"Khayra! Boss kamu dah tunggu dekat bawah ni" laung Puan Liana daripada dapur.
"One minute ma!" Jerit Khayra sedikit kuat. Kemudian dia dengan pantas mengambil beg failnya yang berada diatas meja solek dan terus melangkah keluar daripada biliknya itu.
Khayra menuruni tangga dengan berhati hati. Selepas menyalam kedua orang tuanya dia terus berjalan ke arah kereta Ray.
Khayra menoleh ke arah Ray disisinya. Lelaki itu kelihatan sangat kacak dengan baju kemejanya yang bewarna merah gelap. Rambut yang disikat rapi dan memakai cermin mata gelap. Fuh tergoda.
"Jangan pandang i lama lama, nanti kalau i dah tergoda you sendiri yang susah" kata Ray selamba. Senyuman nakalnya mula terukir dibibir.
Khayra cepat cepat mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Pipinya sedikit berona merah.
Ray memulakan pemanduannya. Kereta ferari hitam itu meluncur laju membelah jalan.
"Khayra lusa kita akan bertolak ke France, nanti siap-siapkan dokumen yang perlu dibawa ya" kata Ray mendatar. Matanya tidak lepas memandang jalan raya. Wajahnya cukup serius.
"France? Berapa lama kita stay dekat sana?" Soal Khayra kembali. Dia menoleh ke arah Ray di sebelahnya.
"Tak tahu lagi, maybe a few month" balas Ray mendatar. Matanya fokus kepada pemanduannya.
Khayra jelas terkejut. A few month! Habis aku nak duduk mana nanti hmmm duit macam tak kisah, tapi apasal lama sangat nak duduk sana.
Banyak lagi persoalan yang bermain di mindanya dikala ini. Tetapi dia tidak berani untuk mengutarakan soalannya itu.
Selepas itu keadaan dalam kereta kembali sunyi sampai lah mereka tiba di destinasi.
Ray dan Khayra berjalan memasuki pejabatnya itu bersama-sama. Ramai staff yang berada dibawah itu curi-curi untuk melihat orang atasan mereka. Biasa lah tu, tak pernah tengok orang kacak.
Tingkat 35 ditekan.
Sampai sahaja di tingkat 35, Ray terus melangkah ke biliknya sebelum diikuti oleh Khayra dibelakang.
"Dah kenapa semua orang dalam bilik aku ni? Dah takda kerja nak buat?" Soal Ray pelik apabila dia melihat semua anak buahnya itu berkumpul dalam biliknya. Faiq, Xavier, Keith, Zariq dan Zen seperti berbincangkan sesuatu di meja kerjanya.
Manakala Rayyan pula sedang berbaring di atas sofa dengan tangannya yang menutupi sebahagian wajahnya.
"Ray!" Kata semua anak buahnya serentak apabila mereka melihat Ray memasuki biliknya itu. Muka mereka serius sahaja memandang ke arah Ray.
Ray masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup. Dia jalan mendekati meja kerja. Manakala Khayra terus melangkah ke meja kerjanya disudut kanan.
Belum sempat Ray melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Rayyan bangun daripada sofa kulit tersebut dan melangkah kearahnya. Muka Rayyan nampak seperti seseorang yang sedang kerisauan.
"Kenapa ni?" Soal Ray bingung. Kesemua anak buahnya memandang kearah Ray namun tiada seorang pun yang berani membuka mulut.
Rayyan duduk di kerusi hadapannya. Mukanya serious sahaja. Namun masih kelihatan hensem dan kacak. Dia juga tidak berkata apa apa.
"What going on guys?!" Kata Ray sedikit geram. Bengang kerana semua anak buahnya tidak menjawab soalannya .
"Ray sabar, aku nak kau sabar, Kau tenangkan diri kau dulu" kata Xavier mendatar. Dia kemudian menghela nafas berat. Saat ini hanya dia seorang sahaja yang berani mengeluarkan suara. Wajahnya juga cukup tenang berbanding yang lain.
Rayyan bangun daripada kerusi dan terus memeluk abangnya. Ray mendengar degupan jantung Rayyan laju dan jelas kedengaran. Ray yang tidak tahu apa apa hanya menepuk nepuk lembut bahu adiknya itu.
Khayra hanya memerhatikan mereka dari sudut kerjanya. Dah kenapa peluk peluk pulak ni?
"Ray parents kau masuk ICU, diorang koma sekarang ni, kereta yang bawa parents kau meletup dekat bahagian tayar, dan mereka excident teruk. Budak budak tak dapat tangkap siapa dalang disebalik kes ni. Sekarang ni diorang ada bawak ke rumah dan tengah mendapatkan rawatan" terang Xavier panjang dan senafas . Riak wajahnya tenang sahaja.
Ray terkejut mendengar kenyataan itu. Wajahnya diraup beberapa kali.
"Black Death... Kenapa? Kenapa dia dengki sangat dengan keluarga aku?" Ujar Ray perlahan.
Tiba tiba dadanya rasa sakit mencucuk-cucuk. Jantungnya juga mula berdegup laju.
Rayyan melepaskan pelukan sebelum melihat wajah abangnya yang sudah berkerut.
Mata abangnya itu sedikit demi sedikit mula bertukar daripada hijau gelap, kini bercampur dengan sedikit merah gelap. Sungguh seram.
Rayyan yang sedar akan kondisi abangnya itu terus dia menoleh kearah Xavier.
Xavier cepat-cepat keluar daripada bilik itu dan pergi mengambil sesuatu dibiliknya. Selepas beberapa saat dia kembali dengan satu picagari ditangannya.
Dengan bantuan Rayyan yang masih lagi memegang bahu Ray. Xavier cepat cepat memberikan suntikan itu kepada Ray. Selang beberapa saat Ray rebah ke dalam pelukan Rayyan.
Khayra yang memerhati dari sudut tepi sudah kebingungan. Apa kena dengan diaorang ni.
"Kau tenang dulu Ray. Bila dah sampai sana baru kau bangun. Aku tak nak kau hilang kawalan. Aku tak perlukan Louis Rachel sekarang. Aku perlukan Ray Mikayla" kata Rayyan mendatar. Mata memandang kearah abangnya yang sudah dibaringkan di atas sofa.
Itulah sifat Ray yang paling ditakuti. Apabila dia terlampau marah matanya yang hijau gelap akan bertukar menjadi merah gelap. Dan jika itu berlaku, bukan Ray Mikayla dihadapan mereka saat itu. Mereka akan berjumpa dengan personalitinya yang lain iaitu Louis Rachel.
Rayyan bangun dan terus mengemas segala kertas diatas meja abangnya. Mereka yang lain juga turut berbuat demikian.
Khayra hanya kebingungan melihat dari sudut meja kerjanya.
Mereka menyusun segala kertas dan dokumen kemudian ia dimasukkan ke dalam peti besi.
"You pun , kemas -kemas barang you, dokumen yang nak bawa ke France semua kemas, lepastu masukkan dalam beg ni" jelas Rayyan kepada Khayra sebelum dia meletakkan sebuah beg bimbit di atas meja.
"Lepas ni Xavier akan hantar you balik rumah, kemas barang tak payah banyak banyak, kalau tak cukup nanti beli je dekat sana. We stay there a few month. Pukul 6 petang sharp i tunggu dekat lobi syarikat" sambung Rayyan lagi.
"Tapi Sir Ray kata kita akan gerak lusa" kata Khayra mendatar.
"Change plans, we have to get there earlier" balas Rayyan semula. Dia kemudian kembali ke meja kerja abangnya.
Rayyan menyambung semula tugasnya mengemas semua yang ada dalam bilik itu. Stand nama yang tertulis RAY MIKAYLA juga di masukkan kedalam peti besi. Digantikan dengan nama FARUK BIN ISMAIL.
Khayra memandang pelik perbuatan adik majikannya itu. Kenapa mereka perlu menukar nama dimeja . Dan kenapa mereka memasukkan segala dokumen kedalam peti besi. Tetapi Khayra hanya mendiamkan diri sahaja dan terus mengemas segala dokumen penting yang perlu dibawa sekali kesana.
Share this novel