Bab 45

Action Series 36344

Pintu bilik diketuk kuat dari luar. Xavier yang sedang membuat kerja di mejanya menoleh ke arah pintu.

"Yes?"

"Can i come in?" Soal Khayra.

"Yes you may"

Pintu dibuka perlahan sebelum Khayra melangkah masuk. Xavier yang sedang duduk dimeja kerja terus menoleh ke arah Khayra.

"Yes Khayra, ada apa apa yang boleh i bantu?" Datar Xavier. Kerjanya diberhentikan.

"Err i nak minta maaf pasal haritu. I tengking tengking you. Sorry...."

"Nah it's okay. I tak ambik hati pun. Sebab tu ke you datang jumpa i ni?"

"Emmm sebenarnya i datang sebab nak tanya pasal Louis. Boleh ke?" Bicara Khayra perlahan. Jarinya dimain mainkan di bawah.

"Boleh je, duduk lah" pelawa Xavier sopan.

Khayra kemudian duduk berhadapan dengan Xavier.

"Xavier, haritu you kata i yang kena buat pilihan kan antara Louis dan Ray?" Soal Khayra memulakan perbicaraan.

"Haah betul. Kenapa?"

"Kalau i pilih siapa, macam mana you buat lagi sorang hilang?"

Xavier menghela nafas panjang. Dah agak dah soalan ni yang dia nak tanya.

Xavier bangun sebelum kaki melangkah ke arah peti sejuk. Peti sejuk dibuka sebelum dia mengambil satu picagari yang berisikan cecair jernih. Kurang pasti apakah cecair itu. Kemudian dia kembali semula ke tempat duduknya.

"Ini ada sejenis dadah yang i cipta. I ada campurkan sedikit heroin dan bahan yang lain" picagari itu ditayang sebelum dihulurkan kepada Khayra.

"Apa yang i nak kena buat dengan ubat ni?" Khayra mengambil picagari itu sebelum dibelek dengan lebih teliti.

"Sebenarnya masa i hilangkan Arthur... Dalam erti kata you, i bunuh dia. Masa tu Arthur sendiri rela untuk pergi. I minta dengan cara elok dan dia pun memang nak pergi dengan cara elok. Tapi untuk pengetahuan you. Fungsi Arthur dalam badan diorang ialah protector dalam erti kata lain penyelamat. Bila Ray rasa tak selamat atau perasaan dia rasa terancam Arthur akan keluar untuk kawal situasi tu. Sebab tu dia tak banyak emosi. Sebab fungsi dia adalah tolong stabilkan emosi Ray. Jadi bila Arthur dah takda. Diorang jadi kacau bilau. Ray kena kawal diri dia sendiri" jelas Xavier panjang lebar.

"Habis tu Louis? " Tanya Khayra semula. Mata fokus memandang Xavier.

"Louis pulak muncul sebagai trauma holder. Atau erti kata lain pemegang trauma dia dulu. Sebab tu Ray takda memori masa dia kena seksa sebab yang ada memori tu ialah Louis Rachel. Tapi oleh kerana dia yang lalui semua memori pahit tu, sebab tu perangai dia macam agak kasar sikit. Mengamuk je kerja, baran tak kira masa. Tak nak dengar cakap orang. Membunuh sesuka hati dia" sempat Xavier mengutuk Louis. Kemudian nafas ditarik dalam.

"Tapi kenapa masa Arthur pergi, dia boleh hilang je tak payah guna ubat? Kenapa masa Louis i pulak yang kena pilih?" Dahi Khayra berkerut. Picagari itu sudah diletakkan di atas meja.

"Sebab Arthur tu hanya personaliti yang dicipta oleh Ray, tapi Louis lain" ucap Xavier, mata memandang ke arah file medical record Ray mikayla.

"Berbeza?"

"Ya. Dalam erti kata lain Louis dan Ray adalah orang yang sama yang terpisahkan oleh ruang minda dan jiwa. Oleh sebab tu diorang berdua boleh menjadi host utama badan tu. Dan kalau i nak bunuh salah sorang i kena bagi dia ubat ni" picagari atas meja ditunjuk.

"Tapi syaratnya ubat ni cuma boleh bagi waktu dia dalam keadaan yang sangat sangat sangat relax. Kalau tak, consequences dia tinggi. Sebab dua dua orang tu adalah memegang utama badan tu. Cuma Ray ialah pemegang asli. Dan Louis tercipta daripada watak Ray untuk memegang trauma dia. Jadi sekarang ni, bila Arthur dah takda. Diorang susah nak kawal semua. Sebab tu Ray boleh nampak memori lama dia, dan Louis pulak ternampak memori Ray dan kelakuan dia pun dah macam Ray. You perasan kan sejak akhir akhir ni Louis berperangai macam Ray" terang Xavier mendatar.

Khayra mengangguk. Lama dia terdiam. Wajahnya menunduk pandang lantai bilik.

"Apa akan jadi kalau i pilih Louis dan bukan Ray?" Soal Khayra perlahan.

Mata Xavier terbuntang luas. Jelas terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut gadis itu. Wajah Khayra direnung tajam.

"You biar betul! You dah gila ke? Suami you Ray tahu tak! Ketua kitaorang Ray! Apa yang you pikir sampaikan you sanggup pilih Louis daripada Ray!" kata Xavier sedikit menengking.

"Mana ada i pilih Louis! I tanya je kan!" Balas Khayra semula. Nada suaranya juga sudah naik seoktaf.

Xavier menghembus nafas panjang. Dua jari naik menekan tepi kepala.

"Sorry kalau i termarah you. Tapi Khayra, terus terang i cakap, I tak boleh terima kalau you pilih Louis. I just can't" ucap Xavier mendatar. Mukanya diraup beberapa kali.

"Tak, you jangan risau. I tetap akan pilih suami i Ray Mikayla. Suami yang I cinta. Tapi boleh tak kalau you bagi i masa?" Pinta Khayra lembut.

"Masa untuk apa?" Soal Xavier kembali.

"Masa untuk Louis. Boleh tak kalau i nak bahagiakan dia sekejap je sebelum dia pergi untuk selamanya"

"You nak buat apa dengan dia?" Tanya Xavier dengan dahi yang berkerut. Kurang faham apa gadis di hadapannya ini inginkan.

"I nak pergi bercuti dengan dia" balas Khayra sambil bibir mengukir senyuman lebar.


"Hah! Kita berdua? Pergi bercuti?" Tanya Louis tak percaya. Mukanya sudah berkerut memandang Khayra. Apa bendalah perempuan ni merepek.

"Yup! Sayang nak kita berdua bercuti!" Balas Khayra teruja. Bibir tersenyum lebar.

"Habis company tu siapa yang nak handel kalau aku dengan sayang pergi bercuti?" Soal Louis semula.

"Alah anak anak buah abang kan ramai. Biar lah diorang yang jaga. Tu Xavier tu boleh jaga, tu Faiq tu. Dia bijak apa. Boleh je dia handel syarikat tu bila kita takda. Si kembar pun boleh. Keith pun sama, kerja dia selama ni bagus je sayang tengok. Hmmm Ayyan... Errr ok tak payah, bagi orang lain je yang handel. Terus ranap company abang kalau bagi dia yang handel" beria Khayra menerangkan.

"Habis siapa yang ikut kita berdua?" Soal Louis lagi.

"Takpayahlah, kita pergi berdua je" pinta Khayra kembali

"Hah! Sayang dah gila ke? Tak ingat ke apa yang jadi 2 bulan lepas? Kalau aku hilang kawalan macam mana?" nada suara Louis sudah mula meninggi semula. Gila! Gadis ini memang gila. Ada ke patut dia nak bercuti hanya berdua je dengan dia? Tempah maut ke? Ke dah bosan sangat hidup.

"Alah takpa lah, kita dua je" pujuk Khayra lagi.

"Tak! Aku tak setuju! Aku taknak apa apa buruk jadi nanti!" Ucap Louis tegas.

Khayra mencebik.

"Entah i pun tak setuju! Kalau nak pergi ajak i sekali !!!" Sampuk Rayyan yang datang entah bila, tiba tiba sahaja berdiri di muka pintu bilik mereka dengan tangan yang elok disilangkan ke dada.

Mereka berdua menoleh ke arah Rayyan. 

Rayyan melangkah masuk mendekati mereka berdua.

"Khayra you dah gila ke? Kalau Louis hilang kawalan siapa yang nak jaga you?" Tanya Rayyan kepada Khayra.

"Entah, aku sendiri tak jamin yang aku boleh jaga sayang" Louis pula menyambung.

"Ok fine! Rayyan ikut sekali!" Khayra mengalah. Malas nak berbetah lama lama.

Rayyan sudah tersenyum lebar. Yes dapat cuti !

"Sayang nak kita bercuti dekat mana?" Soal Louis kembali.

Khayra tersenyum sebelum kepala menoleh memandang Rayyan dan Louis bersilih ganti.

"Kita cuti....dekat SPAINNN!" Jerit Khayra teruja. Tangan diangkat ke udara persis budak budak dapat gula gula.

"Yeah!!!!!" Jerit Rayyan pula kuat.

Louis di sebelah sudah menutup muka sebelum mengeleng perlahan. Mampus. Jahanam cuti ni. Campur pulak dengan Si Rayyan.

'Fuck! This is gonna be the worse vacation ever.'


"Yeah dah sampai Spain!!!" Jerit Rayyan kuat yang baru sahaja melangkah keluar daripada pintu lapangan kapal terbang itu.

"Diam bodoh! Menjerit sana sini. Tak malu ke? Orang semua pandang" Marah Louis.

Khayra hanya tersenyum melihat Rayyan yang seperti kanak kanak riang itu. Tangan menarik beg bagasi berwarna hitam.

"So kita duduk mana ni sayang?" Tanya Louis sebelum memandang wajah Khayra yang berada disisinya. Dia tidak tahu apa apa tentang perancangan percutian ini. Khayra dan Rayyan yang menguruskan semuanya. Nak bagi surprise katanya.

Suprise kejadah dia lah.

"Kejap lagi driver kita datang" ucap Khayra sebelum iPhone di tangan dibelek- belek.

Selepas beberapa saat sebuah kereta Audi A7 hitam berhenti betul betul di hadapan mereka.

"Ok dah sampai! Jom naik!" Ajak Khayra teruja.

"Yeah! Jom" balas Rayyan pula. Sama sama teruja.

Louis menghela nafas panjang. Layan jelah budak budak tak matang ni. Kaki melangkah masuk ke dalam kereta.


"Home sweet home!" Ucap Rayyan teruja. Pintu rumah banglo itu dibuka luas.

Khayra memandang banglo 2 tingkat di hadapannya itu. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Banglo itu nampak sungguh moden dengan diperbuat hampir 85 peratus daripada kaca. Kaki melangkah masuk.

"First time ke sayang pergi rumah ni?" Soal Louis yang baru sahaja menyandarkan beg mereka ke dinding.

"Aah abang Ray tak pernah lagi bawa ke sini. Lawa lah bang rumah ni, cantik sangat" jawab Khayra sambil tersenyum lebar. Mata sibuk memerhati sekeliling rumah itu. Kemudian dia mengambil tempat di sofa yang terletak betul betul di hadapan tv ruang tamu.

Louis juga mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Abang pernah ke datang sini?" Soal Khayra.

"Pernah dulu, tapi dah lama dah" badan disandar ke sofa. Penat setelah seharian duduk dalam kapal terbang.

"Ouh..... Eh Rayyan mana?" Mata Khayra tercari cari adik iparnya yang terus sahaja melesap sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah ini.

"Dia jumpa Johnny lah tu " balas Louis malas. Mata sudah ditutup rapat. Penat badannya masih belum hilang.

"Johnny?"

"Aah binatang peliharaan dia" balas Louis semula.

"Kat mana Johnny tu nak tengok!" Serta merta Khayra berdiri. Teruja. Mukanya jelas ingin tahu tentang haiwan peliharaan adik iparnya itu. Tak pernah pernah dia nampak mereka ada haiwan peliharaan. Tu yang excited bila dapat tahu.

"Dekat belakang rumah. Sayang pergilah tengok, aku nak rehat kejap" balas Louis mendatar dengan mata yang masih tertutup rapat. Badan dijatuhkan ke kerusi. Tangannya dijadikan sebagai alas kepala.

Khayra segera melangkah ke arah ruang belakang rumah.

"Ayyan!!" Laung Khayra kuat. Mata memerhati sekitar kawasan. Takda pulak nampak kelibat adik iparnya itu.

"Bah!!" Sergah Rayyan dari belakang.

"Eh mak kau! Apa ni !" Khayra pantas memusing badannya menoleh ke arah Rayyan.

"Hi ! Kenalkan ini Johnny. Johnny kenalkan ini Khayra, isteri abang Ray. Johnny jangan gigit dia tau" ucap Rayyan bersama senyuman sebelum memandang ke arah haiwan peliharaannya yang berada disisi.

Mata Khayra terpaku ke sisi adik iparnya itu. Matanya membulat. Perlahan lahan kakinya mengundur ke belakang selangkah demi selangkah. Darah mengepam laju di seluruh badan.

WHAT THE HELL!! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience