BAB 12

Romance Completed 21483

Allesya Danielle mengurut dada kirinya cuba mengawal debaran ketakutan yang menyelubungi dirinya. Megat Danish melangkah masuk ke dalam sebaik menutup pintu bilik.

Dia mengatur langkah menghampiri Allesya Danielle.

“Tuan Danish kenapa tegur terus macam tu, takut tahu tak?,” rungut Allesya Danielle geram. Megat Danish tersenyum sinis yang membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya apabila melihat langkah yang diaturkan oleh majikannya itu makin mendekatinya.

“Tuan Danish..,” langkah Allesya Danielle juga diundurkan ke belakang. Terus lehernya dicekik kuat sambil badan belakangnya dihempas kuat ke dinding bilik.

Sakit.

Pernafasan Allesya Danielle juga sudah tersekat-sekat dan membuatkan Allesya Danielle memejam matanya menahan kesakitan.

Lalu dibuka kelopak matanya dan terus dirinya menjerit ketakutan apabila wajah majikannya itu berubah ke wajah yang sangat hodoh dan penampilannya juga berubah ke wanita tua berambut panjang yang sangat hodoh.

“Aaarrrgghhhh,” jerit Allesya Danielle dalam ketakutan.

Megat Danish yang melangkah menghampiri bilik pekerjanya itu mengerutkan dahinya apabila mendengar jeritan Allesya Danielle dari dalam bilik.

Megat Danish terus berlari dan membuka pintu bilik.

“Allesya!,” panggil Megat Danish sebaik melihat Allesya Danielle sudah jatuh terduduk di sudut ruang bilik.

Megat Danish terus berlari mendapatkan pekerjanya itu.

“Ya Allah, Allesya. Kenapa ni?,” terus tubuh tinggi lampai itu dipeluk erat ke dalam pelukannya. Allesya Danielle sudah menangis ketakutan di dada sasa majikannya itu.

Dia yakin itu adalah majikannya kerana bau pewangi yang terlekat di tubuh lelaki itu.

“Tuan Danish, tolong saya! Saya takut,” gadu Allesya Danielle sambil tangisan ketakutannya masih kedengaran.

Megat Danish mengeratkan pelukannya sambil tangan kirinya mengusap lembut rambut ikal mayang itu agar ia mampu menenangkan Allesya Danielle.

“It’s okay, I’m here,” pujuk Megat Danish lembut lalu dia memandang segenap ruang di bilik itu.

Allesya Danielle benar-benar ketakutan yang membuatkan seluruh tubuhnya bergigil mengingati kejadian yang menimpanya tadi.

“SAYA dah tak nak dengar apa-apa lagi daripada kamu semua. Kalau jadi apa-apa dekat pekerja saya tadi macam mana? Can you all guarantee that she will be safe at here?,” soal tegas Megat Danish di hadapan jururawat yang ditugaskan khas itu.

"Kami minta maaf, Tuan Danish,"

Allesya Danielle yang berada di atas katil itu yang sudah terlelap terjaga apabila mendengar suara tegas majikannya.

Allesya Danielle terharu dan bersyukur dikurniakan majikan yang benar mengambil berat tentang para pekerjanya.

Itulah sikap Megat Danish yang disukai oleh para pekerjanya. Dirinya masih ingat kata pujian Nur Fasha tentang majikan mereka itu. Sekarang dia akui kata-kata pujian itu memang layak untuk majikannya.

Allesya Danielle mengukirkan senyumannya.

Keesokannya, Allesya Danielle perlahan-lahan membuka kedua-dua matanya. Dipandang ruang jendela di biliknya itu kelihatan langit cerah menandakan sudah pagi lalu matanya dikalihkan ke belah kirinya kelihatan majikannya tidur beralaskan lengan.

Dia tahu majikannya itu menemaninya malam semalam. Raut wajah majikannya itu juga kelihatan tenang dipandang.

“Allesya Danielle, are you sure you not remember anything about me?,” pertanyaan Megat Danish semalam membuatkannya hairan dan tertanya-tanya.

Kalau benar kehadiran Megat Danish sungguh bermakna dalam hidupnya, mengapa sedikitpun dia tidak mengingati?

“Hye, dah bangun dah,” tegur Megat Danish membuatkan Allesya Danielle mematikan lamunannya. Segera dia membalas pandangan majikannya yang baru bangun itu.

Perlahan-lahan Allesya Danielle mengukirkan senyuman kecilnya.

“Thank you, Tuan Danish sebab temankan saya malam tadi,” ucap Allesya Danielle lembut.

Megat Danish mengukirkan senyumannya lantas terus dia bangun berdiri yang memaksa Allesya Danielle mengangkat pandangannya ke atas sedikit agar dapat membalas pandangan majikannya itu.

Tergamam seketika Allesya Danielle dibuatnya apabila majikannya itu memperbetulkan anak rambut yang terkeluar sedikit di pipi itu.

Allesya Danielle diselubungi rasa malunya sekali lagi untuk ke berapa kali dia sendiri tidak pasti saat bersama Megat Danish.

“How many time you have to thanks to me, Allesya?,” ujar Megat Danish lembut dengan suara garaunya itu sambil menyentuh sedikit dagu Allesya Danielle.

Allesya Danielle sekali lagi tergamam, dia hanya mampu membalas pandangan majikannya itu.

Dan, hampir sahaja batang hidung masing-masing bersentuhan.

Dugaan apa ni?

“Just enough for once, Allesya,” sekali lagi suara itu menerpa ke arahnya sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Allesya.

Megat Danish tergelak kecil melihat reaksi tergamam Allesya Danielle. Megat Danish terus kembali duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil itu yang membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahi kehairanan.

“Is not funny, Tuan Danish,” geram Allesya Danielle dibuatnya sambil membaling bantal dibelakang badannya itu ke arah majikannya.

Dia peduli apa perasaan malu sudah menyelubungi dirinya.

Megat Danish segera menangkap bantal itu agar tidak terkena di wajahnya namun tawa gelaknya masih kedengaran.

“I’m just kidding okay?,” beritahunya namun masih ada sisa gelak tawanya.

“Nampak tu, apa gelak-gelak!,” geram Allesya Danielle dibuatnya.

“EHEM…EHEM,” kedengaran Ian Hazim berdeham yang membuatkan Megat Danish dan Allesya Danielle segera mengalihkan pandangan mereka di muka pintu bilik.

Ian Hazim dan Nur Fasha terus melangkah menghampiri mereka. Megat Danish yang mula diselubungi malu itu terus bangun berdiri.

“Kau buat apa dekat sini?,” soal Megat Danish ingin tahu.
Ian Hazim tergelak kecil.

“Sepatutnya aku yang tanya kau,” sengaja Ian Hazim mengenakan kawan baiknya itu. Megat Danish sudah terkelu lidahnya mahu menjawab.

Ian Hazim tersenyum kecil.

“Danielle, doktor kata you dah boleh discharge harini. Betul ke?,” soal Nur Fasha inginkan kepastian.

Allesya Danielle yang mendengar pertanyaan itu terus memandang ke arah setiausaha majikannya itu lalu dia anggukkan kepalanya.

“Oh, yeke?,” Megat Danish memandang ke arah Allesya Danielle.

“Ha’ah, Tuan Danish. Semalam doktor ada bagitahu saya,” jelas Allesya Danielle lembut.

Dia tahu majikannya itu pasti agak kecewa kerana menjadi orang terakhir tahu akan hal itu.

Ye ke? Tak rasanya.

Allesya Danielle cuba menafikan apa yang dirasakan. Mendengar itu hanya membuatkan Megat Danish mengangguk kecil.

“Jangan risau, Allesya. Tuan Danish akan hantar you balik,” ujar Ian Hazim yang seakan-akan memahami kehendak kawan baiknya. Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle tersenyum kecil.

“Terima kasih, Tuan Danish sebab..,”

“How many time I told you?,” geram Megat Danish dibuatnya sambil membalas pandangan Allesya Danielle.

Allesya Danielle yang faham akan pandangan itu hanya tersengih kecil.

“Sorry,”

“Okay, you better siap-siap sambil tu Fasha teman you sekejap sebab I nak cakap sikit dengan boss korang ni,” mendengar itu membuatkan Megat Danish mengerutkan dahinya.

Terus dipandang kawan baiknya itu sambil mengangkat kening kirinya. Ian Hazim mengajaknya berbual di luar dan membuatkan Megat Danish hanya terpaksa akur.

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.

“Kau nak cakap apa?,” soal Megat Danish sebaik pintu ditutup olehnya. Ian Hazim memandang ke arahnya.

“Apa sebenarnya yang kau nak plan ni, Danish?,” soalnya menahan geram.

“Apa kau merepek ni?,” Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Aku tahu yang Allesya ni amnesia, dia tak ingat sikit pun pasal kau. Dan sekarang apa motif kau nak rapat dengan dia?,” soal tegas Ian Hazim nakkan jawapan.

Megat Danish makin mengerutkan dahinya. Hairan dirinya melihat perubahan tingkah kawan baiknya itu.

“Kau ni dah kenapa? Motif apanya, Ian?,” geram Megat Danish dibuatnya dan dia cuba mengawal kemarahannya.
Ian Hazim membalas pandangan kawan baiknya itu.

Megat Danish yang membalas pandangan kawan baiknya itu terus menundukkan pandangannya ke bawah tanda dia memahami maksud pandangan itu.

Ian Hazim hanya mendiamkan diri menanti jawapan.

“Look, Ian. Buat masa ni situasi tak mengizinkan aku untuk balas dendam dekat dia se..,”

“Sebab kau masih cintakan dia, Danish. Itu sahaja. Aku bukan apa, Danish. Dengan keadaan dia macam tu, dia tak ingat sikit pun pasal kau dan aku rasa kau patut lupa kan jelah dendam kau dekat dia, okay?,” pesan Ian Hazim itu membuatkan Megat Danish terdiam sekejap.

Tak!

“Aku memang takkan lupakan apa yang dia dah buat dekat arwah tok wan aku! Kau tahukan apa yang dia dengan bekas tunang dia tak jadi tu buat dekat aku? Yang hampir sahaja musnahkan masa depan aku? Aku takkan senang-senang lupa apa yang perempuan tu buat dekat aku!,” tegas Megat Danish menuturkan kata-katanya sambil menahan sebak.

Ian Hazim juga terasa sebaknya. Dia tahu apa yang pernah dirasakan Megat Danish lima tahun lepas ketika di zaman sekolah dahulu.

Kalau dia ditempat Megat Danish pun rasanya dia juga akan membuat tindakan yang sama seperti kawan baiknya itu.

Ian Hazim menghampiri kawan baiknya itu sambil mengusap lembut bahu kiri Megat Danish.

“Aku juga sama, Danish. Takkan lupakan apa yang dia dah buat dekat kau,” lembut Ian Hazim menuturkan kata-katanya.

Megat Danish yang sebak apabila mengingati kejadian yang berlaku 5 tahun lepas terus menyeka air matanya yang sudah bertakung di tubir matanya.

“Aku takkan lupa sampai bila-bila,” ujar Megat Danish sebak.

Tanpa mereka sedari, seseorang mendengar kata-kata mereka.

ALLESYA Danielle yang dari tadi hanya membuang pandangannya ke luar tingkap itu terus mencuri pandangan memandang Megat Danish yang berada di sebelahnya.

Majikannya itu kelihatan tampan walaupun tidak mandi
lagi.

‘Dia tak mandi lagi sebab temankan kau semalaman, Allesya,’ bisik hatinya membuatkan Allesya tersenyum kecil lalu dia membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

“Aku tahu kau tengah kutuk aku, Allesya,” tegur Megat Danish yang sedang fokus memandu sambil memakai kaca mata hitam.

Mendengar teguran itu membuatkan Allesya Danielle kembali memandang ke arah majikannya itu.

“Eh mana ada, Tuan Danish,” Allesya Danielle cuba menyangkal.

Megat Danish membalas pandangan Allesya Danielle sekejap lalu kembali fokus ke arah pemanduannya sambil mengukirkan senyuman kecilnya.

“Tak payah cuba nak nafikan lah, Allesya,” ujarnya membuatkan Allesya Danielle geram. Allesya Danielle hanya mampu mendiamkan diri malas ingin bertekak dengan majikannya sendiri.

Pandangannya dilontarkan semula ke arah luar tingkap.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya apabila melihat majikannya itu menukar haluan yang bukannya haluan untuk menuju ke rumahnya.

Terus dipandang majikannya itu semula.

“Tuan Danish ni bukan haluan ke rumah saya ni sepatutnya..,”

“Dah dah, disebabkan kau kutuk aku tak mandi tadi aku nak balik rumah aku kejap. Aku nak mandi bersihkan diri aku dulu,” selamba Megat Danish membuat keputusan.

Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle tercengang.

What the heck?

“Habistu macam mana dengan saya nanti?,” soal Allesya Danielle khuatir.

“Macam mana apa?,” Megat Danish membalas pandangan Allesya Danielle sekali lagi lalu kembali fokus ke arah pemanduannya semula.

“Nanti lepas aku mandi siap-siap semua baru lah aku hantar kau balik,” ujarnya selamba benar-benar membuatkan Allesya Danielle geram.

Dia yang menahan geram itu terus melontarkan pandangannya semula ke luar tingkap.

Haish!

Megat Danish pula hanya mengukirkan senyumannya.

“IBU?!,” sekali lagi Areesya Husna memanggil ibunya, Puan Hazima. Puas sudah dia mencari kelibat ibunya di dalam rumah.

Namun, tiada.

Kakinya lekas diatur melangkah keluar dari rumah lalu sekeliling rumahnya pula dicari kelibat ibunya yang dia sendiri tidak tahu kemana ibunya pergi.

“Mana ibu ni? Ibu?!,” Areesya Husna sudah mula diselubungi sebak.

“Ibu, janganlah buat Areesya macam ni? Ibu?!,” Areesya Husna kembali melangkah ke hadapan halaman rumahnya.

Hujung rambutnya itu disebak ke belakang sambil air matanya sudah mengalir membasahi pipinya. Hatinya sungguh merisaukan keadaan ibunya entah ke mana.

“Areesya!,” panggil Pak Cik Latif yang sedang menaiki motosikal lama itu masuk ke halaman rumahnya.

Areesya Husna mengerutkan dahinya lekas dibuka beberapa langkah ke hadapan.

“Kenapa, pak cik?,” soal Areesya Husna mengerutkan dahinya.

“Ibu kamu, ibu kamu accident dekat simpang depan tu!,”

“Hah?!,” terperanjat Areesya Husna dibuatnya.

Makin deras air matanya laju mengalir membasahi pipinya.

Allah!

AREESYA Husna dengan tangisan tidak berhenti-henti itu terus melangkah masuk ke dalam ruang kecemasan mencari kelibat Pak Hamid.

Langkah Areesya Husna terhenti apabila sebuah katil hospital lalu dihadapannya.

Terus dilihat wajah pesakit yang baring di atas katil itu.
Ibu! Terus Areesya Husna berlari mendapatkan ibunya yang masih tidak sedarkan diri malah kelihatan darah di kepala ibunya itu masih mengalir membasahi kain putih katil itu.

Pilu hatinya melihat keadaan ibunya itu.

“Ibu, bangun, ibu! Ibu!,” air matanya sekali lagi deras mengalir membasahi pipinya. Katil hospital itu ditarik oleh beberapa jururawat dan seorang doktor perempuan.

Malah di bahagian hujung katil kelihatan Pak Hamid dan seorang lelaki muda.

Katil hospital itu terus dibawa masuk ke dalam ruangan bilik ICU dan Areesya Husna tidak dibenarkan masuk. Dia hanya mampu melihat pintu bilik itu ditutup rapat dan dirinya dinasihatkan agar menunggu di luar.

Sungguh, pilu hatinya dan hampir lemah seluruh anggota tubuhnya melihat keadaan ibunya seperti itu.

Saat ini, kedua-dua kakinya lemah terus dia jatuh terduduk namun sempat lelaki muda itu menyambut badannya agar berdiri.

“Ibu…lepaskan saya lah. Lepaskanlah! Ibu...ibu..,” ujarnya dengan menangis teresak-esak sambil dada lelaki itu ditumbuk perlahan agar melepaskan dirinya.

Namun, lelaki itu terus memeluknya dan mengeratkan pelukannya sambil tangan kirinya mengusap lembut rambut lurus itu agar mampu menenangkan Areesya Husna.

“Areesya,” panggil seorang Pak Cik Hamid yang merupakan jiran sebelah rumahnya itu. Areesya Husna yang dari tadi menemani ibunya itu terus mengangkat pandangan.

Melihat kehadiran pak cik jirannya bersama dengan seorang lelaki berumur 30-an itu membuatkan Areesya Husna terus bangun berdiri.

“Ini Datuk Umar yang bawa ibu Areesya ke hospital tadi,” ujar Pak Hamid.

Areesya Husna menunduk sedikit tanda berterima kasih.

“Terima kasih, Datuk Umar,” ujar Areesya Husna dengan senyuman kecilnya. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya apabila mengingati kejadian yang berlaku tadi.

“Areesya jangan risau tau, saya akan cuba sedaya upaya untuk cari siapa yang langgar ibu awak cuma makan masa sikit sebab saya tak sempat ingat nombor plate kereta tu,” ujarnya dengan suara agak garau. Areesya Husna yang membalas pandangannya itu hanya diam seketika.

Sakit pula hatinya apabila dapat mengetahui kes pelanggaran ibunya itu merupakan kes langgar lari.

“Kalau macam tu, Pak Hamid gerak balik dulu sebab Pak Hamid ada hal kejap nak kena uruskan. Nanti Datuk Umar hantarkan Areesya balik rumah,” beritahu Pak Hamid.

“Eh, Pak Hamid..,” baru sahaja Areesya Husna ingin bersuara, Datuk Umar mencelah.

“Tak apa, Areesya. Nanti saya hantarkan awak balik sebab saya ada perkara nak bincang dengan awak,” beritahunya membuatkan Areesya Husna terus membalas pandangannya.

Areesya Husna hanya terpaksa akur.

ALLESYA Danielle terus memandang ke arah majikannya apabila diajak masuk ke dalam rumah. Megat Danish yang sudah berada di muka pintu itu terus mengerutkan dahinya sambil dia membalas pandangan pekerjanya.

“Masuklah ke nak aku bentang karpet merah?,” soal Megat Danish menyinis. Mendengar itu membuatkan Allesya Danielle sakit hati.

“Tuan Danish saya rasa kan saya tunggu kat luar jelah, nanti buatnya..,”

“Asal kau harapkan pegawai JAIS datang kat rumah ni ke?,” soalnya balik membuatkan Allesya Danielle sekali lagi sakit hati dan dia hanya mendiamkan diri.

“Masuk jelah, kat perumahan ni tak ada sesiapa kisah lah aku bawa balik siapa dekat rumah ni,” ujar Megat Danish tegas agar dapat menyakinkan pekerjanya itu.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus memandang ruang sepi jiran sebelah rumah itu.

Megat Danish hanya menanti.

“Kalau jadi apa-apa, Tuan Danish kena bertanggungjawab!,” tegas Allesya Danielle sambil menunjuk jari telunjuk ke arah Megat Danish.

Megat Danish yang mendengar itu hanya mengangguk kepalanya.

Allesya Danielle mula membuka langkah masuk ke dalam rumah majikannya dan pandangannya tertarik dengan hiasan rumah itu. Kelihatan moden tapi ringkas dan itu mungkin citarasa majikannya.

“Just to let you know, interior design rumah ni aku yang buat. Moden tapi simple,” ujarnya sambil meletakkan kunci keretanya di atas meja di ruang tamu itu.

Allesya Danielle memandang ke arah majikannya itu lalu mengukirkan senyumannya.

“I like it,” ujar Allesya Danielle lalu kembali melihat segenap ruang rumah itu.

“Aku tak tanya kau pun kau suka ke tak?,” saja Megat Danish menyoal untuk menyakitkan hati pekerjanya itu.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus kembali memandang ke arah majikannya yang kini menghampirinya.

“Saya cakap je kan, tu pun salah ke?,” geram Allesya Danielle dibuatnya.

“Aku tak cakap pun salah kan?,” ujar Megat Danish sebaik sudah berada di hadapan Allesya Danielle. Allesya Danielle menjeling geram lalu terus membuka langkah menuju ke ruang tamu.

Lalu melabuhkan punggungnya di sofa berona putih itu.

Alat kawalan televisyen yang berada di atas meja yang terletak dihadapan sofa itu dicapai lalu menghidupkan televisyen yang berukuran 55 inchi itu.

Melihat tindakan bersahaja Allesya Danielle membuatkan Megat Danish mengangkat kening kirinya.

“Wah kau, dahlah jeling aku tadi then suka hati je on tv orang macam buat rumah sendiri?,” geram Megat Danish dibuatnya.

Mendengar itu, Allesya Danielle terus menekan butang ‘off’ lalu diletakkan kembali alat kawalan televisyen ke atas meja.

Allesya Danielle lantas mengeluarkan telefonnya. Melihat tingkah Allesya Danielle membuatkan Megat Danish mengeluh perlahan lalu terus dia membuka langkah mendaki tangga naik ke ruang atas.

Mendengar derapan kaki majikannya yang sudah berada di ruang tingkat atas itu membuatkan Allesya Danielle melepaskan keluhan beratnya.

“Awak dah berubah, Danish,” ujarnya perlahan dengan nada kecewanya. Tubir matanya mula bertakung dengan air matanya.

Dipejam seketika kedua-dua matanya dan perlahan-lahan akhirnya air matanya jatuh membasahi pipi.

SHAH Hazwan dengan kelam kabutnya terus melangkah masuk ke dalam tandas awam, pili air di singki itu dipulas kuat. Kedua-dua tangannya yang sudah dikotori dengan darah itu dibersih laju-laju.

Kejadian tadi yang berlaku menghantui dirinya, sungguh dia tidak sengaja melanggar mak cik tua tadi.

Tapi kau pergi larikan diri tu kenapa, Shah?!

Shah Hazwan cuba mengingati ruang sekeliling tempat kejadian itu, dia pasti tiada sesiapa yang melihat melainkan seorang lelaki muda yang menaiki kereta berjenama Mercedes.

Shah Hazwan pasti lelaki muda itu tidak sempat melihat nombor plat keretanya kerana panik melihat mak cik tua yang sudah berlumuran darah dan tidak menyedarkan diri di atas jalan tar.

Macam-macam dia bayangkan tentang keadaan mak cik tua yang dilanggar tadi.

Shah Hazwan memandang wajahnya di pantulan cermin itu.

“Tenang, Shah. Kau tak salah!,” dia cuba menenangkan dirinya.

Lalu dia kembali membersihkan kedua-dua tangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience