ALLESYA Danielle yang sibuk memeriksa kewangan syarikat itu terus mengerling jam tangannya apabila melihat beberapa pekerja di tingkat 13 itu melangkah keluar dari ruangan itu.
Rupanya sudah masuk waktu makan tengahari.
Allesya Danielle mencapai telefonnya dan terkejut dirinya apabila membaca notifikasi daripada setiausaha majikannya, Nur Fasha.
‘Danielle, I’m sorry tak dapat nak lunch dengan you sebab Tuan Danish masuk hospital,’
Allesya yang sudah membaca notifikasi itu terus menutup suis komputernya dan mencapai beg tangannya lalu mula melangkah keluar dari ruangan biliknya.
Dia melangkah cepat ke ruangan lif dan setiba disana dia menekan punat lif tanda arah ke bawah.
Sebaik menunggu beberapa minit, pintu lif terbuka terus dia melangkah masuk ke dalam kotak lif namun dia ditarik keluar secara kasar.
Cepat Allesya Danielle mengangkat wajahnya memandang gerangan yang menarik dirinya keluar dari pintu lif itu.
“Kau?,” tidak Allesya Danielle sangka dia ketemu sekali lagi dengan Shah Hazwan. Terus dia ingin melepaskan tangannya dari genggaman Shah Hazwan namun tidak berjaya.
Genggaman lelaki dihadapannya terlalu kuat.
“Lepaskan aku, nanti orang nampak lah!,” geram Allesya Danielle sambil berusaha melepaskan tangannya. Dia cuba mencuri pandangan memandang sekeliling ruang itu nasib baiknya tiada sesiapa di ruangan itu melainkan dirinya dengan lelaki tak guna ni!
“Kenapa? Kau tak suka eh orang lain nampak kita?,” soalnya dengan tergelak kecil.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle makin geram dengan Shah Hazwan. Sumpah, dia ingin sahaja menumbuk muka lelaki di hadapannya itu!
“Aku kata lepaskan! Lepaskan jelah!,” tegas Allesya Danielle sambil masih berusaha melepaskan tangannya dan kali ini dia berjaya.
Allesya Danielle kembali menekan punat tanda arah ke bawah memandang lifnya tadi sudah digunakan oleh orang lain tadi.
Shah Hazwan hanya mengukirkan senyumannya.
Allesya Danielle yang sedang menunggu pintu lif terbuka untuknya itu terus tidak selesa dengan pandangan Shah Hazwan terhadapnya.
Pintu lif ni pun satu, tadi okay je cepat sekarang ni kemain lama!
Allesya Danielle yang tidak tahan menunggu lama pintu lif itu terus melangkah menuju ke ruangan tangga kecemasan itu namun baru sahaja kakinya ingin menuruni tangga terhenti apabila sekali lagi Shah Hazwan menarik tangannya.
“Apa masalah kau ni?!,” dengan sekali tengking sahaja Allesya Danielle berjaya melepaskan tangannya dari genggaman lelaki di hadapannya itu.
Mendengar tengkingan itu hanya mampu membuatkan Shah Hazwan tergelak kecil.
“Yang kau nak jerit-jerit ni dah kenapa? Dekat ruangan ni hanya kau dan aku je, Allesya,” beritahunya sambil mula melangkah menghampiri Allesya Danielle.
“Peduli apa aku? Sekarang ni apa masalah kau?,” soal Allesya Danielle tidak berpuas hati. Baginya orang seperti Shah Hazwan ni perlu dihadap bukan dengan melarikan diri.
Selagi dia berlari ingin menjauhi selagi itu Shah Hazwan akan mengejarnya sampai dapat!
“Masalah aku sekarang, kau. Dah kenapa kau sibuk-sibuk nak jenguk Danish dekat hospital?,” soalnya tegas tidak berpuas hati.
Allesya Danielle mengerutkan dahinya.
“Hey, kau siapa nak halang aku? Suka hati akulah aku nak pergi mana pun!,” luah Allesya Danielle lalu terus menuruni tangga namun langkahnya terhenti sebaik Shah Hazwan bersuara.
“Kau jumpa Danish, aku terus forwardkan video kau tu dekat dia,” ugut Shah Hazwan yang berada di belakang Allesya Danielle.
Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle terus berpaling ke belakang membalas pandangan Shah Hazwan.
Lama dia membalas pandangan lelaki di hadapannya itu.
Tak, Danish tak boleh tahu tentang penipuan amnesia nya itu.
Tak boleh! Dia tahu Danish akan sangat kecewa nanti.
“Sumpah, aku benci kau!,” geram Allesya Danielle dibuatnya lalu dia mendaki kembali tangga itu sambil dia melanggar sedikit bahu Shah Hazwan.
Dia mula mengatur langkah keluar dari ruangan tangga kecemasan itu.
Shah Hazwan tersenyum lebar lalu terus mengikuti langkah Allesya Danielle. Dia yang sudah menyaingi langkah Allesya Danielle terus menarik perlahan tangan itu.
Allesya Danielle merengus geram terus dilepaskan tangannya dari genggaman Shah Hazwan.
“Apa lagi kau nak ni?,” soal tegas Allesya Danielle menahan geram.
“Jangan marah aku, Allesya. Memandang sekarang waktu lunch apa kata kau makan dengan aku, boleh?,” soalnya lembut itu benar-benar membuatkan Allesya Danielle meluat.
Sungguh!
“Aku tak lapar dan aku tak nak makan dengan kau,” tegas Allesya Danielle lalu ingin mengatur langkah pergi namun secepatnya Shah Hazwan mencapai tangan Allesya Danielle lembut.
Allesya Danielle terkejut lalu ingin melepaskan tangannya
namun tidak berjaya.
“Kau ni janganlah buatkan aku nak sangat hantar video tu dekat Danish. Jom makan dengan aku, boleh?,” pujuk Shah Hazwan lembut.
Allesya Danielle menahan geram.
Sumpah, dia sudah tidak tahan diugut seperti ini.
“I will take your silence as a sign that you agree to lunch with me,” kata putus daripada Shah Hazwan itu membuatkan Allesya Danielle makin geram dengan sikap bersahaja lelaki di hadapannya itu.
Allesya Danielle yang sudah malas ingin bersuara itu hanya membiarkan Shah Hazwan menekan punat lif tanda arah ke bawah dan mereka menanti pintu lif terbuka untuknya.
Sebaik pintu lif terbuka, Shah Hazwan terus memeluk bahu Allesya Danielle dan melangkah masuk ke dalam kotak lif itu.
Allesya Danielle yang sedikit terkejut itu terus ingin melepaskan pelukan bahu Shah Hazwan itu namun tidak berjaya lalu dia memandang ke arah Shah Hazwan yang berada disebelahnya.
“Kau lepaskan tangan kau sekarang!,” tegas Allesya Danielle menahan geram.
Shah Hazwan membalas pandangan Allesya Danielle lalu dengan senyumannya dan dia mendekatkan wajahnya rapat sehinggalah pintu lif itu tertutup.
Sebaik pintu lif tertutup, Allesya Danielle terus menolak kuat tubuh Shah Hazwan sehingga tersandar di dinding lif.
“Apa masalah kau ni?! Tolong eh jangan nak sentuh aku!,” amaran Allesya Danielle tegas. Shah Hazwan yang sudah tersandar di dinding lif itu tertawa kecil.
“Nak bajet innocent konon yang kau nak gelabah sangat kenapa? It’s not your first time kan?,” soal Shah Hazwan menyinis.
Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle mendiamkan diri entahlah lidahnya kelu kalau Shah Hazwan membabit peristiwa hitam lima tahun lepas.
Aku benci kau, Shah Hazwan!
Sungguh kini hatinya risau tentang keadaan Megat Danish. Ketika di hospital tempoh hari, Megat Danish yang menemaninya.
Namun bila tiba giliran majikannya itu…
Ya Allah.
NUR Fasha yang sedang menanti di kerusi menunggu itu terus didatangi seorang doktor perempuan. Dia sungguh mengenali doktor itu kerana doktor perempuan itu merupakan doktor peribadi untuk keluarga Tan Sri Megat Idruz.
Segera Nur Fasha bangun berdiri dan bertanya soal majikannya itu.
“Dr. Fara, macam mana dengan Tuan Danish?,” soal Nur Fasha khuatir.
“Fasha, I minta tolong dengan you inform dekat Tan Sri dengan Puan Sri yang Tuan Danish perlukan pembedahan sekarang untuk elakkan appendix pecah, boleh?,” pinta lemah lembut Dr. Fara.
Nur Fasha yang mendengar itu agak terkejut dan cepat dia anggukkan kepalanya. Dr. Fara terus melangkah masuk kembali ke ruangan bilik pembedahan manakala Nur Fasha segera membuat panggilan telefon dengan Tan Sri Megat Idruz.
Allesya Danielle yang sedang menjamah makanan itu mula meletak kembali sudu dan garfu di tepi pinggan. Dia tidak tahu kenapa dia tidak ada selera makan sedangkan perutnya lapar.
Adakah disebabkan kena makan berdua dengan lelaki tak guna ni! Haishh!
“Dah kenapa tak habiskan makanan tu?,” soal Shah Hazwan sambil memandang ke arah Allesya Danielle yang berada di hadapanya itu.
Mendengar itu terus membuatkan Allesya Danielle mengangkat pandangan lalu membalas pandangan Shah Hazwan.
“Tak ada selera lah,” ringkas sahaja Allesya Danielle menjawab. Shah Hazwan yang mendengar itu hanya mengangguk kecil dan meneruskan makanannya.
Allesya Danielle hanya mampu menahan geram melihat reaksi selamba lelaki dihadapannya itu.
“Boleh tak kau habiskan cepat makanan kau tu, aku nak balik office,” luah geram Allesya Danielle sambil masih melihat Shah Hazwan yang begitu selera.
“Kau nak cepat-cepat buat apa? Waktu lunch lambat lagi nak habis,” tuturnya lalu mengangkat pandangan membalas pandangan Allesya Danielle.
“Haih,” Allesya Danielle mengeluh perlahan lalu mencapai jus epalnya itu.
Kalau cakap dengan Shah Hazwan ni sumpah tak pernah lah nak menang! Ha mana ada istilah perempuan semua nak menang, haishh!
Tetiba mindanya teringatkan soal Megat Danish yang masih di hospital, dia ingin sekali tahu tentang keadaan semasa majikannya itu.
Tapi kena duduk makan berdua dengan lelaki tak guna ni haishh! Penatlah hati aku ni asyik-asyik kena merungut menyampah tentang lelaki tak guna ni!
“Oh ya, aku nak tanya kau sikit,” Shah Hazwan mula bersuara untuk berbual.
Allesya Danielle yang sedang menyedut jus epal terus meletakkan cawan itu kembali di atas meja lalu membalas pandangan Shah Hazwan.
“Apa dia?,”
“Mana eh sekarang budak lelaki yang selalu berkepit dengan kau masa dekat kampung dulu? Apa eh nama dia, aduh aku lupa pulak!,” Shah Hazwan cuba berusaha mengingati. Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle makin menyampah.
Tak ada benda lain ke kau nak tanya?
“Nama dia Adam Lian, entahlah aku tak tahu kat mana dia sekarang malas aku nak ambil tahu. Kau ni cuba tanya pasal benda lain tapi bukan pasal Adam, boleh tak?,” jawab Allesya Danielle basa basi.
Memberitahu perihal Adam Lian makin membuatkan dirinya sakit hati! Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap restoran.
Shah Hazwan mengangguk kecil namun dia mengukirkan senyumannya.
“Boleh boleh. Disebabkan kau tak nak aku tanya pasal Adam tu, aku nak tanya pasal arwah tok wan aku boleh?,” sengaja Shah Hazwan ingin menyakitkan hati Allesya Danielle.
Mendengar soalan itu terus membuatkan Allesya Danielle segera membalas pandangan Shah Hazwan.
Lama dia membalas pandangan Shah Hazwan itu.
Sungguh, Allesya Danielle ingin sahaja menyimbah jus epalnya itu ke muka lelaki dihadapannya itu. Baru sahaja Shah Hazwan ingin bersuara bertanya perihal arwah tok wannya, tetiba telefonnya berdering.
Shah Hazwan merengus geram lalu terus membaca nama panggilan di skrin telefonnya itu. Allesya Danielle melepaskan nafas leganya.
Daddy?
Shah Hazwan mengerutkan dahinya. Kalau aku tak jawab call orang tua ni nanti aku pulak kena bebel dengan dia, dah lah jawab jelah.
“Yes, daddy?,”
Allesya Danielle mula mencapai telefonnya.
“Ya, I know about that. Lagipun buat apa? Sekarang kan waktu lunch,” rungut Shah Hazwan tidak berpuas hati. Dia memandang Allesya Danielle yang bersahaja main telefon.
“Yelah yelah. Shah balik office sekarang,” akhirnya Shah Hazwan terpaksa akur dengan perintah ayah angkatnya, Tan Sri Megat Idruz.
Allesya Danielle yang mendengar itu terus mengemam bibirnya untuk menahan senyuman keriangannya.
Shah Hazwan terus mematikan panggilan itu lalu dia memandang ke arah Allesya Danielle dan Allesya Danielle membalas kembali pandangannya.
“Kau duduk apa lagi kat situ, bangun lah tadi nak sangat balik office,” geram Shah Hazwan dibuatnya apabila kemahuan Allesya Danielle diturutkan oleh ayah angkatnya sendiri.
“Eh balik? Sekarang ke? Tapi..,” sengaja Allesya Danielle berpura-pura tidak tahu. Dia memandang Shah Hazwan yang sudah bangun berdiri.
“Kau tak payah nak berpura-pura tak tahu boleh tak? Jom kita kena balik office cepat,” tuturnya lalu terus melangkah ke kaunter pembayaran.
Allesya Danielle cepat menyedut sisa jus epalnya itu lalu terus bangun berdiri. Dia menanti Shah Hazwan selesai membuat pembayaran barulah dia membuka langkah menyaingi Shah Hazwan ke kereta.
Handsome jugak lelaki tak guna ni, tak mungkin sebab penampilan dia kemas dan bergaya macam alah-alah businessman berjaya tapi tak pun.
Megat Danish lagi beribu juta kali handsome! Allesya Danielle mencebik lalu melangkah masuk ke dalam kereta.
SETELAH 8 JAM SELEPAS PEMBEDAHAN,
Megat Danish perlahan-lahan membuka kedua matanya terus dia mengangkat tangannya dan melindungi matanya dari sinaran cahaya lampu. Dia cuba memandang sekeliling sepertinya dia berada di hospital.
Sebaik matanya sudah sesuai dengan suasana bilik itu barulah dia menurunkan tangannya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat tangannya dicucuk dan itu terasa sakit sekali.
Haish, aku sakit apa ni sampai ke hospital bagai!
Dia mula ingin bangun tapi secepatnya tangannya menekup di kawasan tepi abdomennya itu terasa sangat sakit seperti baru selepas pembedahan.
Dia merungut kesakitan.
Tidak jadi dia ingin duduk menyandar dan dia kembali baring. Megat Danish cuba mengingati apa yang berlaku dengan dirinya. Sungguh, dia tidak mengingati apa-apa.
Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya dikuak dari luar terus dikalihkan pandangannya di muka pintu. Kelihatan Ian Hazim masuk dengan beberapa bungkusan plastik membuatkan Megat Danish mengerutkan dahinya.
“Kau dari mana ni?,” soal Megat Danish perlahan yang membuatkan Ian Hazim terkejut sehingga jatuh terduduk di atas lantai.
Tingkah Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish tergelak namun dia mula mengeluh kesakitan di bahagian abdomennya itu.
Ian Hazim yang masih cuak itu terus menahan geram dan mula bangun berdiri. Dia memandang kawan baiknya yang masih dalam kesakitan itu.
“Ha padan muka kau! Nak sangat terkejutkan aku, terus Allah tu bayar cash!,” luah Ian Hazim geram sambil meletakkan beberapa beg plastik itu di atas meja yang bersebelahan dengan katil.
Megat Danish yang masih menahan kesakitan itu terus menumbuk kuat abdomen Ian Hazim. Senak perut Ian Hazim dibuatnya sehingga terundur ke belakang sedikit.
Tak guna punya, Megat Danish!
“Boleh tahan kuat juga kau eh walaupun sakit, tak guna betul!,” akhirnya Ian Hazim menyerah diri terus dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.
Dia memandang Megat Danish yang kelihatan agak pucat.
“Ian, aku sebenarnya sakit apa? Asal aku rasa sakit kat perut aku?,” soal Megat Danish ingin tahu dan tangannya masih menekup di bahagian abdomennya itu.
“Tu lah kau! Bila kau sakit perut kau cakap apa dekat aku ‘alah biasalah sakit perut biasa’. Kepala hotak kau, kau tahu tak appendix kau tu hampir je nak pecah sebaik Fasha perasan kau pengsan dalam bilik. Kalau tak..,” bebelan Ian Hazim terhenti apabila Megat Danish memotong.
“So aku baru lepas surgery lah ni?,” soal Megat Danish inginkan kepastian.
“Yelah. Ni Dr.Fara pesan buat masa ni kau tak boleh makan pedas, air gas atau apa-apa yang boleh memudaratkan perut kau tu sampailah kau sembuh sepenuhnya. Selalunya dua hingga 3 minggu kau dah sembuh sepenuhnya,” beritahu Ian Hazim.
Mendengar itu hanya membuatkan Megat Danish mengangguk kecil.
“Eh kejap, siapa je tahu aku masuk hospital ni?,” soal Megat Danish ingin kepastian.
“Satu office tahu termasuk lah dengan Allesya sekali,” jawab Ian Hazim sambil mencapai air tin bergas jenama ‘Mountain Dew’ berperisa anggur. Sengaja dia membuka penutup tin itu di hadapan Megat Danish.
Megat Danish yang sedang memikirkan perihal Allesya Danielle itu terus terhenti apabila mendengar penutup tin dibuka. Terus dia memandang Ian Hazim yang sedap meneguk air bergas itu di hadapannya.
Jap, jenama ‘Mountain Dew’ ke tu kejap-kejap tu perisa anggur ke?! Tak guna punya, Ian Hazim! Dahlah air gas kegemaran aku pulak tu!
“Kau ni kan memang tak guna betul lah! Haishh!,” rungut Megat Danish menahan geram. Ian Hazim tergelak kecil kerana dapat mengenakan kawan baiknya itu.
“Kau nak sikit? Aku ada beli dua tin,” sekali lagi Ian Hazim mengenakan kawan baiknya itu. Megat Danish yang menahan geram hanya menghadiahkan kawan baiknya itu dengan jelingan tajam.
Ian Hazim masih meneruskan tawa kecilnya.
Megat Danish memandang jam dinding itu dan waktu menunjukkan 7:30 malam. Kalau betul semua orang tahu aku masuk hospital kenapa sampai sekarang Allesya Danielle tidak datang menjenguknya.
“Weyy, siapa je datang melawat aku tadi?,” soal Megat Danish ingin tahu.
“Oh, before aku datang just Fasha dengan parents kau je yang datang jenguk. Aku tak tahulah kalau masa aku pergi kedai tadi ada orang datang jenguk kau,” beritahunya lalu meneguk kembali air bergas itu.
Ian Hazim memandang raut wajah kawan baiknya itu.
“Asal kau harap Allesya tu datang jenguk kau ke? Dia tak datang pun jenguk kau sebab tadi aku ada tanya nurse dekat receiption tadi ada tak yang datang jenguk kawan aku sorang ni pastu diorang jawab tak ada sesiapa pun,” beritahu Ian Hazim teragak-agak.
Dia tahu kawan baiknya itu pasti mengharapkan kunjungan daripada Allesya Danielle. Mendengar itu hanya membuatkan dirinya agak kecewa.
Jadi, Allesya Danielle sedikitpun tidak menjenguknya?
ADAM Lian yang masih di pejabatnya itu terus mengarahkan pembantu peribadinya melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Dia mengangkat pandangannya membalas pandangan pembantu peribadinya, Adib.
“Any progress?,” soal Adam Lian ingin tahu.
“Yes, sir,” jawabnya ringkas lalu menghulurkan sampul surat nipis.
“What it is?,” soal Adam Lian mengerutkan dahinya lalu terus membuka sampul surat itu. Agak terkejut Adam Lian dibuatnya apabila melihat beberapa gambar bekas tunangnya dengan seorang lelaki yang segak berpakaian formal ‘Vest Waistcoat V Neck Suit’ berwarna kelabu.
Makin berkerut dahinya untuk mengenali lelaki itu.
Diselak lagi beberapa gambar dan kelihatan Allesya Danielle memasuki ke dalam kereta yang berjenama mewah Audi A5 berwarna putih.
Lalu dia mengangkat pandangan membalas pandangan pembantu peribadinya itu.
“Who’s this guy?,” soalnya ingin tahu.
“Shah Hazwan, anak angkat Tan Sri Megat Idruz dan dia baru je masuk kerja hari ni,” beritahu Adib ringkas.
“Tan Sri Megat Idruz? Owner of Megat Trading?,”
“Yes, sir,” Adib mengangguk.
“Okay, so apa hubungan lelaki ni dengan Allesya Danielle?,” soal Adam Lian ingin tahu sambil dia mula berdiri berhadapan dengan pembantu peribadinya itu.
“Saya dapat info yang Allesya Danielle bekerja di syarikat itu dalam beberapa minggu lepas,” jelas Adib ringkas.
Mendengar itu membuatkan Adam Lian mengeluh berat.
Dia mendiamkan diri sekejap.
“Beberapa minggu lepas?,” soal Adam Lian sambil gelak sinis.
“Yes, sir,” Adib mengangguk.
Buk! Terus buku lima Adam Lian melayang menumbuk kuat pipi pembantu peribadinya itu sehingga terlentang di atas lantai.
“Kau boleh selamba bagitahu aku perempuan tu dah kerja dekat sana beberapa minggu lepas dan kau baru tahu sekarang?!,” tempelak Adam Lian tidak berpuas hati.
Terus kolar kot hitam pembantu peribadi itu dia tarik sehingga bangun berdiri menghadapnya.
“Kau dengar sini aku nak kau pastikan kau bawa perempuan tu dekat aku walau apa-apa pun cara, kau faham tak?!,” tengking kuat Adam Lian menahan geram.
Ikutkan hati ingin sekali dia menumbuk pipi pembantu peribadinya itu namun dia masih memerlukan Adib.
Secepatnya Adib angguk laju.
Adam Lian terus melepaskan kolar kot hitam itu sambil menolak tubuh pembantu peribadi itu jauh darinya.
“Lagi satu aku nak kau carikan aku info tentang lelaki tu as soon as possible!,” arahnya tegas lalu terus dia mengarahkan pembantu peribadinya itu keluar dari biliknya.
Adib hanya menurut apa yang diperintahkan lalu terus melangkah keluar dari bilik pejabat itu.
Nafasnya turun naik menahan geram dan ketidakpuasan hatinya. Makin panas hatinya apabila melihat beberapa gambar Allesya Danielle itu.
Terus dicapai laju gambar itu dan dikoyakkan lalu dilemparkan di atas lantai.
Sakit hatinya apabila membayangkan bekas tunangnya itu bermesraan dengan lelaki itu.
Shah Hazwan?
Thanks sudi baca karya ini! Siapa nak tengok vibes of Memories Allesya boleh lah follow me on ig @rifiyasfas_
Share this novel