BAB 13

Romance Completed 21483

“Kau buat apa dekat situ?,” soal Megat Danish sambil dia mengemaskan hujung butang lengan kemeja hitamnya yang dilipat sehingga ke siku.

Mendengar teguran itu membuatkan Allesya Danielle terkejut sekaligus bingkai gambar ditangannya itu jatuh berkecai di atas lantai.

Allesya Danielle tersentak.

Megat Danish terus memandang gambar yang sudah jatuh bersama kaca yang sudah berderai itu.

Lagi mengejutkan dirinya apabila melihat gambar itu adalah gambarnya bersama dengan arwah tok wannya.

“Maafkan saya, Tuan Danish,” ujar Allesya Danielle sambil itu dia duduk melutut dan kedua-dua tangannya mula mengutip serpihan kaca itu.

“Aarghh,” Allesya Danielle terus mengangkat jari telunjuknya yang luka terkena serpihan kaca itu. Megat Danish mengeluh kecil lalu terus dia mendapatkan Allesya Danielle.

Diraih cepat jari telunjuk itu.

“Haish, kau ni. Sini, ikut aku,” terus Allesya Danielle dibawa menuju ke ruang dapur. Dituju ke ruang singki dan dibuka pili air itu. Jari telunjuk Allesya Danielle dicuci perlahan dengan air.

Allesya Danielle yang cuba menahan pedih itu terus menarik jari telunjuknya.

Megat Danish terus memandang Allesya Danielle.

“Aku nak cuci luka kau tu, Allesya,” Megat Danish cuba untuk mencapai kembali jari telunjuk Allesya Danielle namun Allesya Danielle mengelak untuk tidak bersetuhan.

“Sakitlah, tak apalah biar saya cuci sendiri,” rungut Allesya Danielle lalu dia dengan sendirinya mencuci luka di jari telunjuknya.

Megat Danish tidak mampu untuk menghalang dia hanya mampu melihat Allesya Danielle menahan sakit.

Megat Danish terus membuka langkah mencapai kotak peti kecemasan yang disimpan di dalam kabinet belah atas.

Dibawa kotak peti kecemasan itu di ruang meja makan yang tidak jauh dari ruang singki itu.

“Sini, balut jari kau dengan plaster,” arah Megat Danish sambil membuka kotak peti kecemasan itu dan dikeluarkan plaster. Allesya Danielle yang sudah selesai mencuci lukanya itu, dia membuka langkah menghampiri majikannya.

Terus jari telunjuknya itu ditampalkan dengan plaster perlahan-lahan.

“Lain kali, hati-hati tak payah nak clumsy sangat,” Megat Danish mula membebel sambil masih menampal luka itu dengan plaster. Mendengar itu, Allesya Danielle hanya memandang ke arah majikannya itu.

“Saya rindukan awak, Danish,” bisik hatinya sebak. Hampir sahaja air matanya yang bertakung di tubir mata itu ingin jatuh mengalir membasahi pipinya.

Namun, dia masih mampu mengawal sebaknya.

Seusai itu, Megat Danish terus menutup kembali kotak peti kecemasan itu dan disimpan kembali di ruang kabinet belah atas.

Lalu terus dia membalas pandangan Allesya Danielle yang membuatkannya tergamam seketika.

Pandangan itu.

“Kenapa pandang aku macam tu?,” soal Megat Danish sambil dia berjalan menghampiri Allesya Danielle.

“Maaf, Tuan Danish. Saya nak tanya apa hubungan kita sebenarnya?,” soal Allesya Danielle teragak-agak namun dikuatkan juga dirinya untuk bertanya.

Megat Danish yang mendengar itu tersenyum kecil lalu dihampiri lebih dekat dengan Allesya Danielle.

Terpaksa Allesya Danielle berundur ke belakang setapak untuk tidak begitu dekat dengan majikannya itu.

Pandangan Megat Danish yang terarah ke bibir merahnya itu membuatkan Allesya rasa tidak selesa.

Melihat tingkah Allesya Danielle yang seperti tidak selesa, membuatkan Megat Danish menukar pandangannya untuk menatap kedua-dua mata indah itu.

Allesya Danielle membalas pandangan itu agar Megat Danish menjawab pertanyaannya.

“I’m really miss you, Allesya. But why you can’t remember anything about me?,” soal Megat Danish perlahan. Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya.

Allesya Danielle yang mendengar itu cuba menahan sebaknya.

“I miss you too, Danish,” namun ungkapan itu hanya mampu terucap di dalam hatinya.

Mereka membalas pandangan satu sama lain sambil mereka berdua cuba meluahkan apa yang terungkap dalam hati namun kerana masing-masing mempunyai agenda yang ingin mereka laksanakan, luahan itu terpaksa terbuku di dalam hati.

Allesya Danielle yang membalas pandangan majikannya itu terus mengerutkan dahinya.

“Tuan Danish..,” terhenti apa yang ingin diucapkan apabila jari telunjuk Megat Danish itu menyentuh bibirnya.

Terkesima seketika Allesya Danielle dibuatnya.

“Tapi, baguslah kalau kau tak ingat apa-apa tentang aku tak adalah kau menyusahkan aku cuma satu je aku nak ingatkan. Kalau kau ingat apa-apa tentang aku walaupun sedikit, percayalah aku takkan mudah-mudah nak lepaskan kau, Allesya. Keep that,” beritahunya dengan nada tegas dan sinis yang membuatkan Allesya Danielle diselubungi sebak dan ketakutan.

Entahlah dia sendiri keliru apa yang dirasakan sekarang.

Belum sempat Allesya Danielle bicara, kedengaran loceng rumah ditekan dari luar.

Ting tong!

“TERIMA Kasih, Datuk Umar sebab sudi hantarkan saya balik rumah,” ucap Areesya Husna sebaik melepaskan ikatan tali pinggang kereta itu.

Datuk Umar terus memandang Areesya Husna yang berada di sebelahnya itu.

“Please after this, don’t call me Datuk. Just call me Umar but I will prefer ‘abang’ Umar,” bersahaja Datuk Umar memberitahunya.

Areesya Husna yang mendengar itu mengukirkan senyuman kecilnya.

“It’s okay, Datuk. You work so hard for that tittle,”

“But for you just call me Umar okay?,” pinta Datuk Umar lembut. Areesya Husna yang mendengar itu terpaksa menurut.

“Okay, Umar,” teragak-agak Areesya Husna menyebut gelaran itu. Mendengar itu membuatkan Datuk Umar tersenyum lebar.

“Esok, Umar pick up Areesya pergi hospital maybe around 10 at morning, okay?,” soalnya lagi dan Areesya Husna hanya menganggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu, Areesya masuk rumah dulu,” pamit Areesya Husna lalu terus membuka pintu kereta. Dia melangkah keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta itu rapat.

Dan, dia melambaikan tangannya apabila melihat kereta berjenama Mercedes itu meninggalkan perkarangan rumahnya.

“Wah kemain kau, balik-balik je dah bawa lelaki lain siap pakai kereta mewah bagai. Kejap mak kau baru je masuk hospital kan? Kau tak tahu malu ke?,” bidas Puan Nora yang merupakan isteri kepada Pak Hamid itu.

“Areesya masuk dalam dulu, Mak cik,” pamit Areesya Husna perlahan lalu mula melangkah menghampiri pintu rumahnya.

Puan Nora yang tidak puas hati itu terus menyaingi langkah Areesya Husna dan lekas tangan kanan Areesya Husna ditarik kasar menghadapnya.

“Apa ni, mak cik?!,” geram Areesya Husna dibuatnya melayan karenah Puan Nora itu. Dia cuba melepaskan tangan kanannya itu namun tidak berjaya.

“Kau dengar sini, sebabkan satu keluarga kau yang dari dulu menyusahkan aku sekarang ni laki aku dah malas nak layan karenah aku dengan anak-anak aku tahu?!,” tempik Puan Nora sambil dia terus menolak Areesya Husna jatuh ke tanah.

Areesya Husna hanya mampu menahan sakit.

“Mentang-mentang laki aku layan je apa yang mak kau yang dah gila nyanyuk tua tu nak, kau nak berlagak dengan aku?!,” tempiknya lagi yang membuatkan Areesya Husna tidak mampu lagi menahan amarah.

Sungguh, dirinya sakit apabila mendengar kata hinaan tentang ibunya itu.

Dia mengenggam kuat tanah yang berada digenggamanya.

“Dah tahu mak kau tu dah nyanyuk gila tak sedar diri pulak tu, kau hantar jelah dekat rumah orang tua tak adalah menyusahkan laki aku!,” tempiknya lagi.

Mendengar itu terus membuatkan Areesya Husna membaling segenggam tanah itu ke arah kedua-dua mata Puan Nora.

“Arrghhh!,” jeritnya menahan pedih. Lekas, Areesya Husna bangun berdiri menghadap Puan Nora.

“Saya tak kisah tau, mak cik kalau mak cik nak hina saya tapi saya minta tolong jangan hina ibu saya! Mak cik takkan pernah faham apa yang ibu lalui selama ni walaupun mak cik kawan baik ibu dulu. Mak cik yang dahulu jaga Areesya dan yang selalu ada dengan ibu dulu tapi sekarang Areesya… kecewa dengan mak cik,” sebak Areesya Husna mengungkap cerita lama.

Tangisannya mula kedengaran perlahan, kecewa dengan sikap Puan Nora.

Tanpa membantu Puan Nora yang meraung menahan pedih di kedua-dua mata itu, Areesya Husna terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Ditutup pintu rapat dan dikunci lalu tubuh belakangnya disandarkan di muka pintu.

Dia menekup wajahnya sambil dia menangis teresak-esak.

Ya Allah, mudahkanlah urusanku.

“EH, Shah? Kamu ke mana ni sampai dua hari tak balik?,” langkah Shah Hazwan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah terhenti mendengar teguran ayah angkatnya, Tan Sri Megat Idruz.

Shah Hazwan terus memandang Tan Sri Megat Idruz.

“Shah…. Ada hal dengan kawan, daddy,” dalihnya dengan senyuman dibuat-buat olehnya. Tan Sri Megat Idruz yang menghadap tablet itu terus bangun berdiri dan dia melangkah menghampiri anak angkatnya itu.

Shah Hazwan sudah merengus geram di dalam hatinya. Dia sudah tahu apa yang ingin disampaikan oleh ayah angkatnya itu kalau bukan nasihat dan bebelan.

Muak sudah telinganya setiap kali mendengar.

“Daddy, I know apa yang yang daddy nak nasihatkan dekat Shah. Shah takkan lupa okay, I just not ready yet,” keluh Shah Hazwan.

Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu melepaskan keluhan kecilnya.

“Sampai bila daddy nak tunggu Shah ready? Look at you, what happen to you right now? You jobless and what you have done for this family? Nothing, Shah,” luah kecewa Tan Sri Megat Idruz.

“Cuba Shah tengok Danish walaupun usia dia muda lagi tapi dia cukup matang untuk fikir masa depan dia sendiri but you..?,”

“Enough, daddy! Shah penat lah asyik dengar benda yang sama je! Serabut tahu tak, kan Shah bagitahu Shah tak ready lagi, tolonglah faham daddy,” rayu Shah sambil menahan sebak.

Tan Sri Megat Idruz terdiam mendengar tempikan anak angkatnya itu.

Shah yang membalas pandangan kecewa dan sayu ayah angkatnya itu terus melangkah menghampiri ruang tangga dan didaki tangga itu menuju ke ruang atas.

“Shah, daddy belum habis cakap lagi!,” geram Tan Sri Megat Idruz dibuatnya sambil dia melihat langkah yang diaturkan oleh anak angkatnya menuju ke tingkat atas.

“GO ahead explain to me, what’s going on here?,” tegas Puan Sri Misha meminta penjelasan sambil dia bercekak pinggang sebelah.

Puan Sri Misha yang berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu terus memandang Allesya Danielle yang berselindung di belakang anaknya.
“Mummy, she’s my employee and she just company me for a while,” Megat Danish cuba menjelaskan namun belum sempat dia menghabiskan penjelasannya, Puan Sri Misha mencelah.

“In your home?,” tegasnya Puan Sri Misha menyoal anaknya sambil berpeluk tubuh.

“Ni kamu lagi satu, dah tahu ni boss kamu kan? Yang kamu sibuk-sibuk masuk rumah boss kamu kenapa?,” geram Puan Sri Misha menyoal Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus membalas pandangan tajam Puan Sri Misha.

“Mummy, kan Danish kata tadi ni bukan salah Allesya,” Megat Danish cuba mempertahankan Allesya Danielle yang masih berselindung di belakangnya.

Puan Sri Misha yang mendengar itu terus mengerutkan dahinya.

“Allesya? She is Allesya Danielle?,” soal Puan Sri Misha dengan terujanya. Megat Danish mengerutkan dahinya melihat perubahan drastik mummynya itu. Allesya Danielle yang berpura-pura tidak mengenali Puan Sri Misha itu terus mengerutkan dahinya.

“You know her?,” soal Megat Danish ingin tahu.

“Of course I know her well,” teruja Puan Sri Misha lalu terus mencapai tangan Allesya Danielle dan dibawa menghampirinya. Kedua-dua rahang Allesya Danielle disentuh dan diusap perlahan.

“Masha Allah. Allesya, you’re so beautiful. Secantik arwah ibu kamu dulu, Danielle,” ujarnya dengan senyuman lebarnya. Lalu dipusing tubuh Allesya Danielle itu ke kiri dan kanan sambil bibir Puan Sri Misha tidak berhenti memuji
kecantikannya.

Allesya Danielle yang mendengar itu mula diselubungi sebak. Ya, dia mengingati bagaimana layanan ramah Puan Sri Misha kepadanya lima tahun dahulu.

“Mummy,” tegur Megat Danish sambil cuba menyembunyikan rasa malunya.

“Apa? Bukan isteri kamu pun kan?,” geram Puan Sri Misha. Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle memandang ke arah majikannya.

Megat Danish yang membalas pandangan Allesya Danielle itu mula diselubungi malu.

Terus dikalihkan pandangannya ke tepi.

“Allesya, jom teman mummy pergi shopping,” teruja Puan Sri Misha mengajak. Belum sempat Allesya Danielle menjawab, Megat Danish terus menarik tangan Allesya Danielle dan dibawa dekat dengannya.

Terkejut Allesya Danielle dibuatnya.

“Kenapa dengan Danish ni?,” soal Puan Sri Misha kehairanan.

“Sakitlah, Tuan Danish,” rungut kesakitan Allesya Danielle yang cuba untuk melepaskan pegangan majikannya itu namun terhenti apabila Megat Danish memandang ke arahnya.

Perlahan-lahan, Megat Danish melonggarkan pegangannya namun masih tidak benarkan Allesya Danielle melepaskan pegangannya.

“Mummy, Allesya baru je discharged dari hospital. She need rest first,” beritahu Megat Danish membuatkan Puan Sri Misha terkejut.

“Really? Oh, kalau macam tu tak apalah. Allesya, next time you dah sihat you temankan mummy shopping okay?,” tutur Puan Sri Misha lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu melebarkan senyumannya.

“Okay, Puan Sri,” turut Allesya Danielle.

“Eh kenapa panggil Puan Sri, panggil je mummy. Lima tahun lepas pun, mummy ada request tau dekat Allesya panggil mummy. Tapi, Allesya yang tak nak. So, ni kita dah jumpa balik Allesya panggil mummy okay?,” pinta Puan Sri Misha memujuk.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus memandang Megat Danish disebelahnya. Sedikitpun majikannya itu tidak membalas pandangannya. Lalu dikalihkan pandangannya semula ke arah Puan Sri Misha.

“Okay, mummy,” teragak-agak Allesya Danielle menuturkan panggilan itu. Puan Sri Misha yang mendengar itu tersenyum lebar.

“Okay lah mummy gerak balik dulu nak jumpa daddy. Bye, Allesya. See you when I see you,” terujanya lalu mula mengatur langkah ke pintu rumah.

Allesya Danielle cuba untuk melepaskan pegangannya namun tidak berjaya sekali lagi.

“Lepaskanlah,” terus Allesya Danielle merungut sambil membalas pandangan majikannya.

“Buat apa?,” soal Megat Danish dan masih tidak mahu melepaskan pegangan.

“Nak salam mummy lah,” geram Allesya Danielle dibuatnya lalu sekali lagi cuba melepaskan tangannya dan berjaya.

Allesya Danielle lantas mengurut pergelangan tangannya yang sakit lalu terus berjalan menghampiri Puan Sri Misha yang sedang menyarungkan kasut tumit tinggi.

“Mummy,” Allesya Danielle terus menghulurkan tangan kanannya ke arah Puan Sri Misha.

Puan Sri Misha yang selesai menyarungkan kasut tumit tingginya itu mengukirkan senyuman manisnya melihat huluran tangan itu.

Terus dia menyambut huluran itu dan membiarkan Allesya Danielle menyalami dan mencium tangan kanannya itu.

“Allesya jaga diri tau, mummy gerak dulu okay?,” tutur Puan Sri Misha lembut. Allesya Danielle melebarkan senyumannya.

“Mummy hati-hati tau, bye,” terus Allesya Danielle melambaikan tangan kanannya sekejap sehingga kelibat Puan Sri Misha tidak kelihatan lagi.

Lalu Allesya Danielle terus ingin menutup pintu itu namun terhenti dia mula mengalihkan pandangannya ke arah majikannya itu.

Megat Danish yang sudah duduk di atas sofa itu terus membalas pandangan Allesya Danielle yang masih di muka pintu.

“Kenapa tak tutup pintu?,” soal Megat Danish kehairanan.

“Tuan Danish dah siapkan? So, dah boleh kan hantar saya balik rumah? Lagipun..,”

“Lagipun apa?,” Megat Danish terus bangun berdiri dan berjalan menghampiri Allesya Danielle. Allesya Danielle sudah melepaskan keluhan perlahan.

Melihat langkah yang diaturkan oleh majikannya itu benar-benar mendekatinya terus langkahnya pulak diundurkan ke belakang sedikit.

Tergamam Allesya Danielle dibuatnya apabila membalas pandangan Megat Danish yang kini sudah mendekatinya.

Debaran Allesya Danielle makin berdegup laju yang membuatkannya tidak selesa dengan kedudukan sekarang.

Allesya Danielle lekas memejamkan kedua-dua belah matanya sambil kedua-dua tangannya melindungi bahagian dadanya apabila Megat Danish makin mendekatkan badannya dengan tubuhnya.

Tersentak kecil Allesya Danielle dibuatnya apabila mendengar hentakkan kecil pintu rumah itu. Megat Danish mula menjarakkan kedudukan mereka.

Lekas, kedua-dua belah matanya dibuka lalu diangkat membalas pandangan Megat Danish.

“Memandangkan sekarang waktu lunch boleh tak kau masakkan untuk aku? Aku lapar,” pintanya lembut.

Mendengar permintaan itu membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya.

“Tuan Danish nak saya masak? Kat sini?,” soal Allesya Danielle inginkan kepastian.

“Ye lah, kau jangan risau walaupun aku ni bujang lagi tapi barang-barang masak semua complete ada dekat dapur,” beritahunya lagi dengan bangganya.

Terkelu lidah Allesya Danielle untuk menjawab.

“Tuan Danish, kejap!,” Megat Danish yang melangkah menghampiri ruang tamu terhenti langkahnya lalu terus dia berpaling ke belakang memandang Allesya Danielle.

“Tuan Danish nak makan apa?,” soal Allesya Danielle ingin tahu.

“Hurmm..,” Megat Danish cuba berfikir seketika.

“Daging salai masak lemak boleh?,” soalnya lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus mengukirkan senyumannya lalu dianggukkan perlahan.

“Boleh, awak… tak maksud saya Tuan Danish tunggu dulu dekat ruang tamu,” pinta Allesya Danielle lalu terus melangkah menuju ke ruang dapur.

Megat Danish pula melangkah menuju ke sofa yang berada di ruang tamu itu sambil dia mengeluarkan telefonnya.

Manakala, Allesya Danielle yang sudah berada di ruang dapur itu terus mula memeriksa bahan yang diperlukan sambil dia menyising kedua-dua lengan baju kurungnya sehingga ke siku.

Segala bahan yang diperlukan diletakkan di atas meja
seramik moden itu.

Dicapai papan pemotong itu dan mula mengupas dan memotong bahan yang diperlukan untuk dikisar secara kasar, terhenti tingkah Allesya Danielle dibuatnya apabila melihat kelibat majikannya masuk ke ruang dapur.

“Nak aku tolong apa-apa ke?,” soal Megat Danish sambil menghampiri Allesya Danielle.

“Eh, Tuan Danish tak apalah. Saya boleh..,”

“Let me handle,” terus pisau yang berada di genggaman Allesya Danielle itu bertukar tangan. Megat Danish mula mengambil posisi itu.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus jadi tak selesa dengan kehadiran majikannya itu.

Allesya Danielle yang berada disebelah majikannya itu terus agak terkejut melihat kemahiran majikannya itu memotong bawang di atas papan pemotong itu sudah seperti seorang chef.

‘Patutlah dekat dapur dia ni complete semua barang-barang ada, kalah dapur kau Allesya,’ bisik hati Allesya Danielle yang sudah diselubungi malu.

Megat Danish yang fokus memotong bawang itu terus menghentikan tingkahnya sekejap dan pandangannya dikalihkan ke arah Allesya Danielle yang berada disebelahnya itu.

“Dah kenapa berdiri je dekat sini? Keluarkan daging dalam peti ais tu,” tegas Megat Danish mengarah membuatkan

Allesya Danielle terus melangkah menghampiri peti ais.

Sebaik membuka pintu peti ais itu, Allesya Danielle mengutuk kebodohannya sendiri perlahan.

Kedua-dua belah pipinya panas menahan malu.

Lalu satu set daging itu dikeluarkan dan dibawa ke ruang singki sambil ekor matanya mengintai sedikit majikannya yang hampir menyelesaikan kerja memotong semua bahan.

‘Boleh jadi kaku kalau buat kerja satu dapur dengan dia ni tau!,’ rungut geram Allesya Danielle yang masih menahan perasaan malunya.

Lalu daging yang sudah dicuci itu dibawa masuk ke dalam mangkuk dan dia pulak mengambil posisi untuk memotong daging.

Megat Danish memasukkan bahan yang sudah dipotong kasar itu ke dalam mesin pengisar lalu mula menekan butang on sambil itu dia mengambil periuk seramik yang berada di kabinet bawah.

Dicuci lalu dibawa ke atas dapur dan api dapur dipetik untuk memanaskan periuk itu.

Menunggu itu, dia membuka kabinet belah bawah dan dikeluarkan periuk yang digunakan untuk menyalai daging.

Dicuci lalu dibawa ke atas dapur dan api dapur disebelah itu dipetik untuk memanaskan periuk itu.

Dan pandangannya terus dikalihkan kepada Allesya Danielle yang masih memotong daging.

“Allesya, nanti salai daging guna periuk sebelah ni,” beritahunya itu membuatkan Allesya Danielle mengangkat pandangan memandang majikannya.

“Okay, Tuan Danish,” tutur Allesya Danielle sambil menganggukkan kepalanya dan kembali fokusnya memotong daging.

Mendengar itu, Megat Danish mula menuang sedikit minyak masak lalu dia mematikan suis pengisar itu.

Dicapai sudip kayu yang berada di dalam laci dan bahan yang sudah dikisar itu ditumiskan di dalam periuk. Tangan kanannya pula mengacau bahan tumis itu dengan menggunakan sudip kayu.

Lalu dia beralih mengambil air suam dimasukkan ke dalam mesin pengisar itu.

“Ni awak..,” Allesya Danielle yang membawa mangkuk kecil yang dipenuhi daging yang sudah dipotong itu mendekati majikannya.

Megat Danish yang mendengar panggilan itu mengukirkan senyuman sedikit dan hanya memerhati tingkah Allesya Danielle yang berada disebelahnya itu sedang menyalai daging.

“Auchh,” gadu kesakitan Megat Danish sambil menyentuh mata kirinya yang terkena percikan bahan yang ditumiskan itu.

Terkejut Allesya Danielle dibuatnya diletakkan semula mangkuk daging itu dan mendekati majikannya.

Sempat dia menutup kedua-dua api dapur.

“Tuan Danish okay ke tak ni?,” soal Allesya Danielle risau melihat majikannya itu kalut menyimbah air ke wajah dan mengerang sakit di mata kirinya yang pedih itu.

Allesya Danielle sudah buntu melihat keadaan majikannya itu.

“Haishhh, pedihlah!,” Megat Danish yang sudah diselubungi amarah itu masih menggosok mata kirinya itu dengan air.

Habis kemeja hitam Megat Danish separuh basah terkena percikan air.

“Kau buat apa lagi kat situ ambikkan aku towel!,” arahnya marah. Tersentak Allesya Danielle dibuatnya lalu dengan kalutnya dia mencari kain tuala di ruang dapur itu.

Okay jumpa!

Terus dia mencapai tuala itu dan diberikan kepada majikannya. Megat Danish terus mengelap wajahnya dengan tuala itu. Mata kirinya masih pedih itu mula berkurang sedikit dan dia masih mampu menahan pedih.

Seusai mengelap wajahnya itu, Megat Danish melihat tuala yang digunakan itu.

Lalu dia memandang ke arah Allesya Danielle yang berada di hadapannya itu.

“Mana kau dapat towel ni?,” soalnya tegas.

“Dekat fridge..,” Tersentak dan terhenti tutur katanya apabila majikannya itu membaling tuala itu di wajahnya.

“Kau gila ke apa bagi towel dapur dekat aku?! Rosak muka aku, kau siap!,” tempelaknya penuh amarah lalu mengatur langkah keluar dari ruang dapur sempat dia melanggar bahu kiri Allesya Danielle kuat.

Megat Danish yang masih merungut amarah itu mula membuka kemejanya kasar sambil dia mendaki tangga menuju ke ruang atas.

Mendengar rungutan Megat Danish itu membuatkan hatinya yang lembut itu terguris.

‘Silap aku ke sampai dia marah macam tu?,’ bisik hatinya perlahan mengerutkan dahinya. Tapi tersentap jugalah hati ni apabila menerima tempikan daripada majikannya itu tadi.

Yelah, tak pernah aku nampak dia marah macam tu sekali.

Allesya Danielle menggelengkan kepalanya agar tidak memikirkan bukan-bukan lagi. Terus dia kembali meneruskan kerjanya itu. Dia menghidupkan kedua-dua api dapur itu.

Baru nak rasa romantik bagai tapi jadi macam ni pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience