"Abang tengok- tengokkan Alicia tu jangan bagi dia main dekat dengan kolam tau! Sayang nak mandikan Rachel ni!" Jerit Khayra dari dalam rumah.
"Ye baiklah"
Sudah setahun lebih berlalu sejak Khayra melahirkan dua cahaya mata, sepasang kembar. Seorang lelaki seorang lagi perempuan. Yang perempuan diberi nama Alicia Mikayla binti Ray Mikayla . Manakala lelaki pula diberi nama Rachel Mikayla bin Ray Mikayla. Jenuh mereka berdua hendak melayan karenah anak anak.
"Dadi... Dadi.. Nak an..di" sebut Alicia dengan nada pelatnya kepada Ray. Kakinya sudah boleh berjalan perlahan namun dia akan duduk sebentar berehat. Tak pun anaknya itu terus sahaja merangkak untuk lebih laju.
"Iya sayang, nak apa nak? Mandi? Kejap lagi mummy mandi kan awak pulak ye" balas Ray. Saja melayan anak-anak. Padahal anak-anak nya itu masih belum boleh bercakap lancar pun sikit-sikit je tu pun pelat. Tetapi dia suka berbual bual dengan mereka seolah-olah mereka mengerti apa yang dibual olehnya.
Setiap hari siaran tv wajib yang dibuka tak lain tak bukan mestilah cerita masha and the bear. Huh lantak lah. Dengan bapak bapak dia sekali join tengok kartun tu.
"Nah abang pegang Rachel, sayang nak mandikan Alicia pulak" Khayra menghulur anak lelakinya itu kepada Ray. Rachel bertukar tangan. Macam inilah rutin harian mereka. Tak boleh nak mandikan serentak. Kalau tak alamatnya esok pagi lah baru siap mandi.
"Assalamualaikum!!" Jerit Khayra dimuka pintu. Tangan mengendong Rachel manakala Alicia digendong Ray. Mana larat wey nak gendong dua dua.
"Akakk!!!" Jerit Avery teruja. Pantas sahaja gadis itu mendapat kan akak iparnya itu sebelum Rachel diambil dan digomol geram.
"Eiiiii budak comel ni!! Kenapa makin comel ni!! Gerammnya!!!" Kata Avery geram. Habis pipi Rachel diraba dan diramas ganas. Eh? Asal kedengaran lucah? Ah lantaklah.
"Akak sihat? Makin kurus Av tengok akak" soal Avery. Tangan akak iparnya disambut sebelum disalam hormat.
"Sihat alhamdulilah. Macam tu jelah. Nak menjaga budak berdua ni. Memang sampai boleh kurus Av. Jenuh nak melayan perangai diorang" ucap Khayra.
"Hahaha tulah dengan badan diorang yang dah semakin semangat ni, takpa akak pergi makan dulu, Rachel biar Av tolong jagakan" kata Avery lembut.
Sememangnya dia amat gemar dengan anak buahnya yang bernama Rachel itu. Kadangkala teringat abangnya dulu, Louis Rachel . Perangai Rachel lebih pendiam berbanding akaknya Alicia. Mulut kepoh tak henti henti. Ada je benda dia nak berbual. Tapi satu hape pun orang tak faham. Bual bahasa dia sendiri.
"Av tak makan?"
"Dah makan dah tadi sebelum akak datang"
"Orait akak pergi makan dulu eh, tolong tengok - tengokkan Rachel tau" kata Khayra lembut.
"Orait kak" balas Avery sambil tersenyum manis. Kemudian dia membawa Rachel hilang entah kemana.
Khayra memandang suaminya yang masih lagi mendukung Alicia.
"Abang tak makan?" Soal Khayra kepada Ray.
"Abis Alicia ni siapa nak jaga?"
"Alah bagi jelah budak abang jaga kejap kita pergi makan dulu" balas Khayra kembali.
"Faiq!!" Panggil Ray kuat.
"Yow" ucap Faiq yang datang mendekati Ray apabila namanya dipanggil kuat.
"Tolong tengok- tengokkan anak aku kejap. Aku nak pergi makan dengan Khayra" pinta Ray.
"Orait, meh sini Alicia kita main dengan uncle eh"
Alicia bertukar tangan.
Ray melangkah kedapur bersama dengan Khayra. Manakala Faiq melangkah ke arah luar laman. Saja nak tengok burung. Budak-budak suka tengok benda terbang terbang kan? Eh entahlah.
"Tengok tu Alicia. Burung. Itu burung " kata Faiq cuba mengajar Alicia untuk mengajuk cakapnya. Tangan menunjuk tinggi keudara. Burung berterbangan tinggi.
"U... Rung?"
"Haah... Burun...."
Bang!!! Bang!!! Bang!!!
Belum sempat Faiq menyebut, burung tersebut sudah pun jatuh melayang ketanah. Mati tidak bernyawa.
"Tu nama dia, Burung. Mati" kata Rayyan selamba sambil mulut tersenyum senget.
Terkejut Faiq, tiba tiba sahaja melihat burung itu semua sudah jatuh ke lantai.
"Urung... A.... Ti" ajuk Alicia.
"Yeah betul... Macam tu lah anak buah uncle!" Ucap Rayyan teruja.
"Rayyan!!! I already said no shooting infront of them!!" Jerit Ray dari dalam rumah.
Rayyan berdecit geram. Bahagian dalam rumah dijeling sekilas.
"Semak lah orang tua ni" balas Rayyan menyampah.
"Shoot..Shoot ting" ajuk Alicia lagi.
"Aaah shooting .. nah ni nama dia pistol" kata Rayyan sebelum pistol hitam itu bertukar tangan.
Faiq sudah membulatkan mata besar. Ah sudah. Habislah.
Rayyan sudah tersenyum makin melebar.
Alicia memgang pistol itu tetapi jatuh ke bawah kerana terlalu berat untuk diangkat .
Rayyan mengambil semula pistol hitam itu, kemudian Alicia diambil dari Faiq dan diletakkan ke bawah.
"Nah, pegang ni elok-elok" Pistol tadi diberikan semula kepada Alicia.
"Adik kena belajar main binatang ni, nanti kita boleh main tembak-tembak sama-sama" kata Rayyan kepada Alicia.
Alicia memegang pistol hitam itu kembali.
" Shoot..shoot.." pelat Alicia.
"Woi Rayyan kau jangan macam macam. Mengamuk Ray nanti..." kata Faiq takut melihat Rayyan mengajar budak kecik itu benda bukan-bukan.
"Hak alah dah besar nanti dia kena tahu jugak pakai natang ni..." jawab Rayyan selamba.
Jari Alicia diletakkan dipemicu pistol sebelum Rayyan menekan picu tersebut.
Bang!
Berlubang tanah di laman itu.
Alicia terjatuh sedikit ke belakang akibat daripada daya tekanan pistol itu.
Rayyan menyambut gadis kecil itu dari belakang.
"Hah macam tulah anak buah uncle.." kata Rayyan sebelum ketawa kuat.
Faiq menjeling geram. Ini kalau Ray dapat tahu ni. Mahu dia mengamuk.
Seketika kemudian Ray datang mendekati mereka.
"Akak meh sini dekat daddy" kata Ray sambil melangkah kearah mereka diluar.
Membulat besar mata Ray melihat anak perempuannya sedang memegang sepucuk pistol ditangan.
"Apa yang kau fikir kau buat ni Rayyan!!" Marah Ray tegas. Wajahnya jelas tampak marah.
"Adik, tembak daddy tu dik..." kata Rayyan selamba sebelum pistol ditangan Alicia dihalakan ke arah Ray.
"Rayyannnn!!" Jerit Ray geram.
Rayyan tergelak di sisi Faiq sebelum cepat-cepat dia melarikan diri. Pistol jatuh ke bawah. Faiq pantas mengambil semula pistol itu menjauhi Alicia.
"Meh sini kau tak guna!" Jerit Ray kuat. Dia mengejar Rayyan di sekeliling laman tepi rumah mereka.
Khayra keluar ke laman apabila mendengar suara bising - bising dari arah luar.
"Siapa yang terjerit - jerit tu Faiq?" Soal Khayra. Kaki melangkah mendekati Faiq. Alicia didukung semula.
"Tu hah Ray tengah belasah Rayyan" balas Faiq selamba. Mulut dijuih kearah mereka berdua.
"Kenapa?" Tanya Khayra mendatar.
"Dia bagi Alicia main pistol tadi..." Kata Faiq semula.
Membulat besar mata Khayra. Memang nak kena budak tu, siap lah dia.
"ADUHHH!! ADUH!! SAKIT!! AMPUNNNN!" jerit Rayyan. Telinganya dipiat kuat oleh Ray sebelum diheret mendekati Khayra dan Faiq.
"You tolong i... Huhuhu. Sakit telinga i ni rasa macam nak putus!" Pinta Rayyan sambil membuat muka kesian.
"Piat telinga dia lagi kuat bang. Pandai sangatkan mengajar budak budak ni benda bukan bukan kan" kata Khayra mendatar.
"Aduh! Aduh! Yelah! yelah janji tak buat lagi!" kata Rayyan laju.
Ray melepaskan piatan di telinga adiknya.
Rayyan mengusap telinganya yang sudah mula memerah. Mulut mencebik geram. Bapak ah. Sakit siot. Rasa macam nak tertanggal telinganya itu.
"Alicia!!" Jerit si kembar yang baru sahaja memasuki rumah itu bersama dengan Xavier dan Keith di belakang.
Mereka datang mendekati sebelum tangan Ray disalam hormat. Masing masing baru balik dari kerja.
Pipi Alicia dicium mereka semua. Zen terus sahaja mengangkat Alicia daripada Khayra, dia pula mengendong budak kecil itu.
"Alololololo comelnya budak ni, mana adik Rachel?" Soal Keith bertanya kepada Alicia.
"Avery dah culik dulu dah awal awal" Khayra tolong jawabkan bagi pihak Alicia.
Kemudian mereka semua duduk di ruang tamu.
Tiada apa yang istimewa pun harini. Mereka saja mengumpulkan semua orang untuk buat makan makan sedikit. Sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Avery pula sudah semakin sibuk dengan syarikatnya sendiri. Ray dengan Khayra pula kalau jumpa pun di pejabat lah, itu pun bukan dibawa anak kembarnya itu. Anak kembarnya tinggal di rumah dan dijaga oleh salah sorang anak buah Ray perempuan bernama Vista.
"Hah kau Ayyan bila kau nak kahwin" soal Ray tiba tiba. Anaknya Alicia itu diagah agah oleh Rayyan diatas sofa . Mengkekek kekek budak tu ketawa maklumlah lelaki kacak usik. Cuba kalau hodoh? Tak ke menangis budak tu.
"Kahwin, kahwin... Nanti nantilah jelah kahwin" balas Rayyan acuh tak acuh. Bosan asyik ditanyakan hal sama.
"Bukan apa kau tu makin lama makin tua sekarang dah 25, kalau kau taknak kahwin sampai bila?" soal Ray lagi. Yang lain hanya mendiamkan diri mendengar.
"Tunggu jelah nanti, jodoh aku datang dari langit punya" balas Rayyan bergurau. Malas nak melayan abangnya itu sebenarnya. Kahwin? Huh nanti je nantilah. Perempuan ni semua menyusahkan je kerja.
"Aku nasihat je. Nanti kalau dah tua dah takda siapa nak, padan muka"
"Kalau gitu kau mati jelah cepat cepat. Biar aku kahwin dengan Khayra" katanya selamba.
Dengan pantas kepalanya dihadiahkan siku khas daripada Ray.
"Aduh!!" Keluh Rayyan. Tangan menggosok gosok di tempat yang baru sahaja disiku oleh abangnya itu.
Yang lain hanya mengelakkannya.
"Ouh ye Ray, buku kau dah habis kau taknak ucap kan apa apa pada pembaca kita?" Soal Xavier mendatar.
Ray dan Khayra memandang antara satu sama lain. Mulut mengukir senyuman.
"Kitaorang nak ucapkan terima kasih kepada yang membaca kisah kami, setia bersama kami dan yang sentiasa menyokong kami. Jangan lupa untuk membaca kisah Adik kami pula iaitu That Killer is Mine, dengan watak utamanya ialah Rayyan si budak tak matang ni" ucap Ray dan Khayra.
"Woi! Woi! Apa promote kisah hidup aku pulak ni! Takda life ke hah!" Marah Rayyan.
The end
Share this novel