Sehingga malam Ray masih lagi tidak menunjukkan tanda tanda mahu bangun. Rayyan keluar daripada bilik itu dan turun ke meja makan. Mereka yang lain sudah berada di situ.
Rayyan terus mengambil tempat bersebelahan dengan Khayra.
"How was Ray?" Soal Faiq prihatin sambil memandang ke arahnya.
"Macam tu jelah bangkai. Aku fed up dah tak tahu nak buat apa" balas Rayyan mengeluh berat.
"You, kenapa dengan leher you?" Soal Khayra sebaik sahaja dia melihat lingkaran biru pada leher Rayyan.
"Ouh ni, saka cekik tadi" balas Rayyan selamba.
Manakala Faiq, Zen, Keith dan Zariq pandang sudah kecut perut. Tu mesti Louis yang buat.
Selepas mereka menikmati makan malam itu Rayyan hanya duduk santai di meja makan sambil ditemani dengan Keith dan Khayra. Yang lain sudah ke bilik masing-masing untuk menyambung kerja.
Wow kan OT 24 jam.
"Beb ok?" Soal Keith sebelum meneguk air mineral.
"Hell no doh, dia cuba bunuh aku tadi" balas Rayyan mendatar sebelum menyandarkan kepalanya di kerusi sambil menutup mata.
Keith menelan air liurnya. Tu adik sendiri tu, kalau orang lain mesti dah mampus agaknya.
Selang beberapa minit, tiba tiba Rayyan merasakan ada benda sejuk melekat dilehernya. Rayyan membuka mata sebelum melihat Khayra sedang meletakkan ubat gel dilehernya.
"Awwww so caring" kata Rayyan sambil mata dibuat buat comel.
"I takut makin bengkak nanti, you tak marah kan?" Soal Khayra kepada Rayyan sebelum tangannya menyapu rata gel tersebut.
"Patutnya you biar je dia mampus" balas Keith selamba sebelum bergerak ke ruang tamu untuk menonton tv.
"Eleh si laknat ni, jealous lah tu" balas Rayyan sebelum menjelirkan lidahnya.
Selesai sahaja menyapukan ubat pada leher Rayyan , Khayra membalut longgar kesan lebam itu.
Rayyan hanya membiarkan sahaja tindakan Khayra . Setelah siap dia mengemas kotak kecemasan itu dan diberikan kepada pembantu rumah.
Khayra memandang muka Rayyan.
"Kenapa leher you boleh bengkak macam tu sekali?" Soal Khayra prihatin.
Rayyan menegakkan badannya sebelum menghadap ke arah Khayra. Wajah gadis itu dipandang.
"You tahu kan i ni kaya?" Balas Rayyan dengan muka serius.
"Tahu" balas Khayra sepatah.
Dia memberikan perhatian penuh terhadap Rayyan.
Keith mencuri curi dengar daripada ruang tamu. Hmm dah mulalah lah tu dia .
"You tahu tak sebenarnya harta ni semua datang dari siapa?" Soal Rayyan kembali, mukanya sangat serius.
"Tak tahu"
"Semua ni datang dari saka tok nenek moyang kitaorang. Tadi saka tu marah sebab i selalu bazirkan harta dia, sebab tu i kena cekik" balas Rayyan dengan nada yang serius sebelum dia ketawa terbahak bahak.
Keith membaling sebuah bantal ke arah muka Rayyan. Hah kau percaya lah cakap dia tu. Ni muka kaki kencing ni.
Khayra tergelak kecil melihat perangai mereka.
"By the way you, jom teman i pergi shopping nak? I nak hilangkan stress" soal Rayyan kembali.
Khayra memandangnya tidak berkelip. Hmm shopping ke tu kalau cuma ambik dan bawak balik ke rumah.
"Boleh je, lagipun i dah siap kerja i tadi" balas Khayra.
"Yeah nice baby ..." kata Rayyan dengan nada yang teruja sebelum dia bangun daripada duduknya.
Keith memandang mereka.
"Kau tak payah sibuk sibuk nak ikut, semak je orang nak dating" kata Rayyan selamba ke Keith.
Keith menjulingkan matanya ke atas. Entah siapa nak ikut dia. Perasan.
Mereka berdua berjalan beriringan sehingalah tiba di depan pintu mall. Beberapa pekerja juga ada yang sedang berbelanja dalam mall itu untuk melengkapkan barang keperluan harian mereka.
Mereka berdua menaiki lift untuk ke tingkat 2. Khayra pula hanya mengekor Rayyan daripada belakang.
Tiba di depan tempat permainan mesin kanak kanak. Rayyan berhenti dan terus mengambil sendiri beberapa token daripada kaunter untuk mesin2 yang berada disitu.
Khayra hanya memerhatikan sahaja perbuatan adik majikannya itu daripada tepi.
Seriously nigga? Ni yang dia kata nak shopping tadi.
Rayyan dan Khayra bermain agak banyak juga permainan yang ada, sehinggalah mereka bosan dan mereka mengambil keputusan untuk berehat di kedai minuman Starbuck.
Setelah memesan air, mereka duduk di meja paling hujung. Dalam mall ni pekerja semua lengkap. Jangan kata air tu terapung sendiri pulak.
Rayyan mengacau ngacau minumannya. Termenung.
"You i nak tanya boleh?" Soal Khayra tiba tiba.
Rayyan memandang Khayra.
"Hmm apa dia?" Balas nya sambil mengangkat kening.
"Tapi you jangan marah?"
"Takkan lah i nak marah baby i, hahaha" gurau Rayyan sambil tersenyum nakal ke arah Khayra.
"Kenapa you benci perempuan?" Soal Khayra kembali.
Rayyan sedikit tersentak mendengar ayat Khayra. Senyumannya juga hilang diganti pula dengan segaris bibir yang cuba menutup sendu.
Agak lama Rayyan terdiam sebelum nafas berat dilepas.
"If i told you, Boleh ke you terima? And don't freak out, can you?" Soal Rayyan nada serious.
Khayra mengangukkan kepalanya.
"Hmmm, i dengan abang i pernah kena culik dulu, waktu umur Ray 17 tahun dan umur i masa tu 14 tahun. Kitaorang study dekat university dekat Spain, time tu...." tiba-tiba Khayra memotong percakapan Rayyan.
"Hold on... Hold on... Universiti? Masa you 14 tahun?" Soal Khayra pelik.
"Yup kitaorang tahun lompat, masa tu abang i tengah ambik master, i tengah ambik degree" balasnya selamba.
Holy fuck!? Khayra jelas terkejut mendengar. Gila bapak diorang ni makan buku ke apa!? Kepala otak dia ambik degree umur 14 tahun.
"Waktu tu ada seorang perempuan ni dendam dengan keluarga kitaorang, dia salah sorang orang berpengaruh besar dekat Spain" sambung Rayyan kembali. Straw minumannya dikacau kacau.
"Dia dendam dengan parents i sampaikan dia sanggup culik kitaorang sekeluarga. Parents i mati kena bakar hidup hidup dengan perempuan tu depan mata i, masa tu i baru 14 tahun" Jelas Rayyan dengan nada yang sayu. Matanya hanya terarah pada minuman di hadapannya.
"Habis parents you yang tengah koma ni?" Soal Khayra.
"Tu family angkat, dia yang bela kitaorang sejak daripada kes tu sampai lah sekarang" Sambung Rayyan kembali sebelum mengangkat mukanya semula. Anak mata Khayra dipandang.
"Sejak tu i trauma dengan perempuan. Tak! Sebenarnya i benci. Nak tengok pun i benci. I tak suka, semua memori pahit i akan datang balik kalau i dekat dengan perempuan"
"Ouh... Im so sorry to hear that" balas Khayra sebelum dia memegang bahu Rayyan memberikan semangat.
"Tapi kes ni tak habis dekat situ. Benda jadi lebih teruk. i dan Ray kena kurung dan hanya diberikan makanan dua hari sekali. Penculik tu sengaja tak bagi makanan banyak supaya kitaorang takda tenaga untuk melawan. I dengan abang i selalu kena seksa sampai bengkak bengkak lebam dan berdarah. Dan masa hari ke 25 kitaorang kena culik..." Rayyan berhenti sekejap.
Dia menarik nafas panjang untuk mengumpulkan kekuatannya. Bukan senang nak cerita memori pahitnya semula.
"Sampailah hari ke 25 kitaorang kena kurung, tiba tiba perempuan yang culik kitaorang tu mengamuk besar bila dia dapat tahu Faiq dah dapat kesan kitaorang dekat mana. Perempuan tu pukul i guna paip besi kuat kuat tapi masa tu Ray yang halang guna badan dia sendiri. Perempuan tu jadi lagi marah. Dia heret abang i ke tempat parent i kena bakar pastu dia ikat tangan abang i guna dawai besi yang tajam"
"Dia ikat tangan abang i lepas tu... lepas tu..." Rayyan berhenti sekejap. Tekaknya terasa mual . Ingatannya kembali semula di mana hari kejadian itu berlaku.
Khayra mengusap lembut bahu Rayyan.
"Lepastu dia paksa abang i makan abu mayat parents kitaorang. Tak cukup dengan tu dia kelar badan dan bahu abang i pulak dan tinggalkan je dia macam tu. Ray menjerit meraung minta tolong, darah dia mengalir sampai lencun baju dia, dia tak boleh nak buat apa sebab tangan dia dah kena ikat dengan dawai besi tu. I pulak tak mampu nak tolong dia sebab i dah terlampau takut dan lemah. Waktu tu i baru je umur 14 tahun. Badan i dah terlampau lemah penuh lebam dan bengkak, muka dan kaki i time tu dah berdarah teruk. I mampu tengok je depan mata Ray meraung minta tolong. Dia meraung sakit depan i, tapi i mampu tengok je. Tak tolong langsung. I tak tolong langsung dia walaupun masa tu dia merayu dekat i separuh mati" ucap Rayyan perlahan sebelum air matanya mengalir ke pipi dan jatuh menitik ke lantai.
Khayra mengesat air matanya.
"Bukan itu je belakang badan dia kena cucuk dengan anak panah tajam, lepas kena belasah dengan beberapa orang anak buah perempuan tu, dia biar je abang i dalam keadaan macam tu, tak puas lagi dengan tu dia cabut pulak semua kuku tangan abang i. 3 hari 3 malam i dengar suara abang i kesakitan minta tolong. Sehingga lah hari ke 29 i nampak abang i rebah depan mata i. Muka dia dah pucat sangat sebab hilang banyak darah , beberapa minit lepas tu tempat tu kena serbu tempat . Xavier dan yang lain datang selamatkan kitaorang" terang Rayyan panjang lebar.
"Abang i koma 3 minggu selepas kejadian tu. Kes tu dah selesai. I pergi ke universiti macam biasa tapi benda jadi makin teruk bila abang i sedar" terang Rayyan sedih.
"Dia sedar tapi dia tak ingat apa apa langsung tentang kejadian tu, dia tak ingat langsung macam mana dia kena seksa semua, i ingatkan benda ni habis dekat sini tapi sejak dari hari tu abang i kadang-kadang mula berperangai pelik. Dia mula berperangai macam orang lain. Bila pergi pakar. Rupanya abang i kena penyakit split personality disebabkan trauma teruk daripada kes tu. Dalam diri dia ada 3 watak, dia, Louis dan Arthur. " sambung Rayyan.
"Abang i okay je, tetapi Louis dengan Arthur ni yang tak okay. Masa kita naik kapal terbang sampai lah ke sini itu sebenarnya Arthur, bukan Ray. Dia memang jarang bercakap tapi dia masih lagi boleh dikawal. Yang lagi satu nama Louis ni yang sangat berbahaya. Dia personaliti yang kejam. Dia jugak yang cekik i sampai lebam biru leher i ni, perangai dia memang susah nak dikawal" ucap Rayyan sebelum menunjukkan ke arah leher yang dibalut Khayra.
"Kenapa dia boleh jadi macam tu?" Soal Khayra kembali.
"Sebab memori sepanjang abang i kena seksa selama 29 hari tu dia yang simpan. Kiranya dia ingat semua benda. Sebab tu dia berbahaya. Dia kadang-kadang hilang kawalan sebab terlampau teringat perkara lepas " jelas Rayyan lagi.
Khayra mengangguk kepalanya beberapa kali. Patutlah Faiq seboleh boleh taknak dia berbual dengan Ray semasa di Airport. Sudah terungkai semua persoalannya. Barulah Khayra faham siapakah Louis dan Arthur yang disebutkan mereka dari semalam.
"So sekarang ni Ray tak sedarkan diri dan Louis ambik alih tempat dia?" Soal Khayra semula. Rayyan mengangguk kepalanya.
"Diorang yang lain bekerja dengan you daripada umur you kecik ke?" soal Khayra lagi.
"Xavier, Faiq dengan Kembar tu Ray yang ajak masuk Family ni. Keith tu i yang kutip" kata Rayyan selamba.
"Ouh kiranya sebelum kejadian tu terjadi lagi"
"Aah"
"Patutlah nampak korang semua rapat semacam je, siap tido sebumbung" jelas Khayra mendatar.
"Ouh ye, i lupa nak cakap, sebenarnya kitaorng ni semua pembunuh upahan. Faiq, i, Keith, Zen Zariq, Xavier dan abang i" katanya cukup bersahaja sebelum Rayyan memandang ke arah gadis itu untuk melihat responnya.
Tetapi Khayra hanya berwajah biasa.
"Kenapa you tak tanya apa apa? You tak takut ke dekat kitaorang?" soal Rayyan pelik melihat respon gadis itu.
"Ouh sebab pasal pembunuh upahan tu i dah dapat agak dah sebenarnya" balas Khayra selamba.
"What!? Macam mana? Bila masa?"
"Sebab i perasan simbol dekat dalam lift rumah ni , yang bunga rose tu, itukan lambang simbol mafia dekat France. I dah mula agak dah masa tu, lepas tu kan you ada ajak i lawan memanah semalam you tak perasan ke almari meja kaca belakang Keith tu penuh dengan segala pistol dan senapang macam macam jenis ada" terang Khayra.
"You tahu sejak tu?" Soal Rayyan kembali.
"Yelah i ni bukan terlalu bodoh sangat, walaupun you kaya sekalipun takkan lah penuh segala pistol dalam rumah ni agak agaklah. Nak kata you polis, you kerja syarikat so i buat kesimpulan yang you memang ada terlibat dengan benda benda macam ni. Lagipun anak buah you dah memang macam anak buah mafia... Hahahha takkan lah you tak perasan" terang Khayra lagi.
"I cuma gembira yang you jujur dekat i , walaupun i ni orang luar. I betul betul tak sangka apa yang korang lalui ni semua" kata Khayra dengan nada yang sedih.
"You tahu tak yang i dah lama kenal you?" Soal Rayyan kembali. Khayra tersenyum manis ke arah Rayyan .
"I tahu, sejak Ray terlepas cakap haritu baru i teringat semula. Kita dulu pernah jumpa masa i kecik dekat Malaysia kan? Masa tu you dengan Ray tolong i sebab i sesat dekat KL" Terang Khayra mendatar.
"You tak kisah ke yang kitaorang ni pembunuh?" Soal Rayyan kembali.
"Korang semua ada kisah silam masing masing. Siapalah i ni nak masuk campur urusan korang"
"You tak kisah ke kerja dengan abang i walaupun you tahu keadaan dia macam tu?" Soal Rayyan meminta kepastian.
"I tak kisah lagipun setakat ni Ray layan i baik sangat, i suka kerja sebagai PA dia" jujur Khayra.
"You suka kerja dengan dia ke, you suka dia?" Balas Rayyan selamba.
"RAYYAN!!"
"HAHAHAHA" Gelak Rayyan besar. Suka dia dapat mengenakan gadis itu.
"Kiranya Ray ni ketua mafia dekat sini ke?" Soal Khayra sebelum menyedut minumannya lagi.
"Aah, kitaorang semua ni kuli dia jer" bohong Rayyan dengan nada dibuat buat sedih.
Khayra menganggguk kepalanya, percaya apa yang dikatakan oleh Rayyan. Dari bawah meja tangan kecilnya yang menggigil daripada tadi digenggam kuat.
Khayra menyedut minumannya lagi sebelum mulut terukir senyuman manis ke arah Rayyan. Hanya dia sahaja yang tahu betapa takutnya dirinya saat ini.
Share this novel