilnya nada kecewa apabila mendengar soalan itu. Walaupun Danish sudah tidak menjadi tunangannya tapi dia berharap ibunya itu masih menjalinkan hubungan baik dengan Danish.
“Aunty, Danish datang sini sebab ada hal penting nak bagitahu. Danish akui it was my mistake, Danish buat keputusan terburu-buru,” Danish yang sudah membuka mulut untuk memberitahu sesuatu itu berhenti sekejap dan mula mengalihkan pandangannya ke arah Danisha yang berada disebelahnya.
Danisha yang membalas pandangan bekas tunangnya itu mula rasakan debaran di dalam hatinya. Apa maksud pandangan Danish kali ini?
Adakah Danish mahu…
“Danisha..,” panggil Danish lembut lalu perlahan-lahan
meraih tangan kanan Danisha. Makin tidak keruan Danisha dibuatnya apabila tangannya diraih lembut oleh Danish. Datin Sri Sophea mengerutkan dahinya.
Menanti apa yang ingin diucapkan oleh Danish.
Danish menghembuskan nafasnya perlahan. Dia tahu keputusannya kali ini adalah satu keputusan yang benar dan tiada silapnya.
“Will you be my wife?,”
ALLESYA yang masih tidak dapat melelapkan mata itu sekali lagi menukar posisi baringnya ke belah kanan menghadap Soffiyya yang sedang lena tidur.
Allesya mengukirkan senyuman kecilnya memerhatikan raut wajah jelita kawan baiknya itu.
Allesya sedang membayangkan beruntungnya bakal suami kawan baiknya itu. Mendapat seorang isteri yang bukan sahaja menjaga aurat dengan sempurna tapi baik hati dan seorang yang mudah memahami.
Tapi janganlah sesekali membelakangkan dia sebab dia tak suka dan dia akan cepat merajuk rasanya kalau semua orang juga tidak akan menyukai kalau diperlakukan seperti itu.
Betul tak?
Tapi jangan risau sebab Soffiyya punya merajuk ni tak lama pun. Sekejap je cukuplah terangkan apa yang sebenarnya dia tidak tahu.
Nanti redalah hati lembut Soffiyya ni. Percayalah senang nak berurusan dengan Soffiyya ni.
Kenapa lah aku tak kenal dia dari dulu lagi? Kalau tak tenang je hidup aku yang huru-hara ni!
“Allesya, walau apa-apa pun keputusan kau nanti aku akan sokong tau because you know what the best for you, betul tak?,” sokongan Soffiyya itu diingati ketika mereka berdua selesai menyempurnakan solat isyak tadi yang membuatkan Allesya melebarkan senyumannya.
“Thank you, Soffiyya,” ucapnya perlahan sambil masih memerhati raut wajah jelita Soffiyya yang berada di sebelahnya itu.
Allesya sekali lagi menukar posisi baringnya itu menghadap seling atas rumahnya itu apabila memikirkan kembali keputusannya untuk memilih Shah sebagai pasangan hidup.
Dia sendiri tidak tahu mengapa Shah yang menjadi pilihannya? Adakah kerana aku mencintainya?
Jawapannya, tidak.
Aku masih mencuba untuk mencintai dia.
Tapi mengapa kau masih memilihnya sedangkan kau tidak mencintainya? Jujur sahajalah, kau masih mencintai Danish bukannya kau tidak tahu bagaimana tingginya cinta Danish terhadap kau.
Kalian berdua sangat mencintai satu sama lain namun hanya kerana ego kalian yang entah sampai bila ingin ke penghujungnya.
Dan kau, Allesya.
Hanya menjadikan Shah sebagai alasan untuk kau jauh daripada Danish. Sebab kau sendiri teringin Danish rasa apa yang kau pernah rasa dahulu ketika dia tinggalkan kau di Arab kan?
Jujur sahaja lah, Allesya. Kau tidak bisa menipu diri sendiri.
Allesya yang hanya mendengar minda dan hatinya bermonolog itu hanya melepaskan keluhan kecilnya. Dia tidak mahu berpihak pada sesiapa cukuplah dia redha dengan ketentuan tuhan yang berhak menentukan masa depannya.
Allesya baru ingin menutup kedua-dua matanya itu kembali terjaga apabila mendengar notifikasi masuk lekas telefonnya dicapai.
Skrin telefonnya itu dipandang dan membaca notifikasi daripada tunangnya itu.
‘Sayang, esok I nak bawa you jumpa seseorang tau,’ – Shah Hazwan.
Allesya mengerutkan dahinya apabila membaca notifikasi itu namun dia tersenyum suka.
Terus dibuka aplikasi ‘whatsapp’ itu dan dibalas mesej tunangnya itu.
‘Seseorang?,’ –Allesya Danielle
‘Yes, seseorang yang I paling sayang dalam dunia,’ –Shah Hazwan
Mesej yang dibalas oleh Shah itu lagi mengerutkan kerutan di dahi Allesya yang membuatkan Allesya terus bangun duduk menyandarkan tubuh belakangnya di kepala katil.
Jarinya mula menaip di skrin telefon untuk membalas mesej itu.
‘Bukan I sorang ke yang paling you sayang dalam dunia?,’ –Allesya Danielle
Shah Hazwan yang duduk di birai katil bersama dengan ibunya, Puan Saidah itu terus tersenyum membaca mesej usikkan daripada Allesya itu.
“Amboi, tersenyum sampai ke telinga ye. Ibu minta kamu mesej tunang kamu tu untuk bagitahu jumpa ibu esok ni apa yang diboraknya sampai tersenyum macam ni,” sengaja Puan Saidah ingin mengusik anaknya itu.
Shah yang mahu membalas mesej itu lekas mengangkat wajahnya memandang ibunya.
“Allesya ni ibu suka sangat mengusik,” beritahunya ringkas lalu kembali fokus membalas mesej itu.
Puan Saidah tumpang gembira apabila melihat anaknya itu tersenyum bahagia. Orang bercinta memang macam ni lah apa-apa pun bahagia.
‘Eh sejak bila suka mengusik kita ni?,’ –Shah Hazwan
‘Sejak I jumpa you lah, hehehe,’ –Allesya Danielle
Allesya yang membalas mesej itu terus menutup telefonnya kerana perasaan malunya itu mula menyelubungi dirinya.
Pipinya sudah berona merah menahan malu. Ni kalau berhadapan dengan Shah confirm dia lari dulu!
Shah yang membaca mesej itu hanya melebarkan senyumannya. Pandangannya terus dihala ke arah ibunya itu dan mula meminta diri untuk keluar masuk ke biliknya yang berada di tingkat atas.
Puan Saidah hanya membenarkan.
Shah Hazwan yang baru melangkah keluar dari bilik ibunya itu terus menutup rapat daun pintu itu dan cepat melangkah menuju ke arah tangga.
Allesya kembali mencapai telefonnya itu dan mula melihat skrin telefonnya apabila tidak menunjukkan dia menerima sebarang mesej daripada tunangnya itu.
“Dah kenapa dia tak balas mesej aku ni? Aduh, malu ah aku cam ni!,” rungut Allesya perlahan agar kawan baiknya yang sedang tidur bersebelahan dengannya itu tidak terjaga.
Tetiba telefonnya berdering menunjukkan dia menerima panggilan video daripada Shah.
Terkejut Allesya dibuatnya.
Nak tak nak terus dia menjawab panggilan itu dengan kamera dihadapkan ke belakang menunjuk ke arah dinding bilik.
“Eh kau gila eh?,” cepat Allesya menerjah kasar.
“Wah, tadi dalam ber- I and you ni tetiba aku-kau pulak,” tegur Shah sambil dia laju mendaki tangga menuju ke biliknya.
“Yelah, call anak dara orang tengah-tengah malam macam ni pastu video call pulak tu!,” geram Allesya dibuatnya.
Shah yang mendengar itu terus memandang skrin telefonnya baru dia perasan Allesya tidak menunjukkan muka hanya dinding bilik gelap.
“Mana you ni? I video call nak tengok muka cantik you tu,” komen Shah lalu terus membuka pintu biliknya. Suis lampu biliknya dibukak.
“Sabarlah, tengah nak pakai tudung!,” geram Allesya dibuatnya. Shah yang mendengar itu tertawa kecil sengaja saja dia ingin mengusik tunangnya itu.
Pintu biliknya itu ditutup rapat sambil dia masih tidak lepas pandangannya menghadap skrin telefon.
“Dah puas?,” Allesya yang sudah memakai tudung sarung berwarna hitam itu terus menghadap kamera ke wajahnya itu. Shah tersenyum kecil.
“Tak puas lah sebab bilik you tu gelap nampak samar-samar je wajah you yang cantik tu,” komennya lagi yang membuatkan Allesya menggelengkan kepala.
“I tak boleh bukak lampu lah, Soffiyya tidur. Kejap I keluar pergi ruang tamu,” terus Allesya melangkah keluar dari biliknya itu dan berjalan menuju ke ruang tamu.
Suis lampu lekas dibukak terus menerangi ruang tamu.
“Hah, baru nampak!,” lebar terus senyuman Shah.
“Mengada!,” Allesya lekas duduk di atas sofa sambil kamera diangkat paras batang hidungnya sambil tangannya memperbetulkan awning tudung sarung itu.
“Tak apa mengada dengan tunang sendiri bukan orang lain pun,” ada sahaja jawapan Shah untuk menjawab. Allesya yang mendengar itu tersenyum malu.
“You kata nak bawa I jumpa seseorang maksud you untuk malam esok yang you nak bawa I jumpa family angkat you tu ke? Ke orang lain?,” soal Allesya ingin tahu.
Alang-alang dah buat panggilan video tu teruslah tanya sebab senang untuk berkomunikasi.
“Tak, ni orang lain. Someone that not everyone know,” beritahu Shah yang masih ingin menyembunyikan identiti seseorang itu.
Allesya mengerutkan dahinya dan baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut tidak menjadi apabila Shah terus bertanya.
“You dah nak tidur ke?,” soal Shah yang ingin mengubah topik.
“Takpun, tak tahulah tak boleh tidur pulak malam ni. Ke sebab I banyak fikir?,” soal Allesya kehairanan. Shah tersenyum kecil.
“Sebab you banyak fikir pasal I tu yang terus tak boleh tidur tu,” usik Shah yang membuatkan Allesya tertawa kecil.
Ya allah, kalau macam nilah gaya Shah yang suka mengusiknya itu confirm aku boleh jatuh hati terus ni!
Aduh!
Mereka berdua terus melanjutkan perbualan dengan pelbagai topik sedikitpun tidak terasa canggung mungkin kerana sudah mengenali lama atau entahlah.
Penulis sendiri pun bingung.
“DANISH, kamu biar betul? Aunty tak nak kali ni kamu main-main dengan keputusan kamu!,” tegas sahaja Datin Sri Sophea mengingatkan. Danish yang mendengar itu makin menggengam erat tangan Danisha itu.
Danisha yang perasan itu mengukirkan senyuman kecilnya.
“Aunty, this time I’m surely wants Isha to be my wife because..,” Danish mengalihkan pandangannya memandang Danisha disebelahnya.
Danisha hanya membalas pandangan itu.
“Because, I know she the one,” ucap Danish lalu mengukirkan senyuman kecilnya. Danisha yang mendengar itu terasa terharu.
Akhirnya, tuhan menyedarkan Danish bahawa dia, Nur Danisha layak untuk meraih cinta Danish.
Datin Sri Sophea yang mendengar itu hanya mampu diam apabila dia melihat senyuman anak perempuannya yang gembira akan lamaran itu.
Jika itu yang mampu membuatkan anaknya bahagia, dia tidak akan sesekali menghalangi hubungan mereka itu. Akan dia restui.
Namun dia cuma ingin memastikan bahawa kali ini Danish tidak memainkan perasaan anaknya untuk kedua kali. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana luluhnya hati anak perempuannya itu nanti.
Dia tidak sanggup kerana dia seorang ibu yang menginginkan anaknya itu mendapatkan kebahagiaan. Itulah impian seorang ibu.
“EH KAU SIAPA NI?!,” Puan Intan terus menjerit meroyan sambil dulang aluminium itu diangkat ke udara untuk memukul badan Christian Jack yang sedang tidur berbaring di atas sofa di ruang tamu itu.
Christian Jack yang menerima pukulan itu terus terjaga dan terus bergelut dengan orang tua dihadapannya itu.
Dia perlu mengambil dulang aluminium itu kerana sakit tubuhnya dipukul sebegitu.
Puan Intan apalagi terus menjerit menghalau lelaki yang tidak dikenalinya itu. Areesya yang dari tadi tidak sedarkan diri itu terus terjaga mendengar jeritan daripada ibunya itu.
Terkejut dia melihat ibunya sedang bergelut dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang membuatkannya terus bangun berdiri dan baru dia ingin melangkah terus terhenti.
“Aarggh,” Areesya mengadu sakit apabila dahi kananya yang sudah dilekapkan dengan kapas itu terasa sakit terus jarinya diangkat menyentuh kapas itu sambil wajahnya ditundukkan ke bawah.
Jack yang mendengar itu terus berhenti bergelut dan secepatnya dia berjalan laju menghampiri Areesya.
“Awak okay ke tak ni?,” soal Jack khuatir.
Areesya yang mendengar soalan itu terus mengangkat wajahnya membalas pandangan lelaki di hadapannya itu.
Mindanya terus mengingati kejadian malam semalam yang dia ditolak oleh Nina sehingga dahinya terluka.
Lelaki inikah yang menyelamatkan dirinya semalam?
Tapi siapa dia?
“Saya okay. Tapi awak siapa?,” soal Areesya ingin tahu. Jack mula menegakkan badannya sebaik mendengar pertanyaan itu.
Raut wajahnya kelihatan agak kecewa kerana dia menyangka wanita di hadapannya itu masih mengenalinya namun tidak.
Areesya masih menanti lelaki di hadapannya itu untuk menjawab namun belum sempat lelaki itu membuka mulut tiba-tiba sahaja Puan Intan menjerit sambil menyerang Jack dengan sebuah pisau mungkin di ambil di dapur.
Jack yang mendengar jeritan orang tua itu terus berpaling ke belakang dan dia terkejut terus dia menarik Areesya berlindung ke belakang tubuhnya. Perbuatan Jack itu membuatkan Areesya terasa dilindungi.
“Mak cik, bawa bertenang. Jangan terlalu ikutkan perasaan,” pujuk Jack sambil tangan kirinya diangkat agar mampu menghalangi serangan Puan Intan itu.
Areesya yang bersembunyi di belakang tubuh Jack itu mula menonjolkan kepalanya sedikit.
Dia ingin melihat ibunya.
“Aku dah kata kan kau keluar dari rumah aku! Kau buat apa lagi kat sini! Kau nak aku bunuh kau ke apa! Keluar!,” tempelak Puan Intan tidak berpuas hati sambil melangkah beberapa tapak ke hadapan dengan menghala mata pisau itu kiri dan kanan di udara.
Automatik kaki Areesya dan Jack mengundur ke belakang dan Areesya yang dalam ketakutan melihat ibunya itu terus menggengam erat lengan kanan Jack itu.
Khuatir jika ibunya itu bertindak lebih jauh lagi.
“Aku kata keluar lah!,” tempelaknya lagi disertakan dengan maki hamun yang tidak berhenti.
Adam yang baru melangkah keluar dari keretanya yang diparkir di halaman rumah itu terus berlari masuk ke dalam rumah sebaik mendengar teriakan Puan Intan itu. Risau jika Areesya diapa-apakan.
Terkejut Adam Lian dibuatnya apabila melihat Puan Intan sedang memegang pisau itu. Pandangan Adam terhala kepada lelaki berbadan tegap dengan berkemeja hitam yang sedang melindungi Areesya di belakang.
Jack yang membalas pandangan Adam itu tanpa berfikir apa-apa terus mengisyaratkan mata kepada Adam agar membantunya untuk merampas pisau dari genggaman Puan Intan.
“Mak cik tenang, saya datang sini sebab nak rawat anak mak cik. Bukan ada niat buruk,” Jack berusaha untuk memberitahu hal yang sebenar sambil itu Adam yang faham akan isyarat tadi perlahan-lahan menapak menghampiri Puan Intan.
Jack terus memandang sekejap lengan kanannya apabila Areesya makin mengeratkan genggaman di lengannya. Hatinya terus berbunga suka dan Jack kembali menghala pandangannya ke orang tua dihadapannya itu.
Dia dapat rasakan orang tua di hadapannya itu ingin menyerangnya.
“Aku tak kisahlah kau nak buat apa dengan budak perempuan tu! Sekarang ni kau sesuka hati masuk rumah aku kenapa?! Keluar dari rumah aku!,” tempelak kuat Puan Intan bagai meroyan itu terus dia menyerang Jack.
Jack yang sudah siap sedia itu terus menggunakan kelebihannya dalam mempertahankan diri lekas dia menepis pisau itu yang membuatkan pisau itu jatuh ke lantai kayu rumah.
Adam secepatnya terus mengambil pisau itu dan mengarahkan Areesya untuk mengembalikan pisau itu ke dapur. Areesya yang agak ketakutan itu hanya menurut.
Tubuh hadapan Puan Intan itu terus dibawa ke dinding kayu rumah malah tangan kanan orang tua itu masih disilang ke belakang.
“Sakitlah! Lepaskan aku!,” ronta Puan Intan masih tidak berpuas hati. Mendengar rontaan itu hanya membuatkan Jack makin menekan kuat tubuh orang tua itu.
Jack sedikitpun tidak peduli jika penyerangnya itu berlainan jantina ataupun sudah berusia. Penyerang tetap penyerang.
“Dah lepaskan dia,” arah Adam lembut.
Jack yang mendengar itu terus melepaskan orang tua itu lalu dia mengundurkan beberapa tapak ke belakang untuk menjauhi.
Puan Intan yang tidak berpuas hati itu terus ingin menampar kuat pipi kanan Jack namun terhenti apabila Jack menangkap tangannya.
Puan Intan lantas terkejut lalu dia mahu melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Genggaman lelaki dihadapannya terlalu kuat.
“Don’t you dare to touch me!,” terus tangan Puan Intan yang berada di genggamannya itu ditolak kasar yang membuatkan orang tua itu berundur beberapa tapak ke belakang.
Adam yang memerhatikan itu mengerutkan dahinya.
“Adam, tengok siapa ni. Kalau dia apa-apakan Allesya dengan ibu macam mana? Kalau ibu mati macam mana? Ibu tak nak mati lagi kesian suami ibu pasti tunggu ibu balik,” gadu Puan Intan yang terus berubah ke karakter manjanya apabila melihat Adam sambil dia berlari anak ke arah Adam. Lengan kanan Adam terus dipeluk erat.
Jack yang mendengar itu mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap wanita tua itu yang cepat berubah.
“Kejap lagi nanti ayah balik. Ibu tak perlu risau sekarang ni ibu masuk bilik ibu dulu. Nanti Adam panggilkan ayah,” pujuk Adam lembut yang mampu menyejukkan hati Puan Intan itu.
“Betul ni?,” soal Puan Intan teruja.
Adam Lian hanya mengganguk laju.
“Okay, ibu masuk bilik dulu ibu nak sesiap pakai cantik-cantik sebab nanti ayah balik pasti ayah suka. Betul tak, Adam?,” soalnya lagi menginginkan sokongan daripada Adam.
“Betul tu, ibu. Dah ibu masuk bilik dulu,” ajak Adam lembut. Puan Intan yang teruja itu terus melangkah masuk ke dalam biliknya sambil menutup pintu bilik.
Areesya yang berada di sudut rumah itu yang dari tadi hanya memerhati terasa sebak setiap kali melihat keadaan ibunya seperti itu. Adam kembali fokus memandang lelaki di hadapannya itu.
Lelaki itu memiliki badan tegap, berkulit putih susu dan berketinggian 189 centimeter.
Gaya pemakaian lelaki itu juga kelihatan kemas serta rambut hitam yang digayakan kemas dengan gaya ‘Mid fade with textured slicked back hair’ dan bergaya dengan beberapa aksesori mewah yang dipakai seperti jam tangan Vacheron Constantin itu menarik sedikit perhatian Adam.
Jadi, lelaki di hadapannya itu bukan calang-calang orang.
“I think I need to go. Forgive me for bothering you guys,” Jack yang dari tadi diam diperhatikan itu mula rasa tidak selesa akhirnya bersuara lalu membalas pandangan Areesya yang berada di sudut ruang tamu itu.
“I have no bad intentions to you I just want to help you,” ujarnya sambil masih membalas pandangan Areesya lalu kembali memandang ke arah Adam.
Adam yang mendengar itu hanya mengganguk kecil dan memberi laluan keluar.
Jack mula mencapai kot hitamnya yang terletak di sofa lalu terus melangkah keluar dari rumah itu. Sedikitpun dia tidak memandang Areesya.
Melihat lelaki itu sudah melangkah keluar dari rumahnya, Areesya secepatnya berjalan laju menuju ke dapur untuk mengambil peti pertolongan cemas.
Adam pula terus melabuhkan punggungnya di sofa dan mengeluarkan telefonnya. Banyak perkara yang perlu dia uruskan mujurlah boleh diuruskan melalui dalam talian.
Namun hanya untuk sementara, esok dia perlu ke pejabatnya di Kuala Lumpur bersama Areesya.
Terangkat wajah Adam apabila melihat Areesya berlari anak keluar dari rumah sambil membawa peti pertolongan cemas. Berkerut dahi Adam dibuatnya terus dia bangun berdiri dan berjalan menuju ke jendela.
Dia melihat Areesya sedang memanggil lelaki itu. Adam tersenyum kecil kerana dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh Areesya. Jadi, Areesya juga perasan ada luka terhiris di tangan kanan lelaki itu mungkin kerana disebabkan pergelutan pisau dengan Puan Intan tadi.
Adam hanya membiarkan lalu dia kembali duduk di sofa menghadap telefonnya.
Areesya dengan menundukkan wajah ke bawah itu terus melangkah menghampiri Jack apabila sudah berpaling ke belakang sebaik dipanggil olehnya tadi.
Jack mula mengukirkan senyuman manisnya.
“Tangan awak terluka takkan awak nak balik dengan luka macam tu. Awak kan dah tolong saya pastu awak dengan luka macam ni.. Saja kan nak bagi saya rasa bersalah ?,” tutur Areesya menahan geram lalu mengangkat pandangannya membalas pandangan lelaki di hadapannya.
Jack yang mendengar itu terus memandang luka terhiris di tangan kanannya itu. Sungguh, dia sendiri tidak perasan dia terluka mungkin hanya kerana luka kecil yang tidak memberi sedikitpun kesan sakit.
Jack tergelak kecil.
“It’s okay, it doesn't hurt me any way,” ujar Jack lembut.
“Awak ni, tak nampak ke darah tu tak berhenti. Jangan buat saya rasa bersalah boleh?,” agak tegas suara Areesya yang masih mahu lelaki dihadapannya itu mendapatkan rawatan daripadanya.
Sekurang-kurangnya dapat menghentikan darah itu dari menitis jatuh. Jack yang mendengar itu hanya membalas pandangan Areesya.
PUAN Sri Misha lekas meminta pembantu rumahnya, Puan Saidah untuk mengambil buah anggur yang sudah dia cuci tadi di dapur sebaik melihat suaminya, Tan Sri Megat Idruz sedang menuju ke ruang meja makan.
Puan Saidah hanya menurut dan terus melangkah menuju ke dapur. Dia juga tahu suaminya itu menyukai buah anggur ketika waktu sarapan.
“You make breakfast today, Misha?,” soal Tan Sri Megat Idruz sebaik sudah duduk di kerusi.
“Yes because today I’m really happy!,” jawab Puan Sri Misha dengan teruja lalu dia menuangkan bihun goreng ke pinggan suaminya.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar terus mengerutkan dahinya lalu dia memandang isteri cantiknya itu.
“Apa yang buatkan you happy sangat ni?,” dia ingin tahu.
Puan Sri Misha masih tidak berhenti senyum yang menandakan dia betul-betul gembira.
“Nantilah tunggu Shah dan Danish turun makan then I will tell you,” beritahu Puan Sri Misha yang masih tidak ingin memberitahu sekarang.
Tan Sri Megat Idruz tersenyum kecil dan matanya masih tidak berhenti memandang isteri cantiknya itu.
“Kenapa you pregnant ke?,” sengaja Tan Sri Megat Idruz ingin mengusik isterinya.
Puan Sri Misha yang mendengar usikkan suaminya itu terkejut terus dia memandang suaminya itu.
“You ni tak malu ke kan ada Saidah tu!,” tegur Puan Sri Misha apabila kedua-dua pipinya itu sudah merah kerana tidak dapat menahan malu.
Mendengar itu membuatkan Tan Sri Megat Idruz terus menoleh ke arah pembantu rumahnya.
Puan Saidah yang sudah meletakkan mangkuk kaca yang mengandungi buah anggur itu hanya mengukirkan senyumannya apabila suaminya itu memandang ke arahnya.
“Ehem..,” Shah yang dari tadi mendengar itu terus berdeham kecil apabila sudah tiba di ruang makan.
Puan Saidah memandang ke arah anaknya yang segak berkot ‘navy blue’ berkemeja biru cerah di dalam dan berseluar slack putih membuatkan penampilan anaknya itu menyerlah.
Tersenyum lebar.
“Handsome lah anak mummy ni,” baru sahaja Puan Saidah ingin memuji penampilan anaknya itu tidak jadi apabila Puan Sri Misha sudah bersuara terlebih dahulu. Puan Saidah agak terkilan.
Shah memandang ke arah ibu angkatnya itu lalu mengukirkan senyumannya.
“Thanks mummy,”
“Eh, Aunty Saidah tak nak puji Shah ke pagi ni? Hari Shah tak sempurna lah kalau tak dengar aunty puji Shah,” manja suara Shah seperti anak kecil yang menginginkan perhatian dari ibunya.
Puan Saidah tersenyum kecil.
“Kamu ni Shah memang manja betul dengan maid rumah ni macam lah itu ibu kamu,” tegur Puan Sri Misha yang cemburu apabila anak angkatnya yang dijaga dari kecil itu masih inginkan perhatian pembantu rumahnya.
Shah yang mendengar itu terus terdiam sekejap dan dia melihat mati terus senyuman ibu kandungnya apabila mendengar teguran daripada Puan Sri Misha itu.
Dia yakin pasti hati ibunya itu berkecil hati.
“Asal semua orang serius sangat ni?,” soal Megat Danish yang berpakaian formal Vest Suit Slim Fit Tuxedo Waistcoat Coat berwarna kelabu serta berkemeja hitam di dalam dan seluak slack mengikut warna vestnya.
Tali leher bercorak kecil warna putih lagi membuatkan ketua pegawai eksekutif Megat Trading itu kelihatan lebih maskulin dengan tubuh tegapnya.
“Dah-dah. Jom breakfast nanti lambat pulak masuk office,” secepatnya Tan Sri Megat Idruz berdalih agar tidak menjadikan suasana tegang di awal pagi. Danish yang memandang pembantu rumahnya itu terus mengerutkan dahinya seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
Kerana tidak mahu berfikir lebih lanjut perihal itu, Danish terus menarik kerusi yang bersebelahan dengan ibunya, Puan Sri Misha dan terus duduk bersiap untuk menjamu selera.
Manakala, Shah yang tidak lepas memandang ibunya itu terus menarik kerusi yang bertentangan dengan Puan Sri Misha. Terpaksa dia mengukirkan senyuman kecilnya kepada ibu angkatnya.
“Dah makan,” pelawa Tan Sri Megat Idruz kepada keluarganya sempat lagi dia mengisyaratkan isterinya, Puan Saidah itu kembali ke ruang dapur.
Dia tidak mahu ahli keluarganya itu mengesyaki sesuatu yang boleh mengharu-birukan suasana.
Puan Saidah hanya menurut.
“Ha, Misha. Kat sini semua dah ada, apa yang you nak bagitahu sangat tu?,” soal Tan Sri Megat Idruz ingin tahu lalu buah anggur itu dipetik dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Puan Sri Misha mula tersenyum kembali.
Shah memandang ke arah ayahnya itu sedikitpun ayahnya itu tidak rasa bersalah kerana memperlakukan ibu kandungnya, Puan Saidah seperti itu. Dia sebagai seorang anak ni pun dapat rasakan ibunya itu sedang berkecil hati dan sedih.
Takkan seorang suami tidak dapat rasakan walaupun sedikitpun? Shah kecewa.
“Macam ni you. Hari ni I happy sebab ada dua perkara,” teruja Puan Sri Misha ingin bercerita. Tan Sri Megat Idruz tersenyum lebar melihat kegembiraan isterinya.
“Oh ya? What is that?,” soal Tan Sri Megat Idruz yang ingin tahu.
“Okay you dengar betul-betul tau. First sebab I nak terima menantu dari Shah yang kedua sebab anak kesayangan mummy, Danish sorang ni dah melamar Isha semula!,” teruja Puan Sri Misha memberitahu.
Tan Sri Megat Idruz terus memandang anaknya, Danish yang sedang menjamu selera. Agak terkejut menerima berita itu.
Shah turut terkejut mendengar berita itu terus dia memandang adik angkatnya itu.
“Betul ke Danish?,” soal Tan Sri Megat Idruz menginginkan kepastian. Danish yang mendengar itu terus memandang ayahnya dan mengganguk kecil.
“Betul daddy,”
“Okay, then how about Allesya Danielle?,” hairan Tan Sri Megat Idruz dengan keputusan anaknya itu. Tempoh hari, anaknya itu menginginkan Allesya sehingga sanggup memutuskan pertunangan dengan Isha.
Sekarang ni…?
Danish yang menerima soalan itu terus membalas pandangan abang angkatnya itu.
“You ni apalah tanya pasal perempuan tu dekat sini. Boleh rosak mood I tahu?,” ujar Puan Sri Misha bengang. Hilang terus selera makannya.
“Someone has stole her from me,” ringkas sahaja jawapan Danish yang betul-betul membuatkan semua orang di ruang makan itu terkejut dan hairan.
Shah yang membalas pandangan adik angkatnya itu tidak memberi sebarang reaksi.
“What?,” terkejut Puan Sri Misha mendengar khabar itu sambil dia memandang anaknya disebelah.
“Mummy dah kata dah, perempuan tu bukan perempuan yang baik,” meluru sahaja Puan Sri Misha membuat tuduhan.
Mendengar itu membuatkan Danish memandang ke arah ibunya.
“She’s kind, mum. Just in this case, someone has stole her from me,” jawab Danish yang masih ingin membela Allesya lalu anak matanya menghala ke Shah.
Tan Sri Megat Idruz yang perasan tentang perihal itu terus memandang Shah yang duduk di belah kirinya. Dia dapat rasakan sesuatu berlaku di antara anak-anaknya itu.
Shah mula memperbetulkan tali lehernya kerana sudah tidak berasa selesa dengan suasana awal pagi yang memberi ketegangan kepadanya.
Dia terus mencicip perlahan kopi panas itu dan dia perlu berlagak biasa seperti tidak tahu apa-apa.
For this week, ni sahaja tau dulu. Rifi bagi peluang pada diri sendiri dan yang lain untuk persiapan hari raya. Ingat, bab seterusnya akan bersambung pada HARI KETIGA RAYA. Jangan lupa pulak.
Share this novel