Dua jam sebelum itu.
Rayyan yang baru masuk ke pintu utama syarikatnya ternampak seorang perempuan yang terjatuh betul-betul di hadapan kauter pertanyaan .
"Apalah bangang sangat jadi perempuan ni... Jalan punya luas pun boleh jatuh, buat malu syarikat aku je ada pekerja macam ni".
Lebih malang lagi apabila perempuan itu menarik tangan salah sorang pekerja di syarikatnya yang sedang memegang secawan coffee. Habis coffee itu tumpah ke atas kepala perempuan malang itu.
Rayyan menjadi semakin tertarik untuk melihat. Dia berdiri di sebalik tiang .
Rayyan pelik apabila melihat muka perempuan itu tenang sahaja selepas kepalanya di curah dengan coffee, pekerjanya pulak yang melebih-lebih memarahinya.
Semasa perempuan itu menunduk memohon maaf dia ternampak wajah perempuan itu di sebalik tudung putih yang kini sudah mempunyai corak diatasnya.
"Wait a second itu kan.... Oh shit, mampus aku" kata Rayyan sedikit terkejut.
Dia segera berjalan mendekati mereka. Sebelum pekerjanya sempat menampar gadis itu Rayyan terlebih dahulu menahan tangannya.
...........................................................
"Have fun bro.... Cau" Rayyan menutup pintu bilik abangnya sebelum kaki terus melangkah ke arah biliknya. Bukannya jauh sangat pun ,sebelah je.
Pintu dibuka, dia melihat Anis sedang berdiri ketakutan di hadapan meja kerjanya.
"Well well well.... Berani kau nak tampar bakal akak ipar aku kan?" Kata Rayyan mendatar dihadapan muka pekerjanya itu.
Anis yang mendengar kenyataan itu membulat biji matanya. Bakal akak ipar?
Wajahnya menunduk sahaja memandang lantai. Dia tahu dia sudah tersilap orang untuk mencari pasal.
Rayyan jalan mendekati Anis sebelum dia duduk diatas meja kerjanya. Agak lama dia termenung . Ingatannya teringat kembali kejadian dibawah tadi . Serta merta darahnya naik. Mukanya jelas nampak menahan geram , kenapa? Andaikata Khayra ditampar sebentar tadi dan meninggalkan kesan dimukanya , matilah dia dikerjakan oleh Ray.
"Sir Rayyan.... Tolong maafkan saya. Tapi saya tak sempat pun tampar dia tadi! Jadi saya tak bersalah dalam hal ni!" Jerit Anis mempertahankan dirinya sendiri.
Pang!
Muka anis ditampar .
"Apa bagus sangat betina tu hah!" Jerit Anis lagi.
Pang!
Kali kedua pipi putih itu ditampar dengan sangat kuat sehingga Anis terjatuh di atas lantai bilik itu.
Rayyan meraup mukanya kasar.
"Apa lebihnya betina tu? Betina? Hah apa? Betina kau panggil dia .... Hahaha" gelak Rayyan kuat persis orang gila. Kemudian mukanya diseriuskan kembali.
"Kau tahu apa salah kau?" Tanya Rayyan kasar. Dia mengambil kerusinya lalu duduk berhadapan dengan wanita tersebut.
Anis mengangguk-anggukkan kepalanya laju.
Rayyan mengetap giginya geram. Dari tadi dia mengawal barannya ketika bersama dengan Khayra . Sekarang hilang semua senyuman di mukanya yang kacak itu.
Dia bangun kemudian menyepak kepala Anis dengan kuat.
"Apa ! BETINA KAU PANGGIL DIA?! Yang betina tu kau lah sial!!" Jerit Rayyan kuat.
Wanita itu mula menangis teresak-esak. Sudahlah ditampar berkali kali sebentar tadi. Ini disepaknya pula.
Rayyan mengambil pula papan yang tertulis RAYYAN MIKAYLA diatas mejanya itu sebelum terus menghentak ke kepala Anis.
"Kau dengar sini eh perempuan... Aku Rayyan Mikayla! . Aku bersumpah! Yang aku akan jaga Khayra tu sampai aku mampus. Sebab apa? Sebab aku benci tengok perangai si orang tua dekat sebelah ni macam anjing. Kau tahu tak. Sebab kalau perangai dia macam anjing last-last nanti aku jugak yang ditibainya" kata Rayyan kasar.
Walaupun tidak faham apa yang dikatakan oleh Rayyan, Anis hanya mengangguk-anggukkan sahaja kepalanya sambil menangis.
"Kau nak tahu satu rahsia tak?" Kata Rayyan tiba tiba.
Dia jalan mendekati almari yang terdapat di sebelah dinding kiri biliknya itu sebelum mengambil sepucuk pistol berwarna emas. Peluru diisi kedalam pistol itu.
Kemudian dia mengacukan pistol itu tepat ke arah muka Anis.
"Aku tak suka betul.... tengok perempuan menangis. Benci lagikan jijik" kata Rayyan mendatar. Baru sahaja dia ingin menarik pemicu pistol telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
Keith is calling...tertera di skrin phonenya itu.
"Hah nak apa? Aku busy ni" jawab Rayyan tiada mood.
Anis masih terkaku di lantai bilik itu. Dia hampir ditembak!
"Aku dah sampai Airport KL ni... Siapa nak ambik aku?" Soal Keith dihujung talian.
"Apalah bangang sangat kau ni. Belajar tinggi tinggi tapi belajar kemana otak kemana. Kau dah tak reti nak order grab ke laknat. Aku busy ni. Lepas ni datang sini terus, orang tua sebelah billik aku ni dah sibuk sibuk memekak tanya aku kau dekat mana" jawab Rayyan kasar kemudian dia terus meletakkan telefonnya.
Wajah Anis dipandang semula. Kemudian dia tersenyum sinis.
"So kita dekat mana tadi?" Tanya Rayyan dengan nada yang begitu lembut.
Anis sudah mengigil ketakutan. Gila ! Siapa tak takut . Kalau melihat pistol didepan mata.
"Perempuan tak guna" kata Anis lemah.
Rayyan yang geram mendengar ayat itu terus mencekik leher Anis sehingga wajah wanita itu kebiruan.
Ring.... Ring...
Dia memandang iphonenya kembali.
Keith is calling...
Panggilan diangkat
"Weh grab tu apa?" Soal Keith jelas kebingungan.
"Tolong bunuh jelah diri kau tu ayam... Aku busy ni tahu tak! Kau jalan kaki jelah ke sini" jawab Rayyan geram.
"Aik orang tanya elok elok nak marah marah pulak... Period ke apa?" Jawab Keith kemudian terdengar gelakan dihujung talian.
Rayyan terus mematikan panggilan sebelum telefon itu dicampakkan ke arah dinding biliknya .
Babi punya makhluk.
Dia duduk diatas meja kemudian membelek pistolnya. Habis hilang moodnya untuk membunuh. Ini semua salah Keith si ayam tak guna tu.
Anis pula sudah terbaring lemah mencari nafas selepas dicekik oleh Rayyan sebentar tadi. Nampak kesan lingkaran berwarna biru dilehernya.
Sedang dia bermain main dengan pistol kesayangannya itu. Salam takda apa takda... Ray masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang cukup bengis .
Tahu dah mesti abang dia sedang marah.
"Rayyan aku tak suka orang yang kacau Khayra ada dekat sini" kata Ray sebelum dia terus melangkah kearah pintu bilik.
"Oh yeah, jadi aku boleh tembak dia?" Soal Rayyan dengan nada yang penuh teruja.
"Buatlah apa kau nak buat yang pasti aku tak nak tengok muka dia lagi...nanti malam ni kumpul kan budak budak bagi tahu dengan si bangang tu sekali .. " Kata Ray sebelum dia melangkah keluar daripada pintu pejabat itu.
Yes its play time....
Rayyan mula memakai mask hitamnya.
"Okay, aku akan tanya kau 3 soalan. Tapi kalau kau nak selamat, janganlah jawab salah" kata Rayyan sambil bermain main dengan pistolnya.
Anis hanya mengangguk ketakutan.
"Bagus... Soalan pertama siapa orang yang kau paling takut?" Rayyan memandang anis dengan senyuman sinisnya.
"Ah..arr sir... Sir Rayyan......" kata Anis tergagap gagap.
"Deng salah... Kau kena takut dekat abang aku" Rayyan tersenyum kemudian dia menembak kedua lutut anis.
Sebenarnya sengaja dia menanyakan soalan sebegitu. Kerana dia lebih suka menyiksa mangsanya terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Function?? Takda function pun just a fun way to die.
Anis mengerang kesakitan sambil memegang kedua lututnya yang sudah bocor . Darah mengalir laju mengotori lantai bilik Rayyan.
"Soalan kedua... Kau jadi cacat macam ni sebab perempuan yang kau panggil betina tadi. Jadi apa perasaan kau?" Soal Rayyan lagi.
Anis diam.
"Menyesal sebab kau tak pukul je dia tadi?" Soal Rayyan lagi.
Anis mengangguk lemah.
Rayyan terus tergelak kuat. Pistol emas itu digaru kekepalanya yang gatal.
" Okay soalan terakhir! ... Siapa yang kau kena hormat dalam syarikat ni?" Kata Rayyan tenang.
"Arhh... Sir... Sir Ray ... Dengan Sir Rayyan..." Kata Anis tersekat-sekat dia cuba menahan rasa sakit dikakinya. Walaupun dia tahu yang dia akan cacat seumur hidupnya.
Rayyan tersenyum sinis. "Deng salah.... Kau tertinggal sorang" pistol diangkat dan di letakkan betul betul di kepala wanita itu.
"Nur Khayra, perempuan yang kau panggil betina tadi. Dia akan jadi family Mikayla"
BANG!
Dengan sekali tembakan sahaja, bersepai kepala Anis. Tinggal lah jasad yang sudah tiada roh.
Inilah dia definisi kerana mulut otak binasa. Jadi hargailah mulut anda.
"Hello friend... OH MAI SHIT!" Kata Keith yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Rayyan, jelas mukanya terkejut apabila melihat mayat seorang gadis yang sudah tidak bernyawa di atas lantai bilik Rayyan.
"Sampai pun ingatkan dah arwah dekat airport tadi" jawab Rayyan tenang. Dia membuka sarung tangan hitamnya dan mask yang dipakai tadi.
Kemudian dia menyalam Keith dengan cara salam orang lelaki. Takda laga-laga pipi okay. Nak mati ke?
"Tu pergi jumpa abang aku... Banyak benda dia nak dera kau tu.. Haha" kata Rayyan.
Kemudian dia menelefon anak buahnya yang lain untuk menguruskan mayat pekerjanya itu.
"Hah Yelah" Keith terus sahaja melangkah ke arah pintu untuk berjumpa dengan Ray.
"Woi, jangan lupa malam ni kumpulkan budak budak" jerit Rayyan kepada Keith.
Keith hanya membuat simbol okay ditangannya sebelum dia hilang dari pandangan.
Rayyan memandang sekilas mayat di hadapannya . Sebenarnya bukan hanya sebab kejadian dibawah tadi dia membunuh Anis. Gadis ini telah mencuri duit syarikat dan menjual data peribadi syarikatnya kepada pihak lain. Duit dari hasil menjual data peribadi syarikat dan duit yang dicuri juga sudah mencecah hampir 2.1 juta.
Rayyan memerhatikan darah yang mula memenuhi ruangan lantai.
"Jangan salah kan aku. Salahkan takdir kau" kata Rayyan mendatar sebelum dia melangkah keluar daripada biliknya itu.
Share this novel