Khayra tersedar dari tidurnya apabila dia merasakan tangan yang digengam erat dari malam tadi bergerak-gerak. Mata perlahan lahan dibuka.
"Abang! Alhamdulilah sedar jugak abang. Saya risau sema....."
Pang!
Khayra memegang pipinya. Pipi putih itu mula bertukar kemerahan. Wajah dingin Louis dipandang dengan mata yang berkaca-kaca.
"Aku dah kata kan, kalau aku hilang kawalan panggil Rayyan atau Xavier! Kenapa kau degil ! Apa jadi kalau semalam aku apa apakan kau?!" tengking Louis dengan nada suara yang semakin meninggi dari ayat ke ayat.
Khayra terkedu. Mata yang berkaca tadi kini sudah mengalirkan air jernih. Inilah first time dia di tampar oleh suaminya.
"Saya minta maaf" perlahan sahaja suaranya. Khayra tunduk ke bawah memandang cadar katil.
"Saya cuma risaukan keadaan abang" tangan Louis digenggam erat.
"Saya risau bila abang balik berdarah darah semalam" sambungnya lagi. Air mata Khayra mengalir makin laju.
Louis tersentak apabila melihat Khayra menangis. Rasa serba salah mula menyelubungi jiwa kerana telah menampar gadis itu. Pipi Khayra yang sudah mula kemerahan dipegang lembut.
"Sayang, Aku minta maaf ... Aku-" Louis sedikit tergagap.
"Aku cuma takut kalau semalam aku buat benda bukan bukan dekat kau. Nanti apa aku nak jawab pada Ray? Kalau aku terbunuh kau? Apa aku nak jawab pada Rayyan? Please jangan nangis. Aku tak sengaja tadi. Aku minta maaf" ucap Louis. Nada suaranya juga sudah rendah tidak seperti tadi. Tangan Khayra dicapai sebelum dicium lembut jari runcing isterinya itu.
"Aku minta maaf sayang..." kata Louis lagi.
Bahu Khayra terhincut hincut. Tangisannya semakin berlagu apabila mendengar ucapan Louis. Mata masih lagi memandang ke cadar katil.
"Saya maafkan abang" kata Khayra bersama esakannya.
Louis mengelap air mata Khayra. Kenapa? Kenapa hatinya bagai diguris guris melihat gadis ini menangis? Adakah dia sudah jatuh cinta kepada gadis ini? Tetapi ini semua bukan milik dia. Ini semua milik Ray. Suaminya yang asli.
Dan dia bukan Ray. Dia hanyalah salah satu personaliti yang dicipta oleh Ray.
Tapi salah ke untuk kali pertama dia ingin memiliki sesuatu yang sudah jelas bukan miliknya.
Louis tarik nafas panjang. Aku tak perlukan semua ni.
"Tak penat ke tidur duduk? Bangun. Tidur sebelah aku. Nanti sakit badan tidur macam ni" suara Louis bertukar dingin semula.
Khayra mengangguk sebelum badan berbaring bersebelahan dengan Louis. Tadi dia terlelap disisi suaminya itu dalam keadaan duduk. Kerana terlampau risau dengan keadaan Louis yang pengsan secara tiba tiba.
Jam dinding sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi.
"Abang" panggil Khayra perlahan.
"Kenapa semalam abang balik dengan baju penuh darah?"
"Kenapa kau tanya?" Soal Louis dingin.
"Sayang risau"
"Kau rasa aku buat apa sampai badan aku boleh terkena darah banyak macam tu?" Sinis, Louis memandang isterinya. Keningnya diangkat sebelah.
Khayra menelan air liur. Kata kata Rayyan pada tempoh hari kembali berlayar diingatannya.
'Sebab hanya dia sorang sahaja yang berhenti membunuh. Louis dan Arthur masih lagi seorang pembunuh sebab tu dia anggap dirinya masih membunuh"
"Abang, mem.. Membunuh...?" Tanya Khayra semula. Nada suaranya bergetar.
"Kau rasa ada ke orang sembelih lembu malam malam?" perli Louis lagi. Kemudian matanya merenung wajah Khayra.
"Aku ni pembunuh. Dan memang betul aku bunuh orang semalam. Aku bunuh lelaki yang cuba nak rompak aku" sambung Louis lagi.
"Rompak abang?"
"Ye, dia cuba nak rompak aku. Jadi aku bunuh jelah dia" kata Louis mendatar.
Khayra mengalihkan pandangannya. Tak sanggup untuk melihat wajah suaminya. Hatinya perit apabila mendengar ungkapan yang diucapkan oleh Louis. Mudah mudahnya dia membunuh orang seperti itu bukan satu dosa.
Louis menarik dagu Khayra kasar sebelum memaksa menghadap mukanya.
"Kenapa? Kau jijik ada suami pembunuh?" sinis sahaja kedengaran. Sengaja. Ya dia sengaja berkata dingin seperti ini. Dengan harapan Khayra akan membencinya.
Khayra hanya menyepi sebelum lambat lambat kepalanya digeleng perlahan. Bibir mengukir senyuman nipis.
"Tak, saya tak pernah jijik pun dengan suami saya sendiri. Walaupun satu dunia pandang jijik kat abang. Saya tetap akan sayangkan abang" ucap Khayra lembut. Tangannya yang sedikit menggigil cuba memegang lengan Louis yang sedang mencengkam mukanya.
Wajah Louis seakan tidak percaya. Jelas dia terkejut mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Khayra. Bukan! Bukan itu yang dia mahukan. Dia mahu gadis itu membenci dirinya.Bukan menerima dia seadanya.
Dagu Khayra dilepas kasar. Sebelum badan dipusing membelakangi Khayra.
"Abang... " panggil Khayra perlahan.
"Tido!"
"Tapi kenapa abang marah saya? Apa salah saya? " Soal Khayra lagi.
"Tido aku kata! Kalau kau taknak tido, aku rogol kau sekarang jugak. Baik kau tido" ugut Louis lagi.
Khayra mendiamkan diri. Tidak membalas apa apa. Keluhan nafas panjang dilepaskan. Perlahan lahan tangannya melingkar dipinggang Louis.
"Selamat malam abang" ucap Khayra lembut.
Louis masih lagi dengan posisi membelakangi badan Khayra. Dada disentuh. Jantungnya berdegup laju. Sial! Kenapa jantung ni berdegup laju? Kenapa?
Louis cuba memejam mata rapat. Tidak! Dia harus buang perasaan bodoh ini jauh jauh.
Suasana dimeja makan itu sunyi sepi. Masing masing takut untuk memulakan bicara.
"Kau apasal semalam?" Soal Rayyan kepada Louis.
"Aku bunuh orang" balas Louis selamba. Wajah diangkat sebelum merenung muka Rayyan. Mulut mengunyah spaghetti oglio olio yang dibuat oleh chef yang sangat terlatih di rumahnya itu.
"Siapa kau bunuh?" Soal Rayyan lagi. Mulutnya juga disumbat dengan spaghetti.
"Entah tak kenal aku, dia cuba nak rompak aku semalam. So aku bunuh jelah dia" balas Louis mendatar.
Xavier memandang wajah Louis yang bersahaja itu.
"That it?" Tanya Xavier.
"Yes"
"So, can you explain why your body covered with blood?" Soal Xavier tenang. Dia tahu bahawa lelaki itu berbohong. Kerana apa? Tidak pernah lagi setakat ni dia membunuh dan bermandikan darah musuhnya. Louis adalah salah sorang yang sangat cekap. Cara dia membunuh juga cukup berseni dan bersih.
Khayra hanya diam memasang telinga.
"Aku terjatuh atas badan dia" selamba Louis membuat alasan.
"Hahaha apa babi ni, kau ni pun nak menipu agak agak lah. Macam aku baru kenal kau semalam. Buat alasan macam budak darjah satu" kata Rayyan dengan gelaknya yang agak kuat.
Louis mendengus geram. Mukanya dimasamkan.
"Just tell us what happen Louis. It's for your own good" Kata Xavier dingin.
Louis diam tak bersuara.
"Louis."
Masih lagi diam
"Louis!"
Louis menjeling Xavier tajam.
"Aku faham bahasa melayu, tak payah nak speaking bagai" perli Louis tiba tiba. Sajalah tu nak menukar topik.
"Okay then. Bagi tahu apa jadi dekat kau semalam"
"Aku nampak Clara"
Kesemua mata dimeja itu terus memandang tepat ke arahnya. Menanti apa yang akan keluar dari mulut Louis.
"Aku tak sedar, aku rasa memori aku dah semakin hilang" sambungnya lagi.
Mereka semua terkejut.
"Hah! Apa maksud kau semakin hilang?" Soal Rayyan sedikit terkejut.
Louis melepaskan nafas panjang.
"Kau tengok aku sekarang kau nampak siapa?" Soalan dibalas soalan.
"Nampak kau lah"
"Siapa aku?" Soal Louis lagi.
Xavier termenung memandang wajah Louis. Dia sudah dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Louis. Ya dihadapannya kini persis dengan Ray. Dia tidak lagi seperi Louis yang baru mereka kenal sepuluh tahun lepas. Kini Louis lebih mendengar kata. Dan tidak banyak membantah.
Seolah olah itu adalah Ray. Bila dipasang dengan contact lens berwarna hijau itu, lagilah menghilangkan perbezaan antara mereka berdua.
Salah sorang perlu pergi. Atau erti kata lain. Mati. Xavier menghela nafas. Tapi dia bukan orang penting dalam hidup Ray untuk membuat pilihan itu.
Wajah Khayra dipandang sekilas. Wanita ini yang perlu membuat keputusan itu. Kerana kini Ray adalah suaminya.
"Aku nampak kau lah" kata Rayyan masih tak berputus asa.
"Yelah, aku tu siapa?" Soal Louis melayan.
"Engkau tu kau lah bangkai !?" Nada suara sudah naik seoktaf.
"Yelah, siapa aku sekarang ni?!" Louis juga sudah meninggikan suara.
"Kau tu kau lah bodoh kau nak siapa lagi!?" Balas Rayyan pula. Masing masing tak mahu mengalah.
Xavier memandang mereka berdua yang sudah meninggikan suara masing masing. Nafas panjang dilepas. Benda macam ni pun nak kecoh. Macam budak budak betul.
"Diam!? Pening lah kepala i, nak makan pun tak senang. Tak penat ke jerit pagi pagi macam ni!?" Marah Khayra tiba tiba. Dia marah orang jerit. Tapi dia pun menjerit. Inilah dinamakan perempuan. Dia buat takpa. Orang buat tak boleh. Tiber.
Mereka yang lain jelas terkejut apabila melihat Khayra menjerit. Tak pernah pernah mereka lihat gadis itu marah. Ini kali pertama.
Rayyan dan Louis menayangkan muka tak puas hati. Makanan dalam pinggan mula disuap kembali ke dalam mulut. Malas nak melawan gadis itu. Period lah tu moody semacam je.
Louis dan Khayra tiba di salah satu Hotel terbesar yang ada di negara itu.
"Cukup besar tak kalau nak undang tetamu kita semua?" Soal Louis kepada Khayra yang berdiri di sebelahnya. Mukanya dingin sahaja. Tangan dimasuk ke dalam kocek seluar.
"Cukup sangat, rasa macam terlebih cukup pun ada" balas Khayra sedikit teruja. Bibirnya tersenyum melihat lihat kawasan persandingannya. Di tengah tengah dewan itu terletak indah sebuah pelamin yang sangat besar dan cantik. Hiasan bunga sakura disekeliling pelamin itu juga menambahkan lagi kecantikan pentas sanding itu.
Louis memandang wajah Khayra lama. Sebelum perlahan lahan bibir mengukir senyuman. Namun cepat cepat dia mematikan senyumannya semula.
"Dah jom kita cari baju sanding" Kaki terus melangkah pergi meninggalkan dewan itu.
Khayra berjalan di sebelah suaminya. Tangan Louis dipegang bahagian hujung jari. Kepala elok melentok pada bahu lelaki itu.
Tiba-tiba Louis memberhentikan langkahnya. Khyara juga turut terhenti apabila louis berhenti secara mendadak. Wajah Khayra dipandang lama.
"Kau buat apa?" dingin sahaja Louis menyoal.
"Pegang tangan suami sayalah, takkan tak boleh ?" Jawab Khayra lembut. Wajah masih kekal dengan senyuman.
"Tapi aku bukan Ray"
"Awak tetap suami saya" bidas Khayra .
Louis seakan terkejut mendengar ayat yang diungkapkan oleh Khayra.
"Tak, aku bukan suami kau, dan aku bukan Ray. Baik kau jangan sayang sangat dekat aku" jawab Louis pedas. Kemudian kaki melangkah laju meninggalkan Khayra di belakang.
Khayra melihat belakang tubuh Louis yang semakin menjauhinya. Kenapa? Kenapa dia tak benarkan dirinya mencintai Louis macam mana dia mencintai Ray. Bukankah mereka orang yang sama. Jadi kenapa dia perlu membenci Louis? Dia adalah suminya juga.
"Kau termenung apa?" Kata Louis sedikit kuat ke arah Khyara yang masih terkaku di tempat yang sama.
Khayra mendekati Louis.
"Kenapa tak boleh? Abang kan suami saya jugak? Kenapa saya tak boleh sayang abang? Kenapa saya kena sayang Ray sorang?" Soal Khyara bertubi tubi.
Louis hanya mengabaikan soalan itu sehinggalah mereka sampai ke tempat parking. Louis masuk ke dalam kereta namun Khayra masih lagi membatu di luar. Konon protes kerana Louis tidak menjawab soalannya.
"Masuk!" Arah Louis tegas.
"Taknak, abang jawab dulu soalan saya tadi"
"Kau masuk sekarang sebelum aku sumbat kau dalam bonet. Kau nak duduk dekat seat ke nak duduk dalam bonet?" Kata Louis cukup tegas.
Khyara mencebik. Dia membuka pintu kereta sebelum duduk di sebelah seat pemandu. Wajah Louis dipandang tak berkelip.
"Kenapa abang? Kenapa saya tak boleh sayang abang? Abang dan Ray kan orang yang sama?" Soal Khayra lagi.
Louis sudah mengetap giginya geram. Wajah Khayra dipandang tajam.
"Aku Louis, jangan sama sama kan aku dengan Ray. Kau tak tahu apa-apa pasal aku" kata Louis dingin.
"Ye! Saya tak tahu apa apa pasal awak. Sebab tu dari haritu lagi saya tanya. Tapi awak yang taknak jawab. Bila saya tanya awak mengelak. Kenapa? Susah sangat ke nak jawab soalan saya?" Balas Khayra pula. Nadanya sudah mula meninggi. Panggilan abang sayang pun sudah berubah menjadi awak saya.
"Kau tak perlu tahu! Kau jangan nak suka dekat aku! Sebab nanti kau akan bunuh aku jugak kan!? Sama macam yang lain!" Jawab Louis kuat. Dadanya berombak turun naik.
Khayra tergamam mendengar kata kata Louis. Bunuh? Apa yang Louis merepek ni?
"Bunuh awak?" Soal Khayra nadanya mula kendur.
"Ya! Aku tahu kau takkan pilih aku! Kau akan pilih suami kau! Jadi akhirnya kau akan memilih untuk aku yang dibunuh!? Kan!?" Stereng kereta dihentak kuat. Wajah Louis masam mencuka. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga dia boleh menjadi baran sampai sebegitu sekali. Seolah olah dia kesal kerana gadis di sebelahnya ini akhirnya akan memilih Ray berbanding dirinya.
Khyara diam tak berkutik. Apa yang baru dia dengar ni? Dia harus membunuh Louis? Untuk suaminya Ray? Hah??
The heck?
"Apa awak merepek ni? Saya tak faham lah"
Louis merenung wajah Khayra sedalam-dalamnya sebelum mulut tersenyum sinis.
"Kau rasa Arthur kemana? Huh? Hilang? Lesap? Kau tak pernah terfikir kan kenapa dia menghilang? Sebab korang semua cuma fikirkan Ray!? Korang semua tak fikir perasaan aku dengan Arthur !? Xavier yang bunuh dia tahu tak?! Lepas ni apa pulak? Kau nak bunuh aku pulak? Lepas kau berbaik baik dengan aku. Lepas tu kau nak bunuh aku!? Hah!? Jawab lah?!" Jerkah Louis kuat.
Khyara tergamam sekali lagi. Bagaikan batu menghempap kepalanya dengan kenyataan yang baru dia terima. Dia perlu bunuh Louis? Untuk pulihkan Ray? Dan Arthur dah lama mati? Tapi kenapa? Kenapa tiada sesiapa yang memberitahunya tentang hal itu?
Hati dia terguris. Sakit kerana dia yang perlu membuat pilihan. Dia perlu membunuh salah sorang. Semestinya dia akan memilih Ray. Tapi kenapa? Kenapa hatinya terasa perit saat mengetahui apa yang diungkapkan oleh Louis.
Perlahan lahan Khayra pusing menghadap tingkap. Sebelum air matanya menitis satu persatu. Bibir diketap kuat agar tiada tangisan kedengaran.
Pintu bilik terbuka kasar. Khayra masuk ke dalam bilik Xavier dengan tanpa salam. Xavier yang sedang membuat kerja jelas terkejut dengan kedatangan Khayra sebegitu. Selalunya Rayyan je yang masuk tak berketuk. Ni dah berjangkit pula dengan Si Khayra.
"Xavier apa ni!? Kenapa you tak pernah cakap dengan i yang akhirnya Louis akan mati!? Kenapa you tak pernah cakap Arthur pergi tu bukan sebab menghilang tapi sebab you bunuh dia!?" Kata Khayra kuat. Mukanya jelas tampak marah. Tiada senyuman langsung di bibirnya.
"Khayra. Kenapa you marah marah ni?" Tanya Xavier mendatar. Tangan berhenti daripada menulis.
"Jawab soalan i!? Betul ke Arthur dah mati!? Dan betul ke saya perlu memilih antara Louis dan Ray!?" Tengking Khayra. Namun terdengar sedikit sayu dihujung ayat. Tangan ditekup ke muka. Air mata mengalir laju.
Xavier memegang bahu Khayra lembut.
"I'm sorry Khayra, tapi memang betul apa yang you cakap tu. You kena pilih antara Louis dan Ray. Dan bila you pilih. Salah sorang memang akan mati. Louis dengan Arthur tu hanyalah personaliti Ray sahaja, diaorang tak sepatutnya wujud" ucap Xavier masih lagi tenang. Mukanya beriak selamba.
Makin kuat Khyara menangis apabila mendengar ayat Xavier. Kenapa perlu dia memilih?
"Tapi i tahu you akan pilih Ray. Sebab tu i tak cakap awal awal. Kenapa you marah marah ni? Louis ada buat apa apa ke dekat you" sambung Xavier lagi.
Khayra menjeling Xavier tajam. Kaki pantas melangkah keluar bilik yang dahulunya itu adalah bilik dia sebelum masuk ke dalam biliknya bersama Ray. Badan dihempas kuat ke atas tilam. Mukanya ditekupkan ke dalam bantal. Dan dia menangis sekuat kuatnya.
Dia tahu dia perlu memilih Ray. Tapi kenapa hatinya terasa pedih. Kenapa dia sedih?
Kenapa Louis perlu pergi?
- Kalau korang jadi Khayra korang pilih siapa?- (^~^)
Share this novel