"Seperti yang dbincangkan sebentar tadi, jika tiada apa apa masalah, saya rasa projek ini boleh mula dijalankan pada minggu hadapan. Encik Fairuz saya harap kamu dapat membimbing yang lain dalam laksanakan projek ini. Yang lain dah boleh bersurai" kata Ray tenang. Kemudian dia menoleh ke arah Khayra yang berada disisinya. Wanita itu sibuk mencatitkan sesuatu ke dalam note pad.
"Khayra jom kita pergi lunch dulu, dah pukul 3:30 ni , saya lapar " kata Ray. Dia berdiri dan membetulkan sedikit bajunya yang berlipat.
"Baik Sir, saya pun lapar jugak ni" jawab Khayra jujur .
Semasa mereka berjalan keluar daripada bilik meeting mereka berdua berselisih dengan Rayyan.
"Bro, nah kad kau " kata Rayyan sebelum membaling kad hitam milik Ray.
Ray menyambut kad tersebut. Selepas itu kedengaran bunyi notifikasi telefon bimbitnya.
"Ayyan, apa benda yang kau buat tadi huh?" Tanya Ray mendatar. Dia memandang wajah adiknya yang bersahaja itu.
"Lunch ah kan aku kata nak pergi makan tadi" jawab Rayyan tenang.
"Lunch apa kebendanya sampai 6 jam? Lagi satu, Kau lunch makan kereta? Ke makan restoran tu sampai 4.4 juta habis?" Tanya Ray selepas melihat mesej daripada bank yang mengatakan kadnya telah mengeluarkan duit sebanyak Rm 4.4 juta.
Membulat mata Khayra. Jelas dia terkejut.
Rayyan tidak menjawab dia hanya tersengih menayangkan giginya yang elok tersusun rapi.
"You owe me an explanation" kata Ray mendatar kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Khayra pula hanya mengekor .
"Hmm whatever" balas Rayyan kemudian dia terus masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik Ray.
"Jom kita gerak " ajak Ray kepada Khayra selepas dia meletakkan fail di atas meja kerjanya.
"Jom" Khayra mengemaskan sedikit fail yang berselerak di atas mejanya itu.
Baru sahaja sesaat Ray melangkah keluar dari biliknya itu, mereka terdengar bunyi tembakan dari dalam bilik Rayyan.
Khayra yang terkejut mendengar bunyi tembakan itu pantas mata memandang ke arah bilik Rayyan.
"Bunyi apa tu Sir?" Tanya Khayra takut-takut. Itu kali pertama dia mendengar bunyi tembakan.
"Errr saya tak tahu lah" bohong Ray tenang.
"Wohooo kau takkan boleh lari dari akulah. This is Rayyan hahahaha!"
Kedengaran pula suara Rayyan menjerit dari dalam.
Ray hanya mengangkat bahunya. "Entah, Ayyan tengah tangkap ayam kut" jawabnya selamba.
Selepas itu Xavier pula membuka pintu biliknya dan menjengahkan kepala ke luar.
"Kalau korang tak berhenti memekak sekarang, aku sendiri akan datang sana dan senyapkan korang !" kata Xavier kuat, nada suaranya dinaikkan seoktaf.
Ray menepuk dahinya. " Err.. haha.. ha! Kenalkan itu Xavier. Dah jom lah. Nanti lambat pulak kita nak pergi makan " kata Ray ubah topik. Kalau boleh cepat cepat dia hendak pergi dari situ.
Khayra dan Ray terus melangkah masuk ke dalam lift mengabaikan syaitan syaitan dibelakang .
"Woi kau nak lari mana hah tak guna!" Kedengaran pula suara Keith dari dalam bilik Rayyan.
"Oh aah...yang jerit macam pondan tu Keith" kata Ray sambil mengurut sedikit kepalanya.
Walaupun pelik Khayra hanya mengangguk dan tersenyum kekok.
Ray sudah pasrah. Perangai Rayyan memanh susah hendak diubah.Tambah tambah pulak Keith dah balik Malaysia. Memang menjadi jadi lah budak berdua tu.
Sebelum ini Keith yang menjaga syarikatnya yang berada di Dubai selama 3 bulan kerana mempunyai masalah. Sekarang syarikat itu sudah stabil, sebab itu dia balik semula ke Malaysia.
Keith dan Rayyan memang rapat, sebab Rayyan yang awalnya membawa Keith masuk ke dalam keluarganya itu. Manakala Faiq, Zen, Xavier dan Zariq pula lebih rapat kepada Ray .
Dan diantara anak buahnya itu, Xavier lah yang paling ditakuti kerana sifatnya yang agak matang dan jarang sekali memberikan senyuman. Bukan itu sahaja dia juga seorang penembak yang tepat, semua sasarannya jarang sekali tersasar. Dia juga merupakan doktor peribadi Ray . Selain itu, dia juga yang akan merawat dan memberikan rawatan kepada mereka yang lain jika mereka jatuh sakit. Tetapi setakat ini tiada lagi rawatan untuk menghilangkan penyakit sial Rayyan. Huhuhu.
Xavier bersama dengan keluarga itu daripada umurnya 12 tahun. Dia mula masuk kelas menembak semasa umurnya 13 tahun kerana diajak oleh Ray. Umurnya pula setahun lebih muda daripada Ray.
Manakala Faiq pula ialah seorang hacker yang paling handal dalam kumpulan itu . Dia diambil oleh Ray ketika dia hampir dipenjarakan akibat daripada menghack sistem kerajaan di Dubai, Sewaktu umurnya 10 tahun. Faiq tidak terlalu handal menggunakan senjata api kerana dia baru sahaja masuk kelas menembak 3 tahun yang lalu, dia lebih banyak habiskan masa mempelajari ilmu hacker. Umurnya pula setahun muda dari Rayyan.
Zen dan Zariq pula antara yang paling handal menggunakan sniper. Sebut sahaja semua jenis sniper, M24? AWSM? mereka berdua pandai menggunakannya. Dan mereka adalah yang paling handal dalam seni pertahanan diri. Kendo, Jujitsu Muay-Thai, Taekwando, Judo dan yang paling mereka selalu gunakan adalah Capoeira. Tetapi jika mereka bertanding larian . Rayyan sentiasa menjuarai pertandingan itu.
Mereka diambil oleh Ray sewaktu umurnya 9 tahun dan mula berlatih daripada umur 11 tahun. Umur mereka ialah setahun tua dari Rayyan.
Dan last sekali ialah Keith Albert. Dia ialah seorang pakar pengendali bom. Apa apa jenis bom dia boleh active dan deactivate kan balik. Umur Keith pula sebaya dengan Rayyan sebab itu kesialan mereka juga sama. Rayyan berjumpa dengan Keith ketika dia berada USA sewaktu umurnya 10 tahun . Rayyan membawa Keith lari daripada ayah kandung Keith yang pada waktu itu ingin membunuhnya.
Tetapi kesemua pekerja Ray handal mengendalikan senjata dan mempunyai seni pertahanan diri. Cuma, Mereka berlima ini adalah yang istimewa kerana meraka sudah lama berlatih berbanding yang lain dan mereka telah dianggap sebahagian daripada keluarga Mikayla.
Akhir sekali Ray dan Rayyan.
Umur Ray adalah 27 tahun, dia sudah mula berlatih kesemua seni mempertahankan diri daripada umurnya 4 tahun dan mahir kesemuanya pada umur 7 tahun.
Selain itu, Dia juga mula memasuki kelas menembak pada umur 6 tahun dan pada umur 12 tahun dia mula berlatih menggunakan sniper dan senjata yang lebih susah. Ray mahir kesemuanya sekali pada umur 16 tahun. Dia juga mempunyai sijil master dalam bidang Business Management pada usia yang muda iaitu 22 tahun .Dia mula mengambil alih syarikat bapanya itu pada umur 23 tahun sehingga lah kini.
Dan akhir sekali ialah Rayyan Mikayla. Umurnya sekarang 24 tahun dan seperti Ray dia juga telah berlatih pada usia yang sangat muda. Pada umur 4 tahun dia mula berlatih Capoeira dan Judo, dan menjadi sangat mahir semasa umur 8 tahun. Tidak seperti Ray, Rayyan telah diajar untuk menggunakan senjata seperti memanah, pisau kombat, dan pedang terlebih dahulu.
Selepas dia mahir kesemua senjata itu, barulah dia mula belajar menggunakan senjata api seperti riffle dan pistol. Dia tidak gemar menggunakan sniper. Kerana sniper memerlukan daya penglihatan yang sangat cekap dan kesabaran yang tinggi. Tetapi dia tetap handal mengendalikannya jika dalam waktu yang terdesak.
Rayyan menghabiskan pelajarannya pada umurnya 21 tahun dan sewaktu umurnya 22 tahun abangnya memaksa dia untuk bekerja dibawahnya untuk mengendalikan syarikat-syarikat mereka bersama sama.
Share this novel