CHRISTIAN Jack yang masih lagi fokus memeriksa beberapa dokumen penting di dalam bilik pejabatnya itu terus mengarahkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya masuk ke dalam biliknya.
“Lunch is here!,” teriak gerangan suara itu dengan teruja membuatkan Jack terus mengangkat pandangannya memandang ke hadapan.
Anak buahnya, Vyner yang menjinjit kotak makanan tengahari itu terus meletakkan kotak itu di atas meja pejabat majikannya.
Jack mengukirkan senyumannya.
“Thank you, Vyner! Berapa ni?,” Jack yang menahan lapar dari tadi teruja mencapai kotak makanan tengahari itu. Diperiksa makanan tengahari itu agar betul seperti mana yang dipesan.
“Tak payahlah, boss. Setakat lunch box ni I tak berkira sangatlah cuma I akan claim duit minyak kereta. Yelah, jammed teruk KL ni,” selamba sahaja Vyner bergurau dengan majikannya.
Jack tergelak kecil sudah biasa dia menerima perangai selamba anak buahnya itu. Jack terus mengeluarkan not RM50 dalam beg dompetnya dan dihulurkan kepada Vyner.
“Ni bagi duit besar ni maksudnya baki duit tu I ambik je lah kan?,” sekali Vyner selamba bergurau. Yelah, dia sudah menganggap majikannya itu sebagai abangnya.
Lagipun, Jack seorang yang pemurah tidak pernah berkira dalam mengeluarkan duit.
“Just take it, Vyner. I don’t mind,” tutur Jack lembut.
“Thank you, boss!,” gembira Vyner dibuatnya lalu terus dia menyambut huluran duit itu dan dimasukkan terus ke dalam poket seluarnya.
Vyner mengerutkan dahinya melihat satu cawan maggi segera yang masih tidak terbuka yang terletak di hujung meja majikannya itu.
“Eh boss, sejak bila you ada stok maggi ni?,” soalnya ingin tahu. Jack yang mendengar soalan itu terus memandang cawan maggi segera itu membuatkan dia tersenyum.
“Eh ni dah lain macam ni kalau pandang maggi je tersenyum macam tu,” usik Vyner selamba.
Jack tergelak kecil lalu dia memandang anak buahnya itu.
“Someone has give it to me tanda perkenalan katanya,” beritahu Jack tersenyum.
“Ohhh, untunglah. Cantik tak orangnya yelah boss kan handsome,” usik Vyner lagi.
Jack yang mendengar itu hanya melebarkan senyumannya apabila membayangkan wajah cantik Areesya Husna yang berjaya menambat hatinya hanya dengan pandangan pertama.
Seorang yang berbudi bahasa dan lemah lembut. Dan seorang yang comel juga haha.
“Wah ni betul-betul dah angau dah ni, boss. Bahaya kalau boss cam ni selalu ada juga nanti mandi tak basah, makan tak kenyang,” sudah entah keberapa kali selamba mengusik majikannya itu.
“Dah-dah pergi buat kerja,” secepatnya Jack mengarahkan anak buahnya itu. Dia sudah tidak dapat menyelubungi perasaan malunya jika berterusan diusik begitu.
Vyner tersenyum kecil lalu terus meminta izin keluar dari bilik itu.
PUAN Sri Misha yang bersendirian di rumah itu hanya mengisi masanya dengan mengemas rumah itu terus melepaskan beberapa dokumen dari genggamannya.
Nafasnya menjadi berat dan sesak membaca isi kandungan dokumen itu. Surat pernikahan suaminya dan pembantu rumahnya, Puan Saidah benar-benar membuatkan dirinya terperanjat dan hatinya luluh bagai dicarik-carik kasar.
Lagi mengejutkan dirinya bahawa anak angkatnya yang selama ini dijaga penuh dengan kasih sayang merupakan anak kandung suaminya dan pembantu rumahnya, Puan Saidah.
Jadi selama ini mereka hanya berpura-pura di hadapanku dan Danish? Adakah anak angkatnya, Shah mengetahui tentang hal ini?
Puan Sri Misha melepaskan tangisannya sambil dada kirinya yang menjadi sesak itu dipukul perlahan mengenang nasibnya.
Ya, dia sendiri akui pada awal perkahwinan mereka terlalu banyak dugaan terutamanya apabila Puan Sri Misha telah disahkan sukar mengandung.
Bukan sahaja mampu mengecewakan suaminya namun dia turut mengecewakan kedua orang tua suaminya yang asyik mendesaknya dan menghinanya hanya kerana tidak bisa mengandung dan tidak mampu memberi zuriat.
Suaminya itu memerlukan pewaris. Kerana itukah, suaminya itu berkahwin dengan pembantu rumahnya sendiri hanya kerana menginginkan pewaris?
Puan Sri Misha yakin bahawa kedua orang tuanya suaminya itu pasti terlibat dalam hal itu.
“Kamu jangan salahkan mama kalau satu hari nanti mama sendiri yang paksa Idruz kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan kamu! Kamu jangan nak menyesal! Lagipun perempuan yang Idruz akan kahwin itu jauh lebih baik dari kamu! Sekurang-kurangnya, Idruz ada keturunan!,” amaran arwah ibu mertuanya itu masih diingat.
Dahulu, dia hanya mempedulikan amaran itu namun baru dia sedari sekarang.
Saidah…
Kedua-dua tangannya itu digenggam kuat menahan amarah. Dia yakin pembantu rumahnya itu sendiri yang merelakan diri untuk menjadi isteri.
Dia sudah cukup mengenali sikap pembantu rumahnya itu dari awal perkahwinannya dan suami.
Bukannya dia tidak perasan, pembantu rumahnya itu cuba mengoda suaminya cuma dia mempedulikan sahaja kerana dia mempercayai suaminya namun bila kebenaran sudah di depan mata.
Hati isteri mana yang tidak sakit hati bila mengetahui tentang semua hal itu? Lebih-lebih lagi sudah berpuluh tahun perkara ini terjadi…
Rasa dikhianati.
Tak apa, Misha.
MALAM itu, seperti yang dijanjikan Allesya Danielle dijemput makan malam bersama keluarga Shah.
Shah yang dari tadi menunggu di luar rumah itu terus mengukirkan senyuman lebarnya melihat Allesya cantik berkurung moden berwarna beige disepadan dengan satin shawl.
Shah melangkah menghampiri Allesya yang sudah melangkah keluar dari pagar rumah itu.
“You’re so beautiful, Allesya,” ikhlas Shah memuji kecantikan Allesya.
“Thank you, Shah,” Allesya tertunduk malu. Shah yang dari tadi menatap kecantikan tunangnya itu perlahan-lahan meraih kedua-dua tangan Allesya.
Allesya hanya membiarkan lalu pandangannya mula diangkat membalas pandangan Shah.
“Sayang kena ingat satu perkara tau walau apa-apa pun jadi… Cinta I pada you takkan berubah sikitpun,” dengan yakinnya Shah menuturkan kata-katanya.
Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil.
“Yakinnya you ni, kita tak tahu apa jadi nanti. Tapi, insha allah bila I dah sah jadi milik you nanti, I will do everything because I’m your wife that time. So, I takkan sia-siakan cinta you and you pun jangan sia-siakan I tau,” agak sebak Allesya dibuatnya untuk menutur kata itu.
Yelah, dia takut tersilap langkah dalam memilih pasangan hidup. Sekarang pun dah macam-macam kes bahaya dalam rumah tangga telah berlaku yang menghantui Allesya sejak kebelakangan ini.
Mungkin kerana perasaan gemuruhnya untuk menjadi isteri yang sah kepada Shah Hazwan pada minggu hadapan.
Sekejap je kan rasa masa berlalu? Ya, majlis nikahnya itu akan berlangsung pada minggu hadapan dan persiapan perkahwinan mereka pun sudah hampir siap sepenuhnya.
“Insha Allah,” Shah yakin dia mampu menjaga Allesya yang merupakan cinta pertamanya.
“Nervous lah sebab Tan Sri dengan Puan Sri kan tak tahulah lagi yang I ni tunang you sedangkan persiapan majlis kita tu dah hampir siap dah buatnya bila malam ni diorang tahu lepas tu diorang batalkan majlis kita macam mana?,” Allesya yang diselubungi perasaan gemuruh itu mula berfikir negatif.
Shah yang mendengar itu tergelak kecil.
“Sayang… apa fikir macam tu? You ni kelakar lah,”
“Eh gelak-gelak pulak. Sayang serius ni!,”
“Dah-dah, you tu just nervous tu yang fikir bukan-bukan. Sayang, look. Kan mummy yang aturkan semua persiapan takkan mummy tak perasan nama you dekat wedding card kita?,” Shah cuba menenangkan tunangnya itu.
Allesya yang mendengar itu mula menghadam kata-kata tunangnya itu dan perlahan-lahan dirinya mula berfikiran positif. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Shah.
“Dahlah you tak perlu fikir bukan-bukan. Sekarang ni baik kita gerak sekarang diorang dah tunggu kita,” Shah terus mengajak Allesya masuk ke dalam kereta mewahnya itu.
Allesya hanya menurut.
Lalu kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
TAN Sri Megat Idruz yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu terus disambut sopan oleh Nur Danisha yang turut ada di ruangan itu.
Tersenyum senang Tan Sri Megat Idruz dibuatnya melihat wajah cantik bakal menantunya itu.
“Isha sihat?,”
“Alhamdulilah, uncle,” jawab Danisha tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan Danish.
“Misha, mana wedding card Shah? Abang nak tengok kejap,” pinta Tan Sri Megat Idruz kepada isterinya sambil dia melabuhkan punggung di sofa. Puan Sri Misha yang mendengar itu terus bangun berdiri dan berlalu ke rak kecil yang berada disudut ruang tamu.
Laci rak itu ditarik dan dicapai dua keping kad.
“You jemput berapa orang, Misha?,” soal Tan Sri Megat Idruz ingin tahu.
“Dalam 500 ke 600 orang macam tu yelah business partner abang je dah lebih seratus,” jawab Puan Sri Misha sambil dia menghulurkan sekeping kad kahwin kepada suaminya.
Tan Sri Megat Idruz tidak mahu membantah dia hanya menyambut huluran kad kahwin itu.
“Satu ni lagi untuk Isha and family. Jangan lupa datang tau,” ramah sahaja Puan Sri Misha menjemput Danisha ke majlis kahwin Shah sambil dihulurkan kad kahwin itu.
“Insha Allah, aunty,” Danisha menyambut huluran kad kahwin itu dengan sopan. Lalu dibuka kad kahwin berwarna putih cantik itu yang membuatkan Danisha tersenyum.
“Cantiknya wedding card ni, aunty!,” teruja Danisha dibuatnya.
“Of course aunty yang pilihkan memanglah cantik. Tak apa, nanti wedding card Isha dengan Danish lagi cantik punya,” seloroh Puan Sri Misha sengaja mengusik Danish dan Danisha.
Danish hanya senyum kecil.
“Wait, bakal isteri Shah tu Allesya Danielle ke, Misha?,” soal Tan Sri Megat Idruz terkejut. Misha terus memandang suaminya itu dengan mengerutkan dahinya.
“Kenapa you terkejut semacam ni? You takkan tak tahu?,” hairan Misha dibuatnya.
Danisha yang sedang membaca nama bakal pengantin yang tertera di kad perkahwinan itu juga terkejut sama.
“Tak I tahu sikit pun, malam ni kan baru first time yang Shah nak tunjukkan bakal isteri dia. I tak sangka pulak pilihan Shah tu Allesya Danielle? You, Misha takkan you tak bantah langsung bakal menantu you tu Allesya Danielle? You kan bukan berkenan sangat dengan Danielle,” soal Tan Sri Megat Idruz serius.
“Abang, Misha tak kisahlah dengan siapa pun Shah nak berkahwin. Dah tu jodoh diorang nak buat macam mana? Lain lah kalau Danish yang pilih perempuan tu confirm-confirm I bantah dari awal lagi! Dengan Shah tak apa jangan dengan anak I,” agak tegas Puan Sri Misha menuturkan kata.
Danish yang mendengar itu hanya melepaskan keluhan kecilnya perlahan.
“And you, Danish..,” Tan Sri Megat Idruz fokus memandang anaknya, Danish.
“You biarkan abang you sendiri rampas Allesya macam tu je?,” ketegangan mula berlaku di ruang tamu itu. Danish yang mendengar soalan itu hanya mendiamkan diri.
“Apa abang ni, mana ada kes rampas merampas dekat sini,” tegas Misha menegur suaminya.
“Misha, you lupa ke yang I ada tanya dekat Danish how about Allesya Danielle masa Danish melamar Isha semula? He just said someone has stole her,” baru sekarang Tan Sri Megat Idruz memahami maksud pandangan anaknya masa di meja makan tempoh hari.
Isha yang mendengar itu hanya mampu menahan sebaknya apabila mengetahui tentang hal itu. Jadi, lamaran Danish untuk kedua kalinya itu hanya rekaan?
Sekali lagi dia hanya sandaran sementara untuk Danish melupakan Allesya? Danish tak pernah ikhlas bersama dengannya.
Baru sahaja Isha ingin bangun berdiri untuk mengangkat kaki pergi tidak menjadi apabila tangan kanannya terus digenggam erat oleh Danish.
Lekas, Isha memandang Danish yang berada di bersebelahan dengannya itu.
“Daddy, sekarang ni I’m happy with Isha. I just want Isha to be my wife bukannya Allesya,” jelas Danish lembut lalu dia membalas pandangan Isha itu.
“You nampak sendiri kan macam mana Danish sayangkan Isha? Biarkan jelah perempuan tu dengan Shah lagipun Shah tu kan anak pera..,” Misha secepatnya menekup mulutnya.
Dia tidak mahu terlepas kata kerana bukan masanya.
Tan Sri Megat Idruz yang memandang isterinya itu terus mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan Danish. Sungguh dia dapat rasakan ibunya itu sedang menyimpan satu rahsia.
Baru sahaja Danish ingin membuka mulut untuk bertanya itu tidak menjadi apabila mendengar salam dari abang angkatnya di pintu utama rumah.
Mereka yang berada di ruang tamu itu terus bangun berdiri untuk menyambut bakal menantu.
Puan Saidah cepat melangkah menuju ke pintu rumah untuk melihat bakal menantunya. Terukir senyumannya apabila melihat wajah jelita Allesya Danielle.
Allesya Danielle yang melihat Puan Saidah terlebih dahulu itu secepatnya menyalam dan mencium tangan ibu kandung Shah.
“Macam dah kenal sangat dah korang berdua ni? Pernah berjumpa ke sebelum ni?,” sengaja Puan Sri Misha ingin mengenakan pembantu rumahnya dan Allesya Danielle itu.
Mendengar teguran itu terus membuatkan Allesya membalas pandangan Puan Sri Misha.
“Mana ada mummy, biasalah kan Allesya ni kan sopan santun dan hormat orang tua,” secepatnya Shah menjawab soalan itu bagi pihak ibu dan tunangnya itu.
Allesya hanya tersenyum nipis apabila perasaan gemuruhnya makin menyelubungi diri.
Kedua-dua matanya terus membalas pandangan penghuni rumah itu dan pandangannya terhenti lama pada Megat Danish yang dari tadi masih memandangnya.
Entah kenapa terus hilang perasaan gemuruh Allesya sebaik membalas pandangan Megat Danish.
Allesya agak kecewa melihat wanita cantik yang bersebelahan dengan Danish yang sedang menggengam erat jari jemari wanita itu.
Mereka kelihatan sungguh sesuai untuk dijadikan pasangan kekasih. Wajah wanita cantik itu kelihatan polos dan baik hati, Allesya yakin wanita itu pasti amat mencintai Danish.
“I don't know why but I can feel that you and I will be together one day in what way I'm not sure but I can feel it. If that happens, I'm sorry you can't make me fall in love with you anymore. I already have Isha on my side which always with me and I love her and you can’t change it,” tutur kata Megat Danish ketika mereka berada di dalam bilik pejabat siang tadi itu masih diingati yang membuatkan Allesya mengukirkan senyumannya.
Baguslah kalau benar Danish mencintai wanita itu.
Lagipun bukankah ini pilihan kau sendiri, Allesya?
Kau menginginkan Danish kembali dengan wanita itu agar cinta wanita itu tidak dipersia-siakan? Jadi, lupakan sahaja cinta kau pada Danish, sekarang kau tumpukan sahaja pada tunang kau, Shah Hazwan.
“SAIDAH, tadi saya perasan dalam peti ais awak ada buatkan kopi O kan?,” soal lembut Puan Sri Misha yang sedang menjamu selera itu. Saidah yang sedang membawa teko kecil itu terus memandang majikannya itu lalu dia menggangukkan kepalanya.
“Boleh awak tolong ambikkan untuk saya? Saya teringin nak minum pulak,” pinta Misha.
“Tapi, Puan Sri. Kopi tu lebihan saya pagi tadi saya sengaja sejukkan,” beritahu Saidah.
“Tak apalah, setakat lebihan awak tu tak ada effect pun dekat saya. Dah bawa je untuk saya sebab saya teringin nak minum,” Misha masih menginginkan kopi O sejuk itu. Saidah yang mendengar itu hanya menurut lalu dia berlalu ke dapur.
“Mummy, are you kidding me? Kopi tu kan lebihan bibik and you still nak minum?,” soal Danish hairan dengan sikap ibunya itu. Puan Sri Misha memandang anaknya itu.
“Apa salahnya, Danish? Lagipun bibik pun dah lama berkhidmat dalam rumah ni sikit pun tak pernah khianat keluarga kita. So, we should believe her. Betul tak, abang?,” Misha sengaja mengajukan pertanyaan itu kepada suaminya.
Tan Sri Megat Idruz yang mendengar itu hanya menggangukkan kepalanya. Dia tidak mahu memberi sebarang reaksi kerana dia khuatir isterinya itu akan mengesyaki sesuatu dan dia juga tidak mahu rahsia yang disimpan berpuluh-puluh tahun itu terlerai begitu sahaja.
Shah dan Allesya yang juga mendengar itu turut tidak memberi sebarang reaksi kerana mereka juga tidak mahu rahsia terbesar Tan Sri Megat Idruz itu terlerai begitu sahaja.
Bagi Allesya, biarlah rahsia itu disimpan kemas kerana jika diketahui oleh Danish pasti Danish makin membencinya.
Percayalah.
Saidah yang membawa jag kecil plastik itu terus menghampiri majikannya lalu dituang air kopi itu ke dalam cawan. Misha terus mengucapkan terima kasih sambil dicapai terus cawan itu dan diteguk sebanyak tiga kali memasuki ke dalam kerongkongnya.
“Sedap betul lah kopi awak buatkan ni, Saidah. I like it!,” teruja Misha apabila tekaknya dibasahi kopi O sejuk itu.
Saidah hanya mengucapkan terima kasih atas pujian itu lalu dia meminta izin ke dapur selepas mendapat kebenaran daripada majikannya.
“Allesya, sikit sahaja kamu makan. Tambahlah lagi,” Misha menegur bakal menantunya, Allesya yang duduk berhadapan dengannya.
Shah yang berada di sebelah Allesya itu terus menoleh memandang ke arah Allesya.
“Sayang nak apa-apa lagi ke?,” soal Shah lembut. Allesya cepat menggeleng.
“Ke sayang nak sambal udang sikit?,” soal Shah sebaik mencapai mangkuk sambal udang itu belum sempat Allesya membuka mulut untuk mengatakan dia tidak mahu,
tidak menjadi apabila Danish bersuara.
“Allesya tu allergic udang, you should know that,” sengaja Danish memerli abang angkatnya. Shah yang mendengar itu terus memandang Danish dengan pandangan tidak puas hati. Mangkuk sambal udang itu diletakkan semula.
Mendengar itu sahaja terus membuatkan Allesya memandang ke arah Danish. Allesya rasa terharu apabila Danish masih mengingati makanan yang tidak boleh dimakan olehnya.
Masih segar diingatannya ketika di bumi Arab dua tahun lepas, Danish menghabiskan udang untuknya kerana ketika itu baru Danish mengetahui tentang alahannya.
“Eh, Misha. You kenapa ni?!,” cemas Tan Sri Megat Idruz sebaik melihat pelipis bibir isterinya itu mengalir darah.
Puan Sri Misha yang terasa sakit di perutnya itu terus melepaskan batuk kuat sehingga mengeluarkan cairan darah yang mengejutkan keluarganya di meja makan.
Terus berdiri semua orang kerana terkejut.
“Mummy kenapa ni?!,” secepatnya Danish menyambut tubuh ibunya yang sudah tidak sedarkan diri. Tan Sri Megat Idruz yang cemas itu cepat mengejutkan isterinya namun keadaan isterinya masih sama.
“Someone call ambulans!,” arah cepat Danish sambil diselangi dengan tangisan. Allesya yang mendengar itu terus mencapai telefonnya dan mula membuat panggilan kecemasan.
“Aunty kena racun ni!,” cepat Isha membuat kesimpulan sebaik melihat darah merah yang tidak berhenti mengalir dari mulut Puan Sri Misha.
“Apa yang kamu merepek ni, Isha?!,” soal Tan Sri Megat Idruz tidak percaya.
“Tak, uncle. Isha tak merepek! Look, aunty jadi macam ni lepas minum kopi O sejuk tu!,” jawab Isha jujur sebaik menghidu lebihan air kopi di cawan itu.
Sah, bau racun itu sangat kuat!
“Saidah! Saidah!,” cepat Tan Sri Megat Idruz bangun berdiri dan berjalan menghampiri ruang dapur. Saidah yang mendengar namanya diteriak itu terus cepat bangun berdiri dan melangkah keluar dari ruang dapur.
Sebaik melihat kelibat Saidah, cepat tangan kanannya diangkat ke udara dan menampar kuat pipi isteri keduanya itu. Terkejut Saidah menerima tamparan itu sehingga tubuh tua itu terjelopok ke lantai.
Melihat itu membuatkan Shah terkejut terus dia menuju ke orang tuanya. Allesya yang sudah membuat panggilan kecemasan itu cepat menghampiri Danish.
“Ambulans will be here in 10 minutes,” beritahu Allesya.
“Kenapa lama sangat? Dah awak ikut saya ke hospital. Get my car key in the box!,” tegas Danish mengarahkan Allesya lalu terus dia mengendong tubuh ibunya itu.
Allesya cepat menurut dan mengambil kunci kereta di kotak
kunci yang bersebelahan dengan pintu utama itu.
Dia terus membuka pintu utama itu untuk memudahkan Danish melangkah keluar dari rumah itu. Lalu cepat kasut tingginya itu dipakai dan berlari menuju ke kereta audi dia perlu cepat untuk membuka pintu bahagian penumpang belakang.
Danish memasukkan ibunya ke dalam lalu mengarahkan Allesya turut masuk sebaik mengambil kunci kereta dari tangan Allesya.
Allesya hanya menurut lalu pintu kereta bahagian penumpang belakang itu ditutup rapat.
Manakala Danish cepat melangkah masuk ke bahagian pemandu.
“Eh, Isha pun nak ikut!,” teriak Isha tidak berpuas hati apabila tidak sempat masuk ke dalam kereta apabila kereta mewah itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.
Danish sedikitpun tidak mengingatinya yang membuatkan Isha sedikit kecewa.
Namun, perhatiannya dialihkan di dalam rumah apabila mendengar tempelak kuat Tan Sri Megat Idruz. Cepat Isha berjalan laju masuk ke dalam kerana khuatir jika sesuatu buruk terjadi.
“Kau memang tak sedar diri kan! Berani betul kau racunkan isteri aku! Memang tak cukup ke apa selama ni aku bagi dekat kau! Dasar perempuan tak sedar diri!,” tempelak geram Tan Sri Megat Idruz lalu ingin membaling pasu kaca yang kecil itu ke Saidah namun tidak menjadi apabila Shah terus merampas pasu kaca itu.
Tubuh ayahnya itu ditolak sedikit menjauhi ibunya.
“Apa daddy ni! Nak bunuh ibu ke apa!,” sungguh Shah tidak percaya dengan sikap panas baran ayah kandungnya itu. Tan Sri Megat Idruz tersenyum sinis.
“Sepatutnya aku buat dari awal lagi! Aku cuma fikir yang kau tu anak aku sahaja! Mulai hari ni aku tak nak tengok muka perempuan ni lagi! Berambus dari rumah aku!,”
“Daddy apa ni?!,” Shah semakin tidak berpuas hati.
Saidah yang menangis ketakutan itu terus menyerot kedua-dua lututnya menghampiri kaki suaminya. Dipeluk erat kaki suaminya itu.
“Abang maafkan Saidah, abang tolong jangan halau Saidah. Saidah masih perlukan abang,” rayu Saidah diselangi dengan tangisan.
Tan Sri Megat Idruz yang jijik kakinya dipeluk itu terus menendang isterinya jauh dari kakinya.
Terkejut Shah dibuatnya terus dia mendapatkan ibunya yang sakit ditolak itu.
“Daddy jangan melampau boleh tak! She’s still my mom!,” tegas Shah membela ibunya. Tan Sri Megat Idruz yang cuba mengawal panas barannya itu terus membalas pandangan isterinya itu.
Dia pasti kini tiba masanya dia melepaskan isterinya yang dahulu terpaksa dia berkahwin demi mendapatkan zuriat keturunan.
Saidah yang memahami pandangan suaminya itu terus menggelengkan kepalanya sambil diselangi tangisannya yang masih belum berhenti.
Dia tahu suaminya itu akan melepaskannya namun dia tidak sanggup lagi berpisah dengan suaminya.
“Abang.. jangann..,”
“Saidah Binti Hassan aku ceraikan kau dengan talak satu. Mulai sekarang aku nak kau angkat pakaian kau semua dan berambus dari rumah aku!,” suara authority memenuhi ruang kediamannya.
Shah terkejut mendengar lafaz talak itu.
“Daddy..,” Shah sungguh kecewa memanggil ayahnya itu.
Saidah menangis di pelukan lengan anaknya, Shah Hazwan.
“Uncle..,” getar sahaja suara Isha memanggil bakal bapa mertuanya itu. Tan Sri Megat Idruz terus menoleh memandang Isha.
“Abang Danish dah bawa aunty ke hospital sekarang,” beritahu Isha lembut. Tan Sri Megat Idruz terus berlari cepat mencapai kunci keretanya lalu mengajak Isha agar mengikutinya ke hospital.
Isha sempat membalas pandangan Shah lalu terus menurut ajakan bakal bapa mertuanya itu. Shah yang turut menangis itu hanya mampu memujuk ibunya.
“Shah janji takkan tinggalkan ibu seorang diri,”
Next chapter on Monday!
Share this novel