"Ray Mikayla Bin Mohd Adrien Mikayla"
"Saya" jawab Ray yakin.
"Aku nikahkan di kau dan ku kahwin kan di kau dengan Nur Khayra Binti Mohd Raqif dengan mas kahwin cek sebanyak 100 ribu ringgit tunai..." kata tok imam di hadapannya itu.
"Aku terima nikahnya Nur Khayra binti Mohd Raqif dengan mas kahwin cek sebanyak 100 ribu ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulilah" ucap mereka semua.
Dengan sekali nafas sahaja maka Khayra telah pun sah menjadi isteri kepada Ray.
Khayra duduk di hadapan Ray, tangan putih mulus itu diangkat sebelum disarungkan cincin ke jari manis. Begitu juga dengan Khayra yang menyarungkan cincin ke jari lelaki yang kini sudah sah menjadi suaminya itu. Dahi dikucup lama. Biar orang tangkap gambar banyak banyak sikit.
"Tahniah lah bro. Akhir nya sempat jugak aku tengok kau kahwin. Aku ingat kan dah takda nafsu dekat perempuan" ucap Rayyan selamba. Sebelah tangannya memegang cawan berisi air oren.
"Haha kepala hotak kau. Yang dah tak da nafsu tu kau!" Balas Ray geram. Suka hati je cakap dia takda nafsu.
Rayyan tergelak mendengar ayat abangnya itu. Yeke aku dah takda nafsu? Aku rampas bini kau karang, baru kau tahu aku ni bernafsu ke tak.
Kemudian anak anak buahnya yang lain juga turut datang dan bersalam dengan Ray serta mengucapkan tahniah.
Majlis kahwinnya itu di buat di hotel yang sangat besar di MR Hotel. Iaitu nama panjangnya Mikayla Royal Hotel. Dewan yang besar itu hampir dipenuhi dengan anak buahnya yang menjadi tetamu undangan.
Khayra sangat cantik memakai gaun putih yang dipilih oleh Avery. Bertudung putih dan berkasut tumit tinggi yang juga dipilih bersama adik iparnya itu. Betul betul nampak macam bidadari. Mukanya pula dimakeup oleh tukang makeup yang terkenal.
Khayra yang sedang berbual bual dengan tetamu undangan sesekali matanya akan mengerling ke arah suaminya di meja sebelah.
Ray duduk di satu meja bulat yang dipenuhi dengan anak buahnya yang berpakaian serba gelap. Erk macam dah takda warna lain. Rayyan juga berada di meja itu. Mereka berbual dan bergelak ketawa kuat. Ada yang sampai menepuk nepuk meja. Entah apa nya yang dibual tak tahulah macam kelakar sangat je.
Suaminya pula nampak sungguh kacak dengan baju kemeja putih bersih dan berkot kelabu cerah. Sesekali dia tersenyum ketawa menampakkan baris giginya yang putih. Alahai kacaknya suami aku ni.
"Woi berangan!" Tegur Kyle sambil menepuk meja kuat.
Khayra terus menoleh ke arah sahabatnya itu.
"Kyle!" Jerit Khayra teruja sebelum memeluk erat badan Kyle. Pipi mereka dilagakan.
"Cantiknya kau! Tahniah wey, akhirnya kau kahwin jugak. Aku tumpang gembira" ucap Kyle tersenyum sambil acah acah mengelap air mata yang tiada.
Kemudian mereka berdua sama-sama tergelak.
"Alah alah, kau ni pun kalau bab berdrama nombor satu. Terima kasihlah ye sebab sudi datang majlis aku. Ni kau dah makan belum?" Soal Khayra lembut. Mereka mengambil tempat di meja berhadapan dengan pentas sanding.
"Dah tadi datang datang je aku terus rasa semua jenis makanan yang ada kat sini. Sedap wey makanan dia. Tak sangka MR Hotel ni makanan dia sedap sedap belaka. Nanti kalau aku kahwin, aku pun nak buatlah dekat sini" ucap Kyle mendatar. Bibir diukir senyuman.
"Haha aku dah agak dah kau mesti akan makan dulu sebelum jumpa aku" balas Khayra sambil tergelak halus. Tahu sangat perangai kawannya itu yang pantang tengok makanan. Sebijik macam adik iparnya.Rayyan.
"By the way. Tu semua pekerja laki kau ke?" Kata Kyle sambil jari dihala ke arah meja yang diduduki oleh Ray dan anak buahnya.
"Aah tu semua pekerja dia, kenapa?"
"Hensem siak muka diaorang semua tapi tulah semua muka mat saleh. Mata ada biru lah kelabu lah coklat lah. Hah! Suami kau lagi lah pelik, hijau sokmo" kata Kyle. Matanya masih memandang ke arah meja sebelah.
Khayra tergelak halus. Dia akui dengan mata hijau itu jugalah yang telah membuat dia jatuh cinta terhadap suaminya itu. Khayra juga melihat ke arah meja di sebelah mereka.
Rayyan sedang bergelak ketawa bersama dengan Keith, Faiq, Zen ,Zariq dan juga suaminya. Sesekali tangan Rayyan mengangkat tinggi seperti menceritakan sesuatu. Xavier? Biasa lah dengan muka beku dia tu. Jarang nak nampak dia senyum. Kalau senyum sinis tu selalulah.
"Aah tu semua bukan orang Malaysia. Ada yang dari Spain dari America dari France. Tu yang rambut tercacak pakai baju kot coklat tu adik ipar aku" terang Khayra lembut.
Kyle menoleh ke arah lelaki yang disebut oleh Khayra. Hensem, muka lelaki itu sangat kacak dengan rambutnya yang disisirkan rapi ke tepi dan berbaju coat coklat. Keningnya yang terbentuk cantik, bibirnya pula yang sedikit merah. Senang kata memang sempurna . Tetapi semakin Kyle merenung dia menjadi semakin takut apabila melihat anak mata lelaki itu. Seolah olah lelaki itu mempunyai aura yang sangat seram.
Sedang Kyle asyik merenung, tiba tiba Rayyan menjeling tajam tepat ke anak mata Kyle. Terkejut gadis itu. Cepat cepat dia mengalihkan pandangannya sebelum berpura pura batuk.
"Wey Khayra, adik ipar kau menyeramkan lah" bisik Kyle perlahan ke telinga Khayra.
Khayra tersenyum hambar mendengar comment rakannya itu. Memang adik iparnya itu menyeramkan pun bukan setakat seram je, perangai boleh tahan sial jugak.
"Huhu takda lah dia normal je..." tipu Khayra sambil ketawa halus.
"Siapa yang menyeramkan tu?" Soal satu suara garau kedengaran tiba tiba dati arah belakang mereka. Mereka berdua mengangkat wajah. Rayyan, kembar, Faiq , Keith dan Xavier tiba tiba sudah berada di meja mereka. Masing masing menayang wajah dingin.
Ray memeluk Khayra dari belakang.
"Sayang, Sayang kutuk abang eh?" Bisik Ray perlahan di sebelah telinga Khayra. Khayra tersenyum manis memandang ke arah suaminya itu.
"Mana ada. Kitaorang cakap awak, dengan semua 'pekerja' awak ni hensem hensem belaka" kata Khayra sengaja menekankan perkataan pekerja.
Ray tergelak halus sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Khayra. Kyle sudah terkelu lidah. Gila. Lelaki lelaki kacak ini semua duduk semeja denganya. Dahlah muka masing masing kedekut senyuman. Hanya suami kawannya itu sahaja yang dari tadi tak berhenti tersenyum.
"Korang borak ape je tadi nak join boleh tak?" Soal Keith mendatar. Kyle sudah memandang wajah sahabatnya itu, sungguh dia tidak selesa duduk bersama dengan kumpulan lelaki kacak sedunia ni.
"Mana ada, kitaorang tak bual apa-apa pun" balas Khayra sebelum tersenyum halus.
Kyle di sebelah sudah tidak senang duduk. Dia merasakan seolah-olah dirinya direnung oleh beberapa ekor serigala. Dan dia adalah mangsa.
"Hmmm okay lah beb aku gerak dulu lah ye. Korang berbual lah apa yang patut" kata Kyle yang sudah siap bangun untuk berlalu pergi.
Khayra memandang sahabatnya yang ingin meninggalkannya itu.
"Wey taknak duduk lama lagi ke? Borak borak dulu ke? " soal Khayra menahan rakannya itu daripada pergi dari situ.
"Tak pelah lain kali je okay. Tu sebelah pentas tu ada hadiah aku bagi, nanti kau cek lah dengan suami kau. Bye aku gerak dulu" pinta Kyle sopan. Kemudian dia berlalu pergi sehinggalah hilang di sebalik orang ramai.
Khyara hanya melihat sahaja sahabatnya yang sudah hilang dari pandangan. Kemudian dia terus menjeling ke arah mereka yang lain.
"Kenapa?" Soal Rayyan selamba.
"Yang korang semua duduk sini kenapa! Kesian kawan i tau" balas Khayra dengan mulut yang dicebikkan.
"Haha i tak buat apa-apa pun. Kitaorang cuma duduk je dekat sini" kata Rayyan sambil tergelak. Mereka yang lain sudah tidak mendinginkan wajah seperti tadi ouh kecuali Xavier.
"Huh banyak lah tak buat apa-apa," balas Khayra geram. Tak buat apa-apa ke mendanya masing masing tayang muka dingin tu mana orang tak lari. Kalau letak monyet dekat sebelah, monyet tu pun akan lari lah.
"Janganlah marah marah sayang tak manis lah muka tu" ucap Ray di sebelahnya perlahan. Pipi Khayra dikucup lembut. Terus berona merah muka Khayra.
"Woi woi. Bro sabar bro ni bukan bilik. Nak berasmara dana pun nanti lah dekat dalam bilik. Orang tengah ramai ni" Rayyan mencelah.
Khayra menjeling adik iparnya geram. Dia ni sehari tak cakap menda bukan bukan memang tak sah. Aku liku jugak karang kepala tu!
"Banyak lah you punya asmara dana tu," balas Khayra geram.
Tangan Puan Liana disambut sebelum disalam lembut oleh Khayra.
"Kena balik terus ke sayang? Baru je lepas majlis" soal Puan liana. Kepala anak perempuannya itu diusap lembut. Baru sahaja majlis sandingnya selesai tetapi dia sudah ingin pulang semula ke negara suaminya.
"Aah, sorry mama. Ray ada kerja sikit dekat sana, memang nak kena balik cepat cepat" bohong Khayra. Kemudian dia bersalam dengan ayahnya pula. Ray juga bersalaman dengan mertuanya itu.
"Takpa lah, biarlah budak berdua ni nak balik. Diorang kan sibuk dengan kerja. Ray mesti banyak tugas yang perlu diselesaikan. Dah dua bulan dia duduk Malaysia. Awak kena faham" ucap Dato Raqif pula. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman.
"Maaf ye papa, 2 minggu depan nanti Ray jemput mama dan papa pergi sana. Buat kenduri dekat sana pula" bicara Ray lembut. Beg sudah diletakkan ke dalam bonet kereta.
Puan liana dan Khayra berpelukan lama. Setelah itu Khayra masuk ke dalam kereta. Tingkap diturunkan.
"Apa apa hal call tau, mama" ucap Khayra dari dalam kereta.
"Okay, korang semua hati hati"
"Baik ma" balas Ray dan Khayra serentak. Tingkap kereta dinaikkan semula.
"Dah?" soal Rayyan di seat memandu. Ray mengangguk kepalanya. Kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Xavier dan yang lain sudah menunggu di lapangan kapal terbang. Passport disemak. Kemudian mereka masuk ke dalam kapal persendiriannya itu.
Mereka tiba di negara France pada pukul 8 pagi. Beg beg di keluarkan dari dalam bonet kereta.
"Ayyan bawak masuk semua beg aku dengan Khayra. Letak dekat dalam bilik" arah Ray kepada Rayyan
"The fuck! Pikir aku bibik kau ke?" Balas Rayyan tak puas hati.
"Orang suruh tu buat jelah" kata Ray lagi.
Khayra tergelak puas memandang Rayyan sebelum mereka berdua masuk ke dalam rumah. Padan muka kau!
Rayyan memandang ke arah Xavier yang berdiri di sebelahnya.
"Bawak beg ni masuk bilik si ayam tu" arah dia selamba sebelum dia juga melangkah masuk ke dalam rumah.
Xavier menghela nafas panjang sebelum dia memandang ke arah sisinya pula.
"Kau tunggu apa lagi, bawaklah masuk beg tu" arah Xavier kepada Keith. Dia sorang sahaja yang masih berada di situ.
Si kembar dan Faiq awal awal lagi sudah masuk ke dalam. Takut di suruh macam macam. Kemudian Xavier pula masuk ke dalam rumah meninggalkan Keith sorang sorang diluar.
"Babi betul masing-masing perangai" keluh Keith. Dia kemudian mengangkat beg beg itu masuk ke dalam sebelum menyuruh pembantu rumah letakkan ke dalam bilik mereka.
Khayra melangkah laju ke arah biliknya sebelum tangannya tiba-tiba ditarik perlahan dari belakang.
"You nak pergi mana?" Soal Ray lembut.
"Balik bilik i lah" balas Khayra mendatar. Wajah kacak suaminya itu dipandang.
"Bilik i, you kan dah jadi isteri i" kata Ray lembut. Tangan memimpin lembut lengan Khayra sebelum dibawa masuk ke dalam biliknya.
"Ouh ya lupa pulak" kata Khayra sedikit kekok.
Khayra melihat sekeliling bilik suaminya. Bilik itu lebih besar berbanding biliknya di sebelah. Pertama kali dia menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik Ray.
"Kenapa ada katil bujang dekat sana tu?" Tanya Khayra sambil jari yang dihala ke arah katil Xavier.
"Tu katil Xavier. Dulu kan dia duduk sebilik dengan i, sekarang kosong lah katil tu, sebab you dah jadi isteri i. Takkan dia nak tinggal dalam bilik ni lagi" ucap Ray lembut tangan merangkul pinggang Khayra dari belakang.
Kejap abang sayang kejap i you pulak. Haih. "Habis tu dia nak duduk mana nanti?" Tanya Khayra kembali.
"Nanti dia duduk bilik lain lah, banyak lagi bilik dalam rumah ni" ucap Ray mendatar sebelum wajahnya didekatkan sangat hampir dengan muka Khayra.
Tangannya sudah melingkar di pinggang. Khayra terkaku, agak terkejut dengan perlakuan suaminya itu. Ray mencium bibir Khayra lama sebelum perlahan lahan dia mencabut tudung yang dipakai oleh Khayra. Terserlah rambut Khayra yang panjang dan berikal lembut.
Senyuman nakal terukir.
"Cantiknya rambut sayang" ucap Ray dengan suara yang penuh mengoda. Kemudian dia mencium pula rambut Khayra.
"You kan dah pernah tengok haritu masa i kena culik" kata Khayra mendatar.
Ray hanya diam. Dia begitu asyik menghidu bau rambut Khayra yang wangi dan cukup menggoda. Khayra pula hanya berdiri macam tiang. Jangan panik! Jangan panik! Dia suami kau Khayra!
"Err.. Yo.. You" panggil Khayra sedikit tergagap.
"Panggil i, abang" arah Ray dengan suaranya yang serak serak basah.
Mata masih menilik segenap inci wajah Khayra yang hanya berjarakkan beberapa inci sahaja dengannya.
"Err abang.." matanya dipejam rapat.
"Iya sayang" balas Ray dengan penuh mengoda. Tangannya mengusap belakang pinggang Khayra.
"Err abang buat apa ni?" Tanya Khayra sedikit takut namun hanya membiarkan sahaja tangan suaminya itu yang sudah mula merayap seluruh belakang badannya. Jangan tolak Khayra. Dia suami kau.
"Shhh. Diam kejap, abang penat" Ray kemudian mencium leher jinjang Khayra. Khayra terkaku. Jantungnya rasa bagai nak tercabut saat ini. Nafasnya juga ditahan.
Mata Khayra makin rapat dipejam. Apa nak buat ni! Apa nak buat! Okay kita nyanyi lagu negaraku. Negaraku..... Tanah tumpahnya darahku...
Ray menjarakkan wajahnya semula. Hampir tergelak dia melihat reaksi Khayra saat ini. Namun tawanya ditahan.
Cup!
Pantas dahi Khayra dicium serentak itu Khayra membuka matanya semula.
"I love you" ucap Ray perlahan dan lembut. Kemudian dia terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air sebelum menutup pintu rapat.
Khayra memegang dadanya yang bagai nak gila waktu ini. Nafasnya yang tadi ditahan sudah dilepaskan panjang.
Apakah? Apakah yang telah berlaku. Namun perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman.
" I love you too" balas Khayra perlahan cukup hanya dia sahaja yang mendengar.
Share this novel