Bab 51

Action Series 36344

Rayyan dan Khayra memandang tubuh kaku yang terbaring atas katil di hadapan mereka.

Khayra melepaskan nafas panjang.

"Hmmm i rasa ajal dia dah sampai ni, apa kata you bagi je dia dadah yang Xavier buat tu?" Cadang Rayyan. Tangan elok disilangkan ke dada. 

Letak sahaja Louis ke bilik tadi dia menyambung semula makan di dapur. Setelah habis barulah dia datang semula ke bilik. Manakala Khayra daripada tadi memang setia berada di sisi Louis sejak Louis mula tidak sedarkan diri.

Khayra memandang Rayyan yang berdiri di sebelahnya.

"Tapi Xavier kata bagi time dia tengah relax je, kalau i bagi sekarang nanti takut kesan dia teruk" jawab Khayra risau.

"Eleh cakap jelah you tak rindu suami you, saja lah tu nak buat alasan" perli Rayyan sebelum tergelak kecil di hujung ayat.

"You nak kena sepak dengan i ke?" Kata Khayra dengan muka yang serius.

Rayyan tersengih.

"Hehehe tak tak, i gurau je" nampak giginya yang putih bersih apabila mulutnya tersengih memandang Khayra.

Tiba tiba tangan Khayra disentuh lembut. Khayra laju memandang figura yang menyentuh tangannya itu.

"Abang! Abang dah sedar? Abang ok tak?" Soal Khayra risau.

"Woi, kau pehal? dah nak mampus ke?" Soal Rayyan pula.

Louis sempat menjeling Rayyan disisi sebelum memandang wajah Khayra kembali.

Mata menatap muka isterinya yang tampak sayu. Cadangan Ray sebentar tadi memang gila. Semasa dia tidak sedarkan diri tadi, sebenarnya adalah berpunca daripada Ray. Dia hendak memberitahu rancangannya yang maha gila.

"Mana ubat Xavier bagi?" Soal Louis dingin.

Khayra bangun dan terus melangkah ke arah peti sejuk yang sememangnya berada di dalam bilik itu sebelum kembali semula ke katil dengan tangan yang memegang satu picagari yang berisi cecair jernih.

"Kau dah nak mati sekarang ke bro?" Soal Rayyan yang berada di sisi. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Senyap lah kau" balas Louis dingin. 

Rayyan mencebik. Tch!

"Abang nak buat apa dengan ubat ni?" Soal Khayra pelik. Wajah Louis dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Aku nak sayang guna ubat tu sekarang dekat aku" arah Louis dingin.

"Wow ada orang nak mati dengan lebih awal lah" Rayyan mencelah.

Mata Khayra terus berkaca kaca memandang wajah Louis.

"Tapi abang dah janji nak spend time 7 hari dengan saya, kenapa tiba tiba je?" Kata Khayra sayu.

"Ye tapi tu dulu, sekarang aku takda masa, aku kena ambik ubat tu sekarang jugak" balas Louis dingin.

"Tapi masih ade baki 2 hari" bidas Khayra lagi. Seboleh-boleh dia tak mahu melakukan perkara itu sekarang.

"Ye aku tahu, aku susah nak terangkan dekat sayang. Aku kena ambik ubat tu sekarang jugak. Sayang faham aku please" rayu Louis. Nada suaranya juga sudah bertukar lembut tidak seperti tadi.

Khayra mengalihkan pandanganya kebawah. Air mata yang sememangnya tergantung di tubir mata mula menitis satu persatu.

Rayyan yang memandang mereka berdua dihadapannya sudah membuat muka bosan. Nafas  dilepas perlahan.

"Drama apa ni sial?" Kata Rayyan mendatar.

"Jangan ganggu aku boleh tak? Aku dah nak mati pun masih lagi nak membabun. Tak boleh nak tengok aku senang. Ahli neraka betul" balas Louis geram sebelum memandang Khayra kembali. Cuba untuk mengabaikan syaitan yang menggangu umat adam.

"Hahaha fuck. Aku cakap pun salah" kata Rayyan tak puas hati. Mata dijeling ke tepi.

"Aku tahu kita masih ada dua hari. Tapi aku dah ubah fikiran, aku nak sayang guna ubat tu sekarang. Lagipun lebih cepat aku pergi lebih bagus" kata Louis datar kepada Khayra.

Kemudian wajah cemberut Rayyan di sebelahnya dipandang.

"So....."

"Any last words?" Soal Louis sambil memandang wajah sayu Khayra dan wajah adiknya yang seperti meminta kaki itu.

Khayra mengesat air mata yang mengalir membasahi pipi sebelum wajah Louis dipandang dengan senyuman manis terukir dibibir. Biarlah dia redha dengan pemergian suaminya ini. Setelah yakin dia sudah bersedia, wajah kacak Louis dipandang semula.

"Apa-apapun yang jadi saya cuma nak cakap yang saya sayang abang , terima kasih sebab sanggup bantu abang Ray waktu dulu . Sanggup wujud untuk selamatkan abang Ray walaupun abang dah banyak terluka. Sanggup sayang saya. Jaga saya. Lindung saya walaupun abang yang patut dilindungi. Tunaikan permintaan saya. Sanding dengan saya. Pilih kan baju sanding kita. Layan perangai saya ...." air mata semakin laju merembes keluar. Tangisan yang keluar dikawal sebaik mungkin. Bibir dikemam rapat. Khayra menarik nafas dalam, cuba untuk menenangkan dirinya yang sudah tak tentu arah.

Louis mengusap kepala Khayra lembut. Cuba untuk metenteramkan bini sementaranya itu.

"Terima kasih abang Louis untuk segalanya. Sayang bersyukur sebab abang pernah hadir dalam diri abang Ray. Lima hari kita dekat sini amat bermakna buat sayang. Sayang harap itu menjadi memori paling indah buat abang juga. Walaupun cuma seketika..." bahu Khayra terhinjut - hinjut menahan sebak. Mata sudah banjir dengan air mata yang sedari tadi masih tidak menunjukkan tanda - tanda mahu berhenti mengalir.

"Ye aku tahu, aku pun bersyukur sebab pernah wujud. Pernah kenal sayang. Kita spend time masa kat sini. Walaupun masih tak cukup 7 hari. Tapi aku terpaksa pergi. Lepas ni kalau ada masalah apa-apa atau sayang sakit. Terus mengadu pada Ray. Ray suami sayang. Sayang kena banyak bergantung pada dia. Aku tahu dia boleh jaga sayang dengan baik. Walaupun perkenalan kita singkat. Aku harap aku dapat menjadi kenangan yang baik buat sayang. Sorry kalau aku kaku tak romantik macam Ray, dah sifat aku memang macam ni. Aku tahu aku hanya menumpang kasih. Aku harap kau tak serik kenal aku" ucap Louis lembut sebelum tersenyum manis.

Makin laju air mata yang keluar dari tubir mata Khayra apabila mendengar Louis melafazkan kata kata itu.

Kemudian Louis memandang Rayyan pula yang masih kekal berdiri di sebelahnya.

"Untuk kau. Jadi adik tu jangan derhaka sangat boleh? Dengar lah sikit cakap abang kau ni. Dia dah cukup stress dengan kerja syarikat dia. Kau janganlah nak menambah nambah pula. Jadi orang tu jangan perangai asyik nak membabi. Sampai orang tak kenal mana satu babi mana satu kau. Kerja syarikat tu buat. Jangan asyik nak mengelak je. Bila meeting syarikat tu datang, cuba lah contohi Faiq sikit, dia lebih muda tapi dia lebih berfikiran waras daripada kau. Umur dah besar kan? Sampai bila kau nak jadi bangang, lagi satu Avery tu jaga baik-baik jangan asyik nak bertekak je dengan adik sendiri---" bebel Louis panjang lebar. 

Rayyan sudah membuat muka menyampah.

"Dan aku nak minta maaf sebab perangai aku dulu. Aku tahu aku biadap dengan semua orang. Aku cuba bunuh kau, aku cuba bunuh si kembar. Aku pernah nak lemaskan Xavier. Aku minta maaf. Nanti kau sampaikan maaf aku dekat diorang sekali. Cakapkan sekali dekat Avery yang aku sayang dia" kata Louis datar. Tidak lembut seperti nada apabila bercakap dengan Khayra.

Rayyan pandang tak berkelip. Jelas dia terkejut mendengar kata- kata Louis . Kemudian dia tersenyum manis sehingga boleh menampakkan baris giginya.

"Haha alah lek cool jelah.. Aku tahu perangai kau memang setaraf api neraka. Past is past. Lagipun kau dah selamat kan aku haritu. So apa yang kau buat dekat aku dulu kira halal. Aku pun kadang-kadang buat perangai jugak dekat kau. But we're still brothers am i right ?" Balas Rayyan. Kemudian dia menumbuk lembut bahu Louis. Yang lepas biarlah lepas. Dia tak pernah ambik hati dengan perangai Louis. Walaupun dulu dia hampir hampir mati kerana ingin menahan Louis daripada membunuh Xavier.

Louis tersenyum nipis. Apa benda lah yang dia merepek panjang panjang ni. Haih mungkin inilah rasa apabila kau tahu yang kau akan pergi meninggalkan dunia sekejap lagi.

Khayra dari tadi tidak berhenti menangis. Perempuan memang mudah tersentuh ke? Tak penat ke asyik menangis je?

Louis menggengam tangan Khayra kemas.

Sebelum mata mereka bertentangan.

"Aku dah sedia"

Kemudian Louis menutup mata rapat. Cuba untuk bertenang. Nafas ditarik dalam. Sakit dileher yang terasa seperti dicucuk sesuatu diabaikan sebaik mungkin.

Sebelum semuanya kelam dan hilang. Tiada lagi gurauan senda dari adiknya, Rayyan , tiada lagi gelak tawa halus dari isterinya, Khayra. Tiada lagi kedengaran suara suara alam dunia.
Sempat bibirnya tersenyum nipis sebelum diri ditarik jauh kedalam ruangan jiwa.

Dua bulan kemudian....

Khayra melihat suaminya yang sedang menyisir rambut rapi dihadapan cermin meja solek.

"Dah dah lah tu, nak kacak kacak sangat nak ngurat siapa?" Kata Khayra sambil duduk dihujung katil. Menunggu suaminya membelek muka. Dah macam perempuan bersiap.

Ray menoleh kearah isterinya sambil tersenyum manis.

"Abang kacak eh?" Soalnya sambil tersenyum mengoda.

"Eleh buat buat tak tahu pulak" balas Khayra menyampah. Kalau lakinya itu tidak kacak bermakna 80 peratus lelaki dalam dunia ni hodoh tahu tak.

"Haha kacak-kacak pun suami sayang jugak kan. Untung sayang tau dapat suami kacak macam ni" kata Ray sambil tergelak halus.

"Tak untung sangat lah, terlampau kacak. Takut kena kebas dengan orang lain nanti"

"Eleh tak payah risau lah sayang. Siapa je berani ngurat abang? Nak menempah maut awal ke? Lagipun abang sayang dan setia dekat sayang sorang je" ucap Ray selamba. Kemudian kaki melangkah mendekati Khayra yang duduk diatas katil. Khayra tersenyum bahagia.

"Ops lupa pulak suami sayang ni ketua mafia. Siapa jelah berani nak ngurat dia. Orang gila macam sayang je berani buat" balas Khayra sambil tersenyum lebar.

"Haah betullah tu" balas Ray.

Kemudian mereka tergelak bersama.

Khayra memandang mata suaminya yang kelihatan unik itu. Sejak suaminya sedar mata itu tidak lagi berwarna hijau sepenuhnya. Mata hijau itu sudah bercampur dengan sedikit warna merah pekat. Kalau tengok lama lama seram pulak rasa. Tapi yang peliknya Khayra suka melihat mata suaminya itu. Nampak unik dan cantik.

Pipi Ray dihelus lembut.

"Dah jom turun, kang tak pasal pasal ada babun memekak dekat bawah nanti" kata Ray mendatar.

Khayra tergelak mendengar ayat Ray. 

Mereka bersama sama turun ke tingkat bawah. Ruang meja makan dituju sebelum masing - masing mengambil tempat.

"Hah ingatkan dah taknak turun dah dari bilik tu" perli Rayyan.

Hah ini lah babun yang baru disebutkan tadi tu.

"Sukahati aku lah" balas Ray.

"Morning ma, pa" ucap Ray kepada ibu bapa angkatnya.

Sejak mereka pulang semula dari Spain dua bulan yang lalu ibubapa angkatnya itu sudah sedar dan semakin memulih. Xavier yang ditugaskan untuk menjaga mereka.

"Morning Ray" kata Mrs Agnes Dan Mr Darell serentak.

Setiap hari berlalu seperti biasa. Ray masih lagi bertukus lumus dengan syarikatnya itu dibantu dengan isterinya yang tercinta. Manakala Xavier sebagai orang kanannya. Yang lain juga sama. Rayyan pula masih kekal dengan perangai sialnya yang tak kena tempat itu. Kerja syarikat semua ditolak kepada abangnya. Dasar.

Setakat ini hanya Ray sahaja yang sudah berumah tangga. Anak anak buahnya yang lain masih tidak menunjukkan minat untuk beristeri. Masing masing lebih gemar untuk hidup sendiri. Adiknya pula. Hmm.. Masih kekal dengan sifatnya itu. Menunggu bidadari jatuh dari langit katanya.

Avery pula sibuk menguruskan syarikatnya yang berada di Sweden. Katanya dia ingin berdikari sendiri dan tak mahu menumpang kekayaan abangnya.

Setiap hari berlalu seperti biasa. Tapi...

"I said! Where the proposal that you should hand it to me this morning!?" Jerkah Ray kuat.

Terkulat kulat pekerjanya itu apabila dimarah oleh bosnya.

Khayra tersenyum hambar melihat suaminya itu. Ya itulah yang berlaku perubahan dalam diri Ray. Sifat tegas Louis bagaikan diserap masuk kedalam jiwa suaminya itu.

Masih kekal lagi diingatan Khayra apabila pulang daripada Spain, Xavier mengatakan bahawa ubat yang diberikan bukanlah untuk membuang Louis manakala ia adalah untuk menyatukan semula jiwa Ray yang terpisah. 

Mula - mula agak kekok juga melihat perangai suaminya sebegitu. Tapi sekurang kurangnya dia berasa lega kerana Louis tidak hilang begitu sahaja.

"Get out!?" Jerit Ray kuat sekaligus mematikan lamunan Khayra sebentar tadi.

Pekerja itu cepat cepat keluar daripada office bilik itu.

"Ya allah abang ni kenapa jadi singa pagi-pagi ni?" Tegur Khayra lembut.

"Mana ada abang jadi singa. Dah memang tu salah dia sayang. Takkan abang nak merayu pulak dekat dia kan. Sekali sekala kita kena ajar sikit pekerja abang ni untuk berdisiplin, kalau tak naik lemak lah diorang nanti" kata Ray dengan nada yang sangat lembut. Sungguh berbeza dengan jeritannya tadi.

Berani dia nak marah isteri sendiri? Huh tidur luar bilik lah jawabnya. 

Khayra tersenyum manis

Tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau jejaka kacak bernama Rayyan. Dia sorang je setakat ni memang tak pernah reti nak ketuk pintu sebelum masuk bilik abangnya .

"Bro, ada TR buat hal dekat company" kata Rayyan mendatar. Dia memakai baju suit bewarna merah dan berkemeja hitam didalam. Tangan elok diletakkan ke dalam kocek seluar. Nampak sangat kacak tapi sayang, dia tak layan perempuan. Mungkin gay. Hmm.

"Haih tak habis habislah diorang ni. Dah jom lah kita pergi settel kejap" nafas dilepas kasar. Dia bangun daripada kerusi sebelum kaki melangkah kearah meja Khayra.

"Sayang duduk je sini ok, abang nak settel hal 'dalam' kejap" ucap Ray lembut kepada Khayra.

Khayra mengangguk sambil tersenyum manis.

Ray memang membantah untuk Khayra masuk campur urusan dunia gelapnya. Sekeras-keras dia melarang Khayra untuk memasuki dunia mafia. 

Rayyan juga memandang kearah Khayra yang sedang duduk di meja kerja..

"Baby tunggu kejap tau, kejap lagi abang balik semula" kata Rayyan lembut.

Membulat mata Ray mendengar kata-kata Rayyan itu sebelum bahu Rayyan dipukul kuat.

"Kepala hotak kau nak berbaby baby dengan bini aku. Carilah bini sendiri bingai!" Marah Ray.

"Alah kita share baby tak boleh ke?" Tanya Rayyan selamba.

Pantas Ray mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang kocek seluarnya sebelum dihala tepat ke muka Rayyan. Wajah dingin ditayang.

"Share apa kau kata? Ulang balik?" Soalnya keras.

"Alah dia ni, tu pun nak marah. Yelah yelah baby kau sorang" jawab Rayyan mengalah. Takut lah tu abangnya mula nak mengamuk. Sekarang, kemain lagi perangai dia ni. Sejak sejak dah baik ni. Konon gurau sikit pun dah tak boleh. Padahal dulu,aku jugak yang dia minta tolong untuk tengok-tengokkan bini dia ni. Dasar kacang lupakan tanah betul.

Rayyan menayang muka menyampah.

Khayra tergelak halus melihat perangai mereka berdua. Okaylah tu. Dia bahagia dengan hari harinya sekarang . Harap kebahagiaan ini dapat kekal selamamya.

AUTHOR NOTE:

Eh tapi jangan lah lari dulu readers sekalian. Nanti author bagi epilog dengan bab special. Nak tahu apa yang special silalah menunggu.

So how, apa pendapat kalian. Dengan cerita ni? Best ke tak best. Tapi merepek tu aku pasti. Aku pun bila baca balik cerita ni ketawa sorang sorang. Apa benda lah yang aku merepek dekat cerita ni. Dahlah dengan typo yang berguni guni. Jalan cerita takyah cakap ah. Memang hancur habis.

But thanks for reading my book, sarangheo?

Share this novel

Monalissa Lissa
2021-06-25 13:50:38 

sambung please..sambung banyak²


NovelPlus Premium

The best ads free experience