BAB 20

Romance Completed 21483

LYA Adrianna yang baru melangkah keluar dari bilik pejabatnya mengerutkan dahi melihat kelibat Puan Sri Misha di ruangan tingkat pejabatnya.

Makin berkerut dahinya apabila melihat langkah yang diaturkan oleh Puan Sri Misha itu menghampiri bilik pejabat Allesya Danielle.

“Dah kenapa Puan Sri nak jumpa Danielle pulak ni? Aku baru nak ajak Danielle pergi lunch sama-sama,” boleh murung Lya Adrianna dibuatnya apabila tidak jadi makan tengahari dengan perempuan paling cantik dalam pejabat ni.

Tak apalah, tak ada rezeki. Terpaksalah hari ni, dia makan tengahari dengan rakan sekerjanya yang lain.

Allesya Danielle yang menerima kunjungan Puan Sri Misha itu terus bangun berdiri dan mengukirkan senyumannya.

Perasaan terkejutnya masih belum hilang okay!

“Puan Sri..,” Allesya Danielle mengatur langkahnya sedikit menghampiri Puan Sri Misha.

“Eh kenapa panggil Puan Sri, kan dah minta panggil ‘mummy’ je,” pinta Puan Sri Misha sebaik menutup pintu bilik pejabat itu dan melangkah menghampiri Allesya Danielle.

Mendengar teguran itu hanya membuatkan Allesya Danielle melebarkan senyumannya.

“Ni mummy singgah sekejap je ni, nak minta tolong Danielle sikit,” beritahunya membuatkan Allesya Danielle mengerutkan dahinya lalu memandang huluran beg kertas.

Lekas, dia menyambut.

“Dalam ni ada makanan Danish dengan Danielle sekali, mummy nak minta tolong Danielle tolong kirimkan makanan ni dekat Danish boleh? Sebab mummy kena jemput tunang Danish dekat airport,” beritahunya membuatkan Allesya Danielle benar-benar terkejut.

Tunang?

Hatinya bagai disiat-siat apabila dimaklumkan begitu.

“Danielle? Boleh tak tolong mummy?,” soal Puan Sri Misha sekali lagi menyedarkan Allesya Danielle.

Mendengar itu hanya membuatkan Allesya Danielle mengganguk kecil sambil bibirnya diukir senyuman nipis.

“Boleh mummy,”

“Nanti dah sampai sana bagi je tahu nama Danielle nanti guard bagi Danielle masuk and one more ni kad akses rumah mummy nanti Danielle masuk je tau takut Danish tidur tak dengar,” pesan Puan Sri Misha sambil tersenyum lebar.

“Alright, mummy,” Allesya Danielle terpaksa akur.

Mendengar itu membuatkan Puan Sri Misha senang hati terus meminta izin pergi dan Allesya Danielle hanya mengganguk kecil. Beg kertas yang mengandungi bekalan makanan itu diletakkan di atas mejanya.

Sebaik melihat Puan Sri Misha sudah melangkah keluar dari bilik pejabatnya terus membuatkan Allesya Danielle terus jatuh terduduk.

Air matanya yang bergenang di tubir mata terus jatuh mengalir membasahi pipinya.

“Ya Allah..,” dia menangis.

Sungguh, dia tidak tahu lelaki yang dia cintai selama ni sudah berpunya. Selamba sahaja Puan Sri Misha memintanya untuk menghantarkan makanan ke rumah sedangkan dia sudah tidak mampu berhadapan dengan Megat Danish.

Ya Allah…

SHAH Hazwan yang sudah melangkah masuk ke dalam kereta rasmi syarikat itu terus mengerutkan dahinya apabila melihat kelibat ibu angkatnya, Puan Sri Misha.

Kelihatan Puan Sri Misha baru sahaja melangkah keluar dari pintu utama syarikat. Kereta rasmi milik syarikat itu perlahan-lahan mula bergerak meninggalkan perkarangan Megat Trading.

Shah Hazwan terus menoleh ke arah Tan Sri Megat Idruz yang berada di sebelahnya.

“Daddy,” panggil Shah Hazwan yang membuatkan Tan Sri Megat Idruz memandangnya.

“Daddy tahu ke yang mummy datang office tadi?,” soalnya ingin tahu. Tan Sri Megat Idruz mengerutkan dahinya, sungguh dia tidak tahu isterinya datang ke pejabat.

Dia sekadar memaklumkan kepada isterinya bahawa dirinya ada temujanji makan tengahari dengan Tan Sri Arif. Ke isterinya itu ingin berjumpa Allesya Danielle?

“Daddy!,” panggilan Shah Hazwan mengejutkan sedikit Tan Sri Megat Idruz.

“Daddy ni mengelamun pulak, Shah tanya ni daddy tahu ke yang mummy datang pejabat tadi?,” Shah Hazwan mengulangi pertanyaannya sebaik melepaskan keluhan kecil.

“Oh daddy tahu, mummy ada bagitahu daddy yang mummy nak jumpa Danielle,” tekanya.

“Maksud daddy, Allesya Danielle?,” soalnya sambil dikerutkan dahinya hairan.

“Ya, Allesya Danielle,” Tan Sri Megat Idruz mengiyakan penipuannya. Shah Hazwan terus memalingkan wajahnya ke luar tingkap ingin sahaja dia bertanya kepada ayah angkatnya tentang tujuan asal ibu angkatnya itu untuk berjumpa dengan Allesya Danielle.

Namun dia malas ingin ambil tahu. Entahlah.

Tan Sri Megat Idruz lekas mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej untuk bertanya tujuan isterinya datang ke pejabatnya sehingga anak angkatnya itu perasan.

Namun masih belum ada balasan mesej daripada isterinya itu.

MEGAT Danish yang baru sahaja selesai mandi terus melangkah keluar dari kamar mandi. Tuala mandinya itu menggosok perlahan rambutnya yang masih basah itu.

Dia yang masih berpakaian ‘bathrobe’ terus melangkah menuju ke ‘wardrobe’ pakaiannya.

Ting! Ting!

Kedengaran notifikasi mesej masuk membuatkan Megat Danish tidak jadi mencapai t-shirt hitam di almari lutsinarnya itu.

Dia mengatur langkah keluar dari ‘wardrobe’ pakaiannya dan mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katilnya.

Dua rakaman CCTV yang diminta tadi sudah dilaksanakan baik oleh setiausahanya. Terus dia membuka rakaman video itu lalu dia melajukan durasi video sambil dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

Terkejut dirinya apabila melihat rakaman CCTV di ruangan lif itu menunjukkan Allesya Danielle dengan Shah Hazwan.

Makin berkerut dahinya ingin tahu apa yang terjadi antara mereka berdua itu.

Di rakaman itu kelihatan Allesya Danielle yang ingin melangkah masuk ke dalam lif itu ditarik keluar secara kasar oleh Shah Hazwan.

Allesya Danielle yang terkejut itu dia ingin melepaskan pegangan itu namun tidak berjaya.

Tindakan Shah Hazwan itu benar-benar membuatkan hati Megat Danish panas. Kelihatan Allesya Danielle cuba memandang sekeliling ruang itu namun dia tidak tahu ada sebuah kamera yang sedang merakam di hujung sudut ruang lif itu.

Kelihatan juga Allesya Danielle cuba melepaskan pegangan itu sekali lagi dan dia berjaya. Tersenyum Megat Danish apabila melihat Allesya Danielle yang sedang menekan punat lif tanda arah ke bawah.

Bagus Allesya!

Mati senyumannya apabila melihat Allesya Danielle melangkah laju ke bahagian tangga kecemasan yang membuatkan Megat Danish kerisauan memandangkan di ruangan tangga kecemasan tiada rakaman CCTV.

Megat Danish cuba melajukan rakaman itu namun masih belum kelihatan Allesya Danielle dan Shah Hazwan di ruangan lif itu.

Dia mengharapkan Allesya Danielle keluar dari ruangan tangga kecemasan itu. Namun masih belum kelihatan walaupun sudah 5 minit berlalu.

Holy shit!

Megat Danish terus bangun berdiri lalu dia menguak rambutnya ke belakang. Namun beberapa minit kemudian, hatinya lega apabila melihat Allesya Danielle sudah melangkah keluar dari ruangan tangga kecemasan itu.

Dia kembali fokus melihat rakaman CCTV itu. Kelihatan Shah Hazwan mengikuti Allesya Danielle dari arah belakang membuatkan Megat Danish makin geram dengan tindakan abang angkatnya yang tak guna itu!

Dia sudah agak Shah Hazwan akan menarik tangan Allesya Danielle namun tarikkan itu kelihatan perlahan dan lembut.

Megat Danish mengukirkan senyumannya apabila melihat Allesya Danielle melepaskan pegangan itu.

Dia yakin dan pasti tentang pendirian Allesya Danielle tetap sama dan tidak pernah berubah dari lima tahun lepas tidak akan sembarangan membenarkan lelaki yang bukan mahram menyentuhnya.

Sumpah, Megat Danish teringin mendengar apa yang mereka berbualkan. Agak terkejut Megat Danish dibuatnya apabila melihat tindakan Shah Hazwan yang mengapai kembali tangan Allesya Danielle.

Kelihatan Allesya Danielle yang cuba melepaskan genggaman itu namun tidak berjaya membuatkan Megat Danish menahan geram.

Ni kalau dia ada di sana sudah lama dia belasah cukup-cukup abang angkatnya itu.

Kelihatan Shah Hazwan seperti mengugut sesuatu kepada Allesya Danielle yang membuatkan Allesya Danielle menuruti segala permintaan lelaki tak guna tu!

Akhirnya kelihatan Shah Hazwan sudah menekan punat lif dan menanti pintu lif terbuka.

Megat Danish mengerutkan dahinya.

Sebaik pintu lif terbuka, Shah Hazwan terus memeluk bahu Allesya Danielle dan melangkah masuk ke dalam kotak lif itu.

Tidak pula dia melihat Allesya Danielle cuba melepaskan pelukan bahu itu dan mereka sudah berada di dalam lif.

Kelihatan juga Shah Hazwan memandang ke arah kamera CCTV itu lalu membalas pandangan Allesya Danielle lalu dengan senyumannya dan dia mendekatkan wajahnya rapat sehinggalah pintu lif itu tertutup.

Melihat itu membuatkan hati Megat Danish semakin panas menahan geram melihat kelakuan abang angkatnya yang tak guna itu!

Terus dia bangun berdiri dan membaling telefonnya itu di atas katil. Dia mula bercekak pinggang dan mengawal amarahnya.

ALLESYA Danielle terus melangkah keluar dari perut teksi itu dan mendongak sedikit memandang villa mewah milik Tan Sri Megat Idruz itu.

Sungguh, dia kagum dengan seni bina villa mewah itu lantas Allesya Danielle menghampiri rumah kecil pengawal rumah itu.

“Hye, uncle!,” panggil Allesya sebaik tiba di pintu pagar gergasi itu. Pengawal keselamatan villa itu terus melangkah keluar dari rumah kecil itu dan menghampiri Allesya Danielle.

“Ye adik manis?,” soalnya ramah dengan senyuman.

“Saya Allesya Danielle,” beritahu Allesya Danielle sambil mengukirkan senyumannya.

“Ha, awak lah yang Puan Sri sebut-sebut tu! Cantik orangnya!,” puji pengawal keselamatan berbangsa india itu lalu dia membuka pintu pagar rumah itu dan membenarkan Allesya Danielle masuk ke dalam.

Mendengar pujian itu membuatkan Allesya Danielle mengucapkan terima kasih. Hampir ternganga Allesya Danielle dibuatnya apabila melihat halaman rumah yang
begitu mewah dengan ciri-ciri hiasan moden.

“Adik ada kad akses tak nak masuk ke dalam rumah?,” soalnya prihatin. Allesya Danielle memandang ke arah pengawal keselamatan itu dan mengganguk kecil sambil menunjukkan kad akses itu.

“Good,” tersenyum lebar pengawal keselamatan itu dan terus membenarkan Allesya Danielle menghampiri pintu utama villa mewah itu.

Sungguh, Allesya Danielle kagum dengan hiasan moden di halaman villa mewah itu.

Sebaik tiba di hadapan pintu utama itu terus dia mengakses kad itu di skrin dan pintu terbuka.

Allesya Danielle terus menanggalkan kasut tumit tingginya itu dan menguak pintu lalu dia melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.

Pandangannya dihala memandang sekeliling hiasan dalaman villa mewah itu. Tak tahu nak terangkan bagaimana indahnya villa mewah ini.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya apabila tidak melihat satu pun kelibat pembantu rumah.

“Takkan villa besar macam ni, Puan Sri buat kerja sorang-sorang? Takkanlah,” hampir ternganga Allesya Danielle dibuatnya jika apa yang diteka adalah benar.

Tak, tak mungkinlah! Puan Sri Misha tu bukannya 24 jam suri rumah okay, beliau juga seorang peguam awam tapi hanya bekerja separuh masa.

Orang putih kata ‘FREELANCER’ yang faham jelah faham.

Tersentak Allesya Danielle dibuatnya apabila mendengar hempasan pintu agak kuat dari ruangan atas.

Terus dia mengangkat pandangannya ke ruangan atas namun seorang pembantu rumah menegur Allesya Danielle yang membuatkan mengalihkan pandangan.

Ada pun pembantu rumah tapi nampak seperti usia Puan Sri Misha.

“Ni Cik Allesya Danielle kan?,” soalnya untuk mengenal pasti.

“Ye saya,” cepat Allesya Danielle menjawab.

Megat Danish yang baru sahaja melangkah ke koridor ruangan atas itu terus menghentikan langkahnya sambil dia mengerutkan dahinya apabila melihat kelibat Allesya Danielle di ruangan bawah bersama dengan pembantu rumahnya.

Kelihatan Allesya Danielle sedang menyerahkan sebuah beg kertas kepada pembantu rumahnya membuatkan Megat Danish kehairanan. Terus cepat dia menuju ke ruang tangga dan dia menuruni tangga laju.

“Allesya!,” panggil Megat Danish agak kuat kerana kelihatan Allesya Danielle sudah mahu pergi.

Allesya Danielle yang mendengar suara itu terus dia menghentikan langkahnya dan terus berpaling kebelakang membalas pandangan Megat Danish.

Danish.

Megat Danish yang baru sahaja menuruni tangga itu terus laju menghampiri Allesya Danielle. Terus dia menarik Allesya Danielle masuk ke dalam pelukannya. Pembantu rumah yang sedang menyaksikan itu terus menekup mulutnya.

Allesya Danielle yang agak terkejut itu terus melepaskan pelukan itu namun tidak berjaya.

“Just for a while, Allesya,” tutur Megat Danish sambil dia mengeratkan pelukan itu.

Allesya Danielle terpaksa membiarkan namun sungguh dia malu dengan kehadiran pembantu rumah yang sedang menyaksikan itu.

“Tuan Danish, malu lah saya! Kan ada orang tu,” tutur Allesya Danielle perlahan menahan malu sambil dia cuba melepaskan pelukan itu.

Megat Danish yang mendengar itu terus melepaskan pelukan itu. Allesya Danielle terus memalingkan wajahnya tidak memandang pembantu rumah itu.

Sumpah, dia malu!

Buatnya dia bagitahu Tan Sri dan Puan Sri takkan naya aku!

“Give me that, Kak Aisyah,” pinta Megat Danish yang meminta beg kertas itu diberikan kepadanya. Pembantu rumah tanpa banyak soal terus menghulurkan beg kertas itu.

Megat Danish terus membuka beg kertas itu dan melihat beberapa bekal makanan.

“You brought this for me, Allesya?,” soal Megat Danish mengerutkan dahinya.

“Not me but your mom asked..,”

“Kak tolong panaskan bekalan makanan ni and hidangkan untuk kitorang, boleh?,” pinta lembut Megat Danish. Kak Aisyah hanya menggangukkan kepalanya dan menurut apa yang dipinta oleh anak majikannya itu.

Allesya Danielle hanya mampu menahan geram apabila Megat Danish sengaja memangkah kata-katanya
sampaikan belum sempat dia menghabiskan ayatnya tadi.

Beg kertas itu bertukar tangan lalu Kak Aisyah melangkah masuk ke ruangan dapur meninggalkan mereka berdua di tengah-tengah ruang villa mewah itu.

Megat Danish terus mengajak Allesya Danielle ke ruang tamu dan Allesya Danielle hanya mampu menurut.

Setibanya di sana, Megat Danish menjemput Allesya Danielle duduk di sofa lekas dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Sehingga Allesya Danielle selesa duduk di sofa barulah Megat Danish melabuhkan punggung di sofa jenis ‘single’.

“Actually, saya ada something nak bagitahu awak tapi tu kejap lagi saya akan bagitahu after kita lunch,” mudah sahaja Megat Danish menuturkan kata-katanya.

Allesya Danielle hanya mengganguk kecil.

“Tuan Danish, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab semalam saya tak jadi melawat Tuan Danish dekat hospital,” teragak-agak Allesya Danielle menuturkan katanya.

Megat Danish yang mendengar itu hanya mendiamkan diri sekejap.

“Can I know why, Miss Allesya?,” sengaja Megat Danish bertanya soalan itu. Terdiam sekejap Allesya Danielle dibuatnya apabila mendengar soalan itu.

Takkanlah aku nak bagitahu yang abang angkat dia yang tak guna tu datang rumah aku!

Buat apa kau nak berselindung lagi, Allesya. Bukannya majikan kau ni dah upah Christian Jack untuk mengawasi rumah kau semalam? Dan sekarang majikannya itu sengaja bertanya soalan seperti itu? Untuk apa?

“Saya rasa Tuan Danish pun dah tahu kan sebab dia?,” Allesya Danielle yang cuba menahan sebak itu membalas dengan soalan.

“Bingo!,” Megat Danish terus memetik jarinya sambil tersenyum kecil.

Allesya Danielle mengerutkan dahinya.

“Okaylah, macam ni. Kau just bagitahu aku apa sebenar hubungan kau dengan Shah Hazwan yang tak guna tu sampaikan dia bermalam dekat rumah kau? Oh ya, jangan lupa terangkan sekali tentang kau dengan dia dekat ruang lif semalam, boleh?,” tegas Megat Danish yang sedang menahan api cemburunya.

Allesya Danielle yang mendengar itu hanya mendiamkan diri sekejap. Sekarang ni, Megat Danish sudah menukar panggilan kau-aku betul membuatkannya rasa tidak selesa dan rasa tercabar.

Dia pun tidak menyangka hal begini akan berlaku.

Allesya Danielle cuba menguatkan hatinya.

“Saya rasa tak perlu untuk saya terangkan kot sebab saya dengan Tuan Danish bukan ada apa-apa pun kan?,” sekali lagi Allesya Danielle membalas dengan soalan membuatkan Megat Danish tersenyum sinis.

“So kau tak nak terangkan lah ni? Kau nak biarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa tentang kau buruk macam perempuan tak bermaruah?,” soalnya begitu tegas sambil menjongketkan kening kirinya.

Allesya Danielle yang mendengar itu terus bangun berdiri.

Hatinya begitu sakit mendengar kutukan daripada majikannya itu dan air matanya yang bertakung di tubir mata itu ditahan agar tidak jatuh membasahi pipinya.

“Tuan Danish, saya balik dulu,” pamit Allesya Danielle lalu terus mengatur langkah keluar dari ruangan tamu itu namun langkahnya terhenti apabila Megat Danish mula bersuara.

“I know all this, Allesya! I know everything termasuklah… Awak tipu saya tentang amnesia awak selama ni, apalagi awak nak sembunyikan daripada saya? Apalagi?,” tutur Megat Danish diselangi dengan perasaan sebak menyelubungi diri.

Bagai mahu gugur jantung Allesya Danielle dibuatnya mendengar tutur kata Megat Danish itu dan makin sakit hatinya apabila mendengar tangisan Megat Danish.

Ya Allah… Apa aku dah buat ni?

Air matanya mula jatuh berguguran membasahi pipinya.

Tak, Allesya Danielle!
Kau kena kuat!

Kau kena kuat dan kau masih kena teruskan lakonan kau!

Dia dapat rasakan Megat Danish ingin memerangkapnya.

Segera dia mengusap air matanya dan lekas berpaling ke hadapan semula dan membalas pandangan majikannya.

“Apa yang Tuan Danish merepek ni? Saya tak pernah..,”

“Please stop tipu saya boleh tak Allesya Danielle?!,” tengkingnya kuat membuatkan Allesya Danielle tersentak dan terdiam.

Allesya Danielle menundukkan wajahnya ke bawah. Dia sudah tidak tahu bagaimana ingin meneruskan lakonannya.

Megat Danish cuba menenangkan dirinya lalu dia melangkah menghampiri Allesya Danielle.

“Just tell me why you doing all this?,” soal Megat Danish lembut ingin tahu.

Mendengar soalan itu membuatkan Allesya Danielle mengangkat pandangannya membalas pandangan majikannya yang begitu hampir dengannya.

Allesya Danielle cuba menguatkan dirinya namun dia tidak kuat menahan tangisannya.

“I’m doing all this because of you! Sejak awak tinggalkan saya… dekat Arab dulu sebab apa? Sebab awak tahu saya adalah Allesya Danielle yang pernah buli awak dahulu dan apa yang awak buat? Awak terus tinggalkan saya macam tu je lepas awak dah janji macam-macam?,” luah geram Allesya Danielle diselangi dengan tangisannya.

Apa yang dia ingin luahkan dari dua tahun lepas akhirnya terluah pada hari ni! Megat Danish melepaskan keluhan beratnya.

“Saya tahu saya salah apa yang saya buat dua tahun lepas memang betul salah saya. I’m really sorry, Allesya..,” rayu
Megat Danish mengakui salah.

“Senangnya awak minta maaf macam tu je? Awak tahu tak apa jadi dekat saya lepas awak tinggalkan saya dengan saya tak tahu apa yang salah saya buat sampai… awak sanggup tinggalkan saya? Lepas balik airport saya dah macam orang gila tak ada tujuan hidup sampailah saya accident lagi sekali depan mata Soffiyya, awak tahu tak?!,” luah Allesya Danielle lalu terus memukul dada Megat Danish kuat sebagai melepaskan geram.

Megat Danish hanya membiarkan sehinggalah Allesya Danielle akhirnya duduk di atas sofa sambil menangis teresak-esak.

Megat Danish masih tidak henti mengalirkan air matanya apabila mendengar luahan Allesya Danielle itu.

Ya, dia akui itu adalah silapnya.

Dia hanya membiarkan agar Allesya Danielle bertenang terlebih dahulu.

“Sebab awak tinggalkan saya juga, saya hampir nikah dengan Adam. Macam orang gila saya fikir untuk larikan diri dari kampung sebab saya tak sanggup nikah dengan orang yang saya dah lama anggap sahabat saya. Then, allah pertemukan kita balik dari situlah saya berpura-pura tidak ingat sikit pun tentang awak,” sekali lagi Allesya Danielle meluahkan semuanya.

“I know that well, Allesya,” beritahu Megat Danish membuatkan Allesya Danielle mengangkat pandangan membalas pandangan majikannya itu. Dia mula bangun berdiri berhadapan dengan majikannya.

"Lepas awak tinggalkan saya macam tu je macam-macam jadi dekat saya. Tapi apa awak buat? NOTHING," perasaan sebaknya masih belum sempurna untuk dia sembunyikan daripada Megat Danish.

Dia cuba menyembunyikan tangisannya namun tidak berjaya. Biarlah hari ni dia luahkan apa yang tersirat dari hati sejak ditinggalkan oleh Danish.

“But it's not easy for me to life after...”
"Dahlah, Danish. Muak dah saya dengar kata-kata awak. Cukuplah buat hati saya ni terseksa," tutur Allesya.

"Awak fikir awak je yang terseksa seorang? Saya pun terseksa jugalah, Allesya. Awak fikir senang ke untuk saya hadap awak kali kedua bila teringat apa yang awak dah pernah buat dekat saya?,"

Danish cuba mengawal sebaknya lalu dia menyambung kata-katanya.

"Apa yang awak pernah buat dekat tokwan dulu sampai arwah meninggal, awak fikir senang ke untuk saya hadap kali awak kedua? Kau memang tak ada rasa bersalah ke apa? At least you need to do apologize!," tegas Danish cuba menyedarkan Allesya.

Allesya yang mendengar itu tersenyum.

"You know nothing about that, Danish," Allesya sudah malas ingin meneruskan pertengkaran mulut dengan majikannya itu. Cukuplah untuk hari ni.

Let bygones be bygones.

Perlahan-lahan Allesya memalingkan tubuhnya ke belakang lalu kakinya itu ingin melangkah keluar dari villa mewah ini dan sumpah dia takkan menginjakkan kakinya kembali ke sini.

Hatinya makin sakit.

“Allesya..,” panggil Megat Danish hampir mahu menangis. Takut dirinya kalau Allesya melangkah keluar dari rumah dengan memendam perasaan benci terhadapnya.

Dia tidak mahu itu berlaku.
Apa-apa pun dia masih mencintai Allesya.

“Cukuplah, Danish. Saya dah banyak kecewa dengan awak, awak janji dekat saya… Awak pernah kata yang awak akan ingatkan saya kalau saya lupa tentang awak tapi apa awak buat?,” soal Allesya sambil dia mengawal tangisannya.

Allesya Danielle mula melangkah menghampiri pintu utama villa dengan perasaan kecewanya. Sebenarnya, banyak lagi yang ingin dia luahkan kekecewaannya.

Megat Danish yang mendengar itu cuba mengingati janjinya dua tahun lepas…

“Saya sebenarnya takut tak dapat jumpa awak lepas ni,” jujur Megat Danish agak sebak.

“Kenapa awak cakap macam tu?,” soal Zaara sambil mengangkat pandangannya membalas pandangan Megat Danish sekali lagi.

“Tak tahu. Saya harap awak takkan lupakan saya,” tutur Megat Danish lembut.
“Kalau saya lupa macam mana?,” sekali lagi Zaara menyoal sengaja menguji Megat Danish.
“Saya akan ingatkan awak,” nekad Megat Danish. Zaara yang membalas pandangan Megat Danish itu tersenyum lebar lalu mengalihkan pandangannya ke hadapan memandang cahaya lampu dari Masjid Al Rahma itu dengan perasaan gembiranya itu.

Megat Danish melepaskan keluhan beratnya apabila mengingati janjinya dahulu. Dia tidak sengaja lupa akan janjinya itu.

Tapi, dia harus akui dia benar-benar mencintai Allesya Danielle dari dahulu lagi. Dan perasaan itu tidak pernah kurang sedikitpun.

Terus kakinya melangkah laju mengejar Allesya Danielle yang sudah melangkah keluar dari villa mewah itu. Dia memanggil nama Allesya Danielle namun diabaikan begitu sahaja.

Allesya Danielle yang melangkah terus ke hadapan mula mengalirkan air matanya. Hatinya masih sakit kalau berterusan bersama dengan Danish.

“Allesya,” sebaik sudah menyaingi langkah Allesya Danielle terus tangan kanan itu dicapai lembut yang membuatkan Allesya Danielle kembali menghadap Megat Danish.

Dengan air matanya yang tidak henti mengalir itu dia membalas pandangan Megat Danish.

“Allesya,” sekali lagi Megat Danish memanggil nama itu sambil tangan kiri Allesya Danielle dicapai dan dikemaskan di genggamannya.

Allesya Danielle hanya membiarkan dan hanya menanti. Dia malas ingin memberontak. Terpulanglah apa yang Danish nak buat sekarang ni buatlah, hatinya masih sakit.

Megat Danish menarik nafasnya perlahan dan cuba mengawal gemuruhnya. Dia kembali membalas pandangan Allesya lalu dia melangkah beberapa tapak ke hadapan menghampiri.

Berkerut dahi Allesya apabila membalas pandangan majikannya itu. Lama mereka membalas pandangan satu sama lain.

“Bismillahirrahmannirrahim. Allesya Danielle, sudi tak awak jadi isteri saya and kita kahwin?,” lamar Megat Danish dengan nada lembut.

Allesya Danielle yang mendengar itu terkejut dan dia tidak menyangka dia akan menerima lamaran daripada Megat Danish itu.

Apa pendapat korang tentang bab kali ni pulak? Best tak? Ke ada kurang yang perlu Rifi baiki, let me know okay? Thanks again sudi baca karya Rifi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience