BAB 47 (PAINFUL LOVE)

Romance Completed 21483

“AWAK,” lembut sahaja Allesya memanggil suaminya sambil tangannya mula naik mengetuk pintu bilik mereka.

Diam tiada sahutan.
Allesya mengerutkan dahinya.

Takkan marahkan aku lagi?

Allesya memegang tuil pintu jenis pemegang itu lalu dia pulas ke bawah. Namun pintu berkunci. Sah, Danish kalau dah kunci pintu bagai ni pasti marahkan aku lagi.

Allesya agak kecewa.

Entah kenapa Allesya tiba-tiba diselubungi perasaan sebak. Hatinya terasa sedih. Allesya mendekatkan dirinya dengan pintu lalu tangannya dia angkat dan mengetuk pintu itu sekali lagi. Hanya sekali ketuk.

Danish yang dari tadi duduk bersandar di kepala katil itu mula memandang ke arah pintu.

“Awak, kalau saya ada salah apa-apa atau ada perkara yang awak tak suka. Awak bagitahu saya, awak jangan diam macam ni. Saya minta maaf,” air mata Allesya mula jatuh mengalir membasahi pipi.

Allesya cuba mengawal tangisannya namun dia tidak boleh. Mula tegak badan Danish dibuatnya apabila mendengar tangisan Allesya di balik pintu.

Sungguh hatinya sakit apabila mendengar tangisan Allesya. Rasa sakit. Terus Danish bangun berdiri dan berjalan ke arah pintu.

“Saya minta maaf, Danish,” sekali lagi Allesya memohon maaf apabila tangisannya itu mula reda sedikit.

Terhenti langkah Danish mendengar kata maaf itu. Hatinya rasa terharu dengan permohonan maaf daripada Allesya itu. Allesya diam sekejap terus membuatkan Danish makin risau.

Dia menyambung langkahnya untuk mendekati pintu dan baru sahaja tangannya ingin menyentuh tuil pintu jenis pemegang itu terhenti apabila Allesya bersuara sekali lagi.

“Saya dah siapkan pie kegemaran awak, nanti awak turun makan. Kalau awak nak cari saya cari saya dekat bilik tetamu,” beritahu Allesya yang masih cuba mengawal tangisannya.

Lalu dia mengatur langkah pergi.

Danish yang mendengar derapan kaki Allesya yang makin menjauh dari pintu biliknya itu hanya diam.

Tiada reaksi. Dia ingin mengejar isterinya namun dia masih ingin mempertahankan ego dan jiwanya sakit tiap kali mengingati peristiwa hitamnya.

TEPAT jam 10 pagi, Danish mula keluar dari bilik. Pintunya ditutup rapat lalu kakinya diatur menuju ke ruang tangga. Dia pandang sekeliling rumah banglonya itu. Kemas dan bersih.

Pasti Allesya yang lakukan.

“Haih kau Danish ni, kau dah janji nak kemas rumah baru kau ni sama-sama dengan Allesya. Ni kau biarkan dia kemas sorang-sorang,” luah Danish kecewa.

Ya, hari ni mereka mengambil beberapa cuti khas untuk proses pindah rumah.

Penthouse Danish itu sudah dijual pada Tengku Hazrel yang merupakan salah seorang rakan niaganya dan pemegang saham yang baharu di syarikatnya.

Langkah Danish diatur menuju ke ruang dapur.

Dia membuka tudung saji itu. Pie kegemarannya itu dia sentuh perlahan. Danish melepaskan keluhan kecewanya apabila mengingati janjinya pada Allesya untuk membuat pie sama-sama.

Namun, akhirnya Allesya yang buat seorang.

Danish kecewa dengan sikapnya. Pie itu dia cubit sedikit dan masuk ke dalam mulutnya. Lalu dia tutup kembali makanan itu dengan tudung saji.

Tangannya dia cuci.

Setelah itu, kakinya diatur menuju ke bilik tetamu yang berada di tingkat bawah. Dia ingin berjumpa dengan isterinya. Hatinya itu rindu sekali dengan sosok isterinya.

Tiba di hadapan pintu bilik, Danish cepat memulas tuil pintu jenis pemegang itu ke bawah. Pintu tidak berkunci.

Danish melangkah masuk.

Matanya terarah ke sosok tubuh isterinya yang sedang tidur mengiring di atas katil bersaiz king itu.

Wajah isterinya itu dia pandang lama.

“Stop calling by that name, Danish! Kau tak faham bahasa ke apa?! Aku jijik kau panggil aku dengan panggilan tu! Tolonglah!,”

“Dan lagi satu stop ada perasaan pada aku! Aku takkan suka pada kau!,”

“Salah ke saya suka pada awak, Allesya?,”

“Salah! Kau sedar diri kau sikit! Kau dengan aku tak akan pernah bersama! Kau dengan aku bagai enggang dengan pipit! Sedar diri!,”

“Adam, aku boleh jelaskan!,”

“Kau nak jelaskan aku apa lagi! Terang-terang Danielle bagitahu aku..,”

“Aku tak buat apa-apa dekat dia lah!,”

“Tak, kau tipu! Kau sentuh aku! Kau cuba nak buat sesuatu pada aku!,”

“Apa yang awak cakap ni, Allesya?,”

“Menyampah aku lah dengar kau panggil aku dengan nama tu!

Sekali lagi, kata-kata itu berlegar di telinga Danish. Hatinya bagai ditusuk, sakit sekali apabila mengingati memori pahit itu.

Danish yang sudah tidak mampu mengawal amarah dan dendamnya itu terus berpaling ke belakang.

“Danish, you have to control your mind. I know you, you don’t do revenge but you ignoring people. So for a while, please ignoring her. Please,” Danish cuba memujuk diri sendiri.

Dia memejamkan mata sekejap dan cuba mengawal perasaannya.

“Just remember that you love her so much,” Danish cuba mengingatkan diri sendiri lalu dia membuka kedua-dua matanya.

Tenang, Danish.

“Stay away from this room, Danish,” ujarnya lalu terus mengatur langkah keluar dari bilik tetamu itu.

Pintu itu dia tutup rapat sedikitpun dia tidak menoleh memandang wajah isterinya.

Bukannya dia tidak mahu, dia khuatir jika dia apa-apakan Allesya. Apabila amarah dan dendam menguasai diri, semua akan berada diluar kawalannya.

Keep on your mind that you love her, Danish.

“AMBOI bang, kemain lagi,” Areesya yang baru tiba di ruang tamu itu terus mengusik Adam yang masih sibuk dengan ipadnya. Hari minggu pun sibuk dengan kerjanya.

Cuba tenangkan fikiran buat perkara yang lain.

Adam terus mengangkat pandangannya memandang Areesya.

“Pagi pagi kalau nak cari gaduh dengan abang, baik lupakan. I’m not in the mood,” tegas sahaja nada Adam menegur. Areesya yang tersenyum kecil lalu dia terus duduk bersebelahan dengan Adam.

Rapat.

Tangan Adam itu dia angkat dan diletakkan di bahunya. Mereka berpelukan bahu. Adam hanya membiarkan.

Malas nak layan karenah manja Areesya yang sudah dianggap adik itu.

Areesya yang mula rasa sebak di dada itu terus melentokkan kepalanya di dada Adam. Sungguh dia dapat rasakan kasih sayang seorang abang.

Tiada sesiapa pernah menyayanginya sebelum ini seperti mana Adam menyayanginya.

Mata Areesya tertancap di skrin ipad abangnya itu. Entah graf apa yang dibaca, Areesya sendiri tidak tahu. Tidak ingin masuk campur. Lama Areesya diamkan diri.

“Adik kesayangan abang ni kenapa? Ada perkara nak discuss ke?,” lembut sahaja nada Adam menyoal Areesya. Areesya yang mendengar itu hanya menggelengkan kepala.

Dia tidak mahu berbincang apa-apa pun, dia hanya ingin dekat seperti ini dengan Adam.

Adam terus menutup ipadnya dan diletakkan di atas meja yang berhadapan dengan ruang sofa. Kepala Areesya itu dia angkat perlahan dan diletakkan di atas ribanya.

Lalu rambut lurus adiknya itu dia elus perlahan.

Areesya hanya membiarkan dan air mata mula bertakung di tubir mata.

“Lepas ni bila abang dah kahwin dengan Kak Soffiyya tak dapatlah Areesya nak bermanja macam ni dengan abang,” sebak Areesya.

Adam yang sedang mengelus lembut rambut adiknya itu terhenti sekejap.

“Kenapa Areesya cakap macam ni?,”

“Tak adalah, kita ni bukan adik-beradik betul pun. Nanti apa pula kata Kak Soffiyya kalau nampak Areesya ni bermanja-manja dengan abang macam ni,” luah Areesya.

“Areesya, listen. Kalau Kak Soffiyya nak kahwin dengan abang, dia kena terima Areesya sebagai adik abang,” tegas Adam. Areesya yang mendengar itu terus bangun duduk.

“Mana boleh macam tu abang,”

Adam mengerutkan dahinya.

“Kalau Areesya jadi Kak Soffiyya, confirm-confirm Areesya cemburu tau. Lagi-lagi kita ni bukan adik-beradik kandung. Abang tak ada pertalian darah pun dengan Areesya,” air mata Areesya mula jatuh membasahi pipi.

Ya, hatinya sudah diselubungi sebak.

Adam mula melepaskan keluhan kecil.

“No matter what, you still my little sister. Do you get it, Areesya Husna?,” tegas Adam mengingatkan Areesya. Areesya yang mendengar itu hanya diam dan dia hanya mampu membalas pandangan Adam.

“Dahlah jom ikut abang,” Adam mula bangun berdiri. Terangkat wajah Areesya ke atas dengan kerutan di dahi untuk memandang Adam.

“Nak pergi mana pula ni? Abang memang tak reti duduk diam eh, kan cuti hari ni,” pelik Areesya dengan sikap terlebih ‘productive’ Adam. Adam tergelak kecil.

“Abang nak kita buat ‘food hunting’ hari ni. Nak ikut ke tak?,” Adam sudah teruja sambil kakinya mula mengatur langkah menuju ke ruang tangga rumah.

Terlopong mulut Areesya mendengar perancangan Adam. Gila tak nak ikut, jalan-jalan cari makan siapa je tak suka? Lagi-lagi aku ni boleh dikategori kuat makan!

“Confirm lah nak!!,” cepat Areesya bangun berdiri dan dia melihat Adam sedang laju melangkah mendaki tangga.

Ni dah menandakan isyarat Adam, kalau lambat tinggal!

“Abang tunggu Areesya!,” cepat Areesya berlari menuju ke tangga lalu didaki laju.

“Arghh, lambat tinggal!,” laung Adam sebelum meloloskan diri di dalam bilik.

Areesya dah agak dah, itulah kata-kata Adam. Sengaja nak buat aku ni kelam kabut siapkan diri! Tak guna punya abang!

ALLESYA terus terbangun apabila mendengar laungan azan di telefonnya. Terus dia bangun duduk dan segera dia capai telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.25 petang menandakan sudah masuk waktu zohor.

Jadi, dia dan Danish harus bangun untuk solat berjemaah bersama-sama. Danish? Dia pandang sekeliling.

Dia masih berada di bilik tetamu? Mati-mati Allesya ingatkan yang suaminya itu akan dukungnya dan dibawa ke bilik mereka, namun tiada.

Adakah Danish sedikitpun tidak menjenguknya?

Allesya agak kecewa.

Terkilan pun ada sebenarnya. Nak menangis, sumpah!
Allesya yang tidak mahu dibawa emosi itu terus bangun berdiri sebaik azan di telefonnya itu sudah habis.

Dia melangkah keluar dari bilik itu dan dia berjalan menuju ke ruang dapur. Dia ingin melihat jika pie yang dibuat olehnya tadi disentuh atau tidak.

Dia membuka tudung saji itu. Kosong. Terus terukir senyuman di bibir Allesya.

“Merajuk-rajuk pun makan tak lupa. Itulah Megat Danish, suami aku,” ajuk Allesya lalu tergelak kecil. Dia tutup kembali tudung saji itu.

Kakinya itu dia atur menuju ke tingkat atas. Dia ingin berjumpa dengan suaminya. Rindu.

Tiba di sana, Allesya memulas tuil pintu jenis pemegang itu ke bawah. Pintu tidak berkunci. Allesya melangkah masuk lalu matanya terarah ke sosok tubuh suaminya yang sedang tidur di atas katil bersaiz king itu.

Dihampiri suaminya itu. Punggungnya dia labuhkan di birai katil bersebelahan dengan suaminya. Dipandang wajah suaminya.

“Danish,” panggil Allesya lembut sambil dia menepuk lengan sasa Danish itu.

“Danish..,” Allesya sekali lagi memanggil sambil menepuk lengan suaminya. Berkerut dahi Danish apabila mendengar namanya dipanggil lembut.

Allesya yang ingin sekali lagi memanggil suaminya itu terhenti apabila tapak tangannya yang melekap di lengan suaminya itu terasa panas. Allesya makin khuatir.

Terus dia mendekati Danish lebih rapat.

Kedua-dua tangannya mula naik menyentuh wajah suaminya. Panas. Danish terus membuka matanya lalu cepat dia menepis tangan isterinya itu.

Tersentak Allesya dibuatnya.

“Apa yang awak buat ni?,” soal Danish diingin.
“Awak demam kenapa tak bagitahu saya?,” Allesya menyoal sambil sebak mula menyelubungi diri.

Danish yang mendengar itu hanya diam.

Entah kenapa pagi tadi elok je tiba-tiba tengahari tadi Danish rasa tidak sedap badan. Rupa-rupanya nak demam.

Allesya terus bangun berdiri lalu dia mencapai tuala bersih di dalam almari dan dia berjalan laju menuju ke tandas. Danish hanya mampu melihat, tak larat nak buka mulut. Lebih-lebih lagi, dia masih mengingat tentang peristiwa dia dibuli dahulu.

Allesya yang membawa tuala agak lembab itu terus berjalan laju menghampiri suaminya. Dia duduk rapat bersebelahan dengan Danish.

Selimut yang menyelubungi tubuh Danish itu dia tarik perlahan. Danish hanya membiarkan. Tuala yang dibawa tadi terus dia lekapkan di lengan dan leher Danish.

Makin sebak di dada Allesya apabila melihat suaminya itu asyik melarikan pandangan sedikitpun tidak mahu bertentang mata dengannya.

Did I do something wrong, Danish?

“Saya rasa awak kena jumpa doktor lah, kejap saya call Dr. Fara..,”

“Tak perlu,” diingin sahaja suara Danish berkata sambil memandang Allesya.

Allesya membalas pandangan Danish.
“Saya dah okay sekarang dan saya dah makan ubat tadi, that’s make me better. And… I can take care of myself.” Ujar Danish basah basi. Saja berkata begitu ingin menyakitkan hati Allesya.

Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Datang mana awak cari ubat? Saya simpan stok ubat semua dalam beg kecil dan beg tu masih dalam kereta awak,” beritahu Allesya.

Danish yang mendengar itu terus mengalihkan pandangannya ke tepi. Tak sanggup untuk bertentang mata dengan isterinya.

Tak pasal pasal kena cop menipu! Kau pun Danish cuba nak cari alasan tu biar yang bijak sikit.

Allesya yang melihat reaksi Danish itu terus sekali lagi melekap tuala lembab itu di lengan, leher dan dahi Danish. Danish hanya membiarkan.

Sekali lagi, Danish tidak mahu bertentang mata dengan Allesya. Allesya yang sudah tidak mampu menahan sebak mula mengalirkan air mata.

Mendengar tangisan Allesya, terus membuatkan Danish memandang isterinya. Hatinya sakit apabila melihat sebutir air mata Allesya yang jatuh membasahi pipi.

“Kenapa perlu buat sampai macam ni sekali, Allesya?,” soal Danish tegas.

Allesya membalas pandangan suaminya.

“Saya ada buat salah atau perkara yang awak tak suka ke, Danish?,” soal Allesya ingin tahu sambil dia cuba menahan tangisannya.

Danish diam sekejap.

“Bagitahu saya, Danish. Jangan buat saya macam ni,” desak Allesya.

“Awak pernah ambil tahu ke saya ni terseksa atau tidak selama ni? Bagai macam orang gila saya simpan perasaan dendam lama ni. Saya terseksa awak tahu tak?,” diingin suara Danish mengatakan itu.

Allesya terdiam.

Jadi suaminya itu ingin membalas dendam padanya? Dia fikirkan Danish sudah melupakan tentang itu.

Tapi, Allesya silap.

Danish masih menyimpan perasaan dendam itu. Kalau ikutkan memang tak masuk akal untuk Danish melupakan begitu sahaja. Itu tidak mudah.

Tapi, Danish sendiri mengatakan yang cinta lebih menguasai dendamnya. Air mata Allesya makin tidak berhenti mengalir.

Allesya dah tidak sanggup menahan sebak di dada.

“I’m sorry, Danish. I’m really really sorry,” Allesya memohon maaf sambil diselangi dengan tangisan. Danish yang mendengar itu hanya diam tidak bereaksi.

“Saya minta diri dulu,” pamit Allesya yang baru sahaja ingin bangun berdiri namun terhenti pergerakannya apabila tangannya diraih oleh Danish.

Allesya memandang tangannya lalu membalas pandangan Danish. Danish terus bangun duduk dan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Allesya.

Manakala, Allesya hanya membiarkan dan matanya tidak lepas membalas pandangan Danish.

Lama mereka berkeadaan seperti itu.

“Do you love me, Allesya?,” soal Danish ingin tahu.

“I really love you, Danish. Kalau boleh saya nak cintakan awak sampai hujung nyawa saya. Saya tak nak orang lain cintakan saya atau sebaliknya. Saya betul-betul cintakan awak. Tolonglah percaya,” tulus Allesya meluahkan segala perasaan cintanya terhadap suaminya.

Danish yang mendengar itu mula diselubungi perasaan sebak. Tanpa dia sedari, air matanya yang dari tadi bertakung di tubir mata itu mula jatuh membasahi pipi.

Perlahan-lahan, tangannya naik menyentuh kedua-dua pipi Allesya. Matanya mula turun memandang bibir mungil Allesya lalu naik semula ke arah kedua-dua mata Allesya.

Allesya tersenyum kecil sambil melepaskan tangisannya.

“Shhh, my love. Stop crying, it’s really hurt me,” kedua-dua jari jemari Danish mula mengusap air mata yang mengalir membasahi pipi isterinya.

Allesya tertunduk malu.

MATI terus senyuman Allesya apabila melihat Isha kelihatan mesra dengan ibu mertuanya, Puan Sri Misha.

Macam-macam yang Isha bantu untuk menyiapkan makanan makan malam. Jam baru menunjukkan pukul 8 malam.

“Eh, Allesya. Dah habis solat?,” tegur Puan Sri Misha apabila melihat menantunya itu tiba di ruang dapur.

Allesya yang mendengar itu tersenyum kecil.

“Dah mummy,”

Isha yang baru selesai mencedok lauk masak lemak cili api ke dalam mangkuk itu terus menghampiri Allesya.

Lekas dia meminta bantuan Allesya untuk meletakkan mangkuk itu di atas meja makan.

Allesya hanya menurut.

“Isha tolong aunty kejap basuh kuali tu,” pinta Puan Sri Misha lembut.

“Saya yang menurut perintah, tuanku,” sengaja Isha ingin membuat Puan Sri Misha tertawa kecil.

Puan Sri Misha yang sedang menghiris halus daun bawang itu tertawa kecil.

Isha secepatnya ke ruang singki untuk membasuh kuali. Allesya yang dari tadi mendengar kembali ke ruang dapur sebaik sudah meletakkan mangkuk di atas meja makan.

Dia menghampiri Puan Sri Misha.

“Ada yang Allesya boleh bantu mummy?,” Allesya menyoal.

“It’s okay, Allesya. Yang lain biarkan Isha yang uruskan. Kamu tolong mummy panggilkan daddy, Danish dan Shah.
Diorang ada dekat mini office daddy,” lembut sahaja arahan Puan Sri Misha pada menantunya itu.

Allesya yang mendengar itu agak kecewa. Dia ingin sekali membantu Puan Sri Misha di dapur tapi semua sudah diuruskan oleh Isha.

Tak pasal-pasal aku kena cop menantu pemalas! Kenapalah perempuan ni sibuk ada dekat sini. Nak tak nak, Allesya menurut. Lalu kakinya diatur keluar dari ruang dapur.

“Rajin betul lah Isha seorang ni,” puji Puan Sri Misha kedengaran membuatkan langkah yang diatur oleh Allesya mula perlahan.

Hatinya terasa sakit mendengar pujian itu.

Nak pulak dengar tawa kecil Isha.

Allesya menjeling geram lalu kakinya cepat diatur menuju ke bilik pejabat bapa mertuanya yang berada di hujung ruang tingkat bawah.

Sebaik di sana, jari Allesya diangkat mengetuk pintu perlahan. Lalu memulas tuil pintu jenis pemegang itu ke bawah dan pintu terbuka.

“Asalamuailaikum,” ucap Allesya lembut lalu melangkah masuk. Pandangan tiga orang yang berada di dalam pejabat itu terus terarah ke Allesya.

Danish terukir senyuman melihat wajah isterinya.

“Waalaikummusalam,” mereka bertiga membalas salam.

“Anything my love?,” soal Danish lembut. Shah yang dari tadi memandang Allesya itu terus terarah ke Danish.

My love? Itukah panggilan Danish kepada Allesya? Shah mula sakit hati. Makin sakit hatinya apabila mengingati pengkhianatan Allesya kepadanya.

Shah mula bangun berdiri.

“Mummy dah panggil untuk makan tu,” Shah yang tahu akan tujuan Allesya itu terus bersuara. Mata Allesya yang tidak lepas memandang Shah itu hanya diam.

Shah hanya membalas pandangan Allesya sekejap lalu kakinya diatur keluar dari bilik itu.

Allesya mula terasa sebak apabila Shah kini hanya buat tidak tahu tentang kehadirannya. Hatinya sakit.

“Kalau macam tu dah jom lah kita makan, daddy lapar ni,” Tan Sri Megat Idruz mula bangun berdiri sambil tangannya menggosok perut menandakan dia tidak sabar untuk makan.

Allesya tersenyum.

“Jom lah awak, kita makan,” Allesya terus mengajak suaminya.

Danish tersenyum lalu terus bangun berdiri.

Isha yang baru selesai menghidang itu tersenyum melihat Shah, Danish, Allesya dan Tan Sri Megat Idruz mula melangkah menghampiri meja makan.

Namun mati senyumannya apabila melihat tangan Danish mula naik memeluk pinggang Allesya.

Begitu juga dengan Allesya. Tersenyum sampai ke telinga.
Isha cuba mengukirkan senyuman kecilnya.

“Ya allah, mummy. Sedapnya!,” teruja Shah dibuatnya.
Dia lekas duduk di sebelah Isha. Puan Sri Misha yang baru tarik kerusi untuk duduk itu tersenyum lebar. “Your favourite is udang goreng kunyit kan? Makanlah tapi bukan mummy yang buatlah, tapi Isha yang buat,” beritahu Puan Sri Misha.
Isha sudah tersenyum malu.

“Tak tahulah kalau abang Shah suka atau tidak,” balas Isha.
Shah tersenyum.

“Tak kiralah siapa yang masak, ni nampak pun dah sedap belum lagi rasa,” seloroh Shah teruja. Dia memang tak sabar nak rasa makanan kegemarannya itu dengan nasi putih.

“Kalau Isha nak tahu, favourite Shah memang lauk ni. Dari kecil lagi suka sangat makan udang kalau boleh pantang nampak lauk udang confirm dia capai dulu,” sengaja Puan Sri Misha bercerita tentang anak susuannya itu.

Isha yang mendengar itu tersenyum manis.

“Amboi Misha, kemain lagi bercerita tentang Shah depan Isha. Ada apa-apa ke?,” soal Tan Sri Misha ingin tahu apabila dia dapat rasakan apa yang isterinya itu fikirkan tentang Isha dan Shah.

“Mana ada,” nafi Puan Sri Misha.

“Dah dah jom makan,”

SHAH yang baru melangkah keluar dari ruang dapur itu terhenti apabila melihat Allesya dan Danish sedang bergelak tawa di ruang tamu. Hatinya makin sakit melihat Allesya bahagia dengan orang lain.

Begitu cepat kau berubah, Allesya. Dahulu, kau janji untuk bersama aku. Tapi sekarang kau boleh bahagia depan aku? Bersama adik aku sendiri?

Shah rasa tidak puas hati.

“Kalau kau rasa kau dikhianati sekarang tak cukup kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku rasa masa kau serahkan aku macam tu je pada Danish dan tokwan kau dulu! Kau sama je macam dulu, Shah! Tak sedikitpun berubah! Kau cuma fikir apa yang kau rasa, Shah!
Sedangkan apa yang kau buat pada aku dulu tak cukup dan kau tak mampu ganti harga diri aku yang tergadai pada malam tu!,” tempelak Allesya meluahkan segala yang terbuku dalam hati itu berlegar-legar di telinganya.

Pergaduhan mereka tempoh hari masih segar di fikirannya.

“Ehem…Ehem,” sengaja Shah berdeham apabila sudah mendekati di ruang tamu. Danish dan Allesya terus tertoleh kepada Shah.

Mereka diam dan hanya melihat Shah duduk di atas sofa yang bertentangan dengan mereka.

“Mana je kau pergi lately ni?,” Danish terlebih dahulu menyoal abangnya.

“Holiday, tenangkan fikiran yang serabut,” Shah yang duduk menyilang kaki itu menjawab selamba. Danish yang mendengar itu tergelak kecil.

“Serabut konon, pergi holiday pakai duit syarikat,” Danish menyinis.

“Setakat lima ribu lebih je aku ambik tak luak pun lah,” balas Shah tidak rasa bersalah.

Matanya tidak lepas memandang tangan Allesya yang masih memeluk dan mengusap lembut lengan sasa adiknya itu.

Api cemburu dalam hatinya makin membuak-buak.

“Five thousand in dollar, tu kau kata tak banyak? Ni daddy tak tahu lagi tau, kalau aku bagitahu sah-sah kau kena pecat! Cukup baik aku dah back up kau pakai duit aku, tapi kalau kau still buat lagi…Aku tak teragak-agak untuk pecat kau, bekukan semua credit kad kau termasuk kereta kau aku tarik,”

“Sebab tu semua hasil duit syarikat Megat Trading, kau ingat tu!,” tegas Danish mengingatkan abangnya tentang amaran kerasnya. Semua boleh berlaku hanya di hujung jarinya.

Everything on his hand.

Shah yang mendengar itu tersenyum kecil.

Dia akui, kekuasaan kewangan syarikat berada di tangan adiknya. Dia boleh kehilangan semuanya selagi kekuasaan itu terletak pada Danish.

Tapi itu hanya akan jadi sementara, setelah daddynya itu menyerahkan Megat Trading kepadanya pada hujung tahun.

Allesya dari tadi memerhati Shah sudah dapat mengagak isi hati Shah. Dia bukannya tidak tahu tentang rancangan terbesar Shah untuk mendapatkan Megat Trading.

Allesya sendiri keliru sama ada ingin memberitahu hal sebenar pada Danish atau tidak.

Risau jika berlaku perkara yang tidak diingini antara dua beradik tu.

“Serius betul boraknya,” tegur Tan Sri Megat Idruz sebaik tiba di ruang tamu bersama dengan isterinya, Puan Sri Misha. Turut ada Isha di sisi.

Lalu mereka labuhkan punggung di salah satu sofa yang berada di ruang tamu itu.

“Tak adalah, daddy. Kami borak biasa je. Betul tak, Danish?,” sengaja Shah menyoal adiknya begitu agar dapat menyembunyikan hal yang sebenar. Danish hanya angguk sikit dan diam sekadar membantu abangnya.

“Lama betul kita tak berkumpul macam ni, tambah-tambah lagi ada Allesya,” teruja Puan Sri Misha melihat keluarga kecilnya.

Dipandang wajah Danish, Shah, Allesya dan Isha silih berganti, terukir sebuah senyuman.

“Lepas ni, you dapat cucu pulak,” seloroh Tan Sri Misha sengaja ingin mengusik anak dan menantunya.

Danish hanya senyum dan Allesya tersipu malu.
Isha cuba senyum yang dibuat-buat.

“Bukan tu je, entah-entah Shah bawa sekali bakal menantu mummy!,” sambung Puan Sri Misha begitu teruja sehingga

Shah yang sedang mencicip kopi panas itu tersedak. Cepat sahaja, Tan Sri Megat Idruz menggosok tubuh belakang anaknya.

Tergelak kecil Isha dibuatnya.

“Apa mummy ni?,” soal Shah kehairanan sebaik dia sudah lega. Danish yang mendengar itu tersenyum, entah kenapa dia suka apabila abangnya diusik begitu.

“Betul lah, takkan kamu nak membujang sampai ke tua? Tak teringin nak ada isteri dengan ada keluarga sendiri?,” Puan Sri Misha cukup hairan dengan sikap anak jagaannya itu.

Shah membalas pandangan ibu tirinya.

“Shah tak ready lagi lah mummy,”

“Itu jelah alasan kamu. Dah nak masuk 30-an,”

“Misha..,” tegur Tan Sri Megat Idruz lembut. Dia tahu Shah tidak rasa selesa jika disoal begitu. Mana-mana anak lelaki bujang yang seusia dengan Shah pasti tidak akan suka.

“Senang macam ni lah, kamu kahwin je dengan Isha,” cadang Puan Sri Misha cukup membuatkan Shah dan Isha terkejut. Tidak pernah dia terlintas di fikirannya untuk berkahwin dengan Isha.

Mereka berdua terus pandang satu sama lain. Shah lekas menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu. Begitu juga dengan Isha. Dia juga tidak mahu.

Bagi Shah, Isha terlalu baik untuk aku buktinya ketika aku minta Isha untuk berkomplot dengan aku semata-mata untuk pisahkan Allesya dan Danish, Isha sedikitpun tidak mahu.

Bagi Isha dia sudah redha jika Danish bukan untuknya.

Isha tidak sesuai untuk aku. Bisik hati Shah.

Allesya yang mendengar itu entah kenapa hatinya terasa api kecemburuan. Jujur hatinya sudah mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri, Danish.

Tapi kenapa, rasa cemburu itu datang dan dia tidak sanggup jika melihat Shah bersama wanita lain.

ISHA terus melepaskan tali pinggang kereta sebaik tiba di hadapan pintu pagar rumahnya.

Terus bibirnya mengucapkan terima kasih pada Shah. Shah hanya diam, tidak bereaksi. Entah kenapa tiap kali bersama Isha, semua jadi kaku dan kelu.

“Isha masuk dulu,” pamit Isha lalu mula mencapai pemegang pintu.

“Isha kejap,” terhenti pergerakan Isha mendengar Shah bersuara.

Cepat Isha menoleh untuk membalas pandangan Shah.

“Kenapa abang?,” soal Isha ingin tahu.

“Mulai esok, Isha tak perlu datang rumah. Isha jangan salah faham dengan abang. Abang bukan tak suka Isha datang rumah untuk teman mummy tapi sebab tadi mummy cuba nak…Kita ni ada hubungan…Jadi..,”

“Okay, abang. Isha faham,” Isha cepat memotong.
Shah yang mendengar itu terangguk kecil.

Baguslah kalau Isha ni cepat memahami.

“Ada apa-apa lagi abang nak cakap dengan Isha?,” entah kenapa nada suaranya mula terdengar sebak. Mungkin sebab rasa sedih sebab orang yang selama ini dia rapat dan dia sayang perlu dijauhi.

Ya, dia sangat menyayangi Puan Sri Misha.

“Are you crying, Isha?,” soal Shah ingin tahu dan dia mula rasa serba salah.

Cepat Isha geleng kepalanya lalu dia tunduk ke bawah. Air matanya mula jatuh dan dia mula menangis perlahan.

Dia tidak dapat mengawal tangisannya.

“Isha jangan buat abang rasa bersalah,” Shah mula rasa tidak keruan.

“Kenapa semua orang benci Isha? Kenapa Isha perlu berjauh dengan orang yang Isha dah anggap macam keluarga sendiri? Isha tak ada apa-apa perasaan pun dengan abang, tapi tak perlu lah minta Isha berjauh dengan Aunty Misha,” luah Isha diselangi dengan tangisan.

Shah yang mendengar luahan itu terdiam sekejap.

“Isha..,”

“Abang jangan risaulah, Isha kalau boleh tak nak dengan abang. Lagipun..,”

“Lagipun apa Isha?,” soal Shah ingin tahu.
Isha cuba meredakan tangisannya terlebih dahulu.

“Ayah tiri Isha ada plan nak satukan Isha dengan anak kawan dia dan Isha akan terima rancangan tu. Jadi abang tak perlu risau dan Isha sendiri akan bagitahu aunty,” dengan terpaksa Isha membuat keputusan walaupun jauh di sudut hatinya dia ingin menafikan semuanya.

Dia tidak mahu kahwin dengan anak kawan ayah tirinya itu.
Shah yang mendengar itu tersenyum kecil. Dia lega.

“Baguslah kalau macam tu. Tak perlulah abang fikir perkara ni lagi,” luah Shah. Isha yang mendengar itu hanya diam.

Entah kenapa hatinya sakit melihat reaksi Shah.

“Kalau tak ada apa-apa Isha masuk dulu,” pamit Isha segera lalu dia melangkah keluar dari perut kereta berjenama itu.

Shah hanya membiarkan namun matanya tidak lepas memastikan Isha selamat masuk ke dalam pagar rumah.

Setelah memastikan itu terus dia menekan pedal minyak keretanya. Isha yang sudah melepasi pintu pagar rumah dan duduk di sebuah bangku yang berada di perkarangan rumah itu mula kembali menangis.

Dia menangis tidak berhenti.

“Ya allah kenapa apa yang aku inginkan selalu tidak kau tunaikan? Aku tak layak ke untuk rasa bahagia di dunia? Aku penatlah macam ni,” luah Isha kecewa sambil diselangi dengan tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience