BAB 1

Romance Completed 21483

Di Universiti Umm Al Qura, Mekkah

Kereta Audi R8 berwarna kelabu cerah itu laju membelah angin menuju ke Universiti Umm Al Qura, Mekkah yang tersergam indah di pinggir kota Arab Saudi.

Apabila tiba dikawasan parkir, terus diparkirkan keretanya di kotak parkir di perkarangan besar terbuka Universiti itu.

Dimatikan enjin keretanya, si pemandu yang memakai kaca mata hitam itu mula mencapai sebuah kamera yang terletak di kerusi penumpang yang bersebelahan dengannya.

Diperiksa lensa kameranya terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari perut kereta mewah miliknya.

Kedua matanya mula memerhati reka bentuk bangunan Universiti itu. Terukir sebuah senyuman di wajahnya.

Seperti yang dijangka reka bentuk bangunan Universiti yang bakal dikaji olehnya itu mampu melengkapkan tugasan akhir yang diberikan oleh pensyarahnya.

Kaca mata hitamnya itu dibuka lalu disangkutkan di tengah-tengah kolar bajunya itu.

Kamera yang berada di dalam genggamannya itu mula diangkat separas kedudukan kedua-dua matanya lalu digerakkan lensa kamera. Beberapa kepingan gambar berjaya ditangkap oleh kameranya diikuti dengan lensa kameranya mula bertukar posisi ke suasana sekeliling Universiti itu.

Clak ! Clak !

Megat Danish memeriksa kepingan gambar yang berjaya ditangkap olehnya itu di skrin kameranya, dia mengukirkan senyumannya.

Namun, mati senyumannya apabila dia melihat sekeping gambar yang barusan ditangkap itu kelihatan seorang wanita berniqab berjubah hitam yang sedang mendongak memandang ke arah pancaran cahaya matahari.

Cantik tapi...

Dikerutkan dahinya.

“Bila masa pulak aku tangkap gambar perempuan ni ?,” segera dia mendongakkan kepalanya memandang ruang hadapannya itu.

Berdebar hatinya apabila matanya tertancap seorang wanita yang berjalan menghampirinya sambil menundukkan wajah ke bawah.

Danish terkaku dan hanya mampu melihat wanita berniqab itu melintasi bersebelahan dengannya dan tidak semena-mena kamera yang berada di dalam genggamannya itu jatuh terhempas di atas jalan tar.

Terkejut Megat Danish dibuatnya dan wanita berniqab yang baru melintasi bersebelahan dengannya itu turut terkejut lalu terus berpaling ke belakang.

“I’m sorry, Sir. I didn’t mean it to broke your camera,” segera wanita berniqab itu menghampirinya lalu mencapai kamera yang terjatuh itu.

Diperhati keadaan kamera yang berada di dalam genggamannya itu sudah rosak manakala Megat Danish terkesima seketika.

Wanita berniqab itu kini berada di hadapannya, jantungnya itu masih laju berdengup membuatkannya kaku seketika.

Matanya masih tidak berkelip memandang sepasang mata milik wanita berniqab itu yang masih menundukkan matanya ke bawah.

“Zaara !,” Wanita berniqab itu segera memalingkan pandangannya ke belakang sebaik namanya dipanggil.

Soffiyya! Segera dia mengukirkan senyumannya.

“Zaara?,” Perhatian Megat Danish langsung terarah kepada wanita berniqab yang memanggil itu yang sedang berjalan menghampiri mereka.

“Kenapa ni?,” Soffiyya yang tiba di situ mengerutkan dahinya apabila melihat di genggaman sahabatnya itu terdapat sebuah kamera.

Megat Danish masih diam memerhatikan mereka berdua.

“Aku tak sengaja langgar kamera dia, Soffiyya. Aku tak perasan,” gadu Zaara sambil memeriksa kamera itu. Megat Danish yang memerhati dari tadi segera merampas kasar kembali kameranya itu.

Tertoleh pandangan Zaara kepada lelaki dihadapannya itu.

Megat Danish memeriksa kameranya dimana bahagian skrin kameranya sudah retak lalu dia cuba menghidupkan kameranya namun gelap.

Diperiksa pulak di bahagian lensa kameranya itu juga sudah retak dan menandakan kameranya itu sudah rosak.

Megat Danish melepaskan keluhan beratnya.

“I’m really sorry, sir. ” Zaara segera memohon maaf semula apabila mendengar keluhan berat Megat Danish.

Megat Danish yang mendengar itu segera mengangkat pandangannya membalas pandangan Zaara yang membuatkan hatinya berdebar sebentar tadi.

“Sir, it’s okay. I will pay back for what happened to your camera just please forgive my friend, she didn’t mean to broke your camera,” rayu Soffiyya kepada Megat Danish.

Megat Danish hanya diam seketika apabila mendengar rayuan wanita itu.

Dipandang Zaara kembali.

Oh, okay perempuan di hadapan aku ni fikir dia yang langgar kamera aku sedangkan aku sendiri yang jatuhkan kamera aku tadi.

‘Okay, I know what to do just to know more about you... Zaara,’ getus perlahan hati Megat Danish sambil matanya masih memandang ke arah Zaara.

Zaara yang membalas pandangan itu lekas menundukkan pandangannya ke bawah. Entah kenapa dia tidak rasa selesa dengan pandangan lelaki di hadapannya itu.

Megat Danish tersenyum nipis.

“Okay, saya setuju cuma saya tak nak awak bayar pakai cash. I need both of you temankan saya beli kamera baru and I don’t mind anytime when both of you free to company me,” tawar Megat Danish membuatkan Soffiyya dan Zaara saling berpandangan.

Bukan hanya terkejut apabila lelaki di hadapan mereka itu mampu bertuturan dalam bahasa Melayu malah dengan tawaran yang diberikan oleh Megat Danish itu membuatkan mereka keliru seketika.

Zaara menggelengkan kepalanya sedikit agar memberi isyarat kepada Soffiyya menunjukkan bahawa dia tidak mahu menemani lelaki itu namun Soffiyya sengaja tidak memahami isyaratnya.

“How it’s? Deal?,” soal Megat Danish inginkan kepastian.

“Okay, Sir. We agree,” kata putus Soffiyya membuatkan Zaara sedikit sebal.

Soffiyya ni kalau jumpa lelaki memang macam ni!

Zaara sekali lagi mengangkat pandangannya dan membalas pandangan lelaki itu.

Megat Danish hanya mengukirkan senyumannya.

Zaara secepatnya menundukkan kembali pandangannya ke bawah apabila kepalanya mula berdenyut kesakitan seperti cuba mengingati sesuatu.

Beberapa peristiwa lalu mula terbayang-bayang di mindanya yang membuatkan kepalanya makin sakit.

Segera dia memegang kepalanya dan terus mengerang kesakitan perlahan namun cukup didengari oleh Soffiyya dan Danish.

“Eh, Zaara. Kau kenapa ni?,” khuatir Soffiyya dibuatnya sambil dia mula memeluk bahu Zaara.

Zaara menggelengkan kepalanya dia tidak tahu apa yang cuba diingati oleh mindanya. Dia segera berpaut pada lengan Soffiyya.

“ Awak okay ke tak ni?,” Megat Danish turut khuatir dengan keadaan Zaara. Cepat Zaara menggeleng.

Pandangan matanya mula kabur dan kerana tidak sanggup menahan kesakitan, Zaara terus rebah dan tidak sedarkan diri dipangkuan sahabatnya, Soffiyya.

Terkejut Soffiyya dan Danish.

KING ABDULLAH MEDICAL CITY SPECIALIST HOSPITAL,

" TERIMA Kasih, Encik..." Sofiyya yang ingin berterima kasih itu terhenti apabila dia tidak mengetahui nama lelaki dihadapannya yang sudi membantu menghantarkan Zaraa ke hospital.

"Danish just call me Danish," Sofiyya mengangguk malu.
Danish? Nama dah seangkatan ketampanan macam orangnya. Lekas, Sofiyya mengukirkan senyumannya di balik kain niqabnya itu.

" Terima Kasih, Danish sebab sudi bantu Zaraa. I’m really appreciate that,” tutur Soffiyya lembut. Megat Danish tersenyum nipis.

“It’s okay. Maafkan saya, bukan niat saya nak masuk campur dalam urusan Zaara cuma saya nak tahu Zaara ada sakit kronik ke?,” soal Megat Danish ingin tahu.
“Oh, sebelum tu boleh saya minta nombor telefon awak sebab mudah saya nak contact awak untuk temankan awak beli kamera nanti,” pinta Soffiyya lalu segera menyeluk beg tangannya.

Namun, telefonnya tiada.
Lalu dikeluarkan telefon milik Zaara yang terdapat di dalam beg tangannya itu dan dihulurkan kepada Megat Danish.

“Maafkan saya, telefon saya maybe tertinggal dekat rumah tapi awak boleh save nombor awak dalam phone Zaara,” beritahu Soffiyya itu membuatkan Megat Danish tersenyum lebar.

Ni namanya rezeki tak pernah salah alamat.

Segera menyambut huluran telefon Zaara itu dan mula mendail nombornya lalu membuat panggilan ke telefonnya yang berada di dalam poket seluarnya yang mula berdering.

Got it !
Lalu terus dia menyimpan nombornya itu sebagai Megat Danish di aplikasi kenalan di telefon milik Zaara.

Senyuman masih tidak dilekang terukir dibibirnya.

“ Okay, done!,” Seusai itu, dikembalikan telefon itu kepada Soffiyya. Sofiyya tersenyum lalu menyambut huluran itu.

“Back to your question, sebenarnya tiga bulan lepas Zaara accident dekat depan Universiti kami dan kesannya Zaara disahkan ada amnesia seratus peratus sehinggakan nama dia sendiri pun dia tak ingat maybe tadi dia cuba nak ingat something and dia paksa diri juga untuk ingat that why dia pengsan tadi,” beritahu Soffiyya yang membuatkan Megat Danish mengganguk kecil namun dikerutkan sedikit dahinya.

“Oh kalau macam tu, Zaara tu bukan nama sebenar dia? Kalau boleh saya tahu, apa nama sebenar dia?,” soal Megat Danish ingin tahu.

Entah kenapa dia ingin mengetahui identiti sebenar perempuan yang mampu membuatkannya jadi tidak keruan hanya dengan pandangan pertama tadi.

Baru sahaja Soffiyya ingin menjawab, doktor yang merawat sahabatnya itu terus memanggilnya dan membuatkan perbualan mereka terpaksa dihentikan.

“I’m sorry, Encik Danish. Doktor dah panggil saya nanti kita berbual lagi,”

“It’s okay. Kalau macam tu saya gerak balik dulu sebab saya pun ada hal nak uruskan nanti saya contact kawan awak,” pamitnya membuatkan Soffiyya hanya mampu menganggukkan kepalanya dan membiarkan Megat Danish melangkah meninggalkan ruangan itu.

“SERIUSLAH Soffiyya?,” Terkejut Zara dibuatnya apabila mendengar nombor telefonnya diberikan kepada lelaki tadi.

Soffiyya yang baring bersebelahan Zaara di atas katil hospital itu terus mengerutkan dahinya.

“Seriuslah, alah kau ni pun halalkan jelah nombor telefon kau tu sedikitpun tak luak lah. Lagipun tadi telefon aku tertinggal maybe dekat rumah kot,” ujar Soffiyya sambil mula tersenyum lebar apabila mengingati raut wajah Megat Danish.

Zara yang mendengar itu hanya melepaskan keluhan beratnya itu. Soffiyya yang memandang ke arah syiling atas itu terus menoleh disebelahnya apabila mendengar keluhan berat daripada sahabatnya itu.

“Zara, lagipun tadi dia dah tolong kau tau bukan tu je bil hospital kau pun ni pun dia tolong bayarkan untuk kau, you should be grateful. Aku tengok tadi dia betul-betul risaukan pasal kau tau macam-macam soalan dia tanya dekat aku tadi. Dah nampak sangat dia tu baik orangnya,” puji Soffiyya dengan senyuman tidak lekang dibibir.

“Wah, kau ni. Kalau bab memuji orang kemain lagi. Kau ni aku bukan apa nama dia tu kita pun tak tahu,” ujar Zaara dengan nada agak lemah mungkin disebabkan ubat bius yang diberikan oleh doktor yang merawatnya tadi.

“Bukan kita, kau je yang tak tahu nama dia. Nama dia Danish. Megat Danish,” beritahu Soffiyya sambil mengalihkan pandangannya ke syiling atas. Zaara yang mendengar itu lekas mengerutkan dahinya.

Megat Danish?

Zaara lekas mengingati kejadian tadi apabila dia membalas pandangan Danish, ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.

Beberapa peristiwa yang kurang jelas.

Ada perkara yang cuba dia ingati. Namun dia tidak mampu menahan kesakitan sebaik fikirannya makin cuba mengingati sesuatu dengan jelas tadi.

Entahlah malas dirinya untuk mengingati apa yang diingati tadi buat sakit kepalanya sahaja.

TIGA HARI SELEPAS ITU...
“Zaara, mana eh lelaki yang selamatkan kau tu? Dia ada contact kau ke? Yelah, dia ada nombor kau je. Kata nak suruh kita temankan dia beli kamera, dah tiga hari dia diam je,” bebel Soffiyya ingin tahu tentang keberadaan Danish sebaik mereka keluar dari bilik kuliah.
Zaara yang berjalan beriringan dengan Soffiyya itu terus tertawa kecil.
“Kau ni, dah tiga hari berturut-turut kau sebut pasal dia. Aku yang dengar ni pun dah naik muak dah. Biarlah dia diam entah-entah dia dah beli kamera dia dah pun,” giliran Zaara pula membebel ringkas. Soffiyya mencebik mendengar andaian Zaara itu. Saja je nak buat aku kecewa.
Sebaik mereka menuruni tangga utama Universiti itu, telefon Zaara mula berdering memintanya untuk menjawab panggilan. Dihentikan langkahnya dan diikuti Soffiyya. Zaara secepatnya menyeluk tangannya ke dalam beg tangan dan lekas mengeluarkan telefonnya.
Dibaca nama panggilan itu.
Megat Danish ?
“Wey, Danish call lah. Angkatlah buka loud speaker. Aku nak dengar juga,” desak Soffiyya teruja sebaik dia membaca nama panggilan itu. Zaara melepaskan keluhannya secara perlahan dan mula menjawab panggilan itu.
“Ye, Encik Danish?,” soal Zaara perlahan dan agak kekok menyebut nama lelaki itu.
“Hurmm, saya nak bagitahu yang malam ni saya nak ajak awak dengan kawan awak tu temankan saya beli kamera baru. So, nanti awak share location dekat saya. Boleh?,” soal Megat Danish dengan nada biasa.
“Boleh, Danish. Nanti Zaara share location rumah kami cuma saya nak tahu dalam pukul berapa Danish nak pick up kami?,” soal Soffiyya apabila dia sengaja mencelah.

Zaara terus memandang ke arah Soffiyya.
“At 9, I will pick up both of you,” jawabnya ringkas.
“Okay, Danish. Noted,” jawab Soffiyya dengan nada terujanya. Zaara hanya mendiamkan diri dan hanya mampu mendengar.

“Okay, nanti malam kita jumpa. Bye,” pamit Megat Danish lalu terus mematikan panggilannya.
Zaara melepaskan keluhan leganya.
Danish yang mematikan panggilannya itu melepaskan nada kecewanya apabila dia hanya mendengar sekali suara Zaara yang mampu mengetar jiwanya tadi. Mindanya mula mengingati pertemuan pertama kali mereka itu yang masih membuatkan bibirnya tersenyum lebar.
“Yes, Danish nak ajak keluar!,” teruja Soffiyya.

Zaara tersenyum nipis melihat keterujaan Soffiyya itu entah kenapa dia tidak mahu mengikuti Danish malam ni.
“Kau okay ke tak ni? Macam tak happy je,” tegur Soffiyya melihat riak wajah Zaara.
“Entahlah wey, aku rasa aku tak nak ikut kot sebab aku nak rest lah malam ni lagipun aku kan baru discharge dua hari lepas,” dalih Zaara dengan nada lemahnya. Soffiyya mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak?
“Eh kau ni. Ni masuk class boleh je tiba sampai Danish nak ajak keluar kau bagi alasan pulak. Takkan kau nak biarkan aku dengan dia je?,” soal Soffiyya kecewa.
“Alah, kau pergi jelah. Aku okay cuma nak rest malam ni je and jangan balik lambat pula. Kau balik lambat aku report dekat ummi kau,” ugut Zaara tegas.

"Yelah, Tuan Puteri," akur Soffiyya lalu tertawa kecil.

MALAM itu, Megat Danish yang memandu sebuah kereta berjenama Audi R8 yang disewa selama seminggu keberadaannya di bumi Arab itu berhenti sebaik tiba di hadapan rumah milik Soffiyya.

Dia hanya mengenakan t-shirt berkolar hitam itu mematikan enjin keretanya lalu diperkemaskan pakaiannya dan gaya rambutnya di hadapan cermin pandang belakang. Dia mengukirkan senyumannya.

Tak sabar nak jumpa Zaara!

Lalu segera dia melangkah keluar dari perut keretanya dan pandangannya memerhati segenap ruang rumah dihadapannya itu.

Tubuh belakangnya itu disandarkan ke badan kereta sambil mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

Panggilan antaranya dengan Zaara dihubungkan lalu skrin telefonnya dilekapkan ke telinganya menanti panggilannya dijawab.

Zaara yang berbaring di atas sofa sambil menonton kaca televisyen itu terus mencapai telefonnya dan membaca nama panggilan itu. Segera dia bangun berdiri lalu diletakkan telefonnya di atas meja, kakinya melangkah menuju ke jendela rumah.

Diselak sedikit langsir rumahnya itu.

Kelihatan Megat Danish sedang menanti panggilannya untuk dijawab lalu Zaara segera melangkah menghampiri bilik Soffiyya dan dibiarkan telefonnya berdering.

“Soffiyya?,” panggil Zaara sambil membuka pintu bilik sahabatnya itu.

“Hurmm?,” Soffiyya segera menoleh ke arah pintu biliknya lalu diukirkan senyumannya di balik cadar itu.

“Dia dah sampai dah, dia tunggu kau depan rumah,” beritahu Zaara sambil menghampiri Soffiyya. Soffiyya melebarkan senyumannya lalu memperkemaskan tudung labuhnya dihadapan cermin.

“Kalau macam tu aku gerak dulu, Zaara,” ujar Soffiyya lalu mencapai beg tangan berjenamanya itu dan ingin melangkah keluar dari biliknya namun terhenti sebaik kedua-dua bahunya dipalingkan menghadap Zaara.

“Eh, kejap,” Zaara memandang penampilan Soffiyya dari atas ke bawah.

“Kau kenapa ni ?,” soal Soffiyya hairan.
Zaara mengukirkan senyumannya.

“Cantiknya kau ni !,” puji Zaara.

“Kau ni aku fikir apalah tadi. Dah lah aku gerak dulu, apa-apa nanti call aku tau,” pesan Soffiyya lembut. Zaara menganggukkan kepalanya.

“Jangan balik lambat sangat tau kalau tak aku report dekat parents kau,” ugut Zaara tegas. Soffiyya tertawa kecil lalu terus dia melangkah keluar dari biliknya dan diikuti Zaara dibelakang.

Soffiyya lekas melangkah menuju ke pintu utama rumah itu.

“Bye!,” ucap Soffiyya lalu terus menutup pintu rumah. Zaara hanya tersenyum lalu dia melangkah menuju ke ruang tamu dan dicapai telefonnya itu.

Dilihat notifikasi yang tertera di skrin telefonnya itu.
3 panggilan tidak dijawab?

Zaara mengeluh kecil sambil dipegang seketika dahinya yang masih terasa sakit lalu terus menuju ke biliknya. Dia perlu merehatkan seketika tubuh badannya dan mentalnya.

Megat Danish yang mengangkat pandangannya melihat Soffiyya menghampirinya itu dia hanya mengukirkan senyumannya.

Lalu dikerutkan dahinya apabila tidak melihat kelibat Zaara. Dipandang segenap rumah itu kembali ingin mencari kelibat Zaara. Namun, tiada.

“Thank you for waiting,” tutur Soffiyya yang membuatkan Megat Danish mengalihkan pandangannya ke arah Soffiyya.

“Where’s Zaara? Dia tak ikut kita ke?,” soal Megat Danish ingin tahu.

“Oh, Zaara tak dapat nak join sebab katanya nak rest,” beritahu Soffiyya ringkas. Megat Danish mengganguk kecil dengan riak wajahnya dikekalkan biasa namun hatinya kecewa mendengar pemberitahuan itu.

Megat Danish segera membuka pintu kereta dan mempelawa Soffiyya agar masuk ke dalam keretanya. Soffiyya tertunduk malu dan segera masuk ke dalam kereta mewah itu.

Sebaik memastikan Soffiyya selesa di tempat duduknya itu terus dia menutup pintu keretanya perlahan. Lalu pandangannya dihala seketika ke rumah dihadapannya itu dan terus dia melangkah masuk ke dalam keretanya di bahagian pemandu.

Dihidupkan enjin keretanya dan disarungkan tali pinggang kereta. Dia menoleh ke arah Soffiyya disebelahnya.

“Shall we?,” soal Megat Danish lembut membuatkan Soffiyya tersenyum dan mengganguk kecil.

Megat Danish turut tersenyum lalu menekan pedal minyak keretanya meninggalkan perkarangan rumah.

“SELAGI aku tak dapat apa yang aku nak, aku tak akan biarkan kau bawa Danielle macam tu je!,” tempelak lelaki tua itu sambil perlahan-lahan bangun berdiri lalu dicapai kayu besbol di hujung sudut bilik.

Digenggam kemas kayu besbol itu lalu dihayunkan ke tubuh belakang lelaki muda yang sedang memapah seorang perempuan keluar dari rumah itu.

Lelaki muda itu terbaring separuh sedar sambil mengerang kesakitan

“Rasakan kau!,” Lelaki tua itu tersenyum sinis lalu terus merentap kasar lengan perempuan itu.

“Apa ni, Che Mad?! Lepaskan akulah!,” rayu perempuan itu sambil mencuba untuk melepaskan lengannya namun tidak berjaya.

Kuat sekali genggaman lelaki tua itu.

“Aku takkan lepaskan kau!,” nekad lelaki tua itu lalu terus menolak tubuh perempuan itu terbaring di atas lantai rumah.

Perempuan itu sedaya upaya menolak kasar dada lelaki tua itu dan meronta untuk dilepaskan sebaik lengan baju kurungnya dikoyakkan kasar malah lelaki tua itu mencuba menarik kain baju kurungnya itu.

Zaara segera membuka kelopak matanya dengan nafasnya menjadi sesak dan berat. Sebak menyelubungi dirinya sebaik dia dia didatangani sebuah mimpi ngeri buat dirinya untuk kali pertama.

Perempuan yang berada di dalam mimpinya itu seakan-akan dirinya.

Segera dia bangun duduk di atas katil sambil cuba mengawal pernafasannya.

Berkali-kali bibirnya beristigfar panjang dan cuba tidak mengingati mimpi itu.

“Ya Allah,” tanpa disedari air matanya jatuh mengalir membasahi pipinya. Dikerling jam ditelefonnya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Maksudnya, Soffiyya dah balik lah kan?

Terus dia menuruni katil dan berjalan masuk ke dalam tandas.

Next chapter on Monday tau. Thank you pada yang sudi baca karya Rifi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience